Thursday, January 31, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 17


BAB 17

TUBUH aku kaku.  Sedikit pun tak dapat aku gerakkan.  Terasa lumpuh dan lemah segala sendiri.  Terasa terpenggal segala anggota bila mak dan ayah menapak ke arah aku yang sedang berdiri di sisi Ariq, berdepan dengan mummy dan papanya. 

Wajah mak menyinga.  Kening ayah berkerut.  Rahangnya sudah turun naik menggambarkan perasaan mak yang sedang dilanda ribut.  Ribut angkara aku dan Ariq.  Bila mak dan ayah menghampiri, aku menggeleng cepat-cepat.  Tak usah mak dan ayah bertanya, aku sudah tahu jawapan yang bakal terbit dan aku sudah memberi jawapan dalam gelangan aku itu.  Tapi, mahu ke mak dan ayah percaya? 
“Kamu buat apa kat sini, Naqi?”  tanya mak padaku. 
Aku ketap bibir dan menggeleng lagi.  “Ke… ke…be… betulan je, mak… ayah.”  AKu pandang kedua-duanya. 
Ayah nampak  lebih tenang dan bersalaman dengan papa Ariq.  Mummy Ariq pula menapak mendekati mama dan memaut tangan mama kemas. 
“Sabar, Nun.  Kita selesai baik-baik.  Lagipun dah malam ni.  Budak-budak ni pun penat ni,” pujuk mummy Ariq pada mama.
Aku menunduk.  Langsung tak berani memandang mak yang sedang membendung nafas yang semakin kasar berhembus. 
“Naqi balik dengan Ariq ke?”  soal ayah prihatin. 
Jawapan sepi aku berikan lagi.  Sekadar anggukan.  Biarpun nada ayah juga lembut seperti kebiasaannya.
“Uncle, auntie… semua ni salah saya.  Naqi tak tahu apa-apa,” ujar Ariq membela aku tapi rasanya pembelaan Ariq tanpa hakim yang adil tetap akan menjadi aku adalah pesalah. 
“Nashriq, cuba diam dulu.  Pandai-pandai ributkan keadaan, jangan suka hati nak cakap ikut sedap mulut je,” tegur papanya pula. 
Ariq diam seketika.  Hujung bajuku ditarik dan digenggamnya kemas bagaikan tak mahu aku berlari keluar dari rumah besar ini.  Ayah dan mak mengambil tempat duduk di depan mummy dan papa Ariq.  Ariq duduk di atas clipan dan dia menepuk clipan tersebut, meminta aku turut sama melabuhkan duduk.
“Duduk, sayang.  Abang tahu Naqi penat.  Mari duduk sini,” ajak Ariq bila aku tidak berganjak.
Mendengarkan panggilan sayang itu aku terus mengangkat wajah dan tepat mata mak memanah mata aku.  Mata dia terjegil.  Dia terkejut dengan panggilan Naqi pada aku tapi aku tidak meminta. 
“Duduk, Naqi.  Ariq pelawa tu,” suruh ayah pula dan barulah aku duduk hanya sipi-sipi. 
Ariq melepaskan lelah.  Dia bersuara sesudahnya. 
“Kalau mummy, papa, uncle dan auntie nak tahu apa yang jadi, Ariq boleh terangkan.” 
Dia berlagak tenang.  Macho dan penuh kejantanan.  Berani menghadapi salah sendiri.  Tanpa sedar, rasa kagum itu menyelinap dalam hati aku tapi bila mengingatkan tiga hati yang bakal remuk, aku perlu bertegas. 
“Erm… itulah yang kami nak dengar Ariq dan Naqi terangkan tentang apa yang jadi malam ni.  Sebab tu juga mummy telefon Ariq biarpun dah lewat malam.  Ini soal hati anak dara orang and this is not good for you, son.  For you both,” ucap papa Ariq bersama keluhan kecil.
“Ariq, you tell us.  What happened?”  soal mummy dia pula.
Ariq diam.  Dia menjeling aku.  Seperti mengharap kekuatan daripada aku tanpa dia sedar, aku juga sudah hampir tak berkudrat bila dipertemukan dengan mak dan keluarga dia dalam keadaan sebegini. 
“Tak payah you suruh Ariq terangkan Arya… I tahu sangat budak Naqiah ni.  Memang tak boleh nak tengok kakak dia senang,” sampuk mak menyindir. 
Pedih dan terhiris.  Mak tak tahu tapi aku sedang menanggung sakit yang maha hebat bila sekali lagi mak memandang rendah pada aku.  Membandingkan aku dengan Kak Diah di depan orang luar. 
Aku ketap bibir dalam senyuman.  Senyum menahan tangis.  Ariq ketap gigi kuat.  Dia panggung kepala dan memandang mak.
“Tak baik auntie cakap dia macam ni.  Saya yang salah, auntie.  Bukan Naqi.  Saya yang pada mulanya tak sedar jatuh cinta pada dia tapi saya dok sibuk suruh dia pikat orang lain untuk saya.  Kalau auntie nak maki, makilah saya.  Saya sanggup terima kesan perbuatan gila saya ni.  Tapi, jangan kata Naqiah, auntie.  Sakit hati saya,” ujar Ariq dengan suara yang sedikit lirih dan merayu.
Mak nampak terpenpam.  Ayah tersenyum senang dan mengangguk berkali-kali. 
“Erm… macam nilah anak jantan, Amri.  Aku suka anak jantan kau ni dan awak pun Nun… Naqiah ke Nadiah ke, anak kita.  Dua-dua istimewa.  Dua-dua ada lebih dan kurang.  Kenapalah awak tak nak sayang dia macam awak sayang Diah.  Buruk sangat ke Naqiah nak dibandingkan dengan anak manja awak tu, Nun?”  perli ayah pedas. 
Mak menjeling ayah.  Bibirnya herot. 
“Kan kita dah janji dengan Amri dengan Arya nak tunangkan Ariq dan Diah.  Yang datangnya si Naqiah ni dari mana pulak?  Saya tak buruk-burukkan dia tapi perangai dia ni selalu buat saya berbulu mata.  Sekarang Diah pulak menangis.  Apa kita nak buat?”  tanya mama agak perlahan.
Aku memandang ke siling.  Berharap benar moga airmata tak gugur saat ini.  Tak mahu menambahkan kebingungan semua orang dengan titisan airmata aku. 
“Sabar dulu.  Jangan salahkan Naqiah sorang.  Ini Si Nashriq ni… kerja gila apa dia buat pun aku tak tahu, Din.  Biar dia selesaikan sendiri.  Kita sekarang ni perlukan penjelasan je.  Jangan sampai aku pun pening, kau pun lingkup,” ujar papa Ariq. 
Ayah mengangguk.  “Dengar tu, Nun.  Jangan nak salahkan Naqiah je dari dulu kalau sebab Diah tu.  Itu Diah, ini Diah.  Ingat Nun… rezeki anak-anak ni berbeza.  Hah, Ariq… uncle nak tanya ni, apa masalah sebenarnya?  Rasanya kamu keluar dengan anak sulung uncle, tapi kenapa tiba-tiba balik dengan anak bongsu uncle pulak?”  soal ayah tegas. 
Ariq menelan liur.  Jari jemarinya yang nampak kasar itu sudah bersulam sesama sendiri.  Duduknya tidak betah, tapi aku lagilah gelisah bila mak tak sudah-sudah menjeling. 
“Maafkan saya, uncle… auntie.  Ini silap saya pada mulanya dan saya akan betulkan semuanya.  Saya akan terangkan pada Diah nanti.” 
Ariq mula bercerita tentang kisah mereka enam bulan lalu dan sebulan lebih kebelakangan ini setelah pertemuan kami.  Masing-masing kusyuk mendengar dan aku yakin, apa yang bakal Ariq katakan setelah ini pasti mengundang api dalam hati mak.
“Lepas tu berapa upah yang Ariq bayar pada Naqi untuk stalk Diah?”  soal mummy Ariq sinis.
“Ariq baru bagi dua ratus…”
“Bakinya bila kamu nak jelaskan?  Nak buat naya kat orang?  Pakai kudrat orang tapi tak bayar?”  pangkas papanya pula melahirkan rasa geram.
Dia menggeleng kasar dan mengeluh berat sebelum bangki menuju ke pintu luncur dan dibuka sedikit kasar. 
“Kamu tu dah umur berapa Ariq untuk kamu buat kerja tak betul ni?  Papa tak salahkan Naqiah sebab dia belajar dan perlukan duit.  Tapi kamu tu… satu hal dah intip anak dara orang.  Tak berani nak intip sendiri atau memang dari mula kamu tak adalah cintakan Diah tapi sebab teruja tengok dia cantik?”  tokok papanya lagi.
Ariq meraup wajah dan meramas rambutnya yang sedikit tidak kemas.  Jaketnya dibuka zip dan kolar kemejanya ditarik sedikit bagai mahu melancarkan nafas yang semput.
“Ariq mengaku ni kebodohan Ariq, papa… mummy.  Ariq minta maaf dan Ariq nak bayar semua upah Naqiah.  Tapi bukan dengan cara upah macam tu je…”  Bicaranya mati seketika sebelum dia menjatuhkan lututnya di depan mak dan ayah.
Dahi mummy Ariq berkerut seribu.  Papanya yang baru saja berpaling juga sedikit pegun memandang. 
“Uncle… auntie, izinkan saya nikahi Naqiah.  Saya janji, saya jaga dia dengan baik.  Saya langsaikan semua upah dia dengan duit hantaran dan mas kahwin.  Saya hujani dia dengan kasih sayang saya.  Saya janji, kalau dia nak sambung belajar sampai Master, saya akan tanggung semuanya.  Saya cintakan dia uncle… auntie dan saya yakin, Diah mengerti,” ujar Ariq berani di depan mak dan ayah. 
Tangan mak dan ayah dipaut.  Dia tunduk dan dikucup lama sebelum mengangkat wajah dan kembali memandang mata mak dan ayah.  Ayah memandang mak dan begitulah sebaliknya hingga semua mata memandang aku. 
“Soal Diah tu…” Ayah berhenti bersuara seketika.  Dia merenung aku kembali dan tersenyum.
“Naqiah setuju?”  tanya ayah padaku.
Aku memandang sepasang demi sepasang mata.  Mata tenang mummy dan papa Ariq.  Mata penuh berharap milik Ariq dan akhirnya jatuh pada sepasang mata mak.  Lama. 
“Maafkan Naqi, mak,” ucapku dengan mata yang mula berair. 
Mak mencebik.  “Kamu pergi minta maaf dengan Diah,” tegas mak.
“Sampai hati kamu sakitkan hati kakak kamu, ya?  Mak tak tahu nak cakap apa dah Naqiah.  Bila Ariq sendiri lebih pilih kamu daripada Diah?  Mak tak tahu apa  yang dah kamu buat?”  soal mak cukup perlahan tapi sungguh tajam.
“Naqi memang salah dari mulanya.  Salah sebab lahir sebagai anak mak, mungkin?  Lahir tanpa rela mak, mungkin.  Lahir menjadi anak yang kasar pada mak dan memalukan mak depan Dato’ Seri dan Datin Seri.” 
Perlahan-lahan, aku angkat tubuh.  Mereka melangut memandang aku.  Ariq juga turut berdiri bila papanya kembali duduk.
“Sejujurnya, saya tak pernah harapkan ini semua terjadi.  Cinta antara saya dan Ariq tak pernah ada, Dato’ Seri dan Datin Seri.  Kalau mak dan ayah nak tahu, cinta Ariq memang untuk Kak Diah tapi satu je Naqi nak tanya mak… sudi tak mak sayangkan Naqi macam mak sayangkan Kak Diah kalau Ariq pilih Kak Diah?”  Aku mengukir senyum. 
“Apa kamu cakap ni, Naqiah?”  Ayah mengucap panjang.  Mak gigit bibir. 
“Apa yang Naqi perlu cakap sekarang lepas semua orang berbicara.  Naqi tak akan kurang ajar sebab mak dan ayah dah ajar Naqi untuk bersopan dan menjaga maruah biarpun Naqi macam ni…” 
Aku tilik tubuh aku.  Kontra dan terlalu berbeza dengan Kak Diah.  Kepandaian juga berbeza. 
“Naqi jangan buat abang macam ni?”  ujar Ariq.
“Tak… Naqi tak akan lukakan hati mak dan Kak Diah.  Lagipun…”  Kata-kataku terhenti seketika.  Wajah Ariq aku pandang.
“… Naqi tak cintakan abang.  Seperti yang dah Naqi katakan, kita jangan jumpa lagi sebab semuanya salah Naqi.  Dari dulu, setiap kali Kak Diah terluka, Naqi yang kena.  Sama juga hari tu, Naqi yang luka berjahit kena langgar dan Kak Diah hanya calar sikit dekat tapak tangan, Naqi yang kena tampar.  Dalam hubungan, perlukan restu.  Kedua-dua orang tua.  Dengan Naqi, abang pasti menderita dan Naqi yang akan lebih sengsara.  Kak Diah ada segalanya tapi Naqi kurang semuanya.  Cuma satu yang Naqi nak tanya…”  Aku berpaling semula pada mak. 
“… mak akan peluk Naqi sekali, kan?  Mak akan kucup dahi Naqi dan usap kepala Naqi, kan?”  soalku pada mak dengan airmata yang mengalir bisu bersama senyuman kaku.
Mak nampak pegun.  Bibirnya nampak bergetar tapi tiada suara yang keluar dan tahulah aku akan jawapan mak yang memang tak pernah harapkan kewujudan aku. 
Sebentar kemudian, aku pandang semula wajah kedua-dua orang tua Ariq.  Pada mereka aku senyum dan mereka juga tersenyum dengan wajah yang sebak. 
“Dato’ Seri… Datin Seri… saya ke sini sebab Ariq  yang paksa.  Saya suruh dia cari Kak Diah dan saya tak tahu macam mana mak dan ayah saya boleh ada kat sini.  Jangan salahkan Ariq atau Kak Diah sebab nanti banyak hati yang menderita.  Cukuplah Dato’ Seri dan Datin Seri salahkan saya je dan saya akan berlalu dengan tenang.” 
Bicara aku tanpa henti.  Langsung aku tak beri mereka ruang untuk bersuara kerana aku telah letih berdiam diri demi menelan semua kepedihan dan sebelum aku berlalu, biarlah mereka tahu akan rahsia di hati ini.  Menderita demi kasih sayang dan cinta. 
“Maafkan Naqi sekali lagi, mak… ayah…”  Kaki aku menapak pada mereka tanpa aku paksa. 
Dimalukan di depan keluarga Ariq bagaikan tiada apa lagi yang tinggal namun aku yakin yang maruah aku di depan Tuhan yang satu masih mampu aku pertahankan.  Cukuplah sampai di sini. 
“… halalkan makan minum Naqi.  Terima kasih lahirkan dan besarkan Naqi.  Beri Naqi pelajaran dan kini Naqi dah yakin untuk hidup sendiri.  Naqi doakan Kak Diah dan Ariq disatukan.” 
Tangan mereka aku kucup lama masih tidak putus asa berharap moga mak mengusap kepala aku tapi sayang, bila mak hanya kaku dan aku terus mengangkat wajah.  Berpaling tepat pada Ariq.
“Abang, maaf.  Cinta antara kita memang tak ada.  Assalamualaikum semua,” hulurku mesra dan terus saja berlalu. 
Begitu pantas aku hayunkan langkah kaki tapi Ariq sempat juga melelar pergelangan tangan aku.  Menghentikan langkah aku serta-merta biarpun empat pasang mata masih memandang resah.
It’s over,” ucap aku separuh berbisik.
Ariq sengih dan menggeleng.  “Nope… this is just a beginning.  You can run but you can’t hide.  Naqi tolak lamaran abang dengan parents kita dan abang tak rasa sesal sebab pasa asalnya salah abang letakkan Naqi dalam situasi serba salah and bear in your mind, I will pursuing you, wherever you are.  Kali ni tanpa upah spy tapi abang sendiri akan jejaki Naqi.”
Aku ketap bibir dan menelan liur.  Bukanlah tidak merasakan keikhlasan dan keberanian dia tapi seperti katanya, aku serba-salah.  Memilih salah, terpilih lagilah sukar. 
“I will hide and you can keep on tracking me but please… do not hope…”
“I’m not hoping.  I believe in fate.  You and me, we’re meant together.  Mummy, papa… uncle dan auntie, jadi saksi kami…”  Kata-kata Ariq membuatkan wajahku berkerut seribu bila dia memanggil ibu dan bapa kami.
“…satu hari bilik Ariq yang besar tu akan dihuni oleh kami berdua.  Katil Ariq yang besar tu, akan ada tubuh Naqiah je terbaring di atasnya dan tidur malam Ariq serta jaga siang Ariq hanya ditemani dia.  Anak-anak Ariq hanya akan lahir dari perut dia dan anak-anak dia hanya akan dibinti dan binkan Muhamad Nashriq,” ucap Ariq tegas.
Mata aku mencerlung tajam pada dia.  Tak sangka dia sememangnya berani tapi kenapa selama ini takut berhadapan dengan Kak Diah tapi dengan aku, segalanya dia luahkan malah tak dihiraukan depan ibubapa kami.
“Behave, abang.  Malu dekat parents kita…”
“Abang lagi malu sebab kalah dalam permainan sendiri, Naqi,” selanya bergumam.
Aku gigit bibir.  Lama aku kemam bibir dengan airmata yang tak nak kering.  Tanpa kata, tanpa aku duga tangan Ariq ringan menyentuh selendang yang masih setia terbelit pada leher. 
Perlahan-lahan dia letakkan di atas kepala aku dan membawa tubuhnya ketepi sedikit setelah selendang sudah menutup semuanya di atas kepala.  Ariq gigit bibir bila kami dipandang semua orang. 
“Anak dara uncle dan auntie sorang ni, cantik kan macam ni?  Tapi…”  Ariq berpaling pada aku.
“… hati dia lebih-lebih lagi cantik,” putusnya menutup kata dan tak aku sangka, airmatanya menitik setitik menghantar pemergian aku.  

~~~> bersambung

RM : Feel like to cry?  Please cry because, RM pon leleh yu :'(

105 comments:

  1. next entry..
    plezzzzz....

    ReplyDelete
  2. bestnyer kak...huhu...nk cbsa18 leh x..

    ReplyDelete
  3. Alahai.......dh nangis sorang2 dh:( tabahnye seorang naqiah!! hmmmm.......sayang Naqi sejuta kali!!!!

    ReplyDelete
  4. sdihnya..
    yg psti ariq utk naqi.. :D

    ReplyDelete
  5. sob sob...ayt naqi sgt sadis..kalo nak dia x insaf2 x tau nk ckap apa daaa...

    >>k<<

    ReplyDelete
  6. wa sedehnya,sebak giler.kak RM tq so much 4 this.

    ReplyDelete
  7. laju je air mata mengalir, kenapa mak Naqi keras sangat eh... huhu
    semoga Naqi lebih tabah dan mulakan hidup baru dengan lebih tenang :)

    ReplyDelete
  8. akak....its awesome...xsia2 tgu lma..hehhehe----(@

    ReplyDelete
  9. sob sob sob :'(

    maslina aini mat saad

    ReplyDelete
  10. bukan takat nangis kuar air mata...hidung pun menangis nie RM

    aznati

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. warrrgghhhh..... sedih-medih, pilu, sendu..... why....oh...why....?

    ReplyDelete
  13. sedih masa nasriq kata yang " anak dara uncle dan auntie yang sorang ni cantikkan macam ni...Tapi hati dia lebih-lebih lagi cantik... "
    waaa!!! serius sedih masa tu..

    ReplyDelete
  14. sedihhh sngttt !!waaaaa

    ReplyDelete
  15. yes!! pertama!!! hahaha... best lah kak rehan!! nak lagi :)

    ReplyDelete
  16. tinggi impian ariq smpai berangan nk ade anak ngn naqi. sian dorangg..huhu.. rm bg la pic naqi pakai tdungg. saje nk imagine lebihh. hhehe.. love rm kuahhh

    ReplyDelete
  17. Terbaikkk...best la RM... Tak sabau nak baca next one

    ReplyDelete
  18. Memang dh leleh.best cite ni.sdh jd ank tebuang nsb ada yg syg.

    ReplyDelete
  19. terbaik la kak rehan!!tahniah!!

    ReplyDelete
  20. it' kind of miracle ash menangis beria ia bcoz of novel haha.
    kak rehan berjaya buat ash menangis bce novel for the first time in my life :P

    ReplyDelete
  21. hishhh. meleleh pulak pagi2 nie.... awat nye lagu nie rehan ooiii.. tq rehan...

    ReplyDelete
  22. sedihnya..bila la mak naqi nk sedar...

    ReplyDelete
  23. ala sdhnyer...bila la mak naqi nk sdr ni...sob sob..

    ReplyDelete
  24. Bgenang air mata..cian nye naqi..
    For ariq..FIGHTING ARIQ..never gve up..kita org spport dari jauh..haha

    kak rm tebaek! Nt up lg ae..huhu

    ReplyDelete
  25. memang akan cry je bila baca n3 cerita ni. sedihnya bila seorg anak terpaksa mengemis kasih sayang daripada seorang ibu yang mengandungkannya 9 bulan dan bersusah payah melahirkannya. mcm x ada perasaan langsung

    ReplyDelete
  26. x saje2 air mata tumpah d pagi hari....
    nasib baik kat bilik..
    kalau x saje2 kena gelak...
    next please...

    ReplyDelete
  27. bukan feel lg dah.. mmg dah nangis terus... uwaaaaaaaaaaa.........

    ReplyDelete
  28. its really touching....naqi semoga tabah...

    ReplyDelete
  29. setiap pagi terus buka untuk mengikuti sambungan selanjutnya... airmata tak usah cakap...
    keep it up.... the best...

    ReplyDelete
  30. sob..sob....ujan lg arini...uh..uh...

    ReplyDelete
  31. arghhhh....mmg nk nangis bc entry nie...cian kt Naqi
    Nk lg plz....

    ReplyDelete
  32. ayakkk saya nangis... tolong... tolong...

    ReplyDelete
  33. mak naqi ni ati batu ke? adeh...emo btul..

    ReplyDelete
  34. Tak tahu nak kata apa....tapi hatiku sungguh pilu menyaksikan kata-kata Ariq pada Naqi dan dengan linangan air mata membacanya...Rehan sampai hati mama si Naqi tu...

    ReplyDelete
  35. best..tahniaah n have a good rest to kak rehan..

    ReplyDelete
  36. sedihnya........tak diakui anak oleh mak sendiri.....

    ReplyDelete
  37. Sekurang-kurangnya Naqi dah berterus terang dengan Ibu dan ayah tentang perasaan hati dia selama ini.... kasihan Naqi .....
    Mak Naqi dah orang x anak awak yang bernama Kak Diah nak buat apa paksa.... bolehkah kak Diah bahagia dengan Ariq ....

    ReplyDelete
  38. tisu..... mana tisu.... hukhukhuk....baru sampai opis tapi dah leleh la.... nice n3 RM

    ReplyDelete
  39. sedihnya RM. Akhirnya dpt juga Naqi luahkan perasaan dia.
    Klu mak dia masih tak dpt terima juga tak tahulah.

    KMas

    ReplyDelete
  40. mmg menangis la RM..pepagi lagi dh basah pipi.. tp tersangatlah melting ngan ikrar si ariq tu..

    ReplyDelete
  41. Memang leleh....sedih..huhuhu...tq.

    ReplyDelete
  42. Nangis jgak!!! Kesian nye Naqi...Ariq, make sure u keep ur words, nk jaga Naqi bagai sumer...

    ReplyDelete
  43. huwaaaa...sdihnye..kalo mak naqi x seda2 jgak xtau la....haisyyy...keras ati maknye pun...

    ReplyDelete
  44. bercucuran airmata membaca entry kali, sedih bila seorang ibu menolak permintaan seorang anak yg menagih kasih, sedih bila cinta ditolak, sedih apabila diri berada di persimpangan dan memerlukan utk memilih.. Next entry please...

    ReplyDelete
  45. MADE ME CRY........

    ReplyDelete
  46. waa..semuanya Naqi dh luahkan..klu mak dia x phm2 gak xtau la..manusia pelik tuh..
    adoi..air mata x blh nk stop nie..
    RM punya pasal la ni..hehehe
    thx RM..
    love u..

    ReplyDelete
  47. alaaa n3 kali ni wat sebak..tgh cover sdih ni.dh la kt opis.sob sob sob ....RM nk n3 lagi...

    ReplyDelete
  48. sedih woooo...sob sob...pagi2 lg kene cari kotak tisu...gud job RM...

    ReplyDelete
  49. ishhh, syedihnya..betul2 buat meleleh..cepat2 sambung ya..x sabar

    ReplyDelete
  50. kesiannya naqi. semoga mak naqi dapat rasa betapa siksanya anaknya tu. harap2 cinta ariq dapat menyembuhkan hati naqi

    ReplyDelete
  51. Cepatlh n3 baru, ptg ni exam....curi masa baca coz nk tahu kisahnya.
    PLz yer rm, n3 baru segera

    ReplyDelete
  52. aduhaiiii...........sambungan plzz..

    ReplyDelete
  53. Aiyork RM.... nak nangis tapi terpaksa tahan, sebab kat ofis ni dik non oooiii! Thumbs up dear.

    ReplyDelete
  54. sedihnya.....airmata laju aje mengalir....kesiannya naqi sanggup lupakn perasan sendiri demi menagih kasi seorg ibu....

    ReplyDelete
  55. aduhai sedihnye....nak sambung lagi RM

    ReplyDelete
  56. yes i'm crying now.... sampainya hati mak dia...mak yg jenis macam apakah itu???? taniah unt Ayah Naqi yg berani bersuara, that my man...

    Ayahhhhh!!!! tolong nikahkan mereka ....

    ReplyDelete
  57. Nasib baca masa orang x. Meleleh air mata & air hidung. sedihnya. Bijak RM bermain kata. X sabar nya tahu akhirnya...

    ReplyDelete
  58. betul, rezeki anak-anak ni berbeza. penerimaan anak-anak kepada org tua mereka juga berbeza. x mustahil nanti anak yang ibu/bapa agungkan, sayang lebih2 akan pinggirkan ibu dan ayah mereka. dan anak yang dinafikan kewujudannya yang akan menjaga mereka dihari tua. rasanya diah pun begitukan RM?

    ~nor..

    ReplyDelete
  59. sedihnya......airmata menitis....gentlemannya ariq dan parents dia open minded..tapi mak naqi hati batu

    ReplyDelete
  60. kak rehan, next entry please.asap.boleh ketagihan ni :) _lyn

    ReplyDelete
  61. uwaaaaaa memang meleleh air mata ni RM, sedihnyer..syahdu sangat... ibu membezakan anak2 nyer, sangat sedih...macam dapat rasa perasaan Naqi :((

    ReplyDelete
  62. cry cry cry cry...RM...awak dah menyebabkan saya habiskan satu tisu plastik kecil...
    waaaaaaaaaaaaaaaa.....TABIK la kat Ariq......gentleman...Naqi terimalah Ariq ( sambil taip sambil lap air mata )

    HH_814

    ReplyDelete
  63. waaa...bravo ariq...bravo ariq..touching giler..

    ReplyDelete
  64. sedeynya!!! ada ke kisah mcm ni kat luar tu?? tlg la jgn ada... RM mmg terbaik!!

    ReplyDelete
  65. huarghhhhhhhhh....... tangkap leleh

    ReplyDelete
  66. oh my Allah. besarnye pengorbanan naqi. at least dia dah luahkan segala dekat mak dia, x tahulah kalau dengar camtu still x faham2, memang keras betul hati mak dia.

    ReplyDelete
  67. wwannurr.........

    Rm meleleh ayaq idung ..........cedihhhhhhh bebenor

    ReplyDelete
  68. wwannurrr..........

    baru lah mak naqi ternganga dengar apa yang naqi luah dia ingat anak2 ni boleh dibuat main..tak nak luah pa yang dia dah buat...siang naqi

    ReplyDelete
  69. kak rehan,, huwaaa,, meleleh air mata .. tabahnya naqi,, n,, ariq sgt3 berani,, suka dia..! best,, nk next n3 pleaseeee... ><

    -athirah-

    ReplyDelete
  70. warghhh...sedihnyer kak RM...tp still nak lg..

    ReplyDelete
  71. RM lau nk di buku kan , sy nk tmpah awal2 ...
    best cgt ...

    ReplyDelete
  72. tak thu nak komen apa dah . nangis dibuatnya

    ReplyDelete
  73. waa.. sedeynye.. and yes i`m cried..

    ReplyDelete
  74. plzzzzzz......new n3

    ReplyDelete
  75. Sedihnyerrr...next entry please kak rehan..jiwa tgh kacau ni..lyan cter kak rehan blh ngis2..huhu.. :(

    ReplyDelete
  76. sedinyer... tk henti2 air mata ni mengalir, x sabar nak thu entry seterusnye

    ReplyDelete
  77. Salam RM

    saya suka entry kali ini, akhirnya Naqi berjaya juga
    luah perasaan yang terbuku.

    s for Ariq,, bravo sebab berani meluahkan rasa cintanya
    di hadapan kedua2 parents.

    baca tulisan RM ni mmg tak membosankan. excitednya
    sama seperti ketika membaca kisah Lit n Usop.

    ReplyDelete
  78. sedihnya...kasih ibu tiada galang gantinya..rela lepaskan cinta demi utk secebis kasih sayang.... -along eza jumel-

    ReplyDelete
  79. cik writer, next entry plezzzzz..

    ReplyDelete
  80. kagum dengan ketabahan cinta nur naqiah.watak dy sangat hidup!tapi kagum lagi dengan idea kak rehan yang superb amat!

    ReplyDelete
  81. kak rehan da buat saya nges berliter2..... hwaaa!!!!!!
    kagum dgn ketabahan ariq n naqi....... u're my beloved, favourite and the most superb writer tht i've seen..... serious!!!!!! u're the best kak rehan
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  82. sambung please...aduh, nangis dah aku...pedih giler rasa jadi anak terbuang...sakitkan rasa tu...sambung cepat tak sabar nak tau kesudahan citer ni...

    ReplyDelete
  83. Cry like crazy... Huhuhuuu.. HuhuaaaaaAaaaa.... T_T
    T_T

    ReplyDelete
  84. alahai... nangis lagi! huhuhu!! Kak RM,nak lagi kak! terima kasih!

    ReplyDelete
  85. gigih menanti CBSA 18...

    ReplyDelete
  86. Hehehe seyes sedey gila citer ni sy br berkesempatan buat marathon bc citer ni dr bab satu sampai 17 memang betul2 terbaekla... Huhuhuhu

    ReplyDelete
  87. Tahniah Rehan kerana pandai bermain kata hingga membuai perasaan.Semoga terus berkarya

    ReplyDelete
  88. RM cerita ni pun akan diterbitkan ker??? alahaiiii rindu menunggu next entry ni....ada sambungan tak????

    ReplyDelete
  89. Sedih betul citer ni... Sampai menangis jgk la... Huhu... Owh, Naqiah sungguh luhur hati mu... RM Tahniah, btl2 menyentuh hati...

    ReplyDelete
  90. Sedih giler cita ni . Meleleh air mata saya RM . Betul2 menyentuh sanubari ni ... sob sob sob

    ReplyDelete