Saturday, May 18, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 16

BAB 16


DALAM hidup ni, hanya Allah swt tempat aku mengadu dan hanya tiga orang yang aku sangat-sangat percaya malah aku percaya lebih daripada diri sendiri.  Mama, papa dan Aryan.  
Tapi, soal aku sekarang ni tak mungkin aku beritahu ma dengan pa.  Aku takut mereka kecewa dengan nasib aku.  Yalah, aku ni anak kesayangan.  Jadi, hanya pada Aryanlah tempat aku bersandar.  Tempat aku luahkan rasa.  Tak kan nak mengadu domba pada kakak-kakak Ayie pulak?  Gila?

“Kakak jangan risau.  Kalau kata kakak percaya yang Ayie tu betul-betul kena perangkap, Aryan pun percaya.  Ayie tu memang kurang suka perempuan tapi tak bermakna dia sukakan lelaki.  Selama kami kawan ni, nampak biasa je.  Tapi, tak tahulah tiba-tiba jadi luar biasa bila dok Negara orang.  Apa yang penting, kakak jaga diri.  Aryan sayang kakak...” 
Pesanan Aryan masuk ke telinga.  Aku senyum dan menarik bahu dia dan memeluk Aryan erat tapi tak  lama.  Ayie tarik bahu aku.  Dia berdeham kecil dan terus memeluk bahu aku erat. 
“Tak sopan Arya peluk Aryan tengah-tengah umum ni...”
Aku sengih senget.  Dah  kenapa pulak Ayie ni?  Aryan ni adik aku.  Darah daging aku.  Dulu masa budak-budak, kami pernah tidur sama.  Bersembang dan bergosip tak ingat dunia.  Sebeluh kahwin pun, Aryan banyak terlena dalam bilik aku lepas bercerita. 
“Kami adik beradiklah, bro...,” balas Aryan kurang puas hati.
Bibir Aryan menyenget.  Aku tahu dia nak hamburkan marah pada Ayie tapi dia tahan demi aku, kakak dia.
“Itulah... kami ni rapat, Ayie.  Ayie jealous eh?”  duga aku.
Yalah, kot-kot dia dah kembali normal tiba-tiba.  Sampaikan dengan Aryan pun nak cemburu.
“Jealous apa kebendalah pulak?  Ayie tegur jelah.  Orang dok pandang nu haa...”  Mata dia melingas ke kiri kanan sedikit.
Aku senyum pada dia.  Timbul rasa nak mengusik.  Rasanya sekarang kalau ada ruang je memang aku akan giat dia.  Tak kiralah dengan cara yang macam mana.
“Atau Ayie nak Arya peluk Ayie ni?  Saja larang kami adik beradik berpeluk eh?”  jari telunjuk aku naik.  Menduga. 
Ayie mencemik.  “Bukan tiap-tiap malam Ayie peluk Arya ke tidur?”  soal dia selamba di depan Aryan.
Mulut Aryan melopong.  Dia pandang aku bila Ayie bergerak ke tempat orang tua kami berkumpul. 
“Kakak?”
Aku tahu Aryan nak tanya apa.  Ayie ni pun, tak sudah-sudah nak kenakan aku dengan jawapan dan soalan dia tu.  Nampak macam aku  pulak menipu yang dia tu tak sukakan  perempuan. 
“Ayie cakap apa tu?”  gumam Aryan tak puas hati.
“Err... rahsia rumah tangga,” jawab aku dan aku terus berpaling tapi Aryan menahan.
“Betul ke tak betul hal Ayie ni?” soal Aryan datar.
“Kakak jangan main-main hal macam ni.  Entah-entah kakak fitnah suami sendiri sebab nak berpisah dengan dia tak?”  duga Aryan sewenang-wenang dia je.
Hamboi… suka suke sasuke dia ni tuduh aku macam tu.  Ini yang buat aku nak bercekak pinggang ni.  Dia tak kenal ke kakak dia ni macam mana?  Bila aku pernah tipu dan bila aku pernah sorok apa-apa daripada dia?
“Kakak percayakan Aryan tau?”  ujar aku agak lirih.
Aku nak dia mengerti akan keresahan hati aku dalam ayat tu.  Aku tak nak marah masa ni.  Tak sesuai.  Beberapa waktu je lagi aku dan Ayie akan masuk dalam perut kapal terbang.  Aryan pandang aku lama.  Wajah dia dah tayang riak kesal sebab melulu berkata-kata.
“Err… Aryan minta maaf tapi ayat Ayie tadi tu…” Dia masih tak puas hati nampaknya.
Aku angguk.  “Kan kakak dah cakap, kakak akan bantu dia jadi normal balik.  Kakak nak jumpa sangat Khai tu.  Nak cakap dengan dia dari hati ke hati tentang hubungan dia dan Ayie.  Semakin lama, kita jadi kaum yang dilaknat Allah macam zaman Nabi Luth.  Kakak tak kata Ayie je tapi hal ni ada merata-rata sekarang.  Cuma rezeki kakak, kan… apa nak kata…”  jawab aku tersenyum.
Memang ini dikira rezeki jugak.  Rezeki untuk aku buktikan kekentalan hati, kesabaran jiwa dan ketahanan mental dan fizikal nak hadap dugaan ini. 
“Ya Allah, kakak… Aryan tak tahu dah nak cakap apa saat-saat kecederaan macam ni haa…,” ucap Aryan pada aku. 
Dia menggeleng lagi.  Penumbuk dikepal dan dia pandang Ayie yang sedang sengih pada kami. 
“Kalau Aryan tumbuk dia ni sekali, bersepai dia punya gigi…”
“Oh…”  Aku goyangkan jari telunjuk di depan Aryan.
“You better not… buruk rupa laki kakak nanti tak ada gigi,” seloroh aku dan aku ketawa halus. 
Tawa yang menyembunyikan resah.  Aku pandang Ayie dan dia kenyit mata pada aku.  Tangan dia menggamit aku dekat pada dia.  Aku pandang Aryan dan mengajak Aryan sama.  Sejak tadi aku dok dengan Aryan je berbual.  Meluahkan rasa.  Kini, kena ikut serta seluruh ahli keluarga sementelah pula panggilan pertama penerbangan daripada KLIA ke Frankfurt sedang bergema. 
“Arya dah ready?”  soal papa.
Aku senyum dan angguk. 
“Jaga anak papa elok-elok, ya?”  pesan papa Zaf pula.
Aku senyum dan angguk lagi.
“Mama akan rindui Arya,” akui mama sebu. 
Aku juga angguk dan mengusap bahu dia.
Ada masa nanti kami melawat korang kat sana, ya?”  janji mama Resa kemudiannya. 
Aku masih lagi angguk. 
“Aryan akan bantu papa jaga Muhara macam mana kakak bantu papa sebelum ni,” janji Aryan pada aku.
Aku jatuhkan kepala buat kali terakhir.  Nafas aku hela lembut.  Apatah lagi bila tangan Ayie menggapai tangan aku.  Aku pandang mata dia dan hati aku bersuara. 
Ayie tak akan sia-siakan Arya dan perkahwinan kita, kan
Ayie tak akan teruskan perasaan songsang Ayie tu, kan?
Ayie akan berusaha sampai mati untuk lawan kehendak mengarut Ayie tu, kan
Ayie akan jaga Arya dan jadi suami yang baik untuk Arya, kan?
Pandangan Ayie yang membalas renungan aku tu nampak tenang dan menyembunyikan seribu satu rahsia.  Aku tahu dia tengah berperang dengan perasaan dan aku jugak.  Ingat mudah ke?  Kalau perempuan lain aku aci kerat jari kaki ayam memang dia lari lelaju tinggalkan Ayie. 
Ini aku, Aryana.  Anak pada seorang wanita yang cukup sabar, iaitu Anahara dan seorang pencinta setia macam papa aku, Mukhlis. 
“Jom, baby…,” ajak Ayie.
Aku tersentak.  Kemudian aku pandang wajah keluarga aku seorang demi seorang.  Airmata aku rasa bertakung pada tubir mata.  Dulu masa aku dihantar ke USA untuk sambung belajar, aku teruja.  Langsung tak menangis.  Atuk, nenek, tok mak dan mama yang bersedih dan papa  yang paling teruk, siap menangis. 
Tapi, kali ni… aku pulak rasa sebu.  Bukan diorang suruh aku pergi perang.  Pada aku memang ini perang.  Perang dalam mengembalikan maruah seorang suami.  Dugaan kan hidup aku?
“Emm… jomlah.  Kami masuk dulu.  Nanti sampai sana esok pagi, Arya call, ya?” 
Aku sambut huluran tangan Ayie.  Passport dan boarding pass memang dah ada di tangan Ayie.  Kaki kami sama-sama melangkah masuk ke balai perlepasan.  Wajah seluruh ahli keluarga aku pandang.  Tak sempat pun nak mesra-mesraan dengan keluarga mak ngah dan mak su Ayie, aku dah kena pergi. 
Tangan aku melambai.  Aku nampak mama rebah di dada papa.  Nenek pun menangis di sisi atuk.  Tok mak tak datang sebab jauh.  Yang lain berwajah sugul dan bila saat-saat terakhir mata aku bertentangan dengan mata mama dan papa mertua aku, aku tahu mereka berbicara dengan aku.  Berbicara mengenai harapan yang boleh jadi layu atau boleh jadi kembang mekar. 
“Sedih?”  soal Ayie waktu dia hulurkan passport dan pas penerbangan kami pada kaunter.
Aku pandang dia dan menggeleng. 
“Kalau tak sedih ini apa?”  Jari telunjuk Ayie menyentuh birai mata aku.
Dia tegakkan jari dia di depan aku.  “This is what we call tears, baby,” sambung dia.
Kata-kata yang mengundang senyuman lebar pada bibir kastam wanita yang sedang menyemak passport kami ni. 
Ayie senyum bila aku muncungkan bibir. 
“Don’t cry, baby… kita pergi untuk kembali, kan?”  tanya dia.
Aku diam tak terkata apa.  Kadang-kadang romantiknya Ayie ni selamba.  Tak dibuat-buat.  Biarpun ada masa amat menjengkelkan tapi itulah dia.  Zakhri Adha.  Bukan orang lain. 
Normal, kan
Melihatkan senyuman segan pada bibir cik-cik Malaysia Airlines ni memang aku boleh duga yang dia dok kata dalam hati Ayie ni sangat romantik.  Tapi, diorang tak tahu Ayie ni siapa?  Taste dia siapa? 
Dia abnormal.  Tahu tak? 
“Kalau kita tak boleh survive kat sana?” 
Soalan itu aku ajukan pada dia bila kami dah nak masuk ke dalam balai perlepasan dan untuk masuk ke perut kapal terbang dah. 
Ayie jongket kening.  “Apa maksud soalan tu?” 
Dia bawa tubuh dia menghadap aku sepenuhnya.  Beg sandang dia betulkan sikit agar tak melurut jatuh daripada bahu.  Beg tangan aku pun ada di tangan dia.  Mafela yang melilit leher aku dibetulkan.  Baju panas juga dia betulkan.  Selendang pun dia sentuh.  Semua tempatlah.  Tak ada tempat pakaian aku dia tak sentuh. 
Aku nak jawab apa sekarang ni?  Masalahnya soalan itu double meaning.  Aku tak mampu nak tanya secara terus-terang yang aku nak tahu macam mana kalau dia tak boleh berubah nanti?  Yalah, tak ada Khai bolehlah cakap nak berubah.  Dah ada Khai nanti, aku ke mana, janji dia ke mana dan sumpah dia nanti jadi sumpah-sumpah terus.
“Arya nak cakap apa sebenarnya tu?” 
Aku gigit bibir bawah.  Ayie nampak dah syak. 
“Arya nak cakap takut Ayie ni betul-betul gay?  Ada hubungan dengan Khai?  Tak boleh nak berubah bila sampai sana?  Come on, baby… you were in USA last time.  Germany is more crazy than US regarding lesbian and gay matters but not for me.  Mungkin orang lain tapi Ayie tak…,” ucap dia tepat dan padat. 
Kata-kata Ayie benar.  Tak pelik budak-budak muda boleh terjebak.  Diorang tak ada iman macam kita.  Kita kat sini yang ada iman dan dalam lingkungan masyarakat Melayu dan Islam pun tak kurang hebat dengan hal-hal macam ni sekarang.  Makin berleluasa.
“Atau Khai tu suka Ayie?”  Aku mula fikir yang pelik-pelik. 
Segalanya ada kemungkinnya.  Mungkin Khai suka Ayie tapi Ayie tak layan dan aku tetap rasa Khai tu perlu diselamatkan.
Ayie jongket bahu.  “He’s a nice guy.  Very nice to me and others,” jawab dia berselindung.
“Trust me, baby… trust me… kalau betul Ayie gay pun, Arya ada untuk bantu Ayie apa?”  Dia sengih kononnya perkataan gay tu seronok disebut dan bahagia didengar.
“We’ll faced it together, will us baby?”  tanya dia saat dia tarik tangan aku untuk masuk ke perut kapal terbang bila panggilan kali ketiga bergema. 



DUA BELAS JAM bukan satu perjalanan yang panjang untuk aku.  Dulu ke USA dua puluh empat jam dalam kapal terbang.  Boleh sesat dalam waktu dan hari masa tu.  Kami mendarat di Frankfurt lebih kurang jam 12.00 tengah hari waktu Malaysia.  Jam pun aku tak ikut waktu Jerman lagi. 
Kejap lagi kena ambil penerbangan lain pulak untuk ke rumah sewa Ayie di Berlin.  Dekat dengan tempat dia belajar di Technology University of Berlin.  Serius aku dah pening transit di lapangan terbang Frankfurt ni.  Terlalu sesak.  Seingat aku pernah juga ke sini sewaktu muda-muda dulu, terbang daripada USA ke Jerman dalam penerbangan selama hampir tiga belas jam dan itu pun terpaksa transit di Amsterdam. 
Hari ni aku tiba pula di sini biarpun bukan di Munich tapi masih dalam bekas tanah jajahan Adolf Hitler. 
Ayie berjalan ke arah aku.  Di tengah-tengah orang ramai aku memang boleh nampak dia kerana pancaindera aku yang satu ni memang telah aku set kan wajah dia je dah.  Dia menjinjit secawan kecil capucino dan disuakan pada aku. 
“Dah dapat?”  Aku sisip sikit kopi tersebut sambil mengerling melihat tiket di tangan dia.
“Dah… lagi sejam setengah.”  Ayie menjawab sambil menggoyangkan dua keping tiket tersebut di depan aku.
Aku senyum.  Aku sisip lagi capucino tersebut yang aku rasakan sedikit kelat.  Sekarang ni kami kena ambil BerlinAir pula untuk ke Berlin dan akan tiba di sana dalam masa satu jam lima minit lagi. 
Tiba-tiba teringat satu perkara.  Mata Ayie aku pandang.
“They don’t speak English, don’t they?” 
Ayie angguk mengambil tempat di sisi aku di ruang menunggu. 
“Maknanya Ayie fasih Germany ke?” 
Dia menggeleng.  “Tak boleh nak dikatakan fasih tapi masih boleh cakap sikit-sikit.  Sini tak macam Arya dulu.  Arya dulu dekat Florida, kan?  Kat sana diorang pakai standard English.  Komunikasi senang.  Dekat UK pun sama tapi Jerman lain sikit.  To be frank, Ayie pun pakai kamus jugak,” jawab dia seraya sengih. 
“Tapi, ramai dah sekarang cakap English.  Pelancongan mungkin.  Jerman sebuah negera yang sangat cantik.  Nanti ada masa Ayie bawak Arya jenjalan, ya?  Sekarang ni, Ayie tak sabar nak sampai rumah dan nak rehat.  Seriously speaking, baby… I am damn exhausted.”
Ayie mengurut belakang leher dia dan memicit pangkal hidung dia sebelum dia jatuhkan kepala dia dibahu aku seraya memejamkan kata.
“Hangatnya bahu Arya di musim luruh ni,” gumam Ayie dan lepas tu aku hanya dengar helaan nafas hangat dia.
Mata aku melilau ke seluruh kawasan lapangan terbang.  Canggih dan pihak kastam juga amat cerewet.  Tapi rasanya tak secanggih KLIA kerana Malaysia tetap di hati biarpun kehebatan negara lain mendahului.
Dipendekkan cerita, lepas Ayie dah tidur pulas atas bahu aku, kami dah selamat mendarat di Berlin Tegel Airport… Ayie mengheret bagasi aku keluar daripada airport.  Bukan kata nak dapatkan limousine tapi dia heret aku berjalan kaki sampailah ke perhentian bas sana yang memang terpacak tiang berwarna kuning.
“Kita naik bas.  Tak jauh dah…”
Balik rumah sewa Ayie terus ke?” 
Dia menggeleng.  “Tak panggil honeymoon la baby, kalau kita balik rumah sewa yang entah macam kapal pecah ke macam pecah kapal tu.  Kita ke hotel la dulu.  relaks-relaks sebelum Ayie masuk kuliah lusa,” jawab dia.
Aku mengangguk dengan bibir yang terceber.  Lupa perjalanan kami ni ditaja penuh oleh dua buah keluarga.  Gila tak sayang diorang dekat kami?  Tiket tadi pun kelas pertama okey biarpun bukan Airbus 380 tu.  Ingat murah? 
Bayangkan hancur lerainya hati mereka kalau tahu Ayie ni macam mana?  Huh, tadi dah tak ingat siapa Ayie ni bila dah ingat aku mula nak buat muka monyok balik.  Letih dan sedih, bercampur menjadi satu.  Cantik beradun. 
“Ayie dah booked Hotel Lützowplatz.  Tak jauh daripada airport ni.  Dalam 8.5 km je.”
Seusai Ayie berkata demikian, sebuah bas dah berhenti tepat di depan kami.  Aku kalih belakang.  Okey ramai jugak yang nak naik bas.  Jimat. 
Kami masuk je dalam bas, pemandu yang berpakaian kemas itu senyum dan terus menyoal.
“Wo gehst du hin?”
Aku telan liur.  Ayie senyum.  “Hotel Lützowplatz…”
Tambang dibayar dalam matawang Euro dan kami terus mengambil tempat duduk sementara tak penuh ni.  Nak berdiri biarpun untuk lima belas minit, kejung jugak kaki aku yang dah terasa sembab ni. 
“Dia tanya apa tadi?  Dia tanya nak pergi mana eh?”  Aku berbisik pada Ayie.
Dia buat muka terkejut.  “Arya tahu?” 
“Mana ada…”  Aku geleng.  “Dah Ayie jawab hotel, for sure dia tanya nak ke mana?”
“Such a bright girl,” puji Ayie.
“Born with it…”  Aku sengih dan melemparkan pandangan aku ke luar bas. 
“Bas ni lalu jalan mana?” tanya aku tiba-tiba rasa nak tahu tentang negera orang. 
Daripada tak tanya, aku fikir bukan-bukan jadi baik aku tanya sesuatu yang berfaedah.
Saatwinkler Damm Straße.  Kenapa?  Nak ukur jalan?”  Kening dia terangkat.  Bibir itu sedikit sinis.
“Tak payah ukur.  Tak jauh pun sebab tu ambik bas.  Dalam 8.5km dah sampai.  Kita rehat dulu.  Nanti baru kita keluar ukur jalan.”
Mendengarkan kata-kata Ayie, aku tak bersuara lagi.  Sekarang ni dalam kepala aku hanya satu.  Nak sangat jumpa Khai tu.  Sungguh ni.
“Ayie call dia?”  tanya aku tenang.
Ayie berpaling.  “Who?  Ma dengan pa?” 
Aku geleng.  Pada diorang aku dah SMS tadi aku dah sampai.  “Khai?” 
Serta-merta wajah dia berkerut. 
“He’s just a friend of mine, baby…”
“Tapi, gambar tu buktikan sebaliknya…” 
Okey, itu ayat dengan suara sedih.  Dah sampai sini dan jauh daripada keluarga semangat aku boleh goyah.  Mana janji aku pada Aryan nak selamatkan Ayie?  Mana janji aku pada ma dan pa mertua aku nak bantu Ayie?  Ya Tuhan, bantu hamba…
Kami sama-sama diam.  Aku dah hampir nak menangis.  Tiba-tiba aku rasa aku keseorangan.  Macam mana nanti Ayie sauk tangan Khai dan biarkan aku terkapai-kapai sendiri? 
Apa aku nak buat kat sini melainkan aku heret bagasi aku terbang balik ke Malaysia je dan menjadi hamba Allah yang tewas dalam menyelamatkan suami aku?  Macam tu.  Lama aku diam mencari buah fikiran hingga Ayie mencuit bahu aku.
Dia sengih.  Sengih jahat.  Sangat jahat.  Aku nampak tanduk dia tumbuh tetiba.
“Apa Arya nak buat kalau betul Ayie ni gay?”  tanya dia pada aku.
Dia sengih dan aku tak sempat nak jawab, bas berhenti tepat di depan hotel.  Ayie bangkit.  Aku juga. 
“Sie sind die Frau, die ich bin in der Liebe mit,” bisik Ayie dan aku langsung tak faham. 
Tak sabar dah nak belek kamus dunia ni.

~~> bersambung

RM : Tak faham eh?  tak apa, last sekali nanti kita translate... tak pun gugel saja.. hehh

39 comments:

  1. they are the woman that I'm in love with :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are the woman that i'm in love with.. hehh

      Delete
    2. pjg nye ayt pndeknye maksud

      Delete
  2. Bestnya...ayie nie nakal..saya tak pernah sampai frankfurt..tapi dah sampai munich..jalan2 tgk tempat org...

    ReplyDelete
  3. X sesia jengah blog ijo ni.. THNX RM...... nk lagiiiiiii.

    ReplyDelete
  4. tau da...ko wanita yg aku cinta kan??
    hehehehe..main agak je..

    ReplyDelete
  5. Semakin lama baca, semakin berdebar rasa hati... X sabar tunggu next entry :)

    ReplyDelete
  6. ada buat bekal ni..x sia2 along ni berjaga smpai pagi ni..hehehe

    ReplyDelete
  7. tak sia2 lmbt tido.. dptlh bc n3 ni tp xpuas....

    ReplyDelete
  8. Ayie ckp apa erk,xphm daAa..haha,
    wah,hbt kak RM ni kan,pndai ckp jermen lah..hehe
    #Schariedah Schalus

    ReplyDelete
  9. ayie ni saje ye nakk bikin gempaqkan. takde gaynya la rasanye. fuh, rasa lega teramat......

    ReplyDelete
  10. hey, sesekali rs ada tulnya ayie ni kena perangkap tapi bila die cl ki tu, mcm tul lak die org tuh ada afaire. cpt smbung next n3 plzze.

    ReplyDelete
  11. Dh menggelabah tahap cipan si arya tu...

    ReplyDelete
  12. Ha arya,kalu ayie tk nk berubah,kawin je dgn lelaki jerman.hehe.just kidding.

    ReplyDelete
  13. Hebat rm ni,lpas bca ni terus je saya google maksud sie sind die frau die ich bin in der liebe mit.hehe.ble myelam smbil minum air bca cerita ni.he

    ReplyDelete
  14. "You're are the women i'm in love with"...ohmai, ayie so romantik la...hehehe....

    -syad_ysl-

    ReplyDelete
  15. Sambunglh lg rm..... minggu depan nk ready utk exam lok

    ReplyDelete
  16. hehe.. arya n ayie ni comel je..
    manja ayie dengan arya..huhu..
    sambung lagi kak rehan =)

    ReplyDelete
  17. Ayie romantik....love this couple...thanks rm.

    ReplyDelete
  18. tenkiu RM!! hehe sebab tetiap hari letak entry :)
    Saya sukaaaa sangat baca cerita RM, dari dekat penulisan2u dulu sampai la skrng
    Nak lagi blh, rasa pendek sangat (tak pendek pun tapi sbb best rasa cepat je habis baca) hehe

    ReplyDelete
  19. X psal2 sy dok download kamus bahasa german la plak...ha ha ha

    ReplyDelete
  20. dah khatam 10 kali dah nie...nak n3 lain bole tak.....
    tersenyum sumbing sendiri dah baca cerita nie

    ReplyDelete
  21. oh mai.. ayie sgt sweet ok.. <3

    -athirah-

    ReplyDelete
  22. rasa simpati kat arya & kesian kat ayie
    tp gigih cari kat pakcik gugel maksud ayat ayie ni..hihi

    thanks RM cerita yg menarik,topik ni org jarang nak sentuh,lebih suka mengelak dari berbincang psl ni cam taboo.. :(
    **sori akak trlambat follow..** :)

    ReplyDelete
  23. memang best but i feel arya kena percaya ayie is not gay

    ReplyDelete
  24. akhirnya ade N3 bru..hehehhe..sukenye..nk lg kak RM..

    ReplyDelete
  25. dont keep poking him......he is such a cute guy....RM u r the BEST......

    ReplyDelete
  26. romantica de amour betullah Ayie ni...
    mesti Ayie x gay...
    xsabar nk tau apakah hal sebenarnya nih...

    ReplyDelete
  27. Kan bila arya tanya, tak ada rasa pada perempuan, ayie angguk. maknanya ada yg tk kena dgn ayie tu....

    ReplyDelete
  28. Dont give up arya....cpt tbur bunĝa2 cinta utk ayie

    ReplyDelete
  29. Hari ni dah jenguk blog hijau ni byk kali..rindu n x sbr tggu n3 baru.. RM mlm ni ada tak?.. smgt nk keja esok hehe

    ReplyDelete
  30. RM ni smting difrent dr penulis novel yg lain. Saya folow RM dr awl penulisan, skrang smakin ada byk info dlm cter RM berbanding dulu, mcm cter neo pmbaca dpt info psl polis, n skang ke germany pula, n sy yakin RM akan kupas byk lg isu psl gay. RM MMG PENULIS YANG BERKALIBER. Sbg seorang guru,dlm sibuk2 sy pasti jenguk juga blog RM ni. Wajib setiap hr, skarang pun sbenarnya sambil siapkan data murid, tapi singgah skejap cari N3 baru tp tkde pulak, hrp mlm ni dpt 2 n3 ke? :) thank u.. -AYSA- (ingt lg tak?)

    ReplyDelete
  31. waaaa....tak pahammmm....si ayie ni nk kene nih..suka suke sasuke nak kenakan arya..

    ReplyDelete
  32. nak tahu apa ayie cakap terus tanya kakak kat opis yang pernah duk jerman 3 tahun hehehehe... best3

    ReplyDelete
  33. gigih meng-google bahasa jerman. YES! tau pun...

    ReplyDelete
  34. dh baca bab 18 n 19 baru nk baca bab 17, tak prasan terlepas 1 bab..tak kesah kan asal baca

    ReplyDelete