Thursday, November 22, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 16


BAB 16

BAHUKU dipeluk erat.  Aku kerling dia  yang hanya diam saja daripada tadi.  Memeluk bekas bekalan yang dibawa oleh Zayed untuk aku. 

“Diam je?”  Aku menegur. 
Rasa tak betah dari tadi diam saja.  Macam dia marah pula ternampak aku berbual dengan Ziyad tadi.  Tapi, rasanya tak ada apa pun.  Di tengah-tengah orang ramai pulak tu.
“Abang tengah fikir nak cakap apa pada sayang ni,” jawab dia.
Aku ketap bibir seketika.  “Abang marah ke nampak Rina sembang dengan Ziyad tadi?” 
Zayed terus  memandang aku lama.  Dia menyilangkan kakinya dan menepuk bahu aku beberapa kali.
“Abang nampak sangat ke jealous, yang?”  Dia berkali beberapa kali ke kiri dan ke kanan persis menayang wajah macho dalam audition modelling. 
Tapi aku, menggeleng sebab aku memang tak rasa Zayed cemburu langsung.  Ziyad pula bukan nak menegur sepupu dia tapi sibuk nak berlalu dengan Mia. 
“Tak ada?”  Mata Zayed membulat. 
“Dah tak ada nampak… tak kan Rina nak cakap ada pulak,” selaku.
Zayed ketawa kecil.  “Kalau tak nampak tu, tak adalah.  Tak ada makna nak cemburukan Ziyad tu.  Dia dah give-up tu haa… lagipun, abang percayakan Rina.  Tak ada sebab abang nak cemburu tak tentu hala kalau abang percaya.  Lainlah Rina dok berdua dengan dia dalam bilik ke.  Itu jangan kata cemburu, boleh mendatangkan marah,” ujarnya.
“Hmm… dah tu muka kelat je?” 
“Eh, Rina rasa ke wajah abang kelat?” 
“Abang ni…”  Mulutku muncung.  Aku cubit sikit peha  Zayed.  Mengada betullah.  Situ je dia ingat. 
“Tak ada apalah, sayang.  Bukan sebab Ziyad ke apalah.  Tapi, kenapa Ziyad datang lepas tu nampak keluar dengan Mia?  Dah sangkut mata kail Ziyad ke Mia tu?” 
Aku angkat bahu tanda tak tahu.  “Ziyad kata T&E.”
“Apa tu?” 
Try and error,” jawabku.
Oh my God… Ziyad buat perangai lagi.  Berapa juta wanita dia nak T&E, kan?  Kalau jumpa dia lagi abang tumbuk dia sungguh-sungguh,” marah Zayed tiba-tiba dan pantas aku meletakkan tanganku pada lengannya yang terdedah.  Santai saja hari ni dengan jeans demim gelap dan juga baju T berkolar warna kuning cair. 
“Biarlah dia.  Katanya Mia pun setuju nak T&E.”
“Mia pun… sah kena venom budak Ziyad dah ni,” bebel dia lagi.
“Tapi tadi dia ada tanya pada Teratai Nur.  Lepas tu dia  maki-maki budak tu.  Dia kata Rina kesian sangat dengan Teratai Nur tu,” aduku.
Zayed sengih sinis.  “Jarang ni Ziyad sebut balik perempuan yang dia dah tinggalkan apatah lagi perempuan yang buat dia marah.  Pada dia, yang lepas dia tak akan sebut lagi.  yang baru ramai menanti.  Waaa menarik ni.  Rina tak try tanya dia apa-apa?”
“Kenapa?”  Aku mula pelik.
“Abang rasa Teratai Nur tu buat Ziyad jatuh cinta dah ke?” 
Zayed menggeleng.  “Ziyad tak akan pilih budak tu untuk jatuh cinta… apa-apa pun kita tunggu dan lihat jelah.  Allah kalau Dia nak balas perbuatan seseorang tu dalam banyak cara dan pada abang, Ziyad ni dah melampau sangat dah.  Mak long hari-hari membebel.  Kesian juga abang dekat mak ayah dia,” ujar Zayed.
“Kalau macam tu, abang nasihatkanlah dia…”
“Dah berbuih mulut abang.  Biarlah dia jatuh tersungkur sekali dan abang yakin, masa tu dia akan cari kita masa tu,” putus Zayed dan dia menggeleng beberapa kali dengan senyuman pelik.
“Hrmm… dahlah, Rina.  Jangan cakap pasal dia lagi.  Makanlah bekal tu,” pelawa dia. 
Aku menggariskan senyuman.  Ini dikira lawatan balas.  Jika sebelum ini aku melawat dia tapi kali ini dia pula melawat aku siap dengan bekal lagi biarpun mama yang masak.  Bila aku buka penutupnya, bekalan yang mama bagi aku tatap lama.  Macam pelik je masakan mama ni.  Nampak hitam sungguh. 
“Err… ni mama masak ke?”  soal aku kehairanan.
Zayed tidak menjawab.  Diam saja statik macam batu.  Hanya mata dia yang berkelip-kelip dan itu pun tanpa senyum apabila haruman yang ternyata tidak wangi menerpa pada rongga hidung.
“Mama masak ke?” 
“Err… makan jelah.  Abang nak balik dah kejap lagi.  nak balik rumah mama nak bincang pasal kenduri bertandang ni alang-alang abang cuti lagi.  Rina pun nak masuk kerja dah kejap lagi,” gesa dia.
Hai… aku dah mula pelik.  Sungguh pelik.  Macam ada tak kena je tapi aku perlahan membaca bismillah dan terus menyuapkan nasi goreng hitam itu ke mulut.  Barangkali kicap sebab tu gelap tapi rupanya, memang nasi itu rentung dan rasanya adalah… masin dan pahit.  Wajah aku berkerut seribu.  Apakah?  Adakah? 
Aku  pandang Zayed yang tersenyum padaku.  “Sedap tak sayang?”  tanya dia.
Aku ketap bibir.  Rasa nak muntahkah balik tapi melihatkan wajah teruja Zayed, aku tak sampai hati nak luahkan semula.  Perlahan-lahan aku jatuhkan kepala mengangguk.
“Abang masak untuk Rina.  Kesian isteri abang kena kerja penat-penat.  Dulu masa sebelum kahwin abang selalu buli Rina suruh temankan abanglah, bawakan abang bekal la.  Dah tiba masa abang balasnya,” ucap dia teruja dan aku sekali lagi mengangguk.  Nak muntah…
Aku tak mampu nak kunyah dah.  Cepat-cepat aku telan dan aku telan suapan demi suapan tanpa mempedulikan rasa nasi itu.  Hingga ke suapan terakhir, Zayed menahan.
“Sedap sangat ke, yang?  Sampai tak bercakap sepatah pun.  Mari abang rasa sikit.”  Dia terus mengambil nasi terakhir itu dan bila dia suakan ke mulut, wajah Zayed bertukar hadi hulk… hijau.  *tipu je warna hijau*
Dia terus muntahkan nasi tersebut dan aku pantas menadahnya untuk dia. 
“Kenapa, bang?”  soalku sambil menghulurkan air putih padanya dengan wajah yang sengaja aku buat serius.
So bad!”  jawab dia lalu dia teguk air putih itu kasar. 
Aku ketawa.  “Tak sedap ke?” 
Dia menggeleng dan mencemik.  “Kenapa Rina makan kalau macam ni rasa?  Tak cakap dekat abang pun?”
Aku senyum dan menepuk belakang dia sikit.  “Sebab Rina dapat rasakan kasih sayang dan keikhlasan abang dalam setiap suapan Rina… jadi rasa tak sedap tu hilang macam tu je…”
Dan aku lihat… mata Zayed berkaca-kaca.  Dia gariskan senyuman dan mencuit hidung aku sedikit. 
Liar,” ujarnya tapi aku menggeleng.
Nope… lover,” sahutku.  Berdejavu.


KAMI sama-sama berjalan ke ruang legar.  Aku mahu menghantar dia pulang terlebih dahulu memandangkan masa masih ada tersisa beberapa minit lagi. 
“Rina pergilah masuk,” suruh dia.
Aku menggeleng.  “Nak tengok abang balik dulu…”
“Rasa macam dulu-dulu pulak…”
“Dulu-dulu?”  soalku ingin tahu. 
Zayed jatuhkan kepala.  “Dulu bila Rina balik abang selalu perhatikan sampailah kereta pink Rina tu hilang dari pandangan abang,” akui dia.
Jari telunjukku terangkat otomatik.  “Rupanya abang ni…”
“Ya, abang suka stalk Rina dulu.  Abang ingat kalau abang tak ada perasaan pada Rina nak ke layan Rina sampai hari ni?” 
Aku sengih dan aku paut lengannya lalu melurut jatuh pada jari-jemarinya.  Aku angkat tangannya dan aku kucup jemari suam itu.
“Terima kasih…”
“Sama-sama… hari ni kalau Rina kata nak dengar abang ucapkan cinta, tiap-tiap saat pun abang sanggup tapi abang rasa tak perlu sebab…”  Dia berjeda.
Aku mengerutkan dahi.  “Sebab?” 
“Dalam helaan nafas abang ada nama Rina dan dalam tiap-tiap tasbih abang, abang percayakan jodoh yang telah Allah berikan buat kita.  Hati abang milik Rina sejak dulu dan untuk apa Rina hendak berlumba dengan perasaan sendiri?  Percayakan abang… seperti mana abang percayakan jodoh kita,” pohonnya lalu dia menggenggam kemas jari jemariku.
Baru saja Zayed mahu melabuhkan bibirnya ke dahiku, bahu dia ditepuk orang.  Aku gamam dan Zayed lagilah gamam.
Oh… thanks God you are here, doctor,” ucap salah seorang doktor juga kat sini dan tak silap aku dia adalah junior Zayed.
Kami menjauh sedikit dan sama-sama memandang wajah lelah tersebut.  Aku pandang Zayed dan bertanya dalam diam.
“Kenapa, Rehan?”  (nak jugak nama ni)
Aku lihat Doktor Rehan lelah.  Dia nak bercakap pun mengah tapi dia paksa juga dirinya bersuara.
“Saya try call doktor tapi tak dapat.  Ada urgent case,” jawab doktor lelaki muda ni.
“Jadi?” 
“Kami tak boleh buat, doktor,” jelas dia dengan rupa yang hendak menangis dah. 
Aku mencuit Zayed  yang nampak cemas.  Barangkali kecemasan benar. 
“Rina carikan baju.  Cepat!”  gesa Zayed dan aku terus berlari laju mencari baju untuk masuk ke bilik bedah. 
Sempat aku berpesan pada jururawat bertugas  yang aku ada hal kecemasan di dalam wad bersalin.  Aku tahu… dari riak Zayed pastilah kes kecemasan.  Setelah baju itu aku dapatkan, aku berlari semula dan saat itu aku dengar seorang wanita dalam usia 30-an menangis di koridor.
“Ya Allah, sakitnya doktor,” adu dia pada kami bila kerusi rodanya semakin dekat ditolak oleh attendant tersebut ke arah aku.
“Abang… ni.”  Aku serahkan baju tersebut pada Zayed.
Dia mengangguk dan duduk mencangkung.  “Puan, saya minta izin nak tengok, ya?”  tutup Zayed pada wanita tersebut dan bila wanita itu mengangguk memberi izin, Zayed menyingkap kainnya sedikit.
“Ya Allah… kaki bayi dah keluar ni, Rehan… Rina,” ujar Zayed sedikit bertempik.
“Bayi songsang!” 
Aku bulatkan mata.  Menggigil rasanya tubuh aku kala ini.  Melihatkan Doktor Rehan yang bagaikan buntu, aku tahu pasti dia dimarahi oleh Zayed.
Attendant terus saja membantu Zayed menolak kerusi roda itu laju masuk ke dalam wad.  Aku dan beberapa orang jururawat lain berlari mengejar tapi sayang, ada pesaki.  Zayed meraup wajahnya bila bilik yang lain juga penuh.
“Kita bawa ke HKL?”  cadang Doktor Rehan tapi Zayed menggeleng.
“Tak sempat.  Footling Breech.  Nanti bayi lemas,” ucap Zayed sedangkan kami kala ini tersadai di koridor depan labour room.
Tiba-tiba datang seorang housemen menolak sebuah katil ke arah kami dan pantas kami mengangkat si ibu ke atas katil dan airmata aku menitis kata si ibu menjerit kuat dan bila aku intai, darah sedang membuak-buak.  Kaki bayi pula membiru.
“Ya Allah… kaki bayi dah biru abang,” beritahuku pada Zayed dan dia mengintainya juga lalu dia beristighfar panjang. 
“Kita cuba vaginal delivery jugak,” ujar Zayed cemas.
“Boleh ke doktor.  Ini kes songsang.  Nak-nak  kaki takdah keluar pun.”  Doktor Rehan bagai membantah keputusan Zayed.
Renungan Zayed tajam.  “We have no choiceand Rina, you go.  Sembang dengan patient,” arah Zayed keras dan aku terus berlalu dekat pada kepala wajah wanita itu.
“Puan… sabar puan.  Ingat Allah.  Kami akan cuba selamatkan puan dan bayi puan, ya?”  pujukku biarpun aku tahu dia tak mampu memberi tindak balas lagi dek rasa sakit yang pastinya tak tertanggung.
Aku pandang Zayed yang sedang membongkok. 
“Cervix dah terbuka dah ni,” ucap dia. 
Zayed kembali menumpukan perhatian di bantu oleh Doktor Rehan dan beberapa orang attendant senior.  Dalam keadaan ini, dia perlu pandai meraba bahagian-bahagian tubuh bayi dan dia perlu keluarkan perlahan-lahan tanpa ada tarikan pun.
“Rehan, lap kaki bayi cepat,” arah Zayed. 
Aku diam dan terus mengusap kepala ibu yang sudah bagaikan tidak sedarkan diri.  Matanya berkelip-kelip tapi rengekan dan tangisan tiada lagi bergema.  Peluh mula merenik di dahi Zayed.  Bajunya juga habis dicemari darah.  Aku diam berdoa moga semuanya selamat.  Pertama kali berhadapan dengan perkara ini, aku bagaikan tidak berpijak di bumi.
Tidak lama setelah itu, Zayed tegakkan tubuh dia sedikit.  Aku nampak dia perlahan-lahan menarik bayi tersebut keluar daripada rahim ibunya dan sungguh, separuh tubuh bayi tersebut sudah membiru.  Tangisannya juga tiada. 
“Rehan… bawa bayi ke wad cepat.  Saya uruskan si ibu dulu,” suruh Zayed lagi dan dia tersenyum padaku dalam lelah. 
Aku balas senyumannya dan bila aku kalih pada wajah si ibu, pegangan tangannya padaku kian longlai.  Aku tepuk pipinya. 
“Puan… puan dapat anak lelaki.  Alhamdulillah sihat dan selamat…” 
Namun, wanita itu tetap membatu.  Aku periksa nadinya dan jantung aku hampir terhenti.  Aku pandang Zayed.
“Abang,” seruku cemas. 
Zayed mendekat padaku dan dia membuka kelopak mata wanita tersebut sebelum beralih pada nadinya. 
“Ya Tuhan…”  Hanya itu  yang aku dengar dia sebut dan dia hampir rebah jika aku tidak menyambutkan di dalam pelukan. 
She’s gone.  A… abang tak… mampu nak… selamatkan di… dia, sayang,”  gumam dia dekat dengan cuping telingaku dengan suara yang terketar-ketar dan aku terus mengeratkan pelukan.

~~> bersambung

 B. Footling breech
    




37 comments:

  1. Rehan;
    1) okey, ada jugak nama tu.
    2) Teratai Nur, suka nama klasik tu
    3) Situasi doktor memang macam ni kan..
    4) Next, please..ngee

    ReplyDelete
  2. doktor rehan...pun boleh la..hehehehehe

    ReplyDelete
  3. saya rasa nanti msti zayid dgn teratai kannn. pastu msti kak rehan buat citer sequel pasal zayid dgn teratai pulak kan.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol..t nk tgk ziyad n atai lak..

      Delete
  4. rase berdebar pulak bace n3 ni, huhu, semoga ibu2 yang nak bersalin diberi kemudahan, aamiin.

    ReplyDelete
  5. aduhaiii.. ai pon debor baca nih.. wlpon xde pengalaman lagi.. sian mak baby tu..
    jgn zayed down dh la pasnih.. :(
    p/s: eh eh nak jugak dia jd doctor sama ngan rina ngan zayed si rehan ni *ish3*
    ~acu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..lupa plak. i'm touched part bekal tu.. tabahnya rina.. hehehehe.. pasni zayed kna g kursus msk2 :P

      Delete
  6. hehehehhe... doktor rehan nmpaknyer... hehheehhee thanks kak rehan
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  7. Terimakaseh utk n3 ini, mmg keseluruhan kisah yg RM paparkan ada pelbagai intipati terselit yg amat2 kak kagumi..tahniah ya!!

    ~ Kak Aminah

    ReplyDelete
  8. Nasi goreng hangit pun jadilah, asalkan tukang masaknya hensem. Lebih lagi kalau masak dengan penuh kasih sayang..

    Mmg kerjaya doktor mencabar minda, kalau tak kuat beginilah jadinya. Sebab itu bila tak dapat selamatkan pesakit, doktor dipersalahkan.

    ReplyDelete
  9. wa.. best
    cian mak baby tu tak dapat diselamatkan
    harap zayed jangan down semangat pulak..

    ReplyDelete
  10. sebab tule Nabi ada menyebut ibumu3x baru bapamu....inile dianya ...berrtarung nyawa..untuk seorang anak...pengalaman sya sendiri 10jam tanggug sakit untuk delivered baby...tp alhamdulillah selepas 5 thun dah xingat dah mcm mna rsa sakit tu...subhanallah..

    ReplyDelete
  11. kenapa doktor2 lain tu x ambil tindakan segera 'seacerean"kan pesakit tuje...kan masa scan dah tentnya nampak bby tu songsang..sian zayed sbb kelembapan doktor lain buat kptasan dia tnggung risikonya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ngan anda rasanya kalu songsang rasany nurse @ dr dah tau awal coz peringkat akhir kehamilan kita gi checkup setiap minggu n dr akan buat keputusan yg kita ni bersalin normal @ ceaser

      Delete
  12. Sedih ibu baby xsempat pun tengok anak yg dilahirkan & baby xsempat menyusu dgn ibunya..

    ReplyDelete
  13. Dr Rehan ni laki ke perempuan. he³...

    ReplyDelete
  14. pengalaman saya pregnent 3x scan doktor kerajaan sahkan baby breech...tp pegi doktor swasta and bidan kmpng dua2 kta normal...doktor kerajaan dah set kli ke-4 scan breech lg buln ke_8 atau on due date terus ceaser deliverbaby..msa tu dr xde darah tinggi jd adele pulok.....itu yg pelik kes dr zayyed ni...doktor2 lain x buat ape2 ke yekkk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 dia check up tempat lain tapi pergi spital lain.. hal ni jadi kt kakak ipar saya tp takde la kuar kaki tu.. kadang2 tak ikut tarikh jangka utk bersalin. biasanya hospital akan bagi tarikh kan utk anak2 songsang ni ceaser tp kes ni dia mcm sakit pecah ketuban awal.. gitu la lebih kurang citenye

      Delete
  15. kak rehan, ade typing error.. rasanya mcm nak tulis berpaling, tapi akak tulis berkali. ayt ats.

    ReplyDelete
  16. Peh...doktor rehan yea...
    Waa..sedihnye..
    -ieja-

    ReplyDelete
  17. bkn senang nak jd doktor. pengalaman seorng kwn sya..belajar d uni kt luar negara...thn akhir praktikal 3x gagal handle kes kelahiran (berlaku kematian samada baby@ si ibu) terus gagal dan berhenti. balik malaysia akhirnya join kursus PJJ untuk jd cikgu mengajo subjek sains..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesiannye..confirm lps tu dia traumatic kan....
      sy tak suke pasal doktor2 ni. cam bosan je. tp bile bace cter ni plus n3 ni best la pulop..

      Delete
  18. alamak.. penulis dah jadi doktor.. cerita baru ni..layan jer la rehan..

    ReplyDelete
  19. ni lah yang Ibu2 takut n Risaukan setiap kali hendak bersalin...

    pada doktor kite letak kepandaian dalam menguruskan dan membantu sedaya yang mungkin dan pada ALLAH kita serahkan takdir ini..

    hidup dan mati sumer ketentuannye..

    ReplyDelete
  20. sedih nye...sian baby bila ibu dia dh xde...hrp2 baby tuh selamat...

    ReplyDelete
  21. SUBHANALLAH...setiap wanita yg dh bergelar ibu pasti..dpt rase detik yg pernah kite lalui walau pn cara melahirkn berbeza...yg tk dpt di tangguh biar sedetik Ajal yg tlh ALLAH janji kn pd hamba nye.Innalillah.............tabah lh Dr zayed ajal bkn di tngn para2 Dr...kekadng betapa kecewa nye hati yg bergelar Dr bile gagal menyelamat kn nyawa pesakit nye......atas ketentuan nye kite kena redha.....trime kasih dek writer kerna mengingat kn kite perih nye melahir kn n kekdg nyawa jadi galang ganti...tq to para2 Dr,ape yg akak baca neh dek ade lh hakiki...tq to u gak writer...

    ReplyDelete
  22. Siannya.....tp itulah hakikat yg sering terjadi bila Allah berkehendakkan sesuatu itu berlaku

    ReplyDelete
  23. hamboi..masuk gak nama tu..Dr. Rehan lagi,.
    ahaks..x kisah la..tp sedih tetiba bila mood seblm tu gelak2 romantik then tetiba jd sedih..

    ReplyDelete
  24. Mia pon nk t&e ke..hmm confirm tak berubah la si zayid ni... moga dia ngan teratai la..benci sgt dia kt teratai..karang love gila plak..

    kesianya ibu tu..huhu..sedihnya..(teringat masa melahirkan)

    ReplyDelete
  25. ngeri bce part footling breech,. pe2 pon part Dr Rehan tu make me smile keke,.

    ReplyDelete
  26. RM mmg mantap kali ni! n3 kali ni sangat2....mm no words 4 me 2 describe, its amazing RM! u've done it superb! keep it up..

    ReplyDelete
  27. en3 kali ni betul2 buat sy insaf.serius.kuasa Allah.rindu pulak kat puan ibu di kg.

    ReplyDelete
  28. for kak Rehan..
    1) Serius, sy nak cari Husband macam Dr.Zayed tue.. -ala2 bercinta lepas nikah.. romantik, baik, hensome n semua lah...
    2) sy terkesan n sedih dgn Ibu baby tu... --___-- ...
    3) Dr.Rehan tolong Carikan org macam Dr.Zayed tue.. Ciri2 yg ada pada dia... saya dah Jatuh Cinta dgn Dr.Zayed sebenarnya..haha..
    4) Tahniah! dgn penulisan anda. Hebat! Sokong kak Rehan 1001%..

    ReplyDelete
  29. Nak juga si rehan tu menyelit hehehe

    ReplyDelete