Thursday, July 19, 2012

Untuk Dia [19]


BAB 19

ZAFRIN tak tahu  yang aku akan berangkat tak lama lagi setelah aku turunkan tandatangan pada surat tawaran itu.  Kini segalanya sudah siap.  Tinggal hendak pergi saja.  Huh, cabaran betul antara cinta dan cita-cita ni. 

Buat yang diluar sana, kalau korang pelajar lagi, pilihlah pelajaran kalau masih di meniti ijazah tapi andai nak buat ijazah sarjana tapi ada yang menanti, pilihlah yang terbaik dan aku juga sedang membuat pilihan yang terbaik untuk diri aku sendiri.
“Macam mana?”  tanya mak saat aku kemaskan bagasi aku.
“Tak ada apalah. Pakaian je pun. Yang lain beli dekat sanalah,” jawabku tanpa mengetahui apakah yang mak maksudkan.
“Haqmi!”  sergah mak.
“Erk…”  Wajah mak aku pandang. 
“Mak maksudkan Zafrin ni.  Nak ke dia tunggu kamu?”  tanya mak beriak risau. 
“Dia kata nak tunggu…” jawabku lemah bila aku sendiri tak tahu benarkan Zafrin mahu menanti aku.  Buatnya dia tak tunggu, bikin naya je.
“Jangan yakin sangat, Mi.  Rin tu lelaki.  Mak tahulah sebab mak makan garam dulu dari kamu tapi tak adalah mak kena darah tinggi pun.  Itu perumpanan orang-orang tualah kot-kot kamu tak faham,” ujar mak loyar buruk.
Aku jeling dia.  Macamlah aku tak tahu peribahasa Melayu tu.  Boleh pulak dia buat lucu macam tu sedangkan aku nak pecah dada dah ni. 
“Dah tu, Mi nak buat apa?”
“Kahwin jelah.  Lepas tu kamu pergilah belajar,” ujar mak.
“Tak mudah mak.  Mak tahu kan Mi macam mana.  Tak mampu…”
“Tak cuba jangan cepat cakap tak mampu Haqmi!”  pangkas mak agak marah. 
Aku mengeluh. 
“Emm… biarlah maknya.  Kalau itu yang dia rasa terbaik, tak payah nak sekatlah.  Lagipun, kalau dia balik Zafrin kahwin dengan orang lain, Zafrin tu kan ada lagi quota tiga orang setakat nak selit Haqmi sorang tu, tak ada masalahlah!”  ujar ayah pula menyampuk perbualan aku dan mak.
Hoh, pedih dulu hati mendengarkan sinis ayah pulak.  Sakit jiwa aku.  Membawa rasa dalam dada aku ni.
“Ayah janganlah doakan macam tu pulak,” tegurku sedih. 
Ayah senyum sinis.  “Ayah tak doa, ayah cakap…”
“Kan cakap tu satu doa.  Ayah nak ke Mi kahwin dengan Rin jadi bini dia nombor dua ke tiga ke?”  Aku menyoal dengan suara lirih.
“Eh… tak ada masalah  kalau tak termaktub jodoh kamu.  Nombor empat pun nak kata apa.  Kuasa Allah tiada siapa boleh halang Mi tapi setidak-tidaknya kita kenalah usaha dan sekat apa  yang tak elok ni,” jawab ayah pula.  Menyindir lagi. 
“Itulah… mak bukan apa, Mi.  Rin tu dah korbankan segalanya sebab kamu.  Mak pulak naik segan dengan mama dia.  Dok tanya je bila boleh dia masuk pinang kamu untuk anak bujang dia tu,” tokok mak pula. 
Aku tunduk saja.  Pakaian yang sedang aku lipat, aku biarkan saja dan sudahnya, aku bangkit berlalu ke bilik tapi telinga aku sempat menangkap perbualan ayah dan  mak.
“Sungguh nak pergi budak Mi ni.  Kesian abang tengok Zafrin tu.  Malam tadi telefon abang, tak sanggup nak telefon Mi katanya.  Dia kata dia takut menangis dengar suara Mi.  abang cakaplah Mi nak berangkat bila.  Dia kata kirim salam jelah.  Tak nak tengok.  Nanti dia pitam katanya,” beritahu ayah perlahan. 
Aku terhenti daripada merapatkan daun pintu. 
“Dulu ingatkan dia nak belajar dalam negara ni je lepas tu kahwin dan belajar lagi kalau dia nak.  Tapi, kalau ingat dulu Zafrin tak jadi pergi Jerman sebab dia, tak kanlah anak kita kejam sangat, bang?”  Mak pula bersuara.
“Mi pun cita-cita melangit, maknya.  Macamlah tak kenal anak awak tu.  Abang tak kisah tapi tak naklah tengok dia dan Zafrin berkawan lama-lama.  Dulu ingatkan lepas ijazah, nak kahwin dah.  Masa dia cakap ada berita baik tu, ingatkan nak nikah rupanya dapat master.  Baiklah jugak tapi kita kena buat Mi faham kalau jodoh ada depan mata, terima jelah,” ulas ayah lagi. 
“Tapi, abang yakin keputusan Mi tu dah tepat dah tu.  Dia dah fikir segalanya tu.  Yang lain tu biarlah dia selesaikan sendiri,” putus ayah akhirnya. 
Aku diam sendiri.  Memikirkan kata-kata ayah dan mak.  Benar, Zafrin telah berkorban untuk aku dan andai dia memberi laluan dan peluang itu ada, perlukah aku tolak segalanya jika dia memberi janji hendak menanti?

**

HARI INI masa yang dinantikan tiba.  Aku tarik bagasi itu menuju ke pintu.  Mak dan ayah senyum saja bagaikan menghalau kepergiaan aku.  Aku dail nombor Zafrin berkali-kali tapi tidak berjawab hinggakan aku terpaksa menebalkan wajah menelefon mamanya. 
“Rin ada aunty?”  soalku sopan. 
“Ada… kejap aunty panggil.  Dah macam orang mati bini dah budak ni sorang.  Mi daftar hari ni, kan?  Belajar rajin-rajin, ya?”  Sempat aunty berpesan sebelum dia menyerahkan telefon itu pada anak lelakinya. 
“Rin…”  Aku menyeru dia lemah. 
Helaan nafas Zafrin kedengaran berat.  Sesekali helaan nafasnya bagaikan orang sedang menangis atau baru lepas menangis.  Macam orang hidung tersumbat. 
“Nangis je?”  tanyaku bodoh.
“Gelak je.  Kenapa?”  sinis dia. 
“Rin tak nak jumpa Mi?”
“Dulu pun Mi tak nak jumpa abang, kan?  Buat apa abang nak datang sedangkan abang boleh doakan Mi dari jauh?”  Huh, ayat balas dendam.
“Itu dulu, Rin tak pergi pun tapi Mi tetap berkejar ke sana, kan?  Rin dah lupa?”
“Sebab tak lupalah abang kata macam ni.  Abang dulu tolak offer ke sana.  Rupanya ada hikmah.  Hikmahnya, perempuan yang abang cinta akan pergi pula ke sana tinggalkan abang,” sindir dia. 
Aku tahan nafas seketika. Sehari dua ni asyik kena perli je.  Ayah sama, mak juga begitu.  Anaresa lagilah.  Ini tambah pulak Zafrin. 
“Kan Mi tanya, tak nak halang ke?” 
“Kalau abang halang, Mi tak nak pergi ke sedangkan hari ni Mi berangkat, kan?”  Suara itu kembali serak. 
Tak sempat aku menjawab, dia terlebih dahulu menyambung. 
“Tak apalah, sayang.  Pergilah pergi.  Abang izikan selagi kita tak ada ikatan sah untuk buat Mi dengar kata abang sepenuhnya.  Pergilah kejar cita-cita Mi tu.  Abang doakan dari jauh.  Biarlah abang tunggu Mi je dari dulu, kini dan selamanya abang tunggu Mi!”  tekan dia dan talian dia matikan. 
Aku pegun lagi.  Mata ini berair dan sekelipan menitis airmata ini menodai pipi aku.  Sedihnya dengan dia tapi haruslah sedih sebab aku nak tinggalkan dia.  Bukannya ke mana, tetap berpihak bumi yang sama dan berbumbungkan langit yang sama.
Baru hendak melangkah turun bila ayah dan mak sudah menanti, telefon bimbitku bergetar menerima pesanan ringkas.  Bila aku lihat, ternyata dia.

            Abg xtak akan sekat kehendak Mi sebab abg sygkan Mi.  Payah utk
            abg tp andai itu yg terbaik buat Mi, apa lagi abg mampu katakan.
            Maafkan abg, xmampu abg lihat kepergian Mi.  Abg xmampu. 
            Tolonglah abg 1 perkara, jg diri, jg hati utk abg.  Hanya abg. 

Airmata aku semakin lebat menitis kala membawa baik-bait pesanan terakhir dia sebelum taliannya mati lagi.  Tak dapat disambungkan.  Merajuk sungguh-sungguh ni.
“Hah, cepatlah.  Karang lambat pulak daftar ni,” ujar ayah.
“Entah… kata dah janji dengan Azi,” tambah mak. 
Aku cepat-cepat berlalu ke kereta bila ayah sudah siap meletakkan bagasi aku di dalam boot kereta dan kami teruskan perjalanan. 
Aku diam saja.  Diam sesungguhnya diam.  Tak tepat keputusan aku ni?  Kalau tak tepat, baik aku pilih yang satu lagi.  Tak ada gunanya begini andai hati melarat melayan rajuk dia. 
Sudahnya aku tertidur dan bila mak kejutkan aku, kami tiba di destinasi. 
“Sampai dah?”  tanyaku. 
Mak angguk dan serentak itu ada wajah yang keluar menyambutnya.  Aku bersalaman dengan mereka semua. 
“Masuklah,” ajak tuan rumah. 
Kami bertiga masuk ke dalam rumah dan bila ada di tengah-tengah ruang tamu, seluruh ahli keluarga ada.  Aku hanya senyum melihat mata-mata yang aku kenal tapi sepasang mata  yang aku rindu itu tiada di depan mata.  Kecewa lagi.
“Mana?”  Aku menyoal tanpa suara pada salah seorang ahli keluarga ini.
“Atas…” ujarnya sambil mencebirkan bibir ke tingkat atas.
“Naiklah, Mi.  Pujuk orang merajuk tak sudah tu.  Siap menangis bagai.  Tak malu sungguh,” suruh tuan rumah lagi. 
Aku senyum dan terus menapak ke atas bila mak dan ayah memberi kebenaran.  Bila tiba di depan pintu bilik mula-mula itu, aku pakukan langkah.  Bibir aku tersenyum lagi.  Teringat hal lalu.  Singa dan singa bertembung hingga akhirnya menjadi sebuah kisah cinta yang tulis dan ikhlas. 
Perlahan-lahan aku ketuk pintu biliknya tapi dia kuat menyahut dari dalam dengan nada yang marah.
“Angah tak nak makan.  Mama masak banyak-banyak tu bagi jelah tetamu mama makan.  Jangan ajak angah lagi!” 
Huh, garangnya.  Aku beranikan diri memulas tombol pintu itu dan benar dia sedang berbaring mengiring membelakangi aku kini.  Daun pintu aku tolak sedikit tapi tidaklah menjadi rapat.  Bimbang pula orang tua kami memikirkan yang bukan-bukan pula. 
“Makan jom,” ajak aku. 
“Orang kata tak nak…” Serentak itu Zafrin berpaling pada aku dan matanya bulat. 
“Eh, buat apa kat sini?”  tanya dia pelik.
“Datang menyerah diri.  Dulu masuk ke kandang singa lapar ni secara tak sengaja.  Tapi, hari ni singa sarkas ni masuk ke kandang singa lapar ni secara rela,” jawabku manja. 
Dia nampak gamam lagi.  Terkebil-kebil memandang aku yang masih tercegat di muka pintu.
“Tapi kan Mi…”
“Mi dah buat pilihan tepat apa.  Mi sign tawaran dekat UiTM tu je.  Kenapa nak pergi jauh-jauh sedangkan taraf pendidikan negara kita dah makin hebat sekarang ni?” 
Bila kau berkata demikian, barulah wajah Zafrin hilang tegangnya.  Dia mengukir senyum sedikit demi sedikit.
“Habis tu yang kononnya berangkat hari ni tu?”
Aku ketawa kecil bila berjaya buat lelaki ini sasau. 
“Berangkat dari rumah mak dan ayahlah nak pergi daftar masuk hari ni.  Tapi, terpaksa singgah sini dulu sebab ada orang merajuk tak nak makan nasi aunty cakap.  Petang ni pun sempat tapi Encik Singa Lapar ni kena temanlah,” jawabku sopan. 
Dia ketawa terbahak-bahak.  “Pandai kenakan abang, ya?”
“Mana ada Mi kenakan.  Awak tu yang elak tak nak cakap dengan orang tapi telefon ayah mengadu, kan?  Konon nak jadi menantu kesayanganlah tu.  Tapi, memang kesayangan pun sebab awaklah satu-satunya menantu ayah dan mak nanti,” selaku.
Zafrin bangkit dan melompat sedikit.  Dia meraup wajahnya berkali-kali bagaikan memanjatkan syukur. 
“Saya datang ni… nak meminang awak?  Sudi tak?”  tanyaku malu-malu.
Sekali lagi wajah Zafrin bagaikan singa tercekik rusa.  Aku ketawa lembut apatah lagi saat ini ahli keluarga kami hadir bersama. 
“Itu yang mama masak banyak-banyak ni.  Angah bising pulak.  Ada tetamu istimewa yang datang nak pinang angah ni,” ujar aunty sambil menjeling manja padaku.
Bila mata aku dan Zafrin bersabung pandang, dia bertanya dalam diam.  Berbicara melalui bahasa cinta yang telah kami sulam bertahun-tahun ini dan sudah sampai masanya aku membuktikan cinta aku dan Zafrin menzahirkan kasih sayangnya seperti mana yang  pernah dia ungkapkan dulu. 
“Yahuu!!!!  Angah nak nikah esok mama.  Angah terima pinangan ini,” jerit Zafrin sambil terloncat-loncat.  Hilang wajah terkejut itu diganti pula dengan wajah teruja. 
Aku bulatkan mata dan kemudiannya kami sama-sama ketawa.  Zafrin mendekat dan tanpa memikirkan ibu bapa kami yang sedang memerhatikan, dia memegang tanganku.  Poket jeansnya diseluk lantas dia keluarkan sebentuk cincin belah rotan.
“Bersaksikan ibu bapa kita, abang ikat Mi sekarang setelah sekian lama Mi elakkan diri dan abang terpaksa merelakan.  Bersaksikan ibu bapa kita, ini cincin tanda yang Mi tak boleh lari lagi dan kalau perlu berlari, kita lari sama-sama.  Cuma satu je, tolong katakan apa yang pernah abang minta dulu,” pintanya romantis.
Mak dan ayah senyum.  Aunty dan uncle ketawa halus melihatkan kami.
“Tak boleh.  Tak sampai masanya lagi,” jawabku namun aku terima saja cincin yang sudah tersarung ke jari manisku kini.  Sungguh aku rasa terharu.
“Cantik…” pujiku.
“Bila beli ni?” 
Zafrin ketawa sikit.  Dia memandang mamanya.  “Ini cincin mama.  Abang pinjam dulu tapi mama kata dia hadiahkan jadi kira abang punyalah.”
Aku bercekak pinggang.  Tak jadi terharu.
“Ingatkan dia beli!” 
“Nanti hari nikah abang beli yang besar.  Ini cop dulu pakai cincin mama je.  Itupun dekat nak pulang dah tadi sebab merajuk,” balasnya dan kami hanya tersenyum sendiri.
Dalam hati aku mengucapkan syukur bila setelah istilkhirah ketiga, Zafrin adalah tujuan aku yang utama.  Dialah segalanya.  Selamanya untuk dia.
Bila ibu bapa kami berlalu, dia rapat padaku.  Kedua-dua belah tangannya diseluk ke dalam poket.  Bahu itu terangkat sikit.  Wajahnya mendekat pada telingaku yang dilutupi selendang.
“Mi perhatikan segenap sudut bilik ni.  Dulu abang tak ikhlas bila Mi masuk ke sini secara tak sengaja tapi selepas ini, inilah tempat yang abang akan kurung Mi nanti.  Abang akan kurung hinggakan Mi rasa tak nak keluar lagi dari bilik ni tanpa abang dan dalam bilik ni juga nanti, abang nak Mi laungkan kata-kata cinta buat abang.  Hilang lelah dan hamparkan kasih sayang buat abang nanti.  Di sinilah kita nanti,” ujarnya menggumam membuatkan seluruh tubuhku meremang bila dia menyengitkan matanya sekali.

~~> bersambung

Cik Penulis. : Tak sempat marathon sampai bab akhir macam KSC dulu..hehe..ada keje sikit.. malam ni kot.. JOm... ready utk hentakan akhir UD dalam bab 20 (akhir).. terima kasih, layan n maaf atas kekurangan..

35 comments:

  1. waaa.. xcited nk bc yg last

    ReplyDelete
  2. Kahkahkahkah amboi encik singa ne~ Ada hati nak kurung haqmi dalam bilik eh. Dah naik miang dah tu hahahaha

    ReplyDelete
  3. alahai tergolek den...
    mi pulak yg pinang..hahhaha

    ReplyDelete
  4. x sabar nak baca last en3 :)

    ReplyDelete
  5. He...He...He...Suka2....tak sabar tggu mlm ni....final chapter....

    ReplyDelete
  6. excited sggh... betull terharuuuu

    ReplyDelete
  7. kita balik yang tersenyum2 malu..hihihihi

    ReplyDelete
  8. ala... cik RM... lepas nie dah nak berpisah ngan Mi & rin..
    so tolong bukan cepat2 supaya boleh peluk selalu..
    akak akan rindukan diorg lepas nie...
    tahniah cik RM..

    ReplyDelete
  9. wah best.....x sabar tgu...

    ReplyDelete
  10. Best...#^_^
    Dah nak habis dah ke???

    ReplyDelete
  11. Yeay! Thanks kak Rehan for the triple entry! Terbaiklah! And cant be patient for the last entry! Yeayers!

    ReplyDelete
  12. Waiting for the last chapter . :D

    ReplyDelete
  13. sayang rehan makhtar sangat2! u know how to appreciate your readers! thanks!
    -kak dang

    ReplyDelete
  14. kak rehan....knpe best sgt citenyeee???hehehee...superb!! jatuh cinta tegolek2 kt rin..well done sis!!xsaba tggu mlm ni..senyum smpi tlnga!! ^_______^

    ReplyDelete
  15. hahahhahahaa.... seronok sgt baca..
    mula mcm nak terajang je si mi ni..sanggup dia nak pi obersea sedangkan rin dulu tolak tawaran.

    saya suka..saya sukaaaa!!!

    tq rehan

    ReplyDelete
  16. yeayy !! untuk dia, hey. untuk dia, hey :d

    ReplyDelete
  17. zafrin sooo sweet rehan..cepat la kawen diorg ni.

    ReplyDelete
  18. lorrr...dh nk abis ke...sedih2...

    ReplyDelete
  19. alahai sweet la sgt dia org 2 ni...yeaa x lm lg dia org kawen hehhee...

    ReplyDelete
  20. hahaha...kelakar la diorg ni....sweet..xsbr nk tau kesudahannyer...

    ReplyDelete
  21. Fuh lega,egat betul nak g jerman....akhirnya mie terikat jgak ngan rin....mmg romantic sungguh la rin ni,hatiku jatuh tergolek baca n3 ni,hihihi....ur rock RM...n3 yg superb membuatkan sentiasa nak jguk jea blog ijau ni;-)

    ReplyDelete
  22. best sangat..suka penulisan akak..-Nurul 88

    ReplyDelete
  23. suka sangat dgn ending yg hapy camne.olahan yg menarik,leh gak jd pengajaran kt ank2 muda.usah terleka dek hasutan yg d namakn Cinta.ambil lh baik buat panduan,yg meleka kn tu harus abaikn.Cinta d Ilmu sama2 jadi kn sandaran utk Kebahgian d Kejayaan.tampa ilmu d dada pincanglh hidup.syabas dek akak salute kat u.beeest sngt.

    ReplyDelete
  24. buat jantung along berdetak hebat je...ingatkan betul haqmi nk g jauh...hehe...x sbr nk tggu last bab...best sgt kak..terbaekkk

    ReplyDelete
  25. yeayyy suka sgt bila Mi pinang Rin....dah la rasa cam terbalik nama jerrr haha klaka Rin tu....Rehan Thumbs up untuk kamu... usma

    ReplyDelete
  26. bergetar hati ni baca ayat2 cinta dorang..hahaha. power!

    ReplyDelete
  27. ulang ayat sama la eh.. xsempatnak kira pun jauhnya km mi nak p belajaq.miahahaha

    ReplyDelete
  28. RM, timakaseh utk n3 ini..sgt2 suka n tak sabor tunggu endingnya!!! Suka couple nikh...

    ReplyDelete
  29. yesss.... pandai ya Mi nak kenakan Rin pulak ya..... terbaikkk...

    ReplyDelete
  30. yeaaa ske2.. thanks kak RM..
    So sweet la rin ni.. nk cri lelaki cm rin lah..

    ReplyDelete
  31. doakan saye dpt hubby mc rin tu >.<

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete