Wednesday, May 09, 2012

Kerana Sekali Cinta [20]

BAB 20

PEDIHNYA telinga bila mama membebel. Anaresa bukan nak memujuk aku yang rasa nak merajuk ni tapi dia juga tumpang ketawa dengan Zafrina dan Zafrin sekali. Aku jugalah tahan telinga menerima bebelan manja mama. Manjalah sangat. Naik bernanah telinga aku.

“Maafkan kami, encik… puan…,” ucap polis tu pada aku dan mama.

Aku merengus. Nak membentak tapi mama menghalang sudannya aku diam dan telan air liur saja. Pertama kali aku jejakkan kaki ke balai polis semata-mata kena tangkap khalwat dan sadisnya dengan isteri sendiri.

“Eh, tak apalah encik. Anak kami salah ni ha. Dah tahu kahwin, tak bawa surat nikah. Encik jalankan tugas je,” ujar abah menyampuk.

Konstabel yang menangkap kami tu memandang aku dan menghulurkan tangan. Lambat-lambat aku menyambutnya. Sijil nikah itu dia hulurkan. Kad pengenalan aku dan Anaresa juga bertukar tangan.

“Err… maafkan kami, bang,” ucap dia takut-takut.

Aku jegilkan mata. “Siapa abang? Orang cakap tak nak percaya,” tekanku bila mama dan abah sudah mendekat ke arah pada yang lain.

Dia tarik tangannya dan menunduk. “Lain kali tu encik, sila jangan main fitnah orang ikut sedap mulut je. Kalau orang kata laki bini, haruslah laki bini. Encik ni tak reti tengok orang ke? Main heret je kami turun dari bas.”

“Err… maafkan kami, encik. Kebetulan kami nampak isteri encik tu muda lagi. Itu yang kami tak percaya.”

“Memanglah dia muda dah baru umur 20 tahun tapi tak salahkan dia kahwin muda. Setidak-tidaknya kami ni mengelak dari maksiat. Lain kali, siasat dulu encik. Jangan main tuduh yang kami ni memalukan Islam sedangkan saya dengan isteri saya tu menjaga agama kami sebab tu kami halalkan hubungan kami. Lagipun, bukannya kami bukak baju ke, bercumbu ke apa dalam bas tu!” sinisku memulangkan paku buah keras untuk dia.

Main tuduh je cakap kami memalukan agama kami sedangkan aku dan Anaresa kemain saling membantu mengemudikan bahtera rumah tangga kami ke jalan yang benar. Andai tidak, tak mungkin dia membenarkan aku menyentuh dia kerana dia sendiri tahu hukum menolak hak suami.

“Maafkan kami sekali lagi encik,” pohon dia dengan penuh rasa sesal.

“Emm… tak apalah. Tak pasal-pasal kami ada kat Sungai Besi ni. Kat balai pulak tu. Rosak mood tau tak?” tekanku lantas aku hulurkan salam sekali lagi.

“Terima kasihlah sudi tangkap kami, ya?” sinisku lantas aku berlalu ke pintu keluar dari balai.

Aku berjalan menonong je menuju ke arah Alza abah. Sakit jiwa aku. Sakit lagi dengar gelak tawa mereka. Zafrin masuk di tempat pemandu. Abah masuk di bahagian tengah dengan mama dan aku duduk di sebelah Zafrin. Zafrina dan Anaresa pula terus disumbat ke belakang sekali.

“Hah, jalanlah Angah. Tunggu apa lagi?” sergahku dan Zafrin terus memulakan perjalanan.

“Hai Along. Marah nampak?” tegur abah lembut.

Aku merengus. “Siapa tak marah? Along cakap Along dengan Resa laki bini dia boleh main tuduh-tuduh lain pulak. Dia cakap nampak Resa muda sangat nak jadi isteri. Habis tu jadi apa? Perempuan simpanan?” Meluap-luap marah aku kali ini.

Dekat balai tadi pun penat bertekak sementara menanti mama dan abah datang membawa surat nikah kami.

“Diorang jalankan tugas je. Along jugak yang salah,” sela mama.

“Apa pulak?” Tak puas hati aku dengan kata-kata mama. Dari tadi dok menangkan polis tu.

“Yalah. Dah tahu korang berdua suami isteri, patutnya bawalah surat nikah ni. Tak pun takut hilang yang original ni, bawa yang fotostat. Senang kan? Baru tak jadi hal-hal macam ni,” ujar mama.

Aku terdiam sejenak. Betul juga tu tapi sungguh aku tak terlintas. Lagipun, kami berjauhan sebelum ni. Mendekat bukan atas apa yang kami rancangkan pun.

“Emm… nantilah Along buat tapi tak patutlah dia cakap bukan-bukan pada kami berdua tadi. Sengetlah polis tu. Mahu je Along libas dengan jurus Along ni,” marahku geram.

“Hai, sejak bila Along ada jurus ni?” soal Zafrin tiba-tiba.

“Jurus berkasih sayang kot.” Zafrina pula menyampuk dan kali ini aku tak mampu menahan tawa.

Tak adalah marah sangat tapi geram tu adalah sebab tertangkap dengan Anaresa macam ni. Rosak mood tapi Anaresa pulak boleh dia gelak sambil bercerita kejadian mencemaskan itu pada Zafrin dan Zafrina.

Aku kalihkan tubuh menghadap belakang sikit. Kala ini aku nampak Anaresa rancak bercerita dengan Zafrina. Siap ketawa tekup mulut lagi. Hai… dia memang pelik. Tapi aku lega bila tertangkap dalam pada hubungan kami halal di mata Allah.

“Lain kali bawa surat nikah ni sama. Mujur kat Sungai Besi ni je. Kalau dekat Johor sana, jenuh pulak kami nak ke sana.”
Huh, rupanya mama tak habis membebel lagi.

“Baiklah, mama,” akuiku lembut.

“Yang Along dari Sarawak boleh ada kat Johor ni kenapa pulak?” Abah pulak dah bersuara. Ingatkan mereka nak buat-buat lupa je pasal hal ni.

Aku berpaling sekali lagi dan tersengih. “Sayang jawab ni abah tanya.”

Saja aku nak kenakan Anaresa nampak dia ralit sangat bersembang dengan adik ipar dia tu. Dia memandang kami bila abah dan mama turut berpaling pada dia.

“Err… Resa pitam masa lawan netball semalam,” beritahu dia lambat-lambat.

“Hah? Pitam??” Serentak suara mama, abah, Zafrin dan Zafrina berdengung dalam Alza hitam ni. Bingit telinga. Bergegar otak.

“Pitam kenapa?” soal mama meninggi. Tangan Anaresa dia raih.

Isteriku senyum. “Panas sangat. Resa kurang air,” jawab dia.

“Erkk… kurang air? Macam mana boleh kurang air?” tanya abah pula. Wajah cuak semuanya.

Anaresa geleng kepala menyembunyikan hakikat yang dia rindukan aku dan aku senyum saja pada dia bila dia nampaknya sudah tersipu malu.

“Along kurang bagi air kat Resa ke?” tanya abah serius dan aku telan liur berkali-kali.

Mak aih…. Gurauan abah boleh tahan atau aku yang terlebih calar pada otak dan akal sampaikan terfikir ke arah situ je? Aku tahan pijar pada wajah bila Zafrin nampaknya memahami dengan maksud lain dan sudahnya aku garu kepala.

“Lepas ni Along bagi cukup-cukuplah kat dia, bah,” selaku dengan muka tak malu lalu aku kembali memandang ke jalan raya dengan jantung yang berdegup laju mengingatkan liuk lintuk kemanjaan Anaresa malam di mana dia mengenakan gaun hitam malam itu.

Sejuknya penghawa dingin malam itu tetap tidak mampu menghalau kehangatan kasih sayang yang Anaresa berikan. Serius, aku sayang dia dan aku terus pejamkan mata bersama senyuman.

***

MINGGU ni barulah habis aku angkut semua barang-barang Anaresa. Nama dia juga telah aku daftarkan untuk mengambil lesen memandu. Senang untuk dia nanti kerana sekarang ni, dia beria-ia tak mahu menyusahkan aku menghantarnya. Hanya sesekali menjemput dia pulang. Kesian aku tengok tubuh kecil itu. Nampak kelelahan.

“Apa kata Azi dengan Haqmi, Resa keluar rumah ni?” tanyaku saat kami sama-sama menonton televisyen dalam bilik aku.

Dia lentokkan kepalanya ke bahuku. Mata itu sedikit terpejam. Kesian pula memaksa dia menonton bola bersamaku tapi dia juga tak menolak.

“Diorang sedih kot. Sebab Resa ni rajin masak pan-cake kat diorang hari-hari minggu,” jawab dia mendatar tapi aku ketawa halus. Rasa lucu pula.

“Pan-cake?”

Dia angguk.

“Macam mana Resa masak?”

“Ala… mudahnya. Telur, marjerin, tepung, air, gula dan garam sikit. Dah siap. Makan dengan susu ataupun madu.”

“Waa… isteri abang pandai masak rupanya. Tapi, sejak masuk rumah mama ni tak pernah masak pun?” Aku tersindir dia pula tapi tak ada niatpun.

Aku tahu mama melarang dan aku sendiri kesian pada dia. Pagi-pagi dah keluar dan lewat petang baru tiba di rumah. Mana nak menghadap assignment lagi, nak masak lagi dan nak melayan aku lagi? Jadi, kami mengerti biarpun dia ada juga curi-curi membantu mama biarpun mama melarang.

“Resa nak masak tapi abang dengan mama larang. Nak buat macam mana?”

“Nantilah, dah tak penat Resa masakkan untuk abang, ya? Dah sampai masa nanti, sila masak untuk abang. Boleh?” Aku cuit hidung mancung dia.

Dia angkat wajah dan senyum sikit sebelum mengangguk. “Tapi, pakai abang ulang alik ke tandaslah nanti.”

“Eh, tak bolehlah macam tu. Tadi kata pandai buat pan-cake?”

“Itu jelah Resa tahu pun,” sela dia dan aku hamburkan tawa. Arsenal ke mana, televisyen ke mana, yang aku tumpukan sekarang hanyalah Anaresa.

“Lagi Resa jawab apa dah diorang cakap macam tu?”

“Resa jawablah, kat mana tempatkan seorang isteri kalau bukan di sisi suaminya. Betul tak ayat Resa tu?” tanya dia dan aku melebarkan senyum lalu aku eratkan pelukan pada bahunya.

“Resa semakin matang.”

“Sebab suami Resa matang, jadi Resa pun matanglah,” sahut dia dan kami sama-sama berbalas pandangan.

Bila aku dekatkan wajahku pada wajahnya, dia juga menyuakannya dan bila aku cuba menyapa bibirnya, dia terlebih dahulu memagut bibirku membuatkan aku terkedu sendiri.

“Resa akan buat abang lupakan bola abang tu,” bisik dia dan aku diam terkaku.

Televisyen padam, lampu padam dan hanyalah desah nafas dia hangat mengapa telinga. Kalah aku dah sekarang. Haih… tapi dalam hati aku mengucapkan syukur bila dia semakin matang dan terus berusaha menjadi matang di sisiku.

***

AKU menghadap kerja pejabat lagi. Mujur bos tak marah angkara aku cabut dari tapak projek dan mujur juga Zul dan emelkan segalanya yang aku perlukan lantas mampulah aku menyediakan laporan yang lengkap.

Saat ini, aku nampak wajah Sarina di muka pintu. Dia senyum lantas menapak ke arahku.

“Resa dah okey ke?” tanya dia.

Aku angguk dan senyum. “Tak ada pun. Dia tak cukup air itu yang pitam tu.”

“Ingatkan berisi,” tukas Sarina dan aku ketawa halus.

“Kot nya. Akulah yang paling gembira.”

“Nah.” Sarina menyuakan sesuatu padaku. Cantik berbalut dan bila aku sambut, agak berat juga isinya.

“Apa ni?”

“Bukalah,” suruh Sarina dan aku dengan rakusnya membuka dan ternyata sebuah buku hasil tangan Anahara lagi.

“Ana bagi ke?” tanyaku dan Sarina mengangguk.

“Dia pesan kat aku, suruh kau dan Resa belek buku tu sama-sama,” pesan Sarina membuatkan aku kurang mengerti.

“Sekarang tak boleh?” Aku pandang buku yang indah berbalut plastik itu.

Dia menggeleng. “Jaga amanah, okey?” pesan Sarina lantas dia berlalu pergi.

Aku senyum dan meneruskan kerja lagi sampailah aku dapat panggilan daripada mama.

“Ya, ma?”

“Along bila mula cuti ni? Kenduri lagi dua tiga hari je?” tanya mama.

Aku tepuk dahi. Ya Tuhan, dah dapat segalanya kenduri resepsi terlupa sudah. Mati aku. Dengan kerja menimbun ni, entah lulus entah tidak cuti.

“Err… Along lupa nak mohonlah mama,” akuiku takut-takut. Bimbang mama marah dan memang mama marah.

“Ya Allah, kamu laki bini ni. Kad dah edar belum. Semalam mama letak atas cabinet kat bawah tu. Along ambik tak? Resa ambik tak?”

“Err… entahlah. Tapi, Along memang lupa nak ambik.”

Mama mengucap panjang. “Emm… tak apalah. Resa punya dia dah ambik,” beritahu mama dan aku mengucap juga.

Apalah mama ni. Dah tahu menantu dia dah ambil kenapa nak tanya aku lagi? Sabar jelah.

“Habis tu mama tanya Along kenapa? Ni mama kat mana ni? Meriah je bunyi?”

“Mama tengah bagi kad jemputan ni dengan Zafrina,” jawab mama.

Aku senyum. “Kira mamalah tolong kasi bagi pihak Along, ya?” ujarku dan mama ketawa halus.

“Itulah. Kawan-kawan Along semua teruja ni ha.”

“Apalah Zaf ni mak cik. Boleh dia lupakan kami.” Tiba-tiba aku terdengar suara macam aku cam je. Macam suara Sarina dan aku makin yakin bila aku dengar riuh rendah di luar pejabatku.

Aku bangkit perlahan. Telefon masih melekap di telinga. “Mama…,” panggilku lagi tapi dia tak menyahut dah.

Bila aku tarik daun pintu, sungguh mama dan Zafrina sedang mengagihkan kad jemputan pada kawan-kawan pejabat. Mama dah sampai ke pejabat aku rupanya. Aduh! Parah!

“Mama buat apa kat sini?” soalku pelik.

Dia memandang aku dan tersenyum. “Bagi kad. Tolong Along sebab mama tahu Along lupa. Kan Rina?” Mama jungkit kening pada Zafrina.

“Kau ni, Zaf. Nikah pun tak ajak kami. Ni kenduri besar-besar pun tak sudi jemputlah kami la tu. Ni sehari dua lagi. Mujur minggu ni kami tak ada urusan, boleh la menghadirkan diri,” ucap salah seorang temanku.

Aku hanya angguk dan senyum. “Eh, nak jemput. Sila… sila datang semua ya. Jangan tak datang. Penat mama aku datang bagi kad sendiri ni.”

Fuh, dasyat mama aku. Sampai ke sinilah. Dah siap bagi kad semua, aku dan mama serta adik aku tu keluar dari bangunan Maju. Itu pun sebab bos besar sudi bagi pelepasan hari ni dan cuti seminggu. Syukur lagi.

“Apa lagi tak siap?” tanyaku pada mama dalam perjalanan kami menuju ke Shah Alam hendak menjemput Anaresa.

“Semua dah. Tinggal orang datang pasang khemah, pelamin dan perhiasan bilik tidur jelah esok.”

Aku angguk beberapa kali. Mudahnya kerja aku. Memang cuci tangan sungguh. Bagi duit je dekat mama.

“Duit cukup ke?”

“Setakat ni cukup je sebab mama bayar deposit je semua dulu. Kot kat tak cukup, nanti mama bagitahu Along,” sahut mama dan aku angguk lagi.

“Mama nampak Resa tu macam tak sihat je sehari dua ni, Along?” Mama tiba-tiba bersuara macam tu membuatkan aku mengerutkan dahi.

“Eh, apa pulak tak sihat? Along tengok okey je?”

“Agaknya Kak Long penat ulang-alik jauh sangat tak, Long?” tokok Zafrina yang sedang sibuk dengan i-Pad aku tu. Pandang terluang, ada je dia nak bermuka buku.

“Tapi,betullah. Mama nampak dia lain sikit sehari dua ni? Dia tak sihat sungguh ke?” soal mama sekali lagi.

Aku jungkit bahu. “Entahlah. Tapi, Along tengok okey je.”

Dalam hati aku rasa dia kepenatan jugak. Malam-malam, setelah bersembang sepatah dua dan menghadap buku-bukunya, dia mesti terlena. Kadang-kadang di meja belajar dan kadang-kadang di atas sejadah andai aku berjemaah ke masjid.

“Tak apalah kalau macam tu. Mama takut dia tak sihat je,” ujar mama dan dia senyum penuh makna. Aku garu kepala dan terus memecut membelah Lebuhraya Persekutuan bila SMS daripada Anaresa terpapar pada skrin.

Kami akhirnya tiba di Seksyen 7 dan kala ini, aku nampak Aziana dan Haqmi. Tapi pelik bila tak nampak susuk tubuh Anaresa.

“Tu macam kawan-kawan Kak Long, kan?” tanya Zafrina dan aku mengangguk lalu aku menghentikan kenderaan dan membunyikan hon sikit.

Sekelipan mereka berdua itu berpaling dan melambai ke arah kami. Aku keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke arah mereka.

“Resa mana?” tanyaku dengan kening yang terjongket tinggi dan mata yang melilau sana sini.

“Resa kat atas. Tengah bagi kad jemputan. Kami nak beli makanan,” jawab Haqmi. Aku senyum.

“Nanti datang awal sikit, ya? Kesian Resa sorang-sorang nanti,” ucapku.

“Eh, bukan ke Resa nak balik kampung ke? Nanti bukan ke dia kena datang dengan keluarga dia ke?” Aziana bersuara pelik.

Aku ketawa halus. “Itu cara lama. Ni cara baru. Yang lain adat je. Kami dah sah. Dia dok je rumah kami. Nanti esok pun keluarga Resa datang dah. Tak ada apalah,” jelasku.

“Tak ada rombonganlah nanti?” tanya Haqmi lagi.

“Ada.” Aku angguk. “Koranglah jadi rombongan Anaresa nanti. Ala… resepsi je pun. Nak mengwar-warkan perkahwinan kami. Sunat tu. Yang lain tak ada apa. Yang wajib dah lepas,” beritahuku lagi meyakinkan budak-budak ni.

Aziana angguk dan Haqmi juga. “Untung Resa, kan?” ujar Haqmi tiba-tiba.

“Uik… apa yang untung?”

“Kahwin muda. Dapat suami baik pulak tu,” cantas Aziana.

Aku ketawa halus. “Dah jodoh dia. Lagipun, abang tak adalah baik sangat. Saling melengkapi dengan Resa. Harap dia menjadi kelebihan pada kekurangan abang ni…”

“Dan abang pun jadi kekuatan pada kelemahan Resa.”

Aku tersentak. Haqmi dan Aziana ketawa kuat. Entah dari mana muncul suara Anaresa dan bila aku berpaling dia memang sedang berdiri tegak di belakangku.

Mata ini aku jegilkan dan dia pantas memaut jemariku lalu mengucupnya. Tak payah nak ajar dia sudah mula biasakan diri.

“Romantik gitu,” tegur Haqmi.

“Mulalah rasa nak kahwin juga ni wei…,” usik Aziana pula dan aku hanya tersenyum.

“Emm… jomlah yang. Mama dan Zafrina ada dalam kereta tu,” ajakku dan dia terus memaut tubuh Aziana dan Haqmi sekali harung.

“Nanti datang awal tau esok. Kuliah batal dah dua hari. Heaven korang.” Suara Anaresa kedengaran sebu. Tak tahu kenapa.

“Kau lagi heaven kot,” usik Haqmi tiba-tiba dan Anaresa angkat penumbuk. Macam-macam hal.

Aku garu kepala bila mengerti apa yang dimaksudkan oleh budak-budak sekolah ni. Cepat sungguh faham hal-hal macam ni. Bila Anaresa berpaling ke arahku semula, wajah itu pegun sekali lagi.

Mata itu tajam merenung di belakangku. “Kenapa yang?” tanyaku seraya berpaling ke belakang dan aku juga terkejut sama bila wajah Jimmy mendung berdiri tegak di belakang kami.

“Jimmy!” seruku agak kuat. “Kau kenapa ni?”

Dia unjukkan kad jemputan perkahwinan kami pada aku dan Anaresa. Kemudian aku pandang Anaresa pula.

“Kenapa?” tanyaku tanpa suara.

“Resa jemput dia. Baru tadi bagi kad kahwin tu dekat kawan-kawan dan pensyarah,” jawab Anaresa telus.

Aku senyum dan angguk tanda mengerti. Padanlah kawan ni meroyan habis. Kalau tak percaya lagi tak tahulah nak cakap apa.

“Jemputlah datang Jimmy. Sabtu ni,” pelawaku pula. Penuh ikhlas.

Dia diam dan terus memandang Anaresa. “Sampai hati Resa, kan?”

Dia mula buat drama. Anaresa mendekat padaku. “Sampai hati apa pulak? Saya ikhlas jemput awak dan kawan-kawan yang lain.”

“Saya tak nak datang!” tekan Jimmy keanak-anakan. Tak matang langsung.

“Tak nak datang sudah. Saya hanya menjemput. Lagipun kad tu memang untuk awak saya tulis nama awak. Cumanya, saya berharaplah awak datang. Itu je,” ujar Anaresa lagi. Dia pandang aku dan aku jungkit bahu. Bangga dengan dia.

“Saya kecewa dengan awak, Resa…”

“Dan saya juga kecewa dengan sikap awak Jimmy. Ingatkan kita kawan tapi rupanya awak lebih suka kita jadi lawan. Tak apalah kalau tak nak datang. Kami tak paksa. Kan bang?” cantas Anaresa pantas membuatkan aku bertambah bangga dengan dia.

“Itulah Jimmy. Jodoh ini rahsia Allah. Entah-entah jodoh kau dengan Haqmi ke, Azi ke… kau tak tahu.” Aku jungkit kening dan menjeling ke arah Haqmi dan Aziana.

Masing-masing bulatkan mata. Nak-nak Haqmi terus bercekak pinggang. Marah sungguh bila mulut dia mula terkumat kamit pada kami.

“Jangan haraplah. Cinta-cinta ni tak ada dalam kamus Haqmi lah!” cebiknya.

Aku senyum dan menjeling pada Anaresa. “Tapi rasanya dalam hidup Haqimah ada, kan?” sindirku dan Haqmi angkat penumbuk.

Waktu ini dapat ku kesan senyum tipis yang tersungging di hujung bibir Jimmy. Nampak gaya dah boleh terima tu tapi tak tahulah hati dia macam mana.

“So, Jimmy… aku harap kau boleh lepaskan segala perasaan kau pada Resa, ya? Tak baik cintakan isteri orang. Berharap pada bukan milik kau. Hukum Allah kena ingat. Mungkin hari ini kau suka isteri orang, esok-esok kau tak takut orang pulak dok gilakan isteri kau?” tanyaku sengaja mengenakan dia tapi memang ada betulnya.

Dia diam dan lama-lama dia mengangguk. “Tapi, aku tetap nak cintakan Resa,” tekan dia.

Memang Jimmy ni spesis hati aku. Aku dulu tekad hendak diamkan Anahara dalam hati aku tapi akhirnya, kuasa Allah hadir dalam waktu yang tidak ku duga. Lantas Dia membawa Anaresa dekat di hatiku. Dua orang wanita yang memang terlalu jauh bezanya dan aku yakin, Jimmy juga akan melalui fasa yang sama denganku. Yang pasti, kekecewaan itu akan membawa kematangan dalam diri dia sebagai seorang pemimpin.

Aku memaut bahu Jimmy dan menjauh sikit dari kaum hawa itu. Aku tepuk beberapa kali dan dia diam memandang aku.

“Jimmy… ingat aku pesan ni. Kau tak pernah kalah bila cinta kau ditolak tapi itu adalah proses kau melalui kematangan dan kematangan ini adalah terletak pada bagaimana cara kau nak atasi masalah kau dan melarutkan masalah kau tu sebaiknya. Faham tak apa yang aku nak cakap ni?”

Jimmy diam. Nampak sangat tak faham. “Maksudnya…”

“Tak ada maksud dah. Itu je maksud aku. Ingat tu dan aku harap kau datang sebagai tanda kau matang tau!” usik aku dan aku siku sikit tubuh dia lalu aku tarik tangan Anaresa berlalu ke kereta.

Sepanjang perjalanan wajah Anaresa muram dan terus muram. Tak tahu apa masalah dia. Semalam elok je. Mungkin benar cakap mama, dia kepenatan. Bila aku pandang ke belakang, dia terlena di bahu mama.

Mama angkat kening. “Penat sangat menantu mama ni!” Dan aku hanya tersenyum.

***

MERIAHNYA rumah sampai aku pun teruja sama. Nak-nak bila keluarga Anaresa dah tiba. Khemah dah tegak berdiri. Pelamin dah siap terpasang. Bilik tidur dah cantik berhias. Dada aku pula hampir nak pecah.

Aku paut bahu Anaresa yang sedang tunduk di meja belajar milik aku. Nampak berkerut-kerut kening dia. Aku yang baru keluar dari bilik air terus saja menapak ke arah dia.

“Sayang kenapa? Sejak semalam abang tengok berkerut sana sini?” Aku tarik kerusi dan duduk di sisi dia. Dagu ini aku sangkut di bahunya.

“Sayang kenapa?” Aku bertanya lagi sambil merenung sisi wajahnya.

Dekat je dagu dia dengan hidungku. Haruman tubuh dan rambut panjangnya mencucuk hidung. Anak tekak yang sedang menelan liur itu jelas di mataku membuatkan aku mula rasa lain macam.

“Resa peninglah benda ni,” rungut dia lalu dia bersandar pada kerusi. Aku angkat daguku dan pandang dia.

“Pasal apa?”

“Subjek ni. Minggu depan ada test ni. Payah ni. Boleh kira killer paper lah,” ujar dia lantas dia unjukkan kertas nota itu pada aku.

“Paper apa ni?” Aku pandang macam tikus tengok besi. Langsung tak tahu.

Dulu belajar lain dan dia belajar lain. Haruslah aku tak tahu. Tengok jelah aku tahu. Mungkin ada persamaan pada yang lain tapi yang ini, aku sendiri tak pernah tengok.

“Chemical Process Principle atau singkatannya CPP. Dia pasal process flow dalam equipment. Contohnya boiler, compressor, tapi selalunya soalan hanya tulis reactor jelah. Dua input masuk, satu product keluar. Tapi bukan product je yang keluar, side product pun ada dalam dua tiga benda lain yang nak kena kira. Percent product dan benda-benda lain yang keluar tu,” ujar dia panjang lebar dan penuh keyakinan.

Aku senyum saja. “Habis tu apa masalahnya?”

“Masalahnya, Resa tak dapat jawapan out-put, in-put tu. Abang tolonglah. Tak tenang hati ni,” rengek dia lalu dia tarik telapak tanganku lalu dia lekapkan tepat di tengah-tengah dadanya.

Aku telan liur. Dia sengaja nak menggoda la tu. Tapi, aku tarik nafas sikit dan senyum lagi.

“Sebenarnya abang tak faham pun apa yang sayang cakap tu. Abang tak belajar tu dulu. Abang belajar sivil. Sayang tahu, kan?”

Dia bulatkan mata. “Dah tu abang dengar tu macam faham je. Haih, buat penat je cerita.” Dia jatuhkan dagunya ke meja dan menconteng kertas yang ada di atas meja. Nampak sangat tertekan. Tertekan dengan majlis atau tertekan dengan kertas ulangkaji dia, aku pun tak tahu.

“Dah tu, Resa cakap abang hanya nak jadi pendengar yang baik. Tak salah, kan? Mungkin abang tak faham yang tu, tapi abang sedang faham satu perkara tentang isteri abang sekarang ni,” bisikku.

Dia berpaling dan menongkat kepalanya memandangku dengan wajah yang mencuka. Aku gariskan senyuman saja. Tak boleh tak senyum kalau merenung wajah dia.

“Abang tahu yang Resa rindukan abang, kan?” tebakku memandai.

Dia mencemik. “Rindulah sangat!”

“Waa… rindu sangat ya? Bagus-bagus.” Aku bangkit lalu aku angkat tubuhku ke dalam gendongan membuatkan Anaresa menggelupur sikit minta dilepaskan.

“Abang ni… Resa nak belajar ni. Isnin ni ada ujian tu.”

Aku tidak mempedulikannya lalu aku bawa dia menapak ke arah katil pengantin yang memang cantik dihias seadanya. Tidak sarat langsung malah menarik pula.

“Esok kita nak bersanding, kan? Resa cutikan kepala otak Resa dulu, sembang dengan abang, tenangkan hati dan rehatkan badan. Esok Resa nak pakai kudrat yang banyak. Ramai tetamu nanti. Resa kena rehat yang cukup,” nasihatku lalu dia paut leherku mesra dengan bibir yang tersenyum manja.

“Emm… kalau macam tu Resa nak tidurlah,” ujarnya dan aku cebirkan bibir sikit lalu aku letakkan dia di atas tilam.

Sedang elok aku nak tegakkan tubuh, Anaresa menarik tubuhku lantas jatuh tepat di atas tubuhnya. Menyeringai wajahnya menahan keberatan tubuhku.

“Erk… abang beratnya,” keluh Anaresa dengan nafas yang sesak.

Aku berlagak selamba. Sekadar menampung sendiri keberatan tubuhku tanpa sepenuhnya menghempap dia. Mahu kemek isteri aku nanti.

“Siapa suruh tarik?”

“Resa bergurau je.” Dia tolak tubuhku kuat tapi aku langsung tak mahu berganjak dari dia.

“Tadi kata suruh Resa berehat.”

Aku angguk penuh erti.

“Dah tu… bangkitlah,” arah dia lagi.

“Kalau abang tak nak?”

“Resa nak bangkit belajarlah!” Dia mengugut pula. Tapi, itu langsung tidak mendatangkan resah di hatiku malah aku semakin teruja hendak mendapatkan dia lagi.

“Belajar dengan abang jelah.”

“Belajar apa dengan abang? Abang kan sivil. Resa kimia.” Bibirnya muncung lagi.

Aku ketawa halus. “Kita belajar biologi sikit malam ni. Pasal persenyawaan. Abang reti kot,” ucapku senada lantas aku paut tubuhnya erat ke dalam pelukan.

“Erk… tapi esok…”

“Esok akan ada. Hari ini, kita abadikan dalam kenangan,” gumamku dan dia hanya senyum menerima aku dalam dirinya.

~~> bersambung

32 comments:

  1. kitorang kat sini panggil CPP tu MEB. material and energy balances

    ReplyDelete
  2. aduhai.... lemah longlai lutut dengan sikap Zafran yang sangat romantik, suka!!!
    hope Resa pregnant la cepat2... hehehe :)

    ReplyDelete
  3. sweeettttttttnyaaaaa.... *swing.. swing*

    KI

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. pengntin baru hyper active - bak kata lecturer hoho

      Delete
  5. hahaaa...lucu la senyum je bc ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul 2...dh mcm org sewel dh nie...romantik + kelakar...snyum je mnjang...=)

      Delete
  6. Untungnya kalau ada suami mcm ni. :')

    ReplyDelete
  7. hehehe... cheezy! tapi seronok je layan :) mereka sangat la sweet :) keep it up kak RM ! may Allah bless..
    -aira dhamirie-

    ReplyDelete
  8. Giler punya romntik mamat zafran n cair jap hahahaha..harap2 resa prgnant mesti best kan hehe. Yg x thn cik penulis sekit psl CPP,wpun x phm sbb x bljar subjek ni tp hantam kromo jelahh...si zaf pdi lak ambik ksempatan kan hehe..

    ReplyDelete
  9. Senyum memanjang baca en3 ni... huhu..
    Nanti nak laki macam zafran jugak lah... haha.. *okey gedik!*

    ReplyDelete
  10. Haila...harus ngandung resa nih

    ReplyDelete
  11. romantiknya.........

    ReplyDelete
  12. Dan2 nk bljr subjek biologi zafran nie.....

    ReplyDelete
  13. saya pon amik sivil zafran..awak kenal saya x ? ;ppp

    ReplyDelete
  14. Aww, zafran. Romantiknya! :D

    ReplyDelete
  15. asal baca jer cerita ni, tiap2 bab mesti senyum sorang2, gelak sorang2... hahahahaha.... sampai kwn2 pun pelik... TAPI dah memang cerita best kan...?? so i layan jer laaa... kahkahkahkah

    ReplyDelete
  16. sweetnye zafran dgn resa...cepat2 jd mommy n daddy ea...

    ReplyDelete
  17. terbayangkan zafran ni salman khan pulak..
    hahaha.. penangan kuch kuch hota hai semalam lah nih..
    ngeeee.. sian resa.. xleh nak study kot..

    ReplyDelete
  18. zaf ni dah makin nakal ek!!!!

    ReplyDelete
  19. Hurm..Zafran Hari2 Mau ni...
    Resa pregnant ke? Asyik penat je..
    sweet couple...

    ReplyDelete
  20. Jangan masa sanding pengsan sudah.... mahu mama marah sebab Zaf x bagi Resa rehat malam tadi.... hahaha...
    Kalau dengan Zaf tu banyak belajar ke lain.... hehehe

    ReplyDelete
  21. aduhaii..nak pengsan rase ye dgn romantik zaf nie

    ReplyDelete
  22. suke3..thums up....
    tp de lak pan cake ea..nie msti psl pic pan cake kt KH..ekekekke

    ReplyDelete
  23. ehem ehem...romantiknya abg zaf ni...adeh...rasa nak pengsan jap

    ReplyDelete
  24. hahaha...marah btol zafran ngn polis tu...tp salah dia la sbb tak bwk surat nikah...hehe

    ReplyDelete
  25. haaa CPP memang subject susah gilerrr..memang patut pun resa pening kepala :D

    ReplyDelete
  26. haih..last2 bio pulak jadinya..

    ReplyDelete