Thursday, May 10, 2012

Kerana Sekali Cinta [23]

BAB 23

MESYUARAT berjalan lancar. Pembentangan juga memuaskan hati bos dan pelanggan serta pihak perunding tapi hati aku tak puas. Sebab? Sebabnya, Anaresa mungkir janji.
Bangkit nak pergi kerja pagi ini, apa yang aku harapkan tiada di atas meja makan. Rasa nak menitis airmata. Sudahlah hari minggu hari tu dia tak tunaikan jugak.

Bila bersendiri macam ni, aku ingat kembali peristiwa tu. Pedih memang sadis.

“Sayang janji nak masak untuk abang?” tanyaku pada dia bila aku angkat saji pagi tu.



Dia sengih tayang gigi dengan raut tak bersalah. “Mama dah masak dulu,” jawab dia lalu dia tarik kerusi meminta aku duduk.

“Emm… mama masak siap-siap dah. Kesian dekat Resa. Bukan susah pun. Goreng bihun dengan cekodok pisang je pun,” tokok mama yang baru keluar dari dapur.

Aku duduk. Anaresa mengambil pinggan dan menyusun kemas di atas meja bila suara Zafrin dan Zafrina serta abah kedengaran sedang menuruni anak tangga.

“Mana pan-cake?” tanyaku perlahan. Separuh berbisik takut mama dengar.

Dia geleng kepala. “Kan ini dah banyak.”

Mengeluh sudahnya aku menerima jawapan Anaresa. Kecewa tak sudah rasanya. Telan liur sendirilah jawabnya.
Dia sendukkan bihun goreng ke dalam pingganku dan pinggan yang lain. Bila masing-masing duduk, Zafrin membaca doa dengan wajah yang ceria. Ceria sebab ada cinta dalam hati dengan Haqmi. Aku tahu dah.

“Makan Along!” tegur abah bila aku sekadar menguis bihun di dalam pinggan.

“Along kenyanglah,” jawabku antara dengar dan tidak.

“Eh makan belum kenyang apa pulak?” tanya mama tak puas hati.

“Kenyang makan janji!” sinisku pada Anaresa dan dia tersedak sendiri.

Sudahnya aku capai pinggan cekodok lalu aku bawa ke ruang tamu. Aku letak pinggan itu di atas riba dan aku angkat sila dan mata ini menonton Tanyalah Ustaz di TV9 dekat di hati. Tapi, rasanya aku jauh hati dengan Anaresa. Hai…

“Abang kenapa?” tanya dia padaku tiba-tiba je muncul di sisi.

“Resa janji nak masak pan-cake kan?”

“Mama dah masak dulu. Nanti apa pulak kata mama,” jawab dia.

Aku malas nak pandang dia. “Apa tak tahu yang tu tapi yang abang tahu, Resa mungkir janji dengan abang!” Aku letak pinggan cekodok itu atas meja dan atur langkah ke luar rumah bila aku dengar hon motor. Surat khabar dah sampai.

“Zaf!”

Aku tersentak. Huh, Sarina ni suka suki sasuke dia masuk bilik aku main terjah je. Rosak mood aku yang sedia rosak ni.

“Kau apa hal wei? Monyok je aku tengok?” soal dia lalu dia labuhkan duduk di depanku. Perut dia sudah nampak ke depan.

“Bulan berapa kau due ni?” Aku bertanya dia kembali.

“Lepas raya? Kenapa? Nak saing sama ke?” Sarina sengih nakal.

“Saing… saing… sainglah sangat!” sinis aku dan dia ketawa lagi.

“Kau ni… gaduh dengan Resa ke?”

“Tak adalah tapi aku teringin gila kot nak makan masakan dia. Tak pernah lagi aku rasa air tangan bini aku tu sejak kami nikah dan dok sama ni,” luahku.
Berkerut wajah Sarina. “Bukan ke selama ni pun kau tak bagi dia masak ke sebab dia balik kuliah dah penat?”

“Memanglah. Tapi, aku nak jugak rasa masakan dia. Nak-nak pan-cake Melayu dia tu. Cara dia cakap tu macam sedap je. Adeh…aku dah kecur air liur ni, Ina,” ujarku dengan wajah teruja.

Sarina ketawa lepas. “Pan-cake Melayu? Lempeng ke wei? Over-acting la kau ni, Zaf,” ejek Sarina.

“Kau ejek aku ya? Karang bukan lempeng, lempang nak? Lempang?”

Dia ketawa lagi. “Lempang tu kau simpan, ya? Balik karang kau goda la dia suruh bagi lempeng dekat kau. Lempeng je kot. Itu pun nak sentap. Dahlah wei… pukul berapa dah ni. Kau tak nak balik rumah ke? Aku nak balik dulu. Laki aku dah tunggu kat bawah.”

Sebut pasal suami Sarina, aku dah lama tak jumpa dia. Entah, lupa nak bercerita pasal dia yang pasti mereka sekeluarga bahagia.

Jam dah menginjak ke angka tujuh. Lewat sungguh ni. Tapi aku berat nak balik. Malas nak tengok meja makan. Takut kecewa lagi. Sudahnya aku terlena dan bila aku tersedar balik, dah hampir ke lapan malam. Cepat-cepat aku bangkit dan menuju ke surau. Solat Maghrib dulu sebelum balik.

Sesudah itu aku terus turun ke basement menuju ke arah kereta dan sekelipan, aku sudah ada di dalam perut Mazda dan pedal minyak aku tekan.
Sampai rumah, aku terkam ke meja makan. Bila aku angkat saji, aku cam hasil tangan siapa. Serta merta perut yang lapar kenyang. Kenyang dengan kecewa. Sampailah hati.

“Lambat balik, Along?” tanya mama sambil menyusun pinggan mangkuk di atas meja.

Aku angguk. “Banyak kerja. Resa mana?”

“Kat dapur tengah sendukkan lauk.”

Aku mula teruja. “Dia masak ke?”

“Tak lah.” Mama menggeleng. “Mamalah masak. Resa kan kuliah. Dia tolong mama hiding. Kenapa?”

“Ingatkan dia masak.” Aku mengeluh lalu aku berlalu ke atas.

“Apa tak kena dengan Zafran ni?” Aku dengar suara mama bertanya dan pastilah pada menantunya itu.

Usai mandi dan solat Isyak, aku terus rebahkan tubuh di atas katil kecewa membalut hati. Rasa nak menangis. Seumur hidup aku pertama kali aku berasa begini. Putus cinta dengan Anahara dulu, aku mampu senyum lagi. Tapi, bila Anaresa mungkir janji, rasa macam waktu terhenti. Rasa macam langkah aku pegun selamanya.

Aku tersentak bila pintu terkuak dan wajah Anaresa muncul bersama senyuman tapi aku tak mampu nak balas senyuman dia lagi lalu aku palingkan wajah ke lain.

“Abang, jom makan,” ajak dia dan aku rasa telapak tangan itu singgah di bahuku.

Aku menepis sendiri. “Jangan usik abang!” larangku.

“Erk… kenapa pulak? Resa salah apa?”

“Tanyalah diri sendiri!” tekanku geram.

“Pasal Resa tak masak untuk abang tu ke? Kan mama dah masak. Berapa kali nak masak. Membazir je nanti,” ucap dia lembut memujuk.

Aku tak mampu nak terima dengan akal waras. Tiga kali dia mungkir janji. Kali pertama dan kedua aku boleh terima lagi, tapi masuk kali ke empat, rasa nak sepak semua benda.

“Abang…,” seru Anaresa lembut.

Dia tarik bahuku memaksa aku menghadap wajah itu. Aku hanya menurut tapi bila dia merenung aku, aku capai sebiji bantal dan aku tekup muka.

“Abang suruh masak sikit je pun. Bila lagi nak bagi abang rasa air tangan isteri sendiri?” tanyaku dengan nafas lelah. Ya Allah, aku dah hampir nak menangis ni. Apa kena dengan aku pulak?

“Ya Tuhan… kan mama dah masak tiap-tiap kali pun. Resa tak sempat terjun ke dapur, mama dah siap masak bila Resa balik sekolah. Abang cubalah faham. Kesian mama,” rayu dia.

Tangan yang cuba memeluk tubuh aku tu, aku tepis lagi.

“Tak payah masak sampai bila-bila. Pergilah makan. Abang nak tidur. Jangan kacau abang!” tekanku dan aku tahu Anaresa terkedu memandangku.

Dia sedih, aku berpuluh kali sedih. Aku kalih membelakangi dia dan tanpa sedar, ada air jernih mengalir di juring mata dan sah, aku menangis.

“Abang….” Suara Anaresa lembut mendayu menyeru aku.

“Resa minta maaf sebab mungkir janji tapi sungguh mama tak bagi masak sebab dia dah masak. Marilah kita turun makan dulu. Mari Resa masak sekarang untuk abang,” ajak dia lembut.

“Habis tu, makanan yang mama masak tu, siap nak telan?” sinisku perlahan.

Dia diam. Tapi, ada tangan yang meraba pinggangku lalu dapat aku rasakan hangatnya pelukan dia dekat di belakang.

“Abang janganlah macam ni? Abang matang, kan? Abang yang ajar Resa jadi matang. Kenapa tiba-tiba nak jadi budak-budak pulak?”

Amboi… berasap telinga aku dengar dia cakap macam tu.

“Dah tu, Resa rasa Resa umur berapa sekarang?” soalku geram tapi masih tak sudi nak tengok dia.

“Resa dua puluh tahunlah. Abang tahu, kan?”

“Dah tu abang?”

“Biasanya abang tiga puluh satu tahun tapi hari ni…” Dia meleretkan kata.

“Hari ni, setahun? Macam tu?”

Dia ketawa halus. “Up sikit. Hari ini macam tiga belas tahun. Sweet thirteen gitu,” gurau dia.

“Eleh…” Kali ini aku elehkan dia pulak.

“Abang….” Anaresa semakin bersuara manja menggoda. Aku pakukan hati, kakukan tubuh. Tak akan aku tergoda biarpun ada rindu di dalam dada.

Bila aku buat tak tahu, dia mula memanjat sana sini. Bila aku buat tak tahu juga dia cengkam kedua belah pergelangan tanganku dan memaksa aku pandang dia.

“Panjat abang kenapa?” tanyaku mendatar. Nak marah lebih-lebih tak sampai hati bila memandang wajah ayu dan agak pucat itu.

“Abang panjat Resa sebelum ni Resa tak larang pun,” sela dia mencemik.

“Habis tu, nak panjat apa? Panjat pokok DBKL depan rumah ni ke?” sindir aku pula dan dia ketawa.

“Resa minta maaf. Esok Resa janji, balik je kuliah Resa masakkan untuk abang, ya? Nanti Resa pesan dekat mama siap-siap jangan masak dulu. Biar Resa masak. Tapi, malam ni mari kita turun makan dulu. Mama dan semua dah tunggu. Kesian mama,” rayu dia sambil membelai seluruh wajah aku.

Haih, perempuan ni. Memang boleh buat lelaki tewas. Sudahnya aku senyum dan dia juga.

“Tapi, lepas makan buat pan-cake untuk abang sikit. Nak rasa sangat-sangat ni,” pintaku merayu dan dia kedipkan mata sekali.

“Baiklah,” jawab dia lembut dan aku kucup pipinya sekali.

***

DARI tadi aku ralit melihat Anaresa yang sedang membancuh pan-cake Melayunya. Tak sabar hendak merasa hasil air tangan dia. Bila dia siap masukkan semua bahan, dia panaskan kuali.

Mama membebel juga sebab aku mengada terlebih tapi aku buat tak tahu saja. Ada keinginan membuak-buak dalam diri.

“Abang duduk kat depan dulu. Nanti dah siap, Resa panggil, ya?”

Aku menggeleng sebab nak tengok cara dia bakar pan-cake itu. Tapi, dia dekat nak menolak tubuh aku.

“Abang keluarlah dulu. Biar Resa siapkan.” Dia menyuruh lagi dan bila aku hendak berlalu, ada rasa kasihan pula sebab wajah dia nampak macam tak sihat. Nampak penat. Teruk punya laki tapi aku senyum saja dan air liur aku telan berkali-kali.

“Tak tidur lagi, Along?” tanya Zafrin yang baru nak naik ke biliknya.

Aku menggeleng. “Tunggu Kak Long masak pan-cake. Nantilah, boleh makan sama-sama.”

“Emm… perut Angah dah penuh. Along jelah sumbat. Orang nak naik tidur dulu ni.” Dia tarik telefonnya keluar dari poket dan bibir Zafrin tersenyum dan kakinya memanjat anak tangga.

“Hai, panjat tangga dengan kaki mata tengok handphone, tersadung karang tak kahwin kau, Angah,” sinis aku dan Zafrin cepat-cepat berlari ke atas. Tengok rupa dah tahu, haruslah minah bin mamat itu.

Tak lama lepas tu, aku dengar suara Anaresa memanggil aku dari dapur dan kala ini, jam sudah menginjak ke angka satu pagi.

“Dah siap ke, yang?” tanyaku gelojoh. Dia angguk dan pintu peti ais ditutup. Ada madu di tangannya.

“Duduklah. Resa masak dua keping je. Cukup kot abang sorang?” Seraya itu, dia tuang sedikit madu di atas pan-cake Melayu itu.

Aku tarik kerusi dan bermula dengan bismillah, aku cubit sikit pan-cake itu dan sungguh, memang sedap. Tak pernah-pernah aku rasa sedap macam ni atau mungkin kerana ini adalah air tangan isteri sendiri menjadikan nikmat makanan ini berkali ganda.

“Sedap tak?”

Aku angguk. “Sangat.”

“Makanlah cepat. Resa tunggu abang siap makan. Jangan jadi tiga belas tahun lagi tau. Buat malu je,” sindir dia dan aku sengih dengan tangan yang laju menyuap pan-cake Melayu ke mulut.

“Baiklah, yang. Abang saja je jadi mengada sikit. Sesekali bila orang matang macam abang ni manja dan mengada-ngada, jadi comel je, kan? Nampak manis dan menggoda. Ya tak?” Saja aku usik emosi Anaresa.

“Manja sangat. Atau lebih tepat lagi, sangat manjalah abang ni. Mengada. Haih!” cemik dia dan aku hanya mampu tertawa saja. Lepas hajat.

“Esok masak lain ya?”

Dia angguk. “Baiklah. Nak makan apa?”

“Gulai lemak kuning ikan masin dan nenas. Boleh?”

Isteri aku angguk lagi. “Nanti Resa pesan kat mama beli barang, ya?”

“Nanti abang bagi duit dekat mama, ya?”

Lalu kami sama-sama senyum saja. Sehinggalah pan-cake licin aku telan dan malam berlalu bersama satu kenangan baru lagi.

***

PULANG dari pejabat esoknya, aku sudah terhidu bau wangi gulai lemak ikan masin. Berkali-kali aku telan liur sampai tak makan dekat pejabat hari ni. Air masa mesyuarat tadi pun aku tak minum.

“Assalamualaikum,” laungku sambil membuka kasut.

“Waalaikummussalam,” jawab abah dan aku salami tangan abah.

“Pergilah jenguk Resa. Dari tadi dok dapur balik dari kuliah. Kamu punya pasallah. Nampak penat benar budak tu,” ujar abah dan aku hanya sengih.

“Isteri, bah. Kenalah masak sesekali. Hai, tak sabar nak makan ni,” ujar aku dan terus berlalu ke dapur.
Lengan baju aku sinsing hingga ke siku. Aku lihat Anaresa masih dengan baju kurungnya.

“Sayang baru sampai ke?” tanyaku pada dia.

“Hah? Abang ni, terkejut Resa!” Dia mengurut dada.

"Dah siap dah?” soalku tidak sabar.

“Nak abang tolong tak?”

Dia pandang aku. “Dah nak siap. Abang tolong makan jelah nanti, ya?”
Aku dekati dapur kala Anaresa membasuh pinggan di sinki. Bila tutup periuk aku angkat, mata aku bulat. Wanginya gulai lemak ni.

“Sedap tak, yang?”

“Kena rasa dululah. Nak puji diri sendiri, macam pelik pulak,” sindir dia dan aku rapat pada dia dan memeluk tubuhnya erat.

“Terima kasih sayang. Balik penat-penat masak untuk abang.”

Dia ketawa halus. “Untuk abang. Sekali Resa janji, tetap janji,” balas dia.

“Pergilah naik mandi dulu. Nanti kita makan malam sama-sama.”

“Baiklah, puan.” Aku tabik Anaresa dan terus melangkah ke dapur tapi, belum sempat aku lepasi ambang pintu, aku dengar gelas terhempas ke lantai. Pecah berderai.

Bila aku kalih, Anaresa jatuh terjelepuk di sisi sinki dan ada kaca bertaburan di sekitarnya.

Mata aku bulat. Lagi bulat dari bola golf. “Resa!!!!” laungku sekuat hati lantas aku berlari dan mencempung tubuh itu dalam pelukan.

***

“MEMANG tak ada yang pelik-pelik doktor pada dia. Cuma dia nampak penat sikit sehari dua ni. Itu je,” ujarku yakin.

Doktor separuh umur itu senyum. Tudungnya dibetulkan sikit. “Pada encik sendiri?”

Aku garu kepala. Pada aku apa ya? Mengada nak makan air tangan isteri. Itu je dan aku rasa aku berhak meminta.

“Err… saya minta dia masak je kot.”

“Emm… kalau tak ada tak apalah. Encik boleh bawa balik Puan Anaresa sekarang. Dia dah stabil dah. Kami dah bagi vitamin sikit untuk dia. Jaga dia baik-baik, ya. Biasalah, isteri, pelajar, menantu, anak… besar tanggungjawab dia dan kerana itulah agama kita mengangkat martabat seorang wanita itu di sisi lelaki. Bukan untuk dijadikan alas atau dijunjung dijadikan perhiasan. Tapi, untuk melengkapkan hidup seorang lelaki apatah lagi dengan kehadiran puteri puteri menghiasi alam rumah tangga,” ujar doktor itu panjang lebar.

Aku hanya mengangguk polos dan bila dia keluar, aku mendekat pada Anaresa yang sedang terbaring lesu.

“Abang okey ke?” tanya dia padaku. Terbalik sudah.

“Resa yang pitam. Bukan abang?” Aku duduk di sisi katilnya. Tangannya aku pegang. Sejuk saja. Wajah dia pucat juga.

Serta merta rasa bersalah mendera jiwa. “Abang minta maaf suruh Resa masak untuk abang. Balik penat-penat dari jauh, kena masak pulak. Dah pitam. Mujur tak kena kaca ke, periuk panas ke. Sedih abang buat Resa macam ni padahal dah janji nak jaga Resa baik-baik,” luahku kesal lalu aku sembamkan wajahku ke perutnya.

“Erk… abang!” Anaresa terjerit sikit.

“Kenapa?” Cepat-cepat aku angkat kepala.

“Nanti orang dalam ni tersepitlah. Kesian dia. Papa ni, kasar betul. Masa nak mama kemain lembut merayu. Haih…” Suara Anaresa tenang biarpun dia masih nampak lemah. ]

Aku bulatkan mata. “Orang dalam ni?” tanyaku sambil meluruskan jari ke arah perutnya.

Dia senyum dan angguk. “Resa dah agak, abang berubah mengada-ngada, merajuk bagai tu mesti sebab orang dalam ni. Resa tak rasa apa-apa pun.”

“Erk… bilakah?”

“Empat minggu dah.”

“Tapi, kenapa tak cakap?” Aku masih dengan raut tak percaya.

“Tunggu masa yang sesuai dan rasanya, hari nilah masa sesuai tu.” Dia ketawa halus.

Aku angkat tubuh yang rasa terhuyung hayang tiba-tiba. Mata ini berpinar-pinar. Rasa gelap pandangan. Aku pejam mata kejap-kejap dan aku buka. Makin berbalam wajah Anaresa.

“Abang okey ke ni?” tanya dia.

“Abang…” Aku pegang kepala dan sudahnya, aku dengar Anaresa menjerit kuat dan aku hilang entah ke mana di bawa berlari bersama anak-anak kami di tengah-tengah padang yang luas. Damainya…

***

“ABANG…”

Aku buka mata bila ada suara lembut dan jemari halus mengelus wajahku. Bila aku pisat-pisatkan mata, wajah Anaresa dekat di depanku.

“Err… abang kat mana ni?” soalku dengan mata yang masih berat.

“Kat bilik kitalah. Tadi, abang pengsan dekat hospital. Mujur abah dengan Zafrin ada. Haih… boleh pulak dia pitam. Kita yang mengandung, abang yang mengidam, mengada, pengsan siap,” sindir Anaresa dalam senyuman.

“Resa apa?”

Dia senyum dan membawa telapak tanganku ke perutnya. “Ini tanda cinta abang. Ada dalam perut ni. Sihat waafiat,” ucap dia.
Aku rasa nak meraung. Sikit demi sikit aku ukir senyum dan aku cuba angkat tubuhku. Bila sudah sedia duduk, tanganku masih tak lepas dari perutnya.

“Sungguh?”

“Tipu,” sela Anaresa dan dia ketawa lepas. “Sungguhlah abang. Sebab tu, Resa dah boleh agak kenapa dari 31 tahun, abang boleh jadi 13 tahun.”
Tanpa kata, aku paut tubuhnya ke dalam pelukan. “Ya Allah, terima kasih sayang. Syukur Ya Allah,” ucapku terharu dan penuh rendah diri.

“Tempoh dua tahun tu macam mana?” Suara Anaresa merdu di peluput telingaku.

“Tak payah pakai tempohlah, yang. Ada kita terima. Tak ada kita usaha.”

“Amboi… sekolah Resa macam mana?”

“Err… tangguhlah nanti. Abang bayar ganti rugi,” jawabku sengal.

Dia cekak pinggang. “Wahhh… nak beli jiwa nampak?”

“Tak nak beli jiwa sebab abang dah dapat sesuatu yang sangat berhargai daripada Resa iaitu kesudian Resa menerima dan mengandungkan zuriat abang biarpun tanggungawab banyak terbeban kat bahu ni.” Aku kucup bahunya lembut.

“Kan dah pernah cakap. Kerana sekali cinta… Resa tetap cinta.”

Aku ketawa halus tapi tak lama bila perutku rasa lain macam.

“Err… tapi kenapa abang rasa macam ni?” Aku menyoal Anaresa dengan wajah berkerut seribu.

“Rasa apa?” Riaknya mula risau. “Nak pitam lagi ke?”

Aku geleng. “Abang rasa… abang rasa…” AKu pegang perut dengan wajah menyeringai.

“Abang jangan takutkan Resa,” rayu dia.

“Abang rasa laparlah, yang.”

Dia mendengus. “Abang ni. Takutkan orang je tahu. Itulah, siapa suruh tak makan. Tadi pun pitam sebab tak makanlah tu. Dah kena gastrik baru tahu.”

Bila dia mahu bangkit, aku lelar pergelangan tangannya. “Sekarang abang dah tahu kenapa abang nak rasa air tangan Resa. Bukan abang nak rasa tapi orang dalam tu.” AKu muncungkan mulut pada perutnya.

“Eleh… dia dalam perut Resa bukan dalam perut abang,” sindir dia. Aku bangkit dan menarik dia dekat denganku.

“Eh, dia rasa tau apa yang abang makan tu.”

“Macam mana?” Resa jungkit kening tak puas hati.

“Macam ni!”

Dia diam kaku bila aku sapa bibirnya rapat dengan bibirku, memberikan kehangatan bagai ciuman pertama yang tak mungkin kami lupa.

~~> bersambung

Cik Penulis : Saya marathon menulis KSC hari ni, anda semua marathon baca ek. Get ready untuk hentakan akhir KSC dlm BAB 24 (Akhir)...layan, komen dan maaf atas kekurangan

32 comments:

  1. laa dah nk abis kee? (maya dhira)

    ReplyDelete
  2. makin best KSC....bukukn mcm KIm juga rehan...nk buat koleksi ni....

    ReplyDelete
  3. uuuuuu..... best2! tak sabar nak tunggu next :) good job kak Rehan :)
    -aira dhamirie-

    ReplyDelete
  4. rehan tq...suka sangat..kalau nak bukukan pun akak pasti beli..marathon baca sambil tersenyum..garapan yg menarik.. akak akan sentiasa menyokong...

    ReplyDelete
  5. Yeay!!! Resa dah mengandung! Mengada sungguh si Zaf tu..hihi... ;p

    ReplyDelete
  6. love resa & zafran!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Bagus tau bila mengandung suami yang rasa alahannya.... kerana sekali cinta... terbaik..

    ReplyDelete
  8. Haih hari ni memang terkejar-kejar saya nak baca karya SIS REHAN ni...
    Tak sangka Resa dah mengandung...

    ReplyDelete
  9. suke suke...
    nak dapat bb..
    yahooooooo

    ReplyDelete
  10. wah sayangnye zafran ngn resa da nk abis.. tak puas ^^

    ReplyDelete
  11. best sangat. tp sedey sbb dh nak abis. sure rindu kat resa n zaf nti.bukukan yer rehan.

    ~nor

    ReplyDelete
  12. Hahaha.... dah agak dah...
    Zafran mengada terlebih ada sebab...
    Tapi serius sgt sweet diorang berdua ni...
    Kak rehan.. apa kata bukukan macam KIM? Hehe

    ReplyDelete
  13. haha..zaf dh mcm p0npan..mengidam smpai nngis2..menarik la idea writer..gud job!!!

    ReplyDelete
  14. alahai bestnya...jealous pulak tgk dia org mcm ni...seronok kalo dpt suami mcm ni... :)

    ReplyDelete
  15. untungla !:) resa pregnant, tapi zafran yang dapat "morning sickness". huhu :) xsabar nak tunggu last entry!

    ReplyDelete
  16. rehan...bukukan ye..KSC ni. Nak beli ni...

    ila danish

    ReplyDelete
  17. alahai bahagia nya..

    ReplyDelete
  18. akhirnya ressa peggy jgk...sungguh cweet zaf n ressa...syg sgt dgn diorg...

    ReplyDelete
  19. sweet sgt 5x......resa dh nk jd ibu dh...

    ReplyDelete
  20. sweeetnye laki-bini ni, kredit wat RM tp kalau dnovelkn cnfirm bestseller

    ReplyDelete
  21. aku baca n3 ni xleh berenti senyum.....sweet betul.

    ReplyDelete
  22. sweety2 papa n mama.. haaha.
    mcm manalah gaya mereka berdua bila dah ad anak nihh..

    ReplyDelete
  23. Resa pegnen upenye...patut la zafran semacam je...hehehe....

    ReplyDelete
  24. harap lepas ni ada crita sal zfrin n haqmi...perghhh msti best dowhhh...

    ReplyDelete
  25. nape episode 24(akhir) da x de?
    ngah sronok ni..hoho
    hope pnulis dpt post blek episod akhir:D

    ReplyDelete
  26. hehehe...memang sweet sangat, akhirnya dia kena tgguh jgk study...muda2 dah jadi mama, suka sgt2...

    ReplyDelete
  27. Kalau dibukukan best nie. Sure beli!

    ReplyDelete
  28. akhirnya risa mengandung.nanti kawtim elok2 ganti rugi 2thn.

    ReplyDelete
  29. asal guna sekolah erk???

    ReplyDelete