Friday, April 06, 2012

Kerana Sekali Cinta [7]

BAB 7

WAKTU dah hampir ke tengah hari. Padanlah perut pun tak berbunyi. Pagi tadi sarapan dengan bebelan manja mama sampai lupa nak makan. Rasanya, eloklah aku ajak Anaresa makan tengah hari bersama nanti.

“Dah dekat nak sampai ni, yang. Resa tak lapar ke? Dah tengah hari kita ni. Makan tengah hari dulu, nak?” tanyaku memecahkan sunyi.

Anaresa diam tak menjawab. Aku intai wajahnya dan rupa-rupanya, dia terlena. Boleh pulak dia lena.

“Resa…,” seruku mengejutkan dia.

“Anaresa!” Aku tekan sikit suara ini bila tidak juga bangkit.

Kepala itu beralih ke arahku dan sungguh aku terpegun tapi cepat-cepat aku pandang ke depan. Takut ada perlanggaran lagi memandangkan kereta sedang elok meluncur laju. Wajah itu comel sungguh kala lena. Kata orang, wanita lagi comel wajanya kala bangkit dari lena dan aku teringin nak lihat kecomelan dia tu.

“Anaresa, bangkitlah. Dah nak sampai ni,” bohongku dengan suara yang agak kuat.

“Erghhh…” Dia menggeliat sikit dan memisat mata yang nampak layu itu.

Sekali lagi aku telan liur. Huh, memang comel tapi aku nak tengok yang lebih lagi. Dia bangkit dari lena dengan rambut yang terdedah dan mungkin berserabai dengan wajah yang mungkin ada air liur basi. Kala itu, mestilah lagi comel kot? Hati ini ketawa nakal.

“Dah sampai ke?” tanya dia sedikit serak.

“Belum, yang. Tapi, tadi abang tanya nak makan tengah hari sama-sama tak?” soalku sekali lagi.

“Kenapa nak makan sama?” Anaresa tayang wajah pelik.

“Sebab abang lapar. Abang ajaklah Resa makan. Jangan risau, abang belanja. Tak sampai hati nak suruh Resa belanja pun,” selaku sinis.

“Eleh, mentang-mentang orang budak sekolah lagi, ingat orang tak mampu ke nak belanja dia. Resa mampulah,” tekan dia mencemik.

Aku hamburkan tawa. “Kalau mampu Resa jelah belanja abang. Abang lapar ni. Pagi tadi tak sarapan pun. Lupa.” Aku sengih.

“Makan pun boleh lupa ke? Macam ni punya orang pun ada ke?” sindir dia.

“Ada,” jawabku pantas. “Abanglah orangnya. Zafran bin Zaini,” sambungku lagi.

“Oh, nama abang Zafran bin Zaini. Tapi, kenapa Resa panggil awak abang ya?” soal dia lebih pada dirinya sendiri.

Sedar akhirnya dia daripada tadi memanggil aku abang. Jari telunjuknya mengetuk dagu lagak berfikir. Aku hanya menanti dia nak cakap apa lagi lepas ni.

“Eh, betullah. Kenapa Resa panggil abang? Aduhai. Sejak bila ni?” Dia ketuk kepalanya sendiri.

“Ketuk kepala? Mari sini abang tolong ketuk bagi lagi pendek,” ujarku sambil mengangkat tangan.
Bila aku saja nak ketuk kepala dia, dia mengelak dan aku ketawa saja. Lucu dia ni. Sungguh budak sekolah.

“Sejak bila Resa panggil abang ni?” tanya dia tak puas hati.

“Tadi lagi.”

“Habis tu kenapa tak tegur?” rungut dia manja.

“Nak tegur buat apa. Indah je dengar Resa panggil abang ‘abang’. Macam dengar Resa baca puisi je,” usikku dengan sengihan nakal.

“Benci tau!”

“Abang sayang,” sahutku pantas.

“Benci jugak!” tekan dia.

“Abang sayang apa tapi benci tak benci, Resa kena belanja abang makan nanti. Lapar sangat dah ni,” aduku sambil memegang perut.

Dia angguk. “Yalah-yalah. Up sikit duit hantaran ganti duit belanja makan ni, boleh?”

“Kalau up duit hantaran, batal syarat Resa nak nikah dengan abang, boleh?” tanyaku kembali.

Bibirnya muncung. “Suka jawab soalan orang dengan soalan.”

“Sebab Resa suka main syarat. Abang pun samalah.”

“Eleh…”

Itulah ayat dia kalau dia tak mampu nak menjawab lagi. Suka ‘elehkan’ aku. Tapi, aku layan je sebab setiap ayat yang terbit dari bibir dia memang mampu buat bibir ini menguntum senyum dan hati ini berbunga setaman.

***

KERETA berhenti tepat di hadapan rumah flat dan kedai lima tingkat di Seksyen 7, Shah Alam. Nampak semak dengan kereta dan motor yang ada di merata-rata. Agak sesak juga.

“Kawasan ni memang macam ni ke, Resa?” soalku sambil memandang sekeliling.

Anaresa angguk. “Kawasan budak sekolah. Mestilah kalut sikit. Meriah. Tapi okeylah. Dekat nak pergi kuliah, kedai makan banyak,” jawab dia sambil bersiap-siap hendak turun.

“Tak semak ke?”

Dia menggeleng pula. “Ini bukan semak. Ini meriah!”

Huh, pandai menjawab tunang aku ni. “Tapi, tak lama lagi Resa ada bilik sendiri, meja belajar sendirilah,” usikku tiba-tiba.

Dia mencemik. “Jauhlah nak ulang alik dari Selayang sana,” bantah dia.

“Tak adalah. Naik komuter je. Tak pun, nanti abang beli kereta kecil sebuah, bagi Resa bawa ulang-alik kuliah, okey?”

“Resa err… Resa tak ada lesen,” sela dia sengih.

Aku cubit lengan dia sikit. Geram sungguh aku dengat ayat dia tu. Tadi, cara dia marah abang MyVi tu macam dia tahu undang-undang jalan raya. Padanlah kemain sepak kereta orang, tak tahu undang-undang jalan raya rupanya.

“Tadi, yang Resa tendang kereta orang tu tadi, lepas tu cakap kita tak salah tu, Resa memang tak tahu undang-undang, kan?”

Dia menggeleng dan aku mengeluh. “Sabar jelah. Tak tahu rupanya. Sayang dengar sini, kat jalan raya, macam mana pun, kalau kita yang langgar orang, ada kesan ke tak ada ke, memang salah kita. Dia tak salah,” ucapku.

“Oh… mana Resa tau,” sela dia dengan riak tak bersalah langsung.

Mengeluh lagi aku dengan dia. Buat tu macam yakin je. Tapi hakikatnya dia sendiri tak tahu. Buatnya dia lapor polis, aku kena nanti.

“Harap-harap dia tadi tu tak report polis la pasal abang langgar dia,” keluhku pada diri sendiri.

“Kalau kata dia report?”

Aku berpaling pada dia sepenuhnya. Boleh dia tanya aku soalan macam tu.

“Kalau dia report, polis detect kereta abang, bermalam dalam lokaplah abang nanti,” jawabku sedikit geram.

“Eh, tak nak,” sambung dia pantas. Tanpa sedar, aku rasa dia memegang lenganku kemas.

“Maaf sebab main marah je tadi. Tapi, Resa geram sungguh!” tekan dia.

“Kenapa tak nak?” tanyaku sengaja buat-buat tak sedar dia sedang mendaratkan tangannya pada lenganku.

“Nanti Resa macam mana?” tanya dia polos.

Aku senyum. “Resa nak macam mana?”

Anaresa dia tapi tangan itu masih melekap pada lenganku. Nak menolak, takut dia malu. Nak teruskan sedang mencatit dosa sudahnya, aku tolak juga tangan itu dari terus melekap pada kulitku. Dia terus tunduk, menahan malu barangkali.

“Kita halalkan hubungan kita. Abang bukan nak tolak Resa tapi abang nak kita sama-sama jaga batas kita sebelum tiba waktunya. Resa tak mungkir janji, kan?” tanyaku sekali lagi.

Dia diam juga. Mengangguk tidak, menggeleng juga tidak membuatkan aku resah sendiri.

“Kita kahwin hujung minggu ni!” tekanku bersungguh-sungguh.

“Err… tengoklah macam mana. Kalau abang boleh penuhi syarat Resa. Resa turun dulu, Assalamualaikum.”

Cepat je dia berlalu keluar dan aku pun cepat-cepat keluar juga. Belum sempat aku hampiri Anaresa, ada orang lain yang terlebih dahulu mendekat pada dia.

“Azi,” seru Anaresa kuat.

Dia menjeling antara aku dan kawan dia bernama Azi tu. Aku terus mendekat pada dia dan mengukir senyum pada Azi.

“Hai, bang. Tunang Resa, ya? Saya Aziana. Panggil Azi,” ucap Azi laju.

Aku pegun. Bila dia tahu aku tunang dengan Anaresa? Aku pandang Anaresa pinta kepastian.

“Err… Resa bagitahu dia. Sebab dia salah sorang kawan baik Resa kat rumah sewa tu,” jawab dia mengerti dengan soalanku.
Aku senyum dan angguk. Bangga bila Anaresa sudi nak angkat statusku sebagai tunangan dia.

“Aziana tolong jaga tunang abang, ya? Tak lama lagi, abang bawa dia keluar dari rumah sewa korang tu,” ujarku mengusik lalu aku kenyit mata pada Anaresa yang nampak malu-malu.

“Emm.. tak apalah. Abang balik dulu. Resa nak apa-apa tak?” tanyaku.
Dia menggeleng.

“Duit belanja cukup tak?” soalku prihatin.

“Kalau tak cukup, nak bagi ke?”
Aku pantas angguk lalu keluarkan dompet dari poket jeans. Baru nak buka dompet itu, Anaresa bersuara lagi.

“Apa balasannya?”

“Jawapan dia hujung minggu ni,” tukasku seronok.
Membulat mata dia melihatku. Aziana senyum tanpa tahu apakah yang kami maksudkan tapi aku tetap tenang saja.

“Kalau macam tu, tak naklah dulu. Nak kumpul bagi banyak. Boleh beli i-pad nanti,” tolak dia beralasan.

Aku ketawa kecil. “Tak apalah. Kalau tak ada, call abang. Jangan nak terima budi orang lain pulak. Abang tak selesa,” ujarku mengingatkan dia.

Anaresa senyum. Belum sempat dia berkata-kata, sebuah motorsikal berhenti tepat di sisi kami bertiga. Kuntuman senyum Anaresa semakin melebar. Aku berpaling pada penunggang.

“Lambat Resa sampai?” tanya satu suara yang agak parau.

Berkerut keningku kala ini. Ada rasa cemburu di hati. Tak boleh jadi ni. Siapa mamat ni. Berani mengorat tunang aku di depan mata aku.

“Lewat kau Haqmi? Ingatkan kau sekali dengan Resa. Biasa kau dengan dia berkepit je manjang,” ulas Aziana membuatkan aku terkedu sendiri.

Mamat ni Haqmi? Anaresa mendekat pada Haqmi dan senyum lagi. Semakin melebar pulak. Saja nak uji hati lelaki aku ni.

“Err… ni ke Haqmi?” soalku dengan hati yang panas.

Anaresa angguk lagi. Aku jegilkan mata sikit pada dia.

“Resa, sini,” ajakku sambil mengisyaratkan dia hampir di sisiku. Tapi, sedih juga bila dia buat tak tahu sebaliknya dia hanya berdiri tegak di sisi Haqmi.

Aduhai, memang aku kalah pada Haqmi kalau macam ni. Tapi, mana boleh sebab aku dah menang tanpa bertanding. Anaresa tunang aku dan aku berhak pertahankan dia.

“Ehem… ehem…” Aku berdehem bila mendekat pada Haqmi yang masih dalam topi keledarnya yang full face tu.

“Haqmi, ya?” tanyaku. Dia angguk.

“Anaresa tu tunang saya,” ucapku sopan.

“Kalau tunang pun, apa masalahnya?” tanya dia kembali sangatlah sinis budaknya.

Aku rasa nak ketuk ke budak ni bagi terbenam dalam tanah. Tapi, aku matang dan haruslah bereaksi macam orang matang.

“Tak ada masalah pada saya. Cuma nak maklum, itu je.” Aku sengih.

“Tunang je baru kot. Tak kahwin lagi,” sela Haqmi tenang.

Aku telan liur. Boleh tahan hebat juga mamat ni kenakan aku. Nampak betul dia berani dan yang penting, nampak sangat dia sukakan Anaresa. Aduhai, tak kan sekali ni nak terlepas jugak?

Tapi, betullah. Tunang je kot dulu. Tak kahwin lagi dan kalau Allah tak izinkan, tak menjadi suami isteri kami. Namun, aku memang nak usahakan kami terus ke arah itu.

“Memang tak kahwin lagi, tapi tak okey la kot kalau kacau hak orang, kan?” tegurku sopan.

Dia mendengus. Tak dapat aku nak intai wajah dia bila dia cuma sikit viser topi keledarnya itu.

“Saya tak kacau hak oranglah, bang. Tapi, jodoh kan di tangan Tuhan. Tunang pun kalau Tuhan tak izinkan, tak jadi jugak!” sela dia sinis.

“InsyaAllah, jadi. Jodoh inikan rahsia Allah,” ucapku pula.

Dia jungkit bahu. Anaresa dan Aziana pula ketawa halus. Siap berbisik sesama sendiri. Sabar jelah hati aku ni.

“Mi, jom belanja Resa makan tengah hari, nak? Ada orang minta Resa belanja dia tapi Resa tak mampulah. Mi selalu belanja Resa, kan? Jomlah kita makan tengah hari. Resa lapar dah ni,” rengek Anaresa manja.

Aku mencemik di dalam hati. Memang sah aku ikat dia ni hujung minggu ni. Kalau macam ni dugaannya memang aku tak mampu nak bertahan. Tak mampu nak hadapi kehilangan biarpun aku yakin aku akan redha.

“Eh, betul tu Haqmi. Mari saya belanja awak semua makan. Awak semua budak sekolah, kan? Biar saya yang dah kerja ni belanja makan. No hal,” ujarku cepat-cepat tak mudah nak melatah bagai. Senyum saja.

“Eh, bukan tadi abang nak cepat ke?”

“I didn’t say that. Abang usik Resa je minta Resa belanja abang. Ni Resa dah jumpa kawan-kawan, kita makan sekali jelah. Tak ada masalah,” ucapku lagi.

Aziana dan Anaresa nampak bagaikan nak hamburkan tawa. Tapi, aku tahan je hati ni. Cemburu sebenarnya tapi malas nak tunjuk sangat. Nanti macam remaja pulak. Aku nak heret Anaresa jadi umur aku bukan aku jadi umur dia.

“Betul ke ni?” tanya Aziana teruja.

Aku angguk. “Betul. Jom kita makan sama-sama. Saya belanja.”

“Yeah, jimat duit belanja aku tunang kau nak belanja kita, Resa. Terima kasih, bang!” ucap Aziana padaku. Wajah teruja budak sekolah.

“Resa jom. Haqmi, mari kita makan sama-sama,” ajakku pada mamat yang masih berlagak tampan dok atas motor Gilera merah hitam ni. Boleh tahan smart mamat ni.

“Resa nak Mi join ke?” tanya dia poyo.

Sakit jiwa aku dengar. Dah aku ajak, tanyalah aku. Nak tanya Anaresa kenapa? Memang sekali lagi dia buat manja macam ni, aku ketuk je dia ni. Buat macam tiang yang kena piling dekat tapak pembinaan. Puas hati aku.

“Joinlah. Resa tak biasa tak ada Mi,” jawab Anaresa pula. Siap pegang lengan mamat Haqmi ni.

“Ehem… ehem… Resa jomlah. Abang lapar dah ni. Nanti nak balik kemas laman rumah pulak nak sambut menantu ni,” usikku tapi sebenarnya aku saja nak sindir Haqmi.

“Jomlah wei…” gesa Aziana pula lalu dia menarik lengan Anaresa menapak bersamanya.

“Resa dengan Azi jalan dulu. Mi park motor kejap,” ujar Haqmi lalu dia gerakkan motor dia dan diletakkan penuh cermat di sisi

Mazda aku ni. Mamat ni memang nak bersaing dengan aku ni.

“Tumpang letak kat tepi kereta abang, ya,” ujarnya lagi dan aku angguk sajalah. Nak kata apa. Tempat letak kenderaan orang ramai.

“Letak jelah, dik. Abang tak kisah,” ucapku bersahaja dan baru saja dia turun dari motor, dia menapak ke arahku.

Topi keledar masih belum di buka dan bila kami sama-sama berdiri di sisi jalan hendak melintas ke arah Anaresa dan Aziana yang sudah berada di seberang sana, aku tiba-tiba paut bahu Haqmi. Pendek je orangnya. Lebih kurang Anaresa je. Langsung tak macho.

Dia membentak. “Eh, apa pegang orang ni?” tanya dia yang kala itu sedang membuka sarung tangannya.
Aku buat tak tahu saja sebaliknya aku paut bahu dia rapat-rapat pada sisi tubuhku. Bibir ini menguntum senyum.

“Kawan Resa, kawan saya jugak. Saja nak bermesra. Dah lama kenal Resa? Dah tahu, kan kami bertunang?” soalku agak janggal sikit bila dah rasa ada nada cemburu di hujung suara. Tewas jugak akhirnya.

Haqmi ketawa tapi tak kuat sebab tertutup dengan topi keledar dia. Dia buka semua sarung tangannya dan terus dia tolak tanganku kuat dan dia menjauh.

“Saya dah kenal Resa dari kecil-kecil lagi,” ucap dia agak kasar dan serentak itu dia buka topi keledarnya.

Mata itu tajam merenungku. Jari-jemarinya menguak rambut yang pendek dan penyek itu. Wajah itu terdongak dan aku, diam tak terkata. Membulat mata, terlopong mulut.

“Kami sebaya sebab kami ni sepupu. Dan saya bukan macam awak rasa. Nak jealous tak tentu pasal kenapa? Saya dah tahu awak tunang dengan dia semalam. Resa awal-awal dah bagitahu. Sabar jelah Si Resa ni jatuh suka pada lelaki tua macam awak ni. Tapi, sebab awak ni handsome macam Asyraf Muslim pakwe saya tu, saya approve jelah. By the way, nama saya Haqimah. Haqmi tu nama pendek dan Mi tu nama manja. Ada faham?” ucap dia panjang lebar.

Aku telan liur berkali-kali memandang anak dara yang macam anak teruna ni berlari mendekat pada Anaresa dan Aziana yang sedang gelak tergolek. Ketawakan aku rupanya.

Sabar jelah. Tak pasal-pasal aku paut bahu anak dara orang tapi ini semua Anaresa punya salah. Jaga dia hujung minggu ni. Syarat dia aku tak nak layan. Tak sah langsung dah!

~~> bersambung

38 comments:

  1. bestttt..sy suka cite yg sweet mcm ni,xde konflik byk sgt n ringan jer..xsuka berat2 huhu

    ReplyDelete
  2. kelakar gile part last tuh..nmpk benor cemburunyer...ekekek

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha... cemburu buta Zafran... lawak aje Zafran nie...

    ReplyDelete
  4. weiittttt .. hoh terhibur sungguh.. layannnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  5. ahhahahhahahha...xsangke TOMBOYYY

    ReplyDelete
  6. dah agak dah...msti jaqmi tu pempuan...sbb tu resa slambe je...hehehe...
    comel je zafran jeles...

    ReplyDelete
  7. hohoooo....bestnya sngt menarik...teruskan.....

    ReplyDelete
  8. hahahahah dah agak dah....tp mcm g best jer wtak haqmi 2...lalala

    ReplyDelete
  9. hahaa...cian tomboi rupanya..t'tipu sudh...

    ReplyDelete
  10. so sweet..jln cter ni xde lh mnyeksa jiwa pembace..hehehe senyum2 je sepanjng masa.. :)

    ReplyDelete
  11. kecian zafran kena main kan oleh resa n azi..
    hahahahahahaa

    ReplyDelete
  12. memang best.... cerita yang santai jer.... xbanyak konflik... terbaik

    ReplyDelete
  13. comel je zafran jealous, :)

    ReplyDelete
  14. hahahahahha
    sukaaaaaaa sgt..bestttttt sungguh
    tq rehan

    ReplyDelete
  15. zafran cemburu...cemburu dgn si haqmi, yg kelakarnya si haqmi tu rupanya anak dara...hahahaha....

    ReplyDelete
  16. yang last tu xleh tahan..nak gelak ni

    ReplyDelete
  17. wahahahhaa xtahan .........lawak la haqmi

    ReplyDelete
  18. hahaha..igtkn mula2 haqmi ni abg resa..rupa2nyer sepupu resa

    ReplyDelete
  19. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  20. kah..kah..kah..kah...pompuan rupanya...punya la zafran cemburu giler..rupanya haqmi tu haqimah...lawak..lawak..siap peluk anak dara orang plak tu..hahahahhaaa...rehan..bestttt gilerrrr...nak lagi ye...

    ReplyDelete
  21. lawak laa cite nie...

    ReplyDelete
  22. haa...kan dah kata....mmg Haqmi tu pompuan...amik tu Zaf....hahahaha.........

    ReplyDelete
  23. HAHAHAHAHAHAHHA. Lawak la Zafran. Kekeke. ^^

    ReplyDelete
  24. salam dikk..akak tergelak akak baca citer adik ni..plot yg simple dan jauh dari citer citer adik yg memaksa yr fan menangis..akak suka watak yg adik ketengahkan ni..tak sangka..adik juga berkalibar membuat citer lawak..
    Tahniah sekali lagi buat adik..tak salah akak ni citer adik yg pertama cerita lawak..kan..

    ReplyDelete
  25. cik rehan.. buat ms ni thumb up sy bg pd awk.mmg ada kelaianan pd gaya ceritapd kali ini....di luar genre awk.baik bg writer br spt awk mencuba genre berlainan kerna ini kan membuat awk lebih matang dlm berkarya serta dapat memenuhi kehendak yang perbagai dr peminat awak.. mmg awak cukup berbakat dlm berkarya.... teruskan... entri kali ini hampir mencapai kesempurnaan pd sisi pandagan sy...cukup rencah..tq frm:aMa.

    ReplyDelete
  26. cik rehan.. buat ms ni thumb up sy bg pd awk.mmg ada kelaianan pd gaya ceritapd kali ini....di luar genre awk.baik bg writer br spt awk mencuba genre berlainan kerna ini kan membuat awk lebih matang dlm berkarya serta dapat memenuhi kehendak yang perbagai dr peminat awak.. mmg awak cukup berbakat dlm berkarya.... teruskan... entri kali ini hampir mencapai kesempurnaan pd sisi pandagan sy...cukup rencah..tq frm:aMa.

    ReplyDelete
  27. hahaha..asyik tersenyum je bace citer nie..wahhhh..best,xsbr nk bce pe jd pasnie...g0od writer!! (=

    ReplyDelete
  28. lor dak haqmi ni girl ker??..hihi..
    adoiyai! zaf ni..jeles sgt xpsl2 jer
    dpt malu...nakal yer resa.
    best! deabak! rehan..

    ReplyDelete
  29. laaaaaa...pompuan ka? wakakakaka..tipah tertipu...sj je duk skit ati kat haqmi tu..buang karan je ekekeke

    ReplyDelete
  30. La....pompuan rupanya haqmi ni. Tapi cute la abang Zafran ni. Comel je aku rasa. Rehan.....awak memang berbakat la.

    ReplyDelete
  31. zaini ke? bukan abah zafran namanya zaki? hehe..maaf tanya..

    ReplyDelete
  32. hahaha...kelakar giler si zafran nie...boleh dia jelous smpai tahan ni....

    ReplyDelete
  33. hahaha kelako lah. hamik!pompuan rupenya.

    ReplyDelete
  34. mmg saya ketawa sakan baca part ne.. good job..=)

    ReplyDelete
  35. cemburu punya pasal smpai terpeluk ank dara org.aduhai zaf.suka sngt memalukan kaum la hang nih.

    ReplyDelete
  36. ha ha tomboy rupanya .best nye cerita ni.ada ke orang macam zafran kat dunia ni. baru kenal 2 hari dan lamar.hu hu. bagus kak rehan

    ReplyDelete