Tuesday, November 15, 2011

Terlerai Kasih 48

BAB 48

USAI berjemaah fardhu Asar, aku dan Ilham terus bergerak ke LCCT untuk menjemput mak, Kak Anah serta anak-anaknya. Daripada apa yang Kak Anah ceritakan, Abang Zali langsung tidak balik ke rumah sudah beberapa hari.

Jenuh juga aku melarang Ilham agar tidak membazir untuk keluargaku dengan membeli tiket kapal terbang. Tapi dia tetap berkeras hati.

Malas hendak bertekak akan hal remeh begini, aku bersetuju sahaja dengan syarat, cukuplah dengan tiket Air Asia saja. Tidak perlu menempah Malaysia Airlines memandangkan jarak perjalanan hanyalah 40 minit saja.

“Bila kita memandu atas highway MEX ni, dengan Fiah ada kat sisi pulak tu, abang rasa macam mula-mula kita kenal la, yang.” Suara Ilham ceria saja memecahkan hening di dalam kereta.

“Kenapa pulak macam tu?” Aku senyum.

“Yalah, ingatlah pertama kali sayang mengaku cintakan abang walaupun sebab takut, kan? Walaupun membentak,” ujarnya. Kerlingan matanya aku balas dengan senyuman manis.

“Yalah, kot kata masa tu Fiah tak mengaku, rasanya kita ni dah tinggal arwah dah.” Aku menyindir.
Dia meledakkan tawa. Pantas jemariku diraih. Sama seperti dulu sewaktu dia membawa aku bersua dengan keluarganya secara rasmi. Tapi, waktu itu dia pohon pengecualian tapi hari ini, tidak lagi kerana aku telah menjadi hak miliknya yang sah.

“Haa, kalau macam tu, barulah orang kata sehidup semati.”

“Eleh... Sehidup semati apa macam tu? Padahal tak sempat hidup bersama lagi, tiba-tiba mati berdua. Mesti pelik,” cebikku.

“Tak apalah. Orang kata apa…” Ilham berdehem membetulkan suaranya.

“…Biar tidak bersama di dunia, namun di akhirat kita bersatu jua,” ujarnya berpuitis.
Hatiku terasa digeletek. Lain macam saja aku dengar Encik Jurutera ni bermadah segala. Rasa meloya tekakku.

“Kenapa gelak?” tanya dia dengan wajah yang tidak puas hati.

“Fiah rasa loya la dengar abang berpuisi bagai. Macamlah boleh jumpa kat akhirat sana.” Aku terus ketawa. Memang rasa geli hati.

“Kenapa pulak tak boleh? Kalau kata kita tak jumpa kat dunia, abang tunggu Fiah kat pintu syurga la.”

“Abang ni…” Aku tepuk peha dia.

“…memanglah kuat berangan. Kalau dah kata kat dunia tak bersama, jauh sekalilah kat akhirat. Kat dunia, kalau seorang isteri tu hanya punyai satu suami sepanjang hayat dia, insyaAllah dia akan kekal dengan suaminya itu juga di sana. Andai kata dia bersuami banyak kali pun, yang terakhir tu juga yang akan dia temui kat sana. Lain pula dengan lelaki. Lelaki boleh jumpa empat orang isteri-isterinya. Lainlah lelaki yang belum berkahwin. Dia akan didampingi oleh bidadari sewaktu di syurga. Kalau kata kita tak kahwin lagi masa tu, abang tak akan jumpa Fiah dah. Kalau jumpa pun abang tak kenal dah sebab dah ada bidadari kat sisi. Fiah ni bukan bidadari pun,” ujarku panjang lebar.

Ilham garu kepalanya yang tidak gatal. Rambut yang masih berserabai itu diusapnya berkali-kali. Dia sengih. Malu la tu. Ejek hatiku sendiri.

“Macam tu, ya yang?” tanya dia polos.

“Eh, mestilah macam tu. Nak macam mana lagi?” tanyaku berseloroh.

“Ala, tak kisahlah…” Ilham menyapa jemariku sekali lagi. Dikucupnya penuh romantic.

“…yang tu dah berlalu. Yang ada sekarang adalah Fiah dah jadi isteri abang. Abang mohon pada Allah moga kita dipertemukan lagi di alam sana. Kalau kata abang mati dulu, Fiah jangan kahwin lain tau.”

Berkerut wajahku menerima kata-kata Ilham. Bergurau tu, bergurau juga tapi aku terkedu aku seketika.

“Abang ni, cakap macam tu kenapa? Tak baiklah.” Wajahku masam.

“Ala, abang gurau jelah. Jika Allah izinkan, abang nak jaga Fiah sampai Fiah tua. Sampai dah tak larat nak jalan dah. Masa tu, kalau kata Fiah dah tak larat nak jalan, biar abang dukung, kalau kata abang yang tak larat…”

“Fiah tarik abang dengan upeh pinang, nak?” cantasku pantas.
Ilham membulatkan matanya seketika sebelum dia kembali menumpu ke jalan raya.

“Oh, kalau Fiah tak larat abang nak dukung, kalau abang tak larat Fiah nak seret macam tu je, ya? Sebab Fiah dah buat abang marah ni, abang nak hukum Fiah,” ujarnya dengan wajah serius. Tapi, jelas tergambar riaknya yang sedang menahan tawa.

“Eleh, macam la abang tu hakim nak jatuhkan hukuman dekat orang,” cebikku. Ilham menjeling tajam.

“Memang abang tak berkuasa kat mahkamah sebab abang bukan hakim. Tapi, abang berkuasa kat bilik tidur. Apatah lagi ada Fiah, lagi hebat kuasa abang,” ucap Ilham tenang.

Aku tersedak air liur sendiri. Kemudian aku terbatuk berkali-kali. Rasa malu mula menjalar naik ke wajah. Menebal kulit wajahku kala ini. Tidak mampu lagi melihat ke arahnya, aku terus palingkan wajahku ke sisi.

Masih dapat ku rasakan hangatnya pelukan kasih Ilham beberapa hari sudah. Terasa kudusnya kucupannya singgah di segenap wajahku dan betapa dia benar-benar melahirkan seluruh kasih sayangnya buatku saat itu.

“Kalau kata Fiah nak bukti, malam ni boleh. Abang okey je. Tapi, seingat abanglah, kan… dah terbukti kan betapa berkuasanya abang bila berada bersama dengan Fiah, kan?”

Ilham cuit daguku. Bila ku tiada bertindak balas dia memaut pula wajahku. Bila aku jeling dia, dia ucapkan cinta tanpa suara. Hanya bibir saja yang bergetar menzahirkan cintanya buatku.

“Kita kan dah sah, kenapa Fiah nak malu?” Ilham buat muka mengusik. Dia tarik tanganku lalu dibawa ke bibirnya.

“Abang ni, tengah memandu, kan? Bahaya la tak ada tumpuan macam ni,” larangku seraya menarik tanganku daripada genggamannya.

“Pasal tadi tu Fiah malu, kan? Tapi, comel la muka Fiah malu. Merah macam udang kena panggang. Kalau kat bilik ni, abang terkam dah Fiah,” ujarnya lagi tanpa mempedulikan laranganku. Berterusan mengusik.

Aku mendengus. Malu sudah tidak dapat digambarkan lagi dengan Ilham ni. Tapi, dia tetap selamba saja menarik tanganku sekali lagi.

“Fiah rasa abang ni dah kemaruk dah,” ujarku dengan wajah sinis.

“Rasanya tak payah dah buat kenduri doa selamat esok kalau macam ni. Mujur je tak nikah gantung dulu, kalau tak mahu naik pelamin bertiga kita ni, kan?” tanya dia pula tanpa ada rasa silu. Melayan karenahnya benar-benar akan membuatkan aku termalu sendiri.

“Abang ni kan, mengada.” Aku cubit lengan dia. Ilham mengaduh.

“Sayang ni, pandai cubit abang dah sekarang, ya? Jagalah Fiah malam ni.” Dia terus tersengih menampakkan barisan giginya yang putih bersih.

“Abang ni, benci tau…” rengekku geram.

“Tapi, abang sayang. Macam mana tu?’

“Tengok tu… Fiah terjun kat sini karang.”

“Abang lock dah,” jawabnya pantas.

“Eii… Kalau macam ni la kan, baik toksah buat majlis esok. Buat penat je,” rungutku geram. Aku ketap gigi.

Ilham ketawa. Dia mengusap belakang tanganku lembut. Andai dulu aku hampir saja menitiskan air mata kerana takut dek kelajuan kereta yang dipandunya, tapi hari ni rasa ingin mengalirkan air mata itu adalah kerana malu dengan suami sendiri.

“Ala, abang gurau jelah. Sayang ni, tu pun nak marah. Ke sayang ni mood rosak ni sebab nak berisi tak?” tanya dia juga juga dengan nada yang mengusik.

“Abang!” Aku menjerit kecil.

“Mesti belum lagi. Tapi, lepas ni kita usaha la, yang.”
Dia lepaskan tanganku lalu dia usap janggutnya. “Memang kena usaha lebih ni,” sambung dia tapi ku rasakan itu adalah lebih untuk dirinya sendiri.

“Mama dengan abah tu dah kemaruk nak bercucu. Nak harapkan Aqam, entah bila nak nikah, kerja pun belum. Nak harapkan Iz, lagi la tak boleh diharap,” bebelnya sendiri.
Mendengarkan nama Izham, ada risau hadir ke hati. Teringat pula pada mama semalam. Dia memanggilku semata-mata kerana ingin bertanyakan perkara itu saja. Tiada yang lain.

“Sayang sudi tak?”

Pertanyaan Ilham membuatkan aku senyum sendiri. Sedaya upaya aku halau keluhan mama yang berdengung di telingaku
Aku rapatkan tubuhku kepada dia. Memeluk erat lengan itu tanpa dengan rela lalu aku kucup pipinya sekali.

“Untuk abang, apa pun Fiah sudi,” ujarku romantis.

“Untuk sayang, apa pun abang sanggup,” balasnya pula seraya melingkari tangan kirinya ke bahuku.

Alhamdulillah, Ya Allah. Sesungguhnya aku percaya dengan janji-Nya di dalam Surah Al-Insyirah, ayat 6 yang membawa maksud, sesudah kesukaran pasti akan ada kemudahan dan begitu juga dengan takdirku. Setelah aku kepedihan, pasti akan hadir jua kebahagiaan buatku.

“Terima kasih lagi sekali sebab sayang sudi terima abang dalam hidup sayang buat kali kedua,” ujarnya romantis.

“Abang tak dapat bayangkan macam mana abang boleh menaruh syak pada wanita sebaik sayang. Pada wanita yang begitu menjaga maruah diri dari dulu hingga kini. Yang sanggup mempertahankan maruah biarpun terpaksa menggadai hati dan kebahagiaan,” sambungnya lagi.

Di sebalik ungkapan itu, dapat ku kesan akan perasaan sebu yang ada pada akhir katanya. Perlahan-lahan aku usap lengan sasanya.

“Abang, dah la tu. Fiah dah maafkan. Kan kita dah mulakan episod baru ni. Yang lama tu biarlah kekal sebagai kenangan buat kita. Biarpun pahit, kita perlu ingat agar tak akan berulang lagi pada masa hadapan. Fiah sentiasa belajar daripada pengalaman sendiri, pengalaman orang dan Fiah harap abang juga sudi belajar dari pengalaman abang.

Jangan sesekali persiakan Fiah lagi sebab…” Suaraku semakin sebak.
Rasa pedih itu sebenarnya masih bermukim di dalam hati ini. Retaknya hati ini dek perbuatannya dulu masih belum bercantum sempurna.

“…Fiah takut, kalau terjadi lagi, Fiah dah ada maaf untuk Fiah beri pada abang,” sambungnya sambil mengesat juring mata.

“Abang janji kerana Tuhan yang Maha Melihat, abang tak akan persiakan Fiah. Percayalah. Izinkan abang cantumkan retak hati Fiah tu. Mungkin tak sempurna bagai dulu, tapi biarlah hati abang ni yang melengkapkan hati Fiah tu,” janjinya bersungguh-sungguh. Dia memperkemaskan genggaman tangannya di jariku.

“Oh, terlupa nak tanya. Mama nak bagi apa kat Fiah tadi tu?” Dia menjeling sedikit ke arahku.
Nafasku terasa agak sesak. Terjerut dengan soalan Ilham yang tiba-tiba. Bila dia sebut mama, serta-merta aku terbayangkan riak gusar mama mertuaku itu dan juga kata-katanya.
******
MAMA mengeluh berat. Seberat lidah yang mahu mengungkap kata. Aku pula bertambah risau melihatkan dia. Dari dulu lagi, andai dia berbicara soal Izham denganku, beginilah dia. Beriak risau.

“Mama kenapa?” tanyaku setelah duduk di sofa.

“Mama risaukan Iz. Sejak Am kahwin ni, dia jadi pendiam sangat. Sepatah mama tanya, sepatah jugalah yang dia jawab. Kadang-kadang tu tak berjawab langsung,” keluh mama.

Tapi, aku langsung tidak pelik kerana bagiku, Izham memang begitu. Dia serupa dengan sikapku. Lebih banyak diam dari berkata-kata. Dulu, bila bersua di dalam mesyuarat atau atas urusan kerja yang lain, dia hanya memandang ke arahku tanpa kalih ke lain. Bila ditanya, dia angguk saja. Melainkan ada soalan yang penting, barulah bibir itu terangkat hendak bertanya.

“Tapi, pada Fiah, Iz tak macam tu, ma. Dulu masa kami buat kerja sama-sama pun, dia memang pendiam. Mungkin dia jenis yang banyak memerhati daripada bercakap tak?”

Mama menggeleng. “Fiah tak kenal dia. Iz amat rapat dengan Am nak dibandingkan dengan Iqram dan dialah yang paling rapat dengan kami sebab dulu hanya dia yang berkeras nak belajar dekat Malaysia je. Iqram pilih nak belajar kat Sabah atau Sarawak dan yang paling jauhnya adalah Am. Sampai ke luar Negara sana,” beritahu mama.

Aku langsung tidak mengerti. Payah otak ini nak mencerna maksud yang tersirat di sebalik luahan mama ini. Malas hendak menyampuk, aku memilih untuk mendengar saja.

“Bila Am balik, dia serahkan jawapan abah dekat Am. Tapi, bila Am cakap pada kami semua dia berkenan dengan akauntan syarikat Uncle Azhan, dah memang Fiah pun suka dia, sejak tu Iz jadi pendiam. Mama tengok dia lebih banyak menyendiri daripada duduk dengan adik beradik dia,” ujar mama lagi.

“Maksud mama sebab kami kahwin, Iz makin jadi pendiam. Macam tu?” Aku sudah tidak sedap hati.

“Mama tak tahu, Fiah. Tapi, bila lepas kamu berdua bernikah dan Am tiba-tiba balik ke rumah ni sendirian, mama sangat pelik. Abang pun dan rasanya Izham lah orang yang paling risau. Bila mama perhatikan, setiap kali pun dia mesti tanya Am, bila nak bawa Fiah balik ke rumah ni. Sejak dari kamu berdua belum menikah lagi, mama rasa ada sesuatu yang tak kena dengan anak mama yang seorang tu. Tapi, mama tak nak cepat melatah. Mama takut tanggapan mama ni silap.” Mama mengeluh.

Bagaimana harus aku matikan keluhan mama dan memadamkan riak gundah di wajahnya sedangkan aku sendiri tidak tahu apakah puncanya. Andai benar seperti khabar yang bertiup yang Izham menyimpan perasaannya padaku, aku rasa itu adalah tidak logik. Kalau dulu mungkin ya. Tapi, kini aku adalah wanita yang haram untuk dia nikahi. Dia berpendidikan, tak mungkin ilmu agamanya sebegini cetek.

Itu segalanya mustahil. Mungkin juga sebab lain yang kami sendiri tidak dapat meneka dan Izham sendiri tidak mahu berkongsi.

“Tak payah risaulah, ma. Fiah rasa Iz tu adalah masalah dia sendiri yang dia tak sedia lagi nak kongsi dengan kita. InsyaAllah, Fiah yakin, satu hari nanti dia akan beritahu kita apa masalah dia. Jangan risau, ya ma,” pujukku lalu aku gariskan selebar mungkin senyuman manis buat mama agar dapat menghambat gundah yang bertamu di kalbu.

“Kamu memang anak, menantu dan isteri yang baik, Fiah. Beruntung Am dapat memperisterikan Fiah. Mama doakan kamu bahagia selamanya.” Mama mengusap pipiku.

Dan hati ini, langsung tidak dapat lari memikirkan Izham dan kerisauan mama. Entah apa yang ditelah hati mama, aku sendiri tak tahu. Hendak ditanya terasa segan pula, lantas aku telan saja soalan itu sendiri.

“Kita dah sampai ni, yang.” Ilham menegurku.

Tersentak dari ingatan pada mama, aku berdehem beberapa kali. Cuba mengawal kecanggungan diri. Risau andai Ilham tertangkap akan lamunanku sebentar tadi.

Hati ini terasa juga hendak dikongsi dengan dia akan perkara itu, tapi amanah mama harus aku jaga. Biarlah Izham sendiri yang merungkaikan rahsianya pada Ilham dan jangan daripada mulut kami.

“Eh, cepatnya,” selaku setelah mampu mengawal diri agar bertenang. Aku larikan mataku ke sekitar tempat letak kereta LCCT.

“Sayang ni, padahal tak puas nak berdua-duaan dengan abang, kan? Tak apa, tak apa. Malam ni kita pergi kemas barang kat rumah sewa, kita overnight kat sana. Tak ada gangguan,” bisiknya ke telingaku.

“Dah tu esok kenduri kita, tapi kita tak ada, macam tu?” tanyaku mengejek.
Ilham ketawa bila aku buat muka. dia kemudiannya mematikan enjin dan keluar daripada perut kereta.

“Silakan, wahai permaisuri di hati suami.” Dia mempersilakan aku keluar setelah pintu kereta di sebelahku dia buka dengan menhulurkan tangannya..

Bibirku menguntum senyum. Kala ini, terasa benar-benar bagaikan permaisuri di hatinya. Setiap layanannya padaku bagaikan hendak menebus balik segala kejadian hitam yang pernah dia surihkan di atas kanvas hatiku.

Huluran jemari kasar itu aku sambut dengan rasa senang hati dan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir. Ilham kembali merapatkan pintu kereta lalu menggenggam jemariku membawa aku melangkah bersamanya menuju ke dalam LCCT.

“Malam ni tak boleh, kan. Malam esok jelah,” ujarnya tiba-tiba.
Pada mulanya aku tidak dapat menangkap tapi akhirnya aku senyum bila aku palingkan wajahku ke arah lain.

Dah sah, laki aku ni kemaruk. Ujar hatiku bersama dengan benih-benih bahagia yang sudah mula bercambah dengan tunas-tunas cinta antara kami.

~~~> bersambung

8 comments:

  1. wah..citer ni makin complicated nampaknya..apakah rahsia yang disembunyikan tu..cik writer, bila plak akn kuar ke versi cetak citer ni yer??

    ReplyDelete
  2. besnya....tq kak RM..
    iz ske kn fiah la 2...
    dugaan akn mlanda la jwbnye...hehe

    ReplyDelete
  3. Semoga bahagia Fiah dan Ilham .....
    ..... Selalu mak tahu apa yang anak fikirkan...
    mesti mama tahu sebenarnya Iz ada hati kt Fiah....
    Kalau Fiah x bahagia dengan Ilham mesti Iz ambil Fiah...
    Jangan lah pisahkan Fiah dan Ilham...

    ReplyDelete
  4. Kalau keluar versi cetak adakah Tajuk akan ditukar??? ...

    ReplyDelete
  5. hehehe..terima kasih semua..ni baru sempat balas komen..sebelum ni tak sempat..bz je manjang..haha..mula2 nk mtk maaff sebab kali ni lambat sikit dari yang dijanjikan..kena masuk seminar daa.ade rezeki keluar la versi cetaknya..doa2 kan ek..& tajuk ini akan dikekalkan..cer baca balik tajuk pastu caption kat cover tu..ade simboliknya dalam tu..thanks anyway..terus support rm..hehe..

    ReplyDelete
  6. salam dik..jgnla akhir citer ni sedih..kesian Am dan fiah la dik..penat menganyam cinta..tiba tiba ketupat cinta tak jadi..wei..sedih giler..biarla Iz cari wanita lain dalam hidupnya..bunga kan banyak..pilih dan petik aja..muka adjet hansome apa..
    salam
    kak idA

    ReplyDelete
  7. Ya.jgn pisahkan aku & dia.Tuhan tolonglah ku cinta dia.Kan keluar lirik lagu.Tq RM.Mmg remark beno si Am .KH

    ReplyDelete
  8. haru biru klo iz ckp kat am yg dia suka fiah

    ReplyDelete