Wednesday, April 25, 2012

Kerana Sekali Cinta [16]

BAB 16

KERJA pejabat aku pandang sepi. Tak tahu nak buat apa. Fikiran ke mana tak payah aku bagi tahu sebab haruslah ke Shah Alam. Teringat isteri tersayang. Buat apakah dia? Sihatkah? Makankah? Belajar okey kah?

Dah beberapa hari tak bersua. Bila aku nak ke sana, ada saja kerja yang menghalang. Beberapa hari ni memang tak sempat nak bersua dengan Anaresa.

Aku tahu dia sibuk dengan kuliah dan latihan bola jaring. Balik tentu kepenatan. Aku juga sama. Keluar dari tapak projek, langit bertukar malam. Bila sampai di rumah, kala telefon isteri, dia dah hanyut dalam lena. Rindu? Tersangat rindu.

Penat membelek fail pembayaran yang telah Sarina hantar pagi tadi, aku tilik pula gambar Anaresa yang ada di atas meja. Lain wajah dia masa ni. Nampak hitam berkilat mungkin sebab dia terlalu aktif di padang.

Bila aku minta gambar lain, dia kata tunggu gambar nikah siap. Entah bila nak siap aku tak tahu. Sudahnya dia bagi gambar sepasukan bola jaring dia. Semua aku kena tengok. Dahlah warna kulit sama je semua. Hitam dan berkilat. Tapi dia dah putih sekarang. Sampailah hati dia bagi gambar ramai-ramai ni. Bila aku cakap, dia pandai menjawab.

“Kenapa bagi gambar ramai-ramai ni, yang?” Aku buat suara tak puas hati.

Dia sengih dan memaut lenganku. “Tak apalah. Kan gambar wajah Resa ni dah terpahat dalam hati abang. Setakat gambar je pun.”

“Tapi, ramai ni sayang. Warna sama je. Sorang je tak sama ni.” Aku tatap lagi gambar tu.

Memang seorang je tak sama warna kulit. Baju pun lain dan haruslah pensyarah pengiring dia ni.

“Tapi, ada sorang cerah ni. Mata abang nampak yang ni je,” usikku lalu aku luruskan jari telunjukku pada wajah seseorang dalam gambar itu.

Muncung Anaresa keluar sedepa. “Tak nak kawan dengan abang.”

“Tak nak kawan tak apalah. Yang penting dah kahwin. Tu dah lebih dari cukup dah tu,” selaku loyar buruk. Lenganku dia lepas.

“Nak mengorat sangat Pensyarah Resa abang datang hari Isnin ni, nanti Resa kenalkan dia dengan abang tapi jangan harap Resa nak pergi HEP lapor pernikahan kita ni,” ugut dia.

Aku ketawa halus. Lengannya aku tarik. Gambar itu aku letak ke dalam poket belakang. Memang dia hitam waktu ni, tapi senyuman polosnya itu tetap memikat hati. Sekadar mengusik pun boleh buat dia macam ni.

“Sayang… tak bolehlah macam tu. Nanti pergi bagitau HEP. Bahaya nanti kalau tiba-tiba Resa muntah dalam kelas. Lagipun, abang gurau je. Tak kisahlah dia siapa. Putih ke hitam ke, abang nampak Anaresa binti Abdullah ni je menjadi suri dalam hidup Zafran bin Zaini ni,” pujukku.

Dia menjeling tajam. Aku jungkit kening berkali-kali bersama bibir yang menguntum senyum.

“Abang minta maaf, ya?”

Dia angguk dan menjingkitkan kakinya lalu bahuku dipaut dan tanpa aku duga, dia mengucup pipiku sekali. Pantas dan tuntas. Merah rasanya wajah aku kala ini sebab aku tahu, Aziana dan Haqmi sedang tersenyum simpul.

“Tak malu cium abang depan umum.”

Dia mencebirkan bibirnya. “Lepas ni tak cium dah.”

Aik, merajuk lagi. “Sayang ni. Dahlah. Pergilah naik, ya. Azi dengan Mi dah tunggu kat bawah tu. Jaga diri.”

Dia angguk dan terus berlalu menghampiri Aziana dan Haqmi yang sedang menantinya di depan tangga. Aku yang minta mereka turun biarpun Anaresa menghalang. Bukan apa, setelah mamat motor itu berlalu jiwaku tak tenang. Risau semacam. Kalau ikutkan hati, mahu aku angkut dia balik rumah mama. Dok depan mata aku 24 jam.

Niat hati nak tanya lebih lanjut pasal mamat motor tu tapi bila Anaresa sendiri nampak tak pedulikan mamat hidung pesek pipi kempis tu, aku malas nak ambil peduli. Aku percayakan Anaresa tapi pandai je dia cakap dia tak ada peminat.

Bila teringatkan lelaki yang memanggil Anaresa ‘sayang’ tu semakin membuatkan tempat duduk aku ni membahang. Panas semacam je. Rasa nak terbang terus ke Shah Alam masa ni jugak. Tapi, aku ada kerja dan Anaresa juga ada kuliah.

“Abang harap sayang janganlah terjatuh cinta dengan mamat tu pulak. Abang tak sanggup, yang…,” keluhku tanpa sedar ada yang sudah tercongok depan mata.

Terkejut dengan wajah Sarina yang sinis, aku terbatuk kecil cuba mengawal kecanggungan wajahku.

“Hai, Zaf. Kuat berangan ingatkan isteri nampak?” tegur dia lalu dia tarik kerusi dan labuhkan duduk di depan aku.

Gambar Anaresa aku letak di dalam laci. Nak letak atas meja tak lalu sebab entah mana satu dia. Macam kembar sepuluh disebabkan warna kulit.

“Risaulah, Ina.” Aku telus mengakui. Nak kerja pun malas.

“Nak risau apa?”

“Resa lah.”

“Dia pregnant ke?” tanya Sarina serius sambil membelek fail yang masih belum aku selesaikan kerjanya.

“Kau ni, Ina… mengandung apa pulak?” marahku geram.

Ketawanya lepas. “Habis tu nak risau apa?”

“Ada budak lelaki ngorat bini aku la, Ina,” jawabku sambil menyandarkan belakang pada kerusi.

Bingung ni. Bukan tak percayakan Anaresa tapi takut lelaki tu terus mengasak. Takut Anaresa tak bertahan. Jiwa dan darah muda haruslah pantang terduga. Lainlah aku ni, dah matang usianya.

“Kau ni biar betul, Zaf?” Sarina bersuara macam tak percaya tapi aku angguk pantas.

“Dia ayat bini kau macam mana? Dah tu bini kau melayan tak?”

Aku menggeleng pula. Memang Anaresa tak layan langsung. Cepat-cepat dia hampir pada aku dan memaut lenganku.
Bila ingat ayat mamat tu, rasa nak tendang laju-laju. Tak hormat orang langsung.

“Apa ni sayang-sayang?” tanya Anaresa kasar. Dia melihat padaku dengan wajah yang merayu minta dilindungi.

“Eh, rindulah. Sebab tu aku panggil kau sayang,” jawab lelaki tu. Nama pun aku tak sempat tanya Anaresa bimbang dia berkecil hati setelah dia bersungguh menidakkannya.

“Ehem… ehem… rindu ya, dik?” tanyaku pula.

Mamat tu buat muka macho. Tubuh itu masih terpacak di atas motor tapi bila dia buka topi keledar dia, boleh tahan rupanya. Nampak agak tampan. Tapi aku haruslah lagi tampan.

“Rindulah dekat awek sendiri, bro,” jawab dia.

“Banyaklah kau punya rindu, Jimmy,” sergah Anaresa. Hah, nama dia Jimmy rupanya.

“Kenalkan ni suami aku. Encik Zafran bin Zaini,” sambung Anaresa bangga.

Aku pun apa lagi, senyum sehabis lebar. Wajah Jimmy berubah.

“Jadi, sungguhlah aku dengar cerita kau kahwin cuti weekend baru ni?”

Anaresa angguk dan aku juga. Anaresa siap angkat jari dia yang masih merah dengan inai dan ada terletak dua bentuk cincin emas dari aku. Puas hati aku. Tak payah nak buat penyataan lebih-lebih, Anaresa dah cakap dulu.

“Sayang, pergilah naik. Abang nak balik dah ni,” suruhku. Tapi, Anaresa menggeleng.

“Jimmy, kau pergilah. Aku nak cium laki aku ni sebelum balik. Ambil berkat,” beritahu Anaresa selamba.

Bini aku ni boleh tahan kalau berkata-kata. Main cakap je nak cium aku. Wajah Jimmy merah.

“Jangan berlagak sangatlah, Resa. Laki kau ni tua. Nak compare dengan aku, tak terpanggil lah.”

“Eh, siapa cakap tua? Dia matang apa. Matang la best. Banyak pengalaman. Kau tahu merempit je. Dahlah Jimmy. Aku minta maaf. Janganlah kau kacau isteri orang lagi ya?” pinta Anaresa.

Jimmy mencemik. “Kalau aku tak dapat kau, jangan panggil aku Jimmylah, Resa,” sela Jimmy bongkak.

“Dik, abang ni memang tua tapi jodoh ni kan rahsia Allah. Nak buat macam mana, memang kami berjodoh. Resa pun dah jadi isteri abang. Best ke tak, tua ke tak, Resa je tau. Kan sayang?” Aku jungkit kening pada Anaresa sambil memaut bahunya rapat padaku.

Dia angguk dengan wajah comel. “Kan abang kan?”

Dalam hati aku nak gelak tergolek rasanya. Wajah Jimmy keruh amat. Nampak bagaikan udang kena bakar.

Pelukan pada bahu Anaresa aku lepas dan aku hampir pada Jimmy. Bahunya aku tepuk dan dia mengelak. Tapi kali ini, aku paut bahunya pula agak kemas membuatkan dia tak lagi mengelak tapi tajamnya mata itu menikam terus ke wajah aku.

“Jimmy… tak baik dik kacau isteri orang. Muda atau tua, jodoh ini urusan Allah. Akan adalah orang lain untuk Jimmy nanti. Tapi, bukan isteri abanglah. Kita lelaki, kenalah matang. Tua ke muda sama je. Janji kita ni pandai kawal diri. Ni abang tengok kamu ni tak reti nak kontrol temper. Bahaya tu, Jimmy,” ujarku separuh berbisik.

Memberi nasihat percuma pada dia. Kening Jimmy hampir bertaut. Dia nampak hendak bersuara tapi diam sudahnya. Anaresa memandang aku pelik tapi aku tetap senyum. Tenang biarpun dalam hati bergelodak juga bila isteri digoda orang.

“Wei, Zaf! Kau nak aku tenung kau sampai jatuh cinta ke apa, yang kau diam membisu ni?”

Aku tersentak. Ingatan pada kejadian hari itu lesap. Aku sengih pada Sarina dan dia mencemik.

“Aku tanya tadi, jawablah,” gesa dia.

Aku melepaskan keluhan tipis. Tali leher aku longgarkan sikit. Lengan baju aku sinsing sampai siku. Rimas nak-nak dah hampir waktu nak balik ni.

“Tak adalah Resa layan. Disindirnya lagi budak tu. Tapi, memang aku banggalah dengan bini aku tu. Boleh tahan juga laser mulut dia. Yang penting, dia nak mengaku aku suami dia.”

“Habis tu dia nak mengaku kau apa? Abang dia?” sindir Sarina.

Aku buat muka. “Kau ni, derhakalah dia nanti.”

“Habis tu… dah bini baik nak risau kenapa? Ni dah berapa hari tak dapat kasih sayang ni? Agaknya sebab tu kot kau risau semacam ni?” Sarina senyum menyenget.

Aku senyum juga dan garu kepala. Tak dapat kasih sayang, ya? Boleh jadi ni. Nampaknya malam ni kena ke sana tuntut kasih sayang sikit.

“Dia penatlah, Ina. Aku kasihan nak ajak dia keluar jumpa aku.”

“Itulah kau. Pilih lagi budak sekolah.” Sarina ketawa. Dia lantas bangkit dan hendak berlalu tapi langkah itu mati lalu dia berpatah balik dan mengambil fail yang dia beri pagi tadi.

“Payah sungguh kalau suruh orang kurang kasih sayang ni buat kerja. Tak jalan. Biar aku lah buat. Kau tu balik sekarang, malam ni ajak dia makan malam romantik sikit. Makan je pun. Tak ada penatnya. Lainlah kau nak tuntut kasih sayang lepas makan, penatlah budak tu,” sela dia dan dia ketawa lagi.

Langkah dia maju ke pintu dan terus menghilang. Aku ketawa halus. Boleh tahan juga tercalarnya otak Sarina ni. Haih…
Aku pantas gapai telefon dalam poket. Nombor Anaresa aku dail pantas dan tak lama setelah itu, aku dengar suara dia di hujung talian. Bibir ini mekar lagi dengan senyuman. Senyuman seorang suami merindui isterinya.

“Sayang,” panggilku setelah dia menjawab salam.

“Ya, bang. Kenapa?” Nafasnya agak mengah di hujung talian.

“Err… Resa kat mana ni? Penat je? Main bola lagi ke?”

“Resa tengah panjat tangga nak naik rumah. Latihan bola jaring batal. Maaflah Resa sibuk sikit beberapa hari ni.”

“Tak apalah. Malam ni keluar dengan abang. Kita dinner, nak?” ajakku. Dalam hati, aku ada hadiah untuk dia.

“Resa ada kuliah malam ni, bang. Tak bolehlah.” Dia menolak.

“La… kata tak ada kuliah malam,” selaku tak puas hati.

“Emm… dah nak ada nak buat macam mana?”

Sedih pulak aku dengar suara dia menjawab macam tu. Aku tahu dia penat tapi aku rindukan dia. Sesak dada ini dengan rindu. Risau juga andai Jimmy terus mengganggu. Nak bertanya, risau dia memberontak. Nanti dia kata aku tak percaya dia pulak.

Inilah payahnya berkahwin dengan budak sekolah, nak ajak bercinta pun payah. Kalau hari-hari bersekolah, berapa kilo rindu aku nak galas?

“Abang dah book. Resa siap, lepas Maghrib abang sampai,” tukasku memberikan jawapan mati lalu aku putuskan talian. Senang begitu, aku guna kuasa veto sesekali.

Tak lama lepas tu, masuk SMS daripada dia.


Baiklah (angguk2)


Dan aku hamburkan tawa lepas. Lucu la isteri aku ni. Dah lah comel

~~> bersambung

Cik Penulis : Lamanya tak update blog. Sibuk sikit. Esok lagi sibuk dan minggu ni membawa ke minggu depan. Kebetulan saraf tangan kanan tak berapa ok. Allhamdulillah dah beransur baik. Layan, komen dan maaf atas kekurangan

24 comments:

  1. Nak bg cdgan sket blh ye? Apakata RM pjgkan lagi cerita ni, n tambahkan lagi plot2, awlnye xcited, ble dh kwin cm cter ni putar diorang tanpa kisah, hope RM tak marah ek? Sy bg cdngan je.. :)

    ReplyDelete
  2. best, tapi tak byk story psl anaresa n zafran hu hu

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Rehan.....rasa macam agak 'senteng' sikit entry kali ni. but still ... you are one of the best. Keep it up...tapi kesihatan tetap no. 1....regarda, zailda

    ReplyDelete
  4. hehe..maaf2..sungguh kot..saya pon rasa macam kurang menyengat dah KSC ni..haihh.. apa nk buat ni ye.. nak tambah plot macam mana ye.. takpe2, cadangan yang baek sy terima dengan hati yang terbuka.. nanti sy repost bab ni ek.. sowi sesangat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. isk..ok jer la..best2..

      huda

      Delete
    2. tak sampai lah. biasa2 je. cube kembangkan plot. pastikan ada yang nak ditulis. tentang ape. ape pun GL for TK.

      Delete
    3. buat Anonymous yg rasa tak sampai tu, dalam betul awak rasa sampai boleh rasa tak sampai ya, kalau awak sendiri menulis mesti dalam sampainya kan hehhe..hurm tapi saya nampak je penulis nak tulis tentang apa dalam bab ni (:

      Delete
  5. RM, sy rasa ok je smentara nk smpai ke part zaf jmpa resa mlm nnt dan bila dia nk buat surprise kt resa msa prtndingan netbell di johor nnt.. cuma RM jgn la sebut resa hitam mcm tu.. kata la dh gelap kna sunburn ke hehe.. bila kata hitam tu tringat mcm sarimah dlm dayang senandung pulak ;)

    ReplyDelete
  6. Rehan...best ar..terubat rindu pada Zafran n Anaresa..keep it up...nak lg..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Hilang rindu pada Zaf dan Resa....
    Zaf u sekarang dah ada persaing ok.... Jimmy u boleh belah ....
    Insyallah hati Resa hanya pada orang yang taja dia seumur hidup ok...
    bila dah kahwin duduk jauh rasa macam orang bercinta pulak bila berjumpakan... nak manja ja.... yang penting HALAL....

    ReplyDelete
  8. hurm.... best2. tapi, betul la kak, kalau dpt baca panjang2 lagi kuat berangan ni. best sgt... tq..

    ReplyDelete
  9. thanks terubat rindu nie....apapun the most important is your 'kesihatan'....kay.....

    "hitam2 si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis"
    -ezz an-

    ReplyDelete
  10. resa mmng comel pun..hehe

    ReplyDelete
  11. x per smple mcm ni pun ok.lbih relax nk bca..slalu kalu nak mula bca blog akak tisu msti dan haruslah disediakan dulu....hahahah..dah slalu sgt kak wat cerita berat....skali skala kluar dri zon selesa pun ok jagk.... crita ni sgt2 lah sweet.....

    ReplyDelete
  12. haha , comel je bace entry kali nie. kadang kadang baca entry santai macam nie buat pembaca feel relax je. anyways , good job kak rehan ! :)

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  13. akhirnya hbis sudah smpai ke sini....hihihi

    ReplyDelete
  14. saya tertunggu2 juga apa la cabaran yg akak akan bg sbb cite2 akak klu xde cabaran x sah yg buat kita sakit hati, geram, sedih,bahagia n mcm2 rasa ada. setakat ni x kluar lg tp keep it up saya sukeeee sgt citer ni...

    -hanim-

    ReplyDelete
  15. off topic jap.. baru beli novel 'kasih terlerai' smlm kat pesta buku... sangat best.. gaya bahasanya pun menarik,cumanya too much konflik la..apa pun 5 star la.. citer ni dah masuk list boleh baca berulang-ulang kali... tak memboringkan.. Tahniah penulis

    ReplyDelete
  16. suke karakter anaresa ni...selamba badak...tp dgn org tua dia hormat

    ReplyDelete
  17. zaf br nak tnjuk garang ckit,sekali resa bls lawak.terus hilg gaya nk tnjuk veto.comel. ^^

    ReplyDelete