Wednesday, May 15, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 10

BAB 10

DIAM tak diam, aku memang terdiam dalam bilik ni bila pintu bilik ditolak daripada luar.  Jangan aku teka lagi siapa kalau bukan dia.  Mama dan papa memang tak naik dah bilik aku sekarang.  Ini juga jadi kawasan larangan buat Aryan. 
“Assalamualaikum?” 
Aku terkaku bila ada suara parau memberi salam.  Nak tak nak jiwa yang berdetak dipalu ini aku pujuk sehabis daya.  Siang tadi kemain meriah kenduri.  Letih sengih sana-sini.  Melayan tetamu hingga malam ni aku rasa tubuh aku kena gilis dengan bulldozer.
“Waalaikummussalam…”  jawab aku sopan.
Wajah Ayie yang nampak lelah aku pandang dari dalam cermin.  Aku baru saja nak buka tudung waktu ni. Baru lepas hantar nenek dan atuk balik.  Baru nak bersihkan diri.  Baru nak rehat lepas ni. 
Tak jadi aku buka tudung bila Ayie merapatkan daun pintu.  Hanya tangan yang masih ligat mencuci mata dengan make-up remover. 
“Dah mandi ke?”  soal aku cuba melindungi kecanggungan hati.
Ayie menggeleng dan terus saja dia rebahkan tubuhnya di atas katil aku.  Tilam aku dan tempat peraduan aku yang sangat aku sayangi.  Dia rebah tak mandi? 
“Mandi la dulu sebelum baring.  Tak mandi dah baring lagilah letih.” 
Aku letak kapas kotor di dalam plastik kecil yang memang aku sediakan daripada awal.  Kaki aku melangkah menuju ke arah almari dan membuka pintunya.
Sehelai tuala aku capai.  Untuk Ayie.
“Nah…”  Aku menghulurkan pada dia yang masih lagi terbaring dengan mata yang terpejam.
“Ayie?”  seru aku.
Sepi tiada jawapan.
“Ayie…”  Sekali lagi aku memanggil. 
Masih diam.  Hanya nafas yang terhela tenang.
“Zakhri Adha?” 
Ini dah kali ketiga, sekali lagi aku terus seret dia masuk bilik air.  Aku bercekak pinggang dengan tuala yang masih ada di tangan.
“Adik Ayie oi…” 
Ayie buka mata.  Dia menyoroti mata aku yang sedang berdiri tegak di depan dia. 
“Cantik bahasa, kakak?”  sinis dia menyoal sebelum matanya kembali terpejam.
Aku ketap bibir.  Okey, aku terkurang ajar sikit dengan dia.  Tapi, orang panggil dengan baik dia buat-buat tak dengar. 
“Dah kakak panggil baik-baik adik Ayie tak nak dengar… kakak kejutlah kuat sikit.”  Aku sengih menyembunyikan rasa bersalah.
Kali ini, mata Ayie terbuntang luas.  Tapi, dia tetap terbaring lesu begitu. 
“Siapa adik siapa kakak?”  sergah dia tak puas hati.
“You adik, me…”  Ibu jari aku menunjuk pada diri sendiri.
“… kakak.”  Aku sengih.
“Jangan panggil macam tu.  Abang tak suka!” 
Ohmai, ayat Ayie buat jantung aku menari tango.
Aku telan liur berkali-kali.  Menggelepur jiwa aku bila Ayie biasakan diri dia abang.  Serius aku rasa nak rebah mencium permaidani buatan Itali ni.  Serius aku rasa bilik aku dah bertukar jadi taman rama-rama. 
Mata Ayie tertutup kembali.  “I’m a man or my words.  MAN,” tekan dia. 
“Ingat tu, abang ni lelaki.  Belajar panggil abang.  Just like our parents,” arah Ayie tegas pada aku  yang memang kelu seribu bahasa.
Serius aku tak rasa dia umur muda daripada aku.  Matang semacam je mamat ni.  Teragak-agak dah aku nak bersuara. 
Menggigil tangan nak hulurkan tuala pada dia. 
“Err… ini tuala.  Pergilah mandi dulu,” suruh aku tergagap-gagap. 
Ayie buka mata.  Dia hulurkan tangan dia pada aku.  Mahu mencapai tuala tersebut.  Bila aku hulurkan pada dia yang masih terbaring, selamba dia memaut pergelangan tangan aku membuatkan aku jatuh tepat menghempap dia.
Ayie sengih lagi bila wajah kami agak dekat dan aku rasa tangan dia memeluk pinggang aku.
Killer grin!
“Errr…”
“Tak tahu nak kata apa, kan?”  soal dia berbisik.
Liur aku telan mula rasa macam sup pasir.  Kesat semacam.  Ayie pulak makin kuat membelit tubuh aku.  Aku rasa tangan Ayie menjalar naik ke belakang kepala aku. 
Sungguh.  
Bila aku nak angkat kepala Ayie menahan.
“Nak pergi mana?”
“Mandi,” pantas aku menjawab.
“Shall we take a bath together?”  Dia kenyitkan mata. 
Aku berdeham lama.  Merepek budak ni.  Dahlah aku letih.  Dia main-main pulak.  Bukan aku tak tahu dari riak mata dan air wajah dia aku tahu dia memang nak kenakan aku lagi seperti hari-hari sebelumnya.
“You know some rule, in our house, dik?”  soal aku cuba menenangkan diri sendiri biarpun aku tahu Ayie mampu rasakan detak dalam dada aku. 
Dia angkat kening.  “Please…”
Aku sengih  jahat.  Tangan aku menongkat tubuh sendiri biarpun dada kami rapat tanpa ada sedikit ruang membiarkan angin masuk menerobos. 
“Dalam rumah ni ada pantang.  Kalau sesiapa tidur tak mandi, boleh kena penyakit kulit yang sangat berbahaya.  Kata papa ini sumpahan keluarga dia dari turun-temurun.  So, you better get up and take a shower,” ujar aku dengan suara yang sengaja aku buat-buat takut.
Wajah Ayie berkerut.  “Sungguh ke?”
“Huh, mahu tak sungguh.  Ini betul-betul ni tau…,” balas aku menggumam.
“Sebenarnya papa dengan mama tak nak awak tahu tapi yalah, kan?  You are a part of my this family now, tak manislah kalau awak tak tahu peraturan kuno rumah ni,” giat aku lagi.
Wajah Ayie nampak pucat.  Bibir dia nampak bergetar. 
“Sungguh ke?”  Dua kali dia tanya soalan yang sama dan aku juga dua kali berikan jawapan yang sama.
“Saya mandi dulu, ya?  Awak mandi lepas ni.”
Aku cuba bangkit tapi Ayie menahan.  Lama-lama wajah yang ketat itu longgar riaknya.  Bibir dia mekar dengan senyuman. 
“Baik punya alasan.  Langsung tak logik.  Huh, kita zaman apa ni main sumpahan kuno lagi.  Kalau takut cakaplah takut…,”  balas dia ketawa.
Pinggang aku dilepaskan secara rela.  Cepat-cepat aku bangkit dan membetulkan pakaian sendiri. 
Tudung yang senget ini pun aku pegang sedikit dengan mata masih menatap bening mata Ayie yang tersisa tawa dia.
“Memang itu alasan tapi agama kita menganjurkan kita bersih apa.  Kebersihan itu kan sebahagian daripada iman.  Dah, pergi mandi sana.  Saya siapkan baju awak.” 
Aku membidas kembali dan terus menapak ke arah almari dengan niat nak cari baju untuk Ayie.  Tapi, kenapa aku cari baju dia dalam almari aku?  Mana pakaian dia.
“Mana beg pakaian awak?”  Aku terus berkalih dan saat ini, longgar lutut melihatkan Ayie yang sudah hilang bajunya. 
Hanya tubuh dia yang terdedah pada mata aku.  Nak tak nak, aku tahan mata dan terus memandang.  Tak salah pun tapi ada rasa segan dalam diri.  Aryan dengan papa pun paling selekeh pun pakai singlet.  Ini?  Hai… tango lagi la jantung aku.
Gamaknya Ayie perasan dengan keadaan aku yang serba tak kena.  Dia ketawa kecil dan terus menyangkut tuala pada tubuh dia. 
Okey, dah kurang terdedahnya.
“Tak bawak…”  Selamba dia menjawab.
“Habis tu bawak apa je datang?” 
Sungguh aku tak puas hati.  Rumah kami tak adalah dekat sampai dia boleh jalan kaki balik ambik pakaian dia. 
“Bawak tubuh jelah… bukan malam ni kita nak pakai tubuh masing-masing ke?”  tanya Ayie tenang bersama langkah yang sedang menghampiri pintu bilik air.
Aku ketap gigi.  Sikit lagi aku ketap gigi, rahang aku pasti retak kesan menahan geram dengan Ayie ni.
“Amboi cakap… nak hangatkan suasana saja eh?”  sinis aku berwajah kelat.
Ayie ketawa kecil.  Dia sudah sedia memegang tombol pintu bilik air.
“Tak apa.  Kalau rasa hangat nanti, kita kuatkan air-cond.  Habis cerita, kan?”  soal dia bersama kening yang terjongket.
“Ayie… you!”  Aku dah mula nak marah. 
Lupa diri lagi dia siapa aku siapa.  Tak jadi Ayie nak tutup pintu bilik air.  Kepala dia terjengul keluar memandang aku yang sudah bercekak pinggang.
“Don’t call me Ayie… I don’t like it.  Call me abang.  Berapa kali nak ingatkan?  Hrmm?”  soalnya dan aku hampir saja nak campak perkakas yang ada di atas meja solek tu pada dia.
Sabar jelah hati aku dengan budak ni. 



( Zakhri Adha bin Zafran a.k.a Ayie with his simple killer grin)



SELESAI menunaikan solat sunat dua rakaat, aku aminkan doa.  Berharap semoga rumah tangga aku dengan budak muda ini berkekalan.  Bohong aku katakan aku tak suka dia.  Aku suka tapi terlebih bohong kalau aku katakan, aku cinta dia. 
Tak ada perasaan.  Tengah belajar memupuk ni.  Janji semua orang bahagia dan aku akan bahagia sama. 
Fikiran melayang.  Pesan nenek dan atuk bergema.  Pesanan tok mak juga. 
“Jadi macam mama Arya.   Dia baik, sabar dan pelengkap pada keluarga kita.”  Itu pesan atuk dan nenek. 
“Bila tok mak tengok Arya, nampak Mukhlis.  Bila tengok lagi sekali, nampak Anahara.  Aryana adalah kedua-dua mereka dan pastilah Arya istimewa lebih daripada mereka.”  Ini pula pesan tok mak saat aku hampir diangkat menjadi isteri siang tadi. 
Aku bangkit dan berjalan menuju ke cermin.  Sungguh ke kata tok mak?  Mampu ke aku jadi sehebat mama untuk menjadi seorang isteri apatah lagi melayani karenah Ayie yang aku rasakan, terlebih manja dan mengada-ngada. 
“Hai…”  Mengeluh pulak aku secara tak sedar.
“Mengeluh ni perbuatan orang yang tewas?  Tahu, kan?”  tegur satu suara.
Aku tersentak dan berpaling.  Ayie.
“Masuk tak beri salam pun,” sela aku dengan wajah mencuka sambil menyisir rambut di depan cermin.
Ayie merapatkan pintu.  Dia senyum dan mendekat pada aku.  Tangannya singgah pada bahu aku dan aku sedaya upaya memujuk hati, jangan berani nak menari tango lagi. 
Nampak orang tu ralit sangat depan cermin.  Fikir apa?” 
Aku pandang mata Ayie dari dalam cermin.  “Berdoa,” jawab aku.
“Doa apa?” 
“Apa-apa je…”
Dia sedikit merengus.  “Kan kita dah patut share semua perkara, Arya?” 
Aku tahu, suara Ayie kedengaran macam dia sedikit berjauh hati.  Pada aku pula, ada perkara yang perlu aku simpan sendiri dan ada yang perlu aku kongsi. 
“Tak ada apa… saya doakan yang baik-baik untuk kita sekeluarga,” jawab aku akhirnya.
Bila aku mahu bangun, Ayie  menahan aku untuk terus duduk. 
“We need to talk,” ujarnya cukup perlahan. 
Rambut aku yang lepas bebas diselak ke depan sedikit dan dia mencangkung di depan aku bila dia berjaya buat aku berpaling tepat pada dia. Nampak matang dan tak ubah seperti seorang lelaki seusia aku bila dia mengenakan sepasang baju Melayu teluk belanga itu. 
“Tentang apa?”  Aku senyum pada dia.  Pahala mudah untuk aku. 
“Kita?”  soal aku lagi bila dia tidak menjawab.
Ayie mengangguk.  “I’m ready.  Are you?” 
“Kalau tak ready, kita tak akan ada di sini,” jawab aku mesra. 
Telapak tangan Ayie menjalar mencari tangan aku.  Dia menggenggam dan meramasnya perlahan.
Wajah dia mendongak dan mata kami berlaga. 
Lama, sebelum dia mengoyak senyum. 
“Arya tahu tak?  Ini kali pertama Ayie pegang tangan perempuan…,” akui dia.
Aku mencemik.  “Such a talker…”
“This is true, Arya.  Ini kali pertama.”
Aku ketawa.  Ketawa buat-buat.  Dalam pada melindungi resah, aku tarik tangan aku daripada terus digenggam oleh dia dan aku tekup mulut melindungi tawa.
“Jangan bohong.  Ayie student luar Negara, anak orang berada kacak, tegap…”
Mata Ayie bersinar.  “Wow… pujian pertama Arya pada Ayie,” sampuk dia.
Aku jegilkan mata.
Pandang orang puji dia mula la nak berlebih-lebih masuk bakul gantung dekat pokok durian. 
Orang tak habis cakap lagi ni.  Nak bangga diri je tahu…”  AKu menggeleng tak puas hati.
Dia senyum dan mengangguk, memberi ruang aku terus bersuara.
“Saya tak percaya saya perempuan pertama dalam hidup awak.  Dok luar Negara tu tak ada steady ke?  Kat Malaysia ke dulu-dulu…” duga aku.
Tapi… Ayie menggeleng.  “Memang tak ada.”
“Sorang pun…”
Dia mengangguk lagi. 
“Ohmai…”  Aku buat-buat pegang pipi.  Mata terjegil dan wajah keruh.
“Such a waste.  Ayie buang masa sungguh…” 
“Mana ada… sekarang okey apa.  Dapat yang halang.  Nak pegang mana-mana pun boleh…”  balas dia tersengih.
Aku redupkan pandangan bila mengesan renungan mata Ayie  yang dah macam trafik light tanda ‘bersedia’.  Kuning amat. 
Tapi, dalam hati bangga.  Siapa tak bangga kalau suami sendiri tak pernah menyentuh kulit mana-mana perempuan sebelum ini.  Aku juga tak pernah bersentuhan dengan mana-mana lelaki. 
“Mana Ayie boleh pegang pulak ni?”  tanya dia sambil menolak tangan aku yang memegang pipi sendiri.
“Boleh pegang sini?”  Telapak tangan Ayie berganti pada pipi aku.
Aku bulatkan mata.  Rasanya wajah aku dah merah padam ni. 
“Atau sini?”  Sebelah lagi dia pegang.
Bila aku tidak memberi reaksi, dia beralih tempat lain pula. 
“Atau sini?”  Tangannya turun hingga ke bahu. 
Aku masih kaku.  Sebenarnya terkaku.  Tak terkata apa dengan tindakan budak ni.
“Atau boleh jadi dengan ni…”  Dia menurunkan tangannya dan mendekatkan wajah dia dengan wajah aku. 
Hampir saja bibir kami menyapa sesama sendiri tapi tapi aku tekup mulut, Ayie bahankan.  Ketawanya terhambur.
“Penakut,” cebik dia.
“Heh, mana ada takut.  Dahlah… saya nak tidurlah.  Ayie pun, take some rest.  Letih betul hari ini,” ujar aku mengubah topik.
Aku bangkit hendak bergerak ke tempat beradu. 
“Ayie tidur dekat lantai ke?”  soal dia.
Aku berpaling laju.  Dah kenapa pulak nak tidur dekat lantai?  Aku ni jahat sangat macam kakak tiri ke nak suruh dia tidur atas lantai?
“Dah tu kenapa nak tidur dekat lantai?  Katil ni tak cukup besar eh?  Oh… kalau macam tu esok saya minta papa beli katil double king size, okey?”  Ibu jari aku tegak, bertanya. 
Dia mencerun pandang.  “Bukan apa.  Kot-kotlah kita ni tipikal kahwin paksa.  Isteri suruh suami tidur atas lantai takut ehem-ehem…”
Boleh dia sebut ehem-ehem. 
“Kita bukan kahwin paksa pun.  Tak mainlah tipikal kahwin paksa, okey.  This is what we called, arrange marriage.  You are my husband and I’m your wife.  Islam ajar, di mana tempatnya seorang isteri kalau tak di sisi suami.  Kalau kata Ayie nak tidur atas lantai, tak ada hal… saya hampar gebar.  Kita landing sama-sama.” 
Selamba aku berkata.  Dari mana keberanian pun aku tak tahu.  Buatnya sungguh aku tu bertindak, mana aku nak menyorok.  Huh…
Aku terus menarik gebar dan menghampar gebar lebar itu di sisi katil, tepat atas permaindani  yang tebal ini.  Bantal aku letak di hujung sana satu, dan untuk aku juga satu.
“So, boleh kita tidur?”  soal aku sambil merebahkan badan.
Ayie sengih dan berjalan ke arah gebar.  Gila tak aku?  Katil ada kemain selesa tapi melayan karenah budak ni, aku pun sama-sama jadi budak dah. 
“Tidur je ke ni?”  usul Ayie sambil mengurut pangkat lehernya sebelum turut sama rebah di sisi aku.
Sedikit berjarak. 
Aku pandang dia.  Kening aku naik.  “Kalau tak tidur nak buat apa?” 
Lama kami diam.  Ayie lama-lama sengih dan bersuara.
“For tonight, tidur jelah dulu eh… Assalamualaikum, sayang,” bisik Ayie lantas dia kucup dahi aku pantas.
Okey, ini kali kedua.  Kali pertama tadi tak rasa sangat.  Aku rasa lebih pada lakonan je pun sebab depan orang dan kamera.  Ini tanpa  orang dan bersaksikan Allah dia kucup dahi aku lagi sekali sebelum dia berbaring menghadap siling dan matanya dipejam.
Aku tekap dahi aku tempat Ayie kucup tadi.  Berderau darah.  Kalau macam ni, jangan cakap apalah kalau aku yang tak bagi Ayie tidur.  Huh…
“Nak kucup kat mana lagi?” 
Aku terngadah.  Ayie buka mata kembali dan dia mendekatkan wajah dia sekali lagi pada aku.  Cepat-cepat aku menarik kepala ke belakang sikit. 
“Selamat malam…,” ucap aku pantas dan terus meluruskan badan.
Mata terkebil-kebil dalam cahaya lampu yang kian sambar. 
“Jangan risau, Ayie tak salahkan Arya kalau tiba-tiba kejap lagi Arya kejut Ayie dari lena.  Ayie faham…”  sambung dia dan diakhiri dengan tawa halus.
Mengerti dengan apa yang dia mahu sampaikan, aku terus tarik bantal daripada bawah kepala dan menutup muka.
Gila kalau rasa tak malu.  What a wedding night!

~~> bersambung 

RM : (senyum senget)

42 comments:

  1. Yeay...dah sambung..lebih 20x buka blog ni..tggu update..tq ya sis

    ReplyDelete
  2. t'tibe melting plk..... oh RM,,,,

    ReplyDelete
  3. Oh akhirnya ade juga n3 tq kak rm walaupun lambat sengeh depan I pan ne hehehe( imah)

    ReplyDelete
  4. Lol aftr24h....hoho funny.... xoxo

    ReplyDelete
  5. Sweet je ayie nih.. terbuai perasaan :)

    ~Ema~

    ReplyDelete
  6. wah!! wedding night yang terbaik. hahaha.
    sakit rahang dok sengih3 dari tadi ag. kekeke.

    ReplyDelete
  7. senyum sorg tgh mlm ni..hehe..sweet je ayie ni duk usik arya..wedding night lak tu

    ReplyDelete
  8. huhuhuu...tersedar dr tdo n nmpk ada n3..bestnya cmni..
    dorang tdo kat bwah ke?hahaha

    >>k<<

    ReplyDelete
  9. mimpi indah2 la mlm ni....thanx k.rehan..^^

    ReplyDelete
  10. terbangun tido at 1.45pg...terus ambik phone..terus tekan opera mini..terus ke blog ijo...emmm senyum sampai ke telinga sbb ada new n3....akhirnya...... kalah sungguh org bercinta....〓 penangan SAK pd diriku :)

    -sj-

    ReplyDelete
  11. Ada ayat "dapat yang halang" dlm ni..mcm pelik skit ke sbnr nyer RM nk tulis "dapat yang halal" ?

    ReplyDelete
  12. hahhahaha.... serious diorang comel :)

    ReplyDelete
  13. sweet giler adik Ayie.....
    ai pun blushing sama mcm Arya.

    ReplyDelete
  14. keje nk menyakat je inche hubby tu ye keke

    ReplyDelete
  15. yg tukang bc ni pula malu2.... haha

    ReplyDelete
  16. dah makin parah batuk nie ..sebab ketawa

    ReplyDelete
  17. i dah rasa mcm asyik2 babak ajak mandi. asyik2 babak gini aje rm. hurmmm

    ReplyDelete
  18. Saya pn asyik senyum2 senget sambil baca n3 ni

    ReplyDelete
  19. heh..tilam empuk ada, lg mau td atas lantai..

    ReplyDelete
  20. Arya bila dah halal nak pegang mana-mana pun boleh...
    ada kati x nak buat tempat tidur ...
    so sweettt

    ReplyDelete
  21. nak gelak senget gak ler..ekekekeke...

    ReplyDelete
  22. wah...memang senyum senget....sangat....hehehehe...

    ReplyDelete
  23. akhirnya,penat tgu utk smbungan kak RM..Apa2 pn TQ ye Kak RM..kt senyum sorang2 bca cter nie..sweet sngt..NK LG..X CKUP LA..HEHEHHE...

    ReplyDelete
  24. rehan jgn le sambung lambat sangat..

    ReplyDelete
  25. bestttttttt sangat kak rehan...
    cpt buat SAK 11, x sabar dah... :)

    ReplyDelete
  26. arya yang kejutayie? ke ayie yg kejut arya? hehehe.. x sabar nak tunggu next entry

    ReplyDelete
  27. ohmai .. sweet la ayie ni.. :D ai pulak yg malu lebih yuu.. haha

    -athirah-

    ReplyDelete
  28. halal bkn halang kn, RM? o my! sweet giler dia org ni. tulisan RM.... ikut suka dia la nk wt topik cm na pn. kalo x sudi bc, jgn buka lgsung blog ni. hihihi

    ReplyDelete
  29. sek sengeh je bace n3 nie...ayie noti sesangat...

    ReplyDelete
  30. such a 'sweet talker' jer ayie ni. kena panggil 'abang' lg. mcm nk tergeliat jer lidah arya.

    ReplyDelete