Thursday, January 17, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 5


BAB 5

RENGUSAN Izue panjang di hujung talian.  Sesekali dia membebel sendiri dan aku dipaksa mendengarnya.  Jenuh…
“Gila… kau punya spontaneous ni buat aku nak vomit, tak tau?  Buat aku rasa sakit jiwa!”  marah Izue padaku.

Aku mengeluh.  Tubuh ini aku golek-golekkan di atas katil yang akan aku tinggalkan tidak lama lagi.  Tinggalkan segala keselesaan ini.  Jika dulu, mak dan ayah menghantar aku bersekolah di MRSM. Berasrama, biarpun sekolah asalku itulah adalah dari jenis kluster.  Pulang yang jarang-jarang sekali tapi hari ni, mak bagai nak hantar aku lebih jauh dan aku sudah bersedia.  Sudah cukup dewasa. 
“Bolehlah,” rayuku.
“Kalau kau tak boleh tolong, aku telefon Alan jelah.” 
Izue mengeluh.  “Alan tak ada.  Dia keluar jumpa Fendy dengan Ariq.  Aku je tak ikut… malas.”
Huh, ingatkan nama lelaki itu tak wujud lagi dalam kamus hidupku tapi bila Izue menyebut tentang dia, barulah aku teringat kembali akan kerja  yang akan aku lakukan untuk dia.  Janji bergaji, dibayar… aku pasti buat jika tidak salah di sisi agama dan undang-undang.
“Pasal kerja tu macam mana pulak?” 
“Erm… yang tu beres.  Aku dah telefon tadi.  Dia kata okey.  Lagipun dia kenal aku.  Cumanya kenderaan sendirilah katanya.  Aku tak kisah… motor aku ada.  Kalau kata mak tak bagi bawa, aku jual je Gibson ni.  Senang cerita… kapok ada lagi,” jelasku pada Izue.
“Tak kanlah macam tu sekali, Naqi… kau tu anak bongsu, dua beradik je.  Mak bapak kaya, kenapa nak keluar?” 
Izue masih tidak puas hati selagi aku tidak memberitahu tentangnya tapi bercerita tentang apa yang ibu katakan, tak ubah seperti memburukkan ibu sendiri jadi aku hanya tinggal diam.  Telan sendiri selagi ada tempat kosong dalam diri yang boleh diisi dengan rasa sakit… sakit hati. 
Ala… aku kan indi.  Nak lah try hidup sendiri.  Mak ayah aku dah bagi apa… kau tolong, ya?” 
“Erm… rumah apa-apa pun?” 
“Yalah… rumah.  Bukan kandang ayam.”  Serentak itu aku ketawa bila Izue sudah membebel dengan bahasa makhluk asing.
Area rumah aku ni jelah…  sini murah sikit sewa.  Bilik dalam RM250 kot.  Boleh?”
“Seksyen 7?  Set…”  Sengihku melebar. 
Hilang walang seketika.  “Thanks, bro.  Aku nak study dulu… jumpa nanti, ya?” 
“Woi, nak tanya ni…”  Baru hendak matikan talian, suara Izue menjerit kuat.  Bingit.
“Apa?” 
Waktu ini aku sudah bangkit, turun dari katil dan berlalu ke meja belajar.  Niat mahu membuat ulangkaji sedikit sebelum kurehatkan minda yang berserabut, tak sempat aku tebas semak-samunnya. 
“Kawan Fendy, Ariq tu apa cerita pulak?” 
Aku ketawa kecil.  Ingatkan Izue sudah lupakan perkara itu. 
“Dia offer kerja…”
“Uiks kerja lagi?  Berapa banyak kerja dalam satu masa?”
“Berapa pun boleh janji mendapat hasil.  Tak sia-sia,” tukasku selamba.
“Kau ni memang gilalah, Naqi… tapi aku ingat dia nak ngorat kau dah,” ujar Izue bersama gelak yang panjang.
Aku ketap bibir.  Kalau nak ngorat aku, rasa macam sedikit mustahil kecuali… Gambar aku dan Kak Diah semasa kami bercuti dulu, aku pandang lama.  Sedih ada kakak seperti ini tapi bangga bila dia mampu bahagiakan hati ayah dan mak kerana aku tidak mampu bila mak dan ayah bagai tidak sudi.  Titik… tak nak cerita sedih.  Nanti aku menangis. 
“Tak adalah, Izue.  Kalau kakak aku, aku berani kerat jari dia meleleh air liur.  Itu pun kalau dia terpandanglah.  Ini Naqiah… bukan Nadiah.” 
Teringat pula pada kata-kata Alan hari itu.  Kirim salam pada N.A.D.I.A.H dan bukan pada N.A.Q.I.A.H.  Jauh benar beza antara kami dua beradik.  Segalanya berbeza hinggakan layanan mak pun.  Huh, kecewa sikit di situ.  Tapi, mak tetap mak.  Tanpa  mak, tak ada aku di dunia ini.  Tanpa mak… tak mungkin aku membesar hingga mampu berdikari begini. 
“Okeylah, Izue.  Nanti dah dapat bagi tahu,  ya… cumanya mak aku dah izinkan aku tinggal kat rumah ni hingga habis final,” beritahuku di luar sedar.
“Erk… apakah maksud ayat ka utu, Naqi?” 
“Tak ada maksud.  Ayat pernyataan je.  Nanti apa-apa hal bagi tahu, ya?  Aku tunggu berita baik ni dan doakan aku boleh jawab final dengan tenang,” pesan aku lagi sebelum talian diputuskan.
Aku pantas mendekati cermin setelah talian mati.  Melihat raut wajahku yang tumbuh sebiji jerawat di tengah-tengah pipi.  Kak Diah tak pernah tumbuh walaupun sebutir jerawat tapi aku, silih berganti.  Namun, tidaklah mencacatnya wajah.  Sebagai penyeri sedikit. 
Tanpa sedar, aku mengeluh.  Niat terpesong.  Buku ke mana dan aku capai Cik Kapok lalu aku petik nada sebuah lagu versi plug-in.  Acapela sesekali.
“Ariq?   Siapalah perempuan yang bertuah amat tu, ya?”  Aku bersoal jawab sendiri.  Dalam tak sedar, hati aku mula belot.  Parah…



MINGGU pertama peperiksaan.
Selesai juga semua kertas untuk minggu pertama.  Minggu depan hanya ada dua kertas lagi dan setelah itu, aku akan merdeka.  Merdeka dari sudut kaca mata aku sendiri.  Bebas dari sindiran Kak Diah dan lepas dari jelingan maut mak dan juga kedinginan ayah. 
“Naqi, minum?”  pelawa salah seorang teman sekuliah tapi aku menolak pantas. 
“Naqi… ada orang cari dekat parking fakulti,” beritahu yang seorang lagi pula.
Dahiku berkerut.  “Siapa?” 
“Entah…”  Dia berlalu setelah menyampaikan pesan. 
Tangan semakin ligat mengemaskan semua peralatan alatulis.  Aku masukkan ke dalam beg galas.  Topi aku betulkan sedikit sebelum berlalu keluar kerana aku yakin, itu pastilah Izue dan Alan. 
Baru saja aku tiba di tempat letak kenderaan, mata aku terjojol tapi pantas aku pejamkan mata rapat-rapat.  Bimbang terkeluar sungguh.  Ariq?!
“Buat apa kat sini?”  soalku bila sudah berada tepat di depannya.
“Tengok Naqi periksa.”
“Boleh nampak ke?”  Aku menyoal sinis.
Ariq ketawa tak bersalah.  “Dah habis periksa?” 
Aku angguk.  “Tinggal lagi dua paper minggu depan.  Yang abang datang awal sangat ni kenapa?  Bukan ke dah janji dua minggu?” 
Bersyakwasangka sungguh aku dengan dia. Ni.
“Saja datang.  Rindu tak tertahan,” akui dia.
Aku buat muka hendak muntah.  Perasan sendiri lagi sedangkan Ariq pastilah sedang merujuk kepada perempuan yang dia gilai itu.
“Seminggu lagi macam buang masa pulak.  Abang datang ni nak brief sikit tentang dia pada Naqi.  Mudah Naqi nak buat kerja…”
“Kalau mudah, kenapa tak buat sendiri?”  cantasku geram. 
Ariq ketawa lagi.  Lengan bajunya disinsing tinggi.  Jam di pergelangan tangannya dibetulkan sedikit.
“Sebabnya, hanya seorang perempuan  yang mengerti akan perempuan lain.  apa yang wanita ni harapkan dari seorang lelaki, bagaimana cara dia memilih lelaki yang dia mahu hidup bersama.  Naqi mesti sama, kan dan itulah  yang abang nak Naqi buat persiapan,” jelas Ariq.
Barulah aku benar-benar mengerti.  Dia sekadar hendak melepaskan kekosongan kala ini dan aku turut tidak kisah.  Setidak-tidaknya, hilang fokus pada kesedihan keluarga.  Upah sedang menanti kerana aku tahu, elaun pasti disekat setelah aku tidak lagi bergelar seorang mahasiswi. 
Okay set… lepas je kertas akhir, saya datang jumpa abang.  Buat masa sekarang ni, saya nak balik rehat, bang.  Kepala saya rasa dah biol je.”  Sesambil itu aku menekan kepala dengan hujung jari. 
Ariq ketawa kuat hinggakan kami sudah menjadi tumpuan beberapa orang pelajar  yang lain lebih-lebih lagi yang perempuannya.  Ada yang mencemik, ada yang berbisik dan ada yang tersengih.  Gedik. 
Mana tidaknya, dengan penampilan dan gaya serta wajah Ariq, hatiku sendiri hampir kecairan tapi, hampir saja… masih beku sebenarnya. 
Aku memandang ke langit dengan muka muak.  “Abang baliklah dulu… nanti saya call,” suruhku mula tidak selesa.
Tapi Ariq hanya begitu.  Tersengih lalu melabuhkan duduk di atas motorsikalku.  Topi keledarku dipegangnya. 
“Abang datang cari Naqi sebab ada hal… bukan nak dengar Naqi suruh abang balik…”
“La… bukan macam tu.  Tak selesa, ramai dok pandang ni.  Nanti sampai ke telinga keluarga saya pulak, jenuh nak explain.  Diorang ni kalau nak buat explaination dengan sekali bukti dan alibi.  Baru diorang nak percaya.  Abang baliklah dulu, ya?” 
Wajahku serius.  Intonasi suara juga serius.  Memberi makna  yang aku benar-benar serius dan tidak main-main akan hal ini. 
Ariq tenang.  “Relaks… kalau diorang nak alibi, abang ada.  So, nak ke mana ni?”
“Balik tidurlah,” jawabku mendatar.  Berpeluk tubuh dan bahu jatuh sedikit.  Pasrah lagi.
“Tidur tak elok masa ni.  Orang tengah cari rezeki ni.  Jom ikut abang.” Ariq mengajak mudah.
Dia bangkit dari duduk.  Berdiri tegak dan meraup rambutnya ke belakang.  Bila aku pusing ke belakang, ada beberapa orang perempuan mula nampak histeria.  Parah.
“Belanja saya makanlah, boleh?”  cadangku.  Tiba-tiba perut berasa lapar.  Barangkali penat memerah otak. 
“Boleh… nak makan apa?” 
“Apa-apa je…”
Fastfood?” 
“Makin gemuk nanti,” selaku menolak.
“Makin gemuk ke takut gemuk?  Abang tengok Naqi ni…”  Mata Ariq merenungku dari atas ke bawah.  Tajam dan bibirnya tercebir sedikit.
Perfect figure,” sambung dia.
Aku tersentak.  Setelah itu aku menilik tubuh sendiri.  Tubuh yang tak nampak bentuk dan lekuk ini dikatakan perfect figure.  Tubuh yang dilindungi oleh jaket Nike ni dan juga skinny dikatakan perfect figure
“Argh… apa-apa jelah.  Jomlah.  Dekat Sesyen 2.  Saya tunggu abang dekat sana,  ya?” 
Tanpa sedar, aku rapati motor dan bahu Ariq aku tolak sedikit membuatkan dia tergamam.  Dia menjeling dan aku membalas. 
“Jumpa kat sana,” pesanku lagi dan terus aku panjat motor. 
Mengundur sedikit dan terus aku hidupkan enjinnya, meninggalkan Ariq terkulat-kulat sendiri.  Tersengih-sengih entah kenapa.



“OKEY, bang.  Apa nak cakap ni sampai tak dan tunggu saya tamat final?”  tanyaku menggesa.  Teh o ais limau aku sisip lagi.  Kenyang menikmati makan tengah hari yang Ariq belanja. 
“Sabarlah.  Kita minum dulu nanti baru cerita…”
Time is running out, bang.  Kena cepat.  Nak pikat perempuan ni kena cepat-cepat.  Mana boleh lengah-lengah.  Nanti dikebas  orang, abang tinggal diam jelah.  Masa tu, jangan mengeluh dekat saya pulak,” ujarku memprovok dengan wajah yang serius. 
Yeah… time is leaving me.  Hampir setengah tahun abang dah sukakan dia tapi tak ada kekuatan untuk luah perasaan sendiri.  Thanks God I found you.  So…”  Tubuh Ariq tegak. 
Dia menongkat siku di atas meja.  Hampir saja nafas kami bersatu tapi cepat-cepat aku berundur ke belakang dan aku terkesan akan senyuman sinis pada bibir Ariq. 
“… nama dia Lof.” 
Aku bantai ketawa.  Hampir tersembur air yang berbaki di dalam mulut.  Mujur tidak tersembur sungguh, jika tidak cacat wajah tampan Ariq terkena asid. 
“Lof?  Apa punya nama tu?” 
Ariq berwajah selamba.  Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu. 
“Abang tak tahulah, Naqi… kawan-kawan dia panggil dia Lof.  Apa nama dia sebenarnya abang tak tahu.  Boleh jadi Neelofa kot?” 
Aku jegilkan mata.  “Ada cantik dan seksi macam Neelofa ke?” 
“Lagi cun dari Neelofa yang pasti dan Neelofa lagi seksilah,” jawab Ariq tanpa ada rasa bersalah pun. 
“Okeylah, Cik Lof… mana dia kerja?” 
Waktu ni tiba-tiba aku rasa aku ialah seorang journalist.  Beg galas aku buka zipnya.  Sebuah buku nota yang terisi not lagu aku buka di atas meja.  Sebatang pen Pilot sudah bersedia  untuk menari. 
Okay then... tell me everything about her,” pintaku pada Ariq tanpa memandang dia bila mata pena mula melukis sepatah nama… Lof. 
“Nama dia Lof…”  Aku menyebut lagi.
“Umur dia?” 
“25 tahun kot?” 
Wajah Ariq aku pandang.  “Kot?” 
Yeah… betul dah gamaknya…”
“Gamaknya?”  Aku mengeluh bila Ariq mengangguk. 
“Abaikan.  Kita letak la dalam lingkungan baya saya.  Atau tua sikit.  Dia tinggal mana?” 
Ariq menggeleng. 
“Dia kerja dekat mana?  Pelajar mungkin?” 
“Kerja tak pasti tapi mungkin masih student. Atau boleh jadi kedua-duanya sekali.” 
Aku tepuk dahi dengan kata-kata Ariq. “Apa ni, bang?  Kata minat dah setengah tahun tapi apa pun tak tahu…”
“Sebab tu abang upah Naqi ni.  Kalau boleh buat sendiri tak payah pakai orang tengah,” tukasnya sinis.
Aku merengus sedikit.  “Anggap jelah dia dah kerja tapi masih belajar… Erm, abang tahu tempat kerja dia?” 
Kali ini dia mengangguk.  “Biasa abang tengok dia depan HKL.”
NurseDoctor” 
Bahunya terangkat lagi.  Pitam.  Apa yang dia tahu sebenarnya.  Dia tak tahu apa-apa.
“Okeylah, bang.  Saya siasatlah nanti, ya?  Tunggu berita baik dulu dan terima kasih belanja saya makan ni.  Saya balik dulu.  Apa-apa hal saya SMS…”
Call la mudah…”
“Saya tak kerja lagi, bang.  Tunggu kerja nanti bolehlah saya call.  Dapat gaji boleh top-up.  Ke abang nak tanggung bil telefon saya?  Sekali abang sudi, Samsung saya tu saya tadahkan,” ujarku bersama tawa yang terkekek-kekek.
“Wah… kalau macam tu, Naqi kena jadi isteri abanglah.  Abang tanggung seumur hidup.  Nak?”  Giliran dia pula mengusik membuatkan aku menelan liur. 
Apakah jenis gurauan ini bila jantungku melompat lebih pantas dari biasa.  Lebih kuat degupannya.  Lebih segalanya.  Aku mahu mengusik dia tapi aku pula diusik.
“Eleh… nanti cik awek abang tu ketuk saya pulak.  Bertambahlah pendek saya yang sedia pendek ni.”
Ariq gelak besar.  Aduhai… merdu je tawanya itu.
“Pendek ke?  Separa dada abang kira okeylah tu. Sedang elok.  Tinggi sangat bukan nak buat jadi galah pun. Kot nanti abang tak dapat cik awek tu, dapat Naqi pun jadilah…”  usiknya lagi.
Aku merengus.  Haih… berlebih-lebih pulak dia.  Rasanya  naik merah wajahku.  Tapi, hendak menjadi yang kedua dan itupun setelah yang pertama menolak, rasanya tidak mungkin. 
“Tukar tajuk la.  Yang pasal telefon tadi tu, saya biasa buat panggilan rindu je dan terima panggilan balik.”
“Ha… kalau macam tu, buatlah panggilan rindu dekat abang.  Nanti abang call.”
Aku buat muka teruja.  “Bila-bila masa je?”
Yeah… anytime.. for her.”  Ariq mengenyitkan matanya.  Gatal.
Lucky her…,” puji antara ikhlas dan tidak.  Masih lagi berharap pada nasib yang baik moga-moga dia berharap aku mengayat diri sendiri untuk dia.  Tapi, jauh langit ke tujuh dengan kerak bumi.
“Okeylah.  Assalamualaikum.”  Pesanan terakhir aku berikan lalu aku menapak laju ke arah motorsikal.
Baru hendak hidupkan enjin motorsikal, Ariq mendekat.  Dia tersengih dan menyeluk poket slacknya.  Mengeluarkan sehelai sapu tangan dan peluh di dahi  yang merenik sedikit hanya disentuh sopan. 
Erk… bibirku naik menyenget ke kiri memandang Ariq.  Bila Ariq tersenyum, aku menelan liur melihatkan gigi yang putih bersih dan kemas tersusun.  Sangat cantik giginya.
“Naqi okey ke buat kerja ni?”  Soalan itu terpacul tiba-tiba. 
“Janji ada upah, semua  kerja akan jadi okey,” jawabku pula.
“Oh… memang perlukan duit betul ni,” sinis dia sedikit. 
Aku sengih dan mencemik sedikit.  Topi keledar aku letak di atas kepala.  Wajah Ariq aku pandang seraya menghidupkan enjin motor. 
Money is not everything but to live, money is need.”
Ariq mengangkat keningnya tinggi.  Hidung mancungnya disentuh sedikit. 
Yeah… money is need and you too,” ujar Ariq tak kusangka.  Suka usik aku. 
“Apa-apa pun, good luck untuk exam ye,” pesan dia mesra lalu dia memakai Ray Bannya dan menapak macho ke arah Lancer yang memang nampak kacak seperti tuannya juga. 

~~> bersambung

28 comments:

  1. weyyyyyy beshhh nyeeee

    ReplyDelete
  2. Tolonglah jangan si ariq ni minat kat nadiah yang kerek tu!

    ReplyDelete
  3. i think it either da girl is nadiah or naqiah? most probably nadiah (naqiah's sister)..huhuhuhu
    tapi xmau la nadiah, cam sombong jek..hahhaha

    ReplyDelete
  4. betul ke tak si ariq nie... mcm ada smthing je... rase... sambung bace lagi heheheh

    ReplyDelete
  5. bestnyaaaaa....
    smbung kak. :D

    ReplyDelete
  6. naqi..apakah? apa dalam hati ariq ek...naqi or lof actually

    ReplyDelete
  7. ala, ckit je...hehe..pape pon memg best...x sabar nak tau permpuan yg ariq suke tu sape...

    ReplyDelete
  8. wah !!!!! rehan ... terpikat lak ni kat 2 2org insan ni hahahah mcm cute je budak berdua ni :) i like ... hmmm kene tunggu esok ye sambungannya :)

    ReplyDelete
  9. alahai...mesti minat kat nadiah la tu...bengong tul la ~liyahuma~

    ReplyDelete
  10. yang terlintas....Ariq ni nk Naqiah...
    tapi ermmmm kita tggu next lah

    ReplyDelete
  11. besh.... ala.. Si Ariq ni minat pompuan len ker..huhu...xpe2...br bab 5... sabo2...

    ReplyDelete
  12. comelnye cter nie....jgn2 ariq minat dekt nadiah kot??kak rehan,jwb laaa... :)

    ReplyDelete
  13. Andainya Nadiah pilihan Ariq kesiannya Naqi.
    Ada juga ibubapa mcm tue ya.

    Akak juga seorang ibu. Perasaan berbeza antara anak itu mmg ada tak dinafikan.
    Tp janganlah ditunjukkan didepan anak2.
    Setiap anak ada kelebihan dan kekurangannya.

    Satu aje yg kita perlu ingat tak semesti anak yang kita harapkan akan menjadi seperti apa yg kita harapkan dan begitu juga sebaliknya.
    Semuanya hanya Allah jua yg amat mengetahui.

    Kmas

    ReplyDelete
  14. si lof tu nadiah kotttt...

    ReplyDelete
  15. Sukenyer cara ariq nk ngorat naqi...pandai ek jual nama org len..

    ReplyDelete
  16. nak Ariq n Naqi..... lof tu alasan nak dekati Naqi...boleh gitu? hehe....btw, ayat money is need tu, yg betulnya, money is needed... peace....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Money is needed or.. Money is a need.. peace! :)

      Delete
  17. lof = LOVE = C.I.N.T.A???
    Naqiah or Nadiah...
    area HKL = Naqiah...
    wooishh!!! TAK SUKA OK!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembetulan..
      HKL means NADIAH..not NAQIAH..
      comfirm TAK SUKA...
      DOUBLE TAK SUKA...!!

      Delete
  18. tolong la jgn kata ariq miat kat nadiah!! huhuhh

    [hawa]

    ReplyDelete
  19. Money is not everything but everything needs money

    ReplyDelete
  20. a'ah la.. bru prasan lof = cinta....
    nadiah or naqiah
    dpn hkl??? nadiah la sbb medic kn?
    or bleh jdi jgak naqiah... mayb naqi g jumpa kakak dia ke? << hehhehe sje nk sedapkn hati sendri sbb trillion x suka nadiah dgn ariq... nk naq n ariq jugak!!!! :D heheh
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  21. tlg la kak jgn dgn c nadiah tu..sgt x suke o_o

    ReplyDelete
  22. Perlu baiki english .. money is needed to live

    ReplyDelete