Monday, January 21, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 13


BAB 13

LAMA aku menanti Tauke Chin keluar bila mana dia sangat sibuk menguruskan hal pekerjanya yang lain.  Lama setelah itu, dia keluar dan tersenyum padaku.  Tangannya digamit dan aku bangkit mendekati. 
What brings you here, amoi?”  tanya dia tersengih dan duduk di atas di mejanya. 

Aku juga sama.  Melabuhkan duduk bila Tauke Chin mengarahkan demikian.  Jari-jemariku menggendang meja kacanya.  Kening Tauke Chin terangkat. 
“I nak kerja untuk you, tauke?  Boleh ke?”  tanyaku. 
Dia membulatkan matanya.  “Tak perlu pergi sekolah, ka?  Your parents nanti tak marah ka?”  soal dia dalam pelatnya sendiri.
Aku menggeleng.  “Sekolah dah habis, my parents pun tak kisah.  So, I tak nampak kerja lain buat masa ni selain jadi budak beli surat khabar lama dengan you.”  Sengih lagi.  Menampakkan barisan gigi yang putih kerana aku menjaganya dengan sangat baik.
“Ayo, Naqiah… you anak orang kaya raya juga mahu buat ini kerja ka?  Parents you tak rasa jatuh pride ka you kerja ini macam sama saya?” 
Huh, Tauke Chin ni masih tak puas hati nampaknya.  “I need moneylah, Tauke Chin.  Tapi I tak nak susahkan parents I.  Besides, you already know me since I was a kid, tauke,” ujarku cuba mengajaknya berkompromi. 
Tauke Chin ketawa.  Entah apa yang lucu.  “Ya, that’s why la… I risau your parents marah saya hire you buat ini kerja.  Kurang elok untuk perempuan, Naqiah,” ujarnya lagi.
Aku mula bosan.  Kalau tak nak upah aku kerja tak ada masalah.  Ini dok risau jatuh pride mak dan ayah lah… tak sesuailah.  Habis tu nak tunggu dapat kerja dalam air-cond dan sign surat saja ke?  Jaga jari runcing dan muluslah konon?  Tak nak bagi rosak kukulah agaknya.  Hati aku mula membebel sendiri.  Geram. 
“Kalau macam tu, I assume you tak mahu upah sayalah, tauke.  Tak ada hal punya.  Saya cuba je.  Kalau ada luck okey tapi sayang… there’s no luck for me here,” ujarku dan mula memasang langkah hendak berlalu tapi Tauke Chin menahan. 
Seperti yang aku rancangkan. 
“Naqiah, wait la… itu pun mahu merajuk ka?  Bila mahu mula?  Esok, lusa… hari ni?”  tanya dia. 
Aku berpaling dan sengih.  Ikatan tocang satu ini aku ketatkan.  “Esok boleh?”  Keningku naik dan Tauke Chin mengangguk. 
“Kalau itu macam haaa… esok sajalah.”
Orait… cantik.   Saya pulang dulu, tauke… esok jumpa.”  Aku kenyitkan mata dan menaikkan ibu jari tangan sebelah kanan padanya. 
Tauke Chin ketawa lagi.  “You ni memang boleh buat orang ketawalah, Naqiah.  Tengok you hati boleh senang woo… muka you ada feng-shui baik punya.  Bawak ong…” 
Aku kerutkan kening sambil jari telunjuk menala ke muka sendiri.  Ariq juga mengatakan begitu.  Wajahku membawa ketenangan tapi apa yang aku lalui dari sehari ke sehari sedang menghisap tenangku sedikit demi sedikit. 
“Baik punya kipas tauke…”  tegurku. 
Dia ketawa lagi.  “Mana ada… your parents berjaya lepas you lahir woo… Saya tahulah saya kenal diorang ma… ini you mahu gaji dulu sikit atau tunggu besok?”  soal Tauke Chin sambil tangan sudah menarik laci mejanya. 
“Esoklah, tauke.  Saya balik dululah.  Ada kerja ni…”  Aku menggawangkan tangan. 
Kerja tak mula lagi dah nak bayar.  Ini dah kira baik tapi tak nak ambil kesempatan.  Tak baik.  Memang tak berbaki seringgit pun dalam poket sekarang tapi tak apa.  Jalankan kerja Ariq dulu untuk hari ni. 
Tangan kulambai pada Tauke Chin yang masih tersengih.  Setelah memakai topi keledar, tak ada kekuatan pula hendak memulas minyak mengingatkan kata-kata Tauke Chin tadi.  Aku tahu, Tauke Chin kawan lama ayah.  Sebab tu bila aku kata aku nak kerja dengan Tauke Chin, ayah tak halang. 
Cumanya, bila dikatakan aku ini membawa tuah, rasa tidak benar pula.  Boleh jadi memang mak dan ayah berjaya setelah adanya aku kerana kala mak mengandungkan aku pastilah usahanya sedikit terbatas.  Bila aku keluar, dia mampu menumpu sepenuh perhatian pada pelajaran dan kerjaya dan aku… gersang dengan kasih sayang.  Sadis…
Sudahnya, malas nak sakitkan hati sendiri, aku abaikan saja.  Yang penting kerja dan dapat dan aku akan bahagi masa dengan sebaiknya untuk Tauke Chin dan Ariq.  Ariq tak tahu dan dia memang tak pernah berhak untuk tahu.  Putusku dan aku pulas minyak menuju ke Kuala Lumpur.  Gila jauh. 



DUA orang perempuan hari tu, aku temui lagi.  Mereka sudah mengecam aku bila beberapa kali tercongok berada di depan HKL. 
“Hai,” sapaku. 
Mereka sengih dan mengangkat kening.  “Cari Kak Lof ke?” 
Aku sengih dan mengangguk.  “Dia ada hari ni?” 
Ada-ada.  Tapi kami nampak dia.  Err… nak tunggu dia ke apa?  Ke nak minta tolong dan pesanan hari tu dah sampai pada dia tau…” jelas salah seorangnya.
Aku mula teruja.  “Apa kata dia?” 
Dia senyum dan dia hidu haruman bunga tu.”
“Kad dia baca tak?”  Aku semakin tidak sabar sebab Ariq pun tak ada apa makluman pun tentang Cik Lof. 
“Baca lepas tu dia senyum jugak.”
No words?”  Bahuku terangkat.  Mereka menggeleng. 
“Entah tapi hari ni dia ada hal kot.  Dengan senior yang lain.  Kalau ada apa nak minta tolong, kami sudi bantu awak.” 
Aku garu kepala.  Huh, tak sempat nak jumpa lagi Cik Lof hari ni.  Penat je tunggang motor sejauh ni. 
“Kalau macam tu…”  Aku keluarkan pen dan juga sebuah buku nota. 
“Siapa nama penuh dia, ya?” 
“Kami panggil dia Love…” 
Aku kerutkan kening.  Dada rasa hangat tiba-tiba.  Adui… aku dah tahu nama dia Lof tapi abaikan.  Soalan seterusnya. 
“Korang tahu dia selalu makan apa?  Apa dia suka?  Tinggal dekat mana?  Sebab saya tahu dia tinggal Shah Alam, kan?  Bukan apa…”  Aku mula berbahasa bila aku lihat mata dua orang ni dah lain macam merenung aku. 
“… bos saya nak atur satu dinner special untuk dia.  Bos saya siap nak propose dia tau tak?” sambungku lagi.
Mata mereka membulat.  “Waa… siapa bos awak tu?  Untung Kak Lof… ada lelaki after her.”  Wajah masing-masing teruja dan aku suka untuk buat dia teruja lagi. 
Aku gelak.  Mula timbul rasa nakal lagi.  “Anak Dato’ kalau you all nak tahu. Pakai kereta mewah, kerja bagus dan for surelah kacak dan bergaya…”  Waktu ini aku bayangkan wajah Ariq biarpun aku tak tahu sama ada dia anak Dato’ atau cucu kepada datuk.
Sengihku melebar bila kedua-duanya membulatkan mata.  “Serius?”
“Dua rius saya bagi korang,” usikku.  “Cepatlah bagi maklumat.  Bos saya tak sabar nak masuk pinang Cik Lof ni.  Saya pun senang.  Dah dekat dua minggu ulang-alik ni tapi tak jumpa jugak Cik Lof ni.  Letih tau tak.  Dah lah saya ada kerja lain,” bebelku pula.
Mereka berpeluk tubuh.  “Apa ganjarannya?” 
“Err… by the way boleh saya tahu dulu nama awak berdua?”  Huh, baru nak tanya nama setelah berkali-kali meminta tolong mereka. 
“Saya Ayuni… dia Naina,” jawab Si Ayu.  Huh, tahu jugak nama mereka berdua. 
“Ganjaran ek?” Keningku naik dan waktu ni pula aku nampak wajah Alan dan Izue tersengih padaku.  Rancangan seterusnya untuk memiliki kakak ipar secantik dan sebijak mereka. 
“Ganjaran tu nantilah, janji awak berdua single and available lagi.” 
Mereka mengerutkan kening tapi tersenyum akhirnya bila bagaikan mengerti akan apa yang bermain dalam fikiranku. 
Make sure, they’re hot and spicy,” ujar mereka hampir serentak. 
Aku luahkan tawa.  Lawak sungguh.  “Yeah… they are always hot and spicy.  Takut you all je tak tahan pedas karang,” sinis aku pula dan kami terus meledakkan tawa. 
So, berbalik pada cerita kita tadi.  Saya nak tahu pasal Cik Lof tu.  Apa dia suka dan semua-semualah.”
“Kejap… kami pun kena tanya kawan-kawan rapat dia.”  Naina bersuara.  Dia dan Ayuni berpaling ke belakang dan aku juga memanjangkan leher sama.  Mencari wajah yang aku tak kenal lagi. 
Setelah itu, Naina dan Ayuni memandang aku semula.  “Boleh tunggu?”  tanya dia.
Yeah… ini pun dah lama bertunggu bertangga kat sini.  Pergilah untuk setengah jam lagi pun… saya boleh tunggu,” ujarku sedikit kecewa.  Banyak masa terbuang. 
Naina dan Ayuni berpaling dan hendak melangkah.  Aku memandang ke sekeliling sambil menconteng pada buku nota.  Note lagu untuk runut bunyi  yang aku sendiri tidak sedar bila tangan ini menari.  Bibirku senyum tapi tidak lama bila aku dengar namaku diseru. 
“Cinta Nur Na…” 
Aku pandang Ayuni dan Naina yang masih berada di separuh jalan tapi sayang bila bukan namaku yang diseru tapi… akhirnya, segalanya tentang Cik Lof berlegar dalam otakku dengan begitu jelas. 
Kalau dialah yang kamu maksudkan Ariq, tak perlu aku siasat sebegini rupanya.  Segalanya jelas di dalam mindaku yang semakin kelabu ini.  Aku cengkam dada menahan nafas  yang semput.  Ya Allah…





TANGANKU melambai pada Ariq yang setia menantiku di restoran A&W Petronas, Seksyen 7.  Motorsikal aku tongkat.  Topi keledar aku buka dan aku kelek di bawah ketiak. 
Dia  yang hanya santai duduk di meja di bahagian luar, mengangkat wajah padaku.  Aku terus melabuhkan duduk di depannya dengan nafas yang lelah bila waktu lepas Asar barulah aku tiba di Shah Alam. 
“Naqi dah sihat?”  tanya Ariq dengan wajah suram. 
Nampak penat dalam pakaian kerjanya lagi.  biarpun begitu, wajahnya tetap bersih dan penampilannya tetap kemas dan rapi. 
“Sihat dah,” jawabku. 
“Maaf tak sempat nak call Naqi lepas malam tu.  Abang busy sikit.  Banyak kerja.  So…”
“Beres…”  Ibu jariku naik.  Tersengih pada Ariq bila mencantas kata-katanya. 
“Apa yang beres?” 
“Cik Lof?”  ujarku.
Wajah Ariq hanya tersenyum tipis.  Dia menyumbat lagi kentang kerinting tu ke dalam mulutnya dan floatnya disedut lagi. 
“Menarik.”  Sepatah Ariq memberi reaksi. 
“Itu je?  Tak teruja?”  Keningku naik tinggi. 
“Teruja tapi abang lagi teruja kalau Naqi cakap Naqi sihat ke,” jelasnya tenang. 
Aku ketap bibir.  Dalam kepala pantas berkata yang Ariq menyukai aku tapi ini semua tidak betul kerana aku yakin, dia hanya bersimpati padaku.  Cik Lofnya sedang menanti dan aku berjanji pada diri, boleh jadi inilah penghargaan terakhir yang mampu aku berikan buat dia dan Cik Lof. 
“Saya sihat je, bang.  Luka pun dah beransur baik dah.  Terima kasih pada abang sebab sudi bawak pergi hospital dan sebagai balasannya…”  Aku keluarkan sehelai kertas A4 yang bertinta tanganku.  Aku hamparkan di depan Ariq. 
“… ta-daa…”  Aku sengih lagi biarpun jiwa kian melarat. 
“Apa ni?”  soal Ariq tanpa nada.
Abang bacalah sendiri,” suruhku pula tapi Ariq menolaknya semula padaku. 
Dia menyandarkan tubuh ke belakang dan mata kami bersatu dalam renungan yang meresahkan. 
“Semalam Cik Lof call abang?” 
Aku menelan liur tiba-tiba bila Ariq memberitahu begitu?  Dalam hatiku hendak mengucapkan syukur dan beristighfar sama banyak.  Sudahnya aku diam saja memujuk hati sendiri. 
“Habis tu, apa katanya?”  Aku buat muka teruja dengan mata yang terkebil-kebil. 
“Dia nak jumpa abang.”
Wow… that’s a very great news to me.  Mudah kerja saya, bang.  tapi, buat penat saya siasat tentang dia.  Apapun, tahniah in advance dan dinner macam mana abang nak untuk propose dia?  Saya boleh aturkan,”  tanyaku mula merangka rancangan makan malam untuk Ariq melamar Cik Lof. 
“Kalau abang cakap jenis dinner macam mana yang abang nak untuk lamar Cik Lof, lepas tu abang ada Naqi di sisi lagi tak?” 
Hatiku terkujat dengan soalan Ariq.  Tak semena-mena dia lontarkan soalan demikian.  Hampir terbelit lidahku hendak menjawabnya tapi aku tetap senyum dan terus senyum. 
“Itu tak bolehlah, bang.  Kebetulan saya dah dapat kerja lain.  Alang-alang Cik Lof dah setuju dengan jumpa abang, biarlah saya aturkan makan malam korang yang paling indah.  Indah untuk dikenang dan sayang untuk dibuang,” ujarku bermadah. 
Ariq menggeleng.  “Rasa dah biasa ada Naqi pulak.”  Dia sengih, aku terngadah.
“Tak apa, lepas ni ada Cik Lof, kanOkay what?” 
Lama Ariq memandang aku dan aku juga sudah tak tahu hendak pakukan pandangan mata di mana dan sudahnya aku juga membalas renungan dia. 
“Naqi okey tanpa abang?” 
Aku ketap bibir bila Ariq menyoal lagi.  Jika boleh, aku nak jawab… Naqi tak mampu, bang.  Naqi tak biasa abang kacau Naqi.  Naqi macam dah terbiasa dengan arahan abang dan Naqi dah terbiasa dengan keprihatinan abang.  Tapi, abang bukan untuk Naqi.  Tapi, tak mampu hendak aku luahkan secara lisan. 
Yeah… It should be fine.  So far, ada Izue dan Alan lagi.  Lagipun, saya dah lama tak join diorang jammingBusy dengan kerja abang bagi ni,” jawabku dengan tawa mengekek.  Kononya saja nak kenakan Ariq.
Wajah Ariq mencuka tiba-tiba.  Dia menongkat tangan di atas meja dan berterusan  memandang aku. Bila akhirnya aku juga mula tidak selesa, aku telek kertas A4 tadi. 
“Okey, abang.  Saya telefon abang suruh datang hari ni sebab nak bagi tahu tentang Cik Lof abang tu.  Moga mudah abang nak tawan hati dia. Ikat kemas-kemas.”  Aku kenyitkan mata biarpun Ariq masih tak lepas merenungku. 
“Dia suka makan…”
“Naqi suka makan bihun tom yam pecah telur, kan?  Pedas, kan?”  pangkas Ariq. 
Aku tidak memberi sebarang reaksi sebaliknya kembali fokus pada kertas di depan mata. 
“Dia suka warna…”
Abang rasa Naqi suka warna hitam, kanAla-ala gothic gitu.  Sebab boleh dikatakan semua pakaian Naqi warna gelap tapi nanti kita pergi shopping sikit kita beli yang colourful.  Bagi ceria hidup” cantasnya lagi.  Kali ini bersama senyuman manis yang menghiasi bibir yang cukup sensasi tu hingga aku terpaksa larikan pandangan. 
Aku hela nafas berat.  Semakin tak selesa aku dibuatnya dengan Ariq ni bila aku sudah dapat segala maklumat tentang Cik Lof. 
“Cik Lof abang tu biasanya pakai gaun je kalau abang rasa nak hadiahkan dia dengan pakaian…”
“Tapi, abang suka tengok Naqi  pakai skinny.  Nampak sangat funky…”
Aku ketap gigi.  Menahan geram dengan Ariq yang semakin menggiat tenangku. 
“Cik Lof tu dia bawa kereta Honda Jazz kalau abang nak tahu?” 
Ariq angkat bahu.  “Abang tahu Naqi bawa skuter Yahama Ego, kan?” 
Aku akhirnya tepuk dahi tapi Ariq tetap tenang dan terus tenang.  Sedikitpun tiada ada tanda dia hendak melatah. 
“Dan yang Naqi tahu lagi, dua suka makan dekat restoran yang ada suasana romantik...”
“Naqi suka makan dekat Seksyen 2, kan?  Sebab mak cik tu kenal dah Naqi dan dah tahu kesukakan Naqi, ya tak?”  
Aku tepuk meja kali ni bila Ariq bertanya begitu.  Sudah tak tahu nak kata apa lagi.  Geram dah sampai kemuncaknya. 
This is not about me, abang.  This is about your love.  Buah hati yang abang dah kejar hampir enam bulan  lepas,  and her name is Cinta, that’s why her friend call her Lof.  Stand for L.O.V.E.”  Aku tekan keras ejaan LOVE tu pada Ariq. 
Mata Ariq terkebil-kebil memandangku.  “And she is a doctor to be, isn’t she?”  teka Ariq. 
How do you know?” 
She told me last night when I call her,” jawab Ariq tenang.  Tapi, aku nampak sendu dalam dadanya. 
Aku lepaskan nafas yang semakin resah dan terus resah.  Jika mampu, aku mahu katakan pada Ariq, aku cintakan dia tapi aku bukan Cintanya.  Bukan aku. 
“Mudah kerja saya, bang kalau macam tu.  Bagi tahu saya tema apa abang nak, saya aturkan siap dengan band-boy sekali.  Khas untuk abang dan Cinta abang tu.” 
“Dia doktor, kan?” 
“Ya!”  jawabku geram bila Ariq mengabaikan soalanku tadi. 
“Dan dia boleh rawat hati abang kalau abang terasa sakit nanti,” sindirku menahan geram. 
Ariq tiba-tiba menarik kertas A4 tersebut dan menggumpalkannya sebelum dicampak ke dalam tong sampah. 
Abang?” 
“Dia dah bagitahu semua tentang dia pada abang dan Naqi juga dah tahu semua pasal dia… buat apa kertas tu lagi, kan?  Tapi…”  Ariq berjeda. 
Wajahnya didekatkan padaku sedikit dan bila aku mahu menarik kembali wajahku, tangan kasar Ariq pantas menahan belakang kepalaku dari menjauh daripadanya.
“… kenapa abang rasa cinta dan doktor tak sesuai dan abang lebih rasa cinta dan muzik itu adalah lebih sinonim untuk bersama?  Hrmm?  Naqi ada jawapan?”  soal Ariq dengan nafas yang hangat menyapa wajahku hinggakan ada beberapa pengunjung lain sudah menala pandangan pada kami. 
“Errr… saya… saya…” 
“Tak boleh nak jawab?”  soal dia.
Aku diam.  Langsung gumam.
“Abang bagi masa pada Naqi untuk fikirkan jawapannya dan nanti bagi tahu abang dan…”  Ariq mengangkat tubuhnya. 
“…pasal tema semua tu, abang serahkan pada Naqi dan band-boy jelah tapi janji satu dengan abang, nyanyikan abang sebuah lagu seperti mana Naqi pernah nyanyi masa mula-mula kita jumpa dulu sebab abang rasa lagu tu khas untuk abang biarpun kita tak kenal lagi masa tu.  Take care, girl,” pesan Ariq dan dia terus menapak menuju ke arah keretanya pula iaitu sebuah SLK pulak.  Gila kaya.

~~> bersambug

56 comments:

  1. Best .. like sgt ... thanks RM :-)

    ReplyDelete
  2. erk..rasa pendek je entry kali nih.hihi

    a.puteri

    ReplyDelete
  3. TQ RM,Ariq ni dah keliru ke?KH

    ReplyDelete
  4. eeiii...apeda bengong sgt si ariq ni!
    rasa nk sepak terajang je... ~liyahuma~

    ReplyDelete
  5. :)..nk senyum je hari niii..yess ariq da sdar dia da jtuh cinta ngan Cinta Nur Naqiah..not CINTA Nur Nadiah...:)

    ReplyDelete
  6. Aaaaaaaa!!! naper naqi tak mengaku yg dia suka kat ariq???? Ariq tu sebenarnya confius mcm alan ngan izue ckp... next entry please....

    ReplyDelete
  7. wow....nice....next2x hehe

    ReplyDelete
  8. ariq dah seda...bgus2...

    bile la mak ngn ayah naqi nak seda ape yg dorg wat kt naqi tu salah....sian kt naqi... :'(

    ReplyDelete
  9. wahhhh..best 3x...:)

    ReplyDelete
  10. yes..cinta nur naqiah..

    ariq n naqi mmg ada chemistry..

    ReplyDelete
  11. hummmmm... condifen Nadiah kan doc tu

    ape lah nasib naqiah...

    ReplyDelete
  12. nk lagi..nk lagi...huhu..
    sangat best entry kali nie buat dada rasa berdegup kencang je hehe
    next entry plizz..

    ReplyDelete
  13. wah, ariq dh suka kat naqi la...
    suka2...
    tp...mesti naqi akan mengalah dgn akak dia...
    huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe..mesti Naqi mengalah lagi....huhuhuhu...
      tapi nak Naqi jd tegas sket...tau ape yg die nak...

      Delete
  14. sgt sedeyh jd seorang yg bernama naqi,,,,,,,tp dia cekal,,,,go naqi go,,,,,,

    ReplyDelete
  15. pls... arap2 si naqi bg respon yg baek punya... ceriakan mood i yg monday blues ni..

    ReplyDelete
  16. Memang terbuai akak baca entry kali ni Rehan.. Romantik tahap tak boleh nak hengat! Cepat2 la Ariq tu confess direcly..jgn asyik bg hint2 aja..cian Naqi..

    ReplyDelete
  17. RASA NAK JERIT KAT SINI BOLEH TAK?.... Adoiii sakit jiwa dan raga laaa kalau depa ni tak mau mengaku masing masing mencintai huhu waaaaaa!!!!

    ReplyDelete
  18. walaweh!.. mmg layan abis citer nie... listen,listen,listen nak next n3 lg
    ... please...

    ReplyDelete
  19. cepatlah tamat. nak tahu kesudahannya. tak sabarlah.

    ReplyDelete
  20. hmm..sedihnye hidup Naqi nie..
    Org yg dier siasat rupenye kakak sendiri..
    mane x sedih bile bnde ni berkait dgn org yg dier suke dlm diam..
    ah my RM..slalu bt jiwa kitorg mcm roller coaster..
    best sis...

    ReplyDelete
  21. Nmpknya Ariq dh sedar dia suka Naqi.Hmm...mesti naqi mengalah dgn kakak dia.Mesti naqi pergi jauh n berubah m'jadi seorg Muslimah.Wktu tu mesti ariq tercari2 naqi....haha suka2 hati ja wat cerita sendiri.

    -Ana-

    ReplyDelete
  22. mcm naik roller coaster baca cbsa ni..sgt best.dlm hati berharap sgt yg sbnrny ariq da lama kenal dgn lof a.k.a nadiah..ntah2 sbnrnya ariq yg berpakat dgn nadiah utk tackle naqi kot..hoho

    ReplyDelete
  23. Double thump up utk RM.teruskan bekarya,kerana semua karya2 RM sangat bagus.

    ReplyDelete
  24. alalalala...sweet nya.....cpt la ending nya...xsabar rasanya...huhuhuhuhu...nk naqi + ariq = hepi....

    ~ umie ~

    ReplyDelete
  25. wow.. meletop n3 yg ni.. suka sangat2.. sambil baca sambil sengih sendiri until my colleagues pun teguq.. suka cara ariq indirectly menggoda naqi.. minta2 parents naqi akan berubah and accept dia.. kalau tak memang tak sedar diri lansung expecially her mom.. pity naqi being treated unequally by her her mom.. tp kan kalau lah ariq pilih naqi.. mahu meroyan tahap langit ke lapan mom naqi tu.. Along

    ReplyDelete
  26. lof da kontek2 dgn ariq...
    nanti mesti makin konflik klu naqi & ariq...
    naqi dgn alan je la...
    saye suka alan...hahaa~
    peace.no.war.

    ReplyDelete
  27. wa.....tk sabar blk rmh, sgup online d sek, ha ha ha, u r SUPERB RM!

    ReplyDelete
  28. Hehe..ariq nk kt naqiah rupanya...

    ReplyDelete
  29. gila kaya..
    hahha best..
    nk naqi dgn ariq...
    alan n nadiah.
    :D

    thn kak. :D

    ReplyDelete
  30. alaa...ariq ni dh jatuh hati dh lme kat naqi tp knp xnak bgtau..sbbkan cik lof tu..eeiii...nk naqi n ariq..naqi dh lme terluka sbb family dy jd hilang ariq sme mcm dy hilang parents dy..sedih nye..tabahkan hati naqi..:((

    ReplyDelete
  31. adoyaiiii..nape si ariq nihhh..kalu suka katakan suka je ler kt naqi tu...susah tul le..

    ReplyDelete
  32. Ariq dah sedar. tapi nanti mak naqi mesti salahkan naqi ni

    ReplyDelete
  33. akhirnya ariq realize yg dia suka/syg naqi..tp nnti klau kak diah dia tau.gaduh lg...sian naqi

    ReplyDelete
  34. Emmm...pndek skt n3 ni. Apapun thanks RM. Moga naqi mgaku cinta dia pd ariq. Xkan scepat tu kan. Hehe...

    ReplyDelete
  35. heh! rasa cam nak sepak je si ariq tu. kalau hati dah suka pada naqi, cakap ajelah. tak payah nak sibuk2 pasal si Lof tu lagi. buat sakit hati je...

    ReplyDelete
  36. dijamin yg nadiah akan suke kat ariq...lepas ni, msti naqi undur diri punye la...naqi2...pity girl...

    kak RM, nak lagiiii...

    ReplyDelete
  37. Ariq ni bikin orang confius le? Rasanya memang dia tau pasal Cik Lof dan Naqi tapi tak tau pun hubungan dia orang berdua. Rasanya Ariq nilah calon suami yang mama diaorang carikan untuk Nadiah. Sebab tu Ariq teruja nak tau. Rasanya Ariq kenal dengan mama diaorang ni. Bagaimanalah keadaannya bila masa Nadiah dan Ariq berjumpa Naqi kena nyanyikan lagu... Nadiah tak pernah lagi tengok persembahan Naqi. Ooo RM apakah yang akan berlaku. Ariq ni confius dengan dua orang Cik Lof ni.

    ReplyDelete
  38. kecian naqi nt kena marah lg mak dye sbb kak diah... rupe2nye lof 2 kak diah

    ReplyDelete
  39. rasa2nya naqi mengalah lagi...

    ReplyDelete
  40. sah2 la naqi mengalah ni...tp klu x mengalah pun n naqi n ariq jd kawin mesti byk jg halangan terutamanya dari family naqi n nadiah mesti dendam giler ngan naqi sbb rampas ariq dr dia. rasanya ariq pun dah tahu naqi tu adik nadiah maybe dia tanya ms nadiah call dia ajak kluar tu...bermulala episod air mata naqi hehehe....lebih2 la plak x gtu RM? -hanim_

    ReplyDelete
  41. WAAA....
    SERIUS ADDITECTED NGN CBSA NIE....

    KAK RM, CPT2 LA UPLOAD N3 BARU....

    ReplyDelete
  42. janganla jadi baik sangat naqi... sekali sekali kena jadi tamak utk kebahagiaan diri sendiri.. kalu dah family tak boleh bagi bahagia tu, kena la usaha cari bahagia sendiri.. jgn asyik kalah je dgn nadiah tu.. makin besar pulak nnt kepala nadiah tu... hai nadiah.. baru first time call ariq dh bagi tau semuanya pasal diri sendiri... mmg x berbakat langsung nak bercinta ni... x ada thrill la bercinta dgn org cenggini... hahaha...

    ReplyDelete
  43. hai dah tak sabar nak tunggu....

    ReplyDelete
  44. Bestnya!x sbr nk tnggu nxt n3...keep it up cik writer :)

    ReplyDelete
  45. best2! nk lg,, *suka la dgn izue n alan,, sgt2 caring psl naqi*

    -athirah-

    ReplyDelete
  46. Alahai.... x sabar nk tggu nxt n3. Sure malam ni trmimpi-mimpikan Ariq & Naqi termasuk ler RM sekali..
    Lambatnyer nak tggu esok...

    ReplyDelete
  47. xpuas bace...nk lg...adakh Naqi & Ariq dinner nnt? emmm, xsbr nk tau...btl ke LoF ada cll Ariq, nk tau jgk diaorg bual ape...

    ara

    ReplyDelete
  48. pengghsaaaaannnn...

    ReplyDelete
  49. yeay!!!!!!!!!!!!!!!!! ariq dgn naqi.... hahahahhaahha happy thanks kak rehan ^^
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete