Saturday, February 04, 2012

Bila Nak Saksi? [15]

[15]

ABAH dah bercekak pinggang lepas dia tendang pintu bilik aku tadi. Aku terus saja dapatkan mama dan memeluk tubuh gempal itu erat. Teresak-esak aku menangis di bahu mama.

“Apa masalah Lit ni?” tanya abah dengan suara yang meninggi.

“Ada perogol masuk bilik Lit…,” jawabku tersekat-sekat bersendu.

Aku rasa usapan lembut mama di belakangku. Sungguh aku ketakutan pada lelaki ini. Tak pernah aku merasa takut sampai begini. Masa nak ambil tali pinggang hitam karate dulu, aku kena belasah juga tapi aku tak takut. Hari ni, aku kecut. Menggeletar seluruh tubuh bila menerima seorang lelaki dalam bilik aku.

“Perogol apanya? Laki kamu sendiri tu.” Abah tuding jari ke arah Usop.

Mama menolak bahuku lembut memaksa aku memandang Usop yang sedang menggaru kepalanya dengan riak wajah yang tidak bersalah langsung masuk ke dalam bilik anak dara orang.

“Dia bukan suami Lit,” ujarku tanpa sedar.

Mama bulatkan mata. Abah menggeleng.

“Apa kena kamu ni Jelita? Kamu tak suka dia tinggal dekat dengan kamu sampai kau tak sudi nak panggil dia suami kamu, macam tu?” herdik abah meninggi.

“Abahnya pun, kot nak marah kuat sangat malam-malam ni. Menantu awak tu dah la tak sihat,” tegur mama lembut.

Abah tekup mulut. “Oh, maaf mamanya.”

Eleh abah aku ni. Macam budak-budak la pulak. Siap tekup mulut tahan sengih tapi tak lama lepas dia merenung wajahku kembali, air mukanya keruh pulak.

“Kamu memang tak suka Usop tinggal kat sini ke sebab tu kamu tak ajak dia balik rumah, macam tu?”
Aku menggeleng pantas. “Bukan macam tu tapi betullah…”

“Kalau Lit tak suka, abang boleh tidur kat bawah je.” Usop menyampuk pantas.

Ada je dia nak menyampuk membuatkan masalah ini tak selesai-selesai malah semakin berpanjangan pulak. Alang-alang aku dah cakap pada abah yang dia bukan suami aku, kan baik kalau dia pun iyakan. Tak kan dia betul-betul nak tidur dalam bilik aku ni? Gila!

“Tengok apa kamu buat ni, Jelita? Tak rasa berdosa ke buat suami macam ni? Ada abah dengan mama ajar kamu kurang ajar selama ni? Ada?” Tinggi je kening mama terjungkit.

Aku geleng lagi. “Tak ada…,” jawabku perlahan.

“Dah tu? Sampai Usop nak tidur kat bawah ni. Berdosa tahu tak buat suami macam ni? Agaknya sebab ni kot Lit paksa Usop rahsiakan pernikahan kamu berdua tak?” sinis abah lagi.

Aduhai, asyik kena smash oleh abah je. Mahu bernanah telinga aku ni. Yang Abang Jeff pula entah ke mana perginya. Masa orang nak minta tolong inilah dia lesap.

“Tak, bah…” Aku menidakkannya. Menidakkan apa, aku pasti abah tak tahu tapi Usop tahu.

Aku jeling dia setajam mungkin. Geram betul. Tak malu masuk bilik aku. Dah tak jadi rahsia lagi dah. Apa masalah lelaki ni sebenarnya? Kejap lagi aku heret dia pergi ke laman. Jagalah muka tampan dia tu.

“Apa yang tidak?”
Pertanyaan abah buat aku tersentak. Langsung mencantas renunganku pada Usop.

“Abah tak faham. Banyak yang abah tak faham.” Aku bertegas kali ini.
Perkara ini perlu ditamatkan. Bagi aku, bila dah sampai ke bilik tidur ni, Usop sudah terlalu melampau. He is just cross the line!

“Buat abah faham, senang kan?” sela abah lebih sinis.

“Usop, awak cakap pada keluarga saya yang kita ni…” Suaraku mati lagi.
Tak sanggup nak nyatakan hakikat sebab aku tahu, Usop pasti kena belasah oleh abah dan abang aku.

“Lit nak abang cakap apa?” soal Usop padaku.

Aku tepuk dahi sekuat hati. Cepat-cepat aku melangkah mendekati dia tapi tak sempat sampai, abah dah bersuara dulu.

“Sop, Lit cakap apa ni?”

“Err, Sop tak tahu, bah.” Dia menggeleng memandang aku dan abah silih berganti.

“Awak jangan buat tak tahu. Lebih baik awak cakap perkara sebenar pada abah dan mama saya. Kalau tak…”

“Kalau tak apa?” Usop jungkit kening mencabar aku.

Aku angkat penumbuk dengan wajahnya.

“Kalau tak lebam biji mata awak!” tekanku geram.

“Lit berani nak tumbuk abang? Tak takut derhaka?” soal dia pula.

Eh eh dia ni. Sampai ke bab derhaka ni dah lebih ni. Nak derhaka apa aku dengan dia tiada kaitan.

“Ya Allah budak berdua ni… apa masalah kamunya? Pening kepala abah. Dari petang tadi lagi tak berhenti otak abah ni fikir pasal kamu berdua. Yang kamu Jelita, kalau tak nak kenapa kahwin jugak? Yang kamu pulak Usop, dah bini kamu tolak, tak reti nak pujuk?” tanya abah seraya menggeleng.

“Jelita jangan buat perangai malam-malam ni. Usop tu suami kamu jangan nak tuduh dia perogol la nak tumbuk dia la. Karang dua-dua mama suruh tidur dekat laman, nak?” Mama sudah bersuara tegas.

Sebenarnya andai nak dibandingkan dengan mama dan abah, aku lebih takutkan mama. Bila dia membebel marah, memang meletup dada. Rosak pendengaran.

Aku berpaling pada Usop semula.

“Lebih baik awak cakap. Tadi saya dah mulakan, kenapa awak tak nak sambung dan kita akhirnya semua drama ni? Awak tak malu ke masuk bilik anak dara orang, hah?” soalku kasar dengan lanjutan suara yang sangat perlahan.

“Nak takut apa sebab awak tu memang isteri saya,” sela dia tenang. Wajah itu langsung tidak beriak salah.

“Banyaklah awak punya isteri! Isteri apa? Isteri olok-olok awak?”

Dia menggeleng bila aku katakan demikian.

“Kan dah ada surat nikah tu, olok-olok apa pulak? Betullah…”

Aku pejam mata seketika. Nafas ini aku hela sedalam mungkin. Ya Tuhan, pinjamkan aku sedikit kesabaran dalam menangani lelaki ini. Doaku di dalam hati.

Bila aku buka mata, wajah Usop agak dekat denganku.

“Awak berani ke nak tumbuk saya?” tanya dia sinis.

“Mahu tak berani? Nak try ke?”

“Okey. Silakan tumbuk tapi ingat… singgah je tangan awak tu kat kulit saya, saya heret awak naik ke katil. Berani?”

Aku telan liur. Cepat-cepat aku menapak mendekat ke arah mama. Takut dengan ugutan dia. Dah lah mama dan abah tak percaya yang aku ni bukan isteri Usop. Buatnya dia heret aku betul-betul, saja je nanti.

“Ma… percaya Lit, ma. Kami tak kahwin lagi. Usop ni bukan suami Lit dan Lit bukan isteri dia. Surat nikah ni…” Aku berlari ke arah meja solek mengambil surat nikah lalu aku kembali pada mama.

“Surat nikah ni pun palsu mama. Cuba mama tengok mas kahwin dia, memang tipu. Lit tak ada kena mengena dengan Usop, ma. Percayalah ma. Mama tanya dia betul ke tak.” Bersungguh-sungguh aku cuba pujuk mama.

Abah mendengus lalu dia rampas surat nikah di tangan aku tu. Mata itu bulat tiba-tiba. Tengok, memang betul apa aku cakap. Dalam surat nikah tu biarpun semuanya tepat belaka, mas kahwin free? Mana boleh. Tak pernah dibuat orang. Dan aku pun tak naklah free! Rupa cun, pendidikan ada, free ke?

“Okey, kalau betul apa Lit cakap ni, biar abah tanya Usop pulak. Betul Sop apa yang Jelita cakap ni? Kamu dengan dia tak ada apa-apa?” Suara abah dah mula tegang.

Dia menapak selangkah ke depan mendekati Usop. Wajah itu keruh dan kelat. Gigi dan rahangnya diketap hebat dan aku rasa bila Usop menjawab ya saja, pastilah penampar abah singgah di wajah Usop dan aku tak sanggup melihat lelaki yang aku sayang disakiti.

Biarpun aku geram dengan dia, tapi aku tetap sayang dia. Aku sayang dia tapi tak semestinya aku nak mengaku dia suami aku sebab memang bukan.

“Lit betul nak abang cakap yang Lit bukan isteri abang dan betul Lit tak nak mengaku abang suami Lit?” tanya dia.

Aku angguk. Dah memang itu hakikatnya. Aku takut nanti semakin teruk pulak. Lebih baik selesaikan cepat-cepat.
Usop mengeluh berat. Dia menarik kopiah putih di kepalanya lalu dia meramas rambut pacaknya itu. Aik, dari tadi pakai kopiah rambut tu masih terpacak. Hebat suami aku ni. Eh suami pulak. Adei, aku pun gatal. Hati aku gelak mengekek tapi wajah tetap serius.

Usop diam. Dia memandang aku lama sebelum beralih pada abah pula.

“Bah, kalau dah Lit tak nak mengaku Usop suami dia, Usop tak boleh nak kata apa. Kalau dia rasa Usop bukan suami dia dan dia bukan isteri Usop, betullah kot yang U…”

Tak sempat Usop habiskan ayat, tangan abah terangkat dan aku cepat saja menerkam ke arah abah dan memegang tangan itu dari terus singgah di pipi Usop. Nafas abah mengah. Usop diam menunduk.

“Tak, bah. Jangan pukul suami Lit. Dia suami Lit. jangan pukul, bah. Lit sayang dia. Lit isteri dia. Dia menantu abah dan mama…”

Tak pasal-pasal aku pergi mengaku pulak yang Usop ni suami aku sebab takut abah pukul dia habis-habisan. Aku tak mahu berlaku pertumpahan darah di dalam rumah aku dan di dalam bilik aku.

“Hah, mengaku pulak!” bentak abah sambil menarik tangan dia.

“Kamu ni tolonglah matang sikit Jelita. Dah kahwin tak nak mengaku. Sampai abah nak acah nak pukul Usop ni kamu tahu pulak takut. Sayang suami. Surat nikah ni betullah. Terbentang amaun hantaran RM15 ribu dengan mas kahwin RM22.30 ni, tak betul ke? Mana freenya? Mana?” Abah jegilkan mata padaku.

Cepat-cepat aku ambil surat nikah yang abah hulurkan semula padaku. Kali ini, mata aku bulat lebih bulat daripada mata abah tadi.

Betul kata abah. Tertera dua amaun yang berlainan tu di atas kertas itu. Jadi, mana surat nikah yang aku tengok mas kahwin dan hantaran free tadi? Aku belek belakang. Aku belek kot-kot terselit dua ke tapi memang satu ni je. Aneh ni.

“Mana awak letak surat nikah satu lagi tu?” tanyaku pada Usop yang sedari tadi tersengih macam kambing.

Tapi, kalau dia kambing, dialah kambing yang paling tampan dan wangi. Macam dia cakap aku dulu. Kalau aku kambing, akulah kambing yang paling cantik dan wangi sebab aku takut nak makan nasi kerabu tu dulu.

“Surat nikah mana lagi? Satu untuk Lit satu untuk abang. Abang punya abang simpanlah. Yang abang bawa tu Lit punya,” jawab dia dengan wajah berkerut.

Kerutan yang dibuat-buat. Padahal dia nak ketawa. Aku memang geram sungguh bila dia buat muka tahan ketawa dia tu.
Tapi, memanglah comel cumanya bila jadi semakin rumit ni, comel tu dah tak ada dah.

Mata Usop aku perasan merayap ke leherku. Aku lupa yang aku ni sedang sanggul rambut tinggi. Terdedah leher biarpun tak adalah seksi pun. T-shirt leher bulat yang aku pakai ni, sopan je aku rasa.

“Hah, sempat lagi mata awak tu nak renung-renung saya ek? Saya korek mata awak tu nanti,” tegurku keras.
Usop ketawa. “Lit berani nak korek, saya heret awak sungguh nanti.”

Sekali lagi dia ulang ayat tu. Aku berpaling pada abah dan mama dengan segera.

“Dah ni nak kira macam mana?” tanya abah.

“Kalau Lit rasa dia perogol tu, marilah kita heret dia pergi balai,” cadang abah.

Aku bila terbayang balai polis, kecut juga. Mesti lagi teruk Usop kena belasah nanti. Aku kalih pada dia sekilas dan dia sedang enak menyilang tangan ke dada.

“Err, tak apalah, bah. Malam ni biarlah dia tidur sini…”

“Habis tu malam esok dan seterusnya?” Cepat je mama memangkas.

“Malam esok Usop nak bawa Lit tidur rumah Usop, ma. Nak kemas pakaian sebelum pindah sini. Boleh tak ma?” Dan Usop, cepat pulak menjawab.

“Emm, kalau nak kata tak boleh dia dah jadi isteri kamu. Kat mana tempatkan seorang isteri kalau bukan di sisi suami,” sela mama lalu dia heret abah keluar.

“Marilah abahnya… esok nak kerja lagi. Melayan budak-budak ni buat pening kepala je.”

Abah menurut saja ajak mama. “Betul tu mamanya. Kepala abah ni dah nak botak dah. Kena pergi buat rawatan Yun Nam dah sebab budak-budak ni punya pasal,” ucap abah.

Aku tahan ketawa. Abah aku ni tak mudah. Nak pergi Yun Nam tu. Padahal kepala dia bukan nak botak tapi dah botak.
Lepas saja abah dan mama rapatkan pintu, aku ketawa besar.

“Lawaklah abah ni.” Tapi, tawaku tak lama bila aku kembali sedar yang aku sekarang bersama seorang lelaki yang bukan muhrim padaku di dalam sebuah bilik.

Aku pandang Usop dengan wajah yang mencuka. “Puas ke awak mainkan saya macam ni, Usop?” tanyaku sedih.
Ada airmata yang mula bertakung di tubir mata. Wajah tampan Usop pun aku dah nampak kabur.

“Puas sangat,” jawab dia dan serentak itu airmataku menitis laju.

“Memang saya banyak berkasar dengan awak selama ni. Banyak buat awak sakit hati tapi tak sangka macam ni sekali awak balas saya ya, Usop?” tanyaku dengan suara yang semakin lirih.

Bila Usop mahu mendekatiku, aku melangkah beberapa tapak ke belakang sambil menggeleng.

“Jangan sentuh saya!” Aku melarang keras Usop bila jarinya terangkat hendak menyentuh pipiku.

“Abang suami Lit. Abang berhak atas Lit dari hujung rambut sampai hujung kaki,” ucapnya tenang.
Dia renung mataku. Aku menggeleng laju.

“Dalam bilik ni hanya ada saya dan awak je Usop. Jangan nak berlakon lagi dan jangan buat saya benci awak!” tekanku tegas.

Usop senyum. “Ya ke nak benci? Boleh ke Lit nak benci abang sedangkan tadi abah acah je nak pukul kemain Lit merayu?” Bibirnya menyenget dengan senyuman.

“Masa tu saya…”

“Sebab Lit cintakan abang, kan? Lit sayang abang, kan?” tanya dia dengan suara yang semakin mesra membuatkan aku semakin lemas rimas.

Stop it, Usop. Jangan nak lebih-lebih dengan saya. Mungkin saya perempuan tak bertudung macam ni, kasar, tapi maruah saya terlalu tinggi hendak awak gapai. Sampai bila-bila akan saya junjung tinggi dan awak jangan buat rasa sayang saya ni bertukar jadi benci pulak!” herdikku dengan esakan.

Usop ketawa kecil. “Siapa kata Lit tak bermaruah? Abang tak pernah kata pun.”

Ya Tuhan. Aku mengucap panjang. “Dalam bilik ni tak ada orang lain kecuali kita. Jangan buat macam ni boleh tak? Tuhan tengah tengok apa kita buat ni, faham!”

“Sebab ada kita jelah baru abang mesra macam ni. Kalau depan orang nak tunjuk buat apa?”

Aduhai. Aku dah semakin sakit jiwa dengan Usop ni. Kenapalah dia macam ni? Bukankah selama ni dia yang beria bercakap soal agama, aurat dan maruah denganku tapi kenapa pula hari ni macam ni? Inilah orang kata, bila berdua adalah yang ketiga.

Tiba-tiba pintu bilik airku terkuak dan benar, ada yang ketiga. Tersembul wajah Abang Jeff dari dalam bilik air.

“Erk, abang buat apa dalam bilik air tu?” tanyaku pelik.
Aku kesat airmata yang berbaki di pipi. Usop tersenyum dan duduk di birai katil.

“Hah, jangan sentuh katil saya,” larangku keras. Usop pantas bangkit dan tak jadi duduk.
Abang Jeff menggariskan senyuman tipis buatku.

“Abang menyorok tadi. Masa Lit basuh pinggan tadi, abah suruh abang bawa Usop naik bilik Lit berehat. Tak sanggup nak cakap perkara betul pada abah lagi, Usop minta abang masuk bilik Lit. Dia tak kan masuk sorang-sorangnya. Dia takut,” jawab abang aku ni.

Hah, aku dah salah faham pada Usop. Aku tak tahu pulak dia masuk dengan Abang Jeff.

“Maknanya abang dah tahu hal sebenarnya?” tanyaku.

Dia angguk. “Abang dah tahu,” jawabnya.

Aku mengeluh. “Dah tahu kenapa abang tak keluar tadi cakap pada abah dengan mama?” Aku ketap bibir menahan geram.

“Eh, kan abang dengar Usop nak mengaku lepas tu Lit pulak mengaku dia suami Lit. abang diam jelah!”

Jawapan selamat abang aku sebab memang aku mengaku Usop suami aku tadi sebab tak nak dia kena lempang dengan abah. Aku mengeluh. Silap lagi aku kali ini. Maknanya memang tak selesailah malam ni.

“Habis tu macam mana ni, bang? Dia nak tidur mana, Lit nak tidur mana?” Aku dah mula nak menangis lagi.
Abang aku memandang Usop yang sedari tadi berdiri di sisi katil sebab aku larang dia duduk di atas tempat peraduan aku. Belum sampai masanya. Aku tak nak.

“Sop kau tidurlah dengan aku malam ni,” ajak Abang Jeff.

“Dah tu, Shima kau nak letak mana?”

“Shima tidur dengan Lit. Kalau kau nak balik sekarang, esok pagi abah ajak berjemaah kau tak ada parah pulak budak Jelita ni kena sound dengan abah,” ucap Abang Jeff macam dah lama je kenal Usop ni.

Cara dia bercakap dengan Usop ni memanglah mencurigakan dan Usop pun cara dia panggil Kak Shima pun lain macam mesranya. Tapi, bila aku fikir balik tak kanlah abang aku sanggup lelaki asing masuk dalam bilik adik kesayangan dia. Sedangkan selama ni orang nak pandang aku pun Abang Jeff tak izinkan. Mustahil. Aku lempar jauh-jauh syak wasangka aku ni. Abang Jeff tak mungkin macam tu.

“Aku pun pening dah.” Usop garu kepala. Pertama kali dengar dia mengeluh macam tu. Hilang wajah tenang tu.

“Kalau pening cakap je…”

“Tak sampai masa lagi,” cantas Usop pantas.

“Emm, peramlah lama-lama penipuan kita ni. Esok-esok abah dapat tahu, semua orang kena dan yang paling teruk Lit lah yang kena nanti. Silap-silap abah halau keluar.” Aku menyampuk pantas bila dari tadi melihatkan dua orang ni bersembang macamlah aku tak wujud.

“Eh eh dia ni… menyampuk orang tua bercakap!” sindir Abang Jeff.

Dalam hati aku mengejek, tualah sangat. Tapi, memang tua pun. Lima tahun dua-dua ni beza dengan aku.
Lima tahun? Umur dia? Nombor? Aku serta merta ingat surat nikah tadi.

“Hah, macam mana awak tukar surat nikah ni jadi jumlah banyak ni?”

Usop dan Abang Jeff berpandangan lama. Ada bunga tawa di wajah masing-masing tapi cepat-cepat Abang Jeff mengalihkan wajahnya daripada Usop.

“Dah tu, tak nak? Awak suka nak kahwin free ke, Lit?” tanya Usop bersama tawa nipis.

Aku tepuk dahi lagi. Apa kena dengan dia ni? “Memanglah saya pun tak nak. Free tu tak apa, tapi janganlah sampai tulis dalam surat nikah pulak. Tak ke rasa saya ni tak ada harga.”

“Dah tu, sebab tu tu saya letak jumlah tu,” jawab Usop pantas.

“Jumlah tipu!” sinisku.

Dia senyum lagi. “Tipu pulak dah. Terbentang dalam surat nikah tu boleh tipu ke?” tanya dia pula.

“Dah awak penulis skrip, pengarah, pelakon dan penerbitnya memanglah awak boleh buat macam tu.” Aku terus menyindir.

“Emm, nak ambillah yang free ni, Lit!” Abang Jeff hulurkan surat nikah yang pertama kali aku lihat siang tadi.

“Haaa, abang pun sama juga jadi pelakon tambahan! Sengaja nak buli Lit. sengaja nak buat Lit kena buang keluarga, kan? Dah benci Lit sangat, kan? Dah tak sayang Lit kan sampai abang biar je orang luar ni masuk bilik Lit?” Aku bersuara sedikit menjerit.

Sesungguhnya aku benar-benar kecewa dengan Abang Jeff. Aku dah tak rasa dia pelindung aku lagi. Dia sengaja menolak aku untuk dibaham harimau jadian ni. Mulalah nak menangis lagi.

Abang Jeff menggeleng. “Apa Lit cakap ni. Usop ni…”

“Eh, nantilah dulu,” pangkas Usop.

“Esok-esok kita selesaikanlah semua,” sambung dia lalu dia menapak ke pintu.

“Abang tidur bawah je,” ucap Usop padaku.

Sempat ber abang tu. Abang Jeff menggeleng dan dia terus keluar.

Are you game?”

Aku dengar suara Abang Jeff bertanya macam tu pada Usop sebelum pintu tu tertutup rapat. Memang game. Dan akulah yang bakal game over nanti. Benci Usop! Entah apa lagi yang nak jadi esok.

~~~> bersambung

Cik Penulis : As promised... BNS la..SAPK blur2 sikit..hehe.. Siapa Usop dan siapakah dia pada Lit, dia je tahu...seperti biasa, layan dan maaf atas kekurangan.

23 comments:

  1. hahaha....gelak dengan telatah usop dan lit....

    ReplyDelete
  2. xcited nye nk tau... cpat2 smbg ye kak...

    ReplyDelete
  3. menyampah citer macam ni!!! lit is very the bodoh!!! sanggup pula mempertahankan lelaki tu gara-gara kerana cnta!! cinta apa kalau membodohkan!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyampah senang je..jgn baca..hehe..sowi ek..atas kekurangan..n maaaf juga sbb dh buat awk rasa menyampah..harap lepas ni tak buat awk menyampah dh..tenkiu sudi drop by..hehe..

      Delete
    2. ehem... jgn terlalu kasar ok? nk komen blh tp jgn terlalu melampau.. awk suka ke org tegur dgn cr kasar????????

      Delete
    3. sy tujukan kpd yg komen kt atas... bukannya cik rehan... geram sgt kt dia tu, x suka jgnla bc

      Delete
    4. teruskn berkarya rehan...sbb x semua org dpt terima karya kita......cuma klu nak komen u biar le jgn guna bhs kasar.....nama pun cite ...x semua yg dianugerah bakat sbg penulis.....kita sbg pembaca x salah nk komen tp agak2 le ..hati org pun kene jaga juga...hope kita x gado2 kt sini...

      Delete
    5. betul2 cik rehan,teruskan berkarya,sbb realitinya mmg ada kes cam ni,lebih teruk cam ni pun ada so i salute u,jgn dgr sgt komen2 yg tak berfaedah,sy sentiasa menyokong karya anda coz lain dr yg lain,hope di bukukan cpt2 pun ok.chaiyok !! chaiyok !!

      Delete
  4. ksian dgn Lit.. bilalah nak selesai..
    stress tak habis2x..
    dpt pulak abg sama sewel dgn usop...
    lawak jgk ya abah dgn mama lit ni kan..

    ReplyDelete
  5. rasa mcm usop tu suami lit je...kot abah n abg jeff dah nikahkn dia ..cuma lit je x tahu sbb ayah dia kn berhak buat keputusan walau tanpa persetujuan anak pompuan dia....wali kan...klu x de ikatan takkn abg jeff buat cmtu....

    ReplyDelete
  6. sian kt lit..
    usop ngn jeff nape wat lit cam tu...
    cpat2 la usop trangkan bnde y sbnar nye..
    jgn duk seksa lit mcm tu..
    da kna men sampai hal nikah kahwin lgi...

    ReplyDelete
  7. Suka cite nitapi grammar banyak salah. Harap boleh improve.

    ReplyDelete
  8. apsal lawak sgtt diorg nie?
    act dh kawen ka blom usop ngn Lit nie?
    hmpir2 pening saya nie..
    n abg jeff mmg dh knl kn ng usop?

    ReplyDelete
  9. rasanya usop mmg suami lit cuma lit je x tahu yg pasti ada sbb dia org buat cmtu.....takkn abg jeff n usop x tahu hukum,,,jeff pun klu bukan usop tu suami lit takkn senang3 bg lelaki bukan muhram masuk bilik adik dia....cuma x tahu semua ni sape mastermind ...shima pun tahu ni...sian lit ...klu pun naik sedarkn dia ...ni dah lebih...lg ssh klu dia benci lak kt usop/...apa2 pun terhibur ngan gelagat lit n usop...ilang stress...thanks rehan

    ReplyDelete
  10. Sy rase usop ni ada talian persaudaraan dgn shima...sbb tu dia panggil shima dan nmpk mesra dgn shima..& jeff mmg dah lama kenal usop...mgkin ni rcgan shima, jeff, mgkin mak mereka utk sedarkan jelita yg dia mmg cintakan usop tu...dan mgkin juga mmg usop dah dinikahkan oleh abah mereka masa dia pengsan tu.....so RM cepat smbg....byk sgt mungkin dlm kepala ni......hehehe

    ReplyDelete
  11. usop dengan lit dah kawin kan RM? adus, semua dlm keluarga lit tue berlakon lah yer..kesian kat lit kena tipu hidup2. ada pakatan nak kena kan lit.. suka dengan usop yg romantik nie, heheheh tapi kena banyak bersabar lah dengan lit yang berperangai budak2 tue..

    ReplyDelete
  12. Rasanya dah terjawab persoalan yang konpius ari tu. Abg Jeff pakat dgn Usop dalam game konon 'dah kahwin' Jelita n Usop.
    So actually status Jelita masih 'cik'lagi la. Kesian pulak kat parent Jelita tapi Jelita pun kesian gak tersepit dek masalah yang dibuat sendiri.
    Moral of the story ....lain kali kalau suka ngaku je...kalau cinta kata cinta.

    Teruskan menulis Rehan....all the best. Chaiyo!!!

    -ety.s

    ReplyDelete
  13. sakit jantung nak tunggu entry baru. cepat2 sambung kak Rehan, dah tak sabar nak tahu bab seterusnya :D

    ReplyDelete
  14. confius...confius....suami lit ke tidak ni? silap2 kang boleh botak mcm ayah lit pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. really confius....x da suspennya pun but confius je lebih....

      Delete
  15. mmg dh dnikahkn la diorg ni kan?
    kesian Lit xdberitahu status sbnar...
    tambah jatuh chenta la kt Usop =)

    ReplyDelete
  16. mmm..rasanya usop ni kwn jeff n shima n syarikat yuta tu gabungan yusuff n jelita. betul x cik penulis? hehehe....


    -hanim-

    ReplyDelete