Wednesday, April 17, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 16


BAB 16

JARI-JEMARI Tuan Radzi bersulam sesama sendiri di atas meja.  Dia senyum bila aku berdiri tegak di depannya. 
Are you okay?”  soal dia. 
Aku senyum dan mengangguk. 
Ada apa nak jumpa saya dah lewat ni?  Bukan awak patut dah balik rehat ke?” 

Ada perkara penting sikit saya nak minta tolong tuan.”  Seraya itu, fail putih itu aku letak di atas meja dia. 
Tuan Radzi memandang aku dan fail tersebut silih berganti. 
“Apa ni?” 
“Tuan belek dulu.  Sebelum tu saya minta maaf kalau permintaan saya melampau, tuan.” 
Senyumannya mati.  Aku juga sebenarnya sejak dari semalam kaku dari senyuman.  Jika ada pun senyuman paksa.  Dalam kepala silih berganti wajah arwah umi, ayah dan Nine menjengah.  Nak pecah kelopak mata. 
“Awak okey Dzulkarnain dah balik Bangkok?”
Sehelai dibelek, soalan itu muncul dari celah bibir Tuan Radzi.  Terus member impak resah dalam diri. 
“Apa maksud tuan?” 
“Dia jumpa saya beberapa malam sudah.  Saya bagi alamat rumah awak.  Dia ada ke sana ke?” 
Aku ketap bibir.  Lambat-lambat aku mengangguk.
Kenapalah semua orang nak rosakkan jiwa aku  yang memang hampir rosak ni?  Tak bolehkah tak sebut nama Nine?  Tak lengkapkah hidup kami sekarang bila Nine kembali ke Bangkok setelah pelbagai perkara terjadi pada dia di sini? 
“Habis tu kenapa dia tergesa-gesa nak balik?” 
“Saya tak tahu, tuan!”  Suaraku bergema. 
Keras.  Bukan tegas.  Tak sedar sebenarnya. 
Mata Tuan Radzi membulat.  Dia senyum akhirnya dan terus membelek fail tersebut. 
“Dua kali saya jumpa dia dan kali ni tak sangka macam ni sekali pengalaman yang dia lalu, Naina.  Apa-apa pun saya percaya awak dah lakukan yang terbaik untuk melindungi dia.  Dia dah balik, dia  bukan lagi tanggungjawab kita...”  Suara Tuan Radzi terhenti. 
Tangan dia juga terhenti dari terus membelek helaian kertas dalam fail tersebut.  Usul yang telah aku sediakan beserta dengan salinan laporan-laporan lama tentang arwah ayah.
“Sub-Inspektor Zulkifli...” 
Dia memandang aku seusai menyebut nama itu.  Aku jatuhkan  kepala. 
“Dia antara pegawai terbaik PDRM pada tahun tu.  Siapa dia dengan awak, Naina?” 
“Arwah ayah saya, tuan!” 
Tubuh tegap Tuan Radzi mengendur.  Dia menggeleng tidak percaya. 
“Ya Tuhan, kecilnya dunia...”  keluh dia tanpa sedar.
“Awak nak kita mohon dengan Unit Jenayah untuk siasat semula kes kemalangan ayah awak?” 
“Ya, tuan!”  tegasku.
“Kes ni dah lama, Naina dan saya rasa...”
“Maaf kalau saya kurang ajar, tuan,” cantas aku. 
“Tapi, saya yakin kes kemalangan ayah saya adalah sesuatu yang telah dirancang dengan rapi.  Cuma saya tak tahu siapa dalang dan penyebabnya.” 
Mendengarkan  kata-kata aku, Tuan Radzi tersandar pada belakang kerusinya.  Dia memicit pangkal hidungnya berkali-kali.
“Tapi, kes ni dah lama, Naina.  Saya rasa masa tu awak remaja lagi, kan?”  tebak Tuan Radzi.
Aku mengangguk.
“Macam mana kita nak buka balik kes ni?  awak ada bukti mengatakan kemalangan keluarga awak tu dirancang?” 
“Saya yakin, tuan!”  AKu menjawab tegas. 
Dia mengeluh. 
“Awak tahu sesuatu tak, Naina?”  soal dia.
Tanpa menanti aku menjawab, dia menyambung lagi.
“Awak adalah salah seorang pelatih perempuan terbaik yang pernah saya jumpa.  Sebab tu awak dihantar jalani latihan khas dan ditugaskan ke sini.  Latihan yang awak terima bukan sekadar fizikal, malah mental dan emosi.  Kalau awak macam ni, awak dah dikira mengikut emosi,” ujar dia.
Aku ketap bibir.  Aku juga tahu aku pasti mengikut emosi biarpun tidak banyak.  Tapi, perlu aku akui, terselit juga rasa marah dalam diri. 
“Saya nampak awak sekarang sedikit mengikut emosi.  Kenapa?  Ada masalah?”  soal dia prihatin.
Kepala aku menunduk sedikit.  Rasa segan tiba-tiba.  Tapi tak lama, aku kembali memanggung pandangan.
“Maaf, tuan.  Saya akui tapi kalau tuan sokong saya untuk panjangkan permohonan ni ke Unit Jenayah, saya sangat menghargainya, tuan,” pinta aku separuh merayu.
Wajah Tuan Radzi aku pandang.  Dia nampak serba-salah. 
You need rest, Naina.  Hari tu awak minta cuti, kan?  Nanti saya luluskan.  Awak balik bercuti dulu, tenangkan hati… bagi saya pertimbangkan dulu…”
“Tapi, tuan…”
“Saya luluskan cuti awak.  Lepas kes awak diculik ni, awak nampak tak bermaya.  Awak kena rehat.  Balik nanti, kita bincang lagi.  Fail ni…”  Tuan Radzi mengangkat fail tersebut dan digoyangkan sedikit.
“… saya baca dulu.  Kalau kertas kerja awak sediakan ni kuat dan bukti-bukti juga kuat, saya sendiri akan majukan pada Unit Jenayah.  Buat masa ni, awak balik rehat dulu.  Lagipun, minggu depan nama awak naik untuk latihan menembak tepat.  Awak dan Amar,” sambung Tuan Radzi membisukan kata-kata aku. 
Langsung tak mampu bertutur lagi bila kata-kata itu jelas berbentuk arahan.
Tangan aku angkat pada hujung kening. 
“Baik, tuan…”  Tabik hormat jatuh bila Tuan Radzi mengangguk.
Aku pula… terus berlalu.  Kecewa.



AMAR tenang memandu. 
“Kita pergi hospital,” cadang Amar.
Aku pandang dia sekilas.  “Kenapa nak pergi hospital?” 
“Sepatutnya hari tu you admit terus.  Tapi, you nak balik ibu pejabat.  Doktor ada pesan, minta you ke hospital semula.  Mana-mana hospital je.  You kena buat x-ray,” beritahu Amar lagi.
Bibirku menguntum senyum.  “Thanks, Amar… but no thanks.”
“Kita pergi, ya?”  Dia terus memancing.
Aku menggeleng tanpa suara.  Memandang ke kiri, melihat ke luar cermin kereta.  Laju saja Amar memandu.  Seperti juga Nine. 
Dan kenapa pulak aku nak ingat dia?  Keluhan terlepas tak sedar.  Wajah aku raup. 
“Hantar I balik terus, ya?  I nak tidurlah.  Mengantuk sungguh.” 
“Kalau macam tu, kita pergi esok-esok.  Nanti I call.  Kita singgah makan dulu, okey?” 
“I dah kenyang.”
“Makan apa?”  Nada Amar tak berpuas hati.
“Makan hati…”  Perlahan saja aku menjawab.  Aku yakin Amar tak dengar.
“Naina, you…”
“I nak tahu tentang tempat kejadian?  You all pergi ke sana ada apa-apa jejak atau bukti baru?”  soal aku memangkas suara Amar kerana aku tahu nama siapa yang mahu dia sebut. 
Wajahnya aku kerling sekilas.  Dia juga mengerling aku sebelum menukar gear Toyota Vios miliknya ini.
“I memang ke sana.  Rumah tu homestay.  Kata tuan rumah, ada seorang lelaki datang kata nak sewa untuk sehari ke dua hari.  Bayaran semua dibayar terus.  Katanya, lelaki tu nampak biasa-biasa je.  Tak ada yang mencurigakan.  Jadi, tak banyak maklumat yang kami dapat,” jelas Amar.
Aku terangguk-angguk.
“Kalau macam tu, you ada geledah rumah tu tak?”
Amar mengiyakan.
“Tapi, tak ada apa yang mampu kami kesan melainkan cap jari pada tombol pintu.  I dah hantar ke forensik dan kami kesan pemilik cap jari tu mungkin Neo atau boleh jadi juga konco-konco dia.  Pemilik tu adalah warganegara Malaysia dan I agak curiga bila…”  Amar berjeda lagi. 
Aku beralih seluruh pandangan aku pada Amar. 
“Apa yang you curigakan?” 
“Dia menetap di Bangkok.”
Sebaris ayat Amar itu telah membuatkan aku rasa kejung seluruh badan.  Kebetulankah atau Nine memang kembali ke sana hendak membalas dendam semata-mata untuk aku.
Tak sedar, lengan Amar aku pegang kebetulan pula dia sudah menghentikan keretanya di lampu isyarat yang sedang merah. 
Ada kaitan dengan Nine ke?”
“You rasa?”  Amar kembali menyoal.  Bermain tarik tali.
“Dia kenal Neo.  Neo musuh lama dia.  Boleh jadi dia balik cari Neo dekat Bangkok nak balas dendam dan membahayakan nyawa sendiri,” duga aku gundah. 
Gelisah.  Tak senang duduk. 
Amar senyum sinis.  “Itu yang you rasa?” 
Aku mengangguk.  Laju. 
“I tak rasa macam tu, Naina…”
“Habis tu?” 
Aku dapat menelah apa yang bermain dalam kepala Amar tapi sungguh tak sanggup aku hendak luahkannya dan aku yakin telahan Amar meleset sama sekali.
“You jangan cakap…”
“You pun tahu apa  yang I curigakan.  You tak kenal dia.  Dia balik ke Malaysia dengan tiket urusniaga.  Kerana syarikat dia tu salah satu penyumbang pada ekonomi Negara kita, kita berikan layanan istimewa sebagai menghargai tetamu  yang sudi bekerjasama dengan kita tapi I tak rasa dia baik, Naina.  Sejak hari pertama kejadian dekat Mont Kiara dulu, hati I memang tak sedap.  Apatah lagi dia asyik dampingi you je.  I memang curiga,” ujar Amar panjang. 
Senafas saja dia meluahkan rasa hatinya.
“I tak percaya itu hakikatnya, Amar.  I yakin Nine juga mangsa…”
Penafian aku membuatkan Amar ketawa lepas.  Bila aku pandang dia, dia berdecit lama sebelum menukar gear dan menekan pedal minyak bila lampu bertukar hijau.
“You tahu sesuatu tak, Naina?” 
Keningku hampir bertaut.  Diam.  Sabar menanti kata-kata Amar seterusnya.
“I ada baca fail-fail lama akan kes-kes yang arwah ayah you siasat.  I belek-belek dengan Sarjan Mazlan dan dari apa yang sarjan cakap, kes terakhir ayah you selesaikan adalah kes jenayah penyeludupan di sempadan dan penjenayah itu berpusat di Bangkok.” 
Bergetar bibir aku hendak mengungkap kata tapi ayat apakah yang perlu aku luahkan pada Amar.  Wajah Nine muncul lagi.  Siapa dia?  Kenapa aku jatuh suka pada dia dalam waktu sebegini singkat? 
“You dah sedia nak hadapi sebarang kemungkinan kalau Tuan Radzi izinkan you bukak balik fail arwah ayah dan umi you?” 
Pertanyaan Amar aku biar di angin lalu.  Saat ini, aku benar-benar mahu bersua dengan Nine.  Aku bimbangkan keselamatan dia.  Aku yakin, Neo musuh Tuan Benjamin dan bukan Nine.  Dek sebabkan Nine adalah orang kepercayaan Tuan Benjamin, pastilah dia menjadi mangsa.
“I tak tahu nak kata apa buat masa ni, Amar… I buntu.”
Amar lepaskan keluhan setelah nafasnya dihela dalam-dalam.  Belakang tanganku ditepuk seketika dan aku berpaling semula, membetulkan duduk dan memejamkan mata.
“You balik rehat.  Apa-apa telefon I.  Minggu depan lepas you naik dari cuti, kita ada latihan menembak tepat.  You cuti betul-betul, jangan fikir apa-apa, ya?”  pujuk Amar.
Tapi, pujukan itu sudah terlambat bila hati aku meraung hebat.
Jiwa aku tercarik luas.



AKU buka mata bila merasa ada tangan menyentuh lutut. 
“Eh, mak ngah.” 
Dia senyum.  “Berapa lama cuti?” 
“Dua tiga hari je.  Naina banyak kerja.  Ini pun bos bagi cuti lepas siasat satu kes hari tu,” jawab aku.
Mata kembali terpejam dan aku mengiring menghadap mak ngah yang baru salah melabuhkan duduk di birai katil.  Letih.  Turun saja daripada kapal terbang, aku terus kembali ke rumah mak ngah.  Tak betah untuk bercuti sendiri dalam pada kepala yang semak samun.
“Dah selesai ke kes tu?” 
Aku menggeleng tanpa memandang dia. 
“Bos dah gugurkan nama saya dari kes tu.  Dia minta saya siasat kes lain.” 
Teringat dengan kata-kata Tuan Radzi.  Pengguguran itu adalah di atas permintaan aku.  Sedangkan ianya daripada Amar.  Cemburu pada Nine atau risaukan aku, mana satu pun aku tak pasti. 
Bantal aku tarik menutup muka.  Rasa sedih tiba-tiba bila teringatkan keterlanjuran kata-kata mak ngah tempoh hari.
“Lengan lebam ni kenapa?” 
Tangan mak ngah menarik lenganku dan diusapnya lembut.  Tanpa menolak bantal dari muka, aku menjawab tenang.
“Kes penculikan tu.  Adalah berlawan dengan penculik tu…” 
Serta-merta mak ngah menarik bantal dari mukaku.  Matanya tunak merenung aku.  tajam.
“Siapa kena culik?” 
“Bukan Naina, mak ngah.  Kan dalam berita cakap, ada yang diculik.  Pasukan kami menyelamatkan mangsa dan adalah sikit lawan-lawan.  Macam dalam drama-drama polis tu.  Macam itulah…
Ada tembak-tembak tak?” 
Aku sengih pada mak ngah.  Dia risau sungguh.
“Tak ada.  Kalau kena tembak oleh Naina, memang dia kojol lah.  Sekali shoot je.”
Nafas hela mak ngah lepaskan.  Dia mengurut dada.
“Mak ngah tak nak nasib kau macam arwah ayah kau, Naina.  Kau satu-satunya amanah yang ayah dan umi kau tinggalkan buat mak ngah.  Sejujurnya, antara kau dan Suryani, mak ngah lagi sayangkan kau.  Kalau boleh, calar pun mak ngah tak nak ada pada tubuh kau tapi ni sampai lebam…”  Dia menggeleng kesal. 
Aku pantas bangkit dan memeluk bahuku. 
“Mak ngah ni kenapa?  Ayah dengan Naina lain…”
“Tapi sebab orang-orang jahat ni lah ayah dan adik mak ngah meninggal dunia!”  bentak mak ngah sedikit.
Yang pasti… di luar sedar.  Tersedar akan keterlanjuran diri berkata-kata, dia lantas bangkit berdiri. 
“Mak ngah masak kejap.”  Rautnya cuak. 
“Itulah, mak ngah tak nak bagi kau masuk polis, kau masuk jugak.  Nak ikut jejak langkah arwah ayah.  Mak ngah tak suka kau cedera Naina… tengok berita ada kes-kes berkaitan unit kau tu, mulalah mak ngah risau,” bebel dia sambil berlalu keluar daripada bilik ini.
Suaranya kedengaran sebu.
Aku pandang seluruh bilik.  Bilik arwah umi sebelum dia menikahi ayah.  Sedih mengingatkan apa yang telah terjadi.  Jika benar, rasa mahu aku robek jasad manusia itu tapi siapa? 
Kata-kata mak ngah terngiang-ngiang membuatkan semangat aku hendak membuka kembali fail kemalangan arwah ayah berkobar-kobar.  Baru hendak rebahkan badan dan menarik bantal hendak menutup muka, menahan dari sinar cahaya yang semakin terang, satu pesanan ringkas masuk.
Telefon bimbit aku capai.  Aku tekan nombornya.  Sedikit asing dengan bilangan nombor yang agak banyak dan kod +001.  Bukan dari Malaysia.  Yang pasti kod itu daripada Negara jiran. 
           

            Apa patut saya buat sekarang sbb saya terlalu rindukan awak…


Dan airmata aku… mengalir laju.  



.. bersambung

17 comments:

  1. huhu sedihnya naina.....naina + nine...

    ReplyDelete
  2. RINDU NINE JGK...(*-*)

    JGNLA JDKAN DIA WATAK ANTOGANIS...

    ReplyDelete
  3. cedihnyee.. cian naina & nine.. sama2 tersiksa dlm keterpaksaan.. tak sabat nak tau apa jd kat naina & nine

    ReplyDelete
  4. waaaa!!... sya pun rindukan awak jugak...

    ReplyDelete
  5. x sabar nak tggu sambungan citer.... makin mendebarkan....

    ReplyDelete
  6. Saya pun rindukan awak Nine!!! Hehe. :')

    ReplyDelete
  7. Omg... We all miss you too nine....

    ReplyDelete
  8. dan air mataku jua turut mengalir...sob..sob..rinduuu..

    ReplyDelete
  9. wah...jalan cerita yg mendebarkan... nine we miss u 2....

    ReplyDelete
  10. sob....sob....sob....sy pun rindukan awak jg nine.... eh blh ek mcm tu hihi...

    -hanim-

    ReplyDelete
  11. hiksss... hiksss... sedihnya :( smoga Nine bukan 'orang jahat' yang dimaksud... cepat sambung ke chapter 17 kak RM ;)

    ReplyDelete
  12. Hu hu sedihnye.naina & nine sama2 merindu.

    ReplyDelete
  13. Amar ingt nine tu neo ya?cian nyer naina

    ReplyDelete
  14. x slh amar risau kn naina cz mika x knl family tu. but naim senarnya neo tu cz dia org blk sama2 kn? sian dia org. kes ni mmg libatkn ayah naina. tula pasal yg neo tu ada libatkn dlm pmbunuhan kn? next entry plze!

    ReplyDelete
  15. wawaaaaaaaaaa......... nine i miss u too :)

    ReplyDelete