Tuesday, February 07, 2012

Bila Nak Saksi? [20]

[20]

LEPAS keluar daripada bilik, aku terus melangkah menuju ke dapur. Masa tu mama je ada di dapur. Bersendirian dan sedang mencuci pinggan di sinki.

“Assalamulaikum mama…” Aku peluk tubuh mama dari belakang.

“Waalaikummussalam…,” jawab mama lembut.

“Baru bangkit ke?”

Aku angguk di bahu mama.

“Suami awak dari pagi lagi berkebun kat belakang tu. Awak baru bangkit.” Mama menggeleng.

Aku mengerutkan wajah. Mama ni, menantu dia tu jugak dia nak sebut. Aku leraikan pelukan dan beralih ke arah dapur. Nak intai mama masak apa.

“Nak buat apa ni?” tanyaku setelah melihat mama sedang merebut biji sagu.

“Bubur jagung. Nak makan kejap lagi. Abah suruh buat.”

Aku angguk. Pagi makan bubur jagung? Biar betul abah aku ni. Bukan ke biasa kami makan petang dengan bubur-bubur segala ni.

“Apa hal nak makan pagi ni ma?” tanyaku pelik.

“Haih…” Mama menggeleng.

“Pagi apa, dah dekat pukul 10.00 dah ni.”

Aku ketawa kecil dan mengangguk. Tapi, kalau pukul 10.00 masih lagi pagi. Lain la pukul 1.00. dah jatuh tengah hari. Apalah mama ni.

“Ni nak bagi makan orang berkebun la ni ek?” tanyaku.

Mama angguk. “Orang nak datang pasang khemah jugak lepas ni,” ulas mama.

Aku terdiam. Kaku dan berdiri tegak.

“Pasang khemah buat apa?”

“Nak buat kendurilah. Kan abah dah cakap nak buat kenduri Lit dengan Usop.”

Aku tepuk dahi dan tiba-tiba pula aku gariskan senyuman jahat pada diri sendiri dan mama. Intermission! Hatiku ketawa sendiri. Mama aku dekati dan aku bersandar pada kabinet kayu bila masa ni mama sedang mengelap dapurnya.

“Mama… Lit nak cakap ni. Kali ini Lit harap sangat mama percaya cakap Lit. Lit tak pernah bohong mama, kan?” tanyaku dengan suara yang sengaja aku lunakkan. Suara sedih sebenarnya.

Mama lap tangannya dan terus memandangaku. “Macam serius je Lit ni? Apa hal pulak?”
Mama dah tak senang hati. Aku terus buat muka sedih dan merayu.

“Lit tak pernah bohong mama kan?” tanyaku sekali lagi. Mama angguk.

“Bila Lit cakap Lit tak pernah kahwin dengan Usop tu, mama percaya tak?”
Mama menggeleng.

“Lit tak pernah tahu Lit kahwin dengan dia, macam mana kami kahwin, bila… memang Lit tak tahu. Usop tu bergurau je, ma. Dia saja nak balas dendam sebab Lit kacau dia dating hari tu. Sungguh ni, ma. Lit tak tahu bila Lit kahwin dengan dia. Surat nikah tu entah betul entah tipu,” luahku serius.

Mama nampak termenung lama. Dia menatap bening mataku yang sudah berkaca-kaca. Sebenarnya aku sedih bila mengingatkan aku kahwin tak ada kenduri. Memang koboi sungguh. Ni baru abah nak buat kenduri buat apa? Dah sah, tak payah kenduri dah.

“Sayang…” Mama pegang pipiku.

“Mama tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, Lit percayalah yang Lit dah kahwin dengan Usop tu. Mama yakin surat nikah tu betul,” ucap mama.

“Ya Tuhan, mama tak percayakan Lit ke?” Aku mengeluh.

“Bukan mama tak percaya tapi kalau tak kahwin, tak kan Usop berani masuk bilik Lit macam tu je. Dan Lit pun berani je ikut dia ke rumah sewa dia. Macam mana nak cakap Lit tak kahwin lagi?” soal mama padaku.

Aku diam seketika. Rasanya aku nak berterus terang je dengan mama tapi entahlah. Rasa macam tak puas hati je kalau mereka dapat tahu yang aku dah tahu pasal semua ni.

“Tak apalah kalau kata mama tak percaya. Biar je Usop tu buat apa-apa pada Lit lepas tu dia tinggal je Lit sorang-sorang. Biar semua orang menyesal nanti kalau betul Usop tu usik Lit!” tekanku lalu aku berlalu ke luar rumah.

Huh, tak jadi jugak nak hasut mama. Aku berpaling seketika dan aku perasaan mama tersenyum di hujung bibir tapi dia tetap mengesat juring matanya. Mama menangis la pulak!

Aku terus berlalu ke kebun abah. Masa ni abah tak ada. Yang ada hanyalah suami dan abang aku. Abah masa ni mestilah melayan surat khabar. Bila lihat Usop berpeluh seluruh tubuh, jatuh lagi rasa kasihku padanya. Nak zahirkan tapi tak sampai masa lagi. Aku nak dia mengaku dulu dan ceritakan segalanya pada aku dan aku pun nak tahu, apa yang dia nak aku mengaku.

“Ehem… ehem…” Aku terbatuk kecil.

Abang Jeff gamam dari terus menggali lubang. Aku tengok dia macam nak tanam pokok cili je. Dia berpaling dan Usop juga.

“Sayang lena balik ke?” tanya Usop sambil terus menekan tanah di sekeliling anak pokok pisang tu.

“Tak pun… mandi lama sikit. Cuci karat sebab orang tu sentuh kulit saya ni,” selaku dengan nada yang mendatar.

Abang Jeff terbatuk kecil dan dia terus mendongak ke langit. Dia letak cangkul kecil itu dan terus menapak ke belakang.

“Ya, yang… abang datang ni.” Dan-dan tu je dia menyahut.

Entah siapa panggil aku pun tak tahu. Tahu takut. Aku lipat dia karang, baru dia tahu. Tapi, tak apa. Tak sampai masa lagi aku nak mengamuk ni.

“Benci abang!” Aku mencebik pada dia dan dia terus berlalu melepasiku.

“Tak baik benci orang sayang,” tegur Usop.

“Eleh, dia tu tak malu tak pakai baju!”

Usop tegakkan badan dia. Ada pulak dia tak pakai baju. Memang tak malu.

“Abang pakai tadi, dah baju putih. Kotorlah nanti. Abang buka lah. Apa masalahnya. Abang jaga aurat apa.” Dia angkat sikit seluar dia menutup sampai atas pusat.

“Tadi nampak pusat,” selaku cepat-cepat.

Dia angkat tangan dan menayang tubuhnya padaku. “Mana ada. Aurat lelaki antara pusat dan lutut je tau.”

“Emm, yalah. Mana beli anak pisang tu?” tanyaku.

“Tak beli. Abang ambil kat rumah budak-budak tu semalam,” jawabku lalu dia menepuk kedua belah telapak tangannya.

Dia mendekat padaku. “Abang dah ganti anak pisang abang. Sayang jangan tumbuk lagi tau. Dah geram sangat, tumbuk abang je. Jenuh nak merasa pisang sendiri kalau sayang asyik macam ni je. Kesian dekat abah,” ujarnya mengingatkanku.

“Orang tak suruh ganti pun,” selaku. Dia ketawa.

“Memang sayang tak suruh tapi abang dah janji dengan abah. Abang ni kan menepati janji.”

“Janji la sangat…” Aku leretkan kata.

“Eh betullah. Tengok… tak dapat cara baik, abang dapatkan sayang cara jahat. You are mine. Will always be,” gumamnya dekat ke telingaku.

“Memang jahat. Tahu dah awak tu jahat!” tekanku geram mengiyakan kata-katanya.

“Abang jahat pun abang sayang. Sayang tu, lagi teruk seksa batin abang macam ni.”

Eleh, aku pulak seksa batin dia sedangkan dia yang buat hidup aku huru hara.

“Emm, ikutlah jahat ke tak jahat ke. Ni, awak tahu kan abah nak buat kenduri kita?” Cepat-cepat aku alih topik.
Dia angguk.

“Jangan sampai saya tukar kenduri kahwin kita kononnya ni jadi kenduri arwah sudah.” Aku terus menyindir. Dia ketawa.

“Sayang nak cekik siapa?”

Aku jegilkan mata dan bercekak pinggang. “Awaklah!” jawabku keras.

“Sanggup jadi janda berhias?” Dia angkat kening.

“Saya boleh kahwin lain apa…”

“Eh, banyak cantik? Jangan haraplah abang bagi. Sementara abang hidup ni jangan cakap macam ni. Abang haramkan,” tekannya marah.

“Erk, nak marah kenapa? Kita bukan ada apa-apa pun. Lagipun, elok kita cakap pada keluarga saya sekarang juga sebelum abah jemput semua kawan-kawan dia. Nanti buat malu je,” ucapku.

Usop menggeleng. “Abah nak buat biarlah. Duit abang bagi apa,” jawab dia lalu dia berlalu meninggalkan baju T dia yang tergantung di atas pagar.

“Baju awak ni?!” Aku ketap bibir menahan geram. Dah dia bagi duit pulak.

“Ambillah. Baju suami sendiri tak kan tak sudi nak ambil,” jawab dia lantas dia basuh kaki dan masuk ke rumah.

Nak tak nak, aku ambil juga baju dia dan berlalu masuk juga. Masa tu mama tak ada dah kat dapur. Aku jenguk bubur jagung mama, tapi tak masak lagi. Aku terus bawa baju tu ke atas. Usop aku rasa terus ke pintu depan sebab Abang Jeff ada kat depan. Macam menanti seseorang.

Bila aku lalu bilik mama, langkahku pegun bila aku dengar esakan kecil mama. Aku tahu abah ada juga masa tu.

“Eh, mama menangis kenapa pulak?” tanyaku sendiri lalu aku dekatkan telingaku ke pintu bilik yang tidak ditutup rapat.

“Alah, Lit tak ada apa, awak pulak menangis.” Itulah ayat pertama abah menerjah gegendang telingaku.

“Dia tak tahu abahnya yang dia dah kahwin dengan Usop tu. Tadi, dia cakap pada Jun, Jun tak percaya dia bila dia cakap dia tak kahwin lagi. Jun takut dia marah kalau dia tahu nanti,” ujar mama risau.

Abah mengeluh. “Nanti dia tahulah tu…”

“Dan Jun risau dia tak boleh nak terima masa tu,” pangkas mama pula.

“Ni kita nak buat kenduri lagi. Jun kesian dekat dia, abahnya. Dahlah kita ada seorang je anak perempuan, kahwin macam tu. Dia mesti nak pakai cantik-cantik macam pengantin lain juga. Memang Usop tu pinang dia dengan elok. Bagi duit hantar berbelas ribu, mas kahwin, duit kenduri ni dia bagi tapi masa akad nikah tu, Lit tak ada. Lit terlantar dekat hospital tu, mesti dia rasa terkilan, abahnya,” ujar mama panjang lebar.

Aku terdiam sendiri. Ada air jernih yang menari-nari di tubir mataku. Rasa sedih bila mendengarkan tangisan mama yang semakin galak esakannya.

“Abang pun tak tahulah budak Usop tu nak selesaikan macam mana?” keluh abah.

“Kita cakap jelah pada Lit, abahnya. Kita cakap semuanya yang Usop dah lama kenal dia. Memang kita baru kenal Usop tu tapi Jeffry tu dah lama kenal Usop. Dia yang kenalkan Lit pada Usop. Kita cakap pada dia, kita lepas dia keluar selama ni sebab tahu Usop selalu ikut dia. Yang pasal kelas karate tu, abang dia yang atur. Jun nak cakap semua, abahnya. Tak tahan dah tengok Lit dok rasa dia bukan isteri lagi.”

Kali ini aku terkedu sendiri. Sampailah hati mama dan abah. Abang Jeff pun sama. Rupanya selama ni, mama dan abah serta abang tak pernah percayakan aku keluar sendiri. Mereka tidak pernah nak lepaskan aku andai bukan Usop ada menjagaku.

Aku tak dengar suara abah. Hanya keluhan berat semata-mata.

“Memanglah masa Usop kata nak kahwin dulu tu sebab dia yakin Lit cintakan dia juga, Jun tak setuju tapi abah setuju, Jun tak boleh nak kata apa. Wali dekat tangan abang. Jeffry pun cakap Usop tu pun baik, kerja bagus dan bertanggungjawab biarpun dia anak yatim piatu. Tapi, sebagai mak, Jun nak anak dara Jun diraikan dengan meriah. Kita bukan tak mampu. Usop pun bukan tak mampu,” ucap mama lagi.

“Kan kita dah nak buat kenduri ni…”

“Memanglah tapi Jun takut Lit tu lari hari kenduri sebab dia dok fikir dia bukan isteri Usop lagi. Jenuh masa tu nanti. Dia bukan boleh kira.” Cepat je mama menyampuk suara abah.

“Memanglah abang pun rasa kesian juga dekat Lit tu tapi itulah. Dia nak keluar sendiri tapi tiap kali keluar mesti ada hal berlaku. Ingat Usop cakap, berapa kali dia nak kena langgar kereta. Buat orang risau je. Macam tu ke kita nak biar dia hidup sendiri. Siap ada budak lelaki usik lagi. Ni ada Usop sudi jaga amanah kita tu, abang rasa lega sikit. Usop dah buktikan yang dia sungguh-sungguh nak Lit sampai dia sanggup buat macam ni. Cumanya, abang tak tahu dia nak selesaikan macam mana. Kita cakap boleh, tapi macam mana nanti Lit nak layan Usop tu. Tiap-tiap hari menjerit dengan Usop tu. Punyalah takut tapi abang tengok, ikut je Usop tu cakap apa. Entah-entah dia tahu tak mama yang dia tu dah sah dengan Usop tu?” tanya abah nakal.

Mama ketawa dalam tangisan. “Itulah. Berani pulak ikut mandi rumah sewa Usop. Boleh jadi jugaklah. Kalau tak, mesti dia dah karate lelaki masuk bilik dia tu,” balas mama bersama tawa kecil.

Aku baru nak sedih-sedih ni, mama dan abah buat lawak pulak. Terus tak jadi nak sedih. Aku kesat tubir mataku dengan hujung jari. Memang rasa nak marah, tapi bila dengar kerisauan mama dan abah padaku, aku rasa bersalah sangat sebab tak pandai nak bawa diri sendiri.

Betul kata Usop selama ni, aku jalan pun tak reti nak jaga stereng sendiri. Berapa kali dah nak kena langgar bila bersama dia. Kena usik dengan budak-budak lelaki tak payah cakaplah. Aku tahu mereka sayangkan aku tapi aku geram dengan suami aku ni. Payah sangat ke nak mengaku. Kan senang boleh hidup macam orang lain.

Sebut pasal kenduri pulak, rasa terharu mendengarkan mama cakap nak buat kenduri besar-besaran. Itupun duit Usop. Kaya betul. Mana duit dia dapat. Kerja apa dia tu, ya? Nak tanya abang? Rasa macam tak dapat jawapan je sebab sekarang ni dia banyak mengelak aku.

“Mengendap mama eh,” tegur satu suara membuatkan aku tersentak sendiri.

Aku berpaling dan ternyata Kak Shima sedang tersengih dengan jari telunjuk yang digoyang-goyang. Dia ni, tak nak bagi aku hidup lama sungguh.

“Terkejut aku, Shi!” marahku lalu aku tarik dia ke bilik.

“Aku dah dengar semuanya. Dan tahu dah Usop tu siapa, macam mana dia kenal aku dan siapa dia pada Abang Jeff,” luahku setelah aku kunci pintu.

Kak Shima terkejut. “Sungguh ke?”

Aku angguk. “Tak sangka, kan macam ni sudahnya aku akhiri zaman bujang aku?” Aku menggeleng sedih.
Kak Shima memaut aku ke dalam pelukannya.

“Aku yakin semuanya akan okey. Jangan risau. Mungkin cara nikah kau unik sangat tapi aku yakin Usop tu memang sukakan kau. Kalau tak, tak mungkin dia sanggup tunggu kau habis belajar, ikut je kalau kau keluar sendiri. Jaga kau betul-betul dan pinang kau dengan cara baik walaupun kau tak tahu dia dah nikahi kau,” pujuk Kak Shima.

“Macam mana nak okey kalau dia sendiri tak nak terus terang? Aku terima kalau niat abah dan mama serta abang tu macam tu tapi Usop tu kenapa nak sorok dari aku?”

“Emm, senang je. Sekali kau cakap kau cintakan dia, aku yakin semua ini okey,” ujar Kak Shima.

“Aku cintakan dia?” tanyaku kembali. Dia angguk.

“Kau cintakan dia, kan?”

Aku menggeleng. “Entah. Macam mana cinta tu?” Aku garu kepala yang dibelit selendang.

“Kau belajarlah dengan Usop. Cakap sekali je pada dia yang kau cinta dia, dan perkara ini akan selesai. Percayalah cakap aku. Kan kau tak pernah cakap kau cinta dia biarpun dia dah berkali-kali akuinya, kan?”

Huh, kakak ipar aku ni memang MSU la. Matang seiring usia tapi aku sebaya dia kenapa kurang matang pulak?
Aku angguk terpaksa. “Tengoklah macam mana,” selaku malas lalu aku berlalu ke pintu bila aku dengar ketukan pada pintu.

Tarik je daun pintu, wajah Usop tersembul dengan senyuman.

“Baju abang tadi mana?” tanya dia.

Aku tidak menjawab sebaliknya aku lebarkan daun pintu dan terus saja Kak Shima berlalu keluar.

“Masaklah kau, Sop….,” gumam Kak Shima pada dia dan dia tenang saja tersenyum tanpa mengetahui maksud tersirat Kak Shima tu. Memang aku akan masak dia sampai empuk.

“Tu, atas katil. Ambillah sendiri. Saya nak keluar. Lagipun ini dah jadi bilik awak. Nantilah saya punggah barang saya pindah bilik tetamu kat bawah,” ucapku lemah lantas aku hendak berlalu sebelum Usop tarik aku dan dia rapatkan pintu.

“Saya tak reti dengan awak ni. Kita tak kahwin lagi. Semua ni lakonan tapi awak ni terlalu berani buat saya macam ni, kan? Tebal sangat ke dendam awak tu pada saya lepas saya kacau awak dengan Shila tempoh hari, hah?” tanyaku tanpa nada.

Usop senyum. “Kita sah apa,” ucapnya romantis.

“Buktikan,” pintaku.

“Nak bukti macam mana? Surat nikah ada, kenduri dah nak buat. Hantaran, mas kahwin semua ada. Sayang cakap nak bukti macam mana?”

“Banyak sangat!” Aku depangkan tanganku.

“Mula-mula bagitahu dulu macam mana kita boleh kahwin sedangkan saya tak tahu?” Sengaja aku tanya soalan tu biarpun aku dah tahu jawapannya.

“Penting ke? Bagi abang yang penting sekarang, kita sah. Kan abang dah banyak kali cakap, abang tak masuk bilik anak dara orang suka-suka hati je kalau tak ada ikatan?” Dia menjawab bersama kening yang terangkat.

Aku garu kepalaku sekuat hati. “Ikut sukalah!”

“Atau sayang nak buktikan kat sana?” Dia juihkan bibirnya ke arah katil.
Eii… dia ni. Gatal sungguh. “Jangan harap!” tekanku lalu aku terus saja menapak keluar meninggalkan dia yang mengeluh kecil padaku.

“Bila nak saksi, sayang nak datang menyerah ni?” Sempat lagi soalan itu menyapa peluput telingaku sebelum aku rapatkan pintu.

***

MALAM tu, lepas membawa makanan pada Kak Shima, aku terus masuk ke bilik bila yang lain masih belum pulang dari masjid. Aku angkat bantal dan selimutku dan pakaian untuk turun ke bilik tetamu.

Tak sudi nak kongsi bilik dengan Usop. Bukan tak hormat tapi aku memang geram dia dia. Nak saksi, bila aku datang menyerah? Memang mimpi jelah dia tu.

Penat turun naik, aku akhirnya dah nak angkut beg terakhir. Sungguh ni macam nak pindah rumah. Dah siap semuanya, aku terus rebahkan tubuh di atas tilam ni. Lega sikit. Aku kunci pintu siap-siap tak nak bagi sesiapa masuk.

Tak lama kemudian, aku dengar suara masuk ke rumah dan aku buka pintu sikit, ternyata mereka dah balik. Usop terus panjat tangga naik ke atas. Abang pun. Mama terus ke dapur dan abah duduk menonton televisyen.

“Mama….” Aku dengar suara Usop melaung memanggil mama kuat.

“Apa pulak Sop?” Kuat je mama bertanya keluar dengan senduk di tangan.

“Lit lari ma. Habis pakaian dia, tak ada dalam almari dah. Ya Allah, apa Usop buat ni.” Usop mengeluh berat.
Mama mengucap panjang. Abah pun sama.

“Hah, Lit lari? Kau biar betul?” Berdentum suara abang aku pulak.

“Lit pergi mana? Abang pergilah cari cepat nanti jadi apa-apa dekat dia, Shima risau ni…” Aku dengar pulak suara kak iparku.

Aku tekup mulut dan ketawa sendiri. Nasib baik siap padam lampu. Nak tengok drama sebabak mereka ni. Biar aku pulak jadi pengarah.

“Sabarlah, yang. Nanti kita tengok dia pergi mana,” pujuk abang aku pada isterinya.

Aku dengar suara Kak Shima dan menangis. Mama pun. Abah gosok kepala berkilat dia dan Usop? Aku lebarkan sikit pintu dan mengintai ke tangga. Terus keruh muka tu.

“Mana dia biasa pergi, ya?” Aku tahu dia tanya tu lebih untuk diri dia sendiri.

“Ni mesti dia takut kau apa-apakan dia, Sop. Kau cakap jelah semua pada dia, Sop. Kesian dah dekat Lit tu,” ujar Kak Shima kuat.

“Kan aku dah cakap Sop, adik aku tu lain sikit. Dia nak pergi mana sebab dia tak pernah keluar sendiri. Dia keluar sendiri pun, dia tak tahu kau ikut dia selama ni. Lepas tu kau banyak bersama dia, kan? Masak macam ni.” Abang Jeff pula menambah.

Usop mengeluh. Dia pantas berlari ke dalam bilik dan turun semula mengheret Abang Jeff sama.

“JOmlah kita cari. Kalau jadi apa-apa pada dia, aku tak akan maafkan diri aku selamanya dan aku tak akan kahwin lain sampai bila-bila,” ujarnya lantas dia mendekat pada abah dan mama.

Jemari mama dipaut. “Maaf, ma sebab bawa masalah dalam keluarga ni,” ucap dia dan mama mengangguk bersama airmata yang mengalir.

Eleh… kenakan aku tak apa. Aku kenakan dia sekali, sampai buat drama airmata belaka. Ini aku lemah ni. Dah mama menangis, Kak Shima melalak, aku terpaksalah munculkan diri.

“Emm…” Aku buat-buat menggeliat dan memisat mataku.

“Apa kecoh-kecoh ni?” tanyaku konon-konon tak tahu dan baru bangkit dari lena.

Mama menerpa ke arahku. “Lit buat apa dalam bilik tamu tu?”

“Lit terlena kat situ, kenapa?” Aku memisat lagi mataku. Dalam hati nak je aku bahankan mereka semua.

“Ya Allah, abang ingat sayang lari dari rumah dah tadi sebab benci abang. Abang cinta sayang. Abang tak nak hilang sayang,” ucapnya bernada gusar.

Sedang elok je mama lepaskan tubuhku, Usop terus memaut aku ke dalam pelukannya membuatkan hentakan pada dadaku semakin kuat menghentak dada. Apa nak buat ni?

***

LEPAS siapkan pakaian kerja Usop, aku terus turun ke bilik tamu nak bersiap. Lepas kejadian hari tu, Usop kembali punggah barang-barang aku masuk semula ke dalam bilik kami. Payah betullah suami aku tu. Semua nak ikut dia je. Cuma, bila orang dah lena, aku merayap keluarlah tidur dalam bilik tamu. Usop senyum je tiap kali aku seret bantal.
Hari ini aku nak pergi lapor diri. Pertama kali nak kerja rasa seronok sangat. Setidak-tidaknya aku lepas dari memikirkan Usop ni. Jauh la sikit dari dia. Kalau tak, asyik dia je aku kena fikir. Nanti dah boleh fikir pasal kerja pulak.

Usop nak hantar tapi aku memang tak nak. Nak memandu tak pandai, jadi jalan selamat, naik teksi. Abang Jeff pun nak cepat hari ni. Ada mesyuarat dengan perunding katanya.

Sampai di tempatnya, aku rasa menggeletar la pulak kaki nak masuk ke dalam pejabat YUTA ni.

“Yusoff Taiyoob…” Aku sebut macam dalam iklan tu dan kemudian aku ketawa sendiri.

Nak tak nak kena masuk. Ini kerja pertama aku. Cari pengalaman sikit lepas tu sambung belajar lagi. Gaji pertama nanti nak ajak keluarga makan dekat luar. Kat mana tu? Nanti fikir sebab ni baru hari pertama.

Aku tolak daun pintu dan sedang elok ada je yang menyambut. Seorang perempuan juga. Manis bertudung. Sopan je.

“Assalamualaikum, cik.” Aku menyapa dengan salam.

“Waalaikummussalam… cik nak lapor diri ke?” tanya dia.

Aku angguk. “Macam mana tahu?”

“Sebab kami memang menanti kedatangan cik. Memandangkan kami syarikat baru bermula, jadi kami baru ada seorang Interior Design je,” beritahuku.

“Oh…” Aku angguk.

“Tapi, design semua siapa yang buat? Tak kan bos kot?” tebakku bersama senyuman.

Bila gadis ini mengangguk, aku matikan senyuman. Erk, boleh pulak?!

“Emm, tak apalah. Saya dah sedia nak lapor diri ni,” ujarku lembut tapi penuh semangat.

“Cantik puan hari ni,” puji gadis manis ni padaku. Tiba-tiba je panggil aku puan padahal dalam resume tu aku rasa aku tulis bujang. Err, entahlah. Ikut dialah.

Aku tilik penampilanku. Biasa je. Pakai baju kurung dari jenis kain kapas tanah hitam dan bunga-bunga kecil warna merah jambu. Yang penting, selendang warna merah jambu yang aku pinjam daripada Kak Shima semalam.

Kan dah janji, tak nak buka dah sekali aku letak hari tu. Janji mesti kota. Lagipun, maruah aku perlu dijaga. Aurat juga perlu dijaga. Hanya untuk suami aku yang suka buat sakit kepala tu.

“Terima kasih,” ucapku malu-malu.

“Silakan…” Dia mempersilakanku menapak ke depan menuju ke sebuah bilik.

Pintu bilik ni kosong je. Tak ada nama. Masa aku pergi ke pejabat Abang Jeff dulu, ada je terpampang nama Jeffry bin Johari, Arkitek Landskap kat pintu tapi ni kosong. Aku pandang sekeliling, juga kosong. Emm, banyak kena make-up ni nanti, bisik hatiku sendiri.

Payah betul kalau orang belajar hiasan dalaman ni, ada je aku terbayang nak buat deco-deco ni.

“Silakan puan…” Dia menolak pintu bilik bos tu dan bila aku melihat ke arah bos yang sedang elok duduk di kerusi dengan kesibukan kertas-kertas lukisan tu, fail di tanganku terjatuh ke lantai.

“Sayang duduk dulu… Abang nak keluar kejap ni. Ada mesyuarat dengan Jeff. Tengah cari drawing ni. Mana entah pergi?”

Selamba je dia cakap macam tu pada aku. Aku ni isteri dan pekerja dia rupanya? YUTA? Yusuff Jelita ke? Aduhai, padanlah abang aku cakap macam tu hari tu. Memang aku temuduga tempat yang menanti kedatangan aku dan perempuan yang aku jumpa masa temuduga aku hari tu adalah penghuni rumah anak-anak yatim yang tegur aku masa tu.

Memang dia. Orang yang sama. Tak salah lagi. Patutlah dia ada di sana dan ini bukan kebetulan tapi perancangan rapi. Aduhai… banyaknya rahsia suami aku ni.

“Err, ni syarikat awak ke?” tanyaku.

Dia memandangku sekilas dan terus pula ke arah lukisannya itu.

“Ni syarikat kita,” jawab dua dan dia terus menggulung beberapa buah lukisan dan terus digapai beg bimbitnya lalu dia menapak ke arahku.

“Maaf sangat, sayang. Abang tak dapat nak entertain sayang hari pertama sayang masuk ni. Nanti Zarita sediakan keperluan sayang.”

“Zarita?” tanyaku.

Dia angguk. “Salah seorang adik abang kat rumah anak yatim tu. Sayang pernah interview dengan dia dan pernah jumpa dia dekat rumah anak yatim minggu sudah, kan?” Dia jungkit kening.

Sah memang dia bagi tahu Usop aku ke sana Jumaat lepas tu. Aduhai, tak boleh nak menyorok langsung.

“Tapi ni memang syarikat awak ke? Maknanya awak atur semua ni? Awak dengan abang saya?” tanyaku bertubi-tubi.

“Abang jawab nanti boleh tak. Jeff dah tunggu tu nak jumpa client. Nanti abang balik tengah hari, abang belanja makan. Kita sembang panjang!” ucapnya lalu dia mengucup pipiku sekali.

Tak sempat nak elak dan dia terus berlalu keluar.

“Ita, nanti tunjuk tempat kakak, ya? Abang keluar kejap.” Usop bersuara dan bila aku berpaling, perempuan itu sedang tersenyum simpul padaku.

Aduhai, mesti dia nampak Usop kucup pipi aku tadi dan aku tersengih jelah tahan malu.

Emm, ingatkan dah kerja ni lepas dari fikirkan dia tapi tidak. Makin aku keluar daripada rumah, semakin dekat aku dengan dia. Inilah yang dikatakan, jodoh ini dari syurga. Indahnya boleh memadamkan api marah dalam diri. Langsung bertukar sayang dan menjadi cinta biarpun masih belum aku ungkapkan. Lit cinta abang!

~~~> bersambung

Cik Penulis : Syukur masih sempat up bab20..esok dan seterusnya mungkin akan lambat sikit update... layan, komen dan maaf atas kekurangan

28 comments:

  1. haha..tak tau nk komen ape...
    yg penting best!!

    ReplyDelete
  2. terbaik la kak rehan, saya boleh terima kenapa keluarga lit terutamanya abah kawinkan dia dgn usop..sbb diorg sayang sangat dgn jelita tu, sekurangnya ada usop boleh jg lit sekarang ni kan.

    usop pula nk tunggu lit ucap sayang baru n pecah semua rahsia..dua2 degil taknak mengalah, tunggula mcm mana usop nk settle semua kekusutan ni..

    sekarang BNS dan usop nak naik jd ranking pertama, TK dan abang ilhamku dah turun tahta..hahaha

    -lol-

    ReplyDelete
  3. tapi ayat jodoh dari syurga ni mmg sesuwei sgt

    ReplyDelete
  4. hahahhahaaahhahhahhaha....Jelita & Usop.....mmg lawak

    ReplyDelete
  5. arghh..jelita terkena lg...sabar je lah...

    ReplyDelete
  6. tersangat laaa comell.
    lit, lain kali buat drama sebabak bia la lama sikit. hahahaha
    congrates kak :)

    ReplyDelete
  7. hahaaaa....menang best!!...seronok baca cite ni.

    ReplyDelete
  8. makin menarik kak...kak, buatlah jelita tu ckp dia syg kt usop..lama lg ke??

    ReplyDelete
  9. best sgt Rehan....suka usop....

    ReplyDelete
  10. romantiknya!! bahagianya jelita. jelesnya kak rehan... semakin menarik..

    ReplyDelete
  11. jgn update lambat2 ye Rehan...x sabar nak tggu dah ni hehe..

    ReplyDelete
  12. semakin menarik... lit cepat2 lah gtau syg pd usop... dah tangkap cintan kt usop tp x nk gtau... usop pun 1, nape lah x nk berterus terang lg... kak cepat2 lah smbung...

    ReplyDelete
  13. hi Rehan, saya br marathon smua bab BNS ni, mmber cter ka best. mmg best telamapu. nape nxt n3 lambt plak?

    ReplyDelete
  14. guys..saya akan bz bulan ni..sungguh ni tak bohong..bos nak bersara awal..byk hal nk setel..kena stel bulan ni jgk..thanks pada sudi singgah n komen..mana yg buruk kita rawat next bab ek..nnt sy try curik masa update.. syg anda semua..terima kasih sekali lagi sudi singgah blog sy..maaf tak dpt nk reply sgt..tp sy baca komen anda dgn persaan terharu...doakan sy ek..luv u..

    ReplyDelete
  15. sgt menarik n3 ni, kelakar x hengat time lit sembunyi dlm bilik tamu. kli ni usop tkena la pulak. mujur lit x buat jahat biar usop n jeff keluar cari dia. naya ja padahal org di cari dok dlm umah. mmg terbaik dr ladang la karya cik penulis ni. x pernah jemu bc n x boleh bhenti senyum hehehe. selamat bekerja Lit eh silap Rehan hehehe- kak zaiton

    ReplyDelete
  16. boleh rasa apa yg lit rasa. marah, kecewa, sakit hati dan sayang. semuanya bercampur-baur.

    ReplyDelete
  17. Amat berpuashati dengan n3 ni...Kan dah kata bab ni mesti melotup punyo... Actually malas nak rewind selalu ayat ni tapi dah memang bestkan citer kenalah ngaku gak...Macam Jelitalah akhirnya dah ngaku cintakan Usop biarpun dalam hati ni... Tak sabar nak tunggu Jelita confess kat Usop...

    Keep on writing Rehan, take ur time in ur own space supaya dapat ilham yang berkualiti selalu. Always right behind U. Chaiyok!!!

    -ety.s

    ReplyDelete
  18. bab ni walaupon sweet tp air mata ttp keluar~~~waaaa . . cian jelita . . hehe ..

    suke bace part jeff ala2 zizan lam kl gngster . . hehe

    ReplyDelete
  19. Ada je Lit ni buat org dalam rumah kelam kabut. Tau pun
    keluarga tersayang bimbangkan Lit ingat dh lari dari
    rumah. Tak sangka pula Lit pindah bilik je tapi ingatkan
    dh lari...kelakar je... RM cepat sambung nak tau
    cerita yg seterusnya dh tak sabar ni. Kalau boleh nak
    RM sambung tiap-tiap hari lah ye...

    ReplyDelete
  20. adeii.. lit dah boleh time usop dah..
    suka3.. patutlah ramai owg meroyan..ehhe..
    mmg best rupanya.. terbaiklah kak...
    lain sungguhd dari SAPK n TK..
    akak mmg penulis y versatil kot..hehe

    ReplyDelete
  21. romantiknya ! suka lah dgn BNS nih ! Usop dengn Jelita . . Hmm >.<

    ReplyDelete
  22. memg best sume cite RM, termasuk cerpen2 sume sy dah baca...
    syabas RM...
    semoga berjaya di bidang penulisan...
    sy akan follow up RM!

    ReplyDelete
  23. kak cptlah update..sye rindu kat lit n sop.

    ReplyDelete
  24. mmg terbaekkkkkkkkkkkk la rehan...
    yeah, kebenaran terbntang jua...
    harap lit btul2 dh boleh terima keadaan...

    ReplyDelete
  25. XPHM SGT, CERITA MELERET2, BERTERABUR SNE SNI, EJAAN BYK SLH... PSTU WTK JELITA TERLALU NAIF, CM XTAU APE2.. BUATLAH CERITA BAGUS SKIT PLOTNYE

    ReplyDelete
  26. SUMPAH SWEEEEEEEEEEEEEEEEEEEETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

    ReplyDelete
  27. Wuhoooo!!! best giler!!!!! argh.. RM,, updatelaa cepat2 skit.. x saba nk mnntikan ape yg trjadi lpas ni..

    ReplyDelete