Wednesday, June 27, 2012

Kerana Sekali Cinta SE Pt.II


S.E Pt. II

ANARESA termenung sendiri di balkoni.  Sejak semalam lepas kenduri tahlil tu, dia tak sudah-sudah termenung.  Bila mama dan abah tanya, aku sendiri pun tak tahu nak cerita apa.  Bila saja lidah ini ringan hendak bercerita, hatiku pasti tercuit.  Aku tahu Anaresa masih terfikir akan sikap kasar Auni yang mengikut sikapnya.

Balik dari menghantar ayah dan ibunya, dia tetap begitu.  Angin malam yang menerobos masuk agak garang kala ini.  Perlahan-lahan aku menghampiri dia lalu aku rangkut pinggangnya erat. 
“Eh… abang ni.  Terkejut orang,” ujarnya sedikit merungut dan seperti kebiasaannya, dia sendiri menyelak rambut panjangnya itu ke depan. 
Bagaikan memberi ruang untuk aku mencium belakang lehernya itu.  Salah satu perkara yang tak pernah aku lepas kala memeluknya. 
“Wanginya sayang,” pujiku. 
Dia diam tidak seperti biasa.  Andai kebiasaannya, andai aku mengucup belakang tengkuknya dan memujinya begitu, dia akan ketawa manja.  Aku sangkut daguku pada bahunya.  Tangan ini merayap lagi ke sekitar tubuh yang masih langsing itu.  Tiada apa yang berubah juga.  Masih sama bagai dulu.  Barangkali berubah juga seinci dua namun kasih sayangku semakin menebal berinci-inci untuknya. 
“Abang…”
“Ermm…”  Aku masih lagi menikmati haruman tubuhnya kala dia menyeru aku. 
“Kenapa Auni  jadi macam tu, ya?” 
“Macam mana?”
“Macam itulah!”  tekan dia sikit bila aku buat-buat tak tahu.
“Macam Resa dulu-dulu.  Masa Resa tendang plat kereta orang tu dulu.  Macam tu?”  soalku nakal.  Saja mengusik lagi. 
“Abang ni… bencilah!”  Dia mahu merajuk agaknya. 
Aku cepat-cepat leraikan rangkulan dan membalikkan tubuhnya mengadapku sepenuhnya.  Aku labuhkan duduk di atas bangku yang ada di balkoni dan menarik dia duduk di atas ribaanku.  Tubuh itu aku peluk sekali lagi dan dada yang dilitupi pakaian yang agak terdedah itu aku kucup lama.
“Abang sayang… macam mana?”  soalku polos. 
Lama-lama dia senyum dan mengelus belakang leherku membuatkan aku mula resah sendiri dengan layanannya. 
“Sayang… Auni tu budak-budak.  Aryan tu pun budak-budak.  Baru nak masuk lima tahun masing-masing.  Si Aina tu pun boleh tahan support adik dia.  Haih…”  Aku menggeleng tanpa sedar. 
“Ha… tahu pun abang.  Orang risau anak-anak tu berubah kasar, tau tak?  Memanglah budak-budak lagi tapi takut nanti menginjak dewasa macam tu jugak.  Macam mana?”
“Suruhlah Auni tu cari pakwe macam abang.  Boleh terima dan didik sayang jadi wanita sejati,” selaku mudah. 
Anaresa ketap bibir dan mencubit kedua belah pipiku  agak kuat hinggakan aku menyeringai sendiri.
“Sakitlah sayang…”  Aku mengaduh manja.  Dia ketawa.
“Bagi abang tak ada apalah nak risaukan sebab memang budak-budak macam tu.  Nanti dia makin besar, abang yakin dia akan berubah macam mama dia.  Janji dia menutup aurat, hormat orang tua, jaga solat, jaga diri dan maruah… itu dah terlebih cukup pada abang.  Nak didik anak perempuan tak mudah, yang.  Abang tengok macam mana mama jaga Zafrina dan abang yakin sayang juga tahu kan sebab adik beradik sayang semua perempuan.  Kak Anisara, Kak Aniraha dan Anaresa sendiri.  Betul tak?”  Aku berucap panjang lebar.  Sikit lagi aku dah boleh masuk bertanding calon Yang Berhormat.
Dia angguk.  “Kalau tak… tak kanlah ada pepatah nak bela kerbau sekandang lagi mudah dari bela anak perempuan seorang, kan?”
“Alah… pepatah tu tak boleh pakailah sayang,” bantahku sambil buat muka. 
“Dah… kenapa pulak?”
“Yalah… kerbau dengan  manusia nak samakan.  Manusia ni berakal dan kerbau tu tak.  Abang pelik juga kadang-kadang tu dengan pepatah Melayu ni.  Suka buat perumpaan manusia dengan bintang.  Haih…”  Aku mengeluh lagi.  Sengaja loyar buruk sebenarnya.  Tak ada kerja.   Panaskan hati Anaresa sikit. 
“Abang ni… ada je tak kena,” cebiknya dan aku ketawa. 
“Betul apa.  Kadang-kadang ada benar juga.  Orang-orang tua kan cakap juga, bila anak-anak macam tu tilik diri sendiri.  Ada lah tu tak kena masa kita muda-muda ke.  Kan sayang pernah macam tu.  Jadi tak peliklah kalau Auni macam tu.”  Tawa ini masih lagi tersisa.
“Mengata orang!  Nak bangunlah macam ni…”  Dia cuba bangkit tapi aku lebih erat memeluk dia. 
“Nak pergi mana?  Abang rindulah, yang.  Anak-anak dah dekat lima tahun dah kot.  Sampai masa dah kita proses anak lagi ni,” ujarku lagi polos. 
Aku lihat Anaresa telan liur sendiri bila tanganku mula menjalar ke seluruh tubuhnya.  Haruman tubuhnya dan liuk lintuk tubuhnya benar-benar menggoda kala ini.  Andai dulu, aku perlu menghormati kehendaknya.  Mahu belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya, aku puas bila dia tamatkan pelajarannya di bawah anugerah Dekan setiap semester. 
“Anak-anak mana?”  tanya dia tiba-tiba.  Lehernya dipanjangkan mengintai ke dalam bilik.
“Anak-anak tidur dengan mama abah.  Abang kata nak buat anak malam ni jadi anak-anak yang dah besar kena duduk lain dulu.”  Dengan selamba aku berkata demikian.
“Amboi mulut abang.  Tak ada insuran bercakap, kan?”
Aku angguk.  “Insuran tak ada tapi benda lain ada.”  Aku lebarkan sengihan.  Sengih jahat. 
Dia jungkit  kening.  “Apa apa?” 
Dengan pantas aku tarik kepala Anaresa dan membawa bibir kami bertaup lama.  Mata Anaresa bulat dan bila ciuman itu lepas, aku terus tersengih tak lepas. 
“Abang ada kasih sayang banyak untuk sayang ni,” ucapku membuatkan wajah Anaresa merah padam. 
Inilah yang menarik tentang dia.  Bertahun kami berkongsi segalanya, dia masih malu-malu kala aku bersikap begini. 
“Abang sayang Resa…” 
“Resa sayang abang jugak.”  Telapak tangannya mengusap pipiku lembut. 
“Tapi… Resa ada satu permintaan boleh tak?” 
Aku jongket kening.  “Apa tu?”
“Resa ingat nak kerja sebagai…”
“Ahli kimia?  Scientist?”  Cepat saja aku memangkas tapi dia pantas juga menggeleng.
“Resa ingat nak jadi suri rumah sepenuh masa untuk abang dan mama sepenuh masa juga buat anak-anak.  Abang mampu, kan?” 
Aduhai… tercuit hati lelakiku ini dengan ketulusan permohonan dia tu.  Nak tak nak, aku mengangguk sebab aku memang nak dia hanya duduk di rumah. 
“Tapi… tak sayang ke belajar payah-payah tapi nak kerja dengan abang je?” 
Dia menggeleng.  “Lagi besar pahalanya andai Resa jaga keluarga sendiri.  Didik anak-anak dengan tangan sendiri.  Layan abang… makan pakai abang Resa sediakan sepenuhnya.  Lagipun, tak nak Auni ke Aina ke jadi macam tu.  Tak suka!”  Bibirnya terjuih sedikit padaku. 
Aku senyum dan mengangguk.  “Betullah tu.  Anak-anak yang dijaga penuh oleh ibu, memang berkualiti.  Abang tak kata yang lain tak berkualiti tapi bila Allah titipkan rasa macam tu dalam hati isteri abang, abang memang bersyukur.  Tak mudah nak cari wanita macam Resa sekarang.  Cita-cita tinggi melangit.”  Aku tergelak sedikit. 
“Boleh tak?”  tanya dia sekali lagi dan aku mengangguk pantas.
“Tapi… Resa kena interview dululah.  Boleh?”  Aku angkat kening berkali-kali.
Interviewlah pulak?  Nak kena masak pan-cake lagi ke?”  tebak dia muncung. 
Aku menggeleng dan tubuh itu aku tolak agar bangkit dari ribaanku.  Lepas tu aku juga turut sama bangkit. 
Interview apanya, bang?”  tanya dia tidak sabar. 
Aku tidak menjawab sebaliknya aku terus cempung tubuhnya membuatkan dia terjerit sedikit.  Kala melepasi pintu luncur, aku tarik pintu luncur itu tertutup rapat dan langsirnya aku tarik juga. 
“Ini cara abang handle interview kalau candidate tu adalah Anaresa,” gumamku di telinganya dan Anaresa tersenyum lalu merangkul leherku rapat padanya. 

**

MELIHATKAN kelincahan dan kepetahan Auni dan Aina, aku tahu Anaresa lelah.  Kesian dia.  Mama dan abah bising juga bila Anaresa tak nak kerja.  Bimbang apa pula kata keluarganya nanti.  Belajar tinggi-tinggi tapi sudahnya hanya dok di dalam rumah. 
Mujur ayah dan ibu mertuaku memahami.  Yalah... haruslah mereka lagi kenal akan anak mereka. 
“Penat?”  tanyaku  yang baru saja melabuhkan duduk setelah balik dari kerja. 
Aku sendiri pun penat.  Sakit kepala menyengat. 
“Abang tu yang penat.  Resa dok melayan karenah budak berdua ni jelah.  Lagipun, mama dan abah ada.  Tak adalah penat sangat,” jawab dia sambil membuka stokingku. 
Bukanlah niat nak mengada terlebih tapi aku sungguh-sungguh keletihan. 
“Mama mana?”  tanyaku pada Anaresa tapi dia menjuihkan bibirnya ke belakang dan bila aku berpaling ternyata mama sedang menatang sebiji gelas jus untuk aku. 
“Mama ingat nak nikahkan Angah dengan Mie hujung bulan depan?  Boleh tak Along?”  tanya mama setelah aku sambut gelas air itu.
Soalan mama tidak berjawab.  Aku teguk sedikit jus itu.  Terasa sedar sedikit dan bila sudah separuh gelas, aku suakan pula pada Anaresa. 
“Mama tanya Along… manalah Along tahu.  Mama tanyalah Angah.  Dah cukup duit ke nak bela anak orang.  Itu je?”
“Entahlah.  Angah ni tak adalah gopoh macam Along dulu.  Tapi entah-entah sebab tak cukup duit tak?”
Aku pandang Anaresa yang menahan tawa.  Amboi mama… boleh pulak sindir aku kata aku gopoh.  Dah memang berjodoh amat kala itu.  Terima sudah.
“Mama ni… apa pulak kaitan Along dengan Angah.  Mama tanyalah dia.  Kalau kata tak cukup, Along top-up la mana-mana yang lompong tu.  Nak lama-lama buat apa.  Tunang dah setahun lebih dah.  Kahwin je mudah,” cadangku pada mama.
Malas nak fikir sangat pasal Zafrin ni.  Tak lama lagi Zafrina pulak.  Macam-macam hal dan citarasa tapi duit hampeh semua.  Akhirnya, aku juga yang akan jadi banker. 
“Mama senyum.  Elok jugak tu.  Nantilah mama tanya.  Tapi, yang Along ni lemah semacam je kenapa?”  Mata mama bulat memerhatikan aku. 
Rasa selesa menikmati urutan si isteri yang lembut memicit lenganku.  Bila teringat pada anak dara dua orang itu, mataku terbuka. 
“Aina dengan Auni mana?” 
“Keluar ke taman dengan abah.” Anaresa menjawab perlahan. 
“Naik rehatlah Along.  Nampak sangat kamu tu tak bermaya,” desak mama dan bila aku cuba bangkit, hampir terjatuh pulak.  Mujur Anaresa sempat memeluk pinggangku.
“Amboi Along… kerja kuat sangat nak tambah anak la kot sampai penat macam tu sekali,” usik mama lalu dia berlalu keluar ke laman bila kedengaran enjin kereta abah masuk ke perkarangan rumah. 
“Yang… abang dah solat Asar kat pejabat tadi.  Bagi abang lelap kejap,” pintaku pada Anaresa setelah aku labuhkan duduk di birai katil.
“Tak elok tidur masa ni.  Pergi mandi dulu,” suruhnya tapi aku hanya membatukan diri.  Malah aku rebahkan tubuh di atas tilam.  Fuh… nikmat.
Tak sedar… aku terlelap sendiri dan bila aku sedar, Anaresa sudah siap mandi.  Jam sudah menginjak ke angkat tujuh. 
“Baru nak kejut abang.  Bangkit.  Pergi mandi.  Bagi segar sikit,” ujarnya sambil menyuakan sehelai tuala bersih buatku. 
Dengan langkah malas, aku berlalu ke bilik air juga.  Setelah siap membersihkan diri, Anaresa sudah sedia ada di atas sejadah.  Menantiku berjemaah bersama.  Pantas, aku angkat takbir dan solat kami segerakan. 
Bila usai salam terakhir, dahinya kau kucup dan aku terus terbaring lesu di atas sejadah. 
“Abang…” 
“Emm…”  Kepala Anaresa yang mahu mendarat pada dada aku belai.
“Resa rasa nak makan nasi kerabulah abang.  Abang buatkan boleh?”  pinta dia tiba-tiba membuatkan mataku bulat. 
“Nasi kerabu?  Mana nak cari?  Tunggu pasar malam hari Jumaat ni jelah abang jadi kat gerai mak cik Kelantan tu,” beritahuku mudah. 
Dia menggeleng.  “Tak nak… nak abang buatkan.”
“Abang buat air pun mujur reti yang.  Yang lain memang tak reti.” 
Aku bukan memberi dalih tapi itu hakikat.  Dia sendiri pun tahu yang aku ni memang tak boleh diharap di dapur.  Kerja cepat pun  boleh  jadi lambat.
“Ala… dulu tu abang nak makan pan-cake Resa masak je untuk abang.”  Sudah.. dia mula mengungkit. 
“Tak baik ungkit.”
“Tak ungkit tapi kuih bangkit sikit je.” 
“Boleh, ya?” pinta dia sekali lagi. 
“Abang beli kat pasar malam jelah nanti.”
“Emm… kalau nak beli tak naklah yang pasar malam.  Nak yang original from Kelantan punya,” bisik dia manja.  Merayu-rayu.
Macam-macamlah.  Sudahnya aku diamkan saja dan terus aku pejam mata.  Terlelap lagi. 

**

SEHARIAN di pejabat aku muntah teruk.  Keracunan makanan mungkin sebab Sarina dan beberapa orang kawan juga begitu.  Yang lain semua ke hospital tapi aku minta balik awal.  Mahu berehat di rumah.  Salah makan lagi! 
Saat melalui Jalan Kuching, terlupa hari Selasa memang ada pasar malam di situ.  Masih awal dan orang tidaklah terlalu padat lagi.  Aku hentikan kereta dan terus menjejaki gerai nasi kerabu.  Teringat akan isteri yang merayu-rayu malam tadi. 
Setelah selesai, aku terus memandu pulang ke Taman Nakhoda.  Tiba di rumah, wajah Anaresa muncul di pintu. 
“Ada, bang?”  soal dia.
Aku mengerutkan wajah.  “Sayang ni… cuba tanya abang kenapa balik awal,” tegurku tapi dia tetap begitu.  Tersengih dan terus mengambil beg plastik itu dari tanganku. 
“Wahh… wangi.  Original ni,” ucap dia teruja. 
Tak sempat sampai di dapur, dia buka bungkusan nasi itu di tengah-tengah ruang tamu.  Kebetulan mama dan abah turun memimpin Auni dan Aina. 
“Wanginya…”  Wajah itu lebih teruja dan terus dia suapkan ke mulut. 
“Tak makan seharian Resa tunggu Along bawa balik nasi kerabu,” beritahu mama lalu dia duduk di sofa bermain dengan cucu-cucunya. 
Aku buka stoking dan tersenyum memandang Anaresa. 
“Along balik awal pulak?”  soal abah.
“Emm… muntah-muntah tadi semus orang.  Macam keracunan tapi Along okey je ni.  Ada jamuan kat pejabat tadi.  Entahlah salah makan apa,” beritahuku pada abah.
Baru hendak duduk, Anaresa merengek.
“Kenapa, yang?”  soalku risau. 
“Nasi ni…”
“Tak sedap ke?”  tanya mama tidak sabar.
Dia menggeleng.  “Ini nasi kerabu pasar malam jalan Kuching, kan?”  soal dia.
Aku angguk saja.
“Dah agak.  Padanlah tak rasa originality dia.”
“Dah tu, sayang nak abang beli kat mana?  Beli kat Kelantan sana?  Aduhai, sayang… satu hal pulak macam tu.”  Aku tepuk dahi dan Anaresa terus berlalu ke dapur. 
“Resa nak makan benda lainlah.  Tak lalu dah tengok nasi ni.” 
Bila dia menghilang di balik dinding, aku terus bangkit mendapatkan dia dalam keadaan tubuh yang masih lemah. 
Melihatkan dia yang sedang menjamu selera, pipiku kembang tiba-tiba.  Rasa nak muntah lagi. 
“Sayang makan nasi untuk berapa tahun tu?”  soalku sambil menekup mulut. 
“Untuk hari ini jelah,” jawab dia. 
“Abang nak?  Sini, Resa suapkan,”  ajak dia sambil menyuakan suapan kepadaku tapi aku, baru hendak duduk di sisinya, mual datang lagi. 
Langsung aku angkat kakiku berlalu ke sinki.  Mengeluarkan sisa makanan yang masih ada dan sudahnya aku terkulai di kaki kabinet. 
“Abang!”  Anaresa cuak. 
“Abang kenapa?” 
“Abang tak sedap perutlah, yang,” aduku dengan nafas yang tercungap-cungap. 
“La… tiap kali Resa mengandung mesti abang yang alahan, kan?”  tanya dia polos. 
Aku terdiam.  Kaku seketika. Mengandung?  Maknanya ada isi di dalam perut isteri aku ni?  Ada anak kami?  Tanda kasih kami?  Benih aku?
“Erkk… sayang…”  Suaraku padam bila mata ini tertutup.  Pitam lagi!
“Abang…”  Aku buka mata.  Ada suara manja menyeru namaku. 
“Errk… Resa.  Abang peninglah…” beritahuku pada dia. 
“Tahu… rehatlah, ya.  Kejap lagi bangkit mandi.  Asar nak habis dah ni.”
“Tadi abang dengar yang Resa…”
Dia pantas angguk.  Aduhai…padanlah dia mengada-mengada macam tu.  Aku sendiri pun lemah saja.  Padanlah aku je makin teruk sedangkan kawan-kawan pejabat lain sihat waafiat setelah ke klinik.  Rupanya, ada orang baru yang sedang menghuni perut si isteri. 
“Kenapa tak cakap?”
“Surprise,” beritahu dia tersengih.
“Suka buat abang pengsan,” rungutku.
“Resa tak buatlah.  Abang yang pengsankan diri sendiri.  Lembik!”  cemiknya. 
Aku sapa perut itu.  Terasa ada denyut nadi baru di dalamnya.  Mata Anaresa aku pandang. 
“Kalau abang lembik, tak adalah orang dalam ni,” selorohku dalam kelemahan. 
Wajah dia merah padam. 
“Padanlah nak jadi surirumah sepenuh masa.  Ada isi rupanya.”
Dia senyum pula.  “Kan dah lepas interview malam tu,” sahutnya pula dan aku ketawa. 
“Kalau tiap-tiap kali abang yang alahan, Resa nak je beranak sedozen untuk abang,” ujarnya membuatkan aku bulatkan mata dan menggeleng pantas. 
“Oh… yang.  Jangan sedozen.  Tak tahan abang macam ni.  Mahu tak ker…”  Belum sempat aku tamatkan bicara, aku paksa diriku berlari ke bilik air dan muntah lagi. 
Anaresa ketawa bila dia memapah aku kembali ke katil. 
“Tengah tahun depan kita beranak lagi, ya?”  duga dia padaku dan aku terus rebah di atas ribanya. 
“Tak lalu, yang.  Tak kerja abang macam ni,” rengekku manja dan memeluk pinggang yang masih ramping itu. 
Dia ketawa dan mengusap kepalaku seketika sebelum aku angkat wajahku menatap bening matanya. 
“Abang adalah suami yang Resa sayang.  Suami yang matang  yang banyak memberi kasih dan menerima sayang.  Ini tanda kasih abang.  Tanda cinta kita.  Tanda Allah menyayangi dan mencintai kita.”  Dia membawa telapak tanganku memegang perutnya. 
“Dan Resa adalah isteri yang akan belajar untuk memberi  yang terbaik untuk abang.  Resa tak mahu katakan cinta lagi kerana Resa pernah katakannya untuk abang.  Kerana sekali cinta…”
“Abang tetap cinta,” sahutku memangkas kata-katanya.  Ubun-ubun itu menjadi mangsa bibirku lagi. 
Seperti pernah aku katakan, dia adalah teman, kekasih dan isteri.  Dialah wanita sejati.  Dialah yang bertahta di hati.  Dialah mama pada Zara Aina dan Zara Auni.  Dialah pendidik sejati.  Dialah wanita yang bekerjaya hebat menjadi suri di hati suami.  Dialah Anaresa, seorang isteri kepada aku, Zafran bin Zaini.

**TAMAT**

Cik Penulis : Betul-betul tamat dah ni.  Siap SE untuk semua.  Happy family KSC.  ZZ & AA
bersama si comel Zara Auni & Zara Aina.  Terima kasih atas sokongan.  

52 comments:

  1. wahhhh...best2...
    alahai siannye suami yg kene alahan..
    bgs jgk 2..x pyh resa yg berpenat lelah kn..
    hehe..
    nice ending..=)

    ReplyDelete
  2. wahhh!!!bestt.. hahaha, kesian, truk btul alahan zafran..hhihih

    ReplyDelete
  3. cik rehan,bukan auni ngan auna tu da nak msk 5 thn ke?hihi.. :)
    papepon tetap terbaek!!
    *nak suami kne alahan gak*

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..salah la pulak..kahkahkah..teruknya sy..haih..timekasih atas teguran..akan dibaiki..

      Delete
  4. best...best...dan best....

    ReplyDelete
  5. best sangattttt!! saya suka cerita ni. dah bukukan ke?? kalau ada, nak beli buat koleksi dari RM.



    ila danish

    ReplyDelete
  6. Alahai Cik Penulis ~~~~~~~~> Jangan le lupa si kecil yang bakal tambah menyeri happy family KSC.. Tapi.. kenapa tak sampai Resa selamat melahirkan.. Buat apa nak juga tahu putera ke puteri lagi... ;-)

    ReplyDelete
  7. thank you Kak Rehan.. U're always the BEST!!

    ReplyDelete
  8. suka n skng baru puas hahahhahaha..
    thanks miss writer

    ReplyDelete
  9. hahahaha.. sian suami kena alahan nie.. masa akak pregnant anak yg twin tu..ayah dia yg muntah pening2 mcm nie...hahahahahaha

    ReplyDelete
  10. bestnya...thank penulis and semoga terus maju jaya

    ReplyDelete
  11. aduhai terbayang2 kematangan zafran melayan resa, tqvm RM.

    ReplyDelete
  12. bestttt...sweet jer family dorg nie...=D

    ReplyDelete
  13. hemmm...hilg rindu kt bdiorg...thanks rm...

    ReplyDelete
  14. tk RM kerana tunaikan permintaan pembaca utk SE KSC ini.
    puas hati betul ada lagi penyambungnya. best sgt RM.

    ReplyDelete
  15. bestlah semua karya akak...

    ReplyDelete
  16. terbaekkkkkkk....tapi sis, berapa sebenarnya umur auni n aina tu? 5 thn ke 3 thn?

    ReplyDelete
  17. Happy ending...#^_^
    Best sangat2...
    Memang terbaiklah sis... ;)
    -Nur Ati Za-

    ReplyDelete
  18. bestnya....untung kalo dpt suami yg mcm tu...

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. best sgt2....teringat wktu ngandung dl...mmg suami yg alahan teruk....

    ReplyDelete
  21. yeayyy sweettt! thanks penulis!

    ReplyDelete
  22. sian zaf kn? alahan truk tu. bestlah dia org ni. sweet couple kn?

    ReplyDelete
  23. Kak Rehannnnnnnn! ini sangat sweeet dan bestttt! :') terima kasih akakkkk! sweet family ever after :) teringin nak ada macam ni one day. thank you akak! good job! :D

    ReplyDelete
  24. kak rehan kembali menggila. hehe. menyengat balik dah ayat2 kak rehan. thnx 4 these n3ies!

    ReplyDelete
  25. suke sgt2...tersenyum2 bce...huhu

    ReplyDelete
  26. sweetla psngn ni...
    bhgia jak bca..

    ReplyDelete
  27. TERBAIKKK.... TAK TAHU NAK KATA LAH.... DAH HILANG KATA-KATA RASANYA ..... "KERANA SEKALI CINTA"..... BESTTTTTT....

    ReplyDelete
  28. KSC kisah cinta adam dan hawa, kisah lelaki dan perempuan, kisah suami isteri. Antara kisah cinta ulong, menerima seadanya, kisah cinta yang tidak luput biarpun pasangannya ada cela tetapi sentiasa bersedia membaiki diri.

    ReplyDelete
  29. hehehe... x menahan tang interview tuh..
    x semenggah sungguh zaf nih..

    ReplyDelete
  30. Sweet sangat.. best2.. Apa2 Pun Tq sebab ada SE pada KSC..

    ReplyDelete
  31. so sweet.hepi ending :)

    ReplyDelete
  32. Tahniah RM sweet sgt..... Rasenye bolih disambung bahagian anak2 pulak kot ha..ha..ha...tamaklh pulak kn....

    ReplyDelete
  33. RM, psr mlm jln kuching hari khamis mlm jumaat ye. bkn hr selasa. mmg ada nasi kerabu best kt sana.. hihi

    ReplyDelete
  34. salam rehan..satu lakaran yg sangat menghiburkan ..kesinambungan dari citer anaresa dengan mamat yg poyo tu..hilang rindu..kelakar juga bila mamat tu yg kena alahan bila wife dia mengandung..syabas..rehan..setiap nukilan rehan mmg terbaek..

    ReplyDelete
  35. Rehan, please bukukan juga mini novel kerana sekali cinta ni seperti ku ingin milikimu boleh?..

    ReplyDelete
  36. sudah dua mininovel adik baca n conclusionnya kak rehan memang one of the best novelist!!!
    smoga akak rehan always success keyh!! ^__^

    ReplyDelete
  37. Memang cun KSC, secantik tuan tanah nie......hehehe

    ReplyDelete