Tuesday, July 31, 2012

Kerana Sekali Cinta (SE3-End)


S.E (Pt. 3 - End)

HARI berlalu. Zafrin dan Haqmi juga dah selamat diijabkabulkan.  Bertuah adik aku tu bila Haqmi ternyata memilih hendak belajar dalam Malaysia saja setelah Zafrin juga menolak tawaran hendak ke Jerman dulu.  Sekarang ni elok saja dah berdua.  Huh, lega biarpun aku hampir kopak bila Zafrin  minta aku sponsor majlis dia sikit.  Kini, hanya tinggal Dr. Zafrina saja yang belum selesai. 
Rasanya perut Anaresa semakin membulat. Aktif juga tak ingat. Ligat macam lipas kudung. Sihat waafiat itu yang membuatkan aku bersyukur sangat. Hanya aku yang terkulai layu. Lemah. 
“Abang… makanlah sikit. Sedap Resa buat pan-cake ni, bang,” pujuk dia bila aku menggeleng tak sudi nak lihat pun makanan dia tu. Bukan apa, aku memang naik mual dengan makanan. 
“Abang tak naklah, yang. Resa pergilah makan dengan Auni dan Aina tu,” suruhku bila terdengar riuh rendah suara Auni dan Aina bergelak ketawa dengan Zafrin dan Zafrina serta mama dan abah. 
Aku palingkan tubuh ke arah lain. Bantal peluk aku paut dan aku kepit dengan kaki. Teady bear pemberian Anaresa dulu aku bawa ke muka. Aku tekup muka malas nak pandang Anaresa. Merajuk!
“Abang… abang banyak hari dah tak makan. Bila nak sihat ni?” Dia masih lagi tidak berpuas hati dengan aku rupanya. Bahu ini dia goncang berkali-kali. 
“Yang…” Aku berpaling sedikit dan menjeling dia tajam.
“Abang nak rehat kejap. Tak lalu nak makan. Nanti makan muntah jugak. Sayanglah makan untuk abang.”
“Boleh pulak macam tu? Kalau Resa makan Resa yang kenyang.”
“Emm…” Itu saja yang aku jawab. 
“Makanlah sikit, bang,” pujuk dia lagi. Dia rapatkan tubuhnya pada belakang aku. 
Dapat aku rasakan perut besar itu dan ada denyutan di dalamnya membuatkan aku tersenyum sendiri. Anak papa! Aku berbicara sendiri. Tapi, tak tahu kenapa, Anaresa tidak mahu kami meneka jantina anak kali ini. Aku hanya mampu menurut kerana ini semua adalah rezeki. 
“Makan, ya?” pujuk dia terus. 
Aku menggeleng dan terus menekup mukaku sekali lagi. Haruman tubuh Anaresa bukan lagi satu haruman buat aku. Rasa pening setiap kali aku terbau. Andai dulu tergoda, tapi hari ini aku seksa. Bergelodak isi perut.
“Yang… awak pergilah turun. Bagi abang rehat kejap. Pan-cake tu tinggal ja situ.
Nanti abang makan,” beritahuku.
Dia merengus dan menjauhkan tubuhnya dari aku. “Abang ni… penat Resa masak.
Tak nak makan. Resa makan nanti baru tahu,” ugutnya. 
“Emm… makanlah yang kalau lalu sangat. Abang tidur kejap,” ujarku. 
Penat setelah ulang alik ke bilik air.  Makan sikit keluar banyak. Waktu ni nak hadap muka Anaresa pun aku takut. Macam-macam hal. 
“Emm… Resa turun dulu. Kesian abang. Kalau macam ni, tahun depan mengandung lagi pun Resa nak,” usik dia dengan suara yang mendatar dan dia mengucup belakang kepala aku seketika sebelum berlalu dengan tawa halus. 
Aku kalih pada dia. Apalah isteri aku ni. Suami sakit, dia boleh main-mainkan. Kali ini agak teruk alahan. Tujuh bulan sudah tapi aku masih begini. 
Huh… mujur aku sayang dia dan bila aku ingatkan denyutan jantung si kecil di dalam perut si isteri, aku senyum selebar mungkin dan terus memejamkan mata. Tak sabar menanti hari tu. 
Bila aku buka mata, perut terasa lapar tiba-tiba. Rasa nak makan. Rasa berselera demi keluarga yang bahagia ni. Aku angkat tubuh dan bila aku tengok pada pinggan yang kononnya ada pan-cake tadi, ternyata kosong. 
“Yang!!!” Aku melaung nama Anaresa. 
Tak lama kemudian, dia muncul tapi perut dulu nampak. Macam nak meletup perut Anaresa aku tengok. Menakutkan sungguh. Setelah itu, muncul pula wajah abah dan mama serta Auni dan Aina berlari ke arahku.
“Apanya, Along? Menjerit kemain?” tanya mama macam marah. 
“Hah? Apanya Zafran?” soal abah pula. Bila dia sebut nama aku tu, dia memang tak puas hati.
“Berlari isteri kamu ni naik. Sakit ke?” tokok abah lagi. 
“Mana pan-cake tadi?” tanya aku sedikit kecewa. 
Dia sengih dan menggaru kepalanya yang dibaluti tudung. Dia pegang perutnya dan mengusapnya lembut. 
“Resa makan dah,” jawab dia polos. 
Aku tepuk dahi. Keluhan berat aku lepaskan.
“Kenapa sayang makan?”
“La… abang suruh makan.”
“Kan sayang kata nak letak situ. Abang pun dah cakap nanti abang makan,” rungutku tak puas hati. 
“Alaa… masak jelah lain,” cadang mama tapi aku tak mampu nak terima.
“Along nak yang tadi jugak. Kenapa sayang makan?” 
“Nanti sejuk. Buatnya abang tak makan, dah membazir. Lagipun, bukan Resa nak makan. Anak abang nak makan…,” ujarnya selamba lantas dia berlalu keluar. 
Mama dan abah gelak. Auni dan Aina juga. Hanya aku yang rasa nak meraung.  Dia memang keanak-anakkan sejak mengandung kali ketiga ni.  Dahlah semakin bulat tubuhnya.  Pipinya semakin tembam.  Lain macam kandungan dia kali ni.  Menakutkan bila aku lihat perutnya itu bagaikan hendak meletup.
Sudahnya, aku kembali merebahkan tubuh tanpa mempedulikan mama dan abah lagi.  Biarlah mereka heret Auni dan Aina turun. 
“Marilah, Auni… Aina.”  Aku dengar mama mengajak anak-anak aku turun. 
“Tinggal papa kamu merajuk tu.  Kesian dia kena alahan,” tokok abah pula dan mereka terus ketawa. 
Aku ketap gigi.  Tapi dalam hati ada taman.  Sungguh aku bersyukur bila Allah berikan rasa ini pada aku.  Membuatkan aku lebih mahu menghargai seorang ibu.  Mama dan Anaresa.  Bersyukur juga bila Anaresa tidak sekali pun bersuara mahu tinggal sendiri.  Dia selesa di sisi bertemankan kami sekeluarga. 


PETANG itu, aku saja mengambil angin duduk bersantai di laman.  Memerhatikan Zara Auni dan Zara Aina sedang bermain kala mama, Zafrina dan Haqmi menjerit serentak memanggil aku dengan pelbagai gelaran.  Zafran, along dan Abang Zaf. 
Aku pantas mendongak ke arah beranda bilik aku.  Emm… entah apa mereka buat dalam bilik aku tu, aku pun tak tahu.  Menemani Anaresa mungkin.
“Kenapa?”  Aku bertanya agak kuat.
“Anaresa jatuh.  Tumpah darah dah ni!”  jerit mama kalut. 
Bagaikan terkena renjatan elektrik, aku pantas angkat tubuh.  Baru hendak melangkah beberapa tapak, Zafrin baru saja masuk ke porch dan memarkirkan Alza milik abah. 
“Rin, bawa Aina dan Auni masuk rumah.  Kak Long jatuh, tumpah darah!”  arahku pada Zafrin dan dia dengan wajah buat-buat suci mengangguk saja.  Nampak terkedu.
Aku terus berlari naik ke atas dan bila aku sampai di bilik, sungguh bagai dikata.  Anaresa sedang menangis kuat.  Perutnya dipegang tak lepas dan ada darah yang mengalir dari celah kangkangnya. 
Haqmi sedang menangis.  Mama juga.  Hanya Zafrina yang nampak tenang dan bila aku menghampiri dan mahu mencempung tubuh Anaresa, Zafrina bersuara.
“Kita bawa ke hospital, Along.  Rina rasa baby kak long tak terkebawah ni,” ujarnya.
Aku angguk dan terus bangkit setelah memastikan tubuh Anaresa selesa dalam gendongan aku.  Mama kalut menggapai pakaian dan dokumen penting.  Abah yang baru saja sampai dari masjid juga terus kalut. 
Darah masih menitis.  Meleleh di atas anak tangga.  Kala mata Auni dan Aina menatap mamanya, mereka terus menangis lalu Haqmi dan Zafrina memeluk mereka.
“Syhh… kita tinggal dekat rumah.  Mama tak sihat tu,” pujuk Haqmi dalam tangisan.
Aku lihat Auni dan Aina mengangguk saja aku aku terus masuk ke dalam perut kereta.  Jangan kata aku letak, tidak sama sekali.  Aku riba Anaresa dan terus saja Zafrin menekan pedal minyak bila abah dan mama masuk ke dalam perut kereta. 
“Ya Allah… kenapa jadi macam ni?”  Aku bertanya pada diri sendiri setelah melihatkan wajah Anaresa kian pucat dan tidak berdarah.
Dahinya berkerut-kerut.  “Sa… sakit, bang,” adu dia.  Aku lihat airmatanya mengalir tak putus-putus. 
Aku panggung kepala dan memandang mama dengan wajah yang tidak beriak.  Pandangan mata aku mula kabur. 
“Mama…,” seru aku dengan suara yang serak. 
“Sabarlah, along,” pujuk mama dan abah hampir serentak.  Zafrin hanya diam dan aku terus memandang Anaresa yang ternyata sudah terkulai laju.
“Jangan tinggalkan abang Resa,” bisik aku dan aku kucup segenap wajahnya yang basah itu.  Airmata lelaki ini menitis juga buat pertama kalinya.  Sungguh aku terluka melihat dia terseksa begini. 
Sampai saja di hospital, Anaresa ditolak masuk ke bilik pembedahan.  Pendarahannya agak teruk.  Kata mama, dia tergelincir kala mahu keluar daripada bilik air.  Waktu ini, sudah hampir dua jam aku menanti. 
Mama dan abah tak putus-putus memanjatkan doa.  Zafrin pula sudah pulang ke rumah.  Mahu menjemput Haqmi untuk mengambil ibu dan ayah Anaresa. 
“Macam mana kalau Resa…”  Suara aku mati.  Tak mampu aku luahkan semua ayat itu. 
Wajah ini aku raup berkali-kali.  Sungguh aku rasa hendak meraung.  Biar semua orang tahu betapa aku sakit kala ini.  Betapa kesalnya aku kerana suka merajuk dengannya sehari dua ini.
“Jangan cakap macam tu, along.  Kita doakan yang baik-baik je,” pujuk mama sambil mengusap belakang aku. 
Aku pandang mama dan abah lama.  Sekali lagi, airmata aku mengalir.  Usah dikira malu, aku memang tak mampu sembunyikan rasa sebu lagi. 
“Along tak tahu macam mana nak hidup kalau apa-apa jadi pada Resa, ma… abah,” adunya sedikit bersendu.
Mama menangis lagi.  Abah tak sudah-sudah menggumam surah Al-Fatihah dan disedekahkan buat menantunya itu. 
Setelah seketika, dua orang doktor keluar daripada bilik pembedahan.  Wajah itu sedikit kelat namun lama-lama dia senyum bila dia menarik penutup mukanya.  Erk… muda lagi rupanya. 
“Abang Zafrina ke?”  soal doktor muda ini. 
Aku angguk.  Teman lelaki Zafrina ke?  Huh, adik aku ni.  Mentang-mentang dia doktor, pakwe pun doktor.  Fikir aku dalam kalut-kalut risau pun. 
“Macam mana dengan anak isteri abang?”  soal aku sejurusnya.
Dia senyum dan angguk.  “InsyaAllah tak ada apa.  Berita baiknya, kedua-duanya selamat dan berita buruknya, bayi lelaki abang kami kena keluarkan dan letakkan dalam incubator untuk pemerhatian memandangkan dia lahir tak cukup bulan,” beritahu doktor itu.
“Alhamdulillah… syukur,” ujar mama dan abah serentak. 
Aku aminkan doa pada wajah.  Sungguh aku lega.  Biarpun putera papa perlu berada di dalam incubator, setidak-tidaknya Allah masih selamatnya kami semua.
“Boleh abang tengok Anaresa?”  Aku menyoal lagi tidak sabar.
Doktor itu senyum dan mengangguk.  “Buat masa sekarang ni, nurse tengah bersihkan kak long.  Nanti bila dia dah pindah masuk wad biasa, boleh melawat,” jawabnya lagi.
Huh, hati aku terdetik.  Tak dan apa-apa dah panggil kak long dan aku percaya, dia memang ada sesuatu dengan Zafrina. 
“Err… terima kasih Doktor…” Aku menghulurkan salam.
“Zayed,” ujarnya.
Tangan aku disambut kemas.  Dia menggariskan senyuman lagi sekali dan terus bersalaman dengan abah dan mama pula.
“Kejap lagi dah boleh melawat, ya.  Pak cik… mak cik.”  Doktor ini sangat bersopan dan dia terus berlalu.
“Macam pakwe Rina je, bah,” sela mama bila Doktor Zayed berlalu.
“Agaknyalah.”  Abah pula mengiyakan. 
Huh, orang dok kalut pada menantu kat dalam, mama dan abah kalut mengintai bakal menantunya.
“Ma… abah… betul dah tu, pakwe Rina.  Jomlah kita duduk.  Nanti boleh masuk wad jenguk Resa,” ujarku mematikan renungan mama dan abah. 
Selang beberapa ketika, Anaresa sudah selamat ditolak ke dalam wad biasa.  Lega bila aku mampu lihat wajah itu tersenyum biarpun pucat lesi dan lemah tidak bermaya lagi.  Dua wayar yang membelit lengannya itu membuatkan dia sedikit sukar hendak bergerak. 
“Sayang okey?”  soal aku risau. 
Dia angguk dan mengedipkan matanya sekali.  “Maaf buat abang risau,” ucap dia.
“Sayang ni… tak ada apalah,” tukasku.
Orang risaukan dia, dia minta maaf dengan aku pulak pasal buat aku risau.  Siapa tak risau andai isteri dan anak sedang bertarung nyawa.
“Abang hampir hilang nyawa bila tengok Resa macam tu tadi,” aduku kembali sedih.
Tidak aku pedulikan mama dan abah yang sedang melihat dan rasanya yang lain sedang dalam perjalanan ke sini. 
“Erm… Resa tak hati-hati tadi.  Maafkan Resa ya?”  pinta dia lagi.
Aku menggeleng berkali-kali.  Kepalanya aku usap dan selendang yang mama bawa tadi aku tutup kepalanya sedikit. 
“Tak ada apalah.  Janji semuanya selamat.   Abang dah bersyukur sangat dah,” ucap aku padanya dan aku angkat tubuh lantas mengucup dahinya lama.  Setitis air mata aku menitis tanpa aku sedar mengenaik dahi Anaresa.
Bila aku memandang dia, wajah Anaresa nampak berkaca-kaca juga.  “Abang kenapa?”  tanya dia.
“Abang betul-betul ingat abang akan hilang Resa tadi.”
“La… kan Resa sah okey ni…”
Aku diam mengetap bibir.  Mama dan abah mendekat.  Bahuku disapa lembut. 
“Menangis suami Resa tadi.  Mama pun risau.  Tapi, syukurlah semua dan selamat.  Tinggal si kecil je lagi dan insyaAllah dia akan kuat,” pujuk mama pula. 
Aku senyum pada Anaresa.  “Nampaknya tahun depan tak boleh nak beranak lagi la,” ujarnya tiba-tiba.
Aku kerutkan wajah.  Baru lepas bersalin, fikir nak bersalin lagi?  Sudahlah bertarung nyawa tadi.  Ini ada hati pula nak bersalin lagi? 
“Resa ni demam ke apa?”  Aku sentuh dahi dia dan dia ketawa saja.
“Betullah tu.  Ingat tahun depan nak lahirkan anak sorang lagi untuk abang tapi Zayed kata tak boleh bersalin dalam tiga tahun sebab ceaserian,” terangnya.
Aku rasa nak ketuk Anaresa ni.  Sempat lagi fikir macam tu. 
“Haih… tak apalah.  Abang tak paksa.  Kan dah kata, ada kita terima tak ada kita usaha,” ujarku pula.
Dia senyum.  “Nak tengok baby boleh tak?” 
Aku senyum dan menggeleng.  “Tak boleh lagi.  Doktor Zayed kata sayang tak boleh bangkit selama enam jam.  Nanti pening.  Lepas enam jam nanti, boleh minum air dan makan sikit, lepas tu baru kita tengok Zakhri Adha, ya?” 
Dahi Anaresa berkerut.  “Siapa tu?”
“Anak kitalah.”
“Uiks… dah ada nama?”  Dia senyum.
“Mestilah.  Dalam pada dok kalut tadi pun sempat dia dok belek nama,” tokok abah tiba-tiba. 
Anaresa gelak tapi tidak lama bila dia memegang bahagian bawah perutnya. 
“Sakit ke?” 
Dia angguk.  “Sakit sangat.”
“Kalau macam ni, abang tak nak suruh Resa beranak dah,” ucap aku beriak risau.
“Habis tu nak suruh siapa beranak pulak?”
“Abang cari lainlah sorang lagi,” seloroh aku dan Anaresa menampar lengan aku kuat. 
“Orang baru bersalin sekejap tadi, abang boleh fikir macam tu, kan?”  rajuknya.  Aku ketawa.  Mama dan abah juga. 
“Hoh, kuat dah ni.  Boleh tampar abang dah boleh kira sihat dah ni,” ucap aku padanya. 
Sekali lagi, aku tunduk mengucup dahinya.  “Mana boleh, sekali Resa selamanya Resa,” akui aku.
Bibir itu akhirnya merekah dengan senyuman.  “Sayang abang,” gumamnya dan aku mengangguk laju.
Kala itu, pintu ditolak dari luar.  Wajah-wajah mereka yang menyayangi kami muncul seorang demi seorang.  Ibu dan ayah mertua aku.  Kak Aniraha dan Kak Anisara.  Zafrin bersama isterinya, Haqmi serta Auni dan Aina yang nampak terkinja-kinja setelah aku menggamit mereka mendekati. 
Akhirnya, muncul juga Zafrina dan Doktor Zayed tersenyum malu.  “Mujur Rina call abang siap-siap.  Abang nak keluar dah tadi tu.”
Aku dengar Zayed berbisik begitu pada Zafrina dan tahulah aku bila Anaresa mengangguk mengiyakan persoalan bisu aku ni.  Bakal adik ipar aku.  Aku menjeling pada Zafrina tapi dia buat maka tak bersalah saja lalu berlalu pada mama dan abah. 
Dalam pada riuhnya suara mereka bertanya khabar aku dan Anaresa, pintu ditolak dari luar sekali lagi dan ternyata, khabar gembira hadir lagi.  Mukhlis dan Anahara muncul bersama Sarina dan suaminya Saiful.  Masing-masing kalut menjaga anak-anak masing-masing.
“Sihat?”  tanya Mukhlis dan Saiful lalu tangan kami bertaut erat. 
“Aku sihat.  Tu…”  Aku muncungkan bibir pada katil Anaresa yang kini sudah sedia ditemani oleh Anahara dan Sarina pula.
“… yang sakit,” sambung aku.
Mukhlis jongket kening.  Aku masih nampak kasih sayangnya pada Anahara tak pernah hilang.  Setiap kali dia menjeling Anahara, jelingan itu penuh rasa cinta.  Aku yakin begitu kerana aku juga lelaki yang mencintai isteri. 
“Puasa teruklah kau kali ini, Zaf,” bisik Mukhlis.  Dia menepuk bahu aku sedikit.
“Agaklah.”  Aku hamburkan tawa begitu juga dengan Saiful.  Langsung tidak kami hiraukan ahli keluarga yang lain.  Bila lelaki bersembang, perkara itu pasti terselit jua.
Malam itu, usai menunaikan Isyak, aku terus menolak Anaresa menuju ke bilik khas yang menempatkan anak kami.  Anak lelaki pertama kami.  Bila kami tiba di hadapan cermin itu, tubuh kecil Zakhri Adha jelas di mata.  Menggeliat sesekali berada di dalam oksigen itu. 
“Alhamdulillah.  Kata Zayed, dia semakin kuat.  Nanti bolehlah keluar cepat-cepat dari hospital ni,” beritahu aku.
“Comel, kan?”  tanya Anaresa.
“Mestilah comel.  Tengoklah mama dia.”  Aku pandang Anaresa yang sudah agak kuat.  Wajahnya juga tidaklah sepucat mana dah. 
“Lain kali tolong hati-hati, sayang.  Hilang anak tak apa lagi andai itu bukan rezeki kita tapi hilang Resa… abang tak tahu nak kata apa,” ujarku berbisik padanya. 
Mata ini terus memandang Zakhri Adha yang kembali terlena.  Tidaklah aku berharap yang buruk-buruk.  Aku bersyukur bila Allah selamatkan kedua-duanya.  Jika aku harus memilih, Anaresalah yang utama. 
“Resa minta maaf dan Resa ucapkan terima kasih sebab abang lalui segala penat lelah dan alahan demi Resa setiap  kali Resa mengandung.  Sungguh Resa bertuah.  Resa bertuah ada Zafran Zaini sebagai suami dan papa pada anak-anak Resa.  Tiada apa yang lebih bernilai dalam hidup Resa melainkan abang dan anak-anak,” ujarnya penuh beremosi. 
Aku lihat dia mengesat sedikit ekor matanya.  Bahunya aku paut kemas memberikan kehangatan cinta pada tubuhnya yang sedikit menggigil itu. 
“Sama-sama dan terima kasih juga sudi korbankan segalanya untuk abang,” balas aku pula. 
Anaresa diam dan mengangguk.  “Jomlah balik bilik.  Resa nak baring pulak.  Perut ni pedih lagi,” ajak dia.
Aku gariskan senyuman jahat.  “Katil muat kan untuk dua orang?”
“Erk… kenapa?”
“Kalau muat abang nak…”
“Ha… nak apa?”  sergah Anaresa pantas. 
Aku tepuk dahi.  “Abang nak tumpang baring sikitlah.  Letih dah tubuh abang ni.  Patut bawa khemah duduk hospital ni.  Selesa sikit.”  Aku mengurut belakang aku sikit. 
Anaresa ketawa halus.  “Ingatkan apa tadi.”
“Eleh… dia tu yang fikir bukan-bukan,” sela aku.
Dia senyum dan terus memeluk pinggang aku kemas.  “Abang adalah suami yang Resa cinta.  Yang Resa perlukan.  Yang Resa dambakan dalam setiap helaan nafas Resa,” bisiknya. 
“Dan Resa adalah isteri yang abang cinta.  Yang abang puja dalam lena dan dalam jaga.  Yang akan abang jaga selagi jasad ini berdaya,” balas aku dan kami sama-sama tersenyum sambil menatap anak lelaki kami sebelum aku menolak Anaresa kembali ke bilik. 
Seperti pernah aku katakan, dia adalah teman, kekasih dan isteri.  Dialah wanita sejati.  Dialah yang bertahta di hati.  Dialah mama pada Zakhri Adha, Zara Aina dan Zara Auni.  Dialah pendidik sejati.  Dialah wanita yang bekerjaya hebat menjadi suri di hati suami.  Dialah Anaresa, seorang isteri kepada aku, Zafran bin Zaini.

TAMAT

Cik Penulis :  

Mini Novel ni saya dah hantar printing.  Siap printing dalam bentuk novel tu adalah mencecah 400ms.  Pada yang berminat boleh emel ke inurwafiah@yahoo.com. Harga RM28 termasuk pos.  Jangan risau, kualitinya dijamin dan sebiji macam novel dekat pasaran.  Pada yang dah order, anda boleh buat payment sekarang.  Boleh rujuk ke page ( Rehan.Makhtar )saya.  Thanks atas sokongan.

38 comments:

  1. akhirnya tamat jua...........
    versi blog sama ke dgn versi cetak atau ada di tokok tambah lg????

    ReplyDelete
    Replies
    1. btw..sama je.. cuma edit ayat2 sikit.. ejaan dan tatabahasa..itu je..

      Delete
  2. perghhh... terharu baca ayat yg last tu.

    best!! tq

    ReplyDelete
  3. kak lpas ni nk SE UD plak.....ud pendek sgt...x puas bca..hahah

    ReplyDelete
  4. salam kak rehan.
    thnks 4 last n3 nie.
    sweet sgt zaf n resa..;)

    ReplyDelete
  5. suka2..pasni kisah zafrina lak rehan..heheh.

    ReplyDelete
  6. Saya nak!!! Tp byr lmbt skit boleh, sbb skrg tgh bz buat assgmnt,

    ReplyDelete
  7. waaa....best la karehan..terbaik punya SE

    ReplyDelete
  8. rasa puas bc KSC ni.. ending yg sgt best...

    ReplyDelete
  9. macaam ada kisah zafrina n zayed je lps ni...suka5

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam nk ada je kan.. Zarfina & Zayed..hehe..

      Delete
    2. adakn je......nnt bukukn sekali ngan UD.....boleh buat koleksi....

      Delete
  10. adio la.... saya dah nangis2 dah tadi dok ingat yg bukan2 mcm saya lah zafran. cuak betol... nasib baik.... dan selalunya hasil tangan cik rehan tak penah mengecewakan saya, tahniah. satu lg permintaan STK 26 hari blh? hehehe sempat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiks..hahaha..relaks2.. selalu KSC kita gelak je..last2 ni kasik sentap sikit..hhehe..thanks ek..tp takde dh..haha..betul2 tamat2 dh tu..dh hantar printing pon..hehe

      Delete
  11. memang sweet. saya suka nama zakhri adha tu. next, will it be zafrina & zayed? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..hahaha.. takde tajuk lg tu..nnt kita buat ek..hehe

      Delete
  12. hehehe...akhirnya, tamat..zafrina pn dh da teman..apa2 pun along tggu cetakan samapai kt tgn lah sis

    ReplyDelete
  13. terharu baca kisah diorg ni...lepas ni klu bole nak baca kisah zafrina dgn zayed pula.hehhehe...

    ReplyDelete
  14. skenye.....smua ada kot dlm n3 kali ni...bes2....hehe...lpas ni zafrina plak dgn zayed...hehe..xsbr nk bce...:)

    ReplyDelete
  15. macam biasa,mesti tersengih overboard ! haha..thanks sis rm untuk KSC yg super awesome ni ^^..tak sabo nak order.. :))

    ReplyDelete
  16. Nak jugak.....nanti akak bank in & email pada Rehan...Mungkin hari sabtu ni akak bank in pada Rehan...
    Lepas ni UD pulak ye Rehan...

    ReplyDelete
  17. Mcm mn bole x perasan SE ni, dok ingt yg sblm ni, haishhhhhhh. Mujur teringin nk buka bc hihi.

    ReplyDelete
  18. So sweet, happy ending..nak lelaki mcm Zafran ler, ade tak

    ReplyDelete