BAB 24
RUMAH ni cantik.
Itu persepsi
pertama aku saat menjejakkan kaki dalam rumah sewa ni. Cukup lengkap semua perabot untuk dua oran g penghuni. Yang menariknya, semua berwarna putih. Nampak suci dan murni. Terang hati.
Terbuka minda tapi jenuh nak cuci kalau kotor.
Apapun, aku
tetap tak boleh nak sangkal citarasa Ayie yang memang ada kelas
tersendiri. Biarpun kecil tapi aku rasa
penuh dan mewah dengan kenakalan serta kebaikan dia melayani aku.
Bibir aku tak
lepas tersenyum. Bila Ayie keluar jumpa
kawan-kawan dia untuk dapatkan nota yang pensyarah mereka bagi, aku terus
mencari buku nota yang ada atas meja.
Cari punya cari, akhirnya buku nota aku yang berwarna hitam tu aku
capai.
Aku ketap
bibir. Nafas aku atur setenang
mungkin. Adakah dia dah tulis apa yang
aku nak. Kalau tak, rugi je aku
mengugut. Aku belek helaian
pertama.
Ada lima ayat
yang yang telah dia tulis untuk aku. Aku
baca satu persatu tapi aku pun tak tahu macam mana nak sebutkannya. Apakah maksud tanda bacaan dia? Sebutan dan juga ejaan lagilah haram nak
reti.
Ayie pun. Ma dengan pa pun tak pernah bagitahu aku yang
Ayie ni pandai bahasa Jerman dan aku pun tak pulak terfikir. Bukan ke dia memang wajib pandai ke sebab
belajar kat sini? Okey, aku akui aku
agak lemau di situ.
“”Jom
tidur.”
Dua patah ajakan
Ayie buat aku kejung. Langsung bagasi
yang baru aku nak letak atas almari terlepas daripada pegangan dan jatuh
mengenai kaki.
Sakit.
“Ya Allah...
Sakit?” tanya Ayie risau.
Gila tak sakit
kena kaki.
Tapi, aku tak
boleh nak mengaduh. Lidah aku keras
betul sekarang ni. Tiba-tiba rasa
meremang bulu roma bila suara dia mendekat sekelip mata. Menggeletar mengingatkan peristiwa kali
pertama dicium dia.
“”Arya, sakit
tak ni?”
Mata ni Ayie dah
duduk mencangkung sambil mengusap kaki aku.
Dia mendongak, mencari wajah
aku yang masih kaku.
“I’m
asking...” Dia bersuara bagai memberi
amaran bila aku tak menjawab.
No... i am not
okay. Carry me to bed.
Huh, aku nak
jawab tu. Memang aku nak jawab tapi
suara aku memang tak ada langsung. Tak
terkeluar. Ayie dah bangkit. Bercekak dengan bagasi di tangan lantas dia
letak je beg kami tu atas almari.
Kemudian dia pandang aku balik.
“Kenapa ni? Baru sekali Ayie kiss, dah bisu macam ni
sekali, eh?” tanya dia datar.
Aku ketap
bibir. Lalu, menunduk.
Malu.
“Sakit?”
Aku menggeleng
sudahnya. Menafikan yang memang sakit
pun.
“As simple as
that jawapan dia. Angguk pun Ayie faham. Jom, rehat... letih dah pindah...”
Hek eleh...
macam banyak barang dan jauh ke kami pindah.
Tapi, itu bukan lagi menjadi dengunan dalam kepala aku sebaliknya...
Okey, aku dah
melayang ke udara.
“Eh, apa ni?”
tanya aku sambil cuba
menggelupur agar Ayie melepaskan aku daripada gendongan dia.
Dia senyum dan
mengisyaratkan aku agar diam.
“Jatuh
nanti.”
Terus saja kaki
dia menapak ke sisi katil. Aku dah telan
liur yang terasa payau. Sungguh payau
ni.
“Dahaga?” soal Ayie sebelum dia letakkan aku di atas
tilam.
Aku kerutkan
kening. “Tak cakap apa pun...”
“Tu telan air
liur?” tanya dia tersengih.
“Tapi... Ayie
tak cakap Arya dahaga air...”
“Habis tu?” cemik aku.
Ayie letakkan
aku cermat di tengah-tengah tilam. Dia
terus bangkit dan menarik laci meja solek sebelum kembali semula bersila dekat
di kaki. Di tangan dia ada botol minyak
yang rasanya mama dia bekalkan daripada Malaysia .
Penutup dibuka
dan dia terus sapu minyak tersebut pada tempat terkena beg tadi. Dah nampak sedikit merah. Boleh jadi esok lebam. Huh, lokek sungguh kulit.
“Ayie nak cakap Arya dahaga kasih sayang,” ujar
Ayie.
Tiba-tiba.
Suka berdiam
diri lama sebelum menjawab dan tiba-tiba dia bagi jawapan. Serta-merta aku tarik kaki aku bila Ayie dah
siap letak minyak.
Huh, buat aku
kujat jantung tiba-tiba.
“Arya dah cukup
kasih sayang ma dengan pa bagi...”
Entah kenapa
sengalnya aku, itu aku pergi cakap dekat Ayie.
Apa lagi dia, tergolek-golek gelak biarpun aku ni kemain serius
muka. Muka kelat.
Tak lama, Ayie
meniarap dan bangkit duduk bersila. Dia
mengesot sedikit pada aku. Botol minyak
tadi dia letak di atas meja di sisi katil tapi tangan dia masih lagi mengusap
kaki aku.
“Itu kasih
sayang ma dengan pa... Ayie cakap ni pasal kasih sayang lain...” Dia senyum dan terus merapatkan tubuh dia
pada aku.
“Huh? Really?”
tanya aku cuba
meredakan ketegangan.
Ayie
angguk. Aku pura-pura menguap. Buat-buat menggeliat. Konon letih.
“Uwargh... dah
malam. Dok sini payah sikit nak tune
waktu tidur. Ayie tidurlah. Esok kuliah awal pagi, kan ?
Petang kita pergi Alexa nak,” ujar aku tanpa menghiraukan pandangan Ayie
yang kian meredup.
Baru nak tarik
gebar, Ayie menahan. Bila dia tarik
tangan aku lepaskan gebar tersebut, Ayie kurangkan cahaya lampu tidur. Samar-samar.
Cukup saja untuk nampak wajah aku dan wajah dia.
Dia tarik gebar
putih itu sampai ke paras dada. Kemudian
dia senyum lagi sambil mengemaskan sila.
“Aryana, let me
tell you this...” Ayie mula bersuara
lagi.
Tangan dia dah
naik menyentuh anak rambut aku.
“Kasih sayang ma
dengan pa lain. Diorang sejak azali
memiliki kita. Dunia terbelah, laut
terbalik pun, diorang tetap mak dan ayah.
Tak boleh nak bantah dah. Tapi
sekarang ni, Ayie nak cerita pasal kasih sayang lain,” sambung dia.
Aku terkedu.
Huh, serius aku
tahu apa dia cuba
nak katakan.
Jujur aku
mengerti apa yang tengah Ayie dambakan.
“Let me
ask...” Kata-kata dia terhenti.
“Ayie ni siapa
pada Arya?”
“Suami,” jawab
aku yakin.
“Tak rasa Ayie
tak layak untuk wanita secantik dan sematang seorang Aryana?” soal dia lagi.
Aku angguk dan
menggeleng serentak.
“Any explaination
about this…” Dia angguk dan geleng juga
ikut perbuatan aku tadi.
Aku sengih.
“You are younger
than me. That’s a fact. Itu tanda anggukan. Tanda gelengan pulak, bila Ayie katakan Ayie
tak layak untuk seorang wanita yang cantik dan matang macam Aryana… err… pasal
cantik tu thanks you… memuji.” Aku
sengih loyar buruk.
Ayie jegilkan
mata seketika. Wajah dia jelas dia dah
sabar nak aku habiskan ayat.
“Tak ada istilah
tak layak. Kita berjodoh and here we are…” Aku pulangkan paku buah keras.
Bagi balik ayat
dia pada aku hari tu.
“Aryana…, please…” Ayie merayu dengan mata yang semakin kuyu dan
layu.
“Okey… ni
sungguh ni haa… tak ada istilah layak atau tak.
Muda atau tua. Muda tua itu
umur. Itu hakikat. Tapi sekarang ni, kedudukan Ayie dalam diri
Arya. Dalam rumah ni. Arya kena hormati. Tak ada siapa boleh bantah hak Ayie pada
Aryana. Biarpun ma dengan pa dan cukup
bagi kasih sayang…”
“So?” Ayie mencaras lagi dengan senyuman kembali
terukir.
Nampak gaya
macam puas hati dengan penjelasan aku tu.
“Ayie bolehlah
nak tanya ni eh?”
Aku menceberkan
bibir. Mata dia merenung dahi aku.
“Kasih sayang pa
dengan ma buat macam ni?” Soalan itu
disertakan dengan kucupan pada dahi aku.
Aku angguk. Ayie senyum.
Ma dengan pa sampai sekarang tak lepas kucup dahi dan ubun-ubun kami
adik-beradik. Setiap kali kami nak keluar rumah, itulah yang ma
lakukan.
Bila kucupan lepas,
dia menyoal lagi.
“Kasih sayang ma
dengan ada buat macam ni?”
Kali ini, bibir hangat dia singgah di pipi
aku. Sebelah kiri.
Lepas dan soalan
yang sama dia tanya lagi bila dia kucup pipi kanan sebelum kami saling berbalas
pandang.
Aku angguk
juga.
Yalah, ma sampai
sekarang kucup dahi dan pipi aku. Papa
pun ada jugak sesekali bila dia tak ingat anak dia ni dah umur berapa. Tapi, itu tanda mereka kasihkan aku.
Ayie sengih
lagi.
Huh, hilang
kata-kata la tu.
Okey, itu kata
aku yang dia hilang kata-kata tapi sayang, dia masih gagah bersuara.
“Kasih sayang ma
dengan pa ada buat macam ni...” Dia
lagakan hidung kami lama dengan mata saling merenung dan saling merasai nafas
yang mulai hangat menyapa wajah.
Aku angguk
yakin.
“Kasih sayang ma
dengan pa ada buat macam ni?”
Dan, soalan itu
tak mampu aku jawab lagi. Nak menggeleng
menafikan juga tak mampu bila bibir kami bertaut.
Mata kami
bersabung beberapa saat bila Ayie mengangkat wajahnya daripada terus dekat
dengan wajah aku.
“Kasih sayang ma
dengan pa Arya ada buat macam tu?” soal
dia macam tak puas hati bila aku tak jawab.
Aku diam. Kemam bibir.
“You did not
answer me… Ayie kena ulang tayang ni…”
Tiba-tiba.
Tiba-tiba lagi.
Dia bawa mulut
dia singgah lagi ke bibir aku.
Tak payah aku
bersuara…
Tak sempat aku
menahan…
Tak dan nak
melarang…
Sekali lagi
tautan itu kejap. Kali ni, bukan tiga
saat aku sekelip mata tapi lama hingga aku dengar nafas Ayie sudah sedikit
resah. Akhirnya, wajah kami terasa jauh.
Aku buka mata seketika tapi, bila jari Ayie merayap pada sekitar pipi
dan akhirnya menyentuh bibir aku pejamkan mata rapat-rapat semula
“Ma dengan pa taka
da macam ni, kan? Tak ada, kan ?” soal dia.
Aku menggeleng
sudahnya dan aku dengar tawa Ayie sekali.
Aku rasa nafas hangat dia. Aku
rasa bahu aku dipaut.
“Kalau tak ada, kasih
sayang suami yang Ayie maksudkan tadi...”
Aku buka mata
bila mendengarkan perkataan suami tu muncul daripada bibir Ayie dengan
megahnya.
“Trust me?” tanya Ayie.
Aku angguk
sekali. Tak ada apa lagi yang nak
pertikaikan kepercayaan aku pada dia. Seperti
kata mama, dia suami. Dia ada darjat
yang tinggi dalam hati dan jiwa aku sebagai seorang Aryana dan isteri pada
Zakhri Adha.
“Sie sind die Frau, die ich bin in
der Liebe mit,” ucap Ayie.
Okey, itu ayat pertama yang dia
ucapkan masa kami turun daripada bas hari mula-mula kami tiba. Aku siap hafal. Dan itu pun dengan begitu gigih.
“You are the woman that I’m in love
with.,” ucap aku mengalih bahasakannya.
“And it was you…,” sahut dia.
“Ich
liebe sie so sehr...”
“I love her so
much...,” sambung aku.
“And it was also
you.”
Aku angguk
mengerti dalam debaran yang tak payah nak cakap. Macam orang palu gendang perang okey. Wajah je tenang, dada aku sikit lagi nak jadi
transparent.
“Gott sei Dank,
ich habe Sie...” Ini ayat dia masa dekat Reichtaq.
Aku senyum
manis. “Thank God I have you...”
Ayie senyum dan
mengangguk berkali-kali bersama telapak tangan yang tak puas meraba pipi
aku.
“Dan demi Allah…” Matanya merenung aku tak lepas.
“Keine Worte
können beschreiben, wie viel sie mir bedeutet.”
Wajah Ayie sangat serius masa ni.
Ini ayat masa
kami bersemuka dengan Khai. Aku kerutkan
kening. Rasa nak menangis boleh
tak? Aku memang tak rasa dia muda. Dia memang sempurna untuk seorang Aryana yang
banyak kekurangan ni.
“No words can
describe how much she means to me,” jawab aku.
“Allah knows…
how much you means to me, Aryana…” Kata-kata
Ayie sangat gentleman saat ni.
Ayie senyum dan
mengangguk. Serta-merta aku tambah umur dia bertambah lapan tahun, menjadikan
dia tua daripada aku setahun.
“I want you
too... so badly.”
Bibir aku
menyenget. Satu lagi dia tak cakap. Ada lima okey. Aku ingat memang lima dan memang dia tulis
ayat tu lima tapi aku dah lupa.
“Yang last
sekali Ayie cakap dalam kereta tu...”
Kening Ayie
berkerut. “Eh, kan dah cakap tu...”
“Bila?”
Baru nak buka
mulut nak cakap... peliknya... Ayie dah matikan ayat aku membuatkan aku
tenggelam jauh dalam rasa panas dalam cuaca dingin di musim luruh Berlin .
Hati aku
menjawab, yeah… I want you too, so badly… ayang!
~~> bersambung
RM : hohohoho dan hohoho... sila senyum sampai siling eh... LOL
love it...
ReplyDeleteyes akhirnya setelah beberapa kali terjah blog RM.
ReplyDeleteOhmaiiiiii!!!im melted..terawang2....owh3....tq kak rehan...snyum smpi tlnga..& u r the best!!
ReplyDeletehoyeahhh...cayaq dh neh..hahaa
ReplyDelete-Yannie-
kak Rehan membunuh di pagi isnin!
ReplyDeletehahahahahah
Deletesenyum.. senyih menyenget lagi...
ReplyDeletehari ini, senin yg ungu-biru-kelabu buat aku, kelam-kelibut sekejap.. jumpa seorang yg nickname pun ayie.. tak tau pun nicknamenya itu, selalu sebut nama penuh.. ayie arya pun akan pegang jawatan yg sama mcm ayie sorang ni.. kebetulan sgguh!!.. senyum, songel...
Deletemelayang ke german dh rse nye... :p
ReplyDeletelike it's...........14juta kali........
ReplyDeleteBlushing.. Kikikiki.
ReplyDeletesenyum sampai ke langit dah ni rehan ooi
ReplyDeletehomaiii...homaiiii...
ReplyDeleteno words can describe..huhu..best
ReplyDeletecair........
ReplyDeleteWah akhirnya..arya dah tau bahasa german ayie....emmmm melayang perasaan...
ReplyDeleteni bkn senyum smpi syiling tp senyum smpi ke langit dh ni... hahahhahah.... so sweet....
ReplyDeleteterbuai2 hati ni.. wants some more pls....
ReplyDeleteohmai....serius best !!!..
ReplyDeletemelting, blushing, hotting etc.... :D
ReplyDeleteI likee. I like.huhu bestnye.
ReplyDeleteI'm melting....help me RM
ReplyDeletesprachlos.....Ayie...tua dari usia
ReplyDeletenicht unsäglichen
ReplyDeleteohmaiii tq RM, baca SAK buat diri terbuai sendiri.. en hubby pun dah mula suka SAK selepas saya suh dia baca sekali, yess akhirnya arya milik ayie ...
ReplyDeletelove it..
ReplyDeleteohmaii..senyum sorg2 baca dlm sejuk kt library ni..sah..xlama lg da cucu made in jerman..hehe
ReplyDeleteAwesome! Melting... melting.. melting.. :)
ReplyDeletegood job...you buat kami semua tak boleh tutup mulut.asyik sengih memanjang....ha..ha..ha..la..la..la
ReplyDeleteAlhamdulillah.... Senangnya...
ReplyDeletehe make me missss my ayang sooo badly.... he he he...
ReplyDeleteuhuk..uhuk...silibus kasih sayang..hehehe
ReplyDeleteAyie da lbih maju...tidak lagi MSU, tpi TDU..
ReplyDelete>>k<<
emm....monday moody dah hilang bila baca n3 nie... thanks RM...memang tersenyum sampai ke telinga....
ReplyDelete-sj-
cepatlah dibukukan saja Rehan...menguji kesabaran betui setiap kali menunggu E3 baru...boleh gitu..
ReplyDeleteMereka telah melayari malam pertama mereka dan adakah Aryan telah menemui seorg suami yg matang dalam diri seorg Ayie yg muda 7 tahun darinya..
ayat-ayat cinta yang bisa membunuh..hahahaha
ReplyDeletetak sabo rasanya nak jumpa arya junior dan ayie junior.
ReplyDeleteAyie dah buktikan.. dia bukan gay!! hehehe
ReplyDeletehohoho..i want you too...
ReplyDeleteso sweettttttttt n3 ni..
thx rehan..
ohmaiii...
ReplyDeletehahaha
Melting
ReplyDeletebukan senyum sampai siling lagi, rasanya dah sampai langit. Thanks akak ^^
ReplyDeleteOhmai dah tak tau nak senyum camne hihihi(imah)
ReplyDeletemelted.....adehhh....
ReplyDeleteWow.....akhirnya.......
ReplyDeleteHehehe senyum tak cukup bibir ni, yippeee
ReplyDeletehomaiii homaiii... cairrrr... senyum terlebih gula 10kilo. adehhh
ReplyDeleteCair juga ya Arya... macam Ayie pulak yang lebih tua dari Arya bila berbicara soal hati... pandai mengayat... macam papa Zaf juga ya.... hehehe
ReplyDeletebaca dua kali pun tak puas2... senyum smpai bintang.. hahah
ReplyDeleteSenyum sampai siling...tembus bumbung...terus ke bulan...hihihihi
ReplyDeleterasanya semua dah melayang-layang ni.... termasuklah saya
ReplyDeleteoo..ohhh....suwitttnya..yg anak2 dara jgnla berangan nak jumpa ayie dlm versi life nya.. satu dlm sejuta kot.ekekekeke...
ReplyDeletehaha ehh...ada ja ramai suami2 mcm ayie dlm dunia realiti ni...terutama masa awal2 kawin .tappi tak la berayat mengayat gitu..tu dah dikira buang masa utk romantika..hahah..cara masing2 ja la....pandai cik RM buat ayat mengayat yang ummppp....habis dah semua anak2 dara dok berangan tak sudah.
ReplyDeleteUmmimimi....suami2 x tunggu ayat2 terus ngap kecuali time memujuk biler kiter merajuk.. susah nak jumpa camni..kaki mgayat biasa kot
Delete^_^ :)))
ReplyDeleterasa bahagia sangat-sangat ari ni.....alahai rm
ReplyDeletebanyak yg senyum sampai kebulanlah...terselih mulut asyik senyum sendiri....ayat power rengges betul nie....terbaiklah kak
ReplyDeleteLuv this....
ReplyDeleteTak sia2 penantian 2 hari ini... Great timing RM... Kau obati kerinduan kami dengan sangat memuaskan... Hehehehe
Next please....
yes!!! saya da pengsan... sekian :)
ReplyDelete-Syira Azmi-
yeahhh .. melting :)))))) ..nhehehheh
ReplyDeleteoh maiiii.. senyum dah melekat kat silingg.. ayie <3 sweet sgt.. ich liebe dich!!
ReplyDeleteomo..omo...love it kak Rehan...^_^..nak lagi..:)
ReplyDeleteKeke,.senyum smpai ke langit hehe,.
ReplyDeleteHehe..senyum lebar sampai ke telinga.Hip2 hore..:-)
ReplyDeleten3 nie baca berulang2 kalipun masih tersengih,tersenyum...mmm...seriburius puas hati...thanks RM
ReplyDelete-sj-
suke3...
ReplyDeleteim in love.................
ReplyDeletesenyum sampai ke langit.. :)
ReplyDeleteaduyaii..confirm spekulasi sblm ni xbenar langsung..
tq ayie susah2x jer translate sume ayat2 melting tu..
wat jantung terkehel dari paksinya..hehehe
TQ..rehan.M..
Again bca...n also melted again..again n again...adehhh!!!
ReplyDeletetetiba cam ada background dok nyanyi lagu Ajari Aku..Anuar Zain masa bace nih..hhehehe....
ReplyDeleteHuarghhh nak Bab 25 pleazzzze, dah melting pot tahap excited ni Cik writer, sukenye
ReplyDeletelagi...lagi next n3
ReplyDeletesenyum seorang2-.
ReplyDeleteYes...akhirnye..(*^﹏^*)
ReplyDeleteso romantikkk okey..!!! unni u r d best..!!
ReplyDeletelol . gila tk sabar nak beli ...
ReplyDeletex sabar nak beli buku nie kadang kadang nak tergelak ada
ReplyDeleteplease sambung
Salam..nk tny kat mana sy boleh beli online nvl ni? Sbb sy cari kat web karya seni & penulisa2u dua x jumpa..boleh bg link kat email sy ni? Sbb nnt klu replu kat sini sy takut x perasan... ni email sy.. hafizahmuhamad@gmail.com
ReplyDeleteMenarik. Tahniah buat penulis :)
ReplyDelete