Thursday, May 02, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 27


BAB 27

KAKI AKU lemah melangkah keluar daripada unit kajian forensik dan makmal jenayah.  Di mana adanya petugas pintar tentang IT dan teknologi yang akan memberi jawapan tentang kes-kes berkaitan dengan kemahiran teknologi. 
“Gambar kedua-dua orang ini adalah sama, Puan Naina.”

Itulah jawapan yang aku terima.  Sekarang, pada siapa hendak aku menangis.  Pada siapa hendak aku luahkan rasa tidak puas hati ini. 
“Macam mana?”  soal Amar tiba-tiba muncul di sisi.
Aku pejamkan mata seketika dan berpaling pada dia.
Positif…” 
Wajah Amar  langsung tidak aku pandang.  Kaki melangkah tapi bagai hilang arah tujuan. 
“As expected,” balas Amar sambil mengangguk-ngangguk.
“So, apa nak buat sekarang?”  Langkah Amar mati. 
Sebelah tangannya menahan langkah aku.  Dengan berat hati, aku angkat wajah membalas pandangan Amar.
“Kuat?”  Sepatah soalan Amar itu sudah member maksud yang begitu mendalam pada diri aku.
Aku angguk.  Sungguh aku tak menyangka, Neo adalah orang yang terlibat dalam kes kemalangan arwah orang tua aku.  Aku yakin, dialah merancang segalanya dan dialah dalang  untuk semua ini.
Kebetulan pula musuh lamanya mengenali aku dan aku yakin, dia masih belum tahu aku adalah anak kepada pegawai polis yang telah di bunuh beberapa tahun sudah. 
“I nak kita siasat lebih detail.  Kita kena kumpulkan semua maklumat yang kita ada sebelum bertindak.  Lagipun, Tuan Radzi sendiri nak kita dapatkan seberapa banyak bukti dan petunjuk.  Terbukti Neo dan sekarang, I bukan lagi nak tangkap dia kerana orang tua I, tapi kerana keselamatan Negara,” jawab aku yakin. 
Cuba mengembalikan kekuatan dan niat sebenar aku menjadi anggota keselamatan khas ini.
Amar mengangguk sedikit. 
“I dengar kata, dia mudah keluar masuk ke Malaysia.  Yang pastinya dengan identiti yang berbeza setiap kali.  I akan hantar gambar ni ke Pejabat Kastam dan juga semua pintu masuk Negara.  Kali ini, dia masuk...”  Amar tersenyum sinis. 
“... dia tak akan dapat keluar.” 
Bahuku ditepuk sekali.  Amar senyum manis. 
“Apa pun jadi, I akan lindungi you, Naina...,” bisik Amar.
Senyuman itu aku balas seadanya. 
“I akan lindungi diri sendiri, Amar.”
Sebab I dah ada seseorang yang akan melindungi I dan buat I rasa nak jaga diri sendiri sebaik mungkin.  
Mata Amar nampak terkebil-kebil. 
“Do you mind if I ask you a question?”  Pertanyaan itu keluar bila kami sama-sama melangkah menuju ke pejabat Tuan Radzi.
Tanpa bersuara, aku hanya jongketkan kening meminta dia meneruskan soalannya.
“You cintakan Nine?” 
Telus soalan Amar.
Tenang dia bertanya.
Tapi, ada getar pada hujung nada.
“Kenapa tanya macam tu?  Dah berkali-kali you tanya.” 
“Sebab I dapat rasakan...” 
“Tak ada istilah cinta pada I, Amar...”  cantas aku.
“Selagi kita tak tangkap Neo dan kumpulan dia, tak ada istilah cinta dalam hidup I.” 
Ya.
Jika Neo bermaharajalela, bagaimana kau dan Nine mahu hidup senang.
Biarpun tak senang, janji hati kami lapang.
Ini tidak... sudahlah ruang agak sempit, dihimpit pula oleh Neo dan juga Amar.  Ditambah pula dengan Naim yang menghempap.  Lelah kami.



TUAN RADZI bersuara tegas.  Aku, Amar, Sarjan Mazlan dan beberapa orang lagi ahli pasukan memasang telinga dengan teliti menerima setiap arahan daripada dia. 
Setelah semuanya bersurai, suara Tuan Radzi menahan aku.  Pintu terkatup rapat bila akhirnya susuk tubuh Amar hilang. 
Aku berpaling dan tersenyum.  “Ya, tuan!” tegas aku bersuara.
Tuan Radzi mendekati. 
Dia menelan liur beberapa kali.
Mata itu merenung aku. 
“Kes kali ni mungkin akan buat emosi ada cedera tapi saya  yakin dengan awak.  Awak terlatih.  Emosi dan fikizal.  Penembak tepat juga.  Cergas dan tangkas.  Abaikan kes arwah ayah dan umi awak... sebab bila kita dapat tangkap Neo, semuanya akan terbalas.  One bullet for two heads.  Saya harap awak faham,” ujar Tuan Radzi.
Aku angguk. 
Faham benar dengan kerisauan dia dengan emosi aku yang boleh jadi tidak mampu dikawal nanti. 
“Bila kita jalankan operasi ni nanti, saya tak akan letak awak sebagai kedudukan penembak tepat, Naina... awak boleh terima, kan?”  tanya dia sedikit gementar.
Aku hanya mengangguk dan mengangkat tabik hormat penuh disiplin.
“Baik, tuan...” 
“Kalau macam tu, rasanya tak perlu saya terangkan kenapa saya tak bagi awak kedudukan yang biasa awak dapat dalam operasi macam ni,” tokok dia.
Aku menyilang kedua-dua belah tangan ke belakang.  Tenang mendengar dan menerima arahan.
“Faham, tuan...”
Tiada apa lagi yang perlu aku fahami bila Tuan Radzi berkata demikian.  Dan aku juga, tak mahu menanti di satu sudut atau di atas bumbung pada jarak beberapa ratus meter, menanti untuk menembak mati penjenayah yang menolak untuk menyerah. 
Kali ini, aku mahu berdepan empat mata dengan lelaki yang aku mahu temui itu.  Kami pernah bersua tapi mata itu terlindung.  Tak mampu aku cam mata yang punyai panahan jahat itu. 
Biar kali ini, dia bertemu buku dan ruas.  Jika tidak kerana senjata Sniper pun, aku mampu tangani Neo secara berhadapan.  Aku yakin. 
“Sikit lagi maklumat daripada Unit Risikan, kita akan jalankan operasi kita.  Sedia, mental dan fikizal, Naina,” tegur Tuan Radzi membawa aku kembali memandang dia.
Aku senyum dan menjatuhkan kepala. 
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya mohon keluar, Tuan.” 
Tuan Radzi mengangguk. 
Aku tunduk sedikit dan terus berlalu.  Bibir aku tersenyum herot. 
Neo...
Nama itu aku seru berkali-kali atau boleh jadi juga nama Borhan pada asalnya.  Biarpun wajah itu sangat berbeza, tapi dia tetap dia.  Identiti berbeza tapi dia adalah yang aku kehendaki. 
Langkah kemas aku hayunkan menuju ke pejabat sendiri.  Saat melalui meja Amar, dia tiada di situ.  Baru hendak memulas tombol pintu, suara seorang pegawai menegur. 
“Puan Naina...” 
Aku berpaling. 
“Ada orang cari puan dekat menara utama,” sambung dia tanpa aku bersuara. 
“Siapa?” 
Dia jongketkan bahu. 
“Ada yang telefon tadi masa puan jumpa Tuan Radzi,” jelas dia.
Aku senyum.  “Terima kasih, ya?”  ucapku dan dia terus berlalu.
“Siapa?” 
Aku menggaru dahi  yang tidak gatal.  Rambut yang jatuh terjuntai ke dahi, aku tolak ke belakang. 
Tak jadi masuk ke bilik, aku terus menapak laju menuju ke menara utama.  Dalam kepala bertanya tak sudah-sudah, siapa?  Dalam hati yakin dengan dia tapi sungguh ke? 
Setibanya aku di ruang legar menara utama, tercari-cari juga kelibat orang  yang dimaksudkan.  Beberapa kali aku melingas, masih tiada siapa.  Baru hendak bertanya pada kaunter, seseorang mencuit bahuku. 
Pantas aku berpaling. 
Seorang lelaki berkot hitam dan segak tersenyum pada aku. 
Naim...
“You?”  soal aku mencerlung tajam.
“Minum?”  pelawa dia. 
Aku menggeleng. 
“Waktu kerja.”
“I tak kata sekarang... lepas waktu kerja?  Okey?”  cadang dia pula.
Aku menggeleng lagi. 
“I banyak kerja.  I kena stay-back kat ofis.  You datang sini kenapa?” 
“I need you,” jawab Naim pantas.
Aku mengeluh.  Mata memandang sekeliling.  Rasa ada mata yang memerhati.
Pelik bila ada lelaki yang mencari Inspektor Naina di tengah-tengah waktu kerja.  Pastilah menjadi bualan.  Tak pernah-pernah terjadi. 
“You balik jelah, Naim.  I ada banyak kerja kat atas.”  Aku terus berpaling tapi suara Naim menahan.
“You know Neo?”  soal dia.
“What?”  Serta-merta aku berpaling pada dia.
“Siapa dia pada you?  You both?  You dengan Nine?  Neo memusuhi dia juga.  Dia musuh keluarga you ke?  Atau you datang ni nak bantu I bagi maklumat tentang Neo?”  soal aku bertubi-tubi.
Dia mengangguk dan bibirnya menceber. 
“Kalau you ikut I, I akan bagi maklumat pada you tapi bersyarat?”  Naim mula meletakkan tanda urusniaga. 
Aku jongket kening sebelah.  Tangan sudah masuk ke dalam poket jaket dan menekan nombor Amar.  Aku biarkan terpasang saja kerana pada aku, Naim punyai niat yang tak elok tapi bila dia tawarkan maklumat mengenai Neo, aku mahu menerima urusniaga dia.
“Apa syarat you?” 
“You,” jawab Naim.
“You nak I?” 
Dia jatuhkan kepala. 
“I dah lama nak you.  You boleh terima I?” 
Aku menggeleng.  “I bukan bahan untuk you...”  tegas aku menolak.
 “Kidding.”  Naim ketawa. 
“Maksud I tu, I nak minta you temankan I.  Siapa tahu, kan?  Neo tengah follow I, stalk kita dan dia mesti tahu yang I sedang nak beri maklumat tentang dia pada  you...”
Aku ketap bibir.  Aku yakin Amar sedang mendengar perbualan aku dan Naim.  Lambat-lambat aku jatuhkan kepala bersetuju setelah beberapa ketika menimbang kehendak dia. 
“I kena call Tuan Radzi dulu...” 
Dia mengangguk  memberi izin.



KERETA Naim berhenti tepat di depan Hotel Quality.  Cermin mata hitam yang dia pakai dibuka dan diletak di atas dashboard Audi  ini.  Melihatkan Naim begitu, terus mengingatkan aku pada pertemuan pertama kami.  Lebih-lebih lagi pertemuan aku dan Nine sewaktu dia datang ke pejabat Tuan Radzi. 
Hari ini, aku dan Naim bersama dengan tiket maklumat  yang aku mahukan.  Apa  yang merasuk aku ke sini bersama dia dan mengikut kehendak dia, aku tidak pasti. 
Padanlah waktu itu kami dari unit khas ini yang ditugaskan menjaga rombongan mereka.  Rupa-rupanya mereka punyai musuh lama yang mahu menghapuskan mereka bila ada peluang dan ruang. 
“Kita makan sini, okey?”  soal Naim. 
Aku diam. 
Pintu kereta sudah terkuak bila dibuka oleh dua orang  pekerja hotel yang tersenyum mesra. 
Naim keluar segak.  Aku juga mengikut langkah Naim.  Membetulkan kot hitam  yang aku  pakai.  Rambut yang jatuh ke pipi, aku selit ke belakang telinga.  Naim  kini berdiri di sisi.  Kereta telah dibawa pergi. 
“After you...”  Naim bersuara.
Aku tidak membalas sebaliknya, hanya meniti anak tangga menuju ke meja yang telah dikhaskan untuk VVIP dan orang kaya seperti Naim.
“I dah makan,” beritahu aku sedang elok saja aku labuhkan duduk.
Naim angkat kening tinggi.  “Minum?” 
“Water mellon juice... less sweet and ice too.” 
“Itu je?”  Naim menongkat wajah di atas meja.
Aku angguk dan Naim memesan secawan white coffee untuk dirinya.  Setelah pelayan itu berlalu, aku betulkan sedikit senjata yang ada di rusuk kiri.  Mata meliar.  Berjaga-jaga.  Boleh jadi mereka sedang mensasarkan Naim, bukti dan saksi utama yang aku ada setakat ini. 
“Naina...”  seru Naim panjang.
“Ya?”  Kening aku naik.
“I’m talking to you,” keluh dia.
“I dengar, Naim.  You boleh teruskan.  Kalau you sudi beritahu I semua, I akan pastikan  keselamatan you dan seluruh ahli keluarga you.”
“I dah terjaga, Naina.. you tu.”  Bibirnya  muncung pada aku.
“I juga terlatih menjaga diri...”
“Haa...” Mulut Naim terngaga.  
Jari telunjuknya digoyangkan di depan aku. 
“You mungkin tak tahu tapi I tahu... Neo sangat bahaya.  Dia sangat licik, Naina... kalau tak macam mana pasukan you tak boleh tangkap dia.  I dengar you kena culik hari tu?  It that bad?” 
Aku menggeleng dan senyum sinis. 
“Siapa bagi tahu?  Nine?” 
Naim mengangguk. “Kalau hal you, siapa lagi dok kecah-kecah cerita itu ini,” cemik Naim.
“Dia ambil berat pada you walaupun dia tahu dia tak  layak,” sambung Naim.
“I tak datang sini, ikut you untuk dengar you cakap pada Nine.  I nak tahu pasal Neo.  Apa saja yang you tahu dan you jangan risau, I akan pertaruhkan nyawa I untuk keselamatan you...” janji aku.
Naim kedipkan matanya sekali.  “You dah buktikan.  You dah hampir gadaikan nyawa you untuk Nine, kan?” 
Merengus aku dibuatnya dengan kata-kata Naim.
“Kalau macam ni you cakap you nak bantu I dan pihak polis cegah jenayah, you memang mengarut.  I nak balik.  Kalau you ada apa-apa nak bagi tahu, call this number...” 
Aku letakkan sekeping kad di atas meja.  Tepat di depan Naim. 
Letih. 
Sudahlah risau dengan Nine dan juga kes yang sedang kami siasat.  Naim muncul tawarkan diri tapi hampa.  Sekadar hendak mengayat aku, baik dia lupakan. 
“Naina... minum dulu,” laung Naim.
Aku hanya angkat tangan tanpa berpaling. 
Cepat-cepat aku melangkah  keluar daripada Hotel Quality.  Kaki laju mencari hala tuju.  Mencari sebuah teksi hendak kembali ke ibu pejabat dengan rasa hampa berjuta-juta kali menghempap hati.
Lengang. 
Kawasan menanti teksi di depan Menara Tun Ismail Mohamed Ali lengang sedikit.  Tangan aku melambai-lambai beberapa buah teksi tapi kecewa.  Biarpun hari sudah agak petang, namun panasnya tetap membahang. 
Bila aku hendak menahan sebuah lagi teksi, sebuah MPV dari jenis Nissan Elgrand laju menghala ke arah aku.  Cepat-cepat aku mengundur bila dia menggunakan lorong untuk bas dan teksi.
Tak aku duga, kenderaan itu berhenti tepat di depan aku.  Pintu ternganga lebar dan beberapa orang lelaki yang bertopeng muncul lalu menarik tangan aku kasar. 
Kudrat seorang wanita dan tiga orang lelaki mudah saja menewaskan aku.  Tubuh aku terlontar di tengah-tengah kenderaan dan pedal minyak ditekan.  Kereta menderum laju. 
Cecair klorofom yang menyengat menujah ke dalam rongga hidung membuatkan aku tak mampu melawan.  Mata kian layu.  Pandangan pula berbalam.  Bila aku berpaling ke luar tadi, aku nampak senyuman dia. 
Dan  itulah, ingatan terakhir sebelum dunia aku gelap gelita.  

~~> bersambung

RM : do comment... dah bukak untuk komen cik-cik/puan-puan/tuan-tuan anonymous.. harap tak ada spam dah lepas neh.. haih.. ready guys... cerita ni mungkin tak sama dengan yang sebelum n.  tak terbuai malah buat sakit kepala.  Tapi  inilah yang kita panggil, VARIASI... >___<

31 comments:

  1. erm... cubit nak? inilah jadinya kalau baca versi blog. seksa menunggu satu-satu bab. heh. Siapa culik naina? akak rasa komplot Naim tu. dan nine tu ada hubungan [err mungkins edarah atau kisah yg sama dgn naina] dengan Neo @ bokhari.
    huwaa... ni yg malas nak komen. karang akak lak jadi tukang karut nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha....jgn mengarut agi kak

      Delete
  2. Nice....... Go rm :-)

    ReplyDelete
  3. ahhhhh...naina kene culik utk kali kedua??!! nx entry pls... rasa da nak nangis ni...

    Nur

    ReplyDelete
  4. alaaa..naina kena culik lagik..nine cpt tolong

    ReplyDelete
  5. again kne culik..addeeii...suspen la weh...rse mcm nk g ikut sme g cri pjenayah tu..xcited giler..cpt2 nxt n3 cik writer..plzzzzz....:)

    yayo

    ReplyDelete
  6. naina kna culik lg,..sian nyer..sape sebenarnyer dalang ni

    ReplyDelete
  7. mesti Naim a.k.a Neo ni yg culik Naina.

    ReplyDelete
  8. sapekah yang menculik tu??

    ReplyDelete
  9. kena kidnap lg..ayoyoo..nape naina x hati2..scary tul camni..

    ReplyDelete
  10. Tq rm.....
    Marathon sungguh.......3 n3 dlm sehari. Bila nk masuk n3 baru?

    ReplyDelete
  11. adoi.....mkin tak sabar tggu next entri

    ReplyDelete
  12. penembak tepat tp gagal dalam menjangkakan keadaan/ situasi. mudah ditewaskan. mungkin sebab masih hijau dlm unit ni

    ReplyDelete
  13. sakit hati!!... mmg sakit hati!!... dan betul2 buat sakit kepala!!... tapi kan yg last tu, rasa2 mcm naina nampak senyuman neo?.. betul ke?..

    ReplyDelete
  14. arrggggghhhhhh..... sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan.... tengok drama kat TV tak sesakit ini...

    ReplyDelete
  15. takpe.. takpe.... Amar tentu ada mengekori....9 ada memerhati dr jauh.... tapikan...eeeemmmmmmm..... rasa2nya, sumber yg blh dipercayai (yg disebutkan Amar) tentu 9 kan kan kan...takkan lah dia confident sgt..... aduh!!!!!!....RM bukan setakat kena marathon 3 n3 sehari tp kena hbs kan terus HIKC nie...
    -sab-

    ReplyDelete
  16. sape senyum kt dia????

    ReplyDelete
  17. haisy..baru nak panas, dah kejat pulak my jantung. huhuhu........bila nak sambung ni?

    ReplyDelete
  18. sape yg senyum tu ek..ermmm naim?nine?neo?

    ReplyDelete
  19. itulah ....siapa yg senyum kat dia... 3Ns nie mmg menguji tahap IQ lahh....

    ReplyDelete
  20. xsabar nk tunggu nxt episod..hero,nine menyelamatkan heroiin...kot2 nine tu perisik jgk?hahhaha....ikut uncle to for undercover

    ReplyDelete
  21. RM, nak kasi idea la... wat la nine tu spy ala2 komando ker. hahahhaha;p naina n d geng xtau n salah phm kat dia. hahahha..xmo la saspen sgt. skt jantung kami ni RM oiiii=p

    ReplyDelete
  22. hey hey hey confius cerita ning, payah nak tebak jalan cerita nya. Tak sabar . Good job rehan. bijak main perasaan.

    ReplyDelete
  23. rse nak wacha je tp xtaw sape...xkan nak wacha tukang tulis plak..mmg xd ending ler....hahahahaha..

    ReplyDelete
  24. naina wacha je diorg semua..kata gagah perkasa..(ceh,dah cm citer charlie angel..hahahha)

    ReplyDelete
  25. Dah makin fening .ni mesti keja naim yg jeles dgn nine.ape2 tgu sis RM yg putuskan....bedebor sesangat...

    ReplyDelete
  26. oh tq karehan sbb da bukak anonymous ni smula..da lma x komen.
    knpa ase2 mcm Naim ni Neo..jht la ko Naim

    >>k<<

    ReplyDelete
  27. x kn neo culik lg kot.... rsenya la naim = neo la..... alamak takot la plak.... :(

    ReplyDelete
  28. Aku keliru~ menjadi buntu~
    ~T_T~

    ReplyDelete