Tuesday, January 15, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 2


BAB 2

IZUE dan Alan sudah bercekak pinggang.  Aku yang lelah berkejar ke arah mereka hanya mampu tersengih dan menggaru kepala yang berambut pendek.  Tapi tak pendek mana.  Dah boleh diikat pun.  Sedikit panjang dari ranbut Izue dan lebih pendek dari rambut Alan.  Topi aku betulkan.  Aku sengetkan sedikit ke kiri. 

Why you take so long?”  tanya Alan seraya menggendong beg berisi gitar elektrik kesayangannya.  Menapak ke arah kereta Izue.
Sorry, last class before study week.  Kau kan tahu apa aku janji dengan parent aku nak ikut korang ni.”  Aku mengingatkan mereka berdua. 
Izue jongket kening lebatnya.  Bibir merahnya terjuih sedikit. 
Struggle la kau kalau kau sayangkan Cik Kapok kau tu,”  cemik Izue terkekek-kekek ketawa. 
Aku angkat wajah.  “Don’t you dare to tease me!” 
Wish you luck.  Kalau tak… say good bye to us la…”  Alan gelak sakan. 
Huh… aku merengus.  “Kalau macam ni, aku blah…” 
“Eh, nantilah.  Kidding je tadi.  Relaks, Naqi.  Jom, kita dah lewat.” 
Izue mengambil tempat di sebelah penumpang.  Alan masuk ke tempat pemandu dan aku menyumbat diri ke belakang. 
Setelah hampir sejam setengah meredah kesesakan jalan lebuhraya persekutuan, kami tiba di Lake Garden Club.  Letih biarpun bukan aku yang memandu. 
Izue sengih.  “Ketat je muka?”  tegur dia sambil menyendeng beg gitarnya.  Juga beg galas di belakang.
“Takutlah pulak.  Dah lama tak live.”
“Relaks… kita solat dulu.  Dah nak masuk Maghrib ni.  Function diorang lepas Isyak.  Jam 9.00 malam tak silap aku.”  Alan melihat ke pergelangan tangan dan kami sama-sama menapak ke surau yang berdekatan. 
Sunyi sepi.  Jika siang hari, ramai yang berkunjung ke Taman Rama-rama, Taman Burung dan kereta bertali-arus masuk ke sebelah Tanglin sana untuk menikmati ikan bakar  yang dikatakan sedap di gerai makan bersebelahan dengan Methodist Girl School.  Aku sendiri tak pernah menikmatinya.  Hanya ayah dan mak yang galak bercerita. 
Izue dan Alan menuju ke surau lelaki dan aku terus masuk ke surau wanita.  Masih sepi tanpa seorang pun manusia.  Kecut hati tapi lantakkan sudah.  Aku tak buat apa-apa yang salah.  Sekadar mahu menunaikan kewajipan pada Tuhan saja. 
Topi aku buka.  Rambut yang sedikit panjang mencecah bahu aku ikat tocang satu.  Tinggi.  Mendedahkan leher yang putih kekuningan ini.   Jaket kulit aku letak di sisi.  Paip aku buka dan wudhuk aku ratakan ke tubuh. 
Setelah sepuluh minit berselang, aku sudah siap melipat telekung kepunyaan surau.  Bila dah letak topi di atas kepala, menyorok rambut yang sudah panjang ni, aku terus melangkah.  Dari jauh, aku ternampak Izue dan Alan sedang bersandar pada kereta.  Menanti aku. 
Aku duduk memakai sneaker Nike kuning putih itu.  Bila jaket aku sarung ke tubuh, aku bangkit menepuk belakang jeans lusuh dan terus mengatur langkah.  Berjalan sambil melilitkan mafela nipis itu ke leher.  Tak sempat nak menjauh, aku dengar ada suara bersembang. 
“Kejap, aku pergi bilik air.  Kan mula lambat lagi.  Aku tak tahan sangat ni.”  Suara seorang lelaki menerpa pendengaran. 
Aku senyum. 
“Cepat sikit dan ni…”  sahut yang seorang lagi, melambung sesuatu yang nampak samar-samar pada yang ingin ke tandas bersebelahan surau tadi. 
“Gila kau… dalam kereta pun ada spare Crab Tree & Evelyn ni?” 
Aku kerutkan kening?  Crab Tree?  Ketam pokok ke pokok ketam?  Tiba-tiba rasa berminat nak jadi penyibuk.  Aku perlahankan langkah dan memasang telinga.  Dari tempat sedikit tersorok aku nampak seorang lelaki, tegap dan santai bersandar pada sebuah kereta Lancer, andai tidak silap pandangan mata aku. 
“Kau tu nak masuk kereta aku, tangan cuci bersih.  Sebab tu aku bawak pencuci tangan tu bagi kau guna.  Dah tahu dah kau akan bocor sebelum majlis mula pun,” laung yang sedang bersandar pada kereta tadi. 
Aku menggeleng dan merenung tangan aku.  Ada jugak fesyen lelaki macam ni?  Entah apa gelarannya, aku tidak tahu.  Tak ingat yang sebetulnya.  Tapi, lelaki spesis begini menggelikan tapak kaki aku. 
Sudahnya, aku melangkah ke arah Izue dan Alan.  Tangan mereka melambai.  Melaung kuat namaku.
“Naqi, cepat sikit.  Diorang dah call.  Nak rehearsel sikit katanya.  Ada perubahan pulak.”  Bergema suara Alan. 
Huh… suka jerit mengejutkan apa yang sedang lena.  Unggas mungkin, burung ke… Aku merungut sendiri.  Berpaling seketika ke belakang dan aku terperasan di bawah lampu jalan yang sedikit samar, lelaki Crab Tree tadi memandang aku lama.  Cepat-cepat aku melangkah pada Izue dan Alan lalu terus mengajak mereka masuk ke dalam kereta.  Mahu menuju ke destinasi yang sudah dekat.  Fuh… menakutkan! 



READY?”  Soalan Alan tenang.  Dia tersengih. 
Aku kalih pada Izue.  Sibuk memegang gitarnya.  Bermain rythym dan Alan pula hebat dengan bassnya dan aku rasanya terpaksa bermain lead malam ni. 
“Kenapa aku kena lead?”  soal aku memandang hujung jari yang sedikit berkematu kesan menekan tali gitar yang kasar. 
“Sebab lead diorang tak jadi datang.  Yang ada keyboard, singer and drummer jeSo, no choice, babe,” jelas Alan. 
“Relaks… kau terror apa?  Bila lagi nak tunjuk depan orang?  Untung-untung dalam majlis besar macam ni ada pulak orang muzik.  Ajai ke,  KRU ke?  Bertuah kau.”  Izue sudah melalut. 
Dia ingat ini rancangan realiti TV ke apa?  Malas hendak bertekak panjang, aku berdiri tegak.  Gitar elektrik itu aku gantung ke bahu.  String-pitches aku sentuh sedikit.  Mahu memberi tune yang terbaik biarpun dah berkali-kali aku membuat tuning
Ready guys?”  soal seorang lelaki yang tidak aku kenal.  Kawan Alan dan Izue. 
Yeah… we’re ready.  This girl too…”  jawab Alan menjuih padaku. 
Girl?”  Kening lelaki tadi terangkat memandang aku.
Aku sengih pada hujung bibir.  Sedikit sinis.  Cara pandangan dia nampak lacking semacam.  Kenapa?  Perempuan tak hebat main gitar?  Siapa tahu satu hari nanti aku mampu menjadi guitarist terkemuka di Malaysia ni.  Berdiri hebat seperti Yuna mungkin.  Atau lebih hebat seperti Miki Berenyi atau Poison Evy yang tersenarai sebagai pemain gitar wanita terkemuka dunia? 
Izue jongket kening.  Aku mengangguk.  Topi aku rendahkan sedikit.  Gugup tiba-tiba.  Bagai pertama kali membuat persembahan sedangkan entah berapa kali aku dan Cik Kapok aku itu berdiri di pentas sejak dari dulu.  Cuma hari ini, gitar elektrik menemani.  Juga kepunyaan aku bila Alan dan Izue sudi top-upkan duit untuk aku beli gitar ini. 
Buatan Gibson.  Dari jenis kayu Mahogany untuk body, laminate top dan juga neck gitar kerana kualiti kayunya mampu memberikan sustain yang baik.  Namun, fingerboardnya adalah dari jenis kayu Alder atau lebih dikenali sebagai Alnus Rubra di mana untuk melindungi fredboardnya agar tidak cepat nampak kotor. 
“Tak sangka band kau ada girl, Lan?” 
Alan sengih dan menggaru kepala. 
How good is she?” 
Izue ketawa sinis.  “Kau lihat sendiri nanti,” jawab Izue menutup bicara tentang aku bila dia tahu yang aku mula tidak selesa. 
Aku di sini bukan untuk dihitungkan sama ada aku perempuan atau tidak, tapi untuk membuat persembahan. 
Okay guys… ini party kawan kepada kawan aku sebenarnya.  Apa-apa pun, we give them our best.  Good luck,” tambah lelaki tadi mengenyit mata padaku dan terus saja naik ke pentas bila pengacara majlis menyeru band kami. 
Tiba di depan, aku rasa nak tumbang.  Agak ramai.  Lelaki dan wanita bercampur.  Duduk di depan pentas, di laman terbuka Lake Garden Club dengan simbahan lampu neon yang berbagai warna serta lampu sorot yang terarah pada kami di pentas. 
Alan mengambil tempat di sisi.  Izue berdiri tegak di sisi pemain keyboard dan lelaki tadi berdiri di depan microphone.  Dia menggamit aku ke sisinya. 
“You lead… better dok dekat I,” pinta dia dan aku hanya menurut bila semua mata memerhatikan kami dan suara sumbang mula bersorak-sarai.  Saat ini, bermulanya rasa aneh dalam diri. 
Good eveving, ladies… gentlemen.”  Dia di sebelah aku berbicara.
Thanks Ariq jemput sudi beri peluang pada kami dan kami akan berikan persembahan terbaik buat anda.  Yeahh…”  Dia menjerit pula disambut sorakan yang maha kuat.  
Tiba-tiba… suara ayah berdengung.  Sampai bila?  Pesanan emak bergema dalam kepala?  Tak sesuai untuk Naqi lagi dan sindiran Kak Diah memedihkan telinga.  Kau hanyut nanti.  Aku pejamkan mata dan menggeleng.  Rasa aneh melihatkan suasana begini buat pertama kalinya.  Bagai terlalu bebas.  Biarpun aku tidaklah sebaik mana tapi tidak pernah aku dan Alan serta Izue begini.  Rasa  hendak melarikan diri tapi sudah terlambat bila drum stick mula diketuk tiga kali menandakan kami bakal bermula. 
Muzik bermula.  Bass bergema.  Rhythm juga.  Kawan Alan yang tidak aku tahu nama tadi mula mengalunkan suara dan aku terpaksa menekan fingerboard dengan jari kiri yang sedikit menggeletar dan tangan kanan yang mula ligat menyentuh string yang paling halus itu dalam hati aku mengucapkan… Ya Allah.  Kenapa ni? 
Aku hela nafas dalam.  Cuba memfokuskan mindaku pada nyanyian kawan Alan yang aku kira agak sedap suaranya.  Serak basah.  Lagunya juga fresh dan funky.  Baru dicipta katanya, selain daripada menyanyikan lagu-lagu yang sudah sedia ada dari band tersohor tanah air. 
Hingga lagu terakhir mahu dinyanyikan, satu permintaan tak masuk akal aku terima.  Buat aku rasa nak hendak gitar ni ala-ala Linkin Park setelah konsert selesai.  Hancurkan semuanya. 
“Naqi, sing that song.”  Bibir Alan bergerak dan mata kawannya tunak memandang aku.
What song?”  Bahu aku terangkat dan mata mula terjegil pada dia.
“Tanpa.  Your favourite song.  By Sixth Sense….”  Cepat saja Izue menjawab. 
What the heck…”
Please, Naqi,” rayu lelaki, kawan Alan tadi. 
This is not what we planned!”  tekan aku tidak bersetuju. 
“I janji lapan lagu je.  Tapi, kawan I minta sepuluh.  I dah nyanyi lebih sebuah dan minta you nyanyi sebuah lagu untuk penutup.  Apa-apa lagu pun,” rayu dia.
“Lagu orang mati boleh?”  tanyaku bengis.
Alan ketawa.  Izue juga.  “Janganlah.  Last.  Tolong kawan.  Tanpa..,” beritahu Alan pada drummer tanpa persetujuan aku. 
Aku merengus.  Dalam hati aku menyumpah Alan dan Izue.  Celaka punya kawan.  Kenakan aku dan bila penonton sudah bersorak bila drum dipalu dan gitar dipetik, aku mengambil tempat di depan mic
Huh, gugup apatah lagi bila mataku tertancap pada dua orang lelaki yang sedang dihimpit oleh lima orang wanita.  Ada di kiri pentas.  Ditangan masing-masing ada segelas cocktail mungkin atau boleh jadi air yang lain. 
Salah seorang lelaki tadi menarik pandanganku.  Nampak seperti cam.  Susuk tubuhnya dan gaya dia menyendeng pada meja membuatkan aku yakin, dialah orangnya.  Lelaki ketam pokok. 
This is our last song for tonight… just for all of you guys…  Terimalah… Tanpa,” ucapku perlahan dan serta-merta aku lihat lelaki tadi memandang aku. 
Tubuhnya ditegakkan.  Gelas cocktail di tangan diletak di atas meja.  Perempuan yang memegang lengannya ditolak lembut.  Bibirnya tersenyum dan dia menapak ke pentas beberapa langkah.  Berdiri agak dekat dengan kami.  Merenung aku yang mengerling pada dia. 
Jaketnya dibetulkan sedikit.  Rambut yang kemas berkilat itu diraup sedikit.  Bibir yang merah basah itu nampak tersenyum menyenget.  Tangannya di bawa memeluk tubuh dan aku memulakan nyanyian bila tiba pada key-notenya tanpa mengambil kira akan renungan lelaki tadi. 


            Resah… yang kuucap dalam kata
            Melukiskan kesunyian
            Tanpa engkau, aku tak mengerti
            Meski… pagi itu menatapi
            Akan sunyi tanpamu
            Menemani aku… sepi
            Tanpa cintaku aku resah
            Tanpa kasihmu aku hampa
            Tanpa dirimu aku mati
            Kini benar-benar kurasakan
            Dalam benuk hatiku tanpamu
            Aku tak mengerti
            Takut takut jauh dari dirimu
            Kan kau tinggalkan aku sendiri
            Tanpamu kumati


Chorus diulang.  Lagu yang tak sampai lima  minit ini aku rasakan sudah lima puluh minit aku nyanyikan.  Jari semakin ligat menggoreng.  Jiwa semakin resah bila lelaki tadi terus memandang.  Barangkali tak percaya bila suara yang bergema adalah suara seorang kaum hawa dan aku… langsung tak kisah bila aku akhirnya ucapkan terima kasih. 
Tapi sayang, tak sempat nak menutup majlis, hujan turun tiba-tiba.  Aku terkial-kial mencabut wayar dari kotak power amplifier.  Jenuh bila Alan, Izue dan yang lain sudah turun dari pentas mencari tempat berteduh.  Cis punya kawan.  Lupakan aku lagi.  Topi sudah tercabut entah ke mana.  Rambut yang aku ikat lepas bebas.  Mafela yang terlilit pada leher juga terbang sedikit. 
Bila saja aku berjaya memeluk gitar kesayangan aku itu, pergelangan tanganku disambar orang.  Aku terkejut lalu terkaku menerima titisan hujan.  Hingga akhirnya lelaki tadi, menarik tanganku dan membawa aku turut sama berteduh di bawah jaketnya, barulah aku tersedar. 
“Ingatkan band tu tadi semua lelaki.  Tak sangka ada perempuan sorang.  Suara sedap dan skill mantap.  By the way, you can call me, Ariq.  Nashriq,” ujarnya membuatkan langkah aku mati. 
Basah dalam hujan tapi tidak keseorangan kerana dia juga sama berhujan denganku.  Dan aku… rasa nak pitam tapi tak sempat jatuh tersembam bila pinggang aku dipaut kemas.  

~~> bersambung

17 comments:

  1. Apa lagi raiter, sambung~ Haha,,Sorry, demand sungguh pembaca RM ni.

    ReplyDelete
  2. RM, ayat 'Why you take so long' jugak boleh ditukar kepada 'What took you so long?' atau 'Where have you been this whole time?' Sekadar memberi pedapat, kalau salah, maffkan saya.


    IM

    ReplyDelete
  3. suka en3 kali ni...kak Rm mmg tak pernaH mengecewakan...sayang kak RM...

    ReplyDelete
  4. hehehe...dah mula jiwang karatlah si Naqi ni..

    ReplyDelete
  5. next !!.. terbaik :D

    ReplyDelete
  6. Bisakah dh xnak sambung ke?

    ReplyDelete
  7. Ayoyoooo hahaha dah kena peluk dengan kasanova, tak kuasa mak

    ReplyDelete
  8. RM nk n3 lagi....dh syok ni.hehehehe

    ReplyDelete
  9. best..macam dah jatuh cinta dengan novel ni...
    bila nak sambung..

    ReplyDelete
  10. ada yg terpikat pada pandangan pertama....wah2...
    RM, next n3..hehehe...

    ReplyDelete
  11. RM..goreng lggg..grenggg..heheh..

    ReplyDelete
  12. Apa lg nk komen..sbb cerita RM mmg best

    ReplyDelete
  13. walawei... best gilos... heeeeeeeee :D tema skrg psal music... hehehhe i love music :D
    Thanks kak rehan for this new MN hehehhe
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  14. REHAN LAIN DARI YANG LAIN KALI INI...EMMM BERANI MENCUBA.. YEH..

    ReplyDelete
  15. hmmm2....pertemuan pertama kali between naqi & ariq... sweet with hujan yg lebat... love it... :)

    ReplyDelete