Thursday, November 08, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 8

BAB 8

AKU pandang jariku lama.  Masih kosong setelah kedatangan Zayed menziarah keluargaku bersama dengan mama dan ayahnya.  Tapi, itu sudah cukup membuatkan aku tersenyum bila aku terpegang jam tangan berjenama dan mahal milik Zayed yang sentiasa ada di dalam poket slack yang aku pakai.  Taq Heuer.  Tak pernah aku impikan jam tangan begini dan memang tak akan kupakai. 
Sudahlah saiz yang besar malah terang-terang design untuk lelaki macho dan bergaya macam Zayed.  Aku menggariskan senyuman.  Tak mudah untuk aku tiba ke destinasi ini.  Terlalu banyak curiga dan rasa kecewa dalam hatiku.  Tapi, akhirnya tiba juga di depan pintu sebuah istana.  Istana di dalam hati Zayed.  Hanya selangkah saja lagi untuk aku benar-benar merasai nikmat di sebalik kesabaran ini.
Teringat pula pada kata-kata Ziyad.  Jam kesayangan Zayed dan pengakuan Zayed sendiri hari itu setelah kami tertangkap begitu kerana sikap keanak-anak Zayed, mama dan abah mengizinkan  kami bersembang di laman dan itu pun berdua tanpa gangguan.
“Tak malulah awak ni, Zayed.  Kan dah kantoi dengan mak bapak.  Haih…”  Aku merungut-rungut tak puas hati. 
Dia hanya senyum saja.  Kaki disilangkan dan jari telunjuknya mengetuk meja batu tempat kami bersinggah.  Sesekali dia menjeling pada pintu luncur yang terkuak lebar.  Boleh menampakkan ibu dan bapa kami yang sedang rancak bersembang.  Entah apa tajuknya, langsung kami tak tahu.  Barangkali sedang berbicara tentang kami, atau boleh jadi juga tentang kisah lalu mereka. 
Zayed menjelingku lama.  Bibirnya herot dengan senyuman.  “I’m so sorry.  I thought you lie to me.”
Huh, mudah je dia cakap aku tipu dia.  Bila aku pernah menipu?  Mama dan abah serta along dan angah tak pernah ajar aku menipu biarpun sepatah. 
How dare you accuse me, Mr. Zayed?”  Sengaja aku bercekak pinggang dan menjegilkan mata tapi Zayed mencemik.
“Eleh… Zayed tak takut setakat Rina buat muka macam tu,” selanya.
“Tapi sungguhlah tadi.  Mati-mati Zayed ingat Rina saja nak lepaskan diri tapi memang sungguh rupanya.  Malu… malu…”  Dia menggeleng dan gelak sakan.
Aku pandang wajah dia.  Pelik.  Apalah yang rasa kelakar setelah dia dibahan dan disindir oleh ayahnya sendiri. 
“Kena sindir dengan ayah sendiri pun awak boleh gelak ya?”  tanyaku mencari kepastian.
Dia angguk saja.  “Ayah memang macam tu.  So far semua yang saya lalui sekarang ni saya belajar daripada ayah.  Kata ayah, setakat nak berkata cinta tu… toksahlah dok main-mainkan perasaan anak dara orang mentang-mentang diri tu handsome…”
Uwekk… aku buat muka dengan gaya orang hampir muntah mendengarkan dia memuji diri sendiri.  Pertama kali aku lihat Zayed dari sisi wajah yang lain.  Nampak bagaikan budak tadika yang sedang belajar mengorat.
“Kenapa pulak uwek?  Zayed tak buat apa-apa pun lagi?”  tanya dia dengan wajah serius. 
Dah sudah… aku pulak yang tarik muka masam dan Zayed ketawa.  Aku mencemik setelah menenangkan hati sendiri.
“Masalahnya awak tu handsome ke?”  tanyaku lagi.  Sinis namun mata terpaku juga pada dia melihatkan penampilan yang nyata berbeza.
Dia ketawa.  “Compare to that player captain, I’m pretty sure that thing.  Kalau Rina tengok Zayed dalam pakaian kerja, memanglah.  Kan Rina pun tenung Zayed sekarang.  Sah-sahlah Zayed kacak. ”  Zayed ketawa lagi setelah memuji dirinya sendiri.  Aku mencemik.
Tapi pada pandanganku, Ziyad sebenarnya lebih macho dan bergaya serta tegap hendak dibandingkan dengan Zayed kerana kerjayanya sebagai seorang tentera laut menjanjikan semua itu.  Malah lidah Ziyad juga lebih lembut daripada giginya.  Tidak seperti Zayed.  Baru sekarang nampak hendak melentur. 
You are so perah santanlah, Doktor,” bidasku sedikit tapi Zayed tetap ketawa tenang. 
“Tapi, betullah tu… ayah memang pesan macam tu.  Love is nothing compared to a marriage.  Bercinta tak semestinya sampai bernikah dan bila dah bernikah semestinya akan akan bercinta.  You just believe that.  I won’t neglect you.  Don’t worry,” ujarnya meyakinkanku.
Biarpun tanpa cinta saat ini, kami akan bahagia dan mencintai setelah kami dinikahkan nanti dan aku yakin juga begitu setelah mama juga pernah melaluinya.  Hanya berbeza zaman dan waktu tapi Allah tetap satu yang mentadbir hati kami. 
Terharu juga mendengarkan kata-kata indah daripada bibir doktor ni.  Jika tidak, hanya ubat-ubatan dan kaedah rawatan yang dia bicarakan padaku.   Hanya kisah dia di bilik bedah dan kisah dia berhadapan dengan waktu-waktu kronik dengan pesakit saja.  rasa indah saja mendengarkan suaranya hari ini. 
Aku tongkat dagu dan memandang dia lagi.  “Habis tu,  yang dok kepung orang tengah-tengah tangan awak tu, ayah awak yang ajar jugak ke?”  Aku menduga lagi mahu mendengar jawapannya.
Padaku, Zayed mencintaiku dan inilah cara dia meluahkan isi hatinya dan aku sudi menerimanya dengan hati terbuka.  Tiada curiga dan tiada lagi ragu-ragu. 
Dia berdeham beberapa kali dan meleraikan silang kakinya.  Dia juga terus mengalihkan duduknya menjadikan kami berhadapan dengan jarak yang selamat lalu dia juga menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangannya.
“Kalau yang tu, itu ilmu Zayed belajar dengan sorang patient ni dulu,” jawab dia.
Erk… aku telan liur dan mengerutkan kening.  “Sempat lagi tu?”
Dia angguk.  “Ya sempat… dia kata cara dia mengorat arwah isteri dia masa dulu.  masa tu, Zayed masih pelatih macam Rina dulu.  dia satu-satunya patient yang suka sangat bercerita.  Macam-macam pengalaman yang dia kongsikan.  Katanya lagi, biar si dia menanti.  Usah diucap secara zahir kerana hubungan batiniah yang telah Allah tetapkan untuk dua hati yang bakal berjodoh itu terlalu kuat.  Bila hari seterusnya Zayed nak berbual dengan dia, rupanya Allah lagi sayangkan dia.  Pergi bersama kesetiaan dia pada arwah isterinya,” luah Zayed nampak sedikit sebu.
Aku ketap bibir.  Kisah yang lucu tadi sudah bertukar sadis.  Aku tidak tahu semua tu kerana waktu itu aku masih di alam kuliah.  Dia juga tidak pernah bercerita tapi rupanya dia juga berusaha belajar bercinta dengan caranya yang tersendiri.
I am so sorry to hear that…”
Don’t be.  I am so proud of him.  Even he had struggled due to cancer stage four, he full of humor.  Dan katanya, sampai masa… tiba waktu, Allah akan tuntun hati Zayed dan Rina untuk hidup bersama.”
Matanya merenung mataku tajam.  Buat pertama kalinya Zayed merenungku begini.  Segalanya bagai pertama kali terjadi biarpun kami sudah lama mengenali.  Rupa-rupanya, aku baru saja hendak mengenali dia.  Mengenali siapa dia Ahmad Zayed yang sebenarnya tanpa ada panggilan doktor pada pangkal namanya. 
Bibirnya tersenyum dan terkumat-kamit seketika.  Aku tahu dia sedang menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah pesakit yang dikatakannya itu.  Aku diam memerhati hingga dia menghela nafasnya.
“Are you okay?”  Risau pula aku jadinya melihat dia sedikit beremosi.
Yeah, I’m fine.  Don’t worry.  I will always fine since you are here.  Beside me, smile to me, care about me and please… love me,” ucap dia sedikit merayu.
Aku kejung.  Tubuhku tegak tiba-tiba.  Matanya terkebil-kebil mendengarkan rayuan dia. 
Will you?” 
Aku angguk bagaikan dipukau.  “But you don’t…”  Saja aku mahu memancing pengakuannya secara langsung.
So soon… so soon.”  Matanya dikedipkan sekali. 
Aku hela nafas lega dan mengangguk.  Akan kunanti saat itu tiba dalam diari hidup kami.  Diari yang telah dicatit oleh takdir Allah sejak di azali.  Diari hidup yang tak mampu sesiapa ubahnya melainkan mati memisahkan. 
Zayed diam seketika.  Aku terus memandang dia dengan penuh rasa kasih sayang.  Sungguh aku jatuh kasih padanya.  Kasih yang aku sendiri tidak sedar sejak bila tapi kuyakin sudah lama bertapak.
“Kenapa renung Zayed?”
“Macam mana Zayed boleh jadi doktor sakit, puan?”
I don’t know.  It just like that.  Tapi, so far Zayed bersyukur.  Sebab dengan tu, Zayed sangat-sangat hargai wanita.  Diorang bertarung hidup mati untuk memberi zuriat.  How can a man can pay for that.  Semua ni buat Zayed insaf,” jawab dia. 
“Kenapa tanya?  Cemburu?”  Keningnya naik tinggi. Aku tahu apa yang berlegar dalam kepalanya. 
Aku pula, hendak dikatakan cemburu, adalah juga tapi tidaklah teruk.  Sudah tugasnya.  Apa yang hendak aku katakan.  Aku mengerti dan benar-benar mengerti.
“Jangan risau… Rina nanti Zayed sendiri sambut.  Zayed tak izinkan sesiapa melainkan doktor wanita,” beritahu dia tegas.
Aku ketawa tiba-tiba.  “Zayed yang cemburu sebenarnya,” ejekku.
Wajahnya terus didekatkan sedikit padaku membuatkan tawaku mati.  Aku telan liur berkali-kali bila dia sengaja menghembuskan nafasnya ke wajahku.
As a doctor, I won’t.  But as a husband, I am not sure.  But I think, yes.”
Aku tarik nafas sedikit dan menelan liur berkali-kali.  Lama kami begitu.  rasanya mama dan abah sudah menetapkan tarikh untuk majlis pertunangan kami dan majlis akad nikah serta kenduri kahwinnya dan aku di sini sedang belajar bercinta atau lebih tepat lagi menerima ubat bius cinta yang mula membuatkan seluruh pergerakanku kaku.  Kebas. 
Zayed sengih lama-lama tapi aku tetap begitu.  Tak mampu hendak beralih.
“Berhenti renung Zayed.  Your sis and brother are coming,” gumam dia tapi aku menggeleng.
“Jangan  nak kelepet Rina.”
I am not,” balas dia dan serta merta dia menjauhkan wajahnya dan ketawa.
“Bila dua orang doktor bercinta, agak-agak cerita pada ubat atau pun buat rawatan mata sampai naik terjojol anak mata Rina tenung Doktor Zayed?”
Aku jegilkan mata dan Zayed terus bangkit menekan perutnya menahan gelak.  Aku berkalih dan ternyata abangku, Zafrin dan juga isterinya, Kak Ngah Haqmi yang sedang sarat sedang berdiri tegak di belakangku dengan kening yang terjongket.
“Mama kata, angah pergi jenguk Rina.  Karang ditelannya Zayed tu hidup-hidup.  Mama pun takut cara Rina tenung Zayed.”  Kening angah terangkat dan aku menggaru kepala yang tidak gatal. 
“Tak lama lagi, makin meriah keluarga kita, bang,” tokok kak ngah pula dan aku terus bangkit dan berlari masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur.
Sempat aku menerima gelak tawa Zayed.  Cis kau wahai kek.  Boleh dia pulangkan paku buah keras pada aku.  Haih…  ini mahu tujuh keturunan angah akan bahankanku. 



JARI manis yang masih kosong itu terus aku pandang.  Tak lama lagi bakal terisi.  Wajah Zayed hilang.  Kisah tempoh  hari juga hilang.   Yang ada hanya harapan dan doa.  Hari ini, aku dah  kerja siang.  Yang sedihnya, Zayed pula bertugas malam hari.  Jadi, sudah beberapa hari tak sempat nak jumpa dia.  jika ada pun, dari kejauhan saja. 
Tiba-tiba rasa ralat.  Baru nak berkembang dengan baik kuncup pula hubungan kami.  Tapi, apa nak kisah.  Sementara kami masih belum halal untuk diri masing-masing, biarlah dia dengan kerjayanya.  Setidak-tidaknya, kami masih lagi di bawah satu bumbung hospital yang sama.  Aku terus menggariskan senyuman.  Rindu dia, bisik hatiku. 
Jam Zayed aku pandang lagi.  Masa terus berdetik tanpa menanti kita.  Berlalu begitu saja dan usah sesekali kita persiakan.  Waktu melawat wad telah tiba.  Kali ini, aku jaga wad lelaki pula.  Sudah menjadi kebiasaan sebagai doktor biasa sepertiku.   Jadual pasti berubah. 
Pantas, aku bangkit hendak menunaikan tanggungjawab sesama insan.  Tanggungjawab pada pesakit dengan harapa agar mereka kembali sembuh.  Setakat ini, aku tidak pernah berhadapan dengan kematian.  Setakat yang parah itu juga, Tuhan masih mahu menyelamatkan mereka.  Membantu kami memberi rawatan yang terbaik.  Jika benar, satu hari nanti ditakdirkan aku berhadapan dengan kematian dan itu pun setelah aku tidak mampu merawatnya, tak mampu aku kata apa-apa.  Hanya mampu berserah saja dan terus berusaha keras. 
Baru saja hendak menapak, telefon bimbitku bergetar.  Aku capai dari dalam poket seluar dan nama Zayed tertera pada skrin.

            Malam ni dinner.  Lewat sikit.  Kita gain weight together.

Aku ketawa halus.  Asyik ajak aku makan malam je.  Buatnya aku benar-benar berubah saiz, mahukah dia menunaikan janjinya.  Lelaki… setidak-tidaknya pasti dia punyai impian yang miliki yang sempurna biarpun aku ini banyak celanya. 

            I am afraid u run away if I’m getting fat.

Tidak lama setelah itu dia membalas.

            Jgn risau.  Selagi nama Rina, Zafrina… gemuk ke kurus ke, Zayed
            tetap Zayed.

Aku mencemik sendiri.  Lelaki bermulut manis.  Tambahan pula lidah dia kian melentur belajar mengayat aku lebih tepat lagi belajar bercinta biarpun tak pernah sekalipun dia ucapkan cinta padaku. 

            Liar

Dia membalas ku pula.

            Nope… lover. J

Aku ketawa sendiri.  Pesanan ringkas terakhirnya tidak kubalas.  Tidak kunyatakan okey atau pun tidak kerana aku yakin, Zayed sudah sedia maklum yang pelawaannya jarang aku tolak melainkan tubuh benar-benar keletihan atau juga aku punyai hal lain. 
Langkah kakiku maju dan dalam perjalanan ke wad, aku bertembung dengan Mia.  Uik… tak ikut Zayed kerja malam ke?
“Doktor,” tegur Mia lembut.
Aku hentikan langkah dan tersenyum mesra.  “Tukar jadual jugak ke?”
Dia angguk.  “Saya dengan doktor pulak kali ni.”
Aku jongketkan kening dan bulatkan mata sedikit tanda terkejut. 
“Waa… ingatkan  masih dengan Doktor Zayed,” komenku.
Dia menggeleng pula kali ini.
“Okeylah kalau macam tu.  Saya berbesar hati bertugas dengan awak, Mia,” beritahu pada dia dan dia hanya tersengih.
Kami berjalan seiringan ke wad.  Tak sabar menanti malam.  Pada mama dan abah telah kukirimkan pesan.  Jika masih ada tugas setelah tamat waktu kerja, aku akan terus keluar dengan Zayed.  Jika tidak, aku pasti kembali.  

~~> bersambung

35 comments:

  1. Switnyer zayed...ntah ape rintangan la pulax lps ni?

    ReplyDelete
  2. mia ni akan jd 'pengganggu' ke?

    ReplyDelete
  3. besh!!!!!jtuh cnta lg..lg2 aku cnta dngn dr.zayed....

    ReplyDelete
  4. waaa mjur sempat bace entri cik writer sblm brodband expired keke,. kumpul la dulu rindu tu bnyk2 doktor berdua,.ble da jumpa bru la tau nk hargai each other keke,.

    ReplyDelete
  5. makin lama makin matang Zayed-Zafrina... Rehan, as usual, good job!

    ReplyDelete
  6. kak an...smbil baca sambil senget...alahai rmantiknye...kelaut hati nie!
    mau lagi la!!

    ReplyDelete
  7. ayat bukan main manis ag eh..kencing manis kami dibuatnya..nsib baik pendek. kalo x lenguh pipi dok sengeh2

    >>k<<

    ReplyDelete
  8. ai wondering... apa peranan MIA dalam citer ni.. ? hmm..
    ~acu~

    ReplyDelete
  9. adui..zayid da kalah da ke?wawawa sdih2..
    pape pon,zayed ttap best..makin nakal na..haha
    nk lgi nk lgi nk lgi nk lgi..huhu tamaknya =D

    ReplyDelete
  10. akad dulu dah sah,than get on be loving couple..andai tak tahan godaan pun or terlanjur,pasti ganjaran nye pahala..suke nye ngan prinsip zayed kawin lu baru bercinta...selamat dari godaan syaitan....Amin

    ReplyDelete
  11. Zayed dah mula tunjuk taring...hehe
    -ieja-

    ReplyDelete
  12. kenapa hero kak rehan so sweet sumenye. kalaulah boleh order hero mcm nikan best.

    ReplyDelete
  13. Cinta berjarak waktu....

    ReplyDelete
  14. xyah ler ada byk sgt conflict..sian kt rina-zayed..huhu..

    ReplyDelete
  15. Kak Rehannn! Memang terjatuh bergolek terlentang cinta dgn Zayed. Haihh untungnya Rina :( Anyway, thanks kak Rehan, and we want more, hihihihi. Oh and yeah, I've read BNS, and it's awesome! Goodjob kak! :D

    ReplyDelete
  16. Betul tu cakap Abang Ngah bila 2 orang doktor bercinta .. bercerita tentang ubat atau buat rawatan mata.... hahaha.... so sweet Zayed ni bila bercinta ... buat Rina takut ja.... bukan rina ja takut ...kak sue yang baca pun naik seram.... takut tergodaaaa.... hehehe

    ReplyDelete
  17. sweet gila.. jgn kene diabetis udah le... tp mcm sense something x elok akan berlaku.. jgn la.. mintak2 andaian ku sahaja.. iskh3

    ReplyDelete
  18. setia menanti n3 ... :D

    ReplyDelete
  19. lebih suka penulisan cik rehan fully in malay.. dlm english tak rasa romantisnya.. bkn masalah grammer atau apa cuma kalau fully in malay barula dpt "rasa".. xsemestinye doktor akan speaking jek... pls cik rehan kekalkan gaya penulisan yg dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. i like this new style of writing from rm.. kadang2 certain words or conversation tu kalau in malay dia cam tak sampai ke hati.. the tendancy to have an english conversation between doctors is norm even to other people.. except rm has to improve the grammatical error..
      rm - just an honest suggestion - before posting the new entry (if the entry has some english sentences) why don't you ask someone to run thru it.. so that what ever mistakes made could be rectify immediately and in a way it is an improvement for your esteem too.. lg lah kelas baca your work of art.. anyway rm keep up the good work.. hope rm tak kecik hati yer and sorry kalau my comments made you sad.. along

      Delete
  20. Jgn mia wat problem, n zayid pulak jd hero rina.
    Haishhh.. Sbb skrg mcm mudah je laluan depa.

    ReplyDelete
  21. haha ni nanti mesti mia buat kacau . hahahha

    ReplyDelete
  22. jangan mia nak teaman tugas dr rina sebab nak cucuk jarum dah....jgn goyah ya rina....kena cekal dan tetap pendirian...dr zayed tu baik kan..

    ReplyDelete
  23. sweett sgt cara pencintaan yg hanya bermakna jika keinginan batiniah di ikuti dan bukan keinginan nafsu...

    ermmm syiok...

    tp adakah Mia?

    ReplyDelete
  24. mak ai "TAQ HEUER" zayed bg untk mlmar secara xrasmi ....bkan murah2 tuuuuu...puluhan ribu pnye harga tuuuu..rina klu xtrima zayed xpe....ape2 hal trima jam tu dulu hehehe....mata RMMMMMMM...

    ReplyDelete
  25. Mia ni sj ke tukar jadual bertugas?

    ReplyDelete
  26. wahahhahhaha!!! comel... LIAR!!
    NOPE LOVER..... hehehehhe comel.... thanks kak rehan good job ^_^
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  27. A bit of correction utk bg sdp skt u'r english......

    1. I thought you were lying to me
    2. How dare you accused me of lying to u
    3. Even when he was struggling with/through stage four cancer, he was still full of humor
    4. I'll always be fine as long as you are always here..... Standing beside me, smiling at me, caring about me and please,.....loving me.
    5. Soon enough....soon enough
    6. How can a man atone/pay for that.

    ReplyDelete
  28. prinsip zayed mmg bagus.dah th xmmpu kawal diri maka kekalkan jarak.itu yg terbaik.emm,Mia ni akn jd pengganggu ker?=='

    ReplyDelete