Thursday, November 22, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 15


BAB 15

AKU tebarkan pandangan ke seluruh laman kala melepak di balkoni.  Riuh dengan suara along bertempik melarang Auni dan Aina berlari di seluruh laman. 

“Auni… Aina… boleh tak jangan berlari tengah-tengah malam ni?  Papa bagi keluar ambil angin je.  Bukan berlari.  Karang nak tidur kena mandi balik dah tergolek-golek atas rumput,” bebek along.  Dah macam datuk pun ada. 
Aku ketawa kecil apatah lagi melihatkan kak long perlahan-lahan menapak menuju ke arah suaminya tapi tak sempat nak duduk lagi along bercekak pinggang.
“Hah… yang Resa ni nak pergi mana malam-malam buta ni?  Awak tu baru je habis pantang.  Masuk angin nanti.  Dah pergi masuk sana.  Biar abang  heret budak-budak ni masuk.  Geram sungguh papa,” sambung along lagi dengan bebelan manja dia.  Sejak akhir-akhir ni suka sangat membebel. 
“Resa nak duduk kat luar juga dengan diorang.”  Aku nampak kak long menjuihkan bibirnya ke arah abah, mama, angah dan isterinya yang ada di tengah laman tapi along menggeleng. 
“Kalau Resa tak nak masuk biar abang bawa masuk.  Kurung terus dalam bilik alang-alang dah habis pantang ni…” 
Suara along mati dan dia terus mencempung tubuh isterinya membawa kak long masuk ke dalam.  Aku tekup mulut menahan tawa.  Biarpun bukan kali pertama aku tengok layanan along pada isterinya, tapi bagaikan kali pertama dulu dan aku berharap Zayed juga sehebat itu dengan caya yang tersendiri. 
Malam kian pekat, tapi hati aku bersinar terang.  Sambil-sambil menikmati angin malam yang mendamaikan.  Membiarkan rambut yang basah lepas begitu saja tanpa ada niat hendak mengeringkannya.  Resah hati dibawa pergi. Yang ada hanyalah cinta  yang semakin kukuh bersemi. 
“Nanti rambut ni tak cantik kalau dibiarkan kering sendiri.”  Aku terkejut sedikit bila ada tangan yang memegang rambut aku. 
Aku berpaling tapi Zayed melarang.  “Abang nak keringkan rambut Rina ni,” ujarnya lalu aku rasa dia mengelap rambutku dengan sehelai tuala.
“Tak apalah… nanti Rina pakai hair-dryer.”
“Owh… tak boleh.  Mama abang dari dulu sampai sekarang tak pernah pakai pengering rambut.  Abang rasa rambut mama dan cantik biarpun beruban dah sekarang dan bila pertama kali abang tengok rambut Rina semalam, abang rasa…”  Tingkahnya terhenti. 
Zayed mendekatkan bibirnya ke telingaku.  “… rambut Rina adalah tercantik buat abang.  Rambut yang selama ini tersorok dan juga dari hujung rambut sampai hujung kaki Rina semuanya indah memukau mata abang,” sambung dia romantis.
Aku ketawa halus menyembunyikan rasa malu.  Bila teringatkan segalanya rasa tak nak ingat dah.  Biar hilang ingatan sekejap dan cipta kenangan baru pula. 
Zayed kembali mengelap rambut aku penuh tertib.  Aku rasa sehelai demi sehelai dia selak rambut aku ni.  Bila aku mahu berpaling, dia menghalang lagi. 
“Abang dah tengok gambar nikah kita,” beritahu dia.
“Owh… cantik tak?”  soalku teruja. 
Tak sabar rasanya nak tengok gambar-gambar tu.  kenangan yang kami abadikan di dalam gambar-gambar tersebut sebenarnya sudah tersemat kemas di hati.
Dia ketawa  halus.  “Sangat cantik dengan make-up Rina comot,” jawab dia.
Aku terjerit kecil.  “Siapa suruh buat gimik?” 
Geram sungguh aku mengingatkan hari itu.  Angah pun boleh tahan.  Kemain tangkap gambar waktu tu. 
“Abang tak buat gimik tapi spontan je tu Ziyad masuk dulu sebab abang mama tahan kemaskan sampinlah, songkoklah.  Lagipun, abang gugup masa tu.  Sangat-sangat gugup.”
Aku sengih dan terus berpaling pada dia dan Zayed mengeluh.  “Kan abang tengah keringkan rambut ni.”
“Abang cakap lagi sekali,” suruhku tanpa menghiraukan wajah dia yang berkerut dan tangannya yang masih mahu mencapai rambut aku.
“Cakap apa?”  Terpinga-pinga wajah Zayed.
“Yang abang cakap lepas kita nikah tu…”
Aku sengih.  Teringin sungguh nak dengar lagi sekali ungkapan cinta darinya.  Nak tahu siapa  yang akan kalah antara kami dalam hal-hal romantik ni.
Zayed angkat kening.  “Nak test keromantikan abang ke?  Tak nak mengaku kalah lagi tentang semalam?”  tanya dia.
Aku ketawa lepas dan menutup mulut kemudiannya bila terperasaan ahli keluarga lain yang ada kat bawah tu dah  memandang ke arah kami.
“Itu lain, ini lain.”
“Tak ada yang lain, sayang.  Sama je.”
“Tak…”  Aku menangkis dengan wajah tak puas hati.
“Okey… kalau kali ini Rina kalah abang ada hukuman,” bisik Zayed lagi.  Sengihnya nampak nakal. 
Tapi aku tak kalah.  Terus mengangguk.  Zayed menggapai jemariku.  Dipegangnya lembut sebelum berbicara. 
“Dulu Rina panggil abang sayang tapi terhenti seketika.  Masa tu, tak ada abang dalam keluarga Rina dan hari ini, abang akan jadi satu-satunya lelaki  yang akan Rina panggil abang seumur hidup Rina dan rambut ini serta perhiasan lain milik Rina untuk pandangan mata abang je.  Hanya abang layak menatap apa yang ada pada Rina seperti mana abang nak persembahkan segalanya yang ada pada abang untuk Rina,” ujar Zayed.
“Usah Rina katakan cinta, malah nyawa juga abang sanggup pertaruhkan demi Rina.  Jika dulu abang tak mampu tapi hari ini, Allah merestui.  Jika tidak, tak mungkin kita di sini berkat kekuatan hati Rina pertahankan cinta Rina buat abang biarpun ada  yang menggoda.”  Zayed telan liur lagi. 
Jari-jemariku semakin kuat digenggamnya.  Matanya semakin redup menikam wajahku dan sesekali dia menggapai rambutku dan  mengucupnya lembut. 
“Dan rambut basah ni buatkan Rina nampak sejuta kali lebih menggoda,” sambung dia menutup bicara. 
“Itu je?”  Aku angkat kening mencabarnya lagi.
“Tak mengaku kalah?” 
Aku menggeleng.
“Okey.  Your turn,” suruh Zayed dan aku tanpa bicara sekadar diam membisu dan kubiarkan bahasa tubuh bersuara. 



TINGKAHKU tak ubah bagaikan lipas kudung.  Terkejar ke sana-sini.  Sesudah kenduri kahwin aku, sampai hari ni mama sakit pinggang.  Mujur tak demam.  Abah hanya ketawa bila mama mengadu.  Kata abah, nak pakai wedding planner, mama nak buat sendiri semuanya. 
Puas hati… memang puas hati.  Tapi, tubuh tua mama jadi mangsa.  Jadi hari ini, aku ambil alih tugas mama dari Subuh tadi lagi.  Memandangkan dua orang kakak iparku tak mampu membantu setakat ini. 
Abah, along, angah dan Zayed ke masjid  menunaikan Subuh berjemaah.  Aku pula hanya di bilik dan bila aku tolak pintu bilik mama, dia duduk bersandar pada katil dengan telekung yang masih ada pada tubuh.  Nampak penat sungguh wajah ayu itu. 
Bila aku berlalu ke bilik angah pula, kak ngah sedang menunaikan solat duduk.  Perut yang besar amat tu pasti membataskan pergerakannya dan akhir sekali bila aku mengetuk daun pintu bilik kak long, dia sedang menyusukan Zakhri Adha. 
Tak sedar waktu berlalu.  Terlalu sibuk di dapur.  Bila aku tersedar, ada tangan sejuk yang memeluk pinggang aku.
“Eh, bila balik?  Tak dengar bunyi pintu pun?”  Aku panjangkan leher ke ruang tamu.  Mengintai dari dinding dapur.  Aku nampak abah dan abang-abang aku memanjat tangga menuju ke bilik masing-masing.
“Mana nak dengar kalau sayang mengelamun,” sela Zayed dan dia terus perkemaskan pelukan. 
“Abang…”
“Ya, sayang,” sahut Zayed tak sempat aku habiskan ayat.  Romantis dah syahdu saja sahutan itu.
“Rina kan tengah nak sediakan sarapan ni,” tegurku berharap agar dia mengerti bahasa berlapik aku ni meminta dia meleraikan pelukan. 
“Jadi?” 
Boleh pulak dia buat tak tahu.  “Lepaslah.  Nanti lambat ke hospital pulak.”
“Kenapa cuti Rina lulus sikit je sedangkan abang cecah seminggu lebih?”
Bila dia masih tak nak leraikan pelukan, aku terpaksa merelakan saja.  Kepala pili aku putar.  Tangan aku basuh lama dan sebilah pisau aku capai hendak memotong timun untuk menjadi pelengkap hidangan nasi lemak kami pagi ini.
“Itu abang kena tanya orang atasanlah.  Abang siapa Rina siapa.”  Sengaja aku berbicara demikian.  Bajet berjauh hatilah.  Tapi sungguh.  Tak sempat berbuat apa.  Dah kena masuk kerja. 
“Rina isteri abang dan abang suami Rina.  Betul tak jawapan abang, sayang?”  Zayed menjawab soalanku polos dan sengaja mempermainkan aku. 
“Abang ni main-mainkan Rina, ya?” 
Zayed ketawa.  “Mana ada mainkan.  Abang bagi jawapan tu dan sekarang giliran Rina pula bagi jawapan dekat abang.”
Aku berusaha berpaling menghadap Zayed.  Pisau aku lepaskan dari pegangan dan  aku sandarkan belakangku pada kabinet dapur.  Merenung dia yang masih setia melilit pinggang aku.  Nampak segak sungguh dia berbaju Melayu dan berkain pelikat ni.  Siap berkopiah lagi.
“Abang nak tanya apa?”
“Sarapan abang mana?” Keningnya terangkat beberapa kali.
Aku menjuihkan bibir pada hidangan yang sedang aku siapkan di atas meja.  Tinggal kan angkut ke meja di ruang makan kat depan je lagi. 
“Kan Rina tengah siapkan.  Tinggal nak potong timun ni je.  Abang kacau terus terbantut kerja,” keluhku sedikit. 
Zayed menggeleng.  “Abang tahu isteri abang ni pandai masak… kan abang pernah cakap satu perkara dulu… masa Rina bawa makanan untuk abang.  Abang tak sabar nak makan…”  Zayed menghentikan bicaranya dan membawa bibirnya dekat ke telingaku.
“… Rina,” bisik dia.
Aku jegilkan mata.  “What?  Maksudkan abang bukan tersasullah masa tu, ya?” 
 “Abang sengajalah.  So, bila boleh ni?” Dia angguk dan ketawa halus. 
Stop it, doctor.”  Aku dah mula bercekak pinggang tapi Zayed tetap tenang. 
I can’t stop my self,” gumam dia dan semakin hampir kembali padaku. 
“Ini dapurlah…”
“Betullah tu… bukan bilik air dalam tab mandi ke apa ke?” Dia menjawab balik.
“Haih… abang ni, kan?”  tegurku dan Zayed ketawa lepas. 
“Abang usik jelah.”  Dia menjauh sedikit dan melompat duduk di atas kabinet memerhatikan aku yang sedang memotong timun.
“Kenapa pakai tudung?”  Tiba-tiba Zayed menyoal dan aku berhenti dari memotong timun.
“Apa jenis soalan tu, ya?”  dugaku.  Geram sungguh.  Bukan dia tak tahu tapi sengaja nak menduga sabar pagi-pagi yang semakin hangat ni. 
Dia sengetkan kepala sedikit sambil mencebirkan bibir sebelum diambil sekeping timun yang aku potong dan disuapkan ke mulut dia. 
“Oh…”  Mata dia membulat.  “Abang tahu kenapa.  Jangan jawab.”  Dia ketawa seketika dan disuapkan sekeping lagi timun itu. 
“Abang jangan tanya soalan bukan-bukan lagi tau…  sajalah tu nak kenakan orang.  Tak sayangkan oranglah tu, kan?”  Sambil potong timun, sambil aku membebel manja. 
Tanpa aku sangka, Zayed memegang pergelangan tangan aku dan menarik pisau yang tajam berkilat itu dari tanganku dan diletakkan di atas tapak tangannya.
“Siapa cakap abang usik sebab abang tak sayang?  Kalau Rina tak percaya, nak…”  Dia suakan pisau itu padaku membuatkan dahiku berkerut.
“Nak buat apa?” 
Scalpel tak ada, pisau ni pun boleh.  Rina belah dada abang.  Simpan hati abang dengan Rina moga Rina tahu setiap saat abang rindukan Rina.  Cintakan Rina sangat-sangat,” ucap dia separuh berbisik membuatkan aku terlopong sendiri.
“Apa abang ni?  Rina gurau jelah.”  Pisau itu aku tarik dan aku letak cermat di dalam sinki dan membawa tubuhku berada di tengah-tengah antara dua belah lututnya. 
“Ya ke?”
Aku angguk pantas. 
“Kalau sayang… nah makan sikit timun ni…”  Didekatkan mukanya dengan muka aku. 
Aku jegilkan mata.  “Ini kan abang tengah makan?”
“Sebab tu abang suruh Rina makan sama.  Sama-sama merasa,” jawab dia dan aku tiada pilihan bila dia ajak berkongsi kasih.  Eleh… ada batu-bata di sebalik plaster rupanya.



HARI ni rasa luar biasa.  Tersangatlah ramai pesakit apatah lagi aku ditugaskan menjaga bahagian pesakit luar.  Pagi tadi sempat juga diusik teman-teman.  Biasalah pengantin baru yang dah masuk kerja seminggu dah pun sedangkan suami masih lagi bersenang-senang cuti. 
Dari jauh, aku nampak Mia yang sedang berjalan keluar melalui kantin sedang aku berjalan menjauh daripada kantin. 
“Mia,” panggilku agak kuat dan dia terus melambai aku. 
Aku menggamit dia mendekat.  Mia berpisah dengan beberapa orang lagi teman-temannya dan terus menghampiri aku.
“Rindu nak kerja dengan awaklah, Mia,” ujarku jujur. 
Dia ketawa.  “Saya pun,” selanya. 
Aku sengih dan melabuhkan duduk di atas bangku kayu dekat dengan kantin.  Mia juga sama.
“Baru rehat ke, doktor?” 
Aku angguk.  “Letih sikit dok pesakit luar.  Nak-nak cuaca sekarang, ramai betul yang kurang sihat.  Kalau yang baby tu sedih saya tengok batuk-batuk, kan?  Nak bagi ubat lebih-lebih tak sesuai dengan umur diorang,” beritahuku pada Mia.
“Doktor nak saya bantu ke?” 
“Jadual awak kat wad lelaki, kan?” 
Dia angguk.  “Saya boleh mohon kalau doktor nak.”
“Toksahlah, Mia.”  Aku menggeleng.  “Nanti apa pulak orang cakap pasal saya.”
Kami sama-sama diam seketika.  Tapi, aku tiba-tiba teringatkan seseorang.  Rasanya ingatan ini makin hari makin tebal cuma tak berkesempatan nak melawat je.  Apa-apa pun, aku tetap mendoakan dia moga semakin sembuh di sana.
“Awak ada dengar khabar pasal Teratai tak?”
Wajah Mia berkerut.  “Teratai?” 
“Ya… Teratai Nur binti Nordin tu…”
“Owh… pesakit yang ketagihan tu, ya?” 
Aku angguk. 
“Ada juga doktor saya risik-risik.  Sembang-sembang kosong dengan kawan-kawan.  Katanya, teruk juga dia kat dalam pusat tu.  Mengamuk jugaklah nak bertahan daripada benda kotor tu,” beritahu Mia.
“Teringin nak melawat dia tapi masa tak mengizinkanlah Mia,” aduku.
“Tak apa, doktor.  Lain kali boleh pergi.”
Aku angguk. 
“Nama dia unik kan, doktor?” 
Aku kalih pada Mia dan mengangguk lagi.  “Sangat unik, kan?  Tapi sayang… macam tu pulak jadinya.” 
Sungguh aku kesal.  Tak tahu kenapa, aku rasa dekat dengan dia.  Rasa kasihanku pada dia menggunung.  Sungguh aku mahu selamatkan dia selagi termampu.  Biar dia lepas bebas dari belenggu dadah. 
“Adalah tu kesudahan yang baik buat dia, doktor,” ujar Mia dan aku sekali lagi mengiyakan. 
“Okeylah, Mia… saya nak ke surau kejap.  Nak ikut?”  ajakku seraya bangkit tapi Mia menggeleng.
“Saya nak jumpa orang kejap,” jawab Mia.
“Siapa?”  Eh tiba-tiba pulak aku menyibuk nak tahu tapi sudah kutelah.  Pastilah  kekasih hati.
“Saya.”
Aku mengerutkan dahi dan berpaling.  Aku tahu pasti seseorang yang istimewa pada hati Mia tapi ini kan…
“Encik Ziyad?” 
Dia angguk.  “Bertemu lagi lepas seminggu lebih dah you jadi isteri Zayed,” ujar dia.
Aku mengangguk beberapa kali.  “You dengan Mia…”  Aku pandang keduanya.
Ziyad ketawa.  “Kawan-kawan… try and error,” jawab dia tanpa mempedulikan perasaan Mia yang barangkali terluka.
“You ni tak berubahlah…”
“Tapi you berubah,” tegur Ziyad.
“Apa yang berubahnya?” 
Ziyad memandang aku dari atas ke bawah dan begitulah sebaliknya.  Ikut suka dia je renung orang.
“Makin cantik lepas jadi isteri orang,” puji dia entahkan ikhlas entahkan tidak.
Aku ketawa kecil.  “Kalau macam tu, I tinggalkan you all berdua jelah, ya?”
Baru aku nak berlalu, Ziyad memanggil dan meminta izin hendak berbicara.  Tentang apa aku pun tak pasti tapi kami berdua je dan Mia dia suruh jadi tunggul kat situ. 
“Apa?” 
“I ada satu soalan nak tanya you.”  Ziyad memulakan bicara.
“Tentang?”
“Kita.”
Aku menggeleng dan mengucap panjang.  “Mana ada hal antara kita, Encik Ziyad.  I hormat you sebagai sepupu suami I,” jelasku.
“You tak rasa I ikhlas ke dengan you selama ni?”  duga dia lagi dan aku menggeleng kecil. 
“Ikhlas tu antara you dengan Tuhan, Encik Ziyad.  Pada I, nak merasa keikhlasan orang tu boleh tapi pada masa yang sama, you kena juga ikhlaskan diri you.  Kalau kata you benar-benar ikhlas dengan I tapi I rasa sebaliknya, itu tak membawa apa-apa makna.  Lagipun, I dah jadi isteri orang.  Terima kasih sudi datang majlis kami biarpun you buat I hampir pitam,” jawabku.
Dahi Ziyad berkerut.  “Kenapa you cakap macam tu?”
“Sebab pada I, you belum benar-benar jatuh cinta, Encik Ziyad.  Kalau kita boleh jadi kawan, I akan cakap pada you nanti bila yang you akan benar-benar jatuh cinta.  Atau masa tu boleh jadi you akan sedar bila airmata you yang jatuh ke pipi dulu,” jawabku sedikit melankoli.
Wajah Ziyad nampak terpempan.  Barangkali pening hendak mencernakan kata-kata aku.  Aku pun bukan faham sangat tapi aku tahu.  Aku yakin dengan kata-kata Zayed tentang Ziyad. 
“You sorang je buat I rasa macam…”  Dia menggeleng tak mampu luahkan rasa.
Nope, Encik Ziyad… someone is coming for you.  Yakinlah kata-kata I ni,” pujuk aku dan Ziyad mencemik seperti biasa. 
“Erm… lantaklah apa pun.  I dah tak boleh nak cerna kata-kata you ni, Zafrina.  Ingatkan doktor ni main fakta je…”
“Itu hukum hati… fitrah yang Allah beri pada setiap insan yang bergelar manusia.  Ada hati dan perasaan.  Sains tetap sains tapi kejadian dunia tetap begitu.”
Ziyad sengih tapi kejap saja.  “Tiba-tiba I teringat penagih dadah tu.  How’s she?” 
“Berminat nampak?”Keningku terangkat. 
“Berminat apa pulak?  Saja tanya sebab you beria-ia nak tolong dia,” cemik Ziyad.
Aku mengerti Ziyad sangat membenci Teratai dan itu bukan salah Ziyad bila Ziyad melemparkan pandangan serong pada Teratai.
“Dengar kata struggle juga dia kat sana…”
“Memang harus macam tu pun… dasar penagih.  I ingat yang dia langgar I dan kotorkan uniform I tu rasa nak carik ke muka dia,” cemuh Ziyad.
“Sabar sikit.  Benda dah berlaku.  Lupakan jelah dia, ya.” 
Pada aku lebih baik Ziyad melupakan Teratai jika apa yang dia ingati hanyalah kebencian semata-mata. 
“And you dengan Mia ni, serius ke?”
Ziyad jongket bahu.  “Kan I dah cakap, try and error.  Dekat dia pun I cakap dah.”
“Dah tu kalau error?”
“I cari lain.  Ni I nak bawa dia jumpa parents I je sebelum I belayar dalam hujung ni.”
Aku rasa nak sepak pun ada budak Ziyad ni.  Sesenang dia je melayani perempuan macam tu. 
“Jangan permainkan orang sangat, Encik Ziyad.  I risau you akan menangis tergolek-golek nanti bila perempuan you betul-betul suka satu hari nanti, tak mampu you miliki dan ingat I pesan, masa tu you kembali pada takdir Allah… I jalan dulu,” titipku pada Ziyad.
Biar buruk mana pun dia, dia tetap sepupu suami aku.  Jadi, urusan dia biarlah dia sendiri yang tentukan.  Kami hanya mampu mendoakan dan menasihati dan aku tersenyum bila wajah kesayangan muncul dari jauh memerhatikan aku entah dari bila.  

~~> bersambung

RM : Hit blog skrg dah cecah 16K lebih setiap hari... terima kasih atas sokongan ye dan juga lawatan anda semua ke blog ijo... 

35 comments:

  1. Tahniah..Ziiyad..teori try and error..

    ReplyDelete
  2. Owhhhh...jgnlah zayed jeles..-along eza jumel-

    ReplyDelete
  3. hisshhh! ziyad ni la.. tak tobat2 lagi..haha. blh plak men try n error.

    ReplyDelete
  4. Banyak le try n error ziyad...kang menangis tak berlagu...
    -ieja-

    ReplyDelete
  5. Salam, siapalah jodoh si Ziyad yang sebenarnya...

    ReplyDelete
  6. Syabas Rina dgn tazkirah yg padat kpd Ziyad.
    Apa lagi konflik yg akan cik RM post dlm kisah ni ye. . .

    ReplyDelete
  7. Syabas Rina dgn tazkirah yg padat kpd Ziyad.
    Apa lagi konflik yg akan cik RM post dlm kisah ni ye. . .

    ReplyDelete
  8. Syabas Rina dgn tazkirah yg padat kpd Ziyad.
    Apa lagi konflik yg akan cik RM post dlm kisah ni ye. . .

    ReplyDelete
  9. Adoi la ziyad... Still nk ngayat rina tu.. bini org lah...

    hmm..mcm ada ura2 ziyad ngan teratai je nih..hmmm ok gak. dgn mia tu mcm kurang chemistry je..

    ReplyDelete
  10. Sekarang mencemuh.. Jgn nanti kau melalak kerana Teratai Nur pulak, Ziyad.

    ReplyDelete
  11. Tahniah RM, awk mmg ramai pembaca dan peminat setia.

    Romantik juga si Zayed ni kan? Si Ziyad ni tak habis-2 nak permainkan hati wanita, geram betul.

    ReplyDelete
  12. nanti mesti ada mini novel bout ziyad pulak.. jatuh tergoleklah hati saya nanti...

    ReplyDelete
  13. Try and error yerr Ziyad? Kang menangis tak berlagu nanti. :)

    ReplyDelete
  14. Pergh! !! Ko nak trial and error ngan perempuan, Ziyad? mintak2 makbul la kata2 Zayed n Rina...ada la hendaknye perempuan yg buat playboy ni nangis golek2 kuar airmata berdarah...br ko tau langit tu tinggi rendahnye...( emo la plak)

    ReplyDelete
  15. amboi!! bukan main bencinye ziyad kat teratai.dia lupa kot kalu ALLAH nak blikkn hti manusia tu dlm sedetik benci bleh bertkar jd sgt3 syng...haaa ko msa tu melutut kt teratai tuu bru padan muka....

    ReplyDelete
  16. can't wait kak zehan buat kisah ziyad n teratai. konfirm meletop la..

    ReplyDelete
  17. soal hati sape leh tahu!!!tapi bile hati dh terjatuh cinta ape lak persoalan nyer?tp ALLAH maha adil setiap kejadian ade musabab nyer...andai kata yg kite hina bak tk punyai harga diri tetiba ALLAH tiup kn roh cinta kite kat die so leh tk kite ngelak????mase tu ziyad nangis air mata darah pun sape yg leh persoal!tu lh mr ziyed,tanya akal tanya hati than persoal diri leh jawab tk?hehe.. ziyed jaga jaga 'soal hati'sape2 tk leh tahu.......caye lh.....

    ReplyDelete
  18. suka baca bait-bait ayat dr cik writer,.soooo impressive!! wonderful sgt keke,. btw tahniah coz hit blog ijo tinggi melangit hehe,.

    -biena-

    ReplyDelete
  19. ish ade pulak try and error, kalau aku memang dah kena reject dah lelaki macam ni, hei, geram, hehe

    ReplyDelete
  20. try n error.... kesian mia...... huhhuhu wow... romantika de amour btol la zayed n rina nie... heheheh :D Thanks kak rehan
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  21. tp kan kak rehan, nty bila cerita ni tamat, boleh je kan sambung cite antara ziyad dgn atai pulak? heheh! xnak r dgn mia! hakhak!

    ReplyDelete
  22. Kasanova!! Mmg le try & error.. :D

    ReplyDelete
  23. hmmm...sekali ziyad ngan teratai daaaa... knp x ziyad n fida (saya ler tu). Hahahaha... suke2.

    ReplyDelete
  24. pompuan xleh try & error..nnti tergadai body..hukhuk..

    ReplyDelete
  25. x abis2 lg ziyad ni duk kcau zafrina..

    ReplyDelete
  26. laaa..ingatkan rina mimpi kawen dengan zayed >.<
    nanti ade kesinambungan ziyad dengan teratai ke??

    ReplyDelete
  27. lps ni bleh smbung citer ziyad plak.. smua berkait,, buat citer mcm pnulis susan elzbeth philips..:)

    ReplyDelete
  28. risau nya dgn teori try n error. =='

    ReplyDelete
  29. Mesti lps ni citer psl ziyad dgn mia plak hihi

    ReplyDelete