Thursday, January 17, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 6


BAB 6

MINGGU penamat resah.  Aku melebarkan sengih bila kertas akhir selamat aku duduki.  Tak mudah hendak menjadi mahasiswi apatah lagi hendak mengekalkan keputusan kita dalam senarai penerima anugerah Dekan jika tidak berusaha keras. 

Beg sudah siap.  Ada di sisi katil yang sudah aku kemas rapi.  Baju dalam almari tiada tersisa sepertinya pergiku ini tidak kembali.  Kalau kata mak tak harap aku kembali, pasti aku tak menoleh lagi biarpun rindu menderu.  Nak kembali ikut suka, ini rumah mak dan ayah.  Bagai tak ada tempat dalam rumah ni. 
Mataku melilau ke seluruh bilik.  Agak besar juga.  Tapi, bila Kak Diah lagi besar.  Tak pernah aku dengki biarpun sesaat.  Andai terasa hendak bergolek atas tilam empuk berjenama Tempur milik Kak Diah, aku masuk juga dengan wajah selamba. 
“Huh… tinggallah bilik kesayangan aku ini.  Tempat aku menitiskan airmata dan melepaskan tawa,” gumamku sedikit sebak.  Tak ubah bagai hendak berpisah dengan kekasih. 
Case gitar aku gantung ke bahu.  Beg galas aku sandang di belakang dan bagasi sederhana besar tu aku genggam kemas pemegangnya. 
Aku sentuh dahi.  Sedikit panas.  Kemudian jatuh pada kelopak mata  yang sedikit hangat.  Rasa hendak menangis tapi rasanya tak perlulah.  Membazir waktu kerana aku perlu berlalu. 
“Mak…”  Sambil menolak pintu, aku memanggil mak. 
Diam saja seisi rumah.  Nak kata Kak Diah ada kuliah, rasanya tak ada.  Boleh jadi keluar bawa anak kesayangannya jalan-jalan melepaskan tekanan. 
“Ayah…”  Nama ayah pula aku seru.  Masih tiada berjawapan. 
Keluhan kecil terbit tanpa sedar.  “Tak ada… tak apalah.  Bukan diorang tak tahu aku nak pergi hari ni,” gumamku lagi dan terus meniti anak tangga, turun ke bawah. 
Sedang aku duduk di atas sofa, hendak memakai stokin… suara Kak Diah ketawa menyapa telinga.  Dia keluar daripada dapur rumah banglo dua tingkat yang muat lima keluarga ni dengan menjinjit sepinggan makanan. 
“Eh, Kak Diah ada ke?  Mak dengan ayah mana?”  tanyaku seraya bangkit berdiri tegak memanjangkan leher ke dapur. 
“Ada… mak masakkan spaghetti untuk kakak.  Kau nak?” 
“Lor… masak ke?  Naqi panggil kemain kuat tadi.  Panggil  mak kejap,” suruhku tapi Kak Diah selamba duduk di meja makan. 
Mula menikmati makanannya yang mak sediakan penuh dengan kasih sayang.  Aku tahan hati.  Harus buat muka tak malu lagi.  Lantas, aku melangkah mendekatinya. 
“Wa… wanginya kakak… nak sikit.”  Aku hidu sedikit haruman masakan ibu yang boleh jadi tak ada peluang lagi untuk aku nikmatinya biarpun hanya pada bau semata-mata.
“Kat dapurlah… sibuk je dia.  Ni dah siap nak keluar dah ke ni?” 
Aku menjauhkan wajahku dari pinggannya dan mengangguk. 
Study hard tau.  Nanti jangan sampai demam pulak rindu Naqi,” selorohku menyembunyikan lara. 
Kak Diah tak pernah tahu dan biarlah kekal begitu.  Di depan mereka, sekali pun tak pernah aku tayang wajah sedih.  Biarpun disinis, dikutuk… aku tetap ketawa dan  menerima semuanya sebagai guruan penambat kasih. 
“Eleh…”  cemik Kak Diah. 
Aku buat tidak tahu sebaliknya terus bangkit dari duduk dan menapak ke dapur.  Tubuh mak tegak berdiri di sinki.  Membasuh tangannya.  Ayah pula sedang membancuh segelas air. 
Biasanya, jika mereka ada di dapur, Kak Diah pasti di tengah-tengah, memeluk lengan mak dan mak ketawa manja.  Aku?  Hanya menjadi pemerhati bebas sepanjang masa.  Tak berpeluang hendak bermanja dengan mak.    Bukan rezekiku lagi. 
“Mak… ayah…” 
Mereka berpaling serentak bila aku memanggil.  Aku senyum dan mak mengangkat kening.  Kepala paip ditutup dan tangan dilap.  Dia menjeling ayah dan mencebirkan bibir padaku.
“Eh, nak pergi dah ke?”  soal ayah.
Aku hanya mengangguk.  “Nak salam…”  Aku menapak pada mereka.  Tangan ayah aku sauk.  Aku salami penuh hormat yang bukanlah sedikit. 
Bila kugapai tangan mak… perutku lapar tiba-tiba.  Teringin  hendak makan apa yang sedang Kak Diah makan tapi bila aku jenguk, tiada kuali… tiada periuk di atas dapur.  Semuanya sudah dibasuh bersih. 
“Wangi tangan mak.  Bau kuah speghtti.  Ada lagi tak mak.  Naqi rasa laparlah pulak.”  Aku mengusap perut dengan wajah merayu pada mak.  Wajah manja sebenarnya. 
Mak menggeleng.  “Mak masak untuk Diah je.  Mana mak tahu kamu pun nak makan spaghetti pagi-pagi ni.”  Mudahnya jawapan mak. 
Airmata hampir mengalir tapi aku tetap tersengih dan menggaru kepala.  Sesekali, tocang satu ini aku ketatkan.  Rambut lurus, hitam pekat.  Mengikut ayah dan Kak Diah pula sedikit ikal mayang, mengikut genetik mak. 
“Tak apalah… Naqi makan kat luar jelah.  Naqi pergi, ayah…mak…”  Setelah mengucapkan itu, ak uterus memasang langkah. 
Bila saja sudah mampu berselindung sedikit dari dapur, kakiku terhenti bila ayah bersuara. 
“Tak boleh ke awak cakap baik sikit dengan Naqiah tu, Nun.  Kesian saya tengok budak tu.  Apa awak cakap dia sengih je.  Dia nak pergi dok sendiri pun awak tak halang…”
“Abang pun tak sekat,” sela mak. 
“Abang tak sekat sebab abang percaya dia mampu jaga diri sendiri.  Dia tahu nak didik diri dia sendiri tapi awak… suruh lagi dia pergi.”  Ayah mengeluh.
Mak merengus.  “Kan saya dah cakap dulu, saya tak nak lagi anak.  Cukuplah Nadiah sorang tapi abang nak juga sorang lagi.  Lepas tu, banyak buat hal sendiri, tak dengar apa yang saya cakap… mahu saya tak baran,” bebel mak.
Aku ketap bibir menahan nafas.  Bukan sekali aku terdengar mak hanya nak punyai sorang anak saja dan itu adalah Cinta Nur Nadiah.  Bukan Naqiah dan lahirnya aku ini adalah satu kebetulan yang indah.  Atau boleh jadi kebetulan yang parah.  Oh nasib… sedih. 
Kak Diah tiada di meja makan.  Entah ke mana tapi aku dengar suaranya dari atas menjerit-jerit memanggil mak.  Melihatkan pinggan Kak Diah yang masih berisi, aku mendekat pada meja makan. 
Case aku letak ke tepi seketika dan tubuh ini tunduk sedikit.  Tanganku memegang hujung garpu, dan spaghetti carbonara masakan mak aku suap sedikit ke mulut tapi kali ini sedikit masin bila bercampur sedikit airmata sendiri.  Tak sedar bila aku menangis. 
“Mak!!!”  Suara Kak Diah bergema di depanku.
Mak dan ayah berlari keluar dan kulihat mata masing-masing membulat.  Kak Diah terkumat-kamit memarahiku.
“Apanya, Diah?”  soal ayah sedikit keras.
“Mak tengok… Naqi makan spaghetti Diah,” adunya manja dan terus berlari pada mak.
Aku sangkut kembali tali case gitar ke bahu.  Yang lain sudah sedia ada di depan mata.  Hanya menanti Alan dan Izue tiba bila-bila masa dari sekarang dan aku akan menyusul mereka dengan motorsikal burukku itu.
“Kenapa makan kakak punya?”  soal Kak Diah lagi.
Aku berpaling sedikit dan mengelap airmata sebelum memandang mereka.
“Huih… sedap, mak. Tapi pedasnya.  Sampai berair mata Naqi,” beritahuku pada mereka sedangkan air mata ini adalah dari hati. 
Setelah itu aku ketawa kuat.  Ayah diam tak memberi reaksi.  Mak muram dan Kak Diah muncung. 
“Naqi try sikit je pun.  Apa-apapun Naqi nanti tak boleh nak berebut dengan kakak dah.  Lagipun, Naqi dah lama tak makan mak masak.  Sikit je Naqi rasa,” jawabku mencemik padanya. 
“Naqi nangis ya?  Spaghetti tu tak pedas pun,” tegur ayah akhirnya.
Aku menelan liur dan mengesat lagi hujung mata bersama tawa yang jengkel.  Aku sendiri pun berasa jengkel apatah lagi tiga pasang mata di depanku ini.  Pastilah tahap meluat. 
“Pedaslah, yah… huh, nyesal Naqi makan.  Sorrylah Kak Diah… lepas ni tak ada dah yang nak curi rasa makanan kakak,” gurauku pada Kak Diah yang berdiri lemah longlai di sisi mak. 
Aku menipu diri sendiri lagi.  Menipu yang aku tak sedih tak terasa dengan layanan mereka.  Jika aku katakan ya pun, mak bukan nak memujuk.  Pernah aku menangis kerana marahkan Kak Diah, tapi mak kata aku manja terlebih dan ayah katakana aku kena kuat.  Hari ini aku kuat tapi kekuatan seorang gadis macam aku kadang-kadang dibayangi airmata juga.
“Eh, tak apalah.  Naqi nak gerak ni.”
“Naqi… nak pergi tu duit belanja?” 
Tak sempat ayah habiskan ayatnya, aku dengar hon kereta di depan  pagar dan tahulah aku, Izue dan Alan sudah tiba. 
“Tak payahlah.  Kakak nak pakai banyak lagi nak tamatkan kursus dia.  Naqi dah ada kerja dan dah dapat advance pun,” jawabku pada ayah dan terus saja aku berlari ke pintu sambil melambai pada mereka.
“Jangan rindu Naqi sampai tak lalu makan pulak, ya?” Aku ketawa lagi setelah memberi pesanan sengal begitu. 
Beg aku seret laju.  Izue sudah membuka pintu buatku. 
“Ini  je?” 
Aku angguk.  “Sikit je barang aku.  Yang lain barang mak dan ayah bagi.  Takut nak bawak.  Motor tu pun mujur ayah benarkan.  Kalau tak aku jalan kaki,” gurauku tapi senyuman Izue kaku.  Wajahnya tegang.
Hop in,” suruhnya setelah semua barangku diangkut melainkan Cik Kapok yang masih kemas tergantung di belakang.
“Korang pergi dulu.  Jumpa kat sana.  Aku bawa motor.” 
Izue mengalah.  Dia masuk semula ke perut kereta dan terus saja menderum  laju.  Aku terus mendapatkan motorsikal dan menghidupkan enjinnya.  Ayah muncul tiba-tiba tak sempat aku pasang helmet pada kepala. 
“Nah.”  Beberapa keping not RM50 disua tapi aku menggeleng.  Menolaknya perlahan. 
“Terima kasih, ayah.  Tapi biarlah Naqi usaha sendiri dengan tulang empat kerat ni,” ucapku lembut. 
Setelah itu aku terus memulas minyak dan berlalu dari rumah besar ini tanpa menoleh lagi.  Huh… sedih dan pilu.  Rasa macam drama pula tapi ini bukan sebuah hikayat tapi sebuah realiti yang perlu aku hadap. 
Yang terjadi, biar saja terjadi, Naqi… itulah pesanku pada diri sendiri dan kelajuan Ego aku tambah.  Menggalas gitar yang bakal menemani hari-hari yang sepi. 



DUIT kering langsung.  Bila Izue dan Alan hendak membayar harga deposit dan sebulan sewa, aku menolak.  Selagi termampu, aku tak sudi hendak membebankan mereka.  Kerja dengan apek surat khabar itu sekadar wayang.  Mungkin akan kucuba lain kali tapi buat masa ini biarlah Ariq saja menjadi majikanku dan rasanya, tiba waktu untuk aku minta sedikit gaji pendahuluan.  Andai tidak, perfect figure ni akan jadi aneroksia. 
“Ada apa call abang?”  tanya Ariq padaku bila dia membalas panggilan rindu aku tu.
“Err… ada benda nak minta sikit.”
“Emm… abang tengah kerja.  Kalau kata nak tanya pada Lof… abang tak ada maklumat.  Abang tunggu maklumat dari Naqi…,” ujarnya cepat. 
“Eh tak… bukan sebab Lof abang tu… tapi sebab lain ni.  Err… nak cakap pun rasa segan, bang.  Saya tak ada apa-apa niat.  Cumanya itu satu keperluan untuk saya jalankan tugas.  He he he…”  Aku ketawa segan.
“Oh… kalau demi menjalankan misi, abang setuju je.  Janji berjaya.  Naqi nak apa?”  tanya Ariq berselang-seli dengan suara yang lain.  Bagai ada dalam mesyuarat tapi aku memang kesuntukan. 
Itulah… ayah nak bagi, eksyen.  Kan dah meminta-minta. 
“Boleh tak saya dapat sikit allocation?” 
“Hah?”  Pertanyaan Ariq kuat berdengung. 
Allocation  untuk?” 
“Buat semua ni.  Ala… kerja saya ni lebih kurang macam wedding plannerlah, bang.  Bayar dulu separuh… untuk kegunaan abang juga.  Nak beli bunga ke apa ke?  Saya dah tak ada biasiswa  yang masuk.  Elaun pun ayah tak bagi dah.  Tak ada modal, bang?”  ucapku cuba mengayatnya. 
“Pulak dah?  Berapa yang Naqi nak?”
“Berapa gaji saya?”
“Tengok pada pencapaian?  Kalau tak berjaya, separuh jelah.  Kalau berjaya mungkin siap ada bonus,” jawab Ariq.  Bersenda. 
Aku sengih dan menggaru kepala.  Suku jelah dulu tapi kalau suku itu adalah sebanyak RM50, apa aku nak makan sebulan ni?  Minyak motor perlu diisi.  Sudahlah awek dia tu jauh di KL dan aku perlu menunggang motorsikal lebih sejam untuk ke sana.  Letih tu. 
“Bayarlah berapa pun, bang.  Kira duit belanja saya RM100 sebulan.  Yang lain tu abang bayar untuk saya guna buat pikat awek abang tu,” pintaku selamba.  Malas hendak berkias-kias lagi.
Kalau Izue dan Alan tahu, pasti aku terima duit mudah tapi aku tak tahu.  Aku mahu hasil dari kerja mengarut aku ni.  Setidak-tidaknya ini adalah ganjaran dari titisan keringat sendiri. 
“Tapi…”
“Ala… tak ada tapi-tapi.  Jujur cakap, saya hidup sendiri sekarang.  Nak minta kerja lain takut kerja abang ni terabai.  Tapi, kalau perlu saya minta kerja lain jugaklah.  Yang duit abang tu, saya simpan resit dan buat audit report nanti.  Jangan risau… saya tak makan duit haram.”  Selamba aku berucap pada Ariq. 
Lama dia diamkan diri di telefon  hingga akhirnya, dia bersuara. 
For her… anything.” 
Rasa tersayat sedikit hati mendengarkan ayat itu.  Segalanya untuk perempuan itu.  Dan perempuan itu sangat bertuah. 
“Bagi nombor akaun.  Abang transfer terus,” mintanya.
Aku sengih.  “Thanks.  Kejap lagi saya SMS.  Dah bank-in bagitahu saya,” ujarku gembira dan talian mati. 
Cepat-cepat aku teken skrin telefon.  Mahu menghantar SMS pada Ariq.  Nombor  yang terdiri daripada enam belas angka itu aku taip.  Setelah menyemaknya sebanyak dua kali, aku tekan SEND. 
Money… come to mummy.  Dan aku, terbaring lega dalam bilik yang sekakang kera ini tapi cukuplah bila hati aku berasa lapang dan tanpa sedar, airmata mengalir melalui juring mata sebelum aku terlena. 
Tapi, tak sempat aku hanyut setelah kemas mengemas barang, SMS masuk pulak dah.  Kacau orang nak rehat. 


            Sorry, syg.  Xboleh nak transfer. Abg dtg jmp Naqi mlm karang.
            Skrg sgt bz.


Pesanan Ariq dengan bahasa yang rosak itu aku pandang.  Bahasa ringkas yang memang ringkas dan mudah difahami.  Bosan sungguh.  Dahlah perut tengah lapar.  Duit pun tiada berbaki setelah aku bayar semua yuran-yuran yang penghuni asal rumah ni minta.  Duit upah perform tiga minggu  lepas pergi macam tu je.  Mengalir macam air. 
Akhirnya, aku membalasnya juga.

            Ok.

Bila nak SEND,  failed!  Tengok kredit, juga tiada tersisa.  Parah.  Waktu ni mula rasa nak menangis.  Menangis bukan kerana tidak makan dan berada di dalam bilik yang kecil ni tapi menangis menerima dugaan diri. 
Setelah lama aku menimbang antara nak menangis ke tidak, otak aku meminta  untuk aku tidur.  Menangis memenatkan.  Makin membuatkan aku lapar dan jalan yang mudah adalah tidur sementara menanti malam. 
Aku akhirnya jaga dan jujur aku katakan  kepala sangatlah boil bila aku nampak jam sudah menginjak ke angka 8.00 malam.  Eh, betul ke pukul lapan?  Aku memisatkan mata lagi dan sungguh. 
Aku bangkit menyelak langsir.  Ya Allah… tidur apa sampai setengah hari, Naqiah?  Memang gila.  Aku merungut-rungut sendiri.  Mujur juga tak boleh nak solat.  Kalau tak, berapa waktu solat aku tinggal.  Sedih. 
Baru hendak buka baju untuk ke bilik air, membersihkan diri, telefon menjerit nyaring. 
“Where have you been, girl?  Abang tunggu Naqi SMS tak ada pun…”
“Kredit tak ada,” jawabku kalut.
“Where are you?  Nak abang jumpa Naqi kat mana?” 
“Seksyen 7.” 
Okay… I’ll be there less dan 10 minutes.  Get ready or not…”  Ariq berjeda. 
“Abang masuk bilik heret Naqi keluar.” 
Pap… talian mati dan aku terkebil-kebil sendiri.  Huh, mengarut ini orang.  Baru hendak lilitkan tuala ke tubuh, talian berdering lagi.  Jenuh.
“Ya… saya turun sebelum abang sampai.  Nak mandi ni, tau tak?”  jerkahku tanpa melihat siapa yang memanggil. 
“Amboi, berabang pulak?  Kau maksudkan siapa abang tu, Naqi?  Setahu kakak, Alan dengan Izue tu kau panggil nama je pun,” tegur Kak Diah di hujung talian.
“Eh… kakak rupanya.  Err… alaa, tauke Naqi.  Dia nak datang kejap lagi bayar advance gaji.  Kakak telefon ni, kenapa?” 
“Ya ke kau ni?  Cakap dekat mak dan ayah baru tahu kau simpan pakwe?” 
Aku tepuk dahi.  Otak cerdik Kak Diah memang ada masanya terlampau cerdik. 
“Tolonglah, kakak.  Tauke Naqi la… nanti satu hari Naqi kenalkan dia dengan Kak Diah, okey macam tu?” sindirku geram. 
Kak Diah ketawa.  “Esok temankan kakak.  Kakak nak beli barang sikit lepas kuliah.”
“Erk… Naqi kerja esok.”  Aku kerutkan dahi. 
“Alaa… bolehlah.  Kakak nak beli hadiah untuk mak.  Datang jumpa kakak tempat biasa, ya?  Kakak tunggu tau.  Jangan tak datang pulak.”
Pap… talian mati lagi.  In I juga sama fesyen dengan Ariq.  Pitam nak melayan dua orang macam ni.  Ingatkan bila aku menjauhkan diri dari rumah, Kak Diah seronok tapi masih lagi suka mengarah aku itu dan ini.  Apa-apa pun, kena abaikan sebab Ariq.  Eh salah… sebab kerja dengan Ariq.  

~~> bersambung

40 comments:

  1. RM, u're really good mainkan emosi saya.....roller coaster la pulok emosi ini di petang hari......sigh....

    ReplyDelete
  2. Samalah kita.. bila baca cite ni teringat kisah lalu. Kak sy rapat dgn ayah, nak apa semua dapat. Sy kena pula asyik kena buli aje. Nak wat mcm mana, dh nasib..sob..sob..sobss...

    ReplyDelete
  3. NB : terusik hati saya....thanks kisah yang hebat...

    ReplyDelete
  4. tergenang air mata.. oh, sedih!..

    ReplyDelete
  5. mmg sentap kalu jadi naqi... pernah mersai satu mase dulu..

    ReplyDelete
  6. kesian kat naqiah..mak dia tu kan..haishh
    anak tu rezeki kn..terima ja la..anak sendiri jgk..

    [hawa]

    ReplyDelete
  7. Rehan ko buat airmata plus idung meleleh ni...uuu emo nyer kan...sedih bila mak sendiri buat camtu...teruskan Rehan....terbaik...x sabar nk ikuti kehidupan Naqi seterusnya

    ReplyDelete
  8. apa la mak naqi ni..org lg nk anak dia ble buat camtu kat anak..kecik ati anak tu..dh dpt anak yg baik camtu lg tak bersyukur la.. sian naqi..sob sob

    ReplyDelete
  9. nk kt apa dh? "where hv u been girl?" aaaaaa...... blh gila! sweetnyeee abg ariq, pndai rehan buai perasaan pmbca, nk lg ye,

    ReplyDelete
  10. best kak... suka...

    ReplyDelete
  11. sedih la...cian naqi.
    harap jangan sangat ariq tu suka kat akak diah..
    menyampah betul sy gan kak diah tu...gada2..

    harap mak dan ayah naqi...terasa sgt2 kehilangan dan ketiadaan naqi dirumah...n harap hubungan keluarga naqi akan pulih bahagia...

    kak rehan buat novel ni memang best la...tersentuh hati ni bila mak dan ayah naqi buat macam tu pada naqi...

    nak lagi please...

    ReplyDelete
  12. rehan....awak selalu buat akak nangis...suka mainkan emosi.....sedeynyer jadi anak yang tidak dimahukan...sob3x....

    ReplyDelete
  13. hope ariq suka naqi bkn nadiah..plzzz kak RM

    ReplyDelete
  14. ok kak rehan...
    amat sedih dah sadis family dia..
    sampai menangis saya...:(
    anyway, good job!

    ReplyDelete
  15. Nak novel nie ka rehannn...bce post nie pun ley wat ngs sdeyh nyeeeeee

    ReplyDelete
  16. mesti LOF tu N.A.D.I.A.H..
    bukan N.A.Q.I.A.H..kn3x..

    btul x RM?

    ReplyDelete
  17. Mesti kt tmpat keje Nadiah...member dia pggil cinta kan....??cinta=lofe kan....??
    Kesian kat ank yg x hadap oleh mak cendiri.....

    ReplyDelete
  18. Mesti kt tmpat keje Nadiah...member dia pggil cinta kan....??cinta=lofe kan....??
    Kesian kat ank yg x hadap oleh mak cendiri.....

    ReplyDelete
  19. hwaaaa!!! sedih knapa family naqi mcm tu T_T.... mak dia x patot btol.... ok now i'm confius... either ariq tu btol suka naqi n sje buat2 mcm dia ad gf tpi sbnrnya yg dia nk tackle tu naqi.... or mmg ariq nk tackel nadiah??? klau yg second tu btol...... hwaaaaa!!! meraung den -_-
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  20. alahai, kesiannye dekat si naqiah...meleleh air mato den..huhu

    wait..is it true that lof is cinta nur nadiah??warghh,,x dpt nk terime :(

    ReplyDelete
  21. adusss.....air mata x nak henti ni....

    ReplyDelete
  22. tah ape2 makbapak camtu..grrr..

    ReplyDelete
  23. sobsob.. air mata x nk berhenti,, hope ending cite ni nanti ariq dgn naqi.. :'( ap2 pon,, n3 ni mcm slalu jgk.. best ! ;D

    -athirah-

    ReplyDelete
  24. sedihnya..dan kesian kat naqi.

    ReplyDelete
  25. Sampai hati mak naqi wat & ckp mcm tu kat naqi...

    Yang ariq nie nak kat sapa? jgn la kak naqi tu, biar la naqi yg jadi pilihan ariq.. Next entry please...

    ReplyDelete
  26. ada ke keluarga yang pincang mcm ni..parent yg mcm xde agama...daruratnya ummat islam sekarang ni especialy kurangnya bangsa melayu....apapun cerita ni memang best...

    ReplyDelete
  27. Sya hrap yg dicari tu maybe adik or someone related to ariq family.Bkn Cinta Nadiah.Hope Ariq ni suka kt Naqi.

    -Ana-

    ReplyDelete
  28. RM ni suka wat idup akk huru hara tau,,,terbaek dari ladang......

    ReplyDelete
  29. 1st time sy komen kt sini.... air mata saya menitis baca bab nie...sgt2 sedih dgn nasib naqi...rehan sgt pandai bermain dengan emosi...tahniah n teruskan berkarya..

    ReplyDelete
  30. sedih nyer..dian naqi...kelahiran dia x di nanti

    ReplyDelete
  31. marathon baca citer ni... sampai bab terasa sebak pulak..sedihnya menjadi seorg Naqi... uwaaa

    ReplyDelete
  32. Sedihnya baca bab ni... Cian kat Naqi...

    ReplyDelete
  33. macam mane eh, nak ada feel baca novel dan memahami, karya penulisan /

    ReplyDelete