Tuesday, November 15, 2011

Terlerai Kasih 49

BAB 49

KAK Anah tidak henti-henti mencuit pinggangku bila aku duduk bersamanya dan membiarkan mak duduk di depan. Itupun setelah Kak Anah memberi isyarat agar aku bersama dia saja di bahagian belakang. Macam-macam. Rungut hatiku ini.
Senyumnya lain macam. Setelah aku beritahu dia tentang hati ini yang sudah sudi menerima Ilham, dialah orang yang paling gembira. Airmatanya berderai pasa hari aku dan Ilham ingin bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Waktu itu dia menghantar kami dengan dengan lambaian dan tangisan kegembiraan.

Kala itu juga, aku tahu mak pelik dengan Kak Anah dan aku sendiri tapi dia diam saja. Tidak bertanya pula. Mujur juga begitu, andai tidak terpaksa jua aku menipunya lagi. Hari ni, segala penipuan dan lakonan itu tidak perlu lagi kerana aku dan Ilham kini adalah suami isteri dalam erti kata yang sebenarnya.

“Akak ni kenapa?” Aku bertanya dalam bisikan.
Sejak dari tadi, dok cuit sana, cuit sini. Sudahnya di tengah-tengah ini Amira dan Amir.

Dia tidak menjawab sebaliknya tersenyum memandang aku dan Ilham silih berganti.

“Mengada,” marahku perlahan.

“Suka tengok Fiah dengan Ilham,” beritahu Kak Anah tanpa suara. Sekali lihat macam penterjemah bahasa bagi orang kurang upaya pula. Yang selalu kita lihat di televisyen itu.

“Umi ni kenapa cuit-cuit Acu?” tanya suara nyaring Amir. Dia tepuk jari uminya.

“Kesian Acu tau. Dari tadi dok mengelak umi cuit,” sambung Amir seakan-akan memarahi Kak Anah. Aku gelak kecil. Kak Anah bulatkan mata untuk anak bujangnya itu.

Mak kalih ke belakang. Ilham juga membetulkan cermin pandang belakang kereta dan melihat ke arahku. Dia angkat kening dan aku cebirkan bibir. Sudahnya dia tersenyum dan menggeleng.

Aku yakin Ilham tidak pernah tahu yang perkara yang pernah berlaku itu telah aku kongsikan dengan Kak Anah dan aku juga telah berpesan pada Kak Anah agar membiarkan saja segalanya. Anggap sajalah perkara sebegitu tidak pernah terjadi dalam hidup aku bila Ilham sudi berubah.

“Kamu berdua ni kenapa?” tegur mak.

“Tak ada apalah, mak,” jawab Kak Anah berdalih. Dia kenyit mata padaku. Aku hanya buat muka buruk pada dia. Sudahnya kami ketawa kecil. Amira dan Amir yang mendongak nampak terpinga-pinga lalu aku usap kepala keduanya.

“Seronok tak naik kapal terbang, Mir?” tanya Ilham pada Amir.

“Seronok sangat, Pak Su. Nanti nak naik lagi boleh tak?” Amir sudah terkinja-kinja menggambarkan keseronokannya.

“Tapi, kecilkan tempat duduk dalam kapal terbang tu? Pak Su nak tempah yang selesa sikit, Acu tak bagi,” beritahunya sambil melihatku dari cermin.

“Eh, tak ada apalah, Am. Yang tu pun dah selesa sangat dah. Tak payah membazir beli mahal-mahal.” Mak menyampuk.

“Bukan lama pun. Patutlah Kak Anah kamu cakap kejap je masa Am balik nak jemput Fiah hari tu. Memang sekejap sungguh. Tak payah nak yang mahal-mahal sangat,” sambung mak lagi.

“Bukan apa, mak. Am nak bagi keselesaan je pada keluarga Am. Setakat dua tiga ratus tu, tak ada hal lah, mak.” Ilham aku lihat tersenyum.

“Okeylah, kalau macam tu, balik ni kami nak tukar la. Nak naik MAS yang kelas pertama punya, boleh?” tanya Kak Anah pula mengusik. Kami sama-sama ketawa.

“Err… Kak Anah, boleh Am tanya?” Ilham bersuara dalam serba salah.

Dia mencari anak mataku lagi. Bila dia melihatku melalui pantulan cermin, aku juga membalas sinar matanya. Bibir masing-masing terkatup rapat. Kini, hanya mata yang berbicara sesama sendiri. Bila dia mengedipkan matanya sekali, dapat ku rasai ucapan cinta daripada hatinya syahdu menyapa hati ini.

“Am nak tanya apa?” tanya Kak Anah pula.

“Err, Abang Zali kenapa tak datang, kak?”

Kak Anah telan liur dengan soalan Ilham. Dia melihat ke arahku sejurusnya. Tiada jawapan, sinar bahagia dalam anak mata Kak Anah kian pudar. Ada sendu yang ku kesan bermukim di dadanya.

Aku tahu dia sedih. Aku juga tahu Abang Zali masih belum balik ke rumah kerana pemberianku itu.

“Err.. Am minta maaf, kak,” pinta Ilham selepas Kak Anah langsung tidak menjawab.

“Eh, tak ada apalah, Am. Abang Zali tu memang macam tu,” ujar Kak Anah akhirnya. Dia mengukir senyum tapi aku tahu, senyum itu langsung tidak ikhlas.

“Dia memang payah sikit kalau nak ajak berjalan. Rugi je dia tak nak ikut, tak boleh naik kapal terbang, tak boleh kenal rumah Am,” sambung Kak Anah bergurau.

Mak ketawa. Amir dan Amira juga. Kak Anah dan Ilham juga tersenyum. Hanya aku yang kaku. Tidak tahu harus bagaimana aku zahirkan wajah ini. Tak mungkin aku senyum kerana aku tahu apa yang sedang berlaku pada Kak Anah.

Sudahnya, kami semua diam bila Amir dan Amira sudah mula terliuk lintuk menahan mengantuk dan akhirnya Amir terkulai di ribaanku. Mak juga sama. Hanya Kak Anah yang sedang melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Wajah itu resah seperti biasa.

Aku belai rambut Amir yang pendek itu. Kasihan benar pada dua orang anak ini. Jauh di dalam otak kecilku, jenuh mencari cara untuk menyelesaikan masalah Kak Anah dan Abang Zali. Aku tidak tahu bagaimana pengorbanan yang Abang Zali mahu tuntut dari anak isterinya, agar dia berubah dan menyesali diri serta menjadi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab?

Jika itu yang Allah telah tetapkan buat Kak Anah sekeluaga, siapalah aku hendak menghalang. Tapi, setidak-tidaknya aku mahu berusaha agar Abang Zali berubah. Aku mohon pada Allah agar dituntun oleh-Nya hati Abang Zali untuk kembali kepada keluarga.

Bila dia mengatakan kami teruk, daripada keturunan yang bukan-bukan malah Kak Anah sendiri pernah tersilap langkah, rasanya dia lagi hebat sikapnya di luar sana. Rasanya, tidak pernah aku lihat dahi Abang Zali menyentuh sejadah. Biarpun kami pernah diduga dan tewas dengan ujian itu, setidak-tidaknya kami kini sudah kembali ke jalan yang benar. Kembali berjalan di landasan Allah dengan menyesali diri dan terus mengingati diri agar tidak terus melakukan dosa.

Dalam pada mencari jalan untuk Kak Anah sekeluarga, fikiran ini tidak lepas daripada Fazlee, Fatehah, Zura, Fara, teman-teman pejabat dan yang agak berat untukku fikirkan adalah Izham. Risau juga bila mama tidak sudah-sudah merungut tentang ini. Hendak bertanya, rasanya tidak sesuai pula.

Tentang Fazlee dan Fatehah, aku harus segera uraikan salah faham Fatehah padaku. Aku harus membela diri, bukan menjadi seperti satu waktu dulu, menerima saja tohmahan ke atasku dengan linangan air mata.

Dan Zura… di manakah dia? Entah mengapa, hati ini dituip rasa bimbang juga. Bimbang berlakunya perkara yang tidak diingini. Pastilah sedih hati si ibu.

“Yang, kita ambik barang dekat rumah sewa lain kalilah,” ujar Ilham tiba-tiba. Tersentak dengan suara Ilham, aku jungkit kening pada dia.

“Kenapa?” tanyaku sepatah dengan suara yang agak perlahan.

“Petang ni ikut abang, kita selesaikan perkata yang lebih penting.” Dia senyum sebelum matanya kembali tertumpu sepenuhnya pada jalan raya.

Niat hati hendak bertanya lanjut tapi aku biarkan saja bila Ilham sendiri sudah menunjukkan tidak mahu berbicara lagi tentang itu. Ada baiknya andai aku mengikut saja rentaknya. Andai ada perkara yang lebih penting yang perlu kami selesaikan, aku mengikut saja.

Setelah sejam lebih perjalanan, Ilham akhirnya membelok keretanya masuk ke perkarangan rumah. Aku lihat mama, abah dan Iqram sedang sedia menanti kami tiba. Aku tepuk pipi Amir dan Amira perlahan, membangunkan mereka daripada lena yang singkat.

“Bangun. Kita dah sampai rumah Pak Su ni,” beritahuku pada mereka yang sedang memisat mata masing-masing.

“Alhamdulillah, dah selamat sampai semua.” Mama menyambut mak dengan huluran salam. Begitu juga dengan Kak Anah.

“Selamat datang ke teratak usang kami ni, kak,” ujar abah pula. Mak ketawa kecil.

“Usang tapi membahagiakan, tak mengapa,” balas mak. Sudahnya mereka ketawa.

“Semua ni mesti penat. Mari, kak. Irah tunjukkan kakak bilik. Kita berehat dulu,” ajak mama. Dia menarik tangan mak.

Aku pandang Ilham dan Iqram yang sedang mengeluarkan bagasi milik mak dan Kak Anah daripada boot kereta. Kak Anah pula tidak sudah-sudah memerhatikan ke arah sepuluh buah khemah yang sudah siap terpasang lengkap meja kerusi dan juga renda berwarna putih dan hijau muda itu.

“Tengok apa, kak?” tanyaku bila dia ku hampiri.

“Mak ai Fiah. Meriahnya. Sampai sepuluh buah ni. Kat rumah kita dulu dua buah je. Berkali ganda haa...”

“Akak ni, ingatkan apalah…” Aku ketawa kecil.

“Abah kan ramai kenalan. Ini pun dia tak nak buat kat rumah ni, dia suruh buat kat dewan je, tapi Am tak nak. Dia nak buat kat rumah juga. Dia kata nak rasa suasana meriah di laman rumah sendiri,” beritahku pada Kak Anah.

“Senang sikit kak, kalau penat boleh terus masuk bilik sendiri.” Ilham menyampuk tiba-tiba.

“Haa betul tu Am. Tak lama lagi dapat anak buah la Kak Anah kot, ya Am?” Kak Anah juga sudah melayan karenah mengada Ilham.

Aku tahan pijar bila Iqram tersengih-sengih. Sewaktu kami keluar tadi dia masih belum tiba di rumah. Inilah kali ketiga aku bersua dengannya. Sudah agak lain dia sekarang tapi sikap keanakan itu masih ada.

Aku beralih pula memandang suami. Dari atas ke bawah aku tilik dirinya. Tapi, rasanya suamiku ini lagi kebudakan sikapnya. Dia yang berdiri di sisi Kak Anah angkat kening padaku.

“Tapi, kak… Fiah ni kedekut sikit, kak,” ujar Ilham lagi.

Aku bercekak pinggang dan buat muka tidak faham. Malah benar-benar tidak faham bukan dibuat-buat. Bila masa aku kedekut ni? Dia mesti sengaja nak kenakan aku lagi ni.

“Hai, kalau sorang kedekut, susahlah. Bila akak nak dapat anak buah. Kamu tu Fiah, jangan kedekut sangat,” ucap Kak Anah padaku lantas dia berlalu bersama Ilham yang sudah terbahak-bahak ketawa.

Kan sudah ku katakan, akan ada saja jalan untuk dia mengenakanku. Biarpun begitu, aku bahagia melihatkan keakraban Ilham dengan keluargaku terjalin dalam sekelip mata. Malah, ku rasakan bagai kami sudah kenal bertahun-tahun lamanya. Bila dihitung rasanya, hubungan kami masih pucuk. Masih terlalu muda.

Kaki ini aku turut bawa melangkah ke dalam rumah bila bahuku dicuit lembut. Bila aku berpaling, aku lihat Iqram tersenyum padaku.

“Fiah tak nampak Aqam ke?” tanya dia.

“Ops, silap. Kak Fiah… Abang Am kan marah panggil Fiah je. Tapi, padahal kita sebaya je kot. Abang tu memanglah.” Dia terus membebel pada Ilham.

Rasanya mereka tiga beradik ini sama saja perangainya. Suka memberi soalan kepada soalan, suka membebel di tengah-tengah perbualan.

“Kak Fiah nampak je. Lama tak jumpa, kan? Masa akak kahwin pun Aqam tak balik. Ni baru je sampai, kenapa tak rehat dulu?” tanyaku pula.

“Aqam tunggu Kak Fiah,” jawabnya tersengih-sengih.

Hai adik-adik ipar aku ni. Yang seorang menelefon menyatakan rindu, dan seorang ini pula, baru saja jejakkan kaki ke semenanjung, sudah menungguku.

“Lain macam je Kak Fiah dengar perkataan tunggu tu?” usikku kemudiannya. Iqram sengih pula.

“Aqam nak minta pandangan sikit ni,” akui dia sudahnya.

Aku senyum lagi. Seperti yang ku telah. Pastinya dia mahukan sesuatu dariku andai tidak, tak mungkin dia tidak rehatkan tubuhnya itu terlebih dahulu.

“Okey, pasal apa?” Aku peluk tubuh.

“Pasal Lin,”jawab Iqram pantas. “Minta Kak Fiah pujuk mama dengan abah lebih sikit.” Aku sengih mengusik. Dia garu kepala.

“Kak Fiah tak kenal dia, macam mana akak nak bagi pandangan. Esok Aqam bawa dia jumpa Kak Fiah dengan Abang Am. Jangan bagi dia balik sampai habis majlis. Nanti kami buat penilaian baik punya.”

“Tapi, Aqam dah ada gambar dia ni haa. Kak Fiah nak tengok tak?” Iqram menyeluk poketnya hendak dikeluarkan telefon bimbit dan serentak itu Izham sudah tegak berdiri di sisiku.

“Aqam, mama suruh masuk tolong Abang Am alih sofa untuk doa selamat malam ni,” tegas Izham pada adiknya.

“Kejaplah, bang. Aqam nak tunjuk gambar Lin dekat Kak Fiah ni,” protes Iqram dengan wajah masam.

“Tak apalah, Iz. Kejap je ni, nanti kami masuk sama-sama,” tokokku pula. Raut Izham berkerut.

Tatkala Iqram suakan telefon bimbitnya itu padaku, Izham lebih pantas menyambar.

“Oh, dekat Abang Iz kau tak nak tunjuk tadi, ya. Ni dekat Fiah kau boleh pulak tunjuk,” rungutnya dengan wajah kelat.

Tidak dapat aku duga adakah wajah itu sekadar bergurau atau sebaliknya. Tapi, bagiku wajah itu tiada langsung kemesraan. Sudah tidak macam dulu. Rasa ada yang pelik yang sedang berlaku kepada Izham.

“Alaa, Abang Iz ni…bagilah.” Iqram cuba mencapai telefon bimbitnya.

“Abang Iz lelaki, mana tahu pasal perempuan. Sebab tu Aqam tanya kakak.”

“Kalau kau tak nak telefon kau ni bersepai, kau pergi tolong Abang Am sekarang. Nanti-nanti pun boleh tunjuk,” arah Izham lagi.

Iqram merengus dan terus berlalu dengan langkah yang sengaja dia hentak kasar ke simen. Marah benar barangkali.

“Iz kenapa buat dia macam tu? Mesti dia segan depan Fiah,” protesku lembut.

Sesungguhnya aku tidak suka dengan sikap Izham sebentar tadi. Dulu dia seorang yang lembut. Tatkala dia memujukku suatu waktu dulu di dalam lif setelah aku dimaki hamun dulu, dia memang sopan orangnya. Tuturnya lembut mendayu. Tapi kini, sudah lain benar.

Izham diam. Dia hanya membelek-belek telefon kepunyaan Iqram itu beberapa kali.

“Fiah rasa Iz dulu tak macam ni kot? Kenapa hari ni, Fiah rasa Iz dah berubah?” tanyaku dalam berani-berani takut.

“Fiah pun berubah juga, kan?” soal dia pula menjawab soalanku.

“Fiah berubah?”

“Dulu Fiah tak macam ni juga. Dulu Fiah tegas. Sikit dingin tapi di sebalik kedingin tu Iz nampak kelembutan Fiah. Tapi, hari ni Fiah dah berubah. Menjadi lebih lembut tapi sebaliknya Iz nampak kelemahan dalam kelembutan Fiah tu.”

Terkejut bukan kepalang aku mendengarkan komen Izham tentang diri ini. Dia tenang saja mengucapkannya. Langsung tiada teragak-agak.

“Kan elok macam ni. Fiah berubah ke arah kebaikan apa.” Aku cuba bersuara dengan riak yang ceria.

“Kebaikan yang menyeksakan diri?” tanya dia pantas.

Aku kecut. Saat ini, aku menjadi takut hendak menghadapi Izham. Terasa lain macam benar. Bagaikan aku langsung tidak mengenali lelaki di depanku ini.

“Kenapa Iz cakap macam tu?”

“Iz tak akan pernah lupa setiap titisan air mata Fiah. Titisan air mata kerana menanggung sakit di hati. Iz pernah kata dulu, lebih elok Fiah dingin macam salji daripada menjadi lembut macam ni. Setidak-tidaknya, masa dulu tu Fiah tak pernah menangis, kan?”

Aku kelu. Tidak tahu apa lagi yang harus aku ucapkan kala ini. Izham tidak pernah tahu. Biarpun air mata tidak pernah mengalir dulu, tapi hatiku setiap waktu merintih dan mengalirkan air mata berdarah.

“Apa yang buatkan Iz rasa macam tu?” tanyaku lagi tidak puas hati.

Dia menggeleng lalu tersenyum. Perlahan-lahan dia tarik tanganku. Tersentak aku dibuatnya. Bimbang jika terlihat oleh keluarga yang lain. Izham perlahan-lahan meletakkan telefon bimbit Iqram di telapak tanganku lalu dia menutupnya kembali.

“Iz gurau jelah. Tak ada apa pun. Seronok terima kakak ipar sebaik dan secantik ni,” ujarnya berubah ceria.

“Jomlah masuk. Nanti tak pasal Iz kena bebel Siam pulak kat Abang Am tu. Dia bukan boleh kira.” Izham lantas berlalu.

Kakiku terpaku seketika. Pelik. Benar-benar pelik tapi yang pasti, resah itu hadir lagi menjengah ke hati. Mengetuk pintu hatiku beberapa kali tapi cepat-cepat aku halau agar resah itu tidak masuk berdiam di sudut hatiku biarpun ruang itu hanyalah sebesar hama.

Aku pandang telefon Iqram yang ada di tangan. Langsung terlupa apakah yang Iqram mahu aku lihat tadi. Sudahnya aku melangkah masuk ke dalam rumah juga dan tatkala melalui pintu luncur, aku lihat Ilham tercegat di situ di balik langsir. Merenung ke arahku dengan renungan yang sukar aku tafsirkan.

~~~> bersambung

8 comments:

  1. alahai..ilham..jgnla ada curiga dan cemburu yg mengiler..U should be thankful yg fiah tu da jadi isterimu..baru ko luahkan fiah macam mana orangnya..akanla..ko nak buat perangai lagi kot..adik ko kan tu..bukan org lain..pun..fiah pulak jgnla mengelabah dan beremosi pulak..dah dahla berpra sangka yg bukan bukan..kalo tak puas hati just bersemuka ..lagi bagus..dari menyimpan seribu kemusykilan dihati..
    Alahai dik..tinggal satu lagi episod..cepatlah habiskan manuscript ..rasa da tak sabar nak tunggu ia dipasarkan..terbitan mana ek..
    salam kak ida

    ReplyDelete
  2. lepas nie still chapter 49 kan kak RM??
    hehehe please2 jgn muncul no 50...
    please sambung tp still under chapter 49...
    (^__^)

    ReplyDelete
  3. ilhammm hang jangan wat hal nak syak @ cemburu buta segala... kang aku sekeh pala hang tuh... jgn wat prangai mcm bdk2... sian si fiah tuh

    ReplyDelete
  4. Ilham jangan lah marah Fiah.... tanya betul-tetul.... jangan jadi macam dulu kkk... beringat sebelum kena ....

    ReplyDelete
  5. yup ilham. jgn nk fikir bukan2x ya kat fiah. bukan fiah yg nk berbual dgn iz, iz yg dtg situ cari iq. alih2x ckp bukan2x. tau la cemburu. tp salah dia jg, klu dl dah suka kenapa xpurpose. tp bila ur bro potong jln bukan salah dia. He do what he want. bukan pengecut cam iz. la jgn dok cuba dok kelirukan faih dgn ayat yg bukan2x. syuh jauh2x. mintak mama perhatikan iz tu. mmg dah sewel mamat tu. msti ilham tau perasaan iz buat fiah. buyt u should stay strong, jgn tgugat kpercayaan bt fiah ya.
    - ivoryginger

    ReplyDelete
  6. tu dia...mai da..hesh..aku da habaq mai da..jgn buat lagu ni...esyyyy..bru ingt nk berbhagia..
    ade jer yg menduga...

    ReplyDelete
  7. baru jumpa blog penulis...tahniah atas penulisan yang marvellous!!!!this is very gud story.tapi dlm citer ni saya memihak dkt izham..saya terkedu dgn ayat dia.love is very complicated thing.

    ReplyDelete