Tuesday, April 23, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 19


BAB 19

SELESAI MAKAN MALAM.  NINE nampak segan bila berhadapan dengan mak ngah dan Suryani yang banyak menyakat.  Aku apatah lagi.  Rasa berbunga hati tapi bila berlaga pandangan dengan mata mak ngah, rasa sebu juga. 
Aku dapat rasakan dia seperti berat hati hendak melepaskan aku pergi jika benar aku dan Nine berjodoh. 
Pinggan terakhir siap aku bilas bila aku dengar mak ngah bersuara pada Nine yang masih duduk di atas anak tangga dapur. 

“Sedap ke lauk tu?  Maaflah kalau tak kena citarasa.  Kami ni macam tu jelah makan.  Nak-nak kalau Naina ada, lagi tak payah masak pelik-pelik.  Serah kat dia semua.  Dia nak masak dan kalau itu dia hidang, itulah kami makan.” 
Aku jeling Nine yang ternyata sedang memandang aku. 
“Sedap, mak ngah.  Rasa macam dah lama tak rasa masakan sesedap tu…”  puji dia lembut.
“Tengoklah air tangan siapa?”  tokok Suryani lantas menyiku aku.
Aku jegilkan mata.  Suryani ni kalau mengusik boleh tahan.  Boleh jadi pertama kali rumah kami dijejaki seorang lelaki.  Sungguh… terasa aneh.  Rasa lain macam. 
“Semua tadi tu, Naina ke yang masak?”  soal Nine lagi. 
Suryani angguk.  Mak ngah senyum.
“Dia memang pandai masak, Nine.  Menurun dari arwah umi dia.  Kalau jadi isteri ni, memang cukup pakej la,” jawab mak ngah pula. 
Pujian mak ngah melonglaikan lutut.  Aku segan sungguh.
“Mak ngah ni, cakap macam tu pulak dah.  Macam Naina nak nikah esok karang.”  Bibir aku terjuih sedikit.  Rasa tak selesa bila Nine asyik dengan bibir  yang menguntum senyum.
“Benda betul, kenapa nak nafikan,” ujar mak ngah lalu dia menapak ke arah anak tangga dan meminta jalan daripada Nine. 
Nine mengesot ke kiri sedikit memberi laluan pada mak ngah naik ke atas.  Suryani juga mengikut jejak langkah mak ngah.  Tapi, sebelum mak ngah melepas ambang pintu, dia bersuara lagi.
“Kalau kata esok karang, jodoh kau memang dah sampai mak ngah kena lepaskan kau, Naina.  Mak ngah naik rehat dulu.  Kaki ni lenguh-lenguh sungguh.  Dah tua-tua ni, kan?”  Dia senyum pada Nine dan mengerling pada aku. 
“Awak pandai masak?” 
Soalan Nine menerobos masuk ke gegendang telinga saat aku sedang mengelap kabinet dapur  ini.
“Rasanya semua perempuan pandai masak,” selaku tanpa memandang dia.
Aku dengar derap tapak kaki Nine menghampiri aku.  Tak sempat berpaling, dia sudah berdiri di sisi.  Bersandar pada kabinet dan menjeling aku. 
“Tapi mungkin tak macam awak, kan?” 
Wajah Nine aku pandang sekilas.  Dia sedang tersenyum dengan rambut yang terjuntai jatuh ke dahi.
“Kat sana rasanya lagi banyak masakan sedap…”
“Hati tak tenang, tak ada masakan yang mampu saya rasakan sedap, Naina… sepanjang saya kat sana,” caras Nine. 
Kali ini, aku memandang dia lagi.  Pandangan yang begitu lama.  Beberapa saat berlalu, kami masih saling merenung.  Seminit berlalu, kami masih saling menikam bola mata masing-masing.  Beberapa minit berlalu, aku nampak mata dia mula tersenyum sendiri.
“Kenapa awak datang sini?” 
Hujung bibir Nine terjongket.  “Sebab awak rindu saya…”
“Kat kampung saya ni?  Sanggup?” 
“Kat lautan sekalipun.  Kat hutan belantara sekalipun.  Kat gunung ganang sekalipun.  Bukit bukau, paya bakau, kutub utara, kutub selatan, hujung dunia pun… janji saya dapat kesan awak kat situ, saya akan cari…”
“Untuk?”  Soalan itu aku ajukan pantas tanpa sempat Nine menghabiskan ayatnya.
“Untuk apa yang awak nak dengar,” tukas Nine.
“Apa yang saya nak dengar dan apa yang awak nak saya tahu?”  giat aku pula.
In return?” 
Huh… aku mengeluh tipis.  Dia masih begini.  Soalan masih berjawab soalan.  Masih suka meminta balasan begitu.
“Tak nak cakap tak apa.  Saya tak ada apa nak bagi.  Naiklah rehat.  Tengok TV ke.  Saya nak kemas dapur sikit lagi,” ujar aku mula rasa jauh hati. 
Sejauh ini dia terbang dan sejauh ini dia menjejaki aku tapi hanya untuk memberi soalan pada soalan aku.  Sedangkan mak ngah sudah mati-mati merasakan dia benar-benar mahu menjaga aku.
Kain buruk aku capai.  Dapur yang sedikit berminyak itu menjadi mangsa tangan aku.  Rasa geram sedikit.  Nine tidak tahu, betapa sukar aku melepaskan dia pergi dan betapa sukar  hakikat yang baru aku tahu beberapa hari sudah daripada Amar dan hati tetap mengatakan Nine tak tahu apa semua ni.  Dia terlalu naïve sebagai pekerja yang setia. 
“Marah?”  Sepatah Nine menyoal.
What do you think?”  tanya aku kembali.  Mendatar
Nine gelak halus.  “Menarik.  Inspektor Zunaina yang tegas dan garang ini marah.  Atau boleh saya klasifikasikan yang ini… merajuk?”  Nine menyebut lambat-lambat.
“Layak ke saya nak merajuk?”  Suara masih lagi datar tanpa nada.
Nine melompat naik ke atas kabinet.  Kain buruk dari tangan aku ditarik rakus.  Memaksa aku memandang dia. 
“Awak hanya layak merajuk dengan saya je, Naina.  Saya tak izinkan awak merajuk dengan orang lain,” jawab Nine serius. 
Mata menikam mata.  Dada berdetak hebat.  Penuh gelora.  Mata Nine berbicara. 
I miss you,” bisik dia.
“Saya bukan seseorang yang patut awak rindu,” balas aku separuh berbisik. 
Wajah mula terasa pijar.  Malu.
“Saya  yang akan tentukan siapa yang saya akan rindu dan orang tu adalah awak, Naina,” tekan Nine lagi.
Aku senyum sinis.  “Terima kasih.  Naiklah rehat.  Awak jalan jauh hari ni,” suruh aku cuba melarikan rasa canggung saat ini.
Tak sempat berpaling, Nine memaut wajah aku memaksa aku memandang dia.  Dia melompat turun dari kabinet dan berdiri tegak dengan aku.  Wajahnya sengaja didekatkan.  Pandangannya kian tajam menikam bola mata. 
“Itu bukan jawapan yang saya nak dengar bila saya datang sejauh ni, Naina,” gumam dia.
“Habis tu?”  Perlahan, aku tepis tangannya yang bebas memaut wajah aku. 
Pada saat kritikal dan terdesak, sentuhan dia tidak membawa apa-apa makna tapi bila keadaan begini, had batasan kami perlu aku jaga. 
“Maaf,” ucap Nine bagaikan tersedar dan dia menjauhkan sedikit dirinya beberapa tapak ke belakang tapi aku pula yang mendekati setapak.
“Muka awak kenapa?  Petang tadi lagi nak tanya.  Tak teringat.  Nampak lebam,” tegurku.
Nine mengangkat tangannya dan menyentuh wajahnya pada tempat yang aku maksudkan.  Kemudian dia menggeleng.
“Saya bertumbuk dengan Naim.  Percaya tak?” 
Aku kerutkan kening.  Rasa tak percaya tiba-tiba.
“Bertumbuk ke ditumbuk?”  dugaku.
“Dua-dua,” jawab Nine mudah.
Aku mengeluh.  “Masih sakit?”
“Sikit tapi dah sembuh semuanya petang tadi masa tengok awak…”
Such a sweet talker.”  Aku mencemik. 
Nine ketawa halus.
“Nak sapu ubat tak?” 
Dia menggeleng.  “Sikit je.  Saya dah biasa luka macam ni.”
Aku hela nafas lega.  Suasana yang suram dan tegang tadi beransur hilang.  Berbicara soal hati rasa hendak putus nafas.  Lagi rela didenda berlari keliling padang pada jam 3.00 pagi dengan menjunjung rifle M16 daripada berlari akibat dikejar emosi  yang tak stabil angkara Nine.
“Bila nak balik?”  Tiba-tiba terpacul soalan itu tanpa sedar.
Cepat-cepat aku berpaling.
Air wajah Nine berubah sikit.
“Err… jangan salah faham.  Bukan niat nak halau tapi…”
“Saya faham.  Tempat saya bukan di sini.  Kat sana pun… bukan tempat saya,” jawab dia bagaikan berjauh hati.
Tersalah faham.
“Nine…,”  seruku lembut.
“Jangan macam ni.  Saya tak maksudkan macam tu.”  Aku terus memujuk. 
Nine masih menundukkan wajah.  Bermain dengan jari-jemarinya yang jelas runcing dan punyai sedikit parut-parut kecil.  Tak sedar, bibir aku merekah dengan senyuman lebar.  Senyuman paling manis pernah aku ciptakan sejak kehilangan umi dan ayah.
“Dzulkarnain…”  panggil aku lembut.
Sekali… dia tetap begitu.
“Dzulkarnain bin Dzahrin,” seru aku lagi.
Dia menjeling seketika sebelum kembali tunduk.
“Merajuk?” 
Dia diam.
“Emm… not bad untuk seorang Nine merajuk but it does not suite you at all,” usik aku.
Kepala Nine terangkat.  “Esok pagi-pagi saya balik KL… lepas tu saya balik Bangkok…”
Aku kerutkan kening.
“Dengan beg besar tu awak datang untuk awak balik dalam masa semalaman?” 
I am not belongs here…”
But you belongs in my heart,” pangkas aku antara dengar dan tidak tapi aku yakin Nine mendengar dan kerana itu dia terus memandang aku.
What you’d just said?”
Aku terkebil-kebilkan mata sendiri.  Memandang Nine dan menggeleng laju.  Cepat-cepat aku cuci tangan dan menapak ke anak tangga biarpun Nine menyeru nama aku.
“Naina, apa awak cakap tadi?”  soal dia yang sedang menapak sama. 
“Tak ada apa.  You better get enough rest, Nine.  Saya nak masuk bilik dah.  Cuti ni saya nak tidur sepuas hati,” ujar aku melarikan anak mata dan lari dari pertanyaan Nine.
Terlajak kata.  Tak sedar Nine mendengar dan aku… malu sendiri.
Tak sempat hendak menolak daun pintu, mak ngah muncul. 
“Hah, nak tidur dah, Naina?” 
“Err… ada kerja sikit.  Mungkin lepas tu terus tidur,” jawab aku gagap.
“Petang tadi tidur, ini nak tidur lagi.  Gemuk karang tidur lepas makan, Nine lari pulak…,” usik mak ngah sambil berlalu ke serambi. 
“Tak apa, mak ngah.  Gemuk ke kurus ke, selagi nama dia Naina, dia memang untuk saya,” tokok Nine sesedap rasa.
Menambahkan pijar pada wajahku. 
Dia, aku jeling tajam.  Memberi amaran tapi dia hanya tenang.  Baju T putihnya dibetulkan sedikit.  Rambut yang jatuh ke dahi diraup ke belakang. 
Matanya dikedipkan sekali.  Lama.  Sebelum dia membuka mata dan bibir itu nampak bergerak tanpa suara.
You too.  Belongs here…”  Dadanya ditepuk beberapa kali. 
Aku berpaling dan mengetap bibir.  Langkah kaki terus menuju ke dalam bilik bersama hati yang berdebar dan darah yang gemuruh. 
Hilang segala masalah.  Langsung lupa pada peristiwa perit yang telah aku ketahui dengan kehadiran Nine.  Aku pejamkan mata setelah merebahkan tubuh di atas katil.  Baru hendak pejamkan mata, telefon bimbit aku bergetar. 
SMS!  Bila aku tekan OK, nama Nine naik. 


            Saya di sini nak jemput awak, Naina.  Jemput awak masuk ke dalam
hati saya tanpa apa-apa syarat.  Itulah modus-operandi saya.


Dan aku, hampir mengalami sesak nafas bila Nine menjawab soalan aku tadi.

...bersambung

RM : Haah pendek... tapi berisi.. okeyla kan dari tak ada langsung..LOL... 

20 comments:

  1. saya terima jemputan awak..haha

    takpe ari pendek, next n3 bg panjang2 cket..

    ReplyDelete
  2. Nine... ada lagi tak tempat kosong kat hati tu? Naina... tepi sikit yer... ngee

    ReplyDelete
  3. Best nye .sweetnye nine....pergilah naina bersama nine.semoga bahagia menjelma.nak lg RM

    ReplyDelete
  4. Rm..akak dah cair ni... Blame it on you...

    ReplyDelete
  5. RM......sweetnya nine n naina...

    ReplyDelete
  6. mmm....kak RM blh x bg naina n nine bahagia jgn bg mimpi naina jd kenyataan ya...pleaseeeee....nak sgt naina n nine hidup bahagia

    ReplyDelete
  7. RM...sweet sangat n3 nie.... suka2 :)

    ReplyDelete
  8. Naina... jemputlah Nine masuk dgn bunga rampai, bunga manggar, bunga telur & sebagainya! :D

    ReplyDelete
  9. nice... sweet... like... two thumbs up dah ^_^

    ReplyDelete
  10. Rehan, nak tegur sikit :-
    "I am not belongs here ..." ayat ni salah. Patutnya "I do not belong here ..."
    "But you belongs in my heart" pun salah. Patutnya "But you belong in my heart". (I, you, they = belong) (She, He = belongs)

    ReplyDelete
  11. Amboi naina.dh terluah perasaan la

    ReplyDelete
  12. Nine..such a gentleman..x takut nak luahkan perasaan..

    ReplyDelete
  13. Huaaaaahhh.. Rasa penuh hati saya...

    #Err? -_-

    ReplyDelete
  14. Aduyaiiiiii..tekanan perasaan den bace...sesak nafas oo!!!! sengih sampai telinga dh nie..

    ReplyDelete
  15. Aduyaiiiiii..tekanan perasaan den bace...sesak nafas oo!!!! sengih sampai telinga dh nie..

    ReplyDelete
  16. modus- operandi saya plak.... saya da aim nak cari nine hahah :D

    ReplyDelete