Wednesday, June 27, 2012

Kerana Sekali Cinta SE : Pt. I


S.E Part I

AKU buat muka sedih menatap dia yang berwajah masam dan keruh.  Tak tahu apa yang tak kena.  Kelatnya wajah itu membuatkan aku rasa kecewa pula.  Dah la bukan kemain lama menanti dia naik ke pentas menerima segulung ijazah itu.  Ini nak muncung pulak? 
“Sayang ni kenapa?”  Aku bertanya tenang.  Kamera DLSR Nikon di tangan aku belek. 
Dia diam dan aku melepaskan lelah sikit.  “Kan hari bahagia sayang ni?  Dah lama tunggu hari ni, kanPosing sikit, abang nak tangkap gambar,” suruhku lembut.
Anaresa masih lagi kaku.  Sengaja dia buat wajah keruh.  Aku pandang Zara Auni yang sedang memegang tangan kanan Anaresa dan Zara Aina yang memaut tangan kiri dia.  Anak kami pun dok goyang-goyang tangan tu minta mama dia posing tapi mama pulak buat tak tahu je. 
“Yang… anak pun nak bergambar tu.  Penat tau abang dukung Auni dengan Aina ni.”  Aku buat muka sikit.  Kemudian aku pandang wajah Aina pula.  Senyum pada keduanya. 
Anak itu tidaklah kembar tapi lahir pada tahun yang sama.  Seorang awal tahun dan seorang lagi hujung tahun sampaikan, hingga ke hari ini, aku diejek gelojoh.  Tak adalah gelojoh tapi memberi kasih sayang pada isteri.
“Tak nak ambil gambar.  Abang tangkaplah gambar anak-anak je.  Resa nak pergi cari ibu dengan ayah,” ujar dia lalu dia suruh kedua anak kami berlari ke arah aku.  Belum sempat dia berlalu, aku menapak ke depan.
“Kenapa?”  tanyaku bila aku dekat dengan dia.  Suasana bingit dan meriah langsung tidak mencacatkan renungan aku pada mata itu. 
Abang tu lah…”
“Kenapa dengan abang?  Abang nak tangkap gambar tapi Resa tak nak posing.  Salah abang ke?”
Orang posing dengan bunga bagai.  Abang ni, mana bunganya?  Tak menghargai langsung!”  cebik dia merajuk. 
Aku senyum.  Merajuk lagi.  Hari-hari merajuk sekarang.  Apa masalah dia sedangkan cita-cita dia telah tercapai. 
“Nak bunga apa lagi?  Kan abang dah bagi bunga untuk sayang?”  ucapku tersenyum lebar.  Kamera DSLR Nikon itu aku gantung ke leher. 
“Mananya?  Atau abang ada poket doremon sebab tu kejap lagi… ta daa… abang tunjuk depan Resa, kan?”  sinis dia dengan senyum plastik.
“Kalau orang lain sejambak tapi abang bagi dua.”
“Mana?”  tanya dia bersama anak mata  yang terjegil.
Cuba tengok kiri kanan Resa?” 
Kami sama-sama menjeling ke kiri kanan Anaresa dan dia tiba-tiba senyum saja kemudian bila anak mata itu naik menatap mata aku, dia mencemik.
Orang bagi bunga, boleh layu tapi abang bagi apa yang akan kekal dalam diri kita.  Dalam hidup dan hayat kita,” ujarku romantis lalu aku sentuh pipinya dan seka sedikit peluh yang merenik di dahinya.
“Bunga dua orang ni, ya?”  tanya dia.  Aku angguk dengan senyuman manja. 
Lama-lama Anaresa juga meledakkan tawa lantas dia duduk mencangkung.  Sama rendah dengan kedua anak kami.  Anak kembar tahun. 
“Tak cukup ke dua orang bunga ni?  Nak abang tambah lagi sorang ke?  Dua orang mungkin?”  dugaku dan dia mencebirkan bibir.
Abang tu… yang ini pun tak lepas setahun dapat lagi hujung tahun tu.  Abang tahu tak malunya Resa masa kawan-kawan kuliah tegur.  Dari satu semester, sampai dua semester kena extend.  Semua abang punya pasal.  Sekarang ni, umur 25 tahun baru gred.  Delay setahun,” ucap dia padaku. 
Aku turut mencangkung mencuit pipi Zara Auni dan Zara Aina.  Comel keduanya.  Seiras aku namun kulit putih bersih itu mengikut wajah Anaresa.  Lincahnya juga sama.  Kadang-kadang tak lepas lelah melayani keduanya yang sudah menginjak ke angka 5 tahun.  Rasanya sebaya dengan anak ketiga Anahara, Aryan. 
“Dah tu, sayang tak lokek, abang tak kedekut, cepatlah kita proses.  Apa susahnya, anak kita, kan?  Bila lagi.  Abang bukan muda lagi.  Sementara abang larat ni, Resa beranaklah ramai-ramai untuk abang,” tuturku lembut bersama pandangan mata yang menyoroti mata di penuh makna. 
Dia senyum dan mengangguk akhirnya.  “Tapi, Resa nak jaga Auni dengan Aina dulu sementara ni.  Tak laratlah.  Nak sambung master lagi lepas ni,” pintanya. 
Aku angguk.  “Tengok keadaan dan tempat.  Kalau keadaan itu menggoda jiwa dan tempat itu sesuai… tak salahkan.”  Aku tersengih nakal. 
Tanpa sedar, Anaresa menolak wajahku dengan telapak tangannya dan terus bangkit. 
“Eiii… gatallah abang ni.”  Dia merungut geram.  Giginya diketap hebat.
“Kan berkali-kali dah abang cakap… abang gatal dengan Resa je.  Dengan orang tak ada abang pandang pun,” selaku menegakkan hujah.
Dia ketawa kecil kemudian dia terus menarik kedua-dua anak kami dan meminta aku menangkap gambar mereka.  Kala lensa kamera itu berjaya membawa jasad mereka pada skrin, aku pandang skrin Nikon itu lama. 
Indahnya anugerah yang telah Engkau berikan ini, Ya Allah.  Melihatkan senyuman lebar Anaresa, Zara Auni dan Zara Aina membuatkan aku terfikir sendiri… betapa beruntungnya aku. 
“Okey… dah.  Kita pergi tempat lain pulak,” ajakku dan Anaresa terus saja bangkit menghampiri aku, memimpin anak-anak kami. 
“Abang…”  Anaresa lembut menyeruku yang masih ralit memerhatikan setiap momen yang telah aku abadikan di dalam gambar itu. 
“Emm…,” sahutku tanpa memandang dia. 
“Malam ni jadi ke nak buat kenduri kesyukuran?” 
Aku memandang dia sekilas.  Tersenyum dan mengangguk. 
“Kan mama dengan abah dah cakap berkali-kali beberapa hari sudah,” ucapku lembut. 
“Oh…”  Dia angguk.
“So… jemputlah teman wanita lama abang tu?”
Pertanyaan Anaresa membuatkan aku mematikan langkah.  Wajah ini berkerut-kerut.  Sudahlah panas ni.  Jangan dia nak panaskan hati aku pulak.
“Teman wanita? Sarina?”  tebakku biarpun aku tahu nama siapakah yang bermain di dalam kepala dia.
Anaresa menggeleng.  “Kak Anahara.”
Nah… seperti yang aku telah, dia memang mahu menyebut nama itu.  Entah mengapa, setelah sekian lama nama itu kembali meniti di birai bibirnya.  Apa masalah Anaresa ni? 
“Sayang ni kenapa?”  tanyaku masih berlembut.
Dia menggeleng sekali lagi.  “Tak ada apa.  Saja usik abang.  Itu pun nak buat muka cuak…”  ejek dia. 
Aku merengus geram.  “Sayang jangan buat macam lima tahun sudah, ya?  Abang tak suka!”  Kali ini sedikit bertegas dengan dia. 
Anaresa menjatuhkan kepala dia.  “Yelah, tapi ajak tak dia nanti?”
“Mestilah ajak.  Kan kawan lama kita tu.  Abang pesan pada Sarina je.  Jangan risaulah… abang tak call isteri orang.  Sarina tu pun abang SMS je,” ujarku pantas. 
“Baru nak cemburu buta,” sela Anaresa. 
Aku tahu dia sengaja mengusik.  Sesekali memang terusik akan kenangan lalu kerana pada aku, tiada sejarah tak mungkin aku berdiri di sini.  Andai tidak kulihat sukarnya untuk pertahankan sesebuah cinta itu, pastilah aku tidak tahu menghargai. 
Dari Anahara aku belajar segalanya dan bila Anaresa menghampiri, dia bertuah memiliki sekeping hati aku.  Erkk… aku tepuk dahi sendiri tiba-tiba bila terasa aku sudah mengangkat bakul sendiri.
“Kenapa?  Suka tepuk dahi.  Ada nur kat situ, tau?”  tegur Anaresa pelik. 
“Abang terperasan tadi.  Dah macam takbur pulak.  Tapi bila fikir balik… hakikat kot.”  Aku sengih tayang gigi. 
Sekali lagi aku bawa kamera itu dan menangkap gambar puteri-puteri kami yang sedang muncung menahan panas. 
“Eleh…”  Dia elehkan aku.  Dah lama tak dengar perkataan itu. 
“Apa yang hakikat?  Nak kata Resa bertuahlah tu dapat miliki abang.  Kan?”  Dia menelah dengan tepat. 
“Yeah… betul tu.”  Aku mengaku bangga.  Mendabik dada. 
“Abang pun untung tau dapat Resa…”
“Sebab tulah kita ni saling melengkapi.  Abang untung, Resa untung.  Budak berdua ni…”  Aku tiba-tiba mencangkung mengelap peluh keduanya.
“… lagilah beruntung ada mama dengan papa yang tak lokek.  Tak sampai setahun dah bagi adik pada Auni.”  Aku cuit hidung Auni dan Aina lantas menjeling pada Anaresa yang masih tegak berdiri. 
“Eleh… ada la tu nak apa-apa tu?”  usik dia dan terus berlalu. 
“Mama…”  Zara Auni menyeru mamanya kuat.  Langkah si mama terhenti dan berpaling. 
“Dahagalah mama…,” adu keduanya hampir serentak. 
Langkah Anaresa kembali pada kami.  “Pergi cari nenek dengan atuk, ya?  Mama pergi beli air.  Nanti kita jumpa dekat parking jelah,  bang.  Balik teruslah.  Kesian anak-anak,” cadang dia.
Aku jungkitkan bahu.  “Tapi… tak nak bergambar dengan Mie dan Azi dulu ke?” 
“Erk… kan diorang tak ada kaitan dengan graduasi ni.  Datang menyempit je semua tu.  Lagipun, Mie dok sibuk dengan Rin.  Azi tadi pergi mana entah dengan Jimmy.  Biarlah.  Kan malam karang jumpa jugak,” ucap dia dan aku hanya mengangguk menghantar langkah Anaresa ke sebuah gerai.
Aku menarik kedua-dua orang anak kami.  Menuntun mereka ke arah tempat letak kereta.  Rasanya, ibu dan ayah mertuaku sudah ada di sana. 
“Papa…”  Aina menyeruku.
“Ya sayang… dukung!”  Aina dan Auni serentak meminta aku mendukung mereka. 
Aduhai… masing2 dah berusia lima tahun.  Jenuh nak dukung.  Bukannya ringan kedua-duanya.  Tapi, melihatkan wajah penuh mengharap itu, aku duduk mencangkung.  Terus saja Zara Aina dan Zara Auni merangkul leher aku dan aku terus menapak penuh hati-hari menuruni anak tangga menuju ke kawasan letak kereta yang memang ada ayah dan ibu Anaresa di situ.
“Haih… dah besar panjang pun masih nak dukung lagi?”  tegur ibu mertuaku bergurau dengan cucunya. 
“Biarlah… papa larat lagi, kan?”  Aku sekadar menyokong kedua anak ini dan mereka tersengih manja.  Barisan itu itu cantik tersusun.  Putih bersih saja.  
“Resa mana?”  tanya ayah.
“Beli air dekat anak dara ni,” jawabku dan terus saja menghidupkan enjin Mazda ini.  Masih setia menggunakan kereta ini sementara anak dua orang.  Tunggu sedozen baru tukar bas.
“Oh… kita nak balik terus ke?”  soal ibu mertuaku pula. 
Kali ini aku angguk.  “Kesian budak-budak.  Panas.  Lagipun kawan-kawan Resa dia jemput malam ni datang ke rumah.  Ibu dengan ayah pun nampak penat je ni.  Balik rehat dulu,” ajakku dan mereka mengangguk.
Sedang aku ralit melihat gambar-gambar yang aku tangkap tadi, namaku diseru oleh ibu. 
“Zaf…”
Aku berpaling pada dia.  “Ya, bu?”  Kening ini terjungkit. 
“Anak-anak kamu ni memang ikut rupa kamu.  Comel sungguh.  Bangga ibu ada cucu-cucu comel dan lincah macam ni.  Orang kata kalau anak perempuan ikut rupa ayah, sejuk rumahtangga tapi…”  Ibu matikan ‘tapi’ dia agak panjang. 
Aku tegakkan tubuh dan terus menatap Zara Auni dan Zara Aina yang sedang bertenggek di atas peha atuknya yang sedang duduk di atas tembok. 
Lama aku perhatikan mereka namun sayang… tak juga aku jumpa apa yang ibu maksudkan dengan ‘tapi’ itu.
“Apa yang tapi, bu?” 
“Kamu tak perasan?”  Ibu jungkit kening dan tersenyum. 
Aku menggeleng dan juga mengjungkitkan bahu dalam masa yang sama. 
“Cuba kamu tilik pakaian anak kamu tu?  Kamu tak ingat apa-apa?” 
Kala ibu berkata demikian, aku terus saja melopong sendiri.  Saat ini, waktu berputar kembali ke masa lalu.  Masa pertemuan pertama aku dan mama mereka.  Waktu gila-gila remaja seorang gadis bernama Anaresa Abdullah. 
“Ya Allah bu… Zaf tak perasan pun semua ni.” 
Sungguh aku sendiri tak perasaan akan penampilan dua orang puteri aku ni.  Dengan kasut bagai.  Jeans skinny dan juga t-shirt lengan panjang.  Tidak berselendang tapi bertopi.  Saling tak tumpah dengan mamanya satu waktu dulu. 
“Ini Resa punya kerjalah ni agaknya,” luahku tanpa sedar isteri aku ni sudah terpacak berdiri di sisiku memegang dua beg plastik yang berisi empat cawan air bandung cincau. 
“Kata Resa nampak,” tegur dia dengan wajah masa.  Aku terkulat-kulat sendiri.  Tak tahu nak buat apa.  Aku sengih saja.
“Yeah… mama bawa air,” jerit keduanya berlari-lari ke arah  kami. 
Bila ibu mengambil air dari tangan Anaresa dan menggamit cucu-cucunya mendekati, aku paut bahu Anaresa. 
Dia memang cantik.  Terserlah keayuannya di mata lelakiku.  Malah semakin hangat kasih sayang kami dari hari ke hari.  Tiada apa yang berubah pada dia.  Hanya kematangannya saja yang meningkat sedikit demi sedikit biarpun ada waktunya, dia bersikap mengalahkan Zara Auni dan Zara Aina. 
“Kenapa pakaikan anak macam tu?” 
“Dah abang kata Resa boleh fesyenkan anak ikut suka Resa,” jawab dia. 
Aku senyum.  “Padanlah kad kredit abang banyak je lately.  Bawa anak-anak shopping rupanya.  Tapi kan yang… janganlah jadikan anak-anak kita macam sayang dulu.”
“Dah pulak?  Kan dulu abang suka jugak?” 
Aku mencemik.  “Memanglah abang suka.  Tapi, bukan apa.  Takut budak tu pergi tendang orang pulak macam mama dia tendang kereta orang dulu tu.  Macam mana tu?” 
Wajah Anaresa nampak terkedu.  Lama-lama dia sengih dan memaut pinggangku. 
“Buruk ya Resa masa tu?”
Amboi soalan dia.  Kala itu aku nampak dia unik.  Biarpun kurang sopan tapi nampak dia tegas. 
“Tak adalah buruk.  Kurang comel…,” selaku membuatkan dia mencubit pinggangku sedikit. 
“Sayang abang…,” akui dia tiba-tiba. 
Aku merenung dia dalam-dalam.  “Sayang Resa,” balasku mesra dan aku tarik bahunya lalu aku kucup ubun-ubun itu seketika. 

**

KENDURI bermula setelah majlis tahlil dan doa selamat.  Rasanya semua sedang buat-buat sibuk, nak-nak Zafrin.  Sibuk di dapur bila pemilik hati dia memang ada di situ membantu kaum hawa buat kerja. 
“Angah…”  Aku memanggil dia kuat. 
Tapi, dia tak dengar atau buat-buat tak dengar bila dok berhadapan dengan Haqmi yang memang cun melecun sekarang.  Lembut ayu biarpun sesekali aku nampak macam kayu jugak. 
“Zafrin!”  Kali ini barulah Zafrin berpaling dengan wajah yang berkerut. 
Dia nampak bersuara seketika pada Haqmi dan terus angkat tubuhnya menghampiriku yang sedang tercari-cari kelibat Zara Auni dan Zara Aina.  Entah mana lesap budak berdua ni. 
“Kenapa?”  tanya dia sedikit merungut dengan wajah yang berkerut. 
“Kau ni… mentang-mentanglah Haqmi ada kat situ.  Menempel je kerja dia.  Pergi cari Auni dengan Aina kejap,” suruhku. 
“Erk… hilang ke?” 
“Tak adalah hilang.  Takut kacau mama dia melayan tetamu je.”
Zafrin mengangguk dan muncul pula Zafrina tiba-tiba.  Menatang dulang kosong.  Ini lagi sorang buat-buat sibuk. 
“Rina pergi mana?  Nampak budak berdua tu?”  tanyaku lagi. 
“Tadi ada dengan abah dan ayah Kak Long dekat bawah khemah sana,” jawab dia. 
“Hah, Angah… kau pergi ambil budak tu.  Kacau ayah dengan abah nak borak je.”  Aku terus mengarah. 
“Habis tu… Along nak pergi mana?” 
Aku sengih.  “Along letihlah hari ni.  Nak naik landing kejap.  Nanti Rina pesan dekat Kak Long kejutkan Along kalau terlena ke apa ke.  Tubuh ni rasa lemau je,” akuiku sambil memicit pangkal leher. 
Songkok di kepala aku cabut dan kepala yang agak menyengat ni aku picit sedikit.  Rambut aku ramas agak kuat.  Panas sangat hari ni bertangga menanti Anaresa di majlis graduasinya. 
Zafrina mencemik.  Zafrin juga dan aku hanya senyum tapi belum sempat aku memijak anak tangga pertama, namaku diseru oleh Anaresa.  Resah!
“Kenapa?”  tanyaku bimbang melihatkan raut wajah yang cemas itu.  Zafrin dan Zafrina juga terpaku memandang kami berdua silih berganti.
“Abang mari tengok sendiri…”  Anaresa terus menarik tanganku agar mengikut langkah dia. 
“Apa halnya,  yang… Abang sakit kepala ni,” beritahu lagi.  Zafrina dan Zafrin juga mengikut kami. 
Dekat taman mini mama, aku nampak Anahara sekeluarga dan juga anak anak lelakinya, Aryan yang sebaya dengan anak-anak aku.  Apa hal ni?  Hati aku tak lepas dari bertanya.  Anak mata aku kecilkan.  Langkah ini semakin maju. 
“Kenapa, Ana?”  soalku pada Anahara dan suaminya, Mukhlis.  Mereka berdua senyum saja. 
Melihatkan Aryan, memang segak seperti papanya  juga.  Berbaju Melayu sedondon sekeluarga.  Begitu juga dengan aku.  Yang berbeza hanyalah anak-anak perempuan aku ni memakai kasut Bubble Gummy itu dengan baju kurung membuatkan aku mengeluh sendiri.  Rosak fesyen. 
“Kenapa ni, Zara Auni… Zara Aina?  Kenapa muka ketat je?”  Aku mencangkung dan diorang berdua bercekak pinggang.
“Aryan ni lah, papa!”  marah Auni.  Si adik yang lahir pada bulan Disember.  Langsung tidak pelat. 
“Apa pulak Aryan?  Auni yang pijak mainan Aryan ni.  Dah rosak sikit,” adu Aryan pula. 
Aku pandang Mukhlis dan Mukhlis hanya mencebirkan bibir menghantar amaran agar kami teruskan saja drama budak-budak ni. 
“Auni… mama tak ajar kurang ajar dengan kawan-kawan.  Kan itu kawan Auni jugak.  Anak Aunty Ana tu, kan?”
“Tapi, dia tuduh Auni…”
“Okey…”  Aku menyampuk setelah pujukan Anaresa langsung tak dipedulikan.
“Apa yang Aryan buat pada Auni?”  soalku pula.
“Adik terpijak sikit je Transformer Aryan, pa…”  Pantas je Si Aina ni menjawab bagi pihak adiknya. 
Aryan nampak hendak merengek dan dia berlalu pada papanya dan memeluk  lelaki itu kemas. 
“Dia buat Aryan.  Tak  kira… nak ganti jugak.  Ganti Optimus Prime Aryan,” rengek dia yang nyatanya sudah menangis. 
“Auni… minta maaf cepat,” suruh Anaresa geram. 
Aku pantas paut bahu Anaresa.  Minta dia bersabar.  Aku dan Mukhlis hanya sengih saja melihat anak-anak bertekak.  Kecil-kecil dah pandai bertekak. 
“Okey… Auni ganti!”  tekan Auni keras.  Dia terus menyelak sedikit kain kurungnya dan mendekat padaku. 
Poket baju Melayuku dia seluk. 
“Eh, apa ni?”  Aku pegang tangan kecil itu tapi tak sempat bila dia sudah mencapai not RM5 yang memang ada di dalam poket itu. 
Dalam hati aku sudah dapat kuagak apa  yang bakal terjadi dalam drama swasta kali ini.  Telahanku rasanya tepat lalu aku jeling Anaresa.  Dia hanya mengerutkan wajah.
Kemudiannya, Auni rapat kembali pada robot Transformer  yang tergolek di atas rumput dan tak semena-mena, dipijaknya tangan Encik Robot milik Aryan itu membuatkan Anaresa, Anahara dan Mukhlis sendiri terpaku memandang dia. 
Auni tunduk mengutip robot tersebut dan terus menuju pada Aryan yang sedang menitiskan airmata. 
“Nah… tadi tak ada rosak tapi Aryan suruh Auni ganti.  Ni betul-betul Auni yang rosakkan.  Jadi Auni ganti.  Ambillah…”  Dia suakan robot dan duit RM5 itu pada Aryan membuatkan kami sama-sama tergelak tapi tidak pada Anaresa. 
“Ya Allah… betul ke anak Resa ni?”  tanya dia berbisik.  Anaresa menekup mulut tidak percaya.
“Betullah sayang… Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,” balasku perlahan sengaja menyindir dia.  

38 comments:

  1. sweeetttt moment....

    ReplyDelete
  2. alahai cumel nya fmly ni...

    ReplyDelete
  3. So sweet... and you Cik Writer.. this is what I used to call Rehan Makhtar!!! You're back with your soul!!!! Leganya akak rasa.. Please.......... this spirit mesti mengalir ke dalam STK ya.. Bila ditegur bermakna I do really care and sayang.. If not, why should I care kan???? (RozieLily) ;-)

    ReplyDelete
  4. rindunya dengan resa dan zaf. ada pula sicomel berdua... their little jannah!

    ReplyDelete
  5. auni sebijik macam anaresa...hahaha

    ReplyDelete
  6. best.. kelakar la budak2 dua org 2... good job..

    ReplyDelete
  7. alahai bestnya..anak2 pun ikut perangai mama dia...sweet sgt..

    ReplyDelete
  8. heeee...bes2...
    wow..anak kembar taun erk...hehehe...

    ReplyDelete
  9. sweet je..suke sngt :D

    ReplyDelete
  10. best betul lah..... baca boleh gelak seorang-seorang ..... selepas baca cerita yang sedih dan tegang sebelumni.... hehehe.... terima kasih cik penulis.......

    ReplyDelete
  11. hahah lpas rindu...rasa mcm nk gelak je spnjang hri ni....suka sgt...RM buat lah cita pasal Haqmi ngn zafrin plak...tp msti sudahkan Syaima dgn budriz dulu....hahah

    ReplyDelete
  12. klakar lak anak2 resa i....
    ma tmph kuah klu x knasi...

    ReplyDelete
  13. huhu.. sebelum ni baca stk.. tegang je rasa.. sekarang dihidangkan dgn citer kelakar.. terhibur sesangat.. best la rm.. sweet moment gitu!

    ReplyDelete
  14. kehkehkeh...
    mak borek anak rintik..
    comey...=)

    ReplyDelete
  15. haha... kelakar... best la RM ni... kasik berbesan ini 2 kuarga... jangan rebut cinta udah... sape plak yg nak mengalah... aduhai... sadis nanti... takmo2...

    Apapun Syai still best tau... sentiasa menanti...

    kak nora...

    ReplyDelete
  16. Rehan...u mmg best arrr
    sweet betul couple ni dan u yg jadikan ianya perfect..

    ReplyDelete
  17. Hahahaha... gelak beso baca ending dia sebijik cam mama dia .. sweet sangat2
    Tq cik penulis..

    ReplyDelete
  18. ngeh ngeh ngeh..
    mmg menurun perangai mak ke anak..
    :)

    ReplyDelete
  19. hahaha..comelnya..tahniah lah Akak..
    yeah!! Sweet sgat2..Auni n Aryan ;)

    ReplyDelete
  20. like mother like daughter, hahaha~ ;p

    ReplyDelete
  21. hahahaha sebiji mcm mama mengamuk sebelum kawin dulu..

    ReplyDelete
  22. comel sgt2 ank diorg...n diorg no still sweet couple ever....

    ReplyDelete
  23. Tak tahu nak komen apalagi tapi Rehan Makhtar, terbaik!

    ReplyDelete
  24. bijak betul budak auni ni..like mommy like daughter !

    Lepas rindu dekat zaf n resa ni...haihh nampaknye beberapa mlm ni tidur bermimpikan zaf jela ~~

    tq sis rm ! terbaik :)

    ReplyDelete
  25. Hai.... lawak tul la ngn auni n arian tu kn? pepun.... RM terbaik.

    ReplyDelete
  26. best! bestt! :D tak menahan betul budak berdua tu! eheh! :D thank you akak! sayang banyak-banyak! <3

    ReplyDelete
  27. akak auni n aina sama mcm org la akak..org lahir 5 jan 93 adik org 10 dec 93..

    ReplyDelete
  28. mmg comel gaya auni lwn aryan.ingt senang nk buli ke?hahahaaaa.xcaya tu ank awk eih resa. ^^

    ReplyDelete