Tuesday, July 03, 2012

Untuk Dia [2]


BAB 2

MOOD ke laut.  Aku dah tak rasa nak ke rumah Anaresa.  Jeans koyak sikit.  Kasut pun rosak sikit akibat geseran pada jalan raya.  Mamat tu tak tanya pun aku kenapa?  Aku je yang melebih sikit tadi tanya dia.  Menyesal aku tanya.  Buang masa aku je.  Mentang-mentang aku tak pandai mengayat, dia main bedal je marah aku.

Telefon bimbit menjerit lagi sedang elok aku labuhkan duduk di atas duduk di tempat menunggu bas.  Motorsikal itu elok saja aku parking dan topi keladar aku buka pantas.  Telefon bimbit aku tarik dari dalam poket. 
Huh, Azi!  Cepat-cepat aku tekan punat hijau dan aku lekapkan ke telinga.  Suara Aziana berdengung kuat masuk tepat menujah gegendang telingaku.
“Kau kat mana, Mi?  kami dah tunggu kau ni,” luah dia sedikit terjerit. 
Kami?  Dahiku berkerut seribu.  “Kami?”  soalku pelik. 
Aziana ketawa sebelum menjawab.  “Aku dengan Jimmy.”
“Amboi… sejak bila pulak kau dengan mamat kaki menyempit tu?”  sinisku geram.
Ingat kali terakhir kami pergi ke Johor menyertai pasukan Anaresa lawan bola jaring.  Mamat menyempit tu ada.  Mujur jugak tak jadi apa-apa masa di Poliklinik tu bila Abang Zafran tertangkap dia memegang tangan Anaresa.  Kalau aku jadi Abang Zaf… dah lama Jimmy tu masuk wad. 
“Ala… kawan-kawan.  Kan Resa ajak kita semua.  Kau ni…,” keluh dia menegakkan benang tak basah dia. 
“Emm… aku tak nak pergilah, Azi.  Nak  baliklah!”  Aku memang tak ada mood masa ni. 
Payah nak tenangkan hati yang berdebar-debar ni tapi rupanya, mamat tu anggap aku spesis tak wujud dalam bumi ni.  Woi… memanglah aku macam ni tapi aku pun tahu berbunga-bunga ni. 
“Kau datanglah.  Kami tunggu ni.  Semua dah ada kat rumah ni.  Abang Zaf pun baru je sampai ni ha.  Tinggal kau je tak sampai lagi,” ujar Aziana lagi. 
“Aku malaslah…”
“Rajinkan diri.  Dah janji.  Melalak sepupu kau kat sini baru kau tahu!”  Serentak itu talian mati.  Huh, Azi ni.  Sengaja nak memaksa. 
Skrin Nokia C3 itu aku pandang lama.  Sebenarnya aku menahan wajah yang memang berkerut sana sini.  Menahan tangis sebenarnya.  Mujur bus-stop ni tak ada orang kala ini.  Andai tidak, malu besar.  Anak gadis sekasar aku hampir menitiskan airmata angkara mamat yang aku tak kenal asal usulnya. 
“Menangis dik?” 
Aku terkejut.  Cepat-cepat aku seka airmata yang menari pada tubir mata dengan hujung jari.  Aku pandang empunya suara.  Ada seorang lelaki yang kuagak lagi tua dari aku.  Tersenyum mesra dan menjongketkan keningnya. 
“Sakit ke?”  tanya dia lagi. 
Aku menggeleng pantas.  “Tak adalah sakit,” jawabku mendatar. 
“Ingatkan sakit,” selanya dan aku terus bangkit hendak berlalu. 
“Orang comel, menangis pun nampak comel jugak!” 
Aku sempat menangkap ayat akhirnya sebelum aku sarungkan topi keledar.  Tak jadi aku nak sarungkan ke kepala.
“Kalau kena ni kat dahi tu lagi comel kot?”  tanyaku sinis sambil mengunjukkan topi keledar itu padanya. 
“Erk… gila garang!”  Dia ketawa mengekek.  Kawan dia juga sama.
“Gila memang garang tapi saya tak gila!”  tekanku lalu aku rapat pada motorsikal dan terus saja aku memecut laju menuju ke destinasi.  Ke jalan yang lurus.  Memang lurus saja Jalan Kuching ni.  Mahu ke rumah keluarga mertua Anaresa. 

**

AKU masuk ke perkarangan rumah  lot milik keluarga Abang Zafran.  Ada dua buah kereta kala ini.  Sebuah Alza dan sebuah lagi Mazda milik Abang Zafran iaitu, suami sepupu aku. 
“Assalamualaikum,” laungku agak kuat bila sudah menongkat motor penuh cermat di belakang Mazda merah itu. 
“Waalaikummussalam…  sini Mi…” 
Aku dengar suara Anaresa memanggil namaku dan bila aku berpaling, ternyata semua orang ada di laman melainkan mama dan abah mertua Anaresa dan juga Abang Zafran sendiri.  Yang ada hanyalah Aziana, Jimmy dan juga Zafrina, adik ipar Anaresa. 
“Lambat!”  Anaresa mencemik.  Aziana ketawa. 
Sorrylah.  Aku ada hal tadi,” jawabku memberi dalih. 
“Hal apa?  Bukan ke aku call tadi kau on the way?”  soal Anaresa dan aku angguk saja. 
“Eh, Mi… kenapa seluar tu nampak macam koyak sikit?”  soal Zafrina prihatin. 
“Err… entahlah Kak Rina…”  Aku sengih.  “Accident tadi sikit.”
“Hah??”  Masing-masing bangkit buat muka terkejut. 
Zafrina pantas mendapatkanku dan terus dibelekkan jeans  yang koyak sedikit pada lutut.  Aku hanya sengih bila Anaresa dan Aziana buat muka.  Jimmy hanya diam meneguk air di dalam gelasnya.  Sememeh!
“Sikit ke, Mi?  Biar betul?  Nampak macam teruk je?”  Zafrina makin kalut. 
“Mama…”  Tiba-tiba saja dia melaung mamanya dari luar.  Kuat sungguh.  Perit telingaku.
“Eh… tak ada apalah, Kak Rina.  Mi okey ni.  Sikit je.”  Aku melarang sopan tadi dia terus jerit lagi.
“Abah!!”  Dah abah pulak. 
“Kau langgar orang ke, orang langgar kau, Mi?”  soal Anaresa pula. 
“Entah.”  Aku jongket bahu.  Tak nak mengaku salah tapi memang aku dilanggar orang pun. 
“Emm… marilah kita ke dalam dulu Mi.  bagi Kak Rina tengok luka kamu ni.  Kalau teruk memang kena ke hospital la,” ajak dia seraya mengheret aku.
“Eh… Kak Rina… ni tak ada apa-apa ni,” dalihku hendak mengelak.  Tak nak kecoh-kecoh.
Zafrina bulatkan matanya.  Nampak macam seseorang yang aku kenal.  Siapa, ya?  Emm…
“Bukan luka luar, Mi.  Luka dalam tu.  Sakit tubuh nanti tak dapat bangun pulak,” ujar dia dan terus menarik aku diikuti oleh Anaresa dan yang lain. 
Baru saja aku tiba dia porch, Anaresa bersuara lagi. 
“Siapa langgar kau, Mi?”  tanya dia. 
“Err… orang yang…” 
“Woi… kau yang langgar aku, kan?” 
Erk… tak sempat aku tamatkan ayat aku yang pendek itu, suara kasar itu menyergah lagi.  Aku terpanar.  Wajah tampannya muncul lagi dekat di depan aku. 
“Kau?”  Telunjukku diluruskan pada dia.
“Haa… aku!  Kenapa?  Terkejut?  Menyerah diri nampak sampai ke sini?”  soal dia menyindir. 
Aku telan liur.  Rasa marah membakar tiba-tiba.  Tangan Zafrina aku tepis sedikit.  Semua nampak tercengang termasuk mama dan abah Anaresa. 
“Kau apa hal, hah?  Sampai sini kau tunggu aku?  Tak puas hati tadi kat jalan raya tak nak selesaikan.”  Aku menahan suara agar tidak terus terpekik terlolong.  Ada rasa hormat pada orang tua  yang ada di depan aku ni. 
“Err… apa hal ni, Rin?”  soal Anaresa pada lelaki ini. 
Aku pandang Anaresa.  “Kau kenal ke lelaki ni, Resa?  Dia inilah yang langgar…”
“Eh… kau yang tak bagi signal nak masuk kanan tadi, kan?  Yang kau kata aku kenapa?  Memang patutlah kau kena langgar.  Kalau aku bawa lori, dah lama aku lenyek kau jadi lempeng!”  marah dia balik.
Aku tercengang.  Mataku membulat.  Amboi mamat ni.  Ini sudah terlebih ni.  Puting beliung mula melanda dalam diri ni.
“Angah… apa hal ni?”  tanya abah mertua sepupuku ini.
“Inilah minah bin mamat yang Angah cerita tadi.  Dialah yang buatkan motor angah calar balar tu.  Buat tangan ni berbalut,” beritahu dia sambil menunjukkan siku yang berbalut kain kasa putih. 
Angah?  Siapa dia?  Aku kembali memandang Anaresa dan menghantar persoalan di dalam diam.  Anaresa tersengih dengan riak tak ada jawapan.  Nampak sangat muka terkejut.  Tak semena-mena, muncul pula wajah Abang Zafran. 
“Apa ni?”  tanya dia pelik.  Masing-masing diam membuatkan wajah Abang Zafran semakin berkerut.
“Bila sampai, Mi?”  tanya  dia lagi setelah menoleh ke arahku. 
“Baru lagi tapi dah disambut oleh bapak singa kebulur ni,” jawabku mengetap gigi. 
Aku nampak Abang Zafran bertanya Anaresa dalam diam.  Bila Anaresa mendekat pada suaminya, aku tak tahu apa yang dia bisikkan.  Yang pasti haruslah tentang aku dan mamat singa kebulur ni. 
“Eh, kau mulut tu jaga sikit.  Jangan dok cakap aku bukan-bukan kalau memang kau tu mata pecah!”  marah mamat  yang digelar Angah tu padaku.
“Apa hal ni, Angah?”  Suara Abang Zafran sedikit meninggi.  Nampak muka tak puas hati dan hati aku ketawa mengekek.  Tapi, aku tak tahu lagi siapa dia dengan keluarga ni.
“Kalau Along nak tahu siapa minah bin mamat tu… inilah orangnya.”  Jari dia lurus ke arah wajahku.  Dekat dengan batang hidung yang tak berapa nak mancung ni dan bila nak gigit, dia sempat tariknya semula. 
Huh, mujur kau sempat tarik.  Kalau tak memang kudung jadi kau hari ni.  boleh daftar OKU.
Mata Abang Zafran bulat dan bibirnya mengukir senyum.  Dia menjeling isterinya dan memeluk tubuhnya.  Tersenyum lebar padaku.
“Mi langgar dia ke tadi?”  tanya dia. 
“Tak sengaja.  Benda nak jadi,” selaku masih lagi keras dalam lembut. 
“Ala Angah… benda dah jadi.  Nanti Along bagi duit Angah nak cat motor balik, kan?”  pujuk Abang Zafran pada lelaki ini. 
“Ah, biar singa sarkas ni bayarkan!”  tekan dia marah. 
“Weii.. singa sarkas apa wei?  Kau tu sungguh.  Singa tua tak ada gigi.  Tak ada taring.  Kau ingat aku takut ke?”  Aku membentak pula.  Biarpun Aziana dan Anaresa menarik, aku masih keraskan tubuh menghadapi lelaki ini.
“Wei… kau tahu tak ni siapa?”  bisik Aziana padaku  tapi aku tetap buat tidak tahu.  Ada aku kisah siapa dia.  Yang penting dia cari pasal dulu. 
“Eh, mulut kau tu…”
“Hah, kenapa dengan mulut aku?”  pangkasku terlebih berani. 
“Diam boleh tak?”  tekan Zafrin dengan rahang yang turun naik.  Dia menapak setapak ke arah Haqmi yang tidak langsung berganjak.
“Dahlah tu wei… mari kita duduk sana,” ajak Anaresa tapi aku tidak bergerak.
“Ah, dia buat aku lambat, dia buat aku bengkak.  Segalanya dia.  Aku dah minta maaf dia banyak cengkadak pulak,” sindirku pada dia. 
“Eh… ini rumah aku.  Ini keluarga aku.  Ini mama dan abah aku dan ini adik aku.  Itu kakak ipar aku.  Hah?  Kau yang masuk kandang singa kebulur ni kenapa?  Nak kena ngap?”  bidas dia pula. 
Kali ini, aku terlopong sendiri.  Aku pandang wajah semua orang.  Semuanya mengangguk dan tersenyum.  Cepat-cepat aku buat wajah selamba.  Masa ni kalau mengalah, haruslah malu saja pada mamat ni. 
“Eleh… kau ingat aku nak percaya ke?”  Tak dapat tidak, aku tetap nak anggap dia tiada kaitan dengan keluarga ni.
“Err… Ni Zafrin.  Angah Kak Rina, Mi.”  Zafrina menyampuk dan bila Abang Zafran mengangguk, mama dan abah juga sama… aku kelu seketika.  Mencari akal nak lari dari keluarga ni sekarang. 
“Hah?  Baru kau nak percaya yang kau tu dah serah diri dalam kandang singa?  Amboi… kau tu minta maaf ikhlas sangat ke?  Mulut kau tu baik kau jaga baik-baik!”  marah Zafrin lagi.
“Eleh, mulut aku ikut suka akulah.  Kau kenapa kalau aku nak cakap pun?”  AKu mencemik dalam suara yang sudah kendur.  Malu pada orang tua di depan mata yang sedang tersenyum padaku.
“Jangan sampai aku buat kau diamlah, minah bin mamat!”
“Kau nak buat apa?  Selotape?”  sinisku geram. 
Orang dah minta maaf tadi siap pelawa nak teman pergi klinik lagi, dia tak nak.  Ni main sembur aku tak sudah-sudah.  Tak sempat nak elak, asyik kena bidas dekat tengah-tengah dahi je.  Siapa tahan?
Zafrin juga makin mendekat padaku.  Aku senyum saja biarpun dalam dada aku hampir pecah melihatkan wajah dia semakin hampir.  Detak jantung juga bagaikan dipalu.  Berdebar.  Debunga dalam hati mula pecah bertebaran tapi aku tahan hati saja.  Budak ni tak boleh bagi muka.   
“Emm… tak apalah aunty… uncle…  Mi balik dululah.  Mi datang tak kena waktu.  Lagipun, Mi nak pergi klinik dululah.  Esok takut tak larat bangun nak pergi kuliah,” pintaku pada kedua orang tua mereka lembut.
“Baru datang nak balik dah?”  tanya Aunty dan Uncle serentak. 
Aku hanya mengangguk mengelak daripada melihat wajah Zafrin.  Baru aku ingat, Anaresa ada cerita nama adik-adik iparnya dan aku sendiri tak pernah bersua dengan Zafrin ni.  kenduri Anaresa juga aku tak cam sesiapa.  Buat hal sendiri saja. 
“Balik dulu semua…,”  pintaku sopan dan terus aku berpaling. 
“Eleh… takut la tu.  Blah la wei… Aku kalau dengan spesis tak dikenalpasti ni, jangan ingat aku lalu nak hadap sangatlah!”  sindir Zafrin kasar. 
Langkahku pegun.  Mamat ni sudah melampau.  Tak jadi aku sarungkan topi keledar pada kepala dan terus saja aku berpaling pada dia. 
“Eh… kan aku dah cakap, kalau dengan kau aku lagi suka cium singa sarkas la wei,” sindirku geram dan terus aku melangkah menuju ke arah motorsikal dan belum sempat aku pakai topi keledar, topi keledar itu jatuh ke simen bila Zafrin melelar lenganku kasar. 
“Woi… apa…”  Suaraku mati bila Zafrin mendekatkan wajahnya ke wajahku.
“Nak sangat singa lapar cium kau, kan?”  soal dia mengejek dan wajah itu semakin dekat membuatkan aku terkedu hinggalah ada suara yang melarang.
“Jangan cium anak dara orang!”  jerit Aunty.
Semua yang ada ketawa lepas dan Zafrin tersenyum puas bila aku hampir terjelepuk di atas simen di porch.  Menggeletar seluruh tubuhku menahan marah.  Rasa malu sungguh. 
 “Puas hati aku walaupun aku tak sempat cium kau lagi, singa sarkas!”  bisik dia dekat di telingaku dan dia terus lepaskan bahuku dan menapak masuk ke dalam rumah.
Jagalah kau!  Aku ketap bibir menahan tangis.  Geramnya!

32 comments:

  1. Best! Jangan cium anak dara orang! :)

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha... ad plak dah singa sarkas n singa lapar...hehehehe

    ReplyDelete
  3. wah. hahaha. mula2 jumpa dah gaduh mcm ape..
    cepat2 kak rehan smbg lagi. huhu

    ReplyDelete
  4. jangan cium anak dara org...cute...kehkeh...

    ReplyDelete
  5. comel nye..ahah..

    ReplyDelete
  6. hehehe...comel je same2 singa...

    ReplyDelete
  7. haha..lwk la..jgn cium ank dara org...best2...

    ReplyDelete
  8. Likeeeeeeeeeeeeee.......best...best...nak lagi....

    ReplyDelete
  9. hehehehe... sib baik tak sempat cium...

    -Ika Hatika-

    ReplyDelete
  10. hehe mula2 gaduh lama2 sayang lak..so sweet :)

    ReplyDelete
  11. cian kt mi.. dua2 pun panas baran...

    ReplyDelete
  12. hehehe best ..terbaikkk ....cute lah mi heheh

    ReplyDelete
  13. Hehehe....comel..Jangan cium Anak Dara Orang...!

    ReplyDelete
  14. best....comel sngt2....'Jangan Cium Anak Dara Orang'.............

    ReplyDelete
  15. hehehe..snyum je bca ayt2 gaduh diorg brdua nie...terbaik la RM..first bt cita abg ptus cinta, psatu smbg plak dgn si abg brtemu jdoh dgn si gadis muda yg ranggi, kasut merah mak ngah..nie lak cita ttg si adk dgn minah bin mamat...so good la RM nie...njoy jer bca stiap krya2 RM...

    ReplyDelete
  16. kelakar nikh..waiting for nxt n3..

    ReplyDelete
  17. kenapa dah tak sambung stk dah? sedih la camni...

    ReplyDelete
  18. bestlah RM, ada je idea baru cite RM nk bagi kami syokkan? nak lagi dn lagi... cepat sambung ye... RM
    novel RM yg mana pula yg akan keluar dipasaran? dh x
    sabar nk kumpul buat koleksi ni... lambat lagi ke nk
    diversi cetakkan?

    ReplyDelete
  19. alahai rasa lemau je bila masuk blog RM tp tak de stk..... x best, x best, x best.....

    ReplyDelete
  20. hahahaha..2x5 je diorg ni..singa sarkas lh singa lapr lh..hahaha.. dua2 pn xnk mngalah btw, bestt kak RM...

    ReplyDelete
  21. bestttt...
    nak ciumannnn tu...
    hahahaaa

    ReplyDelete
  22. ehem nampak mcm perasaan kita pun tgh menari-nari rancak kat kepala nie wei.........ehhhh Pn RM nie macam tau-tau aje nak buat kite addicted kat cerita dia......he he

    Tia

    ReplyDelete
  23. garang dgn garang.. haruuuuu...kecohhhhh.. hehehe tq RM

    ReplyDelete
  24. zafrin punya perangai mmg buat akk teringt zmn2 sklh rndh ada sorg budk laki ni.mmg jns cept melenting n suka ugut bdk pompuan yg bnyk ckp dgn cr ni.mmg mnjd! ^^

    ReplyDelete
  25. Lawan balik mie, jgn kasi lepas itu angah.......balasss

    ReplyDelete