Wednesday, November 21, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 12


BAB 12

WAJAH Zayed tidak beriak. Aku menjeling dia sisi yang nampak tenang tapi siapa tahu gelodak di dalam dadanya yang mungkin sedang dilanda gelora menahan marah pada Ziyad tadi. 

Setelah Zayed bersuara, Ziyad nampak menikus. Dia jongketkan kening pada kami dan berlalu tapi sempat lagi bersuara.
See you next time, angle. You need to know this… I am not a quitter,” pesan Ziyad tadi sambil mengenyit mata dan menepuk bahu Zayed. 
Zayed kepal penumpuk dan aku mengucap panjang. Takut juga bila sabar Zayed tercabar, boleh jadi tersungkur budak Ziyad ni tapi bila aku terdengar Zayed beristighfar, aku hela nafas lega. 
Are you okay?” soalku memecahkan hening.
Dia berpaling sedikit dan mengangguk. “Yes, I’m okay. How about you?” 
Aku juga menggeleng. “Me too. Just fine. Macam mana Zayed boleh ada kat sini? Dah habis kerja ke?” 
“Dah habis. Mujur hari ni tak busy sangat. Nak kata boleh ada, Zayed tak tahu. Apa yang pasti tadi Zayed benar-benar terpanggil nak jemput Rina. Rasa macam ada yang tak kena dan bila dari jauh nampak Integra milik Ziyad, Zayed rasa menyesal…”
“Erk… menyesal kenapa? Sebab tengok Rina dengan Ziyad ke? Sumpah Rina tak tahu…”
“Bukanlah. Don't get me wrong.” Dia senyum mengerti dengan apa yang ingin aku katakan. 
“Zayed rasa menyesal je tak bawa bedozer ke, kren ke…”
“Nak buat apa dengan jentera berat tu?”
Zayed sengih jahat. “Nak hempuk kereta kesayangan Ziyad tu dan angkut dia campak dalam Sungai Klang. Ada hati nak ngorat bakal bini sepupu sendiri. Haish...”
Aku senyum dan ketawa halus. Lucu juga Zayed ni. Ada ke niat dia macam tu. Kotnya dia pandai bawa jentera tu. 
“Luculah awak ni,” selaku. 
Dia sengih. “Rina pun lucu jugak.”
“Apa yang melucukan dekat Rina…”
“Lucu bila nampak air muka Rina bengang dengan Ziyad. Tak pernah Zayed tengok air muka Rina macam tu,” ujarnya.
Aku berdehem beberapa kali. “Nak kena juga ke?” 
Dia menggeleng pantas dan ketawa. “Cukup-cukuplah Ziyad yang kena. Zayed nak wajah manja Rina temani hari-hari Zayed sekarang dan selamanya… insya-Allah.” Dia sengih lagi. 
Aku menggariskan senyuman pada dia dan kereta Zayed terus bergerak perlahan apabila melalui Bulatan Pahang. Jammed teruk. Bila aku kalih ke sisi kiri dan memandang ke luar cermin, aku ternampak gadis tadi duduk di bawah jambatan. Duduk memeluk tubuhnya erat dan aku terus memandang Zayed.
“Perempuan tadi,” beritahuku dan Zayed nampak terlopong. 
“Perempuan mana?” Wajah itu berkerut dan dia memanjangkan leher mengintai gadis itu juga.
“Nampak tak? Yang bawah fly-over tu?” 
Zayed mengangguk. “Siapa? Rina kenal ke?”
“Tak..” Aku menggeleng. “Tapi teringin nak kenal dia.”
Looks like she’s a drug addict, isn’t she?” duga Zayed.
Aku angguk dan memandang Zayed dengan wajah sebu. “I feel pity on her.
Sepatutnya Rina bantu dia, kan? Rina nampak dia masih boleh diselamatkan.”
Zayed melepaskan keluhan tipis dan tersenyum manis sementera kereta tak bergerak langsung ni. 
“Rina betul-betul ada sekeping hati yang baik. Padanlah Ziyad tak sudah-sudah dok kejar Rina biarpun Rina menolak. Tapi lelaki macam Ziyad tu biasalah… selagi tak dapat, selagi tu takkan puas hati.”
Aku kerutkan kening. Ini sudah berubah topik. Bila masa aku berbicara tentang Ziyad ni?
You are changing the topic,” tegurku dan Zayed tersenyum malu.
I know. Masih rasa jengkel dengan dia. Okey-okey, berbalik pada perempuan tu tadi.
Zayed tahu Rina ada hati yang baik. Terbukti dah. Tinggal masa je untuk Zayed kenal Rina lebih dalam lagi luar dan dalam…” Bicara Zayed mati di situ dan dia tersengih nakal. 
“Tapi, macam mana Rina nak tolong dia?” 
“Kita pujuk dia masuk pusat pemulihan dan berikan dia kesedaran,” jawabku yakin.
Do you think it will be that easy, sayang?” 
Huh… meremang seluruh tubuhku bila buat pertama kali Zayed memanggilku sayang. Rasa kepalaku sudah mencecah bumbung keretanya. *pitam dua minit*
“Err… Rina… Rina…” Sudah… aku dah mula gagap.
It’s not that easy, Zafrina. Berapa ramai penagih yang keluar masuk pusat
pemulihan? Berapa ramai yang bertaubat masa tak dapat benda jahanam tu dan lupa dunia
bila dapat biarpun satu tiub kecil tu je? Hrmm…?”
“Tapi, Rina yakin dia mampu sembuh…”
“Keyakinan kita tak cukup, sayang. Kena keyakinan penagih tu sendiri. Kita sekadar membantu tapi sejauh mana kita nak bantu kalau mereka yang tolak bantuan kita?”
Aku kehilangan kata. Kalah berhujah dengan Zayed. Namun dalam hatiku, aku yakin gadis itu pasti mampu berubah. Melihatkan caranya, aku yakin dia punyai ilmu. Pasti seorang mahasiswa yang tergelincir dari landasan dan selagi lagi aku bermohon moga Allah temukan kami lagi pada waktu yang tepat dan tempat yang sesuai.



KAMI sama-sama berjalan ke Semua House setelah Zayed memarkirkan keretanya di tempat letak kereta basement Maju Junction Mall. Ramai orang sudah mula meninggalkan kota mahu pulang ke rumah setelah seharian bekerja dan kami terpaksa menggunakan waktu yang terluang untuk mencari segala keperluan kami. 
“Apa yang Rina nak beli kat sini?” tanya Zayed kala kami menjejakkan kaki ke dalam bangunan Semua House.
“Kita naik tingkat empat. Rina nak ke Sayang You. Kat sana banyak jual kelengkapan untuk perkahwinan. Mama kata nak mudah beli tray besi yang tiga serangkai tu. Mudah untuk isi barang hantaran,” beritahuku dan Zayed mengangguk.
Punat lif aku tekan dan bila pintu lif ternganga, kami sama-sama masuk ke dalam lif. Bila kami tiba di tingkat empat, langkah kaki terus menuju ke arah pintu gerbang yang dibuat daripada bunga-bunga ros putih dan merah menandakan Sayang You sedang menanti kehadiran kami.
“Wow… cantik,” puji Zayed kagum.
Aku jongketkan kening. “Kita nanti tak ada macam ni…”
“Why not? Kita buat kalau Rina nak…”
Aku menggeleng. “Rina tak nak. Kita buat biasa-biasa je. Yang penting…”
“Akad nikah dan kita sah,” sambung Zayed.
Setelah itu kami masuk ke dalam dan suasana agak lengang. Yang ada hanya beberapa orang pekerja saja yang tersenyum menyambut kehadiran kami. 
“Cik nak cari apa?” tanya salah seorangnya. 
“Emm… dulang besi. Biasa ada berapa satu set, ya?” tanyaku. 
Dia senyum sebelum menjawab. “Tengok pada jenis jugak, cik. Biasanya customer ambil yang dalam harga kurang dari RM50. Satu set tu ada dalam tiga tray dengan tiga saiz berlainan. Biasanya customer ambil dua set dah cukup,” terang dia dan aku mengangguk tanda faham. 
Zayed di sebelah kujeling seketika. Bertanya dalam diam akan persetujuan dia. Okey ke K.O?
“Rina berkenan yang macam tu ke?” 
Aku jongket bahu. “Entah… tapi mama pesan suruh beli yang macam tu je.”
“Tak susahkan mama ke nanti?” Zayed menyoal lagi. Nampak sedikit risau.
Barangkali berniat baik. Tak nak susahkan mamaku.
“Susahkan jugaklah kot. Sebab mama kata nak buat sendiri. Rina takut tak sempat nak menolong je. Kak Anaresa dalam pantang. Kak Haqmi pun sibuk dengan kuliah. Entah bila-bila masa boleh bersalin,” ujarku sambil melilau ke sekeliling kedai. Besar jugak Sayang You ni. 
“Kalau macam tu, kita beli yang dah siap jelah. Macam mana?” Zayed melahirkan pendapatnya. Tapi tak sempat aku bersuara, dia beralih pada cik jurujual tersebut.
“Ada tak cik, yang dah siap? Kira cash and carry la. Balik rumah terus boleh pakai je.”
Amboi… nak mudah saja dia. Macam tak menyempat pun ada. Ejek hatiku tapi aku senyum saja. Kalau itu yang menyenangkan mama, aku juga mahu berikan apa saja. 
“Ada-ada.” Dia mengangguk. “Tapi…” 
Kami memandang pekerja Sayang You lama menanti kata-katanya. Wajahnya nampak berkerut sedikit. 
“Yang dah siap tu mahal, encik… cik. Paling murah dalam harga RM500 lebih dan itupun untuk lima atau tujuh dulang je. Kalau lebih harga pun lain tapi kualiti dijaminlah dan tahap cantik tu, rasanya pasti cik puas hati,” ujar cik kecil depan kami ni.
Aku pandang Zayed dan Zayed senyum. Itu rupanya yang jurujual ni risaukan. Barangkali nampak aku dan Zayed biasa saja dalam pakaian separuh formal. Dengan Zayed melipat lengan kemejanya melepasi siku. Tie entah ke mana. Butang kemeja terbuka dua dan aku pula hanya mengenakan baju kurung biasa dari kain kapas dan juga selendang yang sangat-sangat biasa. 
“Soal harga, tak ada hal. Kalau awak kata dijamin cantik dan puas hati, berapa pun saya bayar,” ucap Zayed meyakinkan jurujual tersebut. 
Dia angguk dan terus membawa kami ke sebelah kiri Sayang You. Bila sampai di situ, ada satu ruangan khas yang sememangnya khusus untuk barang yang dicakapkan tadi. Mataku membulat. Ada dari pelbagai jenis warna dan cara gubahan. Yang pastinya memang memuaskan hati dan nampak sangat cantik dan sempurna bila mendapat sentuhan pakar. 
Aku kerling pada seorang gadis berbangsa Cina yang kusyuk menyiapkan hiasan pada keliling polistrena berbentuk bulat itu. Kemudian aku pandang pula tempat letak hantaran yang sudah siap. Rasanya hanya dari polisterena juga tapi hasilnya sangat-sangat mengagumkan. 
“Cantik yang ni,” pujiku seraya menuding ibu jari pada satu set yang berwarna ungu gelap dan putih. Satu kombinasi warna yang sangat menarik. Bertingkat-tingkat susunan polistrenanya. 
Zayed angguk menyetujui. “Sangat cantik. Tapi, cantik lagi Zafrina…”
“Eh…” Aku pandang Zayed. “Sampai hati nak samakan Rina dengan barang?”
Muncungku keluar satu sentimeter. 
“Sebab Rina adalah anugerah yang tercantik untuk Zayedlah Zayed rasa hal-hal lain itu dah biasa je. Barangkali Rina rasa barang tu cantik, tapi pada Zayed Rinalah yang paling cantik,” ujar dia lagi.
Aku ketap bibir mahu ketawa. Tapi, bila aku memandang gadis tadi dan bila dia juga tersenyum, aku tak jadi ketawa. Malu pula bertandang. Gadis Cina tadi bangkit. 
“Yang tu dah ditempah oleh Datin,” beritahu dia. 
“La… ya ke? Tak ada rezeki kitalah, Zayed.”
“Tak apa. Yang lain banyak lagi. Pada Zayed kan… yang putih mutiara dengan kesan warna merah hati tu lagi cantik.”
Dia memegang bahuku sedikit dan memuncungkan bibir pada satu set yang lain dan bila mataku tertancap padanya, ternyata hatiku terjatuh di situ. Benar kata Zayed. Kesan merah terang dan putih mutiara itu memberikan satu kombinasi warna yang mengghairahkan. 
“Berkenan tak?” 
Aku angguk pantas. 
“Okay then… Cik, kami ambil warna tu. Dan satu set lagi…” Mata Zayed melilau.
Akhirnya dia senyum. 
“Ambil warna hitam putih tu.”
Spontan aku menepuk bahuku kuat. “Warna orang berkabung.”
Zayed gelak. “Hitam itu menawan… seperti mana Rina yang menawan hati Zayed dan putih itu suci seperti mana…” Kata-kata Zayed terhenti biarpun aku mahu dia meneruskan kata. 
Lama aku menanti tapi Zayed membiarkan saja. Ditelannya kata-kata tadi sendiri dan aku hanya mampu memandang dia dan mengerti bila wajahnya mula memerah. 
“Suci seperti mana nilai sebuah perkahwinan,” sambungku melencong ke lain biarpun aku yakin apa yang hampir tergelincir dari bibir Zayed. 
Dia ketawa kecil. “I seronok bila I sayang you…”
Sorry?” Aku rasa pelik pula dengan kata-kata Zayed. 
“Eh… seronok juga beli barang kat Sayang You ni, ya? Rina tahu tak kenapa dia bagi nama kedai ni Sayang You?” Tiba-tiba dia buat muka teruja dan aku tersenyum bahagia.
Mengerti dengan sikapnya yang sangat berahsia akan kisah hati. 
“Nak tahu sebab dia?” 
Zayed angguk.
“Sebab orang nak kahwin ni, nak mulakan hidup berdua ni dia akan saling sayang. Saling cinta. Saling cakap, I sayang you. Tak macam orang tu,” tukasku sinis lantas aku berlalu ke kaunter dan bila aku menjeling dengan ekor mata, aku lihat Zayed senyum dan menggaru kepalanya. 
Nampak comel sungguh dia. dan aku, terus tersenyum menikmati musim bunga kering dalam kedai Sayang You ni. Setidak-tidaknya ada juga bunga. Bunga yang tak akan layu.

~~> bersambung

32 comments:

  1. Ala...rasa x sedap ati la plak bila zayed pilih colour tu...tolong! !! tolong lega kan rasa hati saya yg tak sedap nih!!!

    ReplyDelete
  2. Awal kak rehan post kali ni!slalu mlm skit br !dpt!gram dgn zayed!

    ReplyDelete
  3. memang sentiasa tension je baca selagi tak tahu mcm mana kisahnya Rina dan Zayed ni. penderaan perasaan sungguh la , tapi still dok tertunggu-tunggu n3 yg baru setiap hari

    ReplyDelete
  4. aduhhhh...asl mcm btol2 rasa tk sedap ati nih sis bler baca n3 kali ni...there is sumthing gonna be wrong wth zayed kah???btol2 nnt ad mjlis len slain akad nikah kah???aduhhh...da ter swing mood nk wat keje haa...

    ReplyDelete
  5. rehan...semacam je n3 kali ni...zayed accident + meninggal dan rina akan kawin dgn ziyad....

    ReplyDelete
  6. Ish, saya tak sedap hati betullah dgn Zayed ni. Kak Rehan tolonglah, janganlah apa apa jadi dekat Zayed dgn Rina. Bagilah diaorg kahwin, please jangan buat ayat ayat sentap centu. Haihh tak tidur malam lah macam ni :( anyway, goodjob kak Rehan! Thankyou and selalu update ya, malam ni bg lagi satu pun best jugak. Tak senang duduk ni. Hehe

    ReplyDelete
  7. Jangan sekali2....matikan hero.....dia...buat sakit jantung aje....hehe....

    ReplyDelete
  8. alahhh tak pe...dun wory lah... abg ziyad kan ada sanggup jadi bidan terjun ke terjun payung ke demi tuk rina...ekekekeee...mampuih haku kena c4 ngan fan2 zayed neh...

    ReplyDelete
  9. Serius cakap, kalau saya kahwin nanti, insyaAllah, saya nak buat tema hitam putih. Tak semestinya warna tu utk orang berkabung and nampak lain dari yang lain :)

    ReplyDelete
  10. jgn matikan Zayed cik Rehan keke,.nk en3 lg hehe

    -biena-

    ReplyDelete
  11. Janganlah ada apa-apa jadi kt Zayed... nak Rina dengan Zayed juga.... so sweet mereka berdua....

    ReplyDelete
  12. kembang hati membaca n3 nie..hehehe.. swet swet

    ReplyDelete
  13. Dup dap dup dap plak bc entry kali nih..warna berkabung..huhu jgn la.. anyway..n3 ttp best..

    ReplyDelete
  14. so sweet.tp knape zayed pilih itam putih..oh..jgn la diaorg x jd kawen...

    ReplyDelete
  15. aah lah..rse x sedap hati skrg ni..hurm

    ReplyDelete
  16. hehehehe.. Zayed comel... ^_^.. haih... Zayed nie x sdap ati btol la.. jgn buat bnda gler da la nnti... thanks kak rehan
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  17. huhuhu hrp2 xde pape kejadian yg x elok kt zayed.

    ReplyDelete
  18. alamak, but i vote for ziyad..sb rasa cm zayed nih tercabar je ngn cousin sendiri..zafrine kenapa nk rushing2 sgt kawin xnk wat ke majlis yg meriah ckit..

    ReplyDelete
  19. Wah zayed dah tunjuk taring...
    -ieja

    ReplyDelete
  20. nice...

    a note though

    bidadari = angel bukan angle...yang tu sudut :)

    ReplyDelete
  21. sweet sangat... klu nak dua2 blh x? Zayed n Ziyad...hehehe

    ReplyDelete
  22. makin baca makin trsenyum lebar dgn tingkah zayed.betapa matang seorg zayed dlm mengawal perasaan sbg llki.hrp2 semua ok.

    ReplyDelete
  23. hitam n putih??? sgt x sesuai ngan wedding...

    ReplyDelete