Wednesday, July 04, 2012

Untuk Dia [4]


BAB 4

LUTUT aku menggeletar sendiri bila terdengarkan suara yang membuatkan sekujur tubuhku kaku.  Bila aku berpaling, ternyata Zafrin sedang elok bersandar pada katil membelek sebuah majalah. 
Mataku membulat.  Gila apa aku termasuk kandang singa lapar ni.  Pitam aku!   Cepat-cepat aku pegang kepala.  Hampir rebah rasanya.
Dia ketawa besar.  Majalah di tangannya, dia tutup dan dicampaknya tepat ke depan aku.  Majalah Roda-roda.  Sebuah majalah yang memaparkan kisah motorsikal.  Aku pandang majalah dan dia silih berganti.  Kurang ajar punya singa lapar dia campak majalah ni pada aku. 
Dari menggigil terus segar bugar dan aku terus tunduk dalam pada menahan sakit dan terus aku campak kembali majalah itu pada dia.  Tapi dia sempat mengelak lantas dia ketawa. 
“Kau balas, ya?  Kau tahu tak kau dalam rumah siapa dan lebih tepat lagi dalam bilik siapa?”  tanya dia dengan wajah tidak beriak. 
“Maaflah wei… aku tersalah bilik!”  tekanku geram dan terus aku berpaling hendak berlalu. 
Baik aku cepat-cepat keluar dari terus duduk dalam bilik anak teruna orang ni.  Tak pasal-pasal kena tangkap nanti.  Nak lebih sadis kena ngap dengan singa lapar ni.  Jenuh!
Baru saja aku nak tarik daun pintu, aunty dan uncle sedang melalui pintu bilik dan aku pantas merapatkannya kembali.  Fuh, kurus semangat.  Buatnya kantoi aku ada dalam bilik Zafrin, entah di mana harus aku sorok wajah comel aku ni. 
“Tahu takut pada mama dan abah aku, ya?  Pada aku tak takut pulak?”  soal dia yang entah bila ada di sisi aku menekan punat pada tombol pintu.  Menguncinya?  Aduhai… apa lelaki ni nak buat pulak. 
“Zafrin… aku dah minta maaf tadi.  Dah ajak kau pergi klinik pun.  Tapi, kau jual mahal.  Aku tak tahu kau ni adik ipar Resa.  Aku memang tak sangka boleh jumpa kau lagi.  Aku dah minta maaf so, kira kosong-kosong.  Kau sakit, aku sakit.  Kau salah, aku salah…”
Wohoowait seminit!”  Dia tolak hidung aku dengan hujung jarinya membuatkan aku terdongak sedikit tapi cepat-cepat aku tepis.
“Woi… apa pegang-pegang ni?  Kau nak bertanggungjawab ke?”  soalku kasar.  Siap mendabik dada lagi. 
Aku memang pantang orang lelaki sentuh aku sesuka hati dia biarpun pada hujung jari.  Kulit aku tak semurah itu untuk menjadi sentuhan sesiapa yang tak halal buat aku.  Nampak saja brutal tapi jiwa selembut sutera.  Ada lagi ciri-ciri gadis Melayu dalam diri aku ni. 
Zafrin terkebil-kebil seketika sebelum dia ketawa.  Tak tahu mana lucunya tapi aku rasa dia sengaja nak sembunyikan rasa malu dia bila aku menempelak. 
“Oh… nak suruh aku bertanggungjawab mudah je.  Jom ke situ…”  Dia bersandar tubuhnya pada daun pintu yang sedia rapat dan  menjuihkan bibirnya ke arah katilnya yang nampak kemas terletak. 
Aku jegilkan mata.  “Memang sah kau gila.  Jantan pakej.  Berlagak, sombong, bongkak, hampeh dan gila.  Lengkap dalam diri kau.  All in!”  herdikku.  Geram tak sudah dikenakan oleh mamat ni. 
Dia nampak tercengang dan aku ambil kesempatan ini menolak sedikit tubuhnya agar berlalu dari pintu.  Aku nak keluar.  Nak-nak aku dengar suara Anaresa melaung namaku dari bawah. 
“Eh, kau jangan hina aku!”  Zafrin melengking pada aku dan telapak tangan kasar itu pantas menekan daun pintu yang baru hendak aku kuak.  Tak jadi terbuka lagi pintu ni.
“Kau tu pun jangan kurang ajar sangat dengan aku.  Kau ingat aku ni minah bin mamat yang naik motor, kira aku ni spesis minah yang kau dok usung ke hulu ke hilir tu lah, ya?  Yang jadi hadiah pertaruhan bila kau menang merempit?  Sorrylah, bro… aku ni sepanjang hidup aku ni, Anaresa dengan Aziana je yang aku boncengkan, tau tak.  Tadi aku dah minta maaf, kau jangan ingat aku nak minta maaf lagi.  Tu…”  Aku berpaling sedikit dan menjuihkan bibirku pada katilnya. 
“… kau heretlah minah yang jadi trofi bila kau menang rempit tu nanti.  Tapi, bukan akulah.  Tepi kau!” 
Kali ini, aku tepis tubuhnya sekuat hati dan bila aku capai tombol pintu dan memulasnya, Zafrin menarik lenganku kasar dengan wajah yang merah.  Giginya diketap berkali-kali.  Desah nafasnya turun naik hinggakan dada itu berombak kencang. 
“Kau jangan lebih-lebih mengata aku, ya?”  ujarnya memberi amaran keras.
Aku tahu dia marah tapi memang padan muka dia.  Ingat aku ni siapa.  Dah aku kata, aku salah masuk bilik.  Dah minta maaf pun.  Apa lagi tak kena.  Memang malang hari aku hari ni.  Rasa macam tak nak datang dah rumah keluarga mertua Anaresa ni.  Huh, memang aku akan elak selagi boleh.  Rasa nak pindah dok planet Pluto pun ada lepas habis belajar ni. 
“Kalau tak betul, nak marah buat apa?”  selaku berani.  Dia diam dan mata itu tajam memandang aku. 
“Dah tepi!”  Aku mengelak dari terus dipegangnya.  Biarpun berlapik, aku tetap tidak selesa. 
Lama setelah kami bersabung pandang, Zafrin akhirnya senyum.  “Jangan kata apalah kalau satu hari nanti, kau yang aku heret naik situ, Haqmi!  Dah, kau keluar sekarang.  Keluar dari rumah ni terus!”  bentak dia dengan gigi  yang diketap hebat. 
Aku pandang Zafrin seketika.  Rasa nak menitis airmata aku waktu ni.  Menyesal jatuh suka pada dia ni.  Menyesal ada detak dalam dada untuk dia.  Benci!  Putusku lalu aku menarik daun pintu dan terus berlari turun ke bawah. 
Daun pintu berdentum dihempas Zafrin.  Eleh, mengamuk.  Aku lagi rasa nak mengamuk.  Bila melalui Anaresa dan yang lain, mereka serentak berpaling. 
“Dah siap, Mi?  Jom, kami hantar kau ke klinik,” ajak Anaresa tapi aku menggeleng. 
“Aku dah okey ni, Resa.  Aku balik dulu.  Dah petang sangat ni,” dalihku.  Aku memandang Aziana pula. 
“Azi… aku balik dululah.  Jumpa kat rumah nanti.  Uncle, aunty, Abang Zaf, Kak Rina… Mi balik dululah.  Ada umur Mi singgah ziarah lagi,” ucapku sopan dan aku gariskan senyuman yang tak berapa nak ikhlas dah ni. 
Mereka bangkit dan mengangguk.  Tidak lama lepas tu, aku terus berlalu bila Anaresa sendiri, aku larang untuk menghantar aku sampai ke depan rumah.  Bila topi keledar aku sarung pada kepala, enjin Gilera dihidupkan, aku terus memecut laju.  Hilang sakit tubuh.  Yang ada sakit hati saja. 
Kalau aku dapat Zafrin kali ni, memang aku lenyek biar jadi pan-cake Melayu yang seperti Anaresa buat selalu tu.  Lagi lenyek pun tak apa macam lempeng.  Bisik hati aku geram. 

**

MEMANG aku tak mampu lelapkan mata.  Sakit sungguh.  Hingga ke tulang hitam kata orang tua.  Dengan susah payah, aku kuis Aziana dengan hujung jari. 
“Azi…”  Aku menyeru dalam pada menahan perit. 
“Ya….”  Dia menyahut panjang tapi masih lagi tidak membuka matanya. 
“Tolong aku, Zi.  Tubuh aku sakit gila ni,” aduku.  Rasa nak menangis pun ada.  Sungguh sakit.  Benar kata Anaresa dan Zafrina, cedera otot memang membuatkan aku tak mampu bangkit. 
“Aku mengantuk la wei…”  ujar Aziana lantas dia menarik sebiji bantal dan menutup mukanya.  Nak bunuh diri ke apa dia ni?
“Zi… tolong Zi.   Sungguh ni, aku sakit tubuh ni,” ujarku lagi dan kali ini, Aziana bangkit dengan terpisat-pisat. 
Dia duduk tegak dan memandang aku.  Bila dia bulatkan matanya, aku menyeringai lagi menahan sakit walaupun aku hendak bergerak sedikit pun. 
“Apahal teruk sangat aku tengok muka kau ni, Mi?”  soal dia. 
Aku diam saja. 
“Tadi balik tak terus pergi klinik ke?” 
Aku menggeleng pula kali ni.  Mana nak pergi klinik.  Mood aku rosak terus dikenakan Zafrin.  Dahlah adik ipar Anaresa, macam mana aku nak kenakan dia ni.  Huh, dalam sakit pun, sempat lagi fikir nak kenakan orang. 
“Gila… dah pukul berapa ni?  Nak pergi klinik macam mana?  Aku mana reti bawa motor.  Budak-budak lain pun tak ada ni.  Aduh…”  Dia mengeluh dan menggaru kepalanya.  Rambut yang sedia mengerbang tu, terus mengerbang. 
“Kau sapu minyak sikit wei… Nanti okeylah ni.  Serius aku tak boleh nak tidur ni.  Menyengat!”  luahku bersungguh-sungguh. 
Aziana terus melompat turun dari katil dan dia kembali pula dan duduk di sisiku.  T-shirt kecil yang membaluti tubuhku dia selak sikit.  T-shirt yang memang mengikut bentuk tubuh.  Macam pembalut nangka je. 
“Dekat pinggang ni sikit,” ujarku dan aku rasa telapak tangan Aziana menyapu minyak angin di situ. 
Entah berapa lama, aku terlena dan bila aku tersedar kembali, ada suara yang menyeru nama aku. 
Aku buka mata dan wajah Aziana dekat di depan aku.  “Kenapa, Zi?”  soalku mamai. 
“Jom, Mi.  Kena bawa kau ke hospital ni.  Aku tengok kau tak selesa ni.  Kita pergi hospital kejap, cucuk ke… apa-apa jelah janji kau okey, ya?” pujuk Aziana.
Aku capai Nokia C3 di sisi.  Melihat pada jam, baru pukul 3.00 pagi. 
“Hospital apa masa ni?  Esok jelah aku bawa motor pelan-pelan pergi hospital,” ujarku lalu aku kembali lelapkan mata tapi tak lama bila ada suara lelaki mula berdengung dalam kepala aku. 
Siapa?  Pantas aku buka mata dan ternyata dia!  Dia lagi?  Huh?  Setelah itu muncul wajah Anaresa.  Huh, terkujat aku. Ingatkan suara Zafrin tadi.  Sampai dalam mimpi aku boleh dengar suara dia tapi sayang, dia memang memandang aku hanya tanpa mata sebab dia memang rabun.  Jadi, aku tak nak rasa ini mekar.  Nanti aku parah sendiri. 
Aku angkat tubuh yang memang tak mampu diangkat andai tidak dibantu Anaresa dan Aziana.
“Teruk kau, Mi,” tegur Anaresa dan aku angguk saja. 
“Agakla teruk.  Kau datang sini buat apa pagi-pagi ni?  Dengan siapa?”  Aku menyoal Anaresa.
Dia senyum.  “Dengan suami akulah.  Jomlah, dia dah tunggu kat bawah.  Kita pergi hospital dulu.  Nanti lagi kau tak boleh bangun.”
Bila aku berdiri, aku pandang Aziana.  Tak sempat nak tanya, dia dah mengaku. 
“Maaflah, Mi.  Aku terpaksa call Resa.  Dia dah pesan petang tadi.  Kami dah tahu dah, kau memang tak akan pergi kliniknya tadi,” akui Aziana dan aku hanya mengangguk. 
Bagus betul kawan-kawan aku ni.  Semuanya baik-baik dan mengambil berat.  Setelah Aziana mencapai beg duit aku, kami terus menapak keluar rumah.  Sejuknya udara dingin awal pagi ni.  Esok mesti aku ponteng kuliah lagi dan bersebab itu yang pasti. 
Bila sampai di bawah, aku terus masuk ke dalam kereta Abang Zafran dan Anaresa mengambil tempat di belakang bersamaku dan Aziana naik ke atas semula bila dia tak mahu ikut.  Katanya Anaresa dah cukup. 
Mataku hampir terlelap sekali lagi dan bila aku buka mata, kami sudah sampai di sebuah Poliklinik 24 jam di Seksyen 18.  Aku angkat kepala dan memandang sekeliling.  Dalam keadaan gelap gelita, aku capai tangan Anaresa kemas. 
“Sakitlah tubuh aku, Resa.  Tak larat nak bangun ni,” aduku tapi pelik bila aku lihat Anaresa tersenyum padaku dan dia sekarang ni sedang duduk di depan bersama Abang Zafran. 
Jadi?  Aku pantas berpaling dan tergamam sendiri bila Zafrin tersenyum sinis padaku dengan menjuihkan bibirnya ke arah genggaman tangan kami. 
Pantas aku melepaskan genggamanku.  “Kau?”  tanyaku terkejut.
“Ya, aku,” jawab dia mendatar.
“Emm… dia pun sakit juga, Mi.  mengerang tak tidur-tidur.  Ingatkan ambil injection tapi pergi cuci luka je,” sambung Abang Zafran dan masing-masing keluar dari perut kereta. 
Aku diam.  Tak mampu berkata apa.  Rasa marah dan malu menerpa lagi.  Bercampur menjadi satu.  Macam manalah mamat ni boleh sakit juga masa ni. 
Bila Anaresa membuka pintu, dia memapah aku keluar dari kereta dan terus kami menapak sama-sama ke dalam klinik tapi aku lihat, Zafrin ni elok je berjalan dengan megahnya sedangkan Abang Zafran masih belum keluar dari kereta.  Ya ke sakit Si Zafrin ni?  Kelepet kot!
Bila aku melalui kaki lima, ada sekumpulan budak-budak lelaki memandang aku dan aku tahu itu sebab aku baru perasan yang aku ni tak sopan.  Berselipar jepun, berbaju T yang paling kecil pernah aku ada dan juga track bottom dari jenis kain payung saja.  Sudahlah leher baju tu agak lebar. 
Aku pandang Anaresa yang sopan bertudung.  Waktu ni rasa malu tak usah nak kata.  Waktu Anaresa menolak pintu kaca itu, ada sesuatu yang menyapa tubuhku.  Bila aku berpaling, Zafrin dekat dengan aku.  Sehelai jaket dia letakkan pada bahuku menutupi tubuh yang hanya dibaluti t-shirt kecil itu. 
Masa ni, mata mula berair.  Rasa dia memang baik amat.  Rasa dia juga jatuh cinta pandang pertama juga pada aku tapi bila dia bersuara…
“Nanti jaket aku ni pulang balik.  Keluar rumah tak sopan langsung.  Kalau nak tidur pun, jangan pakai macam ni.  Dalam tidur pun, kita sebagai orang Islam ni pun ada adab tau.  Jangan main pakai pakaian balut kulit ni.  Baik kau jangan pakai baju nak bagi sangat lelaki tu tengok.  Karang jadi trofi pulak,” sindir dia pedas. 
Aku telan liur.  Terkena balik apa yang aku hamburkan pada dia petang tadi.  Padn muka aku.  Huh, tak jadi nak tersentuh.  Terseliuh adalah jiwa aku ni.  Menyakitkan hati.

~~> bersambung

28 comments:

  1. best2! sambung lagi yer...

    ReplyDelete
  2. terbaekkk...nk lg...heheh

    ReplyDelete
  3. Rehan.. u mmg pandai kembangkan karakter.. tahniah!!! ai mmg suka dengan karya u..keep it up! "__"

    ReplyDelete
  4. Cian haqmi asyik tkena ja ngn zafrin. Syok la mnyakat anak dara org. Mmula gaduh nnti jth cinta kan hehe.

    ReplyDelete
  5. mcm pendek plak bab-bab UD ni.. xmcm en3 rm yg lain..

    ReplyDelete
  6. RM,terima kaseh utk entry ini, xsabar nk tau kisah selanjutnya..zafrin & haqmi, suke bangat!!

    ReplyDelete
  7. suka la..best sgt...hehe...klu dorg khwn sah lg bes..hahaha...

    ReplyDelete
  8. Perghh..RM tak pernah mengecewakan..

    ReplyDelete
  9. nice...sempat lg zafrin bahasekan mi ye...hehehe...

    ReplyDelete
  10. ni mmg terbaik la...suke..suke

    ReplyDelete
  11. adeh..
    lwk lak...
    dlm gduh2 ni mst ada tman...

    ReplyDelete
  12. mmg mantap jugak la zafrin nie.. mulut berbisa. heheh

    ReplyDelete
  13. suka dengan semua novel yang Rehan Makhtar tulis.. best.. ^_^.. keep it up..

    ReplyDelete
  14. hai boleh tahan juga mulut si Zafrin ni tak ada insuran
    ye... asyik terkena je Haqmi dgn Zafrin. RM cpt sambung.

    ReplyDelete
  15. alolo...comel je diorg ni...hehehe.. smbg lg ye?

    ReplyDelete
  16. eleh....semedang dok hentam Haqmi jer la si Zafrin tu...nnt hang dh jatuh cinta giler pnya kt Haqmi tu baru hang tau kot...pe pun RM,for me u always the best la..suke bangat sih... :)

    ReplyDelete
  17. hahaha. sengal je zafrin nie , baru je nak rase terharu dah kene cantas. zafrin lepas nie kene kasi haqmi rase terharu sampai penghujung ye. hee. thanks kak rehan :)

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  18. suke suke suke...huhu (^_^)

    ReplyDelete
  19. best ayat ni..
    tak jadi nak tersentuh,
    terseliuh adalah, jiwa aku ni..

    ReplyDelete
  20. best ayat ni..
    tak jadi nak tersentuh,
    terseliuh adalah, jiwa aku ni..

    ReplyDelete
  21. kurus semangat??
    bkn,,slalu org ckp kuss semangat ke

    ReplyDelete
  22. Cite ni best...kreatif. Tak sabar nak tgu en3 seterusnya

    ReplyDelete
  23. Cite ni best...kreatif. Tak sabar nak tgu en3 seterusnya

    ReplyDelete
  24. mmg pedas ayt zafrin tp betul!

    ReplyDelete