Thursday, May 09, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 4


BAB 4

ZAKHRI ADHA BIN ZAFRAN!
Ohmai... kenapalah nama itu menghantui kepala aku.  Kerja pejabat satu pun tak bersentuh.  Mama dah larang tadi daripada ke pejabat dan papa pun tak bagi aku masuk kerja.  Memang badan tak sihat lagi tapi memikirkan perkara ‘adik’ aku tu, lagilah buat aku tak sihat. 

Mana mungkin aku berkurung di dalam bilik seharian dan mengingati setiap lirikan nakal dan kata-kata yang kononnya matang itu daripada Ayie.  Bila aku ingat balik, barulah memori itu kembali sedikit demi sedikit. 
Aku dah besar masa tu bila Zakhri Adha lahir.  Cuma tak sangka, masa tu dia lagi kecil dari aku dan kini, dia lebih tinggi, lebih tegap dan sasa.  Bila aku di sisi dia, rasa kerdil sungguh. 
Aku pegang tulang selangka.  Tak adalah kurus tapi tidaklah gemuk.  Cumanya sekali kena pelempang dek tangan kasar Ayie tu, mahu aku melekap ke dinding jadi spiderwoman.  Huh...
Kononnya nak sibukan diri dengan kerja pejabat tapi satu apa pun tak masuk kepala.  Kertas-kertas laporan yang berselerakan pun aku pandang sepi.  Tak tahu nak jamah mana satu. 
Jam di dinding aku kerling lama.
Sesaat... dua saat.  Aku pejam mata. 
Ding!
Itu bunyi jam sekali menandakan tepat pukul satu.  Pukul satu yang membawa maksud waktu makan tengah hari dah tiba dan waktu ‘temujanji’ aku juga tiba. 
Ohmai... apa kata budak pejabat nanti kalau diorang tahu siapa Ayie tu pada aku.  Tidak ke malu atau boleh jadi diketawakan dan kredibiliti aku sebagai seorang bos dipersoalkan?  Oh... kenapa papa dan mama, nenek dan atuk tak fikir semua ni? 
Atuk dan nenek, tak risau ke status Tan Sri dan Puan Sri dia dipertikaikan bila cucu sulungnya dinikahnya dengan lelaki yang begitu muda? 
“Ya Allah... ini ke kesudahan hamba?”  Aku menggumam dengan wajah menyungkur ke meja. 
Rasa nak hantuk dahi tapi kesan terlanggar pintu kaca semalam masih terasa.  Buat sakit sendiri sedangkan hati aku ni masih tak terubat. 
“Tak sudah lagilah...” 
Pling... Aku buka mata laju-laju. 
Tapi, kenapa berat nak angkat bila aku dengar suara itu menegur.  Aku rasa nak menangis ni.  Macam mana dia boleh masuk?  Tak ada ke Juita, cik setiausaha aku tu kat luar sana?  Biasa Juita kalau nak makan, dia bagitahu aku dulu tapi ini tak ada apa pesan tengok-tengok...
“Kenapa tak ketuk dulu?” 
Ayie.  Aku pandang dia.  Wajah dia.  Senyuman dia dan bening matanya serta penampilannya.  Masih biasa pada pandangan mata aku.  Masih gaya budak-budak remaja dengan kasut bertali banyak, jeans lusuh yang terlondeh sedikit, baju T berkolar warna biru cair juga rambut yang sudah agak panjang. 
“Lama betul pandang saya?  Rindu ke apa?”  Dia menegur bila aku ralit memerhatikan dia. 
Aku terngadah.  Terkena batang hidung sendiri bila ralit meneliti penampilan Ayie.  Tapi, sempat aku mencebirkan bibir dan menggeleng sebelum memandang diri sendiri. 
Gaya aku?  Juga biasa tapi kemas dan bersih.  Tidaklah menjadi hamba fesyen, janji berkenan di hati dan mampu aku miliki, aku akan dapatkan. 
Hari ini?  Hanya blouse lengan panjang, punyai taburan manik di bahagian dada, labuh melepasi punggung, seluar kain kapas yang separa buku lali berwarna krim dan dipadankan dengan selendang biru gelap, memberi kontra pada seluar dan baju. 
Berbeza, kan?
“Kan dah cakap, jangan pakai seluar lusuh,” tegur aku malas. 
Kerusi aku pusing dan aku pandang ke luar cermin sepenuhnya.  Menghidangkan mata aku dengan pemandangan puncak KLCC yang berdiri gah.  Tanda kehebatan Malaysia. 
“Ini je seluar yang saya ada dan percaya tak, saya dah tak basuh seluar ni dah dekat dua tahun.  Selama saya dekat oversea saya tak basuh tau... nampak season, kan?” 
Tak sedar, bila Ayie mendekat dia dah bersuara di belakang aku.  Cepat-cepat aku pusingkan kerusi.  Terkejut beruk aku dengan kata-kata dia.  Pengakuan pelik.  Sepelik orangnya.
“Awak ni... errr...”  Gagap jugak aku nak sebut perkataan itu.
“Apa?”  sergah Ayie.
“Pelik.” 
Ayie ketawa halus dengan jawapan aku.  Ya, dia memang pelik.  Semuanya pelik.  Bukan tak ada perempuan lain.  Tapi, kenapa aku?  Tak mungkin sebab niat orang tua dia je.  Tak ke aneh.  Ini dunia apa?  Bukan zaman batu atau zaman ibu mertuaku. 
Dan juga, tak mungkinlah...
Tiba-tiba, timbul satu keraguan dalam kepala aku ni.  Aku dekatkan wajah sendiri pada wajahnya.  Ayie pun sama.  Mesti ikut sama perbuatan aku. 
“Awak tak sayang awek yang dah ada ke?” 
Dia sengih dan angguk. 
“Habis tu?  Tak risau dia kecewa?”  tanya aku lagi.
Ayie diam.  Aku berdecit.  Kembali menyandarkan tubuh pada belakang kerusi dan menghela nafas tenang sebelum menyambung.
“Tak elok tau buat anak dara orang menangis, sedih... nanti satu hari Tuhan balas dekat awak, baru awak tahu langit bawah atau bumi ni kat atas.” 
Perumpaan aku dah tak betul tapi biarkan Ayie kerut dahi sikit. 
Tangan Ayie sudah meliar.  Semua barang di atas meja aku disentuhnya.  Tak cukup dengan keyboard dan mouse yang ada di atas meja, dia tarik tanda nama aku yang terletak kemas di depan mata. 
“Aryana binti Mohd Mukhlis?”  Keningnya naik dan matanya merenung aku.  Tunak. 
Aku angguk.  “Ya, saya...”
My wife to-be... soon.  Very soon,” tambah dia.
Aku terbatuk kecil.  Penangan budak Ayie ni seluruh hidup aku mula kelam-kelibut.  Rasa kena tibai dek puting beliung.  Rasa kena langgar oleh garuda.   Dalam dada macam kena palu sekuat-kuatnya. 
“Ayie, cut all this crap... let us be frank to each other.  Okay?”  tanya aku sambil mengangkat ibu jari pada dia.
What crap?”  soalnya tenang.
“Kita tak ditakdirkan untuk bersama.  You know that deep down in your heart, don’t you?” 
Kepalanya digelengkan tanda tidak setuju dengan kata-kata aku. 
“So, kakak suruh saya datang ni nak bagi saya dengar yang kakak fikir rancangan parents kita ni, mengarut?  Tak boleh diterima akal?  Macam tu?” 
Tak menjawab soalan aku, dia menyoal.  Huh... tangannya sudah memusing-musing sebatang pen di hujung jari dan itu pen mahal aku.  Pen pemberian atuk dan nenek bila aku pertama kali duduk di kerusi ni dulu.
“Kakak tak kata mengarut ke apa.  Tapi, kakak rasa awak sendiri ada life awak dengan kawan-kawan...”
“Sampai bila nak berkawan?”  cantas dia.
Aku mengeluh.  “Let me finish my line first, okay?”  Mata aku jegilkan dan Ayie mengangguk. 
“Awak muda lagi.  Sangat muda nak dibandingkan dengan kakak.  Tengok... awak panggil kakak, kan?  KAKAK,” tekan aku sebelum menyambung.
“Awak baru nak mula hidup, Ayie.  Baru nak kenal dunia.  Awak mesti nak bebas tak nak terikat...” 
“Tapi, saya yang nak diikat,” pangkas dia lagi sekali. 
Aku tahan hati.  Nafas aku sedut dalam-dalam mencari kekuatan nak hadap budak matang ni. 
“Ayie, please... kalau betul awak nak diikat, kenapa dengan kakak?  Kan awak ada awek sendiri?  Tak sayang awek?  Atau saja nak main-mainkan hati perempuan  lain?  Awak tak berani nak tolak kehendak parents awak, biar kakak cakap dengan diorang.  Okey macam tu?”  
Mencanak naik angin lintang aku menghadapi ketenangan Ayie.  Semalam memang aku rasa dah setuju tapi bila dah tidur, bangkit balik ternyata aku tak setuju.  Memang tak setuju dua ratus peratus.  Noktah. 
“Saya nak diikat dengan kakak.  Salah ke?  Tak berdosa, kan?  Lagipun, girlfriend tu ramailah.  Special tak ada...”  Senangnya dia memberi alasan.
“Dah tu girlfriend tu bukan teman wanita?” 
Tap... giliran dia pula ketik jari.  Tubunya menegak.  Dia labuhkan sikunya di atas meja aku. 
“Kakak betul di situ tapi salah pemahaman.  Girlfriend tu memang teman wanita dan kalau kakak nak tahu... saya bagi tahu.  Kot-kot la kakak tak tahu, kan?”  Kening dia naik dua-dua belah.  Perli.
Boyfriend pulak adalah teman lelaki.  Saya ada kedua-duanya tapi yang special, yang bermaksud istimewa tu tak ada.  Boleh saya minta kakak jadi yang special tu?” 
Nak menangis dah aku dengar loyar buruk Ayie ni.  Siapa cakap dia matang?  Dia tak matang.  Dia kebudak-budakan dan suka kenakan aku . 
“Can you pay may some respect, my dear Zakhri Adha?”  soal aku cuba berlembut. 
Mama kata perempuan ini fitrahnya lembut.  Biarkan kelembutan itu menjalar dalam ketegasan.  Biar kita tak mudah ditindas, tapi mudah dilentur. 
“Dear?  Who?  Me?”  tanya dia dengan suara dan wajah teruja sambil menepuk dada sendiri.
“Yes... ada orang lain lagi ke dalam bilik ni selain daripada awak?”  tanyaku sinis.
Ayie melebarkan senyuman pada bibirnya yang nampak merah basah.  Berkerut dahi aku cuba mengingati wajah kedua-dua orang tua dia.  Entah perangai siapalah dia ikut.  Andai benar kami berjodoh, anak-anak kami nanti janganlah ikut perangai miang dia.  Tak sanggup aku. 
Eh, anak?  Ya, aku sebut tentang anak.  Adakah bermakna aku benar-benar dah bersedia nak punyai adik dalam bracket ini?  Ya Tuhan... tunjukkan jalan yang benar.
“Maknanya, kakak dah setuju nak cuba jaya?”  soal dia.
“Kalau kakak tak setuju, awak boleh balik sekarang?  Tinggalkan kakak sendiri?”  tanya aku kembali.
Ayie menggeleng.  “Saya tunggu sampai kakak setuju.”
“Huh... dah tu?  Terpaksalah setuju...,” jawab aku meleret. 
Ayie sengih dan terus sengih.  Kena sawan sengih gamaknya.  Boleh jadi nanti rahang dia cramp, jangan minta aku tolong hantar hospital sebab otot kejang. 
“Jangan dok sengih lagilah.  Karang jammed otot tu, padan muka,” cemik aku.
Lepas gelak Ayie.  Gelak lelaki dengan suara kasarnya.  Tapi jujurnya, pertama  kali melihat dia semalam, tak rasa dia muda.  Gaya dan penampilan dia benar-benar nampak matang.  Cumanya agak sememeh.  Jiwa masih muda.
“Kalau macam tu, kita mula langkah pertama, okey?” 
“Silalah melangkah.  Itu pintu.”  Bibir aku terjuih pada pintu yang sedikit terbuka. 
Ayie kerutkan kening. “Sama-samalah, kak...” 
Aku jongketkan bahu.  Apa-apa jelah, Ayie.  Malas nak layan karenah dia.  Mengalahkan Aryan aku rasa.  Kalau Aryan sekali aku kata tidak dia dia terus merengek, terus aku jeling dan dia pasti diam mengalah. 
Ini Ayie.  Zakhri Adha.  Anak pada keluarga kawan mama dan papa.  Menantu pilihan keluarga aku untuk aku yang dah berumur ni. 
“Jomlah.  Ingat semalam ajak saya jumpa nak makan tengah hari dengan saya?”  tanya dia dengan suara merajuk.
Aku jongketkan bibir sebelah. 
“Merajuk?”  soal aku ringkas.
Dia angguk dan menunduk ke bawah dengan mata menjeling aku sesekali.  Kononnya nak nampak manja. 
“Geli ar...” 
Tawa Ayie pecah.  “Saya bukan budak-budak nak merajuk.  Bukan jugak perempuan.  I am a man.  MAN!”  tekan Ayie takut-takut aku tak tahu dia ni lelaki. 
Huh...
“Lunch sama. Boleh mula langkah pertama berkenalan ke, apa ke.  Nak mesra-mesra tak sampai masa lagi...,” ajak dia bersama bersama sengihan menakutkan.
Aku panggung kepala, mendongak ke atas.  Nak intai kepala Ayie ni dah tumbuh tanduk ke belum  dan ternyata belum.  Pheww... nafas lega dilepaskan.  Risau. 
“Awak belanja kakak,” suruh aku lantas aku gapai beg tangan dan terus menapak keluar tanpa mempedulikan dia. 
Baru saja kaki aku melepasi pintu selangkah, muncul Juita dan beberapa orang staf yang lain.  Masing-masing terhenti langkah kakii bila aku terpaku di situ.  Terkejut. 
Kepala aku menoleh ke belakang seketika dan ternyata, Ayie sedang merapatkan daun pintu bilik pejabat aku.
Ohmai... apalah yang diorang nak fikir pasal aku nanti.  Rasa nak merayu pada semua orang yang aku tak bersalah.  Ini pertama kali.  Pertama kali lelaki datang waktu makan tengah hari.  Biasanya pelanggan je.  Tak pun aku dan Aryan atau papa.  Ini... dia. 
“Errr... awal balik?”  soal aku dan mengerling jam di pergelangan tangan kiri.
1.30 petang. Bertekak dengan Ayie sampai setengah jam juga.  Tapi ternyata, kelembutan dalam ketegasan aku ni tak mampu nak buat dia mengalah.  Tapi, aku pulak yang tertewas. 
“Tak makan pun, cik.  Saja pusing-pusing bawah mall ni je.”  Juita senyum.  Yang lain juga sebelum mereka duduk di tempat masing-masing.
“Oh...”  AKu angguk beberapa kali tanda mengerti.
Terus kehilangan kata.  Biasanya aku petah juga dengan mereka tapi disebabkan Ayie yang dah berdiri di sebelah aku, aku kelu.  Terkedu.
“Err... baru nak keluar makan dengan kawan ke, cik?”  soal Rohayu pula. 
Kerani kewangan di sini.  Senyuman dia nampak lain macam.  Aku juga terasa janggal.
“A’ah tapi ini bukan kawan.  Lebih pada a...” 
Tak sempat aku tamatkan ayat aku tu, Ayie dah bersuara terlebih dahulu.  Menyampuk perbualan aku lagi. 
“Hai...”  Tangannya dilambai beberapa kali. 
Diorang ni pulak, ringan tangan membalas lambaian Ayie. 
“Saya Ayie.  Tunang Aryana.” 
Aku ketap bibir dan memejamkan mata.  Dia dah up-gradekan status antara aku dan dia.  Baru kenal semalam, terus dia rasa diri dia boleh jadi tunang aku. 
Ohmai... apa awak buat ni, Ayie? 
Dia aku jeling tajam.  Memberi amaran tapi dia tenang merenung soerang demi seorang staf aku yang ternyata dengan muka terkujat. 
“Err... tak pernah tahu pun?”  sela Juita. 
Aku senyum bila bola mata aku dan Juita berlaga.  Kemudian tunduk kembali.  Nak tengok drama apa yang Ayie nak lakonkan nanti.
“Owh... baru balik dari oversea dua tiga hari ni je.  Ini pun seminggu dua je.  Tak habis belajar lagi kat sana.  Balik nak up-gradekan Cik Aryana ni jadi Puan Aryana,” jawab dia sambil melirik pada aku.
“Yelah, tak pernah tahu Cik Aryana dah bertunang?”  tanya Rohayu pula.
Aku sengih.  Mati kutuk, kering kontang idea. 
“Eh, tak apalah tak tahu.  Kami memang tak nak orang tahu.  Bertunang je pun.  Elok disimpan.  Kalau dah nikah nanti, wajib kami hebah-hebahkan untuk mengelakkan fitnah.  Betul tak?”  Ayie angkat kening pada mereka.
Huh... boleh tahan juga dia menjawab.  Selamat aku buat masa sekarang ni.  Biarpun aku tak pernah mendengar mereka kecoh tentang status aku yang masih bujang, tapi rasanya mereka pasti pelik kenapa aku masih sendiri.  Hari ini biar mereka tahu yang aku sudah diikat biarpun dengan kadar segera. 
Tiba-tiba rasa nak senyum manis pada Ayie dan ucapkan terima kasih berjuta kali sebab selamatkan aku dengan jawapan yang matang dan bernas. 
“Nanti, majlis tu kami jemputlah, ya?”  sambung Ayie. 
“Kami pergi makan dulu.  See ya?” 
Sempat dia lambai pada mereka semua sebelum kami menuju ke pintu keluar dan terus kepada pintu lif. 
Pheww... nafas lega terhela lagi bila kami sama-sama dalam perut lif. 
“Thanks,” ucap aku lega.
“What for?  Kakak mungkir janji!”  tekan Ayie tanpa memandang aku.
Aku kerutkan dahi.  “Apa yang mungkir?  Ayie yang tipu diorang, kan?”  tekan aku mula rasa  hangat dalam dada.
“Kata tak nak cakap saya ni adik depan orang ramai tapi tadi tu...”  Bibir dia muncung.
Kali ini tak tahu kenapa, aku tak boleh nak rasa menyampah.  Tiba-tiba rasa lucu memandang dia yang berwajah kelat.  Mana pergi matang dia?  Atau selama ni matang itu dibuat-buat saja.
“Dah memang kita tak ada apa-apa hubungan lagi.  Awak macam adik kakak je.  Macam Aryan tu haa... tapi awak lagi muda.  Tentulah kak bagi tahu awak adik.  Tak kan nak cakap awak suami pulak?”  selar aku dalam kelembutan.
Biar dia rasa sedikit terhiris. 
Kepala Ayie menoleh pada aku.  Dia angkat kening tinggi.  Bagai mencabar.
“Okey kalau macam tu... semalam kakak ada deal dengan saya, kan?  Sebelum saya balik belajar kita nikah.  Senang nanti, kakak tak ada alasan lagi nak kata saya adik ke apa ke?  Boleh cedera jantung saya,” bebel Ayie lalu dia keluar dari perut lif yang sudah sedia ternganga pintunya di ruang legar. 
Ohmai... Ayie?! 
Kenapa suka buat aku terlopong macam ni?  Ayie... hati aku menyeru dia minta dia berhenti melangkah dan berpaling. 
Sungguh, dia mendengar dan dia kalih.  “Ini bukan main-main atau cubaan.  Ini betul-betul punya permintaan.  Deal is a deal.  You promised me last night,” sambung dia dan terus saja dia menonong melangkah. 
Apa yang terkesan di mata aku adalah, senyuman sinis dia.   

~~> bersambung

39 comments:

  1. Hati sya da cedera dek ayie ni...

    ReplyDelete
  2. Senyem meleret samba baca…like father like son:)

    ReplyDelete
  3. bestnye cite ni..tak sbr2 nk tngu sambungan die..

    ReplyDelete
  4. cedera juga jantung saya!!.. lelaki bujang muda belia cepat2 sgt nak menikah...

    ReplyDelete
  5. Hahaha....cepat sambung, x sabarnyaa

    ReplyDelete
  6. sengeh sorang sorang bace n3 nie...cute tgok si Ayie n Arya betekak...hahaha...Ayie ni noti,peel same mcm papa die...bestxxx :D

    ReplyDelete
  7. Homai..... still lg panggil KAKAK.... tp klu ayie yg panggil KAKAK mesti sweet kan ^_^

    ReplyDelete
  8. saya juga!!!ohmaiii..kak rehan next!!!!

    ReplyDelete
  9. ohmai......senyum smpai ketelinga dgn telatah ayie nie..........

    ReplyDelete
  10. oh my!!! excited ni. tak sabar nak tahu cerita ni dgn lebih lanjut.
    wahhhhhhhhhhhh...

    ReplyDelete
  11. huh..gambate abis dak ayie nih..chaiyok arrr...anak bapak dia nih...hhehe..

    ReplyDelete
  12. Macam papa Zaf ja... 1 minggu terus ajak kahwin.... hehehe
    bapak borek anak bintik-bintik ni.... hahaha

    ReplyDelete
  13. Mmg arr ikut spesis bapak dia zafran.... Klu dah berkenan, si sambar terus, tak kira dah... Kasih redah!

    ReplyDelete
  14. suka..suka ...suka....

    ReplyDelete
  15. ohmai... rehan apa dh jadi nie... sweet la sgt2..tq rehan

    ReplyDelete
  16. excited nak tahu kelanjutan cerita ni, anak ngan papa sama je... ^^

    ReplyDelete
  17. Caya lah kat RM ..mmg dah mulai cedera juga hati saya dek tersuka watak mereka nik.. bijak macam zafran ayi nik.. hehehe dah terbalik kesah chenta orang tua die dah.. apapun.. always waiting next n3.. cepat up eh RM ..

    ReplyDelete
  18. Caya lah kat RM ..mmg dah mulai cedera juga hati saya dek tersuka watak mereka nik.. bijak macam zafran ayi nik.. hehehe dah terbalik kesah chenta orang tua die dah.. apapun.. always waiting next n3.. cepat up eh RM ..

    ReplyDelete
  19. Eh..yg citer psl zafran tu tajuk pe ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana sekali cinta

      Delete
    2. Dh baca.. suwiiittty sgt...hope ayie & arya lg suwittt beganda2 dr zafran ye k.RM ;)

      Delete
  20. Kak RM nak lagiiiiiiiiiiii! Hehehe sweet sangat. (imah)

    ReplyDelete
  21. ohmai...ohmai.... hehe...kelakar..

    ReplyDelete
  22. ohmai..bkn setakat jantung je cedera... hati pun sama ooo...

    ReplyDelete
  23. sweet la diorg..tak prasan pon beza umur tu..

    ReplyDelete
  24. ohmai....


    senyum ke telinga....

    ReplyDelete
  25. oh ayie...............
    so sweet both of you...
    arya, age is just a number

    ReplyDelete
  26. x sabo x sabooo...sok de x new n3....

    ReplyDelete
  27. Kak Rehan...superbbbbb!!Ohmaiiiiiiiii!!!x lena tido dibuatnye..hehehe..keep it up kak..luv uuu...<3

    ReplyDelete
  28. ayie mcm acuan zafran, zafrin, zayed n ziyad all together... brani, tegas dlm keputusan and semestinya lebih klakar!!!

    ReplyDelete
  29. Cuma nak clear umur arya 27 jdi umur ayie 20 la klau ikut dr bab 2..entry yg amat besttttt nak n3 please RM....

    ReplyDelete
  30. ayie oh ayie, degil dia ni mmg amik zafran n anaresa la

    ReplyDelete
  31. Ambik ko aryana...deal sgt kn...

    ReplyDelete
  32. ayie tomey !! hehe

    ReplyDelete
  33. like father like son..... hahahhaha.... serious best cter nie... :)

    ReplyDelete