BAB 3
BAHUKU ditepuk
orang. Aku berkalih ternyata Izue dan
Alan tersengih. Mengambil tempat duduk
di depanku, di Taman Tasik Shah Alam.
Lengang dan agak panas.
Menghangatkan lagi tubuh aku.
Menaikkan lagi suhu badan.
Berdengung kepala. Bengang.
“Jumpa lecturer untuk hantar paper work je
pun. Mana ada kuliah dah. Dah mula study
week,” jawabku malas.
Alan
sengih. Botol 200ml air 100 plus
diletakkan di depanku.
“Minum ni. Bagi segar sikit tubuh tu. Nampak lemau je. Demam tak baik lagi ke?” soalnya.
Aku mencebirkan
bibir, mengangkat kening tinggi. Lepas berhujan berembun, terus aku demam. Selama ni
jarang. Barangkali demam terkejut
dipeluk seorang lelaki.
“Sakit kepala
lagi. Rasa terbakar je dalam kepala
ni. Ingat nak balik tidurlah,” jawabku
lemah dan terus menekup muka pada meja.
“Nah, minum ni
dulu,” suruh Izue pula.
Aku mengangkat
wajah dan memandang kedua-duanya. Botol
yang sudah dibuka penutupnya itu disuakan lagi.
Aku capai dan aku dekatkan ke bibir.
Separuh botol aku teguk bagi mengembalikan bendalir dalam badan.
“Datang dengan
apa hari ni?”
“Ayah hantar.”
“Balik?”
Bahuku
terangkat. “Teksi kot. Nak jimat naik bas.”
Mereka
berpandangan.
“Mak kau?”
“Dah janji nak
bawa Kak Diah pergi mana entah. Ayah ada
meeting katanya. Tak sempat.”
“Motor?”
“Ayah tak bagi
naik motor. Takut pening katanya.”
“Pulak
dah!” Serentak mereka mengeluh.
Aku memandang ke
atas. Bosan. Mula terasa punyai dua orang abang yang
sangat mengambil berat. Ada masanya, aku
rasa Izue dan Alan over-react. Tapi, merekalah teman merekalah musuh. Tempah mengadu, tempat bertelagah.
“Kak Diah kau tu
manja betul, ya?” soal Alan padaku.
Aku
mencemik. “Tersangat manja dan
bajet. Kadang-kadang dia over-react. Nak-nak bila mak dan ayah aku memang sayang
dia lebih. Anak gadis yang lemah lembut
mendengar kata. Bukan macam aku,” ujarku
tak ubah macam berjauh hati.
Izue ketawa
halus. Alan sengih, menggaru
kepalanya.
“No comment. Tak pernah jumpa Kak Diah kau. By the
way nama dia siapa?” Alan menyoal
penuh minat.
Aku pandang dia
lain macam. Aneh saja soalannya. Seperti ada udang di dalam mee udang Kuala
Sepetang.
“Cinta Nur
Nadiah,” jawabku.
Mereka
mengangguk. “Dah ada yang panggil dia
Cinta ke?”
Kali ini, aku
tawaku terhambur. Lucu dengan persoalan
Alan. Nampak lain benar. Seperti menaruh minat pada Puteri Gunung
Ledang itu.
“Belum. Dia tengah busy nak exam masuk belajar medic
dekat UKM,” jelasku.
Kepala Alan
terangguk-angguk.
“Minat ke?”
Wajah Alan
terngadah. Dia tersengih tak menjawab
lantas bangkit berdiri tegak.
“Merepek je
semua. Jomlah, kami hantar balik. Aku nak jumpa Fendy pulak. Ada hal.
Datang ni sebab kau cakap lepak sini.
Nah…” Alan menghulurkan sekeping
sampul berwarna coklat gelap padaku.
“Apa ni?” Lambat-lambat aku menyambut.
“Duit
persembahan tiga hari sudah. Fendy bagi
siap-siap. Aku tak tahu pun kau punya
berapa. Kalau rasa tak cukup, biar aku
dengan Izue top-up balik,” ujar
Alan.
Dia sentiasa
begitu. Kerana itu aku sentiasa berasa
selamat dengan mereka berdua. Rasa
dimanjai. Fendy? Erm… boleh jadi kawannya hari tu. Yang nyanyi tak cukup lagu.
“Thanks…”
Sengihku melebar. Tubuh ini aku
angkat juga.
“Amboi, dapat
duit terus sihat?” usik Izue dan
serta-merta aku buat tubuh lemau.
“Adeii… kot ya
pun janganlah ingatkan aku tentang sakit tu,” tegurku tak puas hati.
Di saat hati ini
bergembira dengan rezeki kali ini, dia pula mengusik. Hancur!
“By the way, we got one more news for you?”
“Good or bad news?”
Izue
sengih. Alan senyum dan menarik pintu
keretanya lalu menyangkut kedua-dua belah sikunya pada bumbung kereta.
“Satu bad news and the other one is good news,”
jelas Alan. Dia memandang Izue
mengisyaratkan agar Izue memberitahu aku yang selebihnya.
“Yang bad dulu. Nanti baru good. Sembuh sikit hati
walang dengar bad news,” suruh aku
teruja.
“Okay then… berita baiknya Fendy nak
jadikan kita ahli band tetap
dia. Siap ada sponsor bagai.”
“Wow… impressive.” Keningku terangkat.
“The other one is… his friend named Ariq already had your phone number,” sambung
Izue teragak-agak.
“La… itu bukan bad news la, guys. Itu kan good…” Tiba-tiba suara aku mati. Terasa pelik dengan nama yang disebut oleh
mereka.
Mata Alan dan
Izue aku pandang dalam-dalam.
“Siapa?”
“Ariq,” jawab
Izue.
“Nashriq,” tokok
Alan.
“That guy who were by my side last two night?” tanyaku dengan mata yang terbuntang luas.
Bila
kedua-duanya mengangguk, aku menjerit nyaring.
“This in not a bad news, guys… this is the
worst news I ever heard. Oh God… apa yang korang buat ni. Korang tak sayang aku ke? I hate
that guy much. He’s a jerk!” Aku terus saja masuk ke dalam kereta seusai
berkata demikian.
Apa dah jadi
ni? Ingatkan lelaki itu, jantung ini tak
reti hendak duduk diam. Resah semacam apatah lagi mengingatkan dia adalah
lelaki ‘ketam pokok’.
ARIQ sengih
biarpun hujan masih merintik kasar.
Laungan teman-teman langsung tidak diendahkan. Bila aku mahu melangkah, dia mengeratkan
rangkulan pada pinggangku.
“Err… got to go. We are done!” tegasku dalam berani-berani takut untuk
memegang tangannya tapi aku tolak juga tangan kasarnya itu.
“Yeah…I tahu you all dah siap. Tapi I rasa nak kenal you lebih sikit. Boleh tak?”
soal dia, berterus-terang.
“I rasa you kan
yang dekat surau sana. Kalau topi you
tak tertanggal dan rambut you ni tak terurai, I tak tahu you perempuan. Oh one
more, your voice. Sangat merdu,” puji dia.
Pujian bermakna pada fikiranku.
“Eh, mana ada
saya kat sana. Saya datang tadi terus ke
sini,’ dalihku biarpun dalam hati sudah rasa tidak senang.
“And thanks for the compliment tapi
tolong… lepaskan saya,” pintaku sedikit keras dalam bisikan.
Ariq
sengih. “Kan hujan ni. Kita jalan sama ke sana…”
Aku mendongak ke
langit. Hujan… ya memang hujan dan masih
lagi agak lebat. Rambutku sudah
berjuntai ke dahi. Rambut Ariq
juga. Tapi, bibir itu tetap
tersenyum.
“Bawah jaket ni,
berpayung berdua?”
Dia
mengangguk.
“And we’re wet after all,” sinisku.
Ariq melepaskan
jaketnya dari atas kepala kami.
“Alang-alang berhujan. Biar kita basah bersama. By the
way, wha’s you name?”
Ada ke tanya
nama di tengah hujan yang lebat ni. Aku
memandang ke arah ruang legar kawasan lobby. Alan dan Izue di situ. Yang lain juga dan
yang seronok, menonton drama kami.
Memori dalam hujan tapi tiada daun pisang.
“Sorry, gitar I basah. I jalan dulu.” Bila saja aku lihat Ariq tersengih-sengih
memandangku, pantas aku meloloskan diri dan berlari laju.
Bila tiba depan
Alan dan Izue, dua-dua pegun dengan wajah tak percaya. Silih berganti memandang antara aku dan Ariq
yang juga berteduh dan berada di kelompok bersama dengan Fendy.
“Naqi,” seru
Izue dan Alan.
“Aku nak balik,”
tekanku. Mula tidak selesa bila
dijadikan bahan tumpuan dan tajuk perbualan.
“Okey… okey…
tunggu hujan reda dulu,” pujuk Izue.
“Nope, Izue. Now!” Seperti memberi arahan, aku bersuara. Izue gugup, Alan mengangguk.
“Yes, sister. Kita balik,” ajak Alan matang.
Setelah mengisi
gitar dalam beg, meletakkan semula topi di atas kepala dan mengenakan jaket
bagi menutupi tubuh yang sudah ternampak lekuk sana sini kesan daripada hujan
tadi, aku sudah bersedia hendak melangkah.
Tak sempat
memulakan langkah pertama, aku terhenti
lagi.
“What they call you? Naqi?”
soal Ariq tiba-tiba.
Aku
menggeleng. “Not your business,”
tempelak aku geram dan bila aku melangkah lagi, aku kembali terdengar kata-kata
ayah, pesanan mak dan sindiran Kak Diah.
Ini semua tak
betul. Bukan ini yang mahu aku cari
dalam mengisi waktuku menjadi ahli muzik.
Bukan seperti ini. Bukan berharap
ditemukan dengan lelaki ketam pokok seperti Ariq dan dipaut semudah itu oleh lelaki sejengkelnya.
Airmata aku
menitis. Malu pada diri tiba-tiba.
“NAQI.”
Aku masih buat
tidak tahu bila mana Izue memanggil.
Sakit hati sungguh mengingatkan peristiwa malam itu. Peristiwa yang membuatkan aku jatuh demam dan
juga hati ini tertoreh sakit.
“Cinta Nur
Naqiah!”
Kali ini baru
aku berpaling dengan wajah yang monyok.
Izue menyengetkan kepalanya pada Alan dan Alan pula berkalih 180 darjah
padaku.
“Kita dah
sampai. Masuk rehat. Duit tadi kalau rasa tak berbaloi, bagi tahu
aku.”
Tanpa membalas
kata, aku mengangguk dan menolak pintu kereta.
Melangkah malas tapi langkahku terhenti bila Alan menjerit.
“Kirim salam
dekat Cinta Nur Nadiah. Nadiah… bukan
Naqiah!” tempik Alan.
Tak sempat aku
mengangkat penumbuk, keretanya sudah menderu laju. Kata Alan, Fendy secara tak sengaja
mendedahkan nama kami pada Ariq sewaktu Ariq dan temannya datang membuat
bayaran penuh untuk persembahan kami.
Dan mujur juga,
bila Izue dan Alan hanya memberikan nama panggilanku iaitu, Naqi saja pada
Fendy dan yang pasti, minat aku untuk
mengikut serta dalam band Fendy, lebur.
Entah mengapa. Rasa berat hendak
nyatakan persetujuan pada Izue dan Alan lantas aku menolak tanpa berfikir panjang lagi.
Yang pasti, hati semakin tidak sudi.
TUBUH aku hempas
kasar ke tilam. Rumah sepi tanpa
penghuni. Ayah dan mak sentiasa sibuk
dengan kerja tapi tak pernah mengabaikan kami.
Hanya sejak akhir-akhir ini semakin nampak mereka melebihkan Kak
Diah. Boleh jadi kerana Kak Diah adalah
bakal doktor tapi aku, sekadar mengambil jurusan Senibina yang entah mendapat tempat pekerjaan atau pun
tidak, aku tidak tahu.
Baru hendak
melelapkan mata bagi meringankan kepala yang sarat, telefonku menjerit
nyaring. Tanpa melihat pada skrin, aku
hanya menyentuh skrin lalu melekapkan ke telinga.
“Ya, Naqi here,” beritahuku pada pemanggil yang
sepi di hujung talian. Langsung tidak
menyapa.
“Yeah, I know.”
Seperti terkena
renjatan elektrik, aku terus melompat dari katil. Terkejut bukan kepalang. Nashriq!
“You!” tekanku dan dia ketawa.
“Dah dapat
duit?”
Aku pandang
sampul coklat yang terdampar di atas katil itu lama.
“Ya… you ke
kawan pada Fendy tu?”
“Ya... dan
majlis tu kawan I punya. Dia nak ke oversea.
Migran. Itu yang
buat farewell tu and hanks to you sudi perform last song malam tu.”
“Yeah… welcome. Kawan you maksudkan tu kawan yang guna pokok
ketam tu ke?” Tawaku meletus
tiba-tiba. Dalam serius tergelak juga
mengingatkan peristiwa tentang ketam pokok itu.
“Hah? Maknanya betullah you yang dekat surau malam
tu, kan? Yang terkalih-kalih pada I,
kan?” tanya dia tak puas hati.
“Erm… kalau ya
pun benda dah lepas. Tak ada apa pun,” jawabku mendatar.
Ariq
ketawa. Jauh sedikit suaranya daripada
telefon tapi tidak lama suaranya kembali bergema.
“Shall we meet?” ajak dia spontan.
Mataku yang
terasa hampir terkatup ini kembali terjegil.
Jengkel sedikit dengan ajakan begitu.
Semudah satu tambah satu.
“Hah… tak ada
pasal cari pasal nak jumpa… buat apa?”
cemuhku.
Ariq masih dalam
tawanya tapi kedengaran kian tenang.
“Ada pasallah
baru I ajak jumpa,” balasnya.
“Kalau tak I akan
terus call you sampai you sudi nak
jumpa I…,” sambung dia mengugut.
Aku mengeluh. Rasa nak sepak Si Fendy tu biarpun aku tidak
pernah kenali dia. Hanya pertama kali
bersua dan kini aku yakin, pelawaan Fendy untuk aku ikut serta dalam bandnya
akan kutolak mentah-mentah dan saat ini, jelas terbayang keluhan Alan dan
Izue.
Tapi, bila
terlintas satu perkara di dalam kepala, aku jongket kening pada diri
sendiri. Why don’t you give a try, Naqi?
“When?”
Laju saja lidahku bertanya membuatkan Ariq ketawa.
“Bila-bila masa
saja you free.”
“Dengan syarat…”
“Siap
bersyarat?”
“Kalau tak nak, I hang-up the phone,” ugutku.
“Okay wait. Apa syaratnya?”
Aku sengih
lebar. Niat sudah ada. Perlu jalankan saja.
~~> bersambung
Wah.......bestnya....... Semakin menarik! Wonder apakah syarat yang Naqi nak kenakan pada Ariq?....
ReplyDeletenext... :)
ReplyDeletehehe..pe agaknya syarat naqi ?
ReplyDeleteserius best!. nk lg!
-HANA-
Nice story
ReplyDeletenicely...apa syaratnya tu?
ReplyDeletekak, seriously makin menarik...x sabar nk bace
ReplyDeletebest sangat-2 kak.
ReplyDeletearghhh....sasau dah baca ni...
ReplyDeletebiar naqi jual mahal sikit -.-'
ReplyDeleteRM...best jugak cerita remaja ni. Cepat sambung ya.
ReplyDeleteBla dh sangkut ni konpmn tak leh benti dh..asik nk n3 br je la ni
ReplyDeletehihihi asyik tersenyum x nk benti mcm ne ni, RM?
ReplyDeletebest sangat!!!!
ReplyDeleteRM continue..
Sempoi......
ReplyDeletenaqi nk buat ap nie.... adush... :D
ReplyDelete-Song Hyun Sun-
Dare devil juga naqi nie yerk... apa pun thumb ups untuk cik writer....
ReplyDeletesian naqi mcam terpinggir dgn keluarga sndiri...mujur ada kawan2 macam alan & izue yg sentiasa dengn dia..
ReplyDeletehoho...naqi is up to something...
ReplyDeletemigrant should be migrate kan...
ReplyDeletebest sangat Kak RM .. sambung la bg de habis
ReplyDelete