Monday, May 20, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 19

BAB 19

AKU tekup wajah ke meja solek.  Lampu dah lama malap.  Serius aku rasa nak menangis.  Bila aku jeling ke arah katil, aku nampak Ayie yang sedang tidur pulas.  Masa ni sedih aku ni tak terkata dah. 

Rasa nak terbang balik dan menyorok dalam pelukan ma dan pa.  Baik aku dengar lawak sengal Aryan daripada dok terbayang-bayang perbualan Ayie dan Khai tadi. 
Ayie tu kata je tak, tapi nampak ye.  Sesekali nampak dia main-main tapi dengan Khai tadi kemain serius.  Aku tarik Samsung Note II daripada dalam poket.  Nombor mama aku terus dail.  Biarlah berapa pun bil, aku dah tak kisah. 
“Arya?” 
Hampir sepuluh minit barulah aku dapat cakap dengan mama.  Talian macam busy je.  Itu suara mama menyapa.  Aku dah ketap bibir nak menangis.
“Aryana?”  panggil mama lagi. 
Aku terus mengalirkan airmata.  “Ma…” 
Talian sepi.  “Pukul berapa kat sana tak tidur lagi? 
“12.00 tengah malam kot?  Ma buat apa?” 
“Tak ada buat apa.  Duduk-duduk je.  Pa tak ada.  Dekat office.  Kat sini dah siang.  Arya tak apa-apa ke?  Kenapa suara lain macam je?”  soal mama. 
Aku tahan hati.  Memang aku dah menangis. 
“Arya okey je tapi Arya rasa Arya tak boleh nak duduk sinilah, ma.  Tak sesuai.  Daripada budaya, makanan…”  Dan orang sekeliling.  Itu hati aku sambung sendiri.
Mama ketawa.  Jelas je suara mama bagai dia ada di sisi.
“Arya kena kuat.  Nak ubah orang kita kena kukuh. Kena ada tiang yang memang menjadi teras dalam hubungan tu…”
Aku kerutkan dahi.  Tubuh aku tegak.  Apa maksud mama ni?  Tak mungkinlah ma dengan pa...
Ohmai...
“Dah kenapa mama cakap macam tu?”  Aku lap airmata di pipi. 
“Maafkan ma dengan pa, Arya tapi sejujurnya ma dengan pa dah tahu tentang Ayie.” 
Kata-kata mama buat macam langit runtuh menimpa bumbung hotel.  Terus retak bangunan ni dan sikit lagi nak hempap kepala aku. 
Ma?  Pa?  Tahu?  Tapi buat-buat tak tahu?
“Apa maksud mama?” 
“Mama dan papa mertua Arya dah beritahu kami sebelum korang bernikah lagi.  Ma dengan pa cakap Ayie bukan macam tu tapi Zaf dengan Resa sangat risau Ayie makin  jauh.  Sementara dia masih boleh diubati ni, kita ubat dia…”
“Dan ubat dia adalah Arya?”  soal aku pada mama.  Dah garang sikit.
Mama terdiam. 
“Sampai hati mama eh?” 
“Aryana, bukan macam tu…”
“Habis tu macam mana?” 
Ohmai, aku rasa nak melolong masa ni jugak.  Rasa nak terbang naik katil dan pijak Ayie bagi kecil balik.  Sumbat balik dalam perut mama dia dan biar dia lahir suci murni semula.
“Ayie ada reason dia, kan?  Arya kenalah percayakan Ayie.  Kami pun percaya, macam mana Arya sebagai seorang isteri tak nak percayakan suami sendiri?”  soal mama lembut.
Mama tak lihat, tapi Arya lihat.  Hati aku berbicara sendiri. 
“Aryana… hubungan perkahwinan ni bukan terletak pada hubungan lahiriah dan batiniah semata-mata.  Ayie dan Arya ada tanggungjawab masing-masing dalam memberi nafkah zahir dan batin dan itu dituntut agama.  Tapi, kita sering  lupa… Allah tak beri hubungan kita setakat tu je tapi Dia akan anugerahkan hubungan hati juga.  Percaya pada hati sendiri dan kalau rasa hati tu dah pandai belot, serah pada Allah.  Biar Allah pandu Arya ke jalan yang betul.  Berbicara dengan Allah, tanya Dia moga Dia berikan jawapan yang mana haq dan yang mana bathil.  Ini sebenarnya hubungan yang sedang Arya bina ni.  Jangan sebab Ayie lebih muda daripada Arya, Arya rasa dia memang layak kena smash je kalau silap.  You too, Aryana.  Tilik diri dan kata pada diri, aku kuat sebab tu Allah jodohkan aku dengan dia,” pesan mama panjang lebat. 
Aku berpaling dan memandang Ayie.  Lama.  Jatuh kasih jatuh hati dan jatuh daripada langit jugak aku rasa bila muncul budak ni dalam hidup aku.  Terus huru-hara.
“Faham apa ma nak sampaikan ni?”  tanya mama bila aku mendiamkan diri.
Aku angguk dan airmata aku jatuh setitis. 
“Arya minta maaf, ma,” pinta aku. 
Aku tahu mama tengah senyum.  “Dahlah.  Pergi tidur.  Arya dah matang.  Gunakan kematangan.  Jangan turut memberontak.  Tak ke mana.  Lagi satu, mama bangga dengan Arya.  Biarpun dah tahu Ayie tu mungkin songsang, tapi tetap tak bagitahu ma dengan pa.  Jaga maruah dia dan keluarga dia,” puji mama.
Itulah pesanan terakhir mama sebelum talian mati.  Aku letak telefon bimbit di atas meja dan terus bangkit.  Sehelai demi sehelai pakaian aku buka.  Hanya tinggal spaghetti je.  Sendat mengikut bentuk badan. 
Aku sarung seluar aerobick dan terus aku duduk di birai katil.  Dulu rasa tak selamat tapi sekarang rasanya Ayie tak mungkin apa-apakan aku memandangkan dia pun tak ada rasa pada perempuan. 
Selama ni rupanya hanya aku yang berdebar dengan dia dan dia memang tak ada rasa.  Sebab tu suka-suka dia je tarik aku dalam pelukan dia.  Aku rebahkan tubuh.  Malas nak tarik selimut.  Tak sejuk pun bila Ayie awal-awal dah hidupkan pemanas haba. 
“Telefon siapa tadi?”  soal Ayie.
Tiba-tiba. 
Suka tiba-tiba.
Buat jantung aku melompat tiba-tiba dan aku sendiri pun hampir tergolek jatuh ke bawah kalau dia tak tarik tangan aku yang memang separuh tubuh dah melepasi katil. 
“Ma,” jawab aku. 
Masa ni sebelah tangan Ayie menghidupkan lampu di kiri katil.  Sebelah tempat dia tidur.  Terus dia tarik aku laju dan mata itu merenung aku tak lepas bila aku tepat bersila di depan dia.  Dekat sampaikan lutut pun bersentuhan. 
Aku dah telan liur.  Daripada cara Ayie pandang tu aku dah tahu yang dia memang dah dengar perbualan aku dengan mama. 
Mati aku. 
“Err… saja tanya khabar,” beritahu aku biarpun Ayie tak tanya. 
Kejap lagi kena smash sia-sia je.
“Ayie tak tanya pun,” selar dia.
Huh, kan aku dah cakap memang kena punya.  Aku tayang muka selamba.  Dengan pakaian sekecil alam ni berdepan dengan dia.  Terdedah bahagian atas dada yang putih dan menampakkan urat kehijauan. 
Kepala aku ligat memikirkan kata-kata mama tadi.  Kalau mama yakin, kenapa aku nak goyah?  Kalau dari awal aku berlatih, kenapa dah turun ke perlawanan  yang sebetulnya aku nak tarik diri dan bagi pihak lawan menang tanpa bertanding? 
“Kenapa pakai macam ni?”  Pertanyaan Ayie buat aku memandang dia semula.
Aku tilik tubuh sendiri.  Ini dah dikira sopan ni.  Seluar panjang dan memang ini cara aku pakai masa tidur kat bilik sendiri pun.  Cuma sejak kahwin fesyen pakaian tidur dah berubah.
“Saja…” Aku menjawab sambil rebahkan semula tubuh dan aku tarik gebar sampai ke paras pinggang.  
“Pakai T, please.   Musim luruh ni kalau demam teruk, tau tak?”  suruh dia.
Copy paste ayat aku tu. 
“Jangan kopipasta ayat oranglah…” 
Dahi Ayie berkerut.  “Kopipasta?  Bahasa apa tu?” 
Jelas di riak wajah dia memang tak faham.  Budak-budak zaman sekarang mana reti bahasa rosak macam aku guna tu.  Kalau dia tak bagi aku faham apa maksud bahasa Jerman dia tu, aku pun malas nak bagitahu. 
“Bahasa Sanskrit,” selamba aku membidas. 
Ayie mengulum senyum tapi tak lama bila aku tolak gebar tebal ni sampai ke kaki.  Panas… panas.  Membara dalam dada aku ni. 
“Arya, please… pakai T.  Mana baju, Ayie ambil,” pelawa diri. 
Rajin tak bertempat.  Aku dah mengantuk letih ni.  Dia nak main-main pulak. 
“Jangan risaulah…,” ujar aku bila dia tak lepas merenung aku. 
“Ayie kan dah buka pemanas bilik.  Tak sejuk pun.  Lainlah Ayie nak halau Arya tidur dekat luar, barulah Arya pakai baju panas tu,” sinis aku lalu aku pejamkan mata. 
“Kenapa Arya buat Ayie macam ni?”  Aku dengar keluhan berat Ayie.
Heh, siapa buat siapa okey?  Awak buat saya, awak tanya kenapa saya buat awak pulak?  Mendongkol jugaklah hati aku menahan geram. 
Malas dah nak bersuara, aku terus pejamkan mata.  Aku paksa juga mata aku pejam dan akhirnya, aku terlena begitu saja.  Entah bila dan yang aku tahu ada Ayie di sisi cumanya dia dah sedikit menjauh tak seperti malam-malam sebelumnya. 



SUBUH.
Bilik terasa hangat dan nyaman.  Malah rasa ada renik peluh membuatkan aku tolak gebar sampai ke kaki biarpun aku pakai fesyen tak cukup kain. 
Terngiang-ngiang suara mama malam tadi.  Betul apa yang mama katakan.  Aku kena  yakin.  Aku kena selamatnya Ayie. 
Tekad!
Khai pun aku dah jumpa.  Aku dah tahu setakat mana dia dan setakat mana Ayie biarpun aku tetap rasa Ayie ni ada berselindung daripada aku tentang siapa Khai pada dia.  Tak mungkinlah setakat kawan.  Cakap membiasakan nama, kalah aku. 
Geli okey...
Aku luruskan tubuh yang sejak semalam mengiring ke kanan.  Bila aku kerling ke sebelah kiri, Ayie tak ada di situ.  Aku angkat tubuh dan terus melilau mencari kelibat Ayie.  Awal betul bangun tapi tak ada pulak aku dengar bunyi air dalam bilik air? 
Bila aku intai ke sana sedikit, aku nampak dia terlena di atas sofa di depan ruang menonton.  Dah kenapa dia tidur kat situ?  Aku heret kaki turun dan terus berjalan pada dia.  Tubuh aku membongkok sedikit hendak mengejutkan dia.  Tak hirau dah akan bahagian tubuh yang masih dan mungkin terdedah. 
“Ayie,” seru aku lembut.
“Ayie,” panggil aku lagi bila tiada sahutan. 
Dia kejap memeluk tubuh dia dan berselubung penuh.  Siap dengan jaket panas segala.  Aku tengok pun rasa nak berpeluh dah.  Serius aku rasa dia ni terkena demam ke apa sampai suhu yang agak okeylah… tak sejuk sampai dia nak berbungkus macam ni. 
“Ayie demam eh?”  Aku sentuh dahi dia tapi suhu dia normal je.  Macam aku jugak.
“Ayie,” seru aku sekali lagi.
Dia buka  mata perlahan-lahan tapi lepas tu terbuntang luas memandang aku.  Tak sedar, tindakan refleks dia... dia tertolak aku ke belakang membuatkan aku jatuh terduduk di atas permaidani.  Rasa nak patah tulang punggung. 
Wajah aku menyeringai.  “Kenapa Ayie tolak Arya?”  tanya aku tak puas hati sambil menggosok bahagian yang aku rasa sakit ni. 
Dia telan liur.  “Ma… maaf.  Tak sengaja,” ucap dia lalu dia zipkan lagi baju panas dia hingga ke leher. 
“Dah  kenapa pakai baju panas segala ni?  Arya mati-mati ingat Ayie demam.  Dah tu pulak, kenapa nak tidur kat sofa.  Katil tu tak cukup besar ke apa?”  soal aku menyindir.
Masa ni aku dah bangkit dan berdiri bercekak pinggang di depan Ayie.  Pertama kali aku nampak Ayie menikus di depan aku.  Serius nampak comel tapi nampak jengkel jugak.  Apa masalah budak ni pagi ni?
“Dah kenapa Ayie ni?  Pucat je.  Nampak hantu eh?”  duga aku serius. 
Aku duduk mencangkung di depan dia.  Pipi dia aku sentuh sedikit.  Serius sejuk macam air batu.  Dingin tak hengat padahal bilik terasa kian suam. 
Menggeletar jari-jemari dia.
“Ayie kenapa sebenarnya?”  soal aku sekali lagi. 
“Jangan buat Arya risau, okey…”  Aku dah masuk mood memujuk. 
Macam pujuk adik tu.  Nak belikan lollipop kedai tak bukak lagi.  Jangan dia menangis kat sini sudah.  Aku telefon mak bapak dia nanti. 
Bibir Ayie bergetar.  Tapi sepatah haram pun tak terkeluar daripada mulut dia.  Dia pandang aku atas bawah dan bawah ke atas.  Kemudian dia tarik gebar dan menutup kepala dia. 
Terkejut aku.
Terus terdorong ke belakang. 
“Ayie kenapa?”  sergah aku. 
“Dah Subuh, kan?  Arya guna bilik air dulu.  Nanti Ayie nak pakai pulak,” ujarnya.
Aku melepaskan keluhan.  Bibir aku tersenyum.  Eleh, ingat aku ni budak kecik ke nak hadam apa yang sedang bermain dalam kepala dia.  Bak kata mama, dia umur je muda tapi dia suami. 
Aku bangkit dan senyum menyenget.  Fasa pertama dah berjaya nampaknya dan aku rasa ini adalah salah satu cara perubatan yang agak berkesan pada emosi dia.  Boleh aku cuba lagi lain-lain  kali. 
“Jangan tidur eh?  Kalau nak tidur jugak dan kalau sejuk sangat kejap lagi Arya peluk Ayie,” seloroh aku dan aku tahu Ayie dah tergolek jatuh ke bawah daripada atas sofa tu.
Aku tutup daun pintu bilik air dan aku gelak bisu hingga tubuh aku hampir nak tergolek-golek dah.  Serius lucu dengan Ayie.  Dan aku yakin, ada jalan terang untuk kami. 
“Yeah... I’ll show you the light, ayang...”  

~> bersambung

50 comments:

  1. hambik ko ayie...ha..tergoda abis dh tu

    ReplyDelete
  2. yeahhh...go baby go....u can show him the light....

    ReplyDelete
  3. hehe.. cute arya..

    ReplyDelete
  4. LELAKI Normal jugak kau, Ayie. hehehe.

    ReplyDelete
  5. "ayang,pls wake up"....
    caya la arya u can do it

    ReplyDelete
  6. masa ni ayie mmg nampak comel...

    ReplyDelete
  7. i like...i like... chaiyok arya. goda ayie abis-abisan. biar dia melutut di kaki ;-)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. hahaha...ayie betul normal..tp dia mcm fobia dgn perempuan

    ReplyDelete
  10. mmg best......bc smbl senyum sorang2....muahhhhh....the best la RM....

    ReplyDelete
  11. Song for Ayie from Arya...

    Baby, when the lights go out
    Every single word could not express
    The love and tenderness
    I'll show you what it's all about
    Babe, I swear you will succumb to me
    So, baby, come to me when the lights go out

    hihihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. I like the "succumb" part.. Hope it will be forever and everlasting..

      Delete
    2. I like the "succumb" part.. Hope it will be forever and everlasting..

      Delete
  12. Ha ambik kau ayie..dah tak tahan daulat... penangan arya.
    Nak lg.

    ReplyDelete
  13. hamboi kemain sampai berselubung habis.hebat arya! haha

    ReplyDelete
  14. tersenyum...dan terus mengharap...really like it...

    ReplyDelete
  15. Tak sabar nak beli versi cetak la, bila nak bukukn?

    ReplyDelete
  16. Yeah,aja2 fighting arya..(sambil sengih sampai ke telinga)hehe.

    ReplyDelete
  17. hehehe yess nah ko, mengeletar ayie tgk arya tu baru sikit je tu...

    ReplyDelete
  18. hikhikhik..x gaynya budak ni..smpai gtu skali cra nak jga hati Arya yek...ko suami la Ayie

    ReplyDelete
  19. ayie normal la. confirmed x bengkok! hahaha.... cuma dia xreti dgn girl yg bukan halal untuk dia. hahaha... pandai2 jer. LOL! apa pn, chaiyok Arya!!! teruskan to nx phase utk goda Ayie!

    ReplyDelete
  20. Amboi Arya pandai ya nak kenakan Ayie... dibuatnya Ayie dah normal mahu lintang pukang nak lari..... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl3.....mau satu blk maen kjr2...haha.btw,ayie cute sgt mcm tu.....hahaha

      Delete
  21. Suke...suke...suke...dh x de kerja couple nih. Arya sakat Ayie, jap lagi Ayie sakat Arya smula

    ReplyDelete
  22. Hahahah, cayalah Arya.
    teruskan usahamu.

    ReplyDelete
  23. Goda..jangan tak goda arya...show him the light..bukan malap punya light kasi spotlight terus..hehehehe....good job lah arya...

    EL

    ReplyDelete
  24. Arya bgi therapi mental kt Ayie....huhuhu..◑▂◐

    ReplyDelete
  25. mlm ni hrp ada la next n3 ek..

    ReplyDelete
  26. nak lagiiii hehehe

    ReplyDelete
  27. how sweet???...ckp MAN tp ada timenye mcm BABY...giler cute.

    ReplyDelete
  28. hahaha lwk sungguh la ayie ni,.

    ReplyDelete
  29. Ayei bukan gay pun. Semua org salah paham, Ayei pun nakal saja beteka-teki dgn semua org. Go Baby go mulakan langkah nak goda Ayang. Heheheheehe

    ReplyDelete
  30. ini..MAN lah....tapi versi suci..teruskan usaha..
    projek pikat suami..teruskan usahalah...kami tolong ketawa....tq RM...

    ReplyDelete
  31. superb...ternanti-nanti...nak buat keje lain tergendala....alahai

    ReplyDelete
  32. Maybe Arya pun tak sangka Ayie akan sampai berkelubung bagai. Baru yg sikit2 aja, belum yg penuh lagi.. Confirmed Ayie ni suci dan innocent lg..

    ReplyDelete
  33. hahhaa...isteri goda suami pulak... :-)

    ReplyDelete
  34. hahaha..lawak lah ayie sampai pucat gitu!
    arya teruskan usaha! =)

    ReplyDelete
  35. next n3 plz? mlm ni? plz3 tk leh wat kje lain ni...

    ReplyDelete
  36. Haha..menggeletar badan dan pucat lesi muka....

    ReplyDelete
  37. np tah bila tingat ayie ni mesti terbayang JONGHYUN CNBLUE...sgt sweet :)

    ReplyDelete
  38. baru ayie tau penangan Arya.....go go...aja aja fighting.....pasti Ayie kecundang nanti....hehehehe

    ReplyDelete
  39. Citer nak makin hangat nie...bila nak wat dlm versi cetak ye? Leh sakit jantung la nak tunggu next n3...good job n ciayok....fighting!

    ReplyDelete
  40. amekaw....xmenahan si ayie nih..muehehe..gambate RM..heh

    ReplyDelete
  41. haha..hambek ayie..tu baru spagetti.. moga arya betul2 membawa cahaya dlm hidup ayie..

    ReplyDelete
  42. kakaka...tapi x paham istilah spagetti tu -.-' *xkisahsebabxmasukexam :p*

    ReplyDelete
  43. spaghetti strap...baju yg tali halus ....
    arya...pakai nightgown pulak ye...biar terjojol mata ayie...hehehe

    ReplyDelete
  44. Hehehe....ayie takut terterkam arya haha

    ReplyDelete