Wednesday, May 08, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 1


BAB 1

          BELAKANG TANGAN dah jamah dahi.  Okey, panas.  Aku demam.  Hidung mula rasa ketat.  Tersumbat. 
Ohmai...
Macam mana nak pergi kerja esok?  Papa bukan boleh kalau aku ponteng.  Katanya sebab baru kerja.  Nanti orang cakap papa guna kuasa veto masukkan aku kat syarikat.  Biarpun nenek kata, satu hari nanti kami-kami juga yang akan uruskan syarikat tu bila papa bersara. 

Nak tak nak, esok kena dapatkan medical leave bila aku tak henti-henti bersin.  Semalam tak hujan pun tapi panasnya, tak terkata.  Semalam seharian melepak dekat tapak projek dengan Aryan, adik  lelaki aku.  Balik saja muka dah terbakar.  Usah kata muka, hati lagilah terbakar. 
Mata dah mula rasa berat.  Sikit lagi nak tertutup penangan panadol tadi.  Rasa bagai ada kaki  yang dok pijak-pijak kelopak mata nak bagi pejam.  Aku tarik bantal peluk.  Baru saja nak mengiring ke kanan, aku dengar pintu diketuk sekali dan krekk... terus ditolak daripada luar tanpa izin pulak tu.  
Ohmai...
Siapa pulak ni?  Aku buka mata dan tengok siapa.  Ternyata, wajah mama muncul, tersenyum dan mendekati birai katil.  Tersengih kemudiannya dan dah kenapa pulak mama ni? 
“Mama ni kenapa?”  Senada aku menyoal.
“Yang Arya ni kenapa pulak?  Demam?”  Tangan mama dan ringan menyentuh dahi aku. 
Tak dan nak tepis dah singgah dulu dan kening mama terangkat tinggi  matanya menjeling air mineral yang sudah separuh aku teguk dan juga sarung panadol yang kosong. 
“Sikit je.” 
“Sikit apa macam ni panas?  Macam mana nak ikut papa pergi meeting esok?”  soal mama. 
Aku bulatkan mulut.  Konon terkejut padahal papa dah pesan siang tadi pada Aryan.  Cakap dekat Kak Arya, esok papa ajak meeting.  Pergi dari rumah.  Naik kereta papa.  Jangan bawa kereta sendiri. 
Huh...
“Arya sakit kepala ni, ma... cakap dekat papa ajak Aryan  boleh tak?” 
Mama diam lama.  Dia pandang aku dan aku jeling dia.  Lama-lama mama senyum dan mengangguk sambil  membelai kepala aku. 
“Nantilah mama cakap dekat papa.  Arya tidurlah.  Kalau kata tak tahan nanti, panggil mama.  Kita ke klinik,” pesan mama seraya bangkit.
Dia senyum lagi. 
Mama aku?  Nama dia Anahara.  Pelik kan nama dia tapi pada aku sangat unik.  Anahara binti Rahman.  Seorang penulis.  Cantiknya tak kurang malah semakin bertambah.  Sekarang dah berumur tetap lembut dan anggun bergaya. 
“Arya nak makan bubur tak?  Mama masak,” pelawa mama tiba-tiba.
Aku tersentak.  Baru rasa nak amati wajah mama betul-betul.  Rasanya Aryan ikut muka mama.  Aku lebih pada muka papa.  Putih, bujur sirih dan perengus sedikit.  Macam papa. 
“Tak naklah...”  Aku bergolek ke kiri membelakangi mama. 
“Mama kunci pintu, ya.  Arya nak tidur awal sikit...” sambung aku. 
“Iyalah...”  sahut mama dan aku dengar daun pintu rapat kembali. 
Aku bukan apa tak nak pandang mama lama-lama.  Tiba-tiba teringat cerita petang tadi.  Cerita yang aku dengar daripada mulut Aryan masa dekat tapak projek yang membahang.  Membuatkan hati aku turut sama terbakar. 



KEPALA aku toleh ke kiri bila rasa ada tangan memeluk bahu aku kemas di bawah matahari memancar-mancar ni. 
“Kakak, papa pesan esok ada meeting.” 
Aryan!
“Aryan jelah pergi.  Kakak rasa tak sihat la,”  balas aku lemah sambil menadah wajah ke langit. 
Berpinau biji mata.  Panas sungguh.  Lencun rasanya belakang bahu.  Banjir wajah aku dengan peluh. 
“”Papa ajak kakak.  Kata papa kakak lagi pandai dari Aryan,” ujar Aryan lagi.
Aku kalih pada dia dan mencerunkan pandangan.
“Dah tu, kalau kakak dah pandai, papa patut ajak Aryan pergi dengan dia.  Belajar apa yang tak reti lagi.  Kalau asyik ajak orang yang dah reti, bila masa orang yang tak pandai nak pandai...” sinis aku. 
Geram okey.  Asyik-asyik aku padahal yang belajar bidang kejuruteraan adalah budak Aryan ni.  Bukan aku.  Aku baru pasang cita-cita nak jadi macam mama.  Hidup dalam dunia sendiri dan keluarga terrsayang.  Menulis untuk kepuasan diri sendiri tapi papa tak bagi. 
“Dunia glamour macam tu, papa tak suka.  Papa tak nak Arya kena kejar dengan maniac.  Lepas tu berebut-rebut orang nak bergambarlah, itulah, inilah...”  Itulah kata papa dulu masa aku mula-mula suarakan hasrat di hati.
Huh... macam ada bau-bau hanyir ikan di situ.  Tapi malas nak bantah bila nenek dan atuk pun tak menyokong. 
“Owh...”  Bibir Aryan bulat. 
Dia menggoyangkan jari telunjuknya di depan aku sambil  berdecit. 
“Kakak tak boleh cakap Aryan tak reti atau tak pandai...”
“Habis tu nak kata apa?”  selar aku menahan hati. 
Dengan suara kuat melawan bunyi bising kerja-kerja piling yang baru berjalan semalam. 
“Kurang pandai atau kurang reti, lebih molek bunyinya.”  Aryan dah mula loyar buruk.
Aku mencemik.  “Huh, sama jelah tu maksud dia.  Pergi tanya mama betul ke tidak.” 
Aryan gelak.  “Tak pandai tu a means word la, kak.  Kejam tu kata adik kurang pandai...”
Aryan... pandai bercakap.  Petah macam papa.  Kalau mengayat, memang bagi kat dia.  Tapi sampai sekarang tak melekat dengan mana-mana perempuan pun dari dulu.  Rasanya yang dekat dengan dia sebab dia ke kampus bawa Mini Cooper, atau kadang-kadang bawa Evo.  Tapi semuanya harta keluarga. 
“Kalau dah tau means word, Aryan kenalah tukar jadi kind words... okey?”  Kening aku terangkat tinggi mencabar Aryan.
Banyak sangat main lepas habis belajar.  Konon, nak tunggu serius lepas sambung master.  Huh, bila?  Hari tu peluang ada dia main-main.  Kononnya tak apa.  Nenek menyokong.  Atuk tak kisah.  Papa tak larang.  Mama je berkerut sedikit.  Tak puas hati. 
“Aryan tak sukalah kak kerja-kerja site ni,” ujar Aryan ttiba-tiba jujur pulak dah. 
Aku kerling dia.  Mencemik sedikit dengan senyuman menyenget. 
“Bagi tahu papa nanti.... nak?” 
Dia jongket kening dan berjalan beberapa tapak ke belakang.  Lari sedikit dari kebingitan kerja-kerja piling ini.  Aku ikut jejak langkah Aryan.  Rasa macam dia serius tiba-tiba. 
“Aryan!”  seru aku bila dia terus lagi melangkah.
“Muhamad Aryan!”  Dah naik satu oktaf suara.
Dia masih diam menapak ke arah tempat yang teduh.
“Muhamad Aryan bin Mukhlis!”  tempik aku dan tiba-tiba saja kerja-kerja piling berhenti.
Okey, aku tahan wajah.  Ramai yang sedang pandang aku.  Pekerja-pekerja kontrak semua dah pandang pelik.  Kenapa bos jerit?  Okey, bos tak pernah jerit tapi sebab adik bos yang sorang ni, bos terpaksa jerit. 
Aku buat muka tak bersalah dan terus berlari anak mendapatkan Aryan  yang dah.... huh, dah elok duduk tempat teduh.  Selesa.
“Aryan ni, kakak panggil kemain tak menyahut eh,” tegur aku berjauh hati lalu aku ambil tempat duduk di sisi dia.
Bahu Aryan naik.  Nampak sedih. 
“Dah Aryan ni kenapa?  Kakak tak maksudkan apa-apa pun pasal Aryan pandai ke, reti ke.  Kakak nasihat je tu.”  Aku peluk bahu dia sedikit. 
Aryan tak menepis, sebaliknya dia pegang tangan aku kembali.  Kemas.  Mata kami saling merenung dan dia senyum serta menggeleng. 
“Tahu kakak tak maksudkan tapi Aryan maksudkan tadi... Aryan tak sukalah nak kerja bawah papa.  Nak inherit syarikat ni daripada papa.  Aryan nak cari harta sendiri.  Apa guna Aryan belajar tapi akhirnya Aryan dok bawah papa jugak.  Aryan nak merantaulah, kak.  Boleh tak?” 
Aku jegilkan mata dengan pengakuan Aryan yang aku kira.... berani pitam.  Sebab boleh pitam dia nanti kalau papa jerit kalau anak-anak nak bawa haluan sendiri. 
“Ohmai...”  Aku tekap pipi dengan  kedua-dua belah telapak tangan.
“Aryan tak boleh macam ni.  Nanti papa marah, padan muka.  Tak nak kerja dulu, Aryan pergi belajar lagi.  Biar kakak uruskan dulu.  Then, once you are ready, I will welcome you here.” 
Tapi... Aryan menggeleng.  Tak nak jugak.
“Aryan nak buat master dekat luar Negara.”
“Lepas tu ada niat tak nak balik.... nak kerja dekat sana?  Macam tu?”  tebak aku dan rasa nak demam, bila Aryan mengangguk.
“Mama?” 
“Ada papa dan kakak apa,” jawab Aryan pantas.
“Nenek dengan atuk?”
“Ada papa, pak long dan ramai lagi apa?”  jawab dia lagi.
Huh, aku rasa nak luku budak ni.  Tapi, aku tak mampu sebab aku mengerti perasaan dia.  Dia ada minat lain dan aku juga tapi apa kami mampu buat bila papa bertegas tak nak lepaskan kami dengan angan-angan kami? 
“Aryan sungguh nak ikut impian sendiri?”  tanya aku.
Dia jatuhkan kepala.  Mengangguk.  Pandang aku dan senyum lagi.
“Impian kakak?” 
“Dah lama terkubur...”
“Dan bakal lebih dalam lagi kubur tu digali,” sambung Aryan buatkan kening aku hampir bertaut.
“What do you mean?” 
Aku memang dah rasa ada bau hanyir ikan di mana-mana.  Sungguh ni tak tipu.  Pandangan Aryan dah lain macam.  Daripada hal cita-cita dan keinginan dia, dah beralih pada hal aku sepenuhnya. 
“Mama suruh Aryan cakap dekat kakak, yang papa kata bila nenek sebut-sebut hal ni lepas tu dapat pulak sokongan atuk, diorang nak...” 
Huh, berbelit kepala aku.  Sikit lagi otak kanan dan kiri nak bertukar kedudukan.  Aryan ni dah buat ayat telefon karat yang pernah aku dengar masa sekolah dulu. 
“Nak apa?”  soal aku tak sabar.
“Nak kakak kahwin.” 
Tiga patah ayat yang terakhir dari mulut adik aku tu buat aku nak rebah ke bumi.  Serentak itu bunyi bising kerja-kerja penanaman cerucuk kembali berdengung.  Tong... tong... tong....
Tapi, kenapa muzik dia aku dengar...
Kepak... kepak... kepak... kepom... kepom... kepom... kompang dipalu, pengantin baru.  Duduk bersanding tersimpul malu. 
Apa ni?  Ohmai...

~~> bersambung

RM : Ingat lagi tak nama2 mereka?  hehh... ingat2 kan la eh...

38 comments:

  1. eheh... Anahara... Ohmai... ni versi anak-anak dia. Arya dan Aryan eh. kena cari lirik lagu ni, baru blh ada feel.
    Okey... next!
    *psst... bukankah kata nak rehat? Ohhmai, EL anda tidak diluluskan ker? ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi kak shaf... hahaha demam neh.. selsema teruk..demam dh kurang.. ini kot ubat dia..ubat klinik tak jalan pon.. hahaha.. EL sy diluluskan tp utk short term.. LOL...

      Delete
    2. huh????kat sini rupanya budah zz neh melepak...x perasan la plak

      Delete
  2. eh..eh..ni smbungan cerpen ku ingin miliki mu...♥♥♥
    best nye mukhlis n anahara..;))

    ~uly ct~

    ReplyDelete
  3. hehehe... mcm best jer, cer sambung lagi...

    ReplyDelete
  4. SAMBUNGAN MINI NOVEL...


    CAYA LA K.RM...


    SATU2 NYE PENULIS YG WT SAMBUNGAN NOVEL........

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah, Anis Ayuni alaf 21 dh lm buat, apapun RM sy ttp follow..

      Delete
  5. ya Allah dh besar anak2 ini..haih la rasa tua plak.. dulu (beberapa bln yg lps hehe) suka dkt batch mama papa mereka(paling suka kat uncle zhafran). tak kan skrg nk suka ngan couple baru ni kot..ohmai..tak kisah la kapel muda pon..yg penting besttt..

    ReplyDelete
  6. yess RM dh start bt sequel e-novel..
    best2..

    ReplyDelete
  7. mmm....menarik versi generasi plak...ok2....

    ReplyDelete
  8. nk lg !!...best !!

    ReplyDelete
  9. ooo...ni kisah ank2 diaorang pulak ya....best2...cpt smbng...

    ReplyDelete
  10. haish baru nk suh buat kn cite psl ank2 die lak..sekali dah de la plk...teruja giler nie

    ReplyDelete
  11. Adakah Mukhlis dan Zafran akan menyatukan anak2 mereka berdua...mereka kan dah jadi best friend so mungkin apa perancangan utk berbesan.....mesti sweet.....

    ReplyDelete
  12. agak2 arya bakal kahwin dgn sapa erk?.. anak2 diorang jugak?!... kopak dinding.. kopak dinding...

    ReplyDelete
  13. wahh.. nmpk interesting! please next entry =)

    ReplyDelete
  14. suka suaka...teruskan..

    suhaila idris

    ReplyDelete
  15. kena revise balik kuingin milikmu. lupo nama watak sih. oh nama! =)

    ReplyDelete
  16. emmmm..... RM d best...
    x sabar nak baca next n3
    -sab-

    ReplyDelete
  17. to welcome back..mukhlis & anahara..heh..

    ReplyDelete
  18. new generation ;)
    anak-anak ,mukhlis n anahara , nama anak diorang pun comel-comel..hehe

    ReplyDelete
  19. cerita anak2 bila dah besar plk kali ni...best2..

    ReplyDelete
  20. welcome Aryana's love story...
    Welcome back Mukhlis & Anahara

    ReplyDelete
  21. selamat kembali ke dunia Anahara n Mukhlis, dh jd second character lah

    ReplyDelete
  22. ohmai.. ada citer br... mesti lh ingar pd anahara dan mukhlis...

    ReplyDelete
  23. Haha...saya gila balik...Anahara-Mukhlis are back....

    ReplyDelete
  24. cik penulis,
    nak betul kan sikit kat ayat means word tu
    cik penulis maksudkan perkataan kejam kan?patutnya mean word.
    contoh : you are mean! (awak kejam!)
    jangan marah ye cik penulis ^_^

    ReplyDelete
  25. sambung cete anak-anak pulak... bestttt

    ReplyDelete
  26. My programmer is trying to persuade me to move to .
    net from PHP. I have always disliked the idea because of the expenses.

    But he's tryiong none the less. I've been using WordPress on various websites for about a year and am worried about switching to another platform.
    I have heard excellent things about blogengine.
    net. Is there a way I can transfer all my wordpress content into it?
    Any kind of help would be greatly appreciated!


    Here is my website - click here

    ReplyDelete
  27. Yeah,bestnya. Cite pasal ank2 anahara dan mukhlis pla.hehe

    ReplyDelete
  28. oh...sequence dr buku RM sndiri...hehehe

    ReplyDelete
  29. Cite dh best,tp rasanya trlalu bnyk penggunaan ohmaii,,mcm x sesuai pulak..maaf ye menegur kak RM

    ReplyDelete
  30. woah!!!!1 nie yg sayang kak rehan nie :) best kot bce cter nxt generation nie.... nie cter psal ank2 diorg plak.... zafran n resa??? hehehhe :)

    ReplyDelete
  31. KREATIF...SMBGN CRITA PSL ANAHARA...GOOD JOB!!!!

    ReplyDelete
  32. eh, eh, kita baru nak baru nak start baca la... best la... gaya penulisan RM yang bersahaja mcm ni... x boring. btw, jemputlah singgah jengah penulisan kita di blog juga... huhu... baru berjinak2.. =)

    ReplyDelete