Friday, November 02, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 4


BAB 4

DALAM perut kereta, aku dan Zayed diam.  Dia tidak bersuara, aku lagi tidak mampu berkata-kata.  Ringan saja lidah hendak bertanya, tapi rasa malu menebal dalam diri.  Tapi, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.  Jika aku tidak bertanya, mana mungkin aku dapatkan jawapannya.

Aduhai… macam mana nak tanya ni?  Teringat pula soalan yang mama utarakan tadi.  Kalau kata tanya macam soalan mama tu, memang aku adalah perigi  yang berjalan-jalan  mencari timba.  Bagai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
“Resah je?  Nak cakap apa-apa ke?”  soal Zayed tiba-tiba memecahkan hening. 
Aku menggeleng pantas.  Gugup sebenarnya.  Dalam pada sedang mencerna ceritera, dia pula bersuara.  Langsung hilang barisan ayat yang aku karang di dalam kepala.
“Kalau tak ada, kenapa wajah kerut sana-sini?  Wajah bidadari mana boleh berkerut sana-sini.  Nanti tak cantik.  Abang navy yang tegap tu tak pandang nanti.  He is crazy for damn beautiful ladies,” sindir Zayed bersama senyuman yang tersungging pada hujung bibirnya.
Mataku membulat.  Amboi dia.  Main sinis-sinis pulak.  Kalau kata Ziyad terlalu gilakan perempuan cantik, kenapa nak beritahu aku.  Apa kaitan?  Sejak bila pandai sinis aku?  Ini boleh mendatangkan  marah ni.
“Sejak bila pandai sinis orang?”
Zayed menggeleng.  “Orang lain tak but you, yes,” jawab dia tanpa memandangku.
Tenang saja memandu BMW dia menuju ke… Erk… jalan yang bengkok dan penuh lampu isyarat iaitu jalan ke rumahku. 
Stop kidding me and stop the car!”  arahku tegas. 
Sungguh aku terkejut.  Tak boleh biarkan dia menemui mama.  Menyesal juga mengikut dia tadi.  Katanya hendak bersarapan tapi ini mahu hantar aku pulang.  Tak pasal-pasal Cik Jazz tertinggal dekat parkir hospital.  Jadi apa-apa nanti, siapa nak bertanggungjawab.
“Kenapa pulak?”
“Tadi Zayed ajak Rina temankan Zayed sarapan.  Bukan kata nak hantar Rina balik, kan?  Kereta Rina ada kat hospital lagi!”  ujarku sedikit marah. 
Zayed memandangku sekilas sebelum dia menghentikan keretanya bila lampu isyarat bertukar merah berhampiran dengan Kompleks Renang Sri Siantan.  Dia menukar gear pada kedudukan N dan memandang aku sepenuhnya.
“Memang kita nak pergi sarapan pun.  Then Zayed nak balik tidur,” ujarnya juga tegas.  Nampak macam abang senior semula.
“Ya, tapi kawasan ni dekat dengan rumah Rina.  Nanti mama cakap apa pulak Rina tak…”
“Tak sudi nak sampaikan berita  yang your mum jemput Zayed sarapan dekat rumah?” tanya dia mencantas lalu menjeling tajam penuh rahsia. 
“Hah?” 
Sekali lagi lidahku terpaku.  Siapa punya kerja jadi telefon karat pada Zayed ni?
“Toksah buat muka terkejut macam tu.  Tak ada cacat celanya wajah awak biarpun awak buat muka buruk macam tu.  You are just like angel an in either way.”
Huh, Zayed menyindir lagi.  Ini Ziyad punya pasal.  Sesuka hati dia saja menggelarkan aku bagai bidadari.  Tak lekang perkataan itu dari bibir Zayed kini.  Dia ingat mudah ke nak jumpa bidadari.  Menuntut banyak amalan untuk menjejakkan kaki ke syurga Allah yang maha indah. 
“Tak ada maknanya angel la… bidadari la.  Ingat  mudah ke nak dapat bidadari?”  tanyaku merengus.
Zayed senyum dan menukar gear.  Pedal minyak ditekan dan kereta meluncur perlahan bila jalan raya sudah agak sibuk.
“Zayed ada bidadari apa di sebelah Zayed ni,” tukas dia.
I am not yours okay.  I am another man’s angel!”  ucapku sambil mengetap bibir.  Berharap agar lidah Zayed terpasung tidak bersuara.
Try la jadi angel orang lain kalau berani,” ugut Zayed.  Huh, masih ada suara rupanya.
I am not trying but I am hoping,” selaku. 
Tak boleh nak kata apa dah.  Stereng di tangan Zayed, minyak di kakinya.  Kereta pula milik dia.  Yang pasti dia memang sedang menuju ke rumah keluargaku dan yang pelik, siapa  yang sudi jadi telefon karat pada Zayed.
So, let’s hope,” bisik dia bersama senyuman. 
Nak berharap apa lagi?  Aku sudah tidak sudi hendak menanti bersma harapan.  Buang waktu dan tenaga je.  Hilang semua pertanyaan, menjauh semua jawapan yang aku mahukan.  Sudahnya aku mendiamkan diri bila Zayed senang hati menyanyi lagu Mandarin.  Biar benar dia ni.


MAMA bulatkan mata bagaikan tak percaya bila aku dan Zayed terpacak di depan pintu.  Bibirnya menguntum senyum lambat-lambat dan menarik aku ke sisinya.
“Kata tak nak ajak?” tanya mama berbisik.
Zayed senyum dan aku mencemik.  Aku dekatkan bibir pada telinga mama yang bertudung.
“Dia ajak diri sendiri.  Bukan Rina ajak,” selaku lantas aku berlalu ke dalam. 
Mujur hari ni masuk malam.  Kalau pagi, aku rasa aku mahu saja pindahkan semua  kelengkapanku ke hospital.
“Ajak juga Rina.  Ingatkan Rina tak ajak dah.”  Bicara mama sempat menujah gegendang telingaku yang baru hendak menapak ke atas.
Bila masalah Rina ajak dia, ma.  Kan Rina dah cakap dia ajak diri sendiri.  Mama pun.  Berkenan sungguh dia pada Zayed tapi aku rasa kalau mama tengok Ziyad boleh jadi mama lagi berkenan kot. 
“Eh, Rina nak ke mana tu?  Pergilah dapur, mama tengah siapkan sarapan tunggu abah balik bersenam kejap lagi,” ujar mama sedikit kuat.
Aku berpaling dan aku lihat, Zayed sudah duduk di atas sofa di tengah-tengah ruang.  Tak jadi aku melangkah apatah lagi bila melihatkan Kak Anaresa hendak turun ke bawah.
“Eh, Rina dah balik?  Sorang ke berdua?”  tebak dia dan aku mengecilkan pandangan.
“Ini kak long punya kerja, ya?”  tuduhku.
Wajah kak long berkerut.  “Kerja?  Bila masa kak long kerja.  Kerja kak long dok rumah, teman mama, tolong mama dan jaga suami je,” jawab dia lembut.
Kami sama-sama menapak ke bawah.  Tapi, langkah kak long terpaku bila dia memandang Zayed.
“Eh, doktor.  Lama tak jumpa,” sapa kak long. 
Zayed bangkit tanda hormat.  Dia senyum dan mengangguk.  “Busy sikit.  Nak uruskan hidup sendiri pun tak sempat,” jawab dia.
Memang tak sempat.  Atau dia buat-buat tak sempat.  Hanya dia dan Allah saja tahu.
“Kesian dia, Rina.  Nak uruskan diri sendiri pun tak sempat,” gumam kak long padaku.
“Kalau macam tu, elok dah cari seseorang uruskan hidup doktor tu,” ucap kak long lagi dan kami sama-sama melangkah turun. 
“Insya-Allah, tak lama lagi,” balas Zayed dan tersengih pada kami penuh makna sebelum kami ke dapur dan mama sudah ada di situ sedang mengacau air milo.
“Siapa telefon Zayed cakap mama suruh datang?” tanyaku pada mama sewaktu sedang menyusun cawan di atas dulang.
Mama menggeleng dan mengerutkan wajah.  “Entah.  Mana mama tahu.  Cuba tanya angah ke kak ngah ke?” 
“Diorang dah keluar pergi kerja, ma,” sampuk kak long pantas.
“Eh, yalah.  Lupa pulak.”  Mama ketawa.  Geli hati nampak.  Aku juga yang keruh pekat.
Malas hendak bertanya lagi, aku memilih untuk diam dan terus menatang dulang air tersebut ke meja makan bersebelahan dengan ruang tamu.  Masa itu, aku nampak abah sudah pulang dan sedang bersalaman dengan Zayed.
“Assalamualaikum, bah,” sapaku sambil menyusun gelas.
Abah berpaling dan tersenyum.  “Ingatkan Rina tukar kereta BMW tadi.  Kalau tukar abang ingat nak jual Jazz tu buat top-up beli Bently ke,” seloroh abah dan aku tahu, dia sedang mengusikku.
“Abah ni… jom makan,” ajakku mematikan gurauan abah. 
“Zayed silakan,” pelawa abah pada Zayed dan Zayed bangkit saja mengikut abah duduk di meja makan.
Sementelah pula kak long dan mama sedang membawa hidangan nasi lemak yang sangat wangi. 
“Dah hantar Aina dengan Auni ke, Resa?”  soal abah pada kak long.
“Erm… Abang Zafran nak pergi site tadi, dia kata dia hantarkan terus,” jawab kak long sambil menghulurkan senduk buatku untuk aku menyendukkan nasi ke dalam pinggan abah dan Zayed.
“Adha?”
“Tidur, bah.”  Kak long tersenyum dan menghilang di balik dapur sekali lagi.
“Haa… wangi sungguh.  Kalau Zayed nak rasa masakan sedap-sedap dalam rumah ni, datang-datanglah selalu kalau ada masa,” ujar abah lalu dia membaca doa. 
Aku duduk berdepan dengan Zayed bersebelahan mama.  Terasa kenyang melihatkan Zayed yang berselera menyuapkan nasi ke mulutnya.  Lama aku menatapnya dan tanpa sedar, bila Zayed mengangkat pandangan, aku tersedak nasi yang ada di dalam mulut.  Pedihnya terasa sampai ke otak. 
Tanganku menggagau cawan tapi sayang air yang kuminum masih hangat dan sekali lagi mataku terkebil-kebil menahan suhu  yang panas.  Zayed pantas bangkit dan mendekatiku.
Sapu tangan dikeluarkan dari dalam poket seluarnya dan dilap ke bibirku bila dia sudah mencangkung. 
Are you okay?”  Wajahnya cemas.
Yeah… yeah… I am fine.  Thanks,” balasku tapi Zayed masih terpaku begitu.  Memanggung kepala menyoroti mataku  yang melihat padanya.
“Macam mana nak jaga orang lain kalau tak mampu jaga diri sendiri ni?  Hrmm…?”  Keningnya terangkat.
“Erk…” Aku terkedu.  Hilang kata-kata. 
“Tak apalah.  Makan pelan-pelan,” suruh dia dan bingkas bangkit menuju ke tempat duduknya semula.
Aku sudah terkebil-kebil memandang dia.  baru aku teringat ada mama dan abah sama tapi bila aku berpaling, mama dan abah sudah ada di depan televisyen berdua.  Bila masa mama dan abah bangkit dan menikmati sarapan di meja kopi dan menonton televisyen ni?
“Huh, romantik sungguh rancangan ni, kan mamanya?” soal abah.
“Sungguhlah, bang.  Senang hati Ton ni, bang,” balas mama pula.
Aku panjangkan leher.  Apa pula kisah romantik tu?  Runway Bride ke?  Maid in Manhattan ke?  Ayat-ayat Cinta ke?  Tapi, mataku sekali lagi hampir terjojol bila aku lihat mama dan abah sedang menonton berita.  Habis tu apa yang romantik?  Pembaca berita yang tanpa perasaan tu ke?
“You better behave sikit lain kali.  Nanti mama dan abah rina nampak macam mana?”
“Memang Zayed sengaja nak bagi diorang nampak drama romantik live macam tadi.  Not just today, but tomorrow, day after dan always we will even more romantic,” tegas Zayed lalu dia meneguk airnya dan membiarkan aku termangu sendiri.
Kalau cinta, katakana sekali padaku Zayed dan aku sudi menantimu hingga ke akhir waktu.  Usah begini, kerana aku terseksa merindu.  Bisik hatiku lalu aku tunduk menguis-nguis nasi yang masih tak luak di dalam pinggan.
Usai segalanya, aku menemani Zayed ke pintu.  Hendak menghantar dia pulang.  Kala ini, mama ada di dapur.  Kak long Anaresa pastilah melayani Zakhri Adha dan abah bergegas hendak menjemput cucu-cucu kembar tahunnya itu.  Bagai tak berjumpa setahun sedangkan tiap-tiap hari dok bermain dengan Zara Aina dan Zara Auni.
Zayed menarik pintu keretanya.  “Rina kerja malam, kan?”
Aku mengangguk. 
“Nak pergi kerja dengan apa?”
“Abah boleh hantarkan nanti,” jawabku.  Dalam hati mencemik.  Sengaja susahkan aku. 
“Jangan susahkan abah.  Biar dia rehat main dengan cucu-cucu.  Zayed jemput Rina nanti.  Jangan risau.”
“Eh, tak payah susah-sudah.”  Aku menggawang tangan dan menggeleng tanda tidak mahu tapi dia tetap bertegas.
“Zayed takut Rina diburu werewolf kalau Zayed tak ada,” selanya.
Aku mengerutkan dahi.  Aku tahu dia juga sepertiku.  Suka melihat cerita-cerita puntianak, serigala jadian.  Memang semuanya mitos tapi itu sekadar cerita.
“Itulah… banyak sangat tengok cerita vampire.  Bulan depan ni nak keluar dah sekuel terakhir Twilight.  Bolehlah belanja Rina tengok wayang,” ujarku sekadar bersenda. 
Tapi, Zayed mengangguk.  “Nanti Zayed tengok tarikh realeased kat Malaysia, kita mohon cuti sekarang.  Tapi, yang Zayed risaukan adalah werewolf yang bernama Ahmad Ziyad tu.  sekali dia terhidu bau yang buat dia tak tenang, he will after you.  Dia akan jadi hunter” beritahu Zayed.
Eh, apahal pulak mamat ni.  Tak habis-habis lagi dengan nama sepupu dia tu.  Tapi, inilah waktu yang sesuai hendak menduga rasa dalam hati Zayed biarpun aku mungkin tak temui jawapan.
“Kalau kata Ziyad nak buru Rina pun, apa salahnya.  I am single what.  Tak ada komitmen dengan sesiapa pun,” selaku menyindir.
Zayed ketap bibir.  Pintu keretanya dihempas sedikit.  “Banyak cantik… err tapi Rina memang cantik pun.”  Dia sengih garu kepala sebelum kembali serius.
“Jangan harap nak sebut nama Ziyad dalam hati tu.  Zayed ajak kahwin tadi, sudi tak?”
Rahangku jatuh.  Bila masa pula Zayed mengajakku kahwin?  Dia ni biar benar. Usah dibawa main-main perkara macam ni.  ada yang masuk hospital jiwa karang.
“Kan Rina dah cakap, stop kidding me arround.  I don’t like it,” tegasku.
Who says I am joking?”
“Tiba-tiba je?”  Keningku berkerut.
“Dah sampai masanya,” sela dia mudah.
“Macam tu je?”
“Dah tu Rina nak macam mana?  Zayed akan masuk meminang nanti, tetapkan tarikh, siapkan kad, kenduri, hantaran semua.  Apa lagi yang Rina, nak?  Kereta?  Nah…” Pertama kalinya Zayed menarik tanganku dan meletakkan kunci BMW dia di telapak tanganku.
I don’t need all this materials, Zayed.  Sejak dulu, I need your words!” ujarku mengembalikan semula kunci keretanya.
Suasana pagi yang ceria hari ni rasa macam suram tiba-tiba bila Zayed ni tak sudah-sudah nak mempermainkan aku.
But don’t worry.  Hari ni, Rina tak berharap apa-apa dah.  We are friend, right,” sambungku sambil mengukir senyum.
Nope… you are my fate!” tegas Zayed penuh syahdu dalam suara serak basahnya.

~~> bersambung

64 comments:

  1. ALAAA.......... cair ~~~~~~~ muahahaahaha...
    camne nie.. terasa kat awangan plak... sat2 nak tgk kaki.. cecah tanah x.. hahaha

    seriously i lioke!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul... dah melayang rasa ni.. ermmmm...

      Delete
  2. Kejar Zayed jgn x kejar..hahhahhahaah..

    ReplyDelete
  3. Ayoo, I like Zayed so much... he is very objective, direct and romantic in his own way... Ayoo2... mcm mana ni?

    ReplyDelete
  4. Omagashhh! Meltinggg, ni makin jatuh cinta sama Zayed. Oh Doktor Zayed kusayang. Rina juai mahai sikit noo, biaq pi ke Zayed. Usaha keras sikit. Main-main pulak dia, hish kita yg tidak keruan disini tahuuuu. Good job kak Rehan yg telah berjaya mengocak perasaan saya disini.

    ReplyDelete
  5. jgn lelama zayed..nti gigit jari

    ReplyDelete
  6. hahahaha....hambek ko Zayed!!!
    "We are friend,rite..."
    cmne la sesi pujuk-kejar-mendapatkn cik Rina kte ni kang...
    Zayed,chaiyok2..!!!!
    RM,ksi dera sket Zayed ni leh x...?
    wuahahahaha....jht sgguh idea sy ni eik...

    ReplyDelete
  7. besstttttt...nk lg kak rehan....

    ReplyDelete
  8. best2..seyes, waiting for next entry..asyik2 bkk blog rm ni..huhu, xsbr2..

    ReplyDelete
  9. Hah cepat sikit pinang anak dara orang tu. Lambat kang melepas.

    ReplyDelete
  10. ehh..mane satu hero ni...ziyad pun mcam best je..haha

    ReplyDelete
  11. alalala...suweet pulak zayed ni...tp cakap cam main2 je...pinang la cpt...senang ati abah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkn x fhm kot...zayed dah bg klu tu......cepat pinang nnt si ziyad masuk jarum lak.....

      Delete
  12. Adoyaiiiii...tersentap jea hati ni membaca, terasa-rasa mcm diri sndiri plak yg alami cerita ni... Love it so muchhhhh...

    ReplyDelete
  13. Ok... No matter how hard I resist it, I just can't stop falling for Zayed. Hehe :)

    ReplyDelete
  14. siyes cair ngn zayed..u go tuan doc...huhuh.. 》ayriezain《

    ReplyDelete
  15. siyes cair ngn zayed..u go tuan doc...huhuh.. 》ayriezain《

    ReplyDelete
  16. oh zayed ku... best best best.. nak lagi RM. hihihii..

    ReplyDelete
  17. Cepat tul buka lngkh. Tkut girl dia dkebas dek sepupu sendiri kihkih

    ReplyDelete
  18. wahhh... macho jdk la zayed nie... apasal rase mcm rina nie lembab je ..huhuhu ke ai salah tafsir...

    ReplyDelete
  19. KAK REHAN CEPATLA UPDATE SAM 5....RASA NAK GILA BACA CERITA NI...UWAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!I LOVE IT..MUCH..

    ReplyDelete
  20. Rm oh RM nape ler ko suka mendera rasa pembaca.. akan ku report kepada polis kauleh pendera rasa pembaca terhebat.. ehheheee good job!

    ReplyDelete
  21. tak tahu dah nak pilih hero mana yg lg saya suke..zafran,usop,khail,yang ni zayed plk...huhuhu...nak semua lah ;p

    ReplyDelete
  22. Dah macam Usop pulak si Zayed ni..... ada telefon karat di dalam rumah Rina tu ..... terbaikkkk.... so sweet Zayed macam Usop.....
    Jangan harap ya Ziyad nak ambil Bidadari Zayed .... semua nak Rina dan Zayed ok....

    ReplyDelete
  23. yallahhh gile cair ngan zayed ni....hehehe
    susah betui rina ni...nak gak kata2 cinta dr zayed...heheh

    ReplyDelete
  24. Sweetnya lah Doktor Zayed ni....terus pergi sarapan dengan bakal in-laws ya. Straight forward, kan senang. Rina....tak perlu pening2 kepala nak fikir lagi, accept aje BMW tu...he he he...

    ReplyDelete
  25. rsa kenyang baca ayat zayed....haiii...terbuai perasaan nih..hahhaha

    ReplyDelete
  26. aduh..melting melting..oh zayed yg sweet bla bersama rina..

    ReplyDelete
  27. Zayed, Zayed, kenapa susah sgt nak ckp 'I Love You'. Kalau tak, takdelah si Rina tu main tarik tali. Kena cepat-2 Zayed, kalau tak kempunan nanti sbb ditebas oleh sepupu sendiri..hehe....

    ReplyDelete
  28. melting2 bc ayat zayed ni...hehe

    ReplyDelete
  29. akk!!! pls bge rina n zayed.. don't wif ziyad.. pls..

    ReplyDelete
  30. muehheheeeee....go zayeddd...leh geng ngan zafran nih..versi2 romantik terlajak...

    ReplyDelete
  31. RM tolong saya!!!! tolong saya ikatkan zayed untuk saya hati saya dah ada dekat dia!!!!! oh my zayed!

    ReplyDelete
  32. Patut la berkias sgt Dr Zayed tu...tagline cite ni "ku akan lafazkan akad sebelum ku ucapkan cinta"...so sweet Dr Zayed ;)

    ReplyDelete
  33. ermmmm.....dr.zayed dah mulakan langkah pertama utk memiliki dr.rina..... tapi nampaknya dr.rina duk main tarik tali pulak...... macam mana pulak dgn kapten ziyad... nak tackle dr.rina....

    ReplyDelete
  34. subhanallah....saya suke cerita nie...^^

    ReplyDelete
  35. Alahaiiii Zayed ni,.klu cinta ckp je lah cinta,.jgn dup seksa ati ank dara org keke

    ReplyDelete
  36. alala...cute.
    x sabar nak tau siapa jd radio karat...
    cograt kak rehan...nice story

    ReplyDelete
  37. akak
    jadikan novel la
    baru best
    hehe

    ReplyDelete
  38. hahahah..cayaqq dh nihhh...ske jgk watk si ziyad..giler romantic punya kasanova...weee

    ReplyDelete
  39. yang iye nye aura cemburu zayed dah terang bendrang terserlah n takut kena rembat ngan ziyad playboy malaya...hahaha gelak tuju khas wat dr zayed...cepat2 sat melepas kempunan u dr zayed!

    ReplyDelete
  40. aduhhhh2...awat le hero2 ciptaan RM watkn hati mokcik2 cair.

    ReplyDelete
  41. tibe2 mcam nk tgok Rina ngan Ziyad instead of zayed.. hahahhaha.. kejam x?

    ReplyDelete
  42. cepat2 masuk meminang, nanti melepas meleleh air mata :P

    ReplyDelete
  43. yeah i do LIKE this kak Rehan! ;D waiting for the NEXT ! ;p

    ReplyDelete
  44. wah!!!!!!!!!!! da bleh kne kencing manis nie kak rehan....esok kne g check dkt hospital hahahhaha romantika de amour btol la... hahahhahaha Zayid....Zayid...........Zayid.........Zayid..........Zayid........Zayid...............Zayid............Zayid........Zayid..........Zayid............Zayid............Zayid......Zayid
    da angau dgn Zayid da nie... hehhehehe sequel terbaik.... terhebat...terbest... hahahah
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  45. wah2...finally..
    dh kna provoke baru la nk bertindak...
    geram plak dgn si zayed ni

    ReplyDelete
  46. rasa macam encik zaini tu yang jadi radio karat.. huhu..

    ReplyDelete
  47. mungkin sedikit terlambat nak komen,tapi,wow..zayed romantik sangat..suke sngt2...

    ReplyDelete
  48. Ok Rehan....pembetulan on your english.....you're like an angel either way......he will be after you.....

    ReplyDelete
  49. lelaki oh lelaki....zayed jgn ingt semua prmpuan boleh fhm ayt kamu mcmtu.bg llki cukup ayt simple.bg prmpuan,kena proper way.kalau betul nak,tegaskan nak.Rina pulak,sikap kamu mmg matang.sngt2 matang.dah sesuai sngt ngn zayed tu.sweet la abah n mama.
    ^^

    ReplyDelete