Tuesday, April 23, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 20


BAB 20

WAJAH AKU MENADAH LANGIT.  Memandang bintang-bintang yang bekerlipan bila mana aku kuakkan jendela seluas mungkin.  Menerima hembusan bayu malam yang lembut, menyegarkan.  Memberi rasa dingin pada pipi aku yang terasa cekang kerana senyuman.

Bila aku pejamkan mata, terasa lembutnya belaian umi pada helaian rambut aku yang dulunya pernah panjang.  Pernah.  Bila umi yang memaksa aku menyimpan rambut panjang.  Bila aku merengus, dia berjanji akan menjaganya untuk aku.  Tapi itu dulu.  Sehari setelah pemergian umi dan ayah, aku tarah rambut aku sependek mungkin. 
Daripada hujung kaki hingga hujung rambut, semua jasad aku terlekat dengan kenangan mereka.  Parut pada lengan kiri kesan air panas juga kerana kedegilan aku hendak menolong ayah biarpun ayah melarang.  Sudahnya umi menangis melihat aku mengaduh tapi aku mampu tersenyum waktu itu melihatkan kerisauan orang tua. 
Angin yang menderu bagai mengerti akan rindu ini.  Hilang wajah Nine, muncul pula wajah umi dan ayah.  Melamba-lambai. 
“Satu hari nanti, jadi polis yang tegas.  Yang berjuang demi agama, Negara dan bangsa.”
Tegas pesanan ayah masuk ke dalam telinga bila aku balik dari latihan kawad kaki kadet polis wanita dulu. 
“Tak boleh.  Umi tak suka Naina masuk polis.  Kamu tu perempuan.  Umi tak suka anak dara tunggal umi ni kasar-kasar sangat.  Nanti tak ada orang berkenan.”  Umi melarang pula. 
Lain cerita daripada insan yang amat aku sayang.
 Aku dan ayah berpandangan.  Lama bersama bunga tawa sebelum tawa kami benar-benar meledak.  Umi merengus dan menarik muncung.  Kali terakhir juga bila aku ke sekolah untuk hadiri kawad kaki peringkat negeri demi pemilihan Skuad Harimau Kadet tapi pulangnya aku dengan berita gembira itu disambut berita sedih.
“Umi dan ayah kau terlibat dalam kemalangan jalanraya, Naina…”  Suara mak ngah berdentum bila aku melompat turun daripada basikal dan terus melompat ke atas anak tangga. 
Tak sabar hendak berkongsi berita dengan umi dan ayah. 
Menggigil seluruh jasad aku bila mak ngah datang memeluk.  Suryani yang masih kecil saat itu dibiarkan saja menangis, memaut kakinya bila dia nak juga memeluk aku yang sudah terduduk di atas tangga.
Airmata tak mengalir tapi seluruh hati dan jiwa aku dikebumikan sekali dengan dua jasad dalam satu liang lahad itu.  Dalam hati aku berdoa, moga Tuan Radzi menyokong tindakan aku untuk membuka semula fail kematian ayah dan kata-kata akhir Amar juga bermain dalam kepala.  Mereka berpangkalan di Bangkok dan Nine…
Tak sempat menduga, telefon  bimbit aku bergetar lagi.  cepat-cepat aku capai dan melihat pada skrin.
Nine!


            Tak selesa diasak soalan2 mak ngah dan adik sepupu awak ni L


Aku senyum. 
Tak sempat nak membalas, SMS masuk lagi. 


            Tak nak keluar ke?  Saya tak tahu tempat tidur saya kat mana ni?
            Nak baring kat depan ni, diorang dok tgk TV lagi… Pity me :( 



Tak payah membalas, aku angkat tubuh.  Jendela aku rapatkan semula.  Menyekat angin masuk. Sehelai tuala kecil aku ikat pada kepala.  Baju T dan track bottom juga aku betulkan sedikit. 
Perlahan-lahan, aku tarik daun pintu.  Bunyi pintu yang agak uzur itu menarik wajah Nine berpaling pada aku.  Dia menggariskan senyuman dengan mata yang nampak kian layu.
“Eh, ingatkan dah tidur?”  soal mak ngah yang juga menyedari kehadiran aku.
“Naina ada kerja sikit.  Naik cuti ni ada laporan nak kena hantar dekat bos.  Kalau lulus, okeylah… kalau tak lepas, mungkin agak kecewa.  Mak ngah doa-doakan eh,” jawab aku bila saja aku duduk di sisi mak ngah.  Di belakang Suryani  yang sedang bersila di atas permaidani.
Mak ngah senyum.  “Apa saja  yang kau buat, mak ngah memang doakan.” 
Nine aku jeling beberapa saat sebelum memandang mak ngah semula yang masih tekun menonton skrin leper di depannya.
“Mak ngah tanya Nine apa?  Nampak lain macam je.  Kerut kat dahi tu berlapis-lapis.” 
“Mak tanya bila Abang Nine nak masuk pinang Kak Nai.”  Mak ngah tak menjawab sebaliknya, Suryani yang menyampuk.
Dia melangut pandangan pada aku.  Cepat-cepat aku tekup mulut dia yang terkial-kial hendak melepaskan diri.  Mak ngah ketawa.  Nine menggaru-garu wajahnya.  Nampak serba tidak kena. 
“Jangan dengar cakap Suryani ni, Nine… dia memang.”  Aku mencemik sedikit bila mata Suryani memandang aku. 
“Eh, apa pulaknya… memang mak ngah tanya.  Mak ngah bukan apa, lagi cepat lagi bagus.  Benda elok buat apa nak lengah-lengahkan.  Kan Nine…”
Terbatuk kecil dibuatnya Nine bila mak ngah beralih pada dia.  Serentak itu tawa mak ngah dan Suryani bersatu. 
“Hai… korang berdua ni, macam-macam.  Tapi mak ngah maksudkan tau apa yang mak ngah cakap tadi,” tokok mak ngah seraya bangkit dari duduk.
“Mak ngah nak masuk rehat.  Yani, Kak Nai tidur dengan Yani.  Bilik Kak Nai tu…”
“Waaa, nak bagi Abang Nine rasmi dulu ke, mak?”  soal Suryani teruja.  Mencantas kata-kata mak ngah. 
Mujur waktu ini mak ngah dah menghilang di balik pintu.  Aku jegilkan mata.  Tak sempat nak mencubit, dia terlebih dahulu melompat menjauhkan diri dari aku.
“Budak ni…” Aku menggumam. 
Dia jelirkan lidah beberapa saat.  “Kot ya pun, apa salahnya.  Yani nak cakap rasmi bilik dulu.  Bukan tuan punya bilik,” ujar Suryani bersama bibir yang herot. 
Tawanya meletus lagi tapi tak lama bila dia juga menghilang di balik daun pintu biliknya yang kemudiannya ditutup rapat. 
Nine menjatuhkan kaki yang sejak daripada tadi membelit sila.  Dia menyulam jari-jemarinya bila siku itu diletak elok di atas peha.
Sorry… dia memang macam tu.  Suka menyakat…” 
Bibir Nine herot.  “I want to take it as a serious matter.”
Bibir aku ketap.  Wajah Nine aku pandang.  Cuba menyelami apa yang ada di dasar hatinya yang aku rasakan punyai jurang yang sangat dalam.
To be frank, I just don’t know what are you thinking, Nine,” luah aku sedikit beremosi. 
Tiba-tiba, kata-kata Amar menjalar dalam kepala.  Resah. 
Me too… I just can’t figure it out, what is happening between us,” balas dia.
Keluhan tipis aku lepaskan setelah aku hela nafas dalam-dalam.  Tubuh aku sandar pada belakang kerusi.  Wajah Nine aku kerling sesekali tapi tak lama bila aku kembali memandang skrin televisyen yang aku sendiri tak pasti apakah siaran yang sedang aku tonton.
Let us figure it out, Naina…,” ajak dia tiba-tiba.
Aku senyum.  Sinis.
“Ini bukan puzzle, Nine… you and me, we both not the pieces of puzzle.”
“Saya berani kerat jari awak tahu baca bahasa hati saya…” 
Sekali lagi aku menggeleng sambil berdecit.  Nine sedang menduga. 
“Saya tak tahu sebab tak ada siapa yang ajar.  Saya tak pernah belajar semua tu selama ni…”
“Dan kini, biar saya ajar.  Sejujurnya saya nak awak ada di sisi saya,” cantas Nine.
“Untuk?”  giat aku dengan kening yang bertaut. 
Mata Nine terkebil-kebil lama.  “Berani hidup dengan saya biarpun mungkin satu hari nanti antara kita kedua-duanya terluka?” 
Dia tetap Nine yang aku kenal.  Soalan yang dijawab dengan soalan. 
“Berani sahut kehendak mak ngah saya?” 
Tak sempat apa-apa, Nine pantas mengangguk. 
“Saya tak datang sejauh ni dan tinggalkan segalanya di belakang kalau saya tak berani,” jawab Nine berani dan bersungguh-sungguh.
Hati aku kembang tiba-tiba.  Rasa mengepak sayap kupu-kupu di dalam dada bila dia berkata begitu. 
“Sanggup tunggu saya?” 
“Untuk berapa lama?”  Wajah Nine sudah berkerut. 
Bermain soalan demi soalan, menjadikan kami bagai kebudak-budakan tapi bila melihatkan wajah dia ceria dalam kerutan, tiada apa lagi yang perlu aku gambarkan. 
“Saya nak jujur dengan awak, Nine… saya ada kes yang saya nak buka semula tapi saya tak boleh nak cakap kes apa.  Ianya ada kaitan dengan arwah umi dan ayah saya.” 
Aku kalih ke pintu bilik mak ngah seketika.  Bimbang mak ngah terdengar.  Takut dia resah gelisah dengan kehendak aku ini.
Mata Nine yang nampak layu, terbuka tiba-tiba.  Padangannya dihalakan penuh pada aku. 
“Kes kemalangan ayah awak tu?” 
Aku angguk.  Teringat pula aku pernah memberitahu dia yang umi dan ayah menjadi mangsa nahas jalan raya. 
“Jujur jugak saya cakap, saya nak tahu lebih… tapi mungkin ini kes sulit urusan rasmi awak dan saya tak akan paksa awak cakap.  Cumanya, saya nak katakan, saya kurang setuju kalau nak kena tunggu awak nak selesaikan kes itu yang entah bila selesai, barulah kita nak ikat hubungan kita,” bantah Nine lembut. 
Suaranya separuh berbisik.
Liurnya ditelan berkali-kali merenung wajah aku. 
Dia nampak resah tiba-tiba.
“Saya takut abaikan awak nanti kalau kita nikah sekarang…”  ujar aku meyakinkan dia bukan kerana aku tidak mahu tapi aku benar-benar tak sanggup membiarkan dia terasa terabai.
“Lagipun, kerja macam saya ni mungkin tak dibenarkan berkeluarga buat sementara waktu…”  Lambat-lambat aku menuturkan bersama gelengan.
“Berhenti kerja.  Ikut saya.  Ke mana saja.  Kalau boleh tempat yang orang tak kenal kita.”  Dia bersuara serius.
Perbualan ini bukan lagi perbualan biasa.  Nine nampak lain.  Seolah-olah ada sesuatu yang sedang mengejar dia di belakang.
“Tak…”  Aku menggeleng.  “Selagi kes kemalangan tu tak selesai, saya tak boleh ke mana-mana.” 
Lama kami diam.  Nine menunduk.  Wajah nakal tadi terus bertukar kelam.  Dahinya berkerut sana sini menggambarkan yang dia sedang memikirkan keputusan yang terbaik buat kami.
“Kalau ada jodoh tak ke mana, Nine…”
“Sebab tu saya ada depan awak sekarang, Naina… setidak-tidaknya saya akan sokong awak tapi mengingatkan peristiwa awak kena culik tu…” 
Bibir Nine tersungging dengan senyuman.  Senyuman kekesalan.
Dia menggeleng lama. 
“… buat hati saya terluka dan buat saya rasa nak peluk awak tak nak lepaskan lagi.  Sekali lagi saya tanya, sudi tak awak beri peluang tu untuk saya?  Peluang untuk saya peluk awak bila awak letih bekerja.  Bila awak terasa sakit dan rindu pada arwah orang tua awak?” 
Soalan Nine menjerut nafas aku.  Pandangan bersabung.  Halilintar mula memancar dalam mata masing-masing dan guruh mula berdentum dalam dada kami juga.  



..bersambung

RM : Pendek lagi eh?  LOL... pendek2 sudah... janji ada kan... sikit2 lama habis la neh.. 

19 comments:

  1. keke sweet talker abes r cik rehan keke

    ReplyDelete
  2. suka sangat, "pity me.. " comel sangat mesej Nine tu... :D

    ReplyDelete
  3. knapa tetiba saya rse takot... :(

    ReplyDelete
  4. Berapa episod lagi nak habis, Kak Rehan? Ceh episod, macam drama je. Habis kat blog or..? Hehe... Banyak pulak soalan, sorry Kak

    ReplyDelete
  5. alahai sedihnya E3 ni..say yes Aina..dan kita lihat bagaimana nanti takdir diukir selepas itu..at least you telah hidup bersamanya..mengharungi rasa rindu yg beraja dihati..

    ReplyDelete
  6. kawin je..yg lain pikir kemudian
    hehehe

    ReplyDelete
  7. tetiba tergiang2 lagu I DO by Colbie Caillat..muheheh..

    ReplyDelete
  8. singkatnya kak RM post chapter 20 :D

    'agaknya lama lagilah Niana n' Nine nak bersama :(...
    sebab kes arwah orang tua Naina macam teruk je *_*'

    nak lagi...!!! O_o

    ReplyDelete
  9. ohhh my...........nine & naina

    ReplyDelete
  10. fuhh, dahhhsyat!!.. siap keluar halilintar, guruh bagai..
    bakal konflik...

    ReplyDelete
  11. jangan taufan yang melanda.. udah le!!!

    ReplyDelete
  12. semakin saya baca, makin sy takot..takot nk terima kenyataan kalau2 nine terlibat ngan kes mak ayah naina..huish..minta simpang la..

    ReplyDelete
  13. Oh Nine! You make wanna say I do, i do! Hahaha. :)

    ReplyDelete
  14. Ya, saya pun takut jugak. adakah nain dalang di sebalik kes kemalangan yg terancang tuh? bagaimana meka harus hidup bersama andainya segala kejadian tersebut merenggut semangat naina? next n3 plzeeee.

    ReplyDelete
  15. best2 tengah baca n3 ni tetiba lagu anuar zain yang baru berkumandang kat radio memang lyannnnnnnnn lah macam tahu2 je

    ReplyDelete