Monday, May 20, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 18

BAB 18

MAKAN malam aku rasa macam dalam penjara je.  Itu pun penjara akhir, sebagai banduan akhir yang ditemani rasa hening dan kesal tak berkesudahan. 

Huh, silap percaturan sungguh.  Aku mati-mati ingat aku ni dah kuat bila hamba Allah tu datang depan mata.  Memang aku nak jumpa.  Berkali-kali aku tanya Ayie tapi bila dia muncul tanpa kami undang, aku memang bagai melukut di tepi gantang la. 
“Kenapa tak makan?” 
Aku angkat wajah mengerling pada Ayie yang memang tunak merenung aku.  Bibir dia mengulum senyum tapi aku mengulum resah. 
“Tak sedap ke?”  Ayie dah risau. 
Aku diam.  Langsung tak jawab.  Hanya mata dok kerling Khai depan mata.  Gila tak kacak Khai ni. 
Serius. 
Kali ni aku tak payah nak potong kuku kaki ayam.  Aku berani kerat jari sendiri yang Khai ni memang kacak tahap apa pun aku tak tahu.  Kekacakan yang telah Allah bagi pada dua anak Adam di sebelah kiri dan depan mata aku ni tapi sayang digunakan dengan tujuan songsang. 
 “Tak boleh telan eh?”  duga dia lagi.
Aku menggeleng. Ini makanan masakan ala India.  Kalau kat Malaysia, kita panggil masakan mamak.  Biasa je.  Kat Malaysia pun aku pernah makan.  Sebuah restoran halal di tengah-tengah Bandar Berlin, iaitu Zam-Zam Restaurant.  Letaknya tak jauh daripada hotel kami.  Dalam 3.8km je di Haupt Straße.
“Tak lapar sangat.  Mungkin sebab makan lambat jadi perut pun dah tak boleh nak terima makanan.”  Aku beri alasan. 
Ayie senyum.  Dia dekatkan bibir dia pada telinga aku.
“Kita bungkus, balik bilik nanti Ayie suapkan eh?”  bisik Ayie.
Dan masa ni aku perasan memang mata Khai tu merenung kami dengan perasaan yang sebu yang aku nampak dalam sinar mata dia yang kian pudar tu. 
Terus mata aku berlari jauh-jauh tapi tak tahu nak hinggap kat mana di dalam pinggan makanan.  Liur aku telan.  Bukan terliur dengan hidangan ala-ala nasi briyani mamak ni tapi risau dengan keadaan yang boleh genting pada bila-bila masa je melihatkan Khai yang memang tak nak beralih pun pandangan dia daripada aku. 
“Tak apa, Arya makan sekarang.”  Aku tarik sudu dan garfu. 
Sesudu masuk ke mulut. 
Kali kedua dan seterusnya.  Tanpa menjamah lauk. 
“Kenapa tak makan lauk?  Ni sedap ni.  Ayie kalau rindu masakan mamak datang sinilah.  Ke Arya nak order lain?” 
Berdesup soalan Ayie masuk dalam kepala aku.  Aku panggung kepala dan memandang dia seraya menggeleng. 
“Ini pun dah cukup.” 
Dia senyum dan terus tangan kiri dia menjalar di atas peha aku membuatkan aku tercekik sendiri.  Cepat-cepat aku capai gelas air putih dan aku teguk perlahan.  Huh, gelas pun sejuk.  Sikit lagi nak beku. 
“Oh, where were we just now?”  soal Ayie pada Khai.
Khai senyum.  “Tak ke mana?  Tentang Ayie dengan Khai?  Macam mana?”  soal Khai.
Itu soalan sangat jujur okey.  Sangat telus menerobos masuk telinga aku.  Ayie dengan dia?  Habis tu aku ni macam mana?  Budak Khai ni aku kasik lipat maut baru dia reti.  Jangan kata apalah kalau sikit lagi aku sumbat dia dalam mesin basuh pinggan restoran ni.
Sudu dan garfu aku letak di tepi.  Nak makan pun tak lalu, tekak dah tak boleh nak terima.  Baik aku tumpukan terus pada budak berdua ni.  Jangan dia main mata di tengah-tengah umum dan paling penting depan mata aku sudah.  Memang nahas aku kerjakan. 
Ayie dah jeling aku.  Muka dia cuak sikit.  Tapi, lama-lama dia senyum juga.  Eleh, itu senyuman aku sangat mengerti okey.  Senyuman minta simpati dengan kata-kata,
‘Arya jangan buat hal kat sini.  Malu dekat orang!’ 
“Hal Ayie dengan Khai memang tak pernah ada, kan?  You know that.  I bantu you je Khai.  Both of you.  Khai kena ingat Khai siapa dan Ayie siapa?  We’re different.  Memang Ayie tak berminat dengan perempuan tapi you are still…”  Kata-kata Ayie terhenti.
Dia renung Khai dan aku baru perasan, mata Khai kian berair.  Tangan dia memang sejak dia tiba tadi lagi dah bersarung tangan warna hitam.  Dia tunduk menongkat dagu dan tiba-tiba telinga aku dengar esakan halus Khai sebelum dia angkat wajah dan senyum.
“Khai tunggu Ayie balik,” akui dia lagi.
“I knew…”  Selamba Ayie menjawab. 
Pinggan makanan tu dah dia tolak ke depan sikit. 
“Sebab tu Ayie balik rumah ma dengan pa dan terima cadangan diorang untuk Ayie terima seorang wanita dalam hidup Ayie,” akui Ayie.
Wow, nampak macam cerita hikayat songsang diorang ni dah nak terselak dengan sendiri.  Aku tinggal jadi pemerhati sajalah. 
“Jadi, Ayie terima dia…”  Sebut saja dia tu suara Khai terhenti.
Dia merenung aku seketika sebelum memandang Ayie semula. 
“…sebab nak lari daripada Khai, macam tu?” 
Ayie angguk tenang.  Tangan kami yang sejak daripada tadi bertaut bawah meja, Ayie angkat letak atas meja.  Bulat mata Khai. 
“You didn’t touch any women, Ayie,” tegur Khai bila dia lihat tangan kami bertaut erat.
“Yeah… I didn’t touch any woman whose not fated for me.  I didn’t touch you because you’re belongs to somebody else, Khai.  Khai kena faham.  Dan dia…”  Mata Ayie pandang aku.
Dia kedipkan matanya sekali. 
“…dia untuk Ayie, Khai… kita tak mungkin terjadi.  Mustahil.”  Sambung Ayie memandang Khai yang memang aku nampak dah lain  nafasnya.
“Jadi Ayie dok pertahankan hubungan halal haram tu tapi sekarang Ayie dok sebilik dengan dia dan pegang tangan dia depan Khai?  Depan umum?”  Khai dah sedikit membentak. 
Aku terkaku tapi Ayie tenang.  “She’s my wife, Khai.  Ich liebe sie so sehr, Khai…”
Okey, Ayie dah mula ayat Jerman dia buat aku rasa bengong lagi.  Menyesal tak bawak tablet masa ni.  Kalau tak serta-merta aku boleh google. 
“I don’t believe it…”
“You have too!”  tekan Ayie pada Khai. 
Tangan Khai yang memang bersarung tu sekali lagi dia genggam erat.  Owh, nak tanggal jantung aku tengok suami aku pegang tangan lelaki yang sukakan dia. 
“You love him?” 
Soalan itu Khai tanya aku tepat-tepat.  Aku diam menelan air liur.  Rasa kalut dalam dada.  Apa aku nak jawab ni?  Nak kata cinta tu macam tak ada.  Rindu tu adalah sikit.  Tapi dia suami, cinta aku memang untuk dia. 
“Kami sedang ingin belajar bercinta, Khai,” jawab aku selepas aku yakin memang Ayie pun nak aku jawab macam tu.
Yalah, kalau aku tak jawab macam tu boleh jadi Khai masih menaruh harapan dan Ayie patah hati kembali semula pada Khai?  Macam tu?  Oh tidak…
Aku tahu Ayie pandang aku.  Dia terkejut dengan jawapan aku gamaknya.  Tapi aku, dapat aura tenang daripada Ayie tadi.  Lagipun aku memang dilahirkan untuk menjadi setenang air dikali masa sejuk dan sehangat api yang marak kalau aku tengah marah. 
“Tapi, Aryana….”  Khai cuba nak bantah.
Dia tahu nama aku okey.
“Ya, saya?”  Aku menyahut tenang.
“I love him!”  tekan Khai bersungguh-sungguh. 
Aku ketap bibir.  Sempat aku tahan tangan di dada.  Kalau tak memang jantung aku terus buat lompat jauh sampai seberang jalan sana
Aku sendiri tak pernah mengaku macam tu pada Ayie dan Ayie sendiri pun tak pernah, macam mana dia boleh mengaku cintakan suami aku itupun di depan aku dan yang paling teruk, mereka ni sama kaum? 
“Awak sedar tak apa awak cakap ni, Khai?”  soal aku. 
Dia angguk.  “I love him,” akui dia  lagi.
Aku senyum.  Ayie yang dok ramas tangan aku sejak tadi, aku tolak kejap tangan dia.  Aku pegang tangan Khai yang bersarung tu.  Kalau tak bersarung, tak hingin nak pegang.  Aku tenung mata dia dalam-dalam.  Nampak sikit alis dia lentik.  Kalah aku. 
Ini kalau jadi mak nyah, memang meletup. 
“Love?  Maksud dia sayang, cinta… dan ianya satu perkataan  yang subjektif.  I believe you know it well.  Love yang awak maksudkan tu mungkin sayang dan sayang awak tu sayang pada seorang teman.  Bukan cinta.  Saya tahu awak berdua tahu yang ini salah.  You both knew it well.  This is wrong.  Allah murka dengan orang yang sukakan kaum sejenis, awak tahu, kan?”  tanya aku lembut. 
Khai diam.  Bibir dia nampak bergetar. 
“I… I…”  Dia dah gagap dan aku perasan airmata dia menitis setitis. 
Dia terus rendahkan topinya seraya bangkit.  Baju panasnya dibetulkan sedikit.  Aku turut bangun.  Hanya Ayie yang duduk tenang dan masa ni baru aku perasan yang Khai ni tak tinggi mana tapi agak tinggilah sebagai lelaki Asian.  Hampir sama ketinggian dia dengan aku. 
“Excuse me…,” ucap Khai dan dia terus berlari keluar restoran.
Hampir nak terlanggar pelanggan yang lain.  Dari jauh aku hanya merenung susuk tubuh dia yang berlari laju meninggalkan kami.  Akhirnya hilang di dalam kepekatan malam.
Melihatkan airmata Khai tadi, aku tak rasa cinta dia adalah cinta sebelah pihak.  Pasti Ayie pernah juga menerima dia buat seketika membuatkan budak tu terjerumus begitu dalam sekali. 
“Baby, sit…”  Ayie mengarah bila aku tegak macam patung yang ada nyawa.
Aku tunduk memandang Ayie.
“What you’d done to him, ayang?”  soal aku.
Ya, aku memang nak panggil dia ayang bila kami sampai sini.  Nak wujudkan suasana romantis antara aku dan dia tapi Khai dah muncul dulu.  Ayang tu aku terluncur tanpa sengaja.  Entah kenapa aku rasa sedih amat melihatkan anak muda, Melayu dan yang paling penting Islam… begitu sekali sesatnya. 
“Nothing, baby,” jawab Ayie juga turut berdiri. 
Aku senyum.  “Arya dah kenyang.” 
Aku tarik baju panas aku di belakang kerusi dan terus berlalu tak nak hiraukan Ayie buat sementara waktu.  Hati aku kelam kabut okey.  Karang aku menangis tak berlagu pulak depan dia. 
Aku menapak sendiri.  Aku tahu Ayie kena bayar bil dulu.  Lepas tu nak tunggu dapat baki dan kemudian baru terkial-kial keluar nak kejar aku. 
Sungguh bagai ditelah.  Ayie paut lengan aku menjadikan langkah aku terhenti. 
“Kenapa ni?  Kita datang nak honeymoon ni.  Arya kenapa keluar macam tu je.  Ayie tak kenyang lagi tadi,” keluh dia.
Heh, dia tak kenyang dia risau?  Aku yang memang lapar nak makan orang ni dia tak tahu ke?
“Siapa dia pada Ayie?”  tanya aku tepat merenung mata dia.
“Nobody… kawan je…”
“Kalau kawan tak kan dia terjerumus macam tu sekali pada Ayie?” 
Keluhan Ayie menyapa telinga aku. 
“Okey, Ayie akui ini silap Ayie tapi niat Ayie baik…”
“Niat yang macam mana?”  tanya aku mula tak sabar.
“Ayie nak ubah dia…”
“Tapi, Ayie yang berubah, macam tu?”  pangkas aku.
Ayie menggeleng.  “I stand where I stood, baby.  Kan Ayie dah cakap pada Arya, Arya kena percayakan Ayie walau apa pun terjadi.  Tak apa kalau ma dengan pa tak percayakan Ayie sebab gambar tu tapi Ayie nak Arya percayakan Ayie,” rayu dia. 
Aku diam tidak menjawab.  Hati aku jenuh memujuk akal moga aku mampu cerna kata-kata Ayie dengan baik. 
“Jom balik hotellah.  Arya penat,” ajak aku dan terus berjalan sendiri. 
“Baby…”  Tangan aku sekali lagi ditarik Ayie. 
“Bahaya jalan sorang.”  Tangan dia memimpin tangan aku erat. 
Sekarang ni aku ada dua soalan nak tanya dia.  Nak minta dia translatekan bahasa Jerman dia tadi.  Mentang-mentang aku tak faham, boleh dia cakap dengan Khai macam tu?  Entah-entah dia cakap, I love you too, Khai… huh. 
“Tadi Ayie cakap apa dengan Khai?” 
“Bahagian mana?  Semuanya Arya dengar, kan?”  soal dia semula saat kami sama-sama sedang menanti sebuah bas hendak pulang ke hotel.
Dia senyum senget memandang aku yang berkerut-kerut dahinya.
“Arya memang dengar tapi ada sesetengah tu Arya tak faham.” 
Senyuman senget Ayie patah riuk.  Dia kerutkan dahi. Padan muka dia.  Ada hati nak kenakan aku.  Dahlah mood aku rosak teruk ni.
“Bahasa Jerman tu ke?”  soal dia.
Aku angguk. 
“Google la.  Usaha sikit.  Hidup ni tak mudah tau kalau tak berusaha,” sinis dia.
Masa ni bas dah berhenti di depan kami.  Dia heret tangan aku naik bas dan setelah berbicara dengan pemandu bas beberapa patah ayat, dia heret aku duduk di tengah-tengah bas. 
“Ayie cakap Ayie cintakan Khai eh?”  tebak aku. 
Dia sengih lama dan tiba-tiba ketawa.  “Something about love tapi bukanlah gitu,” balas dia.
Aku ketap bibir menahan hati.  Kan dah agak.  Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.  Ni mesti Ayie balas tepukan tangan Khai ni barulah budak ni separuh mati gilakan Ayie.
“Ayie dah jauh terpesong,” gumam aku sedih.
“Show me the light, baby,” balas dia sebelum dia tarik bahu aku dan biarkan tubuh kami dalam satu jaket. 
Pening aku sekarang.  Rasa nak pitam tak nak bangkit.  Dan bila aku bangkit aku harap ini semua mimpi dan aku sedang ni sedang busy menguruskan Muhara dengan Aryan.  

~~> bersambung

35 comments:

  1. Teruk da khai ni..
    Tp sian arya kna gula2 ngan ayie. .
    Cpt blja german

    ReplyDelete
  2. ilove her so much^^

    ReplyDelete
  3. RM ''sigh'' sy harap khai dapat terima dan arayie dapat bantu dia kembali ke pangkal jalan. Tak sabar nak baca next entry pasal kisah cinta arayie. N hopefully insomnia RM tidk memudaratkan sebab sy kalau tak boleh tidur of course hubby yang terpaksa menerima angin sy tak cukup tidur

    ReplyDelete
  4. huhhuh .. i love her so much !

    arya cepat translate !
    =.='

    ReplyDelete
  5. huhu..adoiii mkin parah dah hati ni ngan si ayie ni..adoii arya cpat translate..kita pun nk tahu..malas nk g translate gak..haha..

    ReplyDelete
  6. membayangankan lelaki cantik menangis!... mesti syahdu!... huhu..

    ReplyDelete
  7. x tau nak ckp apa..........next n3 plzzzzzzzzz.............

    ReplyDelete
  8. RM next time kalau ada bahasa jerman lagi boleh tak terus tulis translation dia . Hehe :)

    ReplyDelete
  9. Arya, cpt blajar bahasa Jerman. Ayie ckp dia cinta sgt kt awk la

    ReplyDelete
  10. Mesti Ayie cakap Ayie cintakan Arya seorang... hehehe
    Mugkin Ayie nak ubah Khai ke jalan yang betul tapi timbul masalah lain... jadi Arya bagi semangat pada Ayie untuk ubah Khai kembali semula ke pangkal jalan....
    kasiahan Arya....

    ReplyDelete
  11. rm dah buat n3 untuk seminggu kan .....bole post lg tak...

    ReplyDelete
  12. ok...akibat tidak menahan diri dari mnunggu arya men'translate'kan ayat tu...sya dah translate da..haishhh..cairrr kot ngan ayie ni..hehe

    ReplyDelete
  13. RM tahu tak citer ni sgt berat,seriously akak menangis

    ReplyDelete
  14. salam rehan..d best story ever..macam biasa..rehan menulis mmg ada umph..adakah ayie yg mencuba utk memperbetulkan perjalanan khai yg telah terpesong jauh tetapi telah disalah ertikan oleh semua orang..dan adakah arya sesedap hati dan jiwa ayie dipermainkan perasaannya..

    ReplyDelete
  15. so sweet..dpat blajar bahasa german..smbil menyelam minum air..best kak RM.. ;)

    ReplyDelete
  16. sgt menarik... hati pun dup dap dup dap time baca... fuh!! :D

    ReplyDelete
  17. slalu gak jenguk blog x sabar nak baca entri baru..bleh requesr RM entry banyak2 x sehari? wakakakaka...

    ReplyDelete
  18. Ayie communicate la clearly. Sian Arya.

    ReplyDelete
  19. google cpat la ayra oi...ayie kt "I love her so much" kat khai tu tau...

    ReplyDelete
  20. tq RM n3 terbaru ni... rasanya cam nak n3 baru lagi lah, rasa tak sabar plak nak tahu apa yang terjadi pada khai,

    ReplyDelete
  21. hehh..Rm tak tido dh banyak hari kot (eh ini tipu) tido tapi dalam sejam dua je tiap2 hari..hehh.. malam2 jadik drakula..(drakula tak tido langsung eh) apa2pun ada yg sedih Rm tak balas komen2 eh..alaa jgn la..sian RM.. RM baca komen2 yu all.. serius takdan nk reply.. Rm sangat hrgai tau..teruskan spekulasi..sakit hati ngn ayie, sian kt arya, menyampah kt khai..hahahaha.. be waiting..it's gonna be more excaiting..kononnnn.. LOL

    ReplyDelete
  22. Rasanya ayie bkn gay.. :-).cpt2 kna google mksd bhsa jerman 2.

    ReplyDelete
  23. berjam2 menunggu dan akhirnya..lega walaupun sedikit kesian dekat khai...next n3....

    ReplyDelete
  24. asa mcm khai ni pompuan la plak..hikhikhik. sbb dia mcm sama tggi ngan Arya

    >>k<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa khai tu pompuan :-D

      Delete
  25. RM khai ni girl ke? My instinct

    ReplyDelete
  26. Cinta mati betul Khai ni kt Ayie.
    HArap cepat dia sedar dan kembali ke pngkal jalan. Sian Arya yg duk curiga tu.

    cepat2 belajat bahasa Jerman Arya.

    * Ayie cakap ' I love her so much" kt Khai kan RM?

    ReplyDelete
  27. Tiap2 jam buka blog ijo...xsbr tnggu RM update

    ReplyDelete
  28. khai ni khunsa ke?! hehe

    ReplyDelete
  29. "show me the light, baby.." how sweet..

    ReplyDelete