Thursday, January 24, 2013

Cinta... Biar Saja Ada 15


BAB 15

SEKUAT mana aku berlari, aku tetap rasakan langkahku kian perlahan.  Sejauh mana aku yakin aku sudah meninggalkan mereka semua di belakang, aku masih terasa Ariq sedang mengejar aku. 
Rasa tak larat hendak berlari lagi.  Tambahan pula hari sudah malam.  Sudahlah datang dengan Izue dan Alan tapi kini aku berlari meninggalkan mereka tak ubah seperti dalam drama berharap pada hero yang datang menyelamatkan.  Mengarut. 

Namun, harus aku akui… Ariq punyai Kak Diah di sisi dan aku ini sudah terang menolak cintanya.  Takut hendak menerima cinta Ariq setelah dia katakan dia mencintai aku.  Tak mahu lebih banyak ada hati yang terluka. 
Akhirnya, larianku perlahan dan sendi pula terasa sedikit longgar.  Pandangan juga kian berbalam dek kerana airmata yang tak henti-henti mengalir.  Aku mula menapak perlahan meninggalkan kawasan Lake Garden Club dalam kepekatan malam yang hanya diterangi oleh lampu neon jalan raya dalam keadaan yang sunyi dan sepi. 
Kepala aku picit berkali-kali.  Jaket aku zip hingga ke leher dan mafela aku belit kemas.  Topi aku buka dan rambut aku lepaskan bebas memberi laluan kepala angin dingin ini mengelus rambutku  yang tak pernah aku lepaskan.  Sentiasa berikat. 
Hingga ada beberapa buah motorsikal  yang melaluiku dan cuba menghampiri, aku sedikit kecut.  Bertindak bodoh tanpa memikirkan keselamatan diri.  Bila mereka kian menghampiri, nafasku kian kalut.  Tak tahu hendak berlari ke mana lagi namun aku cepatkan juga langkah kaki. 
Mereka terasa semakin dengan dan terus merapati hingga tanpa aku duga, lenganku disambar kemas membuatkan aku terdorong ke belakang.
“Nak pergi mana malam-malam buta ni?”  sergahnya menyoal.
Aku bulatkan mata dan mengerutkan kening melihat pada wajah yang jelas sedang memegang lenganku erat. 
“Nak kena baham dekat jantan-jantan kat luar sana?  Lebih rela kena kekah dari serah hati tu dekat abang?”  tanya Ariq sinikal. 
Aku telan liur.  Seperti aku katakan, rasanya telah terlalu jauh aku berlari namun sayang dia terlalu dekat dan kami tak pernah jauh.  Malah saat ini terlalu rapat. 
Ariq merentap lenganku sedikit.  “Answer me,” tekan dia sedangkan aku, kembali mengalirkan airmata di pipi. 
I’m not asking you to cry, Naqi.  Abang tanya lain, kenapa Naqi nak menangis pulak?  Abang tak buat bukan-bukan pada Naqi pun.  Apa yang takut sangat bila abang dapatkan Naqi?  Masa lari keluar tadi tak sedar diri, main lari je tak tahu malam ke siang ke?  Tak sedar diri tu perempuan?  Anak dara?”  perlinya lagi.
Aku ketap bibir dan menunduk.  Terasa ngilu sungguh hati ini bila diselar begitu oleh Ariq. 
“Kalau abang kejar Naqi sebab nak sindir Naqi, abang lebih baik pulang ke pangkuan Cik Lof abang.  Bukan kat sini dan biarkan Naqi uruskan diri Naqi sendiri!”  bidas aku membalas kata-katanya.
Ariq tersengih sumbing.  Penuh sinis seperti tiada apa  yang berlaku antara kami sebentar tadi. 
Uruskan diri sendiri dengan keadaan tak tenang boleh jadi tak waras, dan abang ingat Naqi boleh tengok abang dengan Lof… tapi sayang…”  Dia berdecit berkali-kali seraya menggeleng.
“… you’re hurt after all dan abang dah lukakan Lof sebab Naqi.  Sebab kerasnya hati Naqi nak terima cinta abang.  Kenapa? Sebab abang lambat sedar atau sebab Naqi rasa abang tak layak untuk Naqi?”  Ariq menyoal bertubi-tubi.
Ya sungguh… aku memang terluka melihatkan dia dan Kak Diah beriringan masuk ke dalam taman tadi.  Aku terluka parah.  Sekarang ini pun masih lagi menitis darahnya.  Masih baru. 
“Kalau Naqi terluka abang nak buat apa?”  soal aku balik dalam berani-berani takut hendak menentang pandangan mata Ariq. 
Abang ubatkan…”
“Tak….”  Aku menggeleng. 
Orang yang perlu abang ubati adalah dia yang kat sana.”  Seraya itu telunjukku lurus ke arah Lake Garden di mana Kak Diah, Alan, Izue, Fendy dan seorang temanya masih berada di sana dan boleh jadi dalam keadaan yang bingung. 
Orang yang perlu ubati luka hati abang sebab cinta ditolak ada orang yang ada depan abang sekarang ni.  Bukan orang kat sanaI don’t care about anything but you, Naqi.  Only you atau Naqi nak tengok kita semua terluka?  Hrmm?”  pancing Ariq cuba mencairkan hatiku. 
Aku menggeleng lagi.  “I just don’t know…”
“Nope…you don’t need to know.  Just say.  Say it…,”  tekan Ariq geram.
“Say what?” 
“You love me.”
“No,” bantahku bila aku yakin keadaan ini semakin parah.   
Benar hati ingin menjawab ya tapi memikirkan keadaan Kak Diah di sana, aku rasa dia juga sedang pelik biarpun dia masih tidak tahu siapakah wanita yang mengalunkan lagu sedih tadi.    
Say it, Naqi.  Mengaku?” desak Ariq.    
“Buat apa Naqi nak mengaku sedangkan abang tak nak mengaku?  Dan abang sebenarnya tak sedar yang dalam hati abang tu ada…”
Ada Naqi.  Ada Naqi yang galas gitar, pakai skinny, gilakan bihum tom yam pecah telur yang pedas, bawa skuter, rambut tocang kuda dan sentiasa sinis pada abang.  Ada Naqi… ada Naqi,” pangkas Ariq menekan dadanya dengan hujung telunjuk.  Menjadikan airmataku kian bertali arus.
“Dan, abang cintakan Naqi.  Abang cinta.  Abang perlukan Naqi lebih dari sebagai seorang budak posmen pada abang.”
This is not right, abang.  Ini memang satu kesilapan!”  tegasku.    
“Apa yang tak kena?  Apa yang silap?”  Kening lebat Ariq terangkat tinggi.  Wajahnya kelat menahan geram padaku. 
“Banyak yang tak kena.  Abang datang dengan orang lain dan abang tak boleh tinggalkan dia…”
Who cares… abang buat sebab Naqi cabar.  Naqi yang nak sangat tengok kita semua terluka, kanSo, inilah harinya.  Salah abang cuma satu je… salah abang bila lambat sedar yang abang lebih kenali Naqi dari perempuan lain termasuk Lof.  Abang lagi kenal Naqi dan buat apa abang kejar perempuan yang hanya abang minati dari jauh sedangkan Naqi dekat dengan abang?”  Ariq tetap bertegas dengan keputusannya untuk mencintai aku dan aku juga perlu bertegas untuk menolaknya sejauh mungkin. 
Andai mampu, tak mahu aku tahu kewujudan di atas muka bumi Allah ini.  Sungguh, aku tak mampu hadapi takdir yang sedang menduga.  Rasa tak gagah biarpun selama ini aku hanya mampu tunduk menelan semua gundah.    
“Ini tak betul, bang.  Ini memang salah sama sekali.  Hargai apa  yang baru abang dapat dan biarkan Naqi sendiri sebab Naqi tak cintakan abang.  Tidak sama sekali.”  Aku masih bertegas bersama gelengan yang tak sudah-sudah. 
Abang sedang hargai perempuan  yang abang cinta sekarang dan percaya atau tidak, Lof tahu semua ni.  Lof tahu abang cintakan perempuan lain.  Abang cintakan Naqi dan apa lagi yang buat Naqi tolak cinta abang?  Kenapa?”  tekan Ariq jelas tak berpuas hati.
Aku pejamkan mata.  Terlalu banyak perkara yang berlegar dalam kepala hinggakan otak tersimpul, akal terbelit.  Tak mampu hendak aku cernakan sebaik mungkin dan bila aku buka mata, Ariq membawa tangannya memegang kedua belah bahuku.
Mata kami bersabung lama.  Airmata terus menitis.  Pada mataku, wajah Ariq silih berganti dengan wajah mak dan kekecewaan Kak Diah.  Orang tidak tahu tapi aku merasa.  Kasih mak tiada ganti tapi pergi Ariq, bukanlah satu kerugian buatku biarpun jiwa parah melarat. 
“Terima kasih untuk pengakuan cinta abang tu tapi Naqi…”  Aku menggeleng lagi lagi lagi dan lagi.  Berharap sungguh Ariq mengerti namun sukarnya lelaki ini  memahami bagaikan kami dari planet yang berlainan.
“… tak boleh nak terima… it’s too late.  Dah terlalu lambat untuk abang sedar semua ni.”
Bibir Ariq bergetar.  Wajahnya direndahkan sedikit dan rambutku yang dielus angin hingga menutupi sebahagian wajah ditolaknya ke belakang. 
“Naqi pernah katakan, tak apa tak berbalas sebab Naqi tak pernah harapkan balasan biarpun masa tu Naqi juga berharap yang LOVE tu adalah Naqi tapi sayang… orang lain.  Bila abang berikan balasan, sumpah Naqi tak mampu.  Terlalu banyak yang menghalang, antara dia yang Naqi terlalu cinta dan abang yang baru nak berikan Naqi cinta and please… believe meAbang akan bahagia dengan Lof dan kita akan semakin rapat…”
Nope, sayang.  Abang tak nak jauh dari Naqi… abang tak nak hilang Naqi,” bantah Ariq dengan mata kuyu yang sudah berkaca-kaca.
“Tak… percayalah Naqi.  Abang tak akan hilang Naqi…,” pujuk aku bersungguh-sungguh dengan titisan yang tak pernah kering lagi menodai pipi. 
Sebab abang akan jadi sebahagian keluarga Naqi.  Abang akan jadi abang ipar Naqi.  Abang akan terus dekat dengan Naqi, sambung hatiku dengan rasa sakit yang amat. 
“Naqi teruja abang panggil Naqi sayang… tapi Naqi lebih harapkan kasih dia daripada kasih abang.  Sungguh!”  ujarku bersungguh-sungguh.
“Naqi… jangan … ca…cakap ada orang lain di hati Naqi?”  duga Ariq cuak.  Salah mentafsir tentang dia yang aku maksudkan. 
Tangan Ariq yang masih memenang bahuku, aku tolak lembut dan menjauh beberapa tapak ke belakang. 
“Cinta?”  Aku sengih sedikit.
“Naqi hanya perlukan cinta dia bila Naqi yakin, cinta abang tak ditakdir buat Naqi biarpun abang mencintai…”
“Dan hanya abanglah  yang cintakan Naqi tapi Naqi tak cinta, kan?  Tak pernah sayangkan abang?  Macam tu?”  jerkah Ariq membuatkan langkahku semakin ke belakang dan Ariq semakin menapak ke depan.
“Naqi tak ada jawapan untuk soalan abang dan tolong… lepaskan Naqi.  Lepaskan Naqi dari hati dan hidup abang.  Cukuplah ini yang Naqi buat untuk abang.  Gaji Naqi, Naqi tak harap selebihnya.  Pergilah pada dia, bang.  Dia sedang menanti,” suruhku dan serta-merta aku berpaling.
Beberapa langkah, Ariq menyambar lagi lenganku dan terus memaut tubuhku rapat ke dada bidangnya.
Abang cintakan Naqi.  Abang tak perlukan perempuan ada nama Cinta sebab cinta dalam hati Naqi lebih hebat untuk abang,” bisiknya syahdu.
Aku tersentuh, aku terharu tapi aku lebih membenci bila Ariq semudah ini memeluk aku dan kini ditempat begitu umum biarpun tiada kenderaan yang lalu lalang setakat ini.  Aku menggelupur ganas, cuba melepaskan diri dari pautan Ariq dan bila tangannya terlepas, aku menjauh lagi.
“Ya… abang memang perlukan cinta tapi bukan cinta dari Cinta Nur Naqiah?  Bukan!”  jeritku padanya.
Mata Ariq yang layu merayu membulat tiba-tiba.  “Apa Naqi cakap?  Cinta Nur Naqi… Naqiah?” 
“Perempuan yang abang suruh Naqi siasat tu adalah kakak kandung Naqi, bang.  Cinta Nur Nadiah.  Anak kesayangan mak dan ayah.  Bukan Cinta Nur Naqiah.  Seorang anak terbuang dan tandus kasih sayang…” 
Mata Ariq lebih lagi membulat.  Tubuhnya kaku menggeletar dan penumbuknya dicengkam kemas. 
Aku kemam bibir.  Tak berani merenung Ariq tapi aku masih mahu memandang dia buat kali terakhir.
“Kenapa Naqi tak cakap yang Naqi…”
“Naqi tak tahu.  Naqi baru tahu je dan bila Kak Diah cakap dia cintakan abang, abang rasa Naqi mampu ke rosakkan kebahagian kakak Naqi sendiri dan biarkan rasa meluat mak pada Naqi terua menebal?  Abang rasa Naqi akan seronok ke ada dalam pelukan abang, dalam belaian abang, dikucup, dibelai, dipeluk tapi ada yang menderita atas kebahagian kita?  Abang rasa Naqi seronok ke?”  tanyaku cuba mengawal esakkan yang semakin kasar. 
“Dia jodoh terbaik buat abang.  Bukan Naqiah tapi Nadiah.  Maaf, bang.  Maaf…,” pohonku separuh berbisik. 
Suasana sepi seketika.  Gumam tanpa suara.  Yang ada hanyalah unggas yang menjerit memuji keagungan Tuhan dan aku, diduga barulah hendak mencari arah menuju pada-Nya.  
“Naqi budak jalanan dan Kak Diah…”  Kata-kataku tersekat dikerongkong.  Tak sanggup sungguh hendak menyebut Ariq dan Kak Diah dalam sebaris ayat. 
Abang tak sangka Naqi dan Diah… adik beradik,” komen Naqi bagai baru saja mendapatkan suaranya kembali.
“Banyak benda tak terduga dalam dunia, bang.  Baliklah dan Naqi janji, Naqi tak akan susahkan hidup abang lagi.”
Bibir Ariq menguntum senyuman sinis.  “Kalau macam tu, abang tak akan pernah menjejaki Naqi dan abang harap, selama kita berpisah ni… jaga hati abang baik-baik sebelum abang berjaya satukan hati kita nanti.  Ini janji abang untuk Naqi.  Hadiah perpisahan,” ujar Ariq dan dia berpaling.
Aku tahu, dia memang terperanjat dengan kenyataan ini tapi ini hakikat yang perlu dia tahu sekarang.  Hakikat yang perit tapi tak tahu hikmat  yang tersembunyi.  Wajahku menekur ke bumi dan bila Ariq mematikan langkah, berpaling dengan wajah sinikal lagi, aku memandang dia. 
“Atau Naqi nak korbankan diri dan cinta Naqi pada abang sebab kakak dan mak Naqi?  Macam tu?”  tebak Ariq tepat.
“Ini bukan berkorban atau terkorban, bang,” bantahku lembut.
“Ini tentang jodoh dan ya… Naqi akui, boleh jadi mak lagi membenci bila Kak Diah kecewa sebab Naqi dan abang tak tahu Naqi macam orang asing pada keluarga sendiri.  Kalau abang nak tahu kenapa Naqi keluar dari rumah besar tu sebab Naqi rasa tak diperlukan lagi.  Tak ada yang menghalang.  Naqi tak cantik macam Kak Diah, tak pandai, tak sopan dan semua yang buruk ada pada Naqi.  Kalau kita bersama, entah berapa jenis keburukan lagi yang mak pandang Naqi ni, bang?  Naqi tak mampu…,” ujarku telus dan tulus. 
Mudah aku berterus-terang keadaan sebenar biarpun Arir katakan aku mahu melakukan pengorbanan.
Tubuh Ariq  berpusing lagi 180 darjah.  Dia mengusap belakang tengkuknya sebelum menadah wajah ke langit yang kelam.
Abang mampu bagi banyak kasih sayang pada Naqi.  Lupakan semuanya dan kita hidup bahagia bersama,” ajak Ariq mudah.
Saat ini, bibirku pula menguntum senyum.  “Abang cinta pertama Naqi tapi tak mustahil untuk Naqi ada cinta kedua, ketiga malah ke seribu pun dan Naqi boleh jatuh cinta lagi berkali-kali selepas ni biarpun bukan dengan abang dan dengan sesiapa saja.  Naqi boleh terima biarpun hati ini…”  Aku bawa telapak tangan ke dada.  Mencengkam dada kuat dengan mata tajam merenung Ariq. 
“… Naqi terpaksa akui Naqi cintakan abang tapi… kasih ibu hanya satu, bang.  Kasih mak tak ada ganti.  Biar macam mana pun layanan dia, dia yang bawa Naqi ke dunia ni.  Dia yang bagi Naqi makan dan minum susu dia sampai Naqi ada di sini hari ni berdiri di depan abang.  Jika mak tak mampu nak sayang Naqi, sekurang-kurangnya Naqi tak buat mak sakit hati sebab anak kesayangannya terluka,” sambungku seraya menelan liur berkali-kali bagi melancarkan kata-kata. 
“Biar bagaimana kejam seorang ibu, pun… Allah tetap mahu kita berbuat baik pada mereka, bang.  Naqi sayang abang tapi Naqi lagi sayangkan mak.  Mak tak suka Naqi tapi tak salah mak.  Dia mak.  Apa saja dia buat, Naqi tak mampu nak nafikan hak dia.  Kalau betul abang cinta, pusing belakang dan jangan kalih lagi,” ujarku lagi dan kali ini lebih perasaan kecewa, lebih beromosi dan lebih menyayat hati. 
Airmata mengalir tak terseka.  Boleh jadi ada mengatakan aku bodoh bila mendengar aku berpenglipurlara tentang cinta tapi aku waras.  Ariq adalah lelaki yang aku cinta tapi tanpa mak, mampukah aku ada di dunia ini atas izin-Nya.  Jika bukan kerana mak bersusah-payah lahirkan aku untuk abaikan aku pada akhirnya, tak mungkin aku dan Ariq dipertemukan. 
Menolak cinta Ariq tak bermakna aku perlu meratap menderita.  Kerana bagi aku kehilangan kasih ibu tak mungkin berganti.  Pulangnya aku pada Pencipta juga membawa nama mak dan bagaimana harus aku nafikan dia dalam hati aku hanya kerana Ariq?  Tak mungkin tak tak akan aku biarkan airmata mak jatuh kerana aku dan penawar hati mak ada Kak Diah. 
Halkum Ariq bergerak tak henti-henti.   Matanya tetap tajam merenungku yang sudah beberapa meter berjarak dengannya.  Tanpa kata, hanya tangan Ariq naik memberi  isyarat agar aku menanti buat seketika lagi sebelum perpisahan ini benar-benar terjadi.
Telefon bimbitnya dikeluarkan bila ada deringan yang kuat.  Ariq melekapkan telefon ke telinga sebelum menyebut nama Alan.
“Kau bawa kereta aku balik, Lan… hantar Diah balik dengan selamat.  Hal kami biar aku selesaikan nanti dan sumpah…”  Ariq berbicara dengan Alan namun aku rasa dia  lebih berbicara denganku. 
“…kalau aku cepat sedar yang Cinta Nur Naqiah yang ada dalam hati aku dan bukan Cinta Nur Nadiah, kita tak mungkin kat sini, Lan.  Maafkan aku sakitkan hati adik kesayangan kau dan Izue ni,” ujar Ariq tenang. 
Beberapa ketika, dia menyentuh skrin telefonnya lagi.  Kali ini nama lain pula yang disebut. 
“Sekarang.  Lake Garden.”  Hanya tiga patah perkataan yang dia ucapkan sebelum dia menapak padaku seraya meletakkan kembali telefon bimbitnya di dalam poket jeans. 
“Benar kata Naqi… kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.  Kasih kekasih, abang mampu buat Naqi bahagia tapi bila Naqi menolak, abang da satu permintaan,” ucapnya bila dia sudah berada tepat di depan aku. 
Berdiri tegak dengan bahu tegap, raut yang tenang dan bibir yang nampak kering serta mata yang kuyu merayu.
“Kata Izue dan Alan, Naqi nak tinggalkan semua ni dan ini kali terakhir.  Naqi nak berhijrah.  Pergilah, abang tak larang sebab Naqi bukan hak abang.  Cuma satu abang minta, sekali lagi kita bertemu, jangan salahkan abang untuk apa yang bakal berlaku dan sedang abang rancangkan dalam ni…,” sambung Ariq sambil menekan kepalanya berkali-kali.  Nampak marah dan tidak puas hati dengan keputusan aku.
Lidahku kelu.  Bibirku terkatup rapat.  Wajah menekur ke jalan.
“Cuma malam ni, abang nak minta hadiah perpisahan boleh?” 
Aku  ketap bibir mendengarkan permintaan Ariq yang aku rasakan sengaja mahu menyakitkan hati aku tapi jika ini yang terbaik, yang terjadi biar saja terjadi. 
“Erm… kalau Naqi mampu,” balasku dalam suara yang serak.
Ariq senyum menyenget lagi.  Rambutnya disentuh sedikit sebelum dia menarik lenganku mengikuti langkahnya bila ada sebuah BMW X7 hitam pekat berhenti tepat di depan kami.
Hop-in.  Izinkan abang hantar Naqi balik untuk malam ni je.  Biar abang hantar Naqi balik sebagai seorang perempuan yang abang cinta…”  Tubuhnya menunduk sikit, mempersilakan aku masuk ke dalam kereta mewah tersebut.
Bila saja dia mengambil tempat di sisiku dan pemandu menekan pedal minyak menuju ke Lebuhraya Mahameru, Ariq menjeling sedikit. 
“Terima kasih, Naqi.”
Hanya ucapan ringkas itu sudah cukup membuatkan airmata aku mengalir laju tak henti-henti bila sepanjang perjalanan Ariq yang diam melayani perasaannya sendiri dan aku hanya mampu menjeling dengan ekor mata melihat wajah tampan itu tampak sugul buat pertama kalinya. 
“Satu soalan abang.” Ariq tiba-tiba bersuara memecahkan hening. 
Aku berkalih pada dia dan menentang jelingan ekor matanya.  Bibir Ariq Nampak bergetar hebat dan aku, hanya cuba mendamaikan hati sendiri demi mendengarkan pertanyaan dia.
“Tak boleh ke kita biarkan cinta itu biar saja ada?  Hrmm…?” Keningnya naik sedikit. 
Aku ketap bibir dan airmata jatuh lagi menjadi jawapanku pada soalan Ariq.

~~> bersambung

59 comments:

  1. Baik nyer naqi..tp mak dia x tau pn..sian...
    N3 kali ni sedih...

    ReplyDelete
  2. ala sdhnyer....sbr ekk naqi huhu...walaupn sush...

    ReplyDelete
  3. ala sdhnyer....sbr ekk naqi huhu...walaupn sush...

    ReplyDelete
  4. Felt like dying right now....d obstacles r too much..sob sob sob...

    ReplyDelete
  5. sedehnya.... mcmana nie naqi nak p man plak 2...
    apa jadi pada nadiah

    ReplyDelete
  6. woohoooo....dh penat nangis wif Naqi lah :(
    too heart-wrenching BUT its d best episode so far...someone told me a long time ago "if u love someone..let him go...if he comes back to you, then he's yours..BUT if he doesn't then he's never yours... ALLAH Knows Best!!"

    ReplyDelete
  7. Akhirnya..ada jgk!

    Sian naqi..
    Tp apa yg ariq plan?sape yg dye kol? Apa mksud dye,cnta biar saja ada? Apa yg dye nk wt?

    Kak rm..lma ilang..okey ke?xshat ae?

    ReplyDelete
  8. sis rm...sedihnya...nak ending bahagia utk naqi n ariq....huhuuu

    ReplyDelete
  9. fuhhhhh... lama dok tunggu.. akhir nya muncul gak si ariq & naqi nie.. apa lagi.. bengkak dada & hati nie... jeng jeng jeng ariq x nak lepaskan naqi... akan ku tunggu...heheheh tq rehan

    ReplyDelete
  10. syg naqi...!!!
    kak diah...GTH!!!
    sedih ariq...sian dia...
    anyway...thanks to kak rehan!!!

    ReplyDelete
  11. ermm...kesian kat naqi...harap ariq x jd dengan diah

    ReplyDelete
  12. huhuhuhuhu.... Rse trharu dgn pngorbanan Naqi. Betul apa yg Naqi kata... Cinta boleh dicari, tp kasih syg dr seorg ibu, sukar diganti... T_T

    ReplyDelete
  13. Touchingnya tapi pasti ariq akan cuba yg terbaik utk naqi kan.. To be with her and make her happy.. Kesian dia dah lama suffer layan mak sendiri yg tak tahu menghargai kasih sayang anak..

    ReplyDelete
  14. besarnya pengorbanan naqi utk kakak dia...sedih rupanya citer ni...sob sob sob.... byk chapter nk rally klu baca ni...adehhh...1-14.. love it sgt... fall in love kt ariq la plak...hehe..

    ReplyDelete
  15. hmm,, ada jgk,, knp naqi ni baik sgt.. >< mak dia x nmpk pun kebaikan dia,, >< hope ariq n naqi bahagia ,, sedih la en3 ni kak rehan,, papepon,, ttp best mcm selalu,, tahniah .. nk lg, nk lg ! ;D

    -athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. org terbuang inferiority complex tu tinggi..

      Delete
  16. tiap masa bukak RM akhirnya... Kasihan Naqi bodohnya ekkk.
    Biarlah bersama. Kalau buat ape pun mesti mak dia marah juga. Jangan pisahkan kasih yang hadir tu. Biarkan Diah dia dah banyak bahagia.

    ReplyDelete
  17. Sedihnya... warrggghhhh..... Dahler ku mmg sedih sbb tiada maid selama sebulan (langsung tiada berkaitan).... warrggghhh.... double kesedihan.... hihihi.....

    ReplyDelete
  18. kak rehan bawak naqi jauh jauh ea.biar dia ubat hatinya yang lara.ewahh.

    mungkin lepas ni episod makcik pilih kasih tu mengamok anak kesayangannya terluka(lah sangat)huhu

    ReplyDelete
  19. no words can describebthe sad feelings in Naqi... :(

    ReplyDelete
  20. kasih ibu kasih abadi. kasih kekasih tak kekal selagi belum ada ijab & qabul. jadi Naqi perlu beri Ariq buktikan kasihnya

    ReplyDelete
  21. Oh my gegeretannnn.... sedeyyyy...
    Sian Cinta Nur Naqiah... knp perlu ada cinta jika hati melarang, knp perlu hati jika x mampu... aduhhhh

    ReplyDelete
  22. arghhh...so deeply sadness i feel because of naqi...when can she get the happiness??....Dear writers, now im who read are suffered...Up lgi RM

    ReplyDelete
  23. seharian menunggu n3 bru.. sedih nyer.. naqi terlalu baik apa pon.. nk lg2..

    ReplyDelete
  24. Wah rehan eida baca bab ni penuh dgn debar!!! Tahniah. Best

    ReplyDelete
  25. sigh~ i'm melt tetibe.. x sempat elak kehkeh.. kak rehan.. apa lg~~ smbung la kehkeh.. i cant wait... :P

    ReplyDelete
  26. cuci mata lagi hari nie...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  27. tak sabar nak tgk mak naqi berikan kasih sayang pada naqi dan belai naqi seperti nadiah...

    nak lagi...memang best

    ReplyDelete
  28. owh,,sedih tetiba...harap Naqi tabah lepas ni...:(

    ReplyDelete
  29. Baca dari awal hingga kini......air mata x henti mengalir.
    Wah! Sedihnya......
    bila nak sambung n3 baru?

    ReplyDelete
  30. kak rehan supreb!!!!
    semoge kak rehan dpermudahkan segala urusan...
    bile urusan kak rehan dpermudahkan, kami akan dpt bnyk en3..yeay... ^^

    ReplyDelete
  31. suka yg ni..kasih ibu lebih utma berbnding kasih kekasih.
    seteruk2 ibu pun, akhirnya kan trima jugak kita, at least prnah jugak beranakkan kita, jga dari kecil smpai besar, tpi kasih kekasih ini, x tau sampai mna thapnya. susa2...
    tahniah Naqi, u make a good choice, aku sokong ko..hakhakhak

    tq karehan, da jmpa balik ke pndrive tu?

    >>k<<

    ReplyDelete
  32. i was hoping that one day Ariq will try his very best to win Naqi's heart.. Prove her that he really loves her
    And to Naqi's mom, you dont deserve to be a good mom
    you tak layak pegang title mak, ( huhu, sentap plak )
    btw RM, thanks so much for this heartwrenching entry :)

    ReplyDelete
  33. sedih tapi betul...cinta akan datang dan pergi tapi ibu hanya satu...perginya x akan ada yg mampu ganti..

    ReplyDelete
  34. argh!!!!!!!!!!!!!!!!!! sakit hati doh........ argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! geram gila.....hwaaaaaa!! sumpah cter nie best gler.....
    CBSA the best mini-novel ever :D

    ReplyDelete
  35. Let me guest...kak diah akan jatuh cinta dengan Alan.Naqi pergi jauh sambung belajar. Ariq pula masih menunggu cinta Naqi

    ReplyDelete
  36. Leleh ngan naqi ni..cian dia.. mudah mudahan naqi akn jd org yg lebih berjaya slps transformasi nnt..

    naqi, pastikan hati ariq tu dijg elok2 tau..

    ReplyDelete
  37. walaupun mak benci naqi , tp dia still nak bahagiakan mak n kak diah... ank yg baik... terbaik la entry ni :)

    ReplyDelete
  38. sgt sedih...mak hanya 1 dlm dunia ni... benci mcm mna pun mak masih sggp melahirkan kita dgn susah payah. kekasih boleh dicari tp xsmestinya sama ngan cinta pertama. ia akn kekal dlm hati smpai bla2.

    ReplyDelete
  39. Cdey...hukhuk..tp xsbr nk tgok naqi b, hjrah....mgkin jd some1 yg mak dia xmrh sgt dh....

    ReplyDelete
  40. go naqi go...pergi cari dirimu yg hilang itu...
    may Allah bless you...
    ~liyahuma~

    ReplyDelete
  41. yes!!!brjya khatam sume bab stlh berusaha mnahan diri dr bca bab 1-bab 15..konon nk tggu smpi abess,sekali dh belot..hewhew..

    huhu...RM mmg brjya buat sy bmain dgn brmcm2 prsaan..fuhh,brgenang air mata sehh...RM,thanks for such a very wonderful story...:)

    ReplyDelete
  42. tak mampu nak bagi komen, terlalu sedih... Next entry please...

    ReplyDelete
  43. sedih...nak nangish boleh x? :(
    -Hana-

    ReplyDelete
  44. kenapa terlalu sedih sangat ni... hati Naqi terlalu baik.... banyak hati yang Naqi terlalu jaga sampai hati sendiri x boleh terjaga.... sedihhhhh

    ReplyDelete
  45. sedih la pulak....hr ni RM buat saya menagis la....suatu hari pasti mak ngan ayah Naqi akan tersedar....Naqi pasti akan bahagia kan RM huhu

    along_814

    ReplyDelete
  46. RM bt saya nangis agi..
    so sad..
    sian Naqi..

    ReplyDelete
  47. bab 1- bab 15... nice story n hope rm sambung lg... semua nya bercampur mjadi satu... ya... cinta biar saja ada...

    ReplyDelete
  48. penantian itu suatu penyeksaan, kak rehan cepat ler sambung next bab :D

    Nak ada hero baru boleh tak? buat kelainan untuk CBSA :O

    ReplyDelete
  49. RM terseksa rasa jiwa .........adakah ada bahagia utk naq.....berharap sangat agar ibu dan ayahnya menyedari akan kehadiran puterinya yg satu ini.....

    ReplyDelete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. kak... bwalah Cinta Nur Naqiah tu pergi jauh2. hntrlah dia ke oversea kat US ke,UK ke,British,Jepun,Korea,Paris,Rome,England,Italy atau mne2 tempt. ubatilah hati dia dan bila dia kembli ke tnh melayu ni,benarknlah Cinta Nur Naqiah bahagia di sisi Muhamad Nashriq selamanya hingga ke akhir hayt.
    thanks kak rehan. update lgi eh

    ReplyDelete
  52. proud of naqi. walau emak dia layan dia so badly, tapi naqi tetap anak yang baik.
    hope, Ariq will do something to win Naqi's heart later on.

    (to RM...CBSA ni sangat best, susah nak jangka apa yang terjadi utk setiap n3). can't wait for the next chapter.

    ReplyDelete
  53. huh..ujan lebat hari ni...huwaaa....

    ReplyDelete