Saturday, June 16, 2012

Suami Tak Kuhadap 18


BAB 18

TIGA hari setelah aku kembali, Najwa menelefon bertanyakanku.  Suara gadis itu kedengaran risau dan tahulah aku yang Budriz dan Norman sendiri tidak berkata apa pada Najwa akan hubunganku dan Budriz. 
Hari ini, kaki ini tetap berat hendak melangkah.  Aku pandang pintu luncur yang terbuka lebar.  Terbuka lebar setelah Budriz berlalu ke pejabat pagi tadi dan di sini juga aku sedari tadi setelah dia mengucup dahiku hangat bersama pesanan yang kedengaran tulus dan ikhlas.

Tidak pernah aku berasa begini.  Tidak pernah berasa berat kaki hendak melangkah keluar.  Mata ini hanya memandang tanpa rasa.  Ada yang menghasut untuk membawa langkahku keluar langsung dari sini dan mengingkari pesanan suami.  Ada pula yang menahan langkahku. 
Apakah yang sedang merantai kaki ini, aku sendiri tidak tahu.  Andai aku punya jawapan, pastilah hati tidak keliru.  Duduk bersendiri di atas anak tangga membawa ingatanku pada arwah ibu.  Di sinilah aku menemani dia setiap kalinya.  Di sinilah aku duduk menanti kepulangan ayah kala dulu.  
Bayangan lalu hadir namun terpadam pantas dengan bayangan wajah Budriz dan layanannya padaku.  Terbias jelas di wajahku akan kebiadapanku padanya dan kelembutan layanan itu.  Aku pejam mata seketika sebelum membukanya kembali kala telefon di sisiku menjerit nyaring. 
Aku kalih dan memandang tanpa minat.  Nama Najwa muncul pada skrin Samsung Galaxy itu.  Lambat-lambat aku angkat dan menyentuh skrinnya. 
“Ya, Najwa.”  Aku menyahut lemah. 
“Syai awak okey ke?  Kenapa Norman suruh saya kemas pakaian awak?”  tanya Najwa sedikit menjerit.  Dia sedang kebimbangan. 
Aku pantas bangkit dengan mata yang membulat dan nafas yang bergelora.  Akhirnya, pastilah terungkai. 
“Apa awak cakap ni, Najwa?”  tanyaku pinta kepastian. 
Dia mengeluh kecil.  “Norman call saya.  Dia kata petang ni Encik Syed datang ambil barang-barang awak.  Dia minta saya kemaskan.  Awak tak apa-apa, kan?  Awak kenapa dengan Encik Syed?” 
Kepala yang sakit tiba-tiba aku picit perlahan.  Rambut yang tidak diikat dengan kemas aku cekam sekuat hati.  Entah apa yang perlu aku ucapkan.  Entah di mana harus aku letak taraf Budriz dalam hidupku biarpun aku tahu dia berhak segalanya.  Biarpun aku tahu akan kebenaran dalam kata-katanya beberapa hari sudah. 
“Dia tu anak tiri ayah saya, Najwa,” akuiku jujur bersama keluhan berat. 
“Maknanya betullah dia cakap dia abang awak dulu tu?”  Najwa bagaikan tidak percaya akan jawapanku namun aku sekadar dia.  Menjawab saja soalan Najwa dengan helaan nafas yang tertahan-tahan. 
“Syai… tak apalah kalau betul awak nak balik rumah keluarga awak semula.  Saya takut awak kena tangkap dengan orang jahat je.  Tapi kalau Encik Syed saya percayakan dia.  Dia memang baik.  Sangat baik selama saya kenal dia ni.  Fuh… lega saya Syai.”  Najwa mengeluh sendiri. 
Menyatakan yang dia benar-benar lega dengan kenyataan ini dan aku sendiri terhimpit pula tapi aku tidak pula membohongi dia.  Benar Budriz itu anak tiri ayah dan juga suami yang tak mampu aku lihat biarpun seketika tapi setelah beberapa hari berlalu, untuk apa aku masih di sini.  Menghadapi dia setiap masa. 
Talian mati begitu saja.  Hanya helaan nafas lega Najwa yang menyapa cuping telingaku.  Sukar hendak kuterima kata-kata Najwa.  Benarkah Budriz begitu?  Andai difikirkan, dia memang baik dalam melayaniku daripada dulu tapi mengapa sanggup dia dan bondanya merampas ayah dan memerangkapku?
“Kerana abang cintakan Syai!” 
Suara itu hadir lagi berdengan di dalam mindaku.  Alasan yang terlalu sukar hendakku terima. 
“Sebab Syai dah lama hidup dalam dunia sendiri.  Abang nak bawa Syai bersama abang kita cari cahaya!” 
Semakin jelas dan terus datang silih berganti alasannya yang membawa kami terikat di atas surat nikah dan sisi agama.  Aku meramas rambut dan kutarik getah rambut itu membiarkannya lepas bebas lantas aku bawa langkahku ke atas.  Setelah pintu ditolak, aku terkaku seketika.  Bayangan Budriz hadir lagi.  Mendekat dan terus dapat menghimpitku membuatkan nafas ini sesak sendiri. 
Perlahan-lahan, aku jatuh melurut ke lantai.  “Ya Allah… apa semua ni?  Kenapa jadi macam ni?  Kenapa Kau ubah hala niatku?”  Aku menyoal diri. 
Lambat-lambat, aku sembamkan wajah ke lutut.  Airmata semakin menujah tembok kelopak mata yang terasa suam.  Jemariku bergetar hebat.  Bibirku juga begitu.  Bertahan dari sendu.  Bertahan dari mendengar satu bisikan yang tidak mahu kudengar. 
“Kenapa semua ni terjadi?  Kenapa?  Kenapa???”  tanyaku menjerit nyaring bersama airmata yang terus menodai pipi. 
“Kenapa, bu?  Syai nak diorang rasa kesakitan kita tapi kenapa Syai macam ni?  Syai nak diorang rasa perit dan jerihnya akan apa yang kita lalui dulu tapi kena macam ni, bu?  Syai tak mahu, bu.  Syai nak balas penderitaan ibu selama ni,” rintihku sambil menggeleng berkali-kali tidak mampu menerima hakikat yang hati ini mula berdegup lagi.  Terasa hidup.
“Aku tak nak macam ni!”  tukasku tegas bersama nafas yang resah.  Bangkit berdiri tegak dan terus mundar mandir di dalam bilik. 
“Aku tak boleh macam ni.  Mereka tak rasa apa aku rasa.  Mudah bercakap.  Mudah segalanya sedangkan aku yang galas segalanya selama ini!”  tekanku agar diri terus tekad dengan niat yang jelas songsang itu. 
Pantas aku hampir ke almari.  Pintu almari aku tarik rakut.  Niatku hendak menukar pakaian yang tersarung ini dengan pakaian yang agak sopan dan aku mahu terus keluar dari rumah ni tanpa mempedulikan apa-apa lagi. 
Baru saja aku tarik pakaian dari tubuh, pintu ditolak dari luar.  Aku berpaling dan mata ini terpaku pada seraut wajah yang jelas terkejut merenungku tidak berkelip-kelip.  Aku juga begitu.  Kaku dari kaki hingga ke kepala.  Terlupa diri yang tidak sempurna kala ini.  Diri yang terdedah separuh tubuh hinggalah Budriz rapat padaku nak merapatkan daun pintu almari. 
“Sayang nak tukar pakaian pergi mana?”  soalnya tenang.  Namun gelodak di dalam dadanya tiada siapa yang tahu.
Risau dengan tindakannya yang seterusnya, aku keraskan diri.  Budriz mengukir senyum.  Butang kemejanya dibuka sedikit lalu dia capai blouse  yang masih di tanganku tadi lantas disarungkan dan bagaikan terpukau, aku mengikut segalanya hingga akhirnya, Budriz melepaskan rambutku keluar dari pakaian. 
“Sayang dah sihat?”  soalnya.  Tapi, aku tetap mendiamkan diri. 
Basah rasanya kelopak mata ini lagi.  Berperang dengan kehendak yang mahu aku pertahankan dan keinginan yang tiba-tiba datang. 
“Mari sini,” ajak dia lalu dia menarikku ke pintu. 
Kami sama-sama menapak ke bawah dan bila tiba pada anak tangga terakhir, langkah kami sama-sama terhenti.
“Sayang kenapa tak tutup sliding-door ni?  Masuk penjahat karang macam mana?  Bahaya tau.”  Dia merungut sedikit tapi aku tetap kaku.  Sekadar membiarkan dia berbicara.  Terasa indah bagaikan sebuah puisi cinta yang tak pernah aku dengar selama ini. 
“Alhamdullillah… sayang dengar kata abang.  Tak keluar dari rumah tapi tadi tukar baju nak pergi mana?  Kebetulan abang sampai.  Seksi sayang abang ni.  Gemuruh kejap,” usik dia bersahaja lalu dia lekap tangan ke dada dan ketawa kecil. 
Aku ketap bibir dengan pandangan yang semakin kabur melihatkan layanannya yang amat menusuk hati ini.  Menggores bagaikan tidak mahu berhenti.  Mengalir darah dan membara marah. 
“Atau sayang nak pakai cantik-cantik ni sebab nak sambut suami balik?” tebak dia lagi. 
Lama dia memandangku yang tetap membisu.  Setelah itu dia mengeluh sendiri.  Tanganku ditarik lagi menuju ke dapur dan tiba saja di ambang pintu dapur, langkah ku terhenti.  Aku nampak ibu menderita di situ.  Aku nampak arwah ibu yang sedang mengalir airmata derita yang amat. 
Serta merta aku rentap tanganku daripada dia.  “Aku nak keluar dari rumah ni!”  tekanku. 
Budriz kaku tapi tidak lama bila dia kembali menarikku erat ke dalam pelukannya.  Semakin aku memberontak semakin dia menarik erat aku rapat ke dada bidangnya.  Rambutku diselak ke depan lalu jemari suam itu singgah di belakang leher menenangkanku. 
“Syhh… kenapa ni?  Abang balik tengah hari ini nak jenguk isteri abang.  Sayang kenapa?” 
“Aku tak nak kau.  Aku tak nak!”  bentakku dalam tangisan. 
“Abang nak sayang.  Abang nak.  Tapi sekarang abang nak makan.  Tapi bukan  makan sayang.  Makan nasi.  Abang lapar.  Sayang masak tak?”  tanya dia mengubah hala emosiku.
“Masak tak?”  tekan dia sedikit.  Pantas aku menggeleng di bahunya. 
“La… abang mati-mati ingat Syai masak.  Tapi tak apalah.  Abang dah bungkus pun.  Nanti weekend kita keluar shopping barang dapur, ya.  Jom makan dulu,” ajak dia lembut. 
Pelukan terlerai seketika tapi aku tetap membatu membuatkan langkah Budriz terhenti juga.  Aku pandang tangan  yang sedang mencengkam lenganku. 
“Kenapa?” 
“Kenapa kau layan aku macam ni?  Aku jahat selama ni.  Aku banyak sakitkan  hati kau.  Aku benci kau.”
Dia senyum padaku kemudian tubuh itu kembali mendekat.
“Sebab sayang isteri abang.  Abang sayang Syai.  Tak apalah yang dah lalu, abang dah lali dari kita kecil lagi.  Kalau nak benci sekarang tak apalah.  Abang redha.  Tapi, Syai patut bersyukur sebab Syai je benci abang dan abang sayang Syai.  Buatnya kita sama-sama benci, jahanam rumah tangga kita.  Haih… tak lalu abang nak fikir.  Sikit-sikit nanti kita kikis benci tu jadi sayang,  ya? Kalau Syai tak larat, abang sudi tolong,” jawabnya dengan suara yang tenang dan teratur.
“Sekali Syai benci, sepuluh kali abang menyayangi,” sambung dia tiba-tiba dengan anak mata yang redup merenungku tanpa senyum.  Hanya keresahan semata-mata.

**

MATAKU terpejam rapat.  Setelah Budriz kembali ke pejabat siang tadi, aku hanya duduk sendiri di tengah ruang tamu.  Skrin telefon itu aku pandang lagi.  Pesanan ringkas daripada Budriz aku baca lagi. 

-         Abg balik lambat sikit.  Urgent task.  Tggu abg.


Ya.  Aku sedang menantinya.  Menanti untuk meleraikan segalanya.  Segala yang telah dia ikat dan aku mahu berlalu sejauh mungkin.  Jam berdetak.  Aku sandarkan kepala pada belakang sofa memerhati siling kapur yang indah berukir. 
Sungguh aku sendiri tidak sedar.  Bilakah keadaan rumah ini diubahsuai.  Televisyen juga telah bertukar.  Sudah digantikan dengan skrin LED 42 inci yang hanya kupandang sepi.  Aku larikan mata ini ke seluruhnya.  Tidak berubah dan kenangan bersama ibu juga kekal begitu.  Kepedihan ini lebih hebat mengatasi sedikit rasa asing  yang muncul itu.  Terbit sedikit demi sedikit tapi sayang.  Belum sempat bercambah, terbunuh sudah kerana aku memang mahukan begitu. 
Tidak sedar, mataku mula terkebil-kebil sendiri dan kelopak mata mula memberat hingga akhirnya, kepala ini aku lentoknya pada bahu sofa.  Kala aku sedar, ada tangan yang menyentuh pipiku. 
Aku pantas buka mata dengan rasa terkejut namun lega bila wajah Budriz muncul kepenatan. 
“Kenapa tidur sini?”  Dia meraih tanganku memaksa aku menyalami dia.  Bila aku sekadar sekadar tidak mengerti, dia menyuakan sendiri tangan itu ke wajahku. 
Abang sayang dia,” bisik dia lalu dia kucup dahiku seketika. 
Beg sandangnya, diletak di atas meja kopi dan dia juga turut melabuhkan duduk di birai meja kopi itu.  Aku angkat tubuh dan memandang dia.
“Lambat balik?”  soalku.  Menjeling ke arah jam di dinding. 
“Sayang tunggu abang?”  Dia kembali bertanya padaku bersama seulas senyuman di wajah penat itu.
Perlahan-lahan, aku jatuhkan kepala mengiyakan dan senyuman Budriz semakin lebar. 
Thanks.  Sayang masak tak?”  Dia menyoal lagi dan kemudiannya dia tepuk dahinya sendiri. 
“Aduhai… maaf-maaf, yang.  Lupa siang tadi pun kita makan nasi bungkus.  Weekend kita keluar, ya?”  janji dia sekali lagi. 
Aku ketap bibir.  Wajahnya aku renung.  Membalas tikaman mata itu padaku.  Tikaman  yang lembut dan menusuk sedangkan renunganku adalah renungan yang mahu membunuh. 
“Aku memang tunggu kau!”  tegasku.
Abang tahu.”
“Sungguh ni Budriz.  Sungguh aku katakan yang aku tak mampu nak hidup dengan kau.  Jangan kata sebumbung malah aku tak mampu terima sekalipun yang kau wujud atas dunia ni.  Lepaskan aku dengan cara baik,” ucapku namun langsung tidak membunuh senyuman dia. 
Budriz menyulam jemarinya sesama sendiri dan tubuh itu membongkok sedikit membawa wajahnya hampir sedikit padaku.  Kening lebat itu dijungkit lama. 
Abang dah agak sayang nak cakap macam ni dan abang tak nak tanya kenapa sebab berkali-kali dah sayang cakap sebabnya dari dulu sampai sekarang.  Cuma satu je abang nak tanya?  Sayang percaya takdir?”  soal Budriz tenang. 
Terkedu dengan soalan dan ketenangannya, bibirku terkatup rapat.  Lidah tak mampu bersuara sedangkan hati mengiyakan segalanya. 
“Mesti Syai percaya, kan?”  tanya dia kemudiannya seraya membetulkan tubuhnya.  Agak tegak dan mendabik dada sedikit. 
“Kenapa tak sudah-sudah nak minta abang lepaskan Syai andai Syai percayakan takdir?  Sebab benci?   Sebab dendam yang telah Syai hidupkan dalam hidup Syai sepuluh tahun sudah?  Sebab ayah kahwin dengan bonda dan biarkan Syai dan arwah ibu Syai sendiri?” 
Kata-kata Budriz benar-benar mencabarku kala ini.  Pantas aku bangkit dan mencerlung pada dia yang sedang memanggung pandangannya padaku. 
“Memang begitu dan akan kekal begitu, Budriz!”  Aku ketap gigi hebat.
Budriz senyum lagi dan bangkit juga membawa aku pula terdongak pada dia.  Dia menapak setapak dan aku langsung tidak berganjak.
“Kita tak tahu masalah orang tua kita masa tu, sayang.  Andai takdir tu di tangan manusia, mudah segalanya.  Mudah untuk dunia ni hancur sebab manusia ni tak pernah cukup.  Tak pernah bersyukur dengan apa ada.  Tak bersyukur dengan nikmat dan layanan baik  yang diterima,” bidas dia. 
Aku ketap bibir.  Pedih hati menerima sindiran dia. 
“Kau jangan nak sindir aku, Budriz.  Ini soal keluarga aku!”
“Dan abang suami Syai sekarang.  Syai bukan lagi hak ayah tapi hak abang.  Segala dosa Syai, abang yang galas.  Tolonglah, sayang… cuba pujuk hati sayang tu untuk terima takdir hidup sayang.  Jodoh sayang dengan abang memang aturan Allah.  Mungkin caranya silap tapi hubungan kita ni adalah satu anugerah, sayang.” 
Semakin lembut suara Budriz memujukku.  Jemari kasarnya itu singgah lagi di pipiku, mengelus lembut membuatkan aku terbuai seketika.  Terasa sedikit nikmat kasih sayang.
“Sayang belajar terima takdir yang telah Tuhan aturkan buat kita, ya?” Dia mengedipkan matanya sekali dan aku yang bagaikan baru tersedar dari usapan lembutnya, terus saja menepis kasar tangan itu.
“Kau jangan nak bercakap soal takdir dengan aku, Budriz sebab kau tak pernah laluinya,” ujarku dengan suara yang bergetar hebat dan airmata yang kembali menitis ke pipi.
“Kau tak akan pernah tahu betapa hebat aku menghadapi takdir aku.  Kau tak pernah rasa itu semua, Budriz!”
Budriz menggeleng kesal.  Dia beristighfar panjang.  “Mengucap sikit, sayang!” tegur dia agak keras.  Mata itu sedikit membulat.
“Sayang sedar tak sayang sedang menyalahkan takdir.  Menolak takdir bermakna menolak percaturan Allah dan itu adalah salah sama sekali.  Berdosa besar!” tekan dia lagi. 
“Kau memang rasa ini semua salah tapi aku yang menanggung ni terlalu perit, Budriz.  Aku terpaksa hadap segalanya sendiri dan hari ni aku terpaksa hadap kau pulak.  Malah kau dapatkan aku dengan cara tak jijik macam ni!” bentakku. 
Aku tolak tubuhnya hinggakan Budriz terdorong ke belakang sedikit namun dia pantas mendapatkanku semula sebelum aku sempat melangkah.
Tangisanku sudah meninggi.  Aku sudah tidak mampu menggalas bebanan ini.  Mengapa Kau duga aku seberat ini, Ya Tuhan?  Apakah khilafku selama ini?  Hatiku merintih pedih.  Aku cengkam dadaku sekuat hati.  Sakit, terlalu sakit.
“Ya Allah,” keluh Budriz lantas dia datang mendekat padaku.  Dia tanpa teragak-agak memaut pinggangku ke dalam pelukannya. 
“Kenapa mesti jadi selemah ni, sayang?  Sayang muslimat, kan?  Islam yang percaya pada rukun Iman.  Rukun Iman yang ke-enam yang sedang sayang nafikan ni.  Beriman kepada Qada dan Qadar,” ujarnya sedikit berbisik.
Aku ketap bibir.  Menangis dan terus mengalirkan airmata.  Pedihnya hati.  Lara di jiwa kala ini bila Budriz berbisik kata-kata itu dekat di telingaku. 
“Kita manusia ni, seringkala bertanya.  Mengapa dugaan sehebat ini?  Dan Allah dah jawab dalam surah Surah Al-Imran, ayat 139… yang membawa maksud, tidak Dia membebani seseorang hamba itu kecuali sesuai dengan kesanggupannya untuk menggalas beban tersebut dan abang yakin, sayang kuat untuk hadapi semua ni,” tegas Budriz padaku. 
Tersapa di peluput telingaku akan helaan nafasnya yang resah dan juga kesayuan kata-katanya.  Sedih barangkali dengan sikapku yang menolak aturan hidupku bulat-bulat.
“… dan manusia juga sering bertanya, mengapa aku diuji?  Dan Allah menjawab dalam Surah Al-Ankabut, ayat 2… yang membawa maksud, tidak cukup sekadar pengucapan aku telah beriman padahal kita semua masih belum diuji seperti mana Allah menguji kaum-kaum sebelum kita, sayang.  Bawa mengucap, Nur Syaima binti Syakri.  Jangan terlalu diamuk oleh sifat syaitan yang dilaknat,” sambung dia lagi. 
Lidahku kelu.  Rasanya inilah pertama kali aku tertewas oleh bicara Budriz.  Termangu juga aku seketika bersama airmata yang semakin lebat titisannya.  Kali ini, aku teraba-raba tangan Budriz yang erat memeluk pinggangku.  Aku sapa dengan jari terketar-ketar.   
“Syai sakit…. Syai sakit dengan apa yang telah terjadi.  Syai benci ayah.  Syai rindu ibu.  Syai pedih bila ibu tersisih.  Syai sakit bila ibu menderita,” ujarku lirih dalam intonasi yang berubah mendayu.
Budriz membalikkan tubuhku menghadapinya dan membawa jemari suamnya menyeka airmata di pipiku.  Rasanya inilah pertama kali aku dibisik rasa pilu dan rasa hati yang tertimpa seberat-berat sesalan.  Mudah terluncur lancar namaku dari celah bibir ini.  Aku lihat Budriz melebarkan senyumannya pada wajah kelatnya.
“Sebab tu abang ikat Syai jadi isteri abang.  Abang cintakan Syai.  Abang nak ubati sakit tu.  Abang nak halau jauh-jauh perit tu.  Abang nak gantikan benci tu kepada sayang yang Syai sendiri akan tersenyum kala menikmatinya,” pujuknya padaku. 
Mata itu redup dan terus meredup.  Aku tidak menjawab.  Mengangguk tidak, menggeleng juga tidak.  Hanya sekadar merenung wajah bersih di depanku ini.  Wajah lelaki yang telah sah menjadi suamiku bila takdir membawa dekat di hati. 
“Sayang harus syukur.  Orang lain lagi hebat terduga.  Tapi sayang… tak pernah terniat nak membalas kekasaran Syai pada abang.  Tak pernah sekalipun, yang,” akui dia sambil menggeleng berkali-kali. 
“Syai bersyukurlah sebab abang tak memaksa malah balik dari pejabat penat-penat, isteri lari dari rumah.  Abang tetap sabar dan pohon Allah tunjukan jalan buat abang.  Syai bersyukurlah sebab bila abang balik dari kerja penat-penat, isteri abang membentak dan minta cerai.  Tapi, abang tak marah.  Malah abang pujuk.  Abang peluk.  Apa Syai rasa kalau Syai sedang berhadapan dengan suami yang sikap yang sama baran dan kerasnya macam Syai?  Boleh sayang bayang?  Emm?” 
Tertunduk aku seketika mendengarkan soalan yang tidak putus dari bibir Budriz.  Soalan yang menyentakkan jiwa.  Yang meruntuhkan ego dan menarah dendam yang menggunung. 
“Memang abang tak lalu semua tu tapi Syai tak tahu, betapa sakitnya abang.  Menderitanya abang bila lihat wanita yang abang cinta menderita begini.  Maafkan ayah. Maafkan bonda sebab abang akan mandikan Syai dengan kasih sayang yang tak pernah putus melainkan Allah tarik nyawa abang dari jasad ni,” ujar dia penuh yakin. 
 “Syai tak mampu lupakan hal lalu…” 
Aku takut andai aku tidak mampu dan iman yang terlalu tipis ini cari akhirnya hingga menyebabkan aku melakukan perkara yang di luar dugaan nanti.
“Sayang boleh.  Sayang boleh!” tekannya lalu dia menarik tubuhku rapat padanya.    
Bibirku bergetar tidak mampu lagi mengungkap kata.  Betapa selama ini aku menolak segala yang berlaku sebagai kesilapan takdir dan mereka di sisiku.  Sedangkan aku lupa, yang aku ini berpijak di bumi-Nya, berbumbungkan langit Allah yang agung. 
Kala ini, hanya airmata yang mampu menggambarkan kekesalanku kerana menyalahkan takdir atas apa yang telah terjadi ke atasku.  Tanpa sedar, aku membalas pelukan Budriz buat pertama kalinya.
Nafas berat Budriz lepaskan lalu dia membawa telapak tangannya pada belakang kepalaku. 
“Inilah abang apa adanya.  Yang ingin membuat sayang bahagia.  Maafkan bila abang tak sempurna.  Sesempurna cinta abang pada seorang isteri.  Inilah abang apa adanya,  yang ingin selalu di samping sayang.  Abang tahu tiada apa yang sempurna yang ada di bawah langit ini sebab tu abang perlukan Syai untuk lengkapkan abang dan menjadi kesempurnaan pada Syai, ” bisiknya pada telingaku. 
Syahdu dan bersendu.  Pilu malah menusuk ke kalbu.  Aku hela nafas yang panjang dan kulepaskan perlahan-lahan bersama seluruh tubuh yang bergetar hebat.  Pelukan aku eratkan. 
“Maaf!”  pintaku antara dengar dan tidak.

~~> bersambung

Cik Penulis : Setelah ada bahagia, pasti terduga lagi.... 

71 comments:

  1. semakin best!! nak lagi please~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. pompuan ni xtaw nk mghargai..
      so dy xpatot dhrgai..
      xde laki kat dunia ni sbaik itu..
      xslamanya dy bleh sabar sdgkn dia lelaki biasa2...

      Delete
    2. siape cakap takde..dunia ni ade macam-macam orang..so tak mustahil ade orang sesabar itu..sb ai sendiri pernah tengok..

      Delete
  2. TQ cik RM !!! wah , entry kali ni best la ... saya harap saya orang first yang comment untuk malam ni ;D

    ReplyDelete
  3. waaaa caya la cik Rehan,.menusuk kalbu hingga ke tulang sumsum hehe
    sikit lagi Budriz,.tawan ati Syai ketat2,.buat Syai rase y ade org syg dia n xbiarkan dia sorg2 keke

    ReplyDelete
  4. ala....sudah2 la kisah tragis tu.... kesian sgt kat budriz....xnak...xnak...

    ReplyDelete
  5. wahh,dah xlama dh tu syai terima budriz!!

    ReplyDelete
  6. sedihnya....harap syai insaf n terima budriz

    ReplyDelete
  7. tersentuhnya.terbaik

    ReplyDelete
  8. ya allah,
    sweet nya!
    :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..syai dh bleh xcept husband dia.. pasni moga ade bhagia buat syai...

    ReplyDelete
  10. kak rehan mmg superb la akak, sungguh hatiku tersentuh dengan kebaikn n kelembutan budriz huhu T_T

    ReplyDelete
  11. waaaaaaaaaa.......best sgt..syai dh lembut skit...bgus la..suka2..hehe

    ReplyDelete
  12. ntah knp saya bca n3 ni saya rsa sedih kat karehan..mesti karehan tgh strggle gila2 nak puaskan hati semua pembca..ksian karehan

    ReplyDelete
  13. Wah! dah ada perubahan nampaknya. Syai dah mula terima Budriz.

    ReplyDelete
  14. trhibur baca n3 kali ni, apatah lg dlm mood wekend...ksian budriz kena hafal makna surah2 lg nk memujuk si syai, kalau keras lg hati si syai x tau le mokcik nk nolongnye...

    ReplyDelete
  15. terharu............

    ReplyDelete
  16. There will be a good behind the bad, no worries, good luck Budriz! (Y) btw, Budriz sangat gentleman, aduhaiii

    ReplyDelete
  17. hey commenlah... kenapa mesti syai mudah lemah dengan pujukan suami? huh!

    budriz kena faham!!!!!!! argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. isteri derhaka tak masuk syurga

      Delete
  18. besttttt...nak lagi dan lagi dan lagi.....

    ReplyDelete
  19. wah best2.. mudah2an syai lembut hati....
    xsabar nie nk baca next entry..huhu

    ReplyDelete
  20. ouh abang budriz tersayang , nape sgt sweet nie , cayaq mak jemah tau. hehe. go budriz go! lama lama pasti syai akan tergoda dengan kelembutan dan kesabaran budriz cuma mungkin lambat sket kot. hee. thanks kak rehan for this entry! anyways , triple thumbs up!! :)

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  21. best2!!untung syai dpt hubby pnyabar...huhu...

    ReplyDelete
  22. Cik Penulis ~~~~~> yr last line made my heart dup dap... dugaan apa lagi ni RM dearest? Continue please...

    ReplyDelete
  23. tq RM sbab update STK 18...love u so much and all the best to the next entry...:)

    ReplyDelete
  24. terbaek... nak lg...hehe


    ...Dg. Siti...

    ReplyDelete
  25. ohohohooh syai dah ok.. apa maksud akak pasti terduga lagi...? suspen2..

    ReplyDelete
  26. Terbaek.......
    Smbg lgi.....cpt2....

    ReplyDelete
  27. syai da bleh trima skit pe yg da blaku pd dia slama nie..budriz truskn usaha utk bhgiakn syai

    ReplyDelete
  28. READ THIS
    TO WRITER,
    I loveeeeee it soooo much esp the last part of it. Sedih la. Tlg la create somethg happy sikit xnak lah sedih2 SANGAT mcm ini. Pls or plsssss?

    ReplyDelete
  29. alahai rehan, menangis saya baca part ni. Biar Syai terus cuba menolak sebab tak dapat lupakan perbuatan ayah dia tapi Budriz terus sabar memujuk....dan kami semua cairrrr!

    ReplyDelete
  30. apa2 pun cik penulis, tolong sambung cepat2 ye, kami semua terlalu excited nak baca & baca sampai habis.

    ReplyDelete
  31. wooo....suka sngt, yesssss abg Budriz terus pujuk dan tambahkn mukidmah kuarkn sabda hadis agar meyedarkn dan mlembutkn Hati Syai...Heheee....pas ni abg Budriz bwalah Syai pi soping bli brang dapur yea heheee...
    Ida....

    ReplyDelete
  32. hang kan Reahan... klau dh bahagia ... msti ada duga.. pastu bahagia.. pastu duga.... hmmm.....

    ReplyDelete
  33. kak rehan..kasi la die bahagia lama2 sket..hehehe

    ReplyDelete
  34. sedi...harap lpas ni biarla budriz n syai bahagia.

    ReplyDelete
  35. pewwit terbaik wok.gilerh kentg aah tabik supeb spring kat Budriz. Syaima dah cair dah tuh. push lagi skit jeh lagi kot. wallauweh romantik couple dah nk muncul ke? terbaik aah

    ReplyDelete
  36. Best....#^_^
    akhirnya Syaima meminta kemaafan dari Budriz...
    Harap Syaima x berubah fikiran lagi ....

    ReplyDelete
  37. ah rs sdih n sayu dgn entri,,ayat2 al-quran kn pastikan betul terjemahannya spya pmbaca y baca pun boleh rs sama n memahaminya..

    ReplyDelete
  38. Entry kali ni plg best rehan..sggggttt2..
    buat sye cair dan mcm nak cari jer budriz yg sweet dan romantik 2..ble bca entry ni sye rasa insaf dgn ayat2 quran yg rehan gunakan..rasa sedih dan terpikir2 akn takdir yg kite smua tempuh tanpa kite sedar..tahniah rm..awak mmg penulis yg berbakat..
    * jgn lupa update STK 19 cepat2 yer..hari ni ke..x sabar dah nak bce.

    ReplyDelete
  39. ayat budriz yg last 2 mcm lagu je..hehe

    ReplyDelete
  40. Alhamdulillaah. Saya adalah salah satu pembaca setia blog ka Rehan ini.
    Saya dari Indonesia.
    Saya suka dengan cerpen2 dan novel2 ka Rehan. Alhamdulillaah, dengan membaca blog ka Rehan menambah kosakata bahasa Malaysia. Terkadang malah ingin bicara pakai bahasa Malaysia. Hhee,.
    Terus berkarya ya ka Rehan.
    Semoga sukses dan selalu diberi kesehatan oleh Allooh. Semoga Allooh slalu menjaga ka Rehan dan keluarga. Aamiin.

    ReplyDelete
  41. sedih..ayat budriz tu buat saya terharu..kadang2 kita mmg akn slalu tanya kenapa kita diuji sedangkan dekat luar tu ada lagi org yg diuji dgn lebih hebat..

    ayat budriz yg last2 tu mmg buat saya rasa sedih..huhu..napalah saya emo sangat ni..terharu sungguh dgn ayat dia..

    ReplyDelete
  42. berbahgialah syai dan budriz..:) memang tak sangka.. tp Allahuakhbar.. n3 kali ni rasanya yg terbaik..bukan sekadar kisah semata tp ada benda utk difikir..direnung..jg buat muhasabah diri..tahniah RM..syukurlah kerana anda diberi peluang olehNya utk meminjam ilhamNya yg sngt luas..hny insan bertuah yg terpilih antara terpilih..^^ tahniah.. mg mampu menghasilkan yg lebih baik..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  43. syai dh lembut yea? suke3

    ReplyDelete
  44. pndai RM gbungkn ayt ngn lirik..tersentuh jiwa kalbu..
    cm ada kene mngena la plak..ayt 2 ngn kite..
    gud job..

    Inilah aku apa adanya
    Yang ingin membuatmu bahagia
    Maafkan bila ku tak sempurna
    Sesempurna cintaku padamu

    Ini cintaku apa adanya
    Yang ingin selalu di sampingmu
    Ku tahu semua tiada yang sempurna
    Di bawah kolong langit ini

    -petikan lirik CInta Kita..

    ReplyDelete
  45. best2...tp kdg2 asa geram ngn syai ni..dh dpt suami baik n penyabar pn lg nk keras kpla..tp kn kak rehan, bla bc nvl ni ase cm sy ada dlm diri syai tu je...huhu..ape pn x sbr nk tggu next entry...gud job..

    ReplyDelete
  46. tahniah rehan! teruskan usaha

    -chah husain-

    ReplyDelete
  47. best!!!ble syai nk lentok ngn budriz ni..alahai...x sabo dh ni..

    ReplyDelete
  48. best nak lagi
    bile nak keluar novel baru

    ReplyDelete
  49. mmg the bes la n3 kali ni...sweet nyer budriz...nk ag....

    ReplyDelete
  50. episod ni best kak
    akak ada selitkan dgn bab2 agama
    bg sy sngt bermakna
    menusuk ke pangkal jantung

    ReplyDelete
  51. best nak lagi.. tak sabar nk tunggu n3 ke 19.

    ReplyDelete
  52. dulu baca cerpennya.. dah segelen air mata.. ni baca novel.. bergelen-gelen melimpah.. kalau zaman sultan mahmud tentu den kaya.. tahniah rehan... terbuai dan terikut2 perasaan Syai..

    ReplyDelete
  53. aduhhh...sdah jatuh ati ngan budriz...
    sgt sbar dan pnyayang...harap syaima akan sedar cinta tulus budriz trhadap dia...
    cair ngan pjukan budriz kt syaima...
    hope syaima x keras ati dekat budriz dh...
    tq RM for this entry..syg RM..

    ReplyDelete
  54. best..mkin lame mkn best..
    xsbar tngu n3 strusnya...

    ReplyDelete
  55. kak Rehan ku sayang, harini ada entri baru tak? kasi semangat skit nk kerja...monday blues.
    jgn la duga budriz & syai lama2, sedih la.

    ReplyDelete
  56. Betul kata Budriz nasib baik Syai dapat suami yang lembut, kalau kena yang keras macam sifat Syai apa yang akan jadi pada sebuah rumahtangga... Syai ni lembut tapi kerana sifat dendam menjadikan dia seorang yang pemarah...... terharu dengan sikap Budriz....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyebok cikit. Sebabtu lelaki dan perempuan saling melengkapi... psst. Cik Penulis kita memang pandai menggabungkan dua jasad jadi dua hati pastu buat semua pembaca terhiccup menahan 1001 rasa yang berbagai.... hee.. Sue, kita sama-sama tunggu next n3 ya.. ~~~~~> Cik Penulis, cepatan...

      Delete
  57. yeay tembok batu dah mula cair... chaiyok Syai... tp dlm memberi bahgia tu main tarik tali skit... bukan menolak takdir... org yg pernah merasai sakit tu jer yg tau...
    Akhir nanti syai akan jd isteri solehah dan terbaik utk budriz... budriz plak yg penat nk hadap muka syai nanti...ngeh ngeh....

    ReplyDelete
  58. kata2 budriz sngt menyentuh perasaan...pasti ada bahagia di penghujung derita

    ReplyDelete
  59. terharu kak...sungguh dlm ayat dlm bab kali ni...

    ReplyDelete
  60. cerita ni byk pengajaran mengenai kehidupan masa kini =).. terlalu ramai yg menyalahi takdir sehinggakan mereka lupa disebalik dugaan tu ada hikmahnya.. cara ayat pengolahan cerita RM memang the best la.. tertarik sgt!!

    ReplyDelete
  61. akak rehan- sy nak tanye,kenapa sy nak hntar karya ke penulisan2u tak boleh yer?
    adakah sebb sy tak gune microsoft word 2010?

    ReplyDelete
  62. Rehan, thanks for the n3. Sayu dan menyayat hati. berkat kesabaran Budriz, akhirnya dilembutkan hati Syai utk menerimanya. x sabar nk tggu n3 baru.. By d way, sy nk ucapkan tahniah, buku 'Terlerai Kasih' mmg best sampai sy menangis ketika membacanya. Sedih sgt, kesian kat Wafi asyik ditimpa masalah dan geram pada abg iparnya yg jahat itu.

    ReplyDelete