Friday, November 18, 2011

Terlerai Kasih 53

BAB 53

MATAKU terbuka sedikit bila merasakan ada getaran di lengan. Mungkin jua telefonku menerima pesanan ringkas. Tapi, bila aku merabanya, tidak pula tercapai oleh tangan.
Sudahnya aku biarkan saja.

Baru saja hendak kembali lena, mataku terasa silau dengan cahaya lampu yang terang benderang. Perlahan-lahan aku buka mata dan terkejut juga bila Ilham sedang duduk di birai katil merenungku dengan wajah yang kelat.

“Kenapa, bang?” tanyaku. Bila aku lihat jam di dinding, tepat jam 3 pagi.

“Abang lapar ke?” tanyaku lagi bila dia tidak menjawab.

Aku angkat tubuh dan duduk menghadapnya. Mata yang masih terasa pinaunya aku genyeh beberapa kali. Ilham mengangguk. Aku senyum mesra.

“Kan dah cakap awal-awal tadi. Mesti abang laparnya. Maggi je boleh tak?” tanyaku sambil mengikat rambut panjangku dengan ikatan tocang satu.

“Apa-apa jelah. Dah lapar sangat ni. Tak boleh nak tidur dah,” adunya sambil memegang perut. Aku bangkit dan hendak berlalu ke dapur.

“Fiah,” seru Ilham. Langkahku mati seraya berpaling pada dia.

Dia hanya merenungku saja. Langsung kelu tanpa kata. Lama juga kami saling merenung. Riak itu tampak pelik pula. Macam ada sesuatu yang hendak dia katakan.

Bila dia tunduk menekur ke lantai, aku kembali duduk di sisinya. Telapak tangan ini aku labuhkan di atas pehanya.

“Abang ada sesuatu nak beritahu Fiah ke?” tanyaku lembut. Risau juga bila dia begitu. Aku takut dia berubah lagi tanpa sebab. Aku bimbang aku perlu menghadapi kesakitan daripadanya sekali lagi. Pantas aku panjatkan doa buat Tuhan Yang Esa agar tidak diduga kami ditengah kebahagian ini.

Soalan begini pernah dia ajukan padaku dulu. Tapi, jawapanku hanya tidak dan tidak itulah yang memakan hubungan kami. Hari ini, bila aku bertanya, aku mahukan jawapan yang tulus daripada lubuk hatinya yang paling dalam.
Bila dia menggeleng, aku mengeluh. “Tapi, kenapa Fiah rasa abang ada sembunyikan sesuatu?”

Ilham diam lagi memainkan jemarinya.

“Abang…,” panggilku lagi dan kali ini penuh dengan kelunakan.

“Kalau tak ada apa, tak akan abang masam macam ni? Semalam Fiah peluk pun abang tak nak. Kecil hati Fiah,” ucapku perlahan. Menggambarkan betapa aku terasa hati dengan dia.

“Tak ada apalah, yang. Abang penat je tu.” Dia usap pipiku dan tersenyum.

“Mungkin sekarang tak ada apa-apa. Tapi, kalau ada apa-apa, Fiah harap abang cakap je. Apa pun Fiah terima. Fiah tak nak abang berubah lagi. Paling teruk, kalau Fiah sendiri yang berubah. Itu yang Fiah takut.”

Dia menggeleng perlahan lalu dia ukir senyuman yang lebar padaku. Senang rasanya hati ini bila dia begitu. Hatiku berbunga setiap kali dia tersenyum.

“Dah lah. Pergi masak cepat. Abang dah lapar ni. Pertama kali nak makan magi,” sambungnya lagi lalu menarik aku bangkit menuju ke dapur.

“Pertama kali?” tanyaku tidak percaya.

“Masa belajar dulu tak pernah ke?”

Dia menggeleng.

“Abang ni tak pandai menikmati hiduplah,” ejekku bersama tawa kecil. Ilham tarik muka monyok.

“Mama marah kami makan maggi dulu. Mana pernah jumpa benda-benda macam tu,’ ucapnya sedih.

Aku rapat padanya. Pipinya aku pegang lembut. Comel wajah tampan ni bila merajuk.

“Ala, Fiah gurau jelah. Eloklah tak makan makanan segera macam tu. Fiah ni lain. Dari kecil sampai besar sekolah asrama. Macam mana mak larang pun, itulah yang termampu masa tu bila stay back. Tapi, hari ni terpaksalah makan. Tak pun jom kita keluar,” ajakku. Dia senyum.

“Nak pakai apa?” tanya dia.

Aku lihat dia dari atas ke bawah. Kemudian aku tersenyum lucu bila melihatkan seluar yang senteng itu.

“Macam ni je pun boleh,” jawabku dalam pada menahan tawa.

“Pendeklah, yang seluar ni. Malu abang nanti.

“Nak malu apa? Bukan tak pakai baju pun,” selaku kemudiannya.

“Habis tu Fiah nak pakai apa?”

“Fiah ada je lagi jeans dengan t-shirt lengan panjang dalam almari tu haa. Boleh je pakai lagi. Tak ada masalah.” Aku menjawab tenang.

“Alaa, tak nak lah macam ni. Fiah pakai cun-cun, lepas tu abang selekeh macam ni je. Nanti orang cakap abang tak padan jalan dengan Fiah.” Dia memprotes.

Aku ketawa. “La, selekeh apanya? Kalau betul orang cakap selekeh pun, biarlah. Yang penting abang tetap tampan dan segak di mata Fiah sampai bila-bila.”

Aku mula memujuknya dengan kata-kata yang berbunga dan suara yang melunakkan. Dia senyum kali ini. tapi senyum itu sudah nampak lain macam. Perlahan-lahan dia rangkul pinggangku membawa aku rapat ke dadanya lalu dia rendahkan kepalanya dan membenamkan wajahnya itu di leherku.

“Abang suka bila Fiah lepaskan rambut Fiah. Nampak cantik sangat,” gumamnya dengan nafas yang mula mendesah. Perlahan-lahan aku merasakan dia menarik getah rambutku lalu rambut panjang milikku terurai.

“Fiah nampak seksi sangat kalau biarkan saja rambut ni lepas bebas. Tapi, untuk abang je tau,” ucapnya lagi sambil terus memainkan bibirnya di leherku. Aku senyum.

“Segala yang ada pada Fiah memang hak abang seorang.” Dia tolak bahuku membawa mata kami bertentangan.

“Fiah tahu dan Fiah akan jaganya hanya untuk abang seorang,” janjiku sesungguhnya pasti. Kerana diri ini adalah haknya, aku akan jaganya hanya untuk dia seorang.

“Lagi satu, abang tak izinkan Fiah potong rambut ni. Kalau nak potong juga kena dapatkan kebenaran bertulis daripada abang.”

Aku ketawa kecil mendengarkan kata-katanya. Terasa lucu pula. Nak potong rambut pun kena minta kebenaran bertulis. Memanglah dia Ilham Fitri yang ortodok.

Dia terus membelai rambutku. Sesekali dia genggam kemas dan membawa rambut itu ke bibirnya. Lalu dicium berkali-kali.

“Abang ni lain macam je Fiah tengok? Tadi, kata lapar.”

“Abang dah tak rasa lapar. Mungkin lama sangat renung Fiah. Tengok Fiah pun perut dah jadi kenyang,” jawabnya dengan jemari yang masih membelai wajahku.

Tadi beria-ia meminta aku memasak tapi kali ini, bersungguh pula memelukku. Dia sememangnya boleh berubah mood dalam sekelip mata. Sukar dijangka. Hendak ditepis jemari yang membelai pipiku ini, bimbang pula dia berkecil hati. Hendak dibiarkan, terasa rimas pula.

“Hari tu, masa abang tinggalkan kesan merah kat sini…” Ilham sentuh leherku dengan hujung jarinya.

“… Fiah kata kesan tu akan hilang dan tak akan kekal. Hari ni abang nak tinggalkan Fiah dengan kesan yang tak akan hilang selamanya antara kita. Kesan yang akan menjadi tanda kasih sayang antara kita. Boleh abang minta tu?” tanya dia tenang.

Wajah itu penuh mengharap. Mataku jatuh pada matanya yang mula turun naik mengawal nafas yang berombak ganas. Aku sebenarnya kurang faham dengan kata-katanya.

“Abang nak minta apa?” tanyaku malu-malu.
Ilham tidak terus menjawab sebaliknya tunduk lagi mendekatkan bibirnya ke telingaku.

“Bagi abang zuriat supaya kesan kasih kita ni tak hilang buat selamanya. Biarpun kita tiada lagi di dunia, kesan itu adalah hasil kasih sayang kita,” bisiknya lembut.
Perlahan-lahan aku rangkul lehernya. Menjingkitkan sedikit kaki ini hendak menyaingi ketinggiannya.

“Untuk abang. Fiah rela segala kesan itu bersama Fiah untuk seumur hidup ni,” balasku juga berbisik.

Bila Ilham menarik tanganku untuk kembali ke katil, langkahku pegun. Rasanya tadi dia kata dia lapar. Tak nak makan dah ke?

“Err, apa kata kita makan dulu?”

Ilham berpaling seraya menggeleng. “Fiah yang akan kenyangkan abang,” ucapnya lalu memadamkan lampu dan membawa aku hanyut di dalam pelukan kasihnya yang semakin hangat dibakar api cinta dariku.

Jauh disudut hati, aku bersyukur kerana dia masih memegang janjinya untuk menyintaiku dan aku berdoa agar Allah kurniakan kami rezeki yang akan membuatkan ikatan kasih kami tersimpul mati. Tak akan terlerai biarpun dugaan hebat membadai satu hari nanti.
*****
PAGI itu, setelah selesai berkemas apa yang patut, kami terus bertolak balik ke Petaling Jaya. Ilham juga perlu masuk ke pejabat petang itu juga untuk menghadiri satu mesyuarat penting. Cuti yang masih berbaki sehari dua itu rasanya elok saja kami batalkan memandangkan segalanya telah selesai dan berjalan lancar.

Aku juga sudah berkeputusan hendak masuk ke pejabat esoknya. Bila Ilham tidak menghalang, aku tersenyum senang. Rindu benar pada kesibukan di pejabat. Tapi, mengapa wajah itu bagaikan tidak senang.

Sepanjang perjalanan diam saja. Bila aku meminta izin hendak ke pejabat esok, dia hanya mengangguk. Pelik tapi cepat-cepat aku tolak rasa pelik itu. Mungkin saja dia masih penat. Desis hati ini sendiri.

Tiba di rumah, aku lihat mama sedang menyiram pokok di laman. Dia senyum dan terus menapak ke arah kami bila kami sama-sama keluar daripada perut kereta. Ilham terus menuju ke boot, hendak dikeluarkan barang-barang kepunyaanku. Aku salami mama dan dia mengucup pipiku sekali.

“Seronok malam tadi?” tanya mama mengusik. Aku ketawa kecil sedangkan wajah ini sudah merona merah rasanya. Mama ni, soalan boleh tahan, ucap hati ini.

“Seronok Am malam tadi dapat lari daripada keluarga yang lain?” Mama halakan pula matanya ke arah Ilham yang sudah menutup boot kereta.

“Bolehlah daripada tak ada,” jawabnya senada lantas berlalu ke dalam rumah.

Hati ini rasa tersiat pula dengan jawapannya. Mungkin saja dia bergurau tapi gurauan itu bagaikan memaksudkan sesuatu yang di luar jangkaan. Tubuh yang sedang masuk ke dalam rumah itu aku renung lama.

Apakah yang dia maksudkan dengan ‘bolehlah daripada tak ada’ tu? Boleh saja dia menyentuhku sesuka hatinya kerana hanya aku yang sah di sisinya waktu ini? Hampir menitis airmataku mencari jawapan. Mungkin saja dia bersenda, tapi aku tidak dapat menerimanya.

Waktu ini ku rasakan, aku ini hanya wanita simpanannya selepas apa yang dia janjikan padaku sewaktu dia hadir dekat dengan diri ini. Membisikkan kata-kata cinta di cuping telingaku malah aku menunaikan segala tanggungjawabku hanya kerana Allah dan kerana dia adalah suami.

“Kenapa pulak tu?” tanya mama selepas kelibat Ilham hilang daripada mata.

“Entahlah, ma.” Aku jungkit bahu dan melarikan anak mata ke siling yang cantik berhias dengar ukiran berwarna warni itu.

“Muka lain macam je mama tengok Am tu? Kamu berdua bergaduh ke apa?”
Aku geleng lagi. Mana mungkin kami bergaduh selepas apa yang kami lalui beberapa hari ini. Setelah apa yang dia ungkap malam tadi, hendak memberikan aku kesan yang tak mungkin hilang dari kami seumur hidup biarpun hingga ke alam sana tapi mengapa hari ini dia begini?

“Kenapa pulak budak Ilham ni?” tanya mama lagi dan kali ini lebih pada diri sendiri.
Aku diam terpaku di situ. Rasa lain macam saja kali ini. Hati ini kuat mengatakan, rumah tanggaku akan terbadai lagi. Atau lebih teruk, aku mula berfikir yang Ilham hanya menginginkanku kerana itu. Setelah segala apa yang aku persembahkan buat dia, dia akan pergi jua nanti. Membiarkan aku sendiri seperti sebelumnya.

“Kamu berdua ni penat ni,” simpul mama sendiri. Dia gosok belakangku yang sedari tadi terkedu sendiri.

“Fiah masuklah berehat. Kemas barang yang patut tu. Nanti teman mama masak tengah hari. Papa balik nanti. Iz dengan Aqam pun nak balik makan kat rumah hari ni,” pujuk mama melarikan tumpuanku kepada yang lain.

Aku memaksa diriku tersenyum pada mama. Tidak mahu wanita anggun itu berfikir yang bukan-bukan. Cukuplah masalah Izham dan Iqram yang dia fikirkan. Tentang aku dan Ilham, rasanya aku sudah cukup kuat hendak menyelesaikannya sendiri andai benar Ilham cuba buat hal sekali lagi.

“Fiah naik dulu, ma. Abang Am tu memang penat agaknya. Tension la tu, pagi tadi dapat call suruh dia masuk pejabat,” beritahuku pada mama dalam pada menyedapkan hatiku sendiri.

“Hai cepatnya kena masuk pejabat?” tanya mama tidak puas hati.
Aku ketawa nipis. “Ada kerja penting la tu. Fiah pun nak masuk pejabat esok dah. Banyak kerja urgent katanya,” beritahuku lagi.

Mama dah bercekak pinggang kali ini. “Azhan ni memanglah nak kena,” ucapnya. Aku ketawa. Sungguh gelihati melihatkan membebel sendiri pada adiknya itu.

“Bukan Uncle Azhan suruh masuk pun, ma. Fiah sendiri yang nak masuk kerja dah. Kasihan juga dekat kawan-kawan pejabat tu. Fiah tak ada macam pending je semua.” Aku membetulkan tanggapan mama.

Takut juga kalau dia tazkirahkan Encik Azhan. Dia bukan boleh kita. Sama macam anak-anaknya juga. Lembut tapi jelas tegas. Abah pun tidak begini.

“Eloklah Fiah dengan Am tu. sama-sama kaki kerja,” ucap mama dan menjeling manja ke arahku.

“Dahlah. Fiah masuk rehat dulu. Nanti tolong mama masak, ya. Lagipun mama nak bincang pasal Aqam tu ha. Tak dan-dan dah. Alang-alang ada menantu ni, tanyalah pendapat menantu pulak.” Mama sengih.

Aku angguk lantas berlalu. Senyumku mati bila saja membelakangi mama. Ada rasa sarat yang semakin memberat di kelopak mata. Ada air jernih yang mahu tumpah bila mengingatkan kata-kata Ilham tadi.

Semakin aku pujuk hati, mengatakan yang dia tidak sengaja berkata demikian dan semuanya itu hanyalah gurauan semata-mata, semakin itu juga akalku menolak. Aku masih waras hendak menilai setiap kesungguhhannya dalam berkata-kata. Untuk menilai maksud di sebalik setiap ucapannya.

Bila aku pijak anak tangga pertama, langkah ku mati di situ. Terasa kabur pandangan dengan air jernih yang semakin tidak dapat aku bendung lagi.

“Bolehlah daripada tak ada.” Jelas dan padat saja sebaris ayat itu menerjah gegendang telingaku tadi dan kini masih terdengar bagaikan pita perakam yang diulang-ulang berkali-kalu.

Tanpa aku sedar, titisan itu jatuh menodai pipiku. Buat pertama kalinya setelah aku terima dia dalam hidupku buat kali kedua. Setelah dia berjanji untuk tidak membiarkan airmata ini gugur lagi.

Tatkala aku dengar pintu bilik terkuak, aku pantas mengelap pipi yang basah. Bila aku angkat wajah, Ilham sudah tercegat di anak tangga yang teratas.

“Buat apa lambat sangat tu?” tanya dia tanpa kemesraan seperti biasa.

“Abang dapat call tadi, kena masuk office sekarang. Siapkan baju abang. Abang nak mandi,” ucapnya lantas berlalu ke dalam bilik semula.

Aku sekali lagi tersentak. Entah mengapa aku terima itu sebagai satu arahan padaku. Arahan seorang majikan kepada seorang gaji. Benar dia tidak langsung menggunakan kata-kata yang kasar namun, nada itu mendatar saja. Tiada kelembutan.

Sedaya upaya aku tahan air mataku dari gugur bila mendengarkan suara mama yang masuk ke rumah, membebel tentang pokok bunganya. Cepat-cepat aku panjat anak tangga dan menuju ke bilik kami.

Ilham di dalam bilik air bila aku masuk. Almari pakaian itu aku rapati dan aku capai sehelai kemeja bewarna biru lembut yang aku belikan untukku, seluar slack hitam dan juga tali leher dari warna biru yang agak terang dan sedikit bercorak abstrak untuk aku padankan dengan kemeja tadi.

Aku buka papan menggosok dan seterika. Pertama kali menyiapkan pakaian kerjanya membuatkan aku teruja tapi kegembiraan itu perlahan-lahan beransur hilang.

“Dah siap?” tanya dia tiba-tiba. Hampir saja aku terlompat dek rasa terkejut.

“Abang ni… terkejut orang,” rungutku cuba mempamerkan kegembiraan.
Ilham jeling aku sambil mengelap rambutnya. “Orang mana? Orang utan?” sinisnya.

Andai dulu dia pernah berkata begitu, tapi aku dapat rasakan gurauan mesra di sebaliknya tapi hari ini, aku rasa itu hanyalah sindiran buatku semata-mata.

“Err, dah siap baju abang ni.”

Seluar dan kemejanya itu aku letak di atas katil. Dia aku dekat dan cuba meraih tuala kecil itu daripada dia. Sudah menjadi kebiasaanku untuk mengelap rambutnya kini.
Tapi, bila dia menepis aku terkaku lagi. Bibirku bergetar hendak mengatakan sesuatu tapi tidak bergerak pula. Rasa terpasung pada lelangit dengan sikap Ilham yang tiba-tiba ini.

“Abang boleh lap sendiri,” ujarnya tenang.

Sudahnya dia campak tuala itu tepat ke mukaku. Hampir gugur jantungku dengan perbuatannya. Tapi, aku pantas pujuk hati agar bersabar. Mungkin dia tak sengaja, bisik hati ini sendiri. Dia hampiri katil dan dia memandang lama ke arah kemeja biru laut itu.

“Fiah ambil baju siapa ni bagi abang pakai?” tanya dia sedikit keras dengan bercekak pinggang.

“Err, baju tu Fiah beli untuk…”

“Kalau Fiah beli baju ni untuk orang lain tapi lepas tu tukar niat nak hadiahkan dekat abang, tak payah. Baju abang berlambak lagi. Gosok lain,” pangkasnya seraya mengangkat kemeja itu lalu dia campakkan ke dalam bakul baju kotor.

“Abang!” tegurku sedikit meninggi.

Dia kalih padaku dengan renungan yang sedikit tajam. “Abang ni kenapa? Kenapa tiba-tiba jadi macam ni?”

Ilham jungkit bahu. “Tak ada apa-apa pun. Abang mana ada berubah pun.” Dia cuba gelak tapi tidak menjadi. Aku ketap bibir.

“Kenapa tiba-tiba buat Fiah macam ni pulak?” tanyaku lagi.

“Abang buat apa?” Dia sudah bercekak pinggang.

“Cuba Fiah cakap abang buat apa? Abang cuma cakap abang tak nak pakai baju tu. Tu bukan baju abang. Abang minta Fiah gosok lain, payah sangat ke?”

“Itu kemeja abang. Fiah beli untuk abang,” beritahuku dengan harapan agar dia mengerti.

Itu memang kepunyaannya. Mungkin silapku kerana tidak memberitahunya, tapi aku benar-benar belikan untuk dia.

“Abang tak pernah tahu pun Fiah beli untuk abang? Entah-entah Fiah nak belikan untuk orang lain tapi tiba-tiba tukar niat, beri untuk abang tak?” tanya Ilham sinis.

“Itu memang Fiah belikan untuk abang. Kenapa abang berubah lagi ni? Dalam sekelip mata abang jadi macam ni? Kenapa, bang?” tanyaku dengan suara yang mula tenggelam timbul.

Baru sahaja kami berbaik dan dia berubah dan menyesali diri, hari ini dan saat ini dia berubah lagi. Berubah menjadi Ilham Fitri yang lain lagi tanpa aku tahu sebabnya.

“Abang tak ada apa pun. Tak pernah berubah. Kalau kata Fiah nak buat muka sedih macam ni, biarlah abang gosok sendiri,” balasnya keras lalu dia menapak ke almari.

Habis segala isi almari itu dia selongkar sedangkan segala kemeja sudah elok tersangkut di depan mata. Segalanya sudah bersepah sana sini.

“Tak nak gosok cakap tak nak gosok. Jangan banyak dalih macam ni. Buat apa ada isteri kalau nak suruh siapkan pakaian kerja pun tak reti,” bebelnya perlahan sambil dia menggosok pakaiannya sendiri.

Biarpun terlalu perlahan, tapi telingaku dapat menangkap segala ucapan itu dengan jelas. Aku pandang sisi wajahnya yang sedang menahan marah itu dengan mata yang tidak berkelip. Dia sedang berubah. Dia sedang berubah. Ucap hatiku risau. Berat mataku melihatnya namun dia langsung tidak berpaling.

Sewaktu Ilham sedang menyarungkan pakaian ke tubuh, aku terus berlalu ke bilik air. Paip di sinki aku buka sehabisnya, membiarkan air paip itu mengalir kuat bagi menutup tangisanku yang semakin menjadi-jadi.

Ya Allah, adakah dugaan-Mu buat kami hadir lagi? Dalam sekelip mata begini. Tapi, tiada kudratku hendak menghalang andai benar Kau berkata jadi, maka jadilah ia, rintih hatiku sayu.

Tidak sedar sudah berapa lama aku berada di dalam bilik air hinggalan satu ketukan kuat menghentak daun pintu.

“Buat apa dalam bilik air tu lama sangt? Berangan ke apa? Suami nak pergi kerja ni tak perlu hantar ke pintu ke? Itu pun nak kena orang ajar ke?” jerit dia dari luar.
Aku terus bangkit dari duduk dan terus membasuh mukaku. Perlahan-lahan aku tarik pintu dan dia sedang membetulkan tali lehernya. Dia menjeling ke arahku sekilas.

“Ikatkan tali leher abang ni,” arahnya. Aku cepat-cepat dekati dia dan bila tali leher itu bertukar tangan, aku kaku.

Sebenarnya aku tidak tahu hendak mengikat tali leher. Tidak pernah pula menggunakan tali leher itu seumur hidup ini. Bila dia meminta, aku hanya menyambut tali leher itu tanpa berfikir panjang.

“Tunggu apa lagi?” sergah Ilham.

“Err, Fiah tak tahu nak ikat ni.” Aku suakan tali leher itu pada dia semula.

“Kalau tak tahu buat apa ambil?” tanya dia dengan rengusan yang panjang.

“Tak kan tak pernah ikat tali leher orang lain kot,” sinisnya lantas berlalu ke bilik ke depan cermin.

Tersentap hebat jantungku mendengarkan kata-katanya. Perlahan-lahan air mataku menitis. Terasa pedih amat.

“Kenapa abang cakap macam tu?” tanyaku sayu.

“Abang tak cakap, abang tanya. Yang Fiah nak menangis tu kenapa? Nak hantar suami pergi kerja dengan air mata? Macam nak doakan suami cepat-cepat mati nampak,” ujarnya lagi dan kali ini lebih sinis.

“Abang!!” sergahku sedikit kuat sambil menahan sebak yang mula menyesakkan dada.

“Dahlah. Turun siapkan makan abang. Abang nak sarapan dulu. Takut tak sempat makan nanti,” ucapnya lalu dia mencapai kotnya dari dalam almari.

“Bawa kot tu turun. Beg tu sekali.” Dia mencampakkan kot itu ke wajahku.
Aku tunduk membisu. Serta-merta peristiwa di pejabatnya dulu terbias di mataku. Di mana dia melemparkan kotnya juga tepat ke wajahku kala itu. meletakkan aku sebagai wanita yang terlalu murah harganya waktu itu. adakah waktu itu sedang berulang lagi?

Letih aku seka airmata. Hanya seketika saja Ilham menyeka sisa air mata ini dan setelah dia berjanji, dia mungkiri lagi. Tanpa aku tahu apakah puncanya.
Andai dulu jelas jua silapku seperti kata Kak Anah kerana merahsiakan segalanya daripada dia, tapi hari ini rahsia itu sudah terungkai. Lepas dari dadaku setelah aku berkongsi dengan dia. Tapi, ternyata janji manusia itu dusta semuanya kerana lidah tidak pernah bertulang dan hanya aku yang bakal menggalas beban.

~~~> bersambung

19 comments:

  1. Ya Allah....apa pulak yang tak kena dengan Ilham ni....kesian Fiah......susah betul dengan Ilham ni...

    ReplyDelete
  2. Ish, x faham btul dgn Ilham ni.
    Cpt sgt berubah. Apa kena ntah dgn dia ni.

    ReplyDelete
  3. sakit hati betullah ngan ilham ni.....buat darah tinggi org naik jer kejernya....

    ReplyDelete
  4. ilham ni yang sebenornya sakit mental ker...hishhh menyakitkan ati sungguh..rasa nak tembak ngan senapang bagi besepai kepala otak die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak bukan setakat nak tembak jer bakar terus jer biar dia rasa sakit mcm mn kena bakar hahaha....

      -hanim-

      Delete
    2. jangan bakar.. bom je teross.. geram tgk si ilham nyy

      Delete
  5. tul la...x phm ngan ilham ni...asyik berubah xtau sbb je...trs trg kn sng..ish..ish..ish..emosi la plak...smbg2...x sabar nk tau ni..duk tggu entry br jer...

    ReplyDelete
  6. ILHAM TAHU IZ TEL FIAH MALAM TU... TAPI FIAH X CAKAP... TU YANG ILHAM MARA...
    Benci lelaki macam ni.... Cakap ja lah nak tunggu orang marah baru nak minta maaf...

    ReplyDelete
  7. Ilham ni jika ada apa2 beritahulah
    usah dipendam dalam diam, nanti jadi nanah yang
    membusuk...

    betul kata Izham, dia lebih suka Wafiah yang dulu
    yang berani mempertahankan diri bukan menangis dan menerima saja cercaan orang..

    atau... Ilham tahu Izham memang suka kat Wafiah;
    sms pagi tu mungkin Ilham dah baca....

    kalau nak twist cerita; saya suka Wafiah x menerima Ilham (berpisah) dan Wafiah kahwin dgn. Izham; semasa itu baru Ilham tahu erti cinta sebenarnya...

    ReplyDelete
  8. ish. ilham ni. cemburu dgn izham pun jgn la buat bini camtu. cian fiah. sekali lagi fiah pergi, padan muka dia!

    ReplyDelete
  9. mungkin ada mdg masuk kut dari izham utk fiah malam tadi dibaca oleh ilham..itu yg angin satu badan tu.. akak tak faham kenapa mamat tu tak nak luahkan apa yg bersarang didadanya.. Baru berapa minggu eluk perangainya..kenapalah kena duduk satu rumah.. tak lah selalu izham tu mengacau fiah..
    salam
    kak idA

    ReplyDelete
  10. apalah yang tak kena dengan Ilham lagi
    suka simpan di hati, nanti akan menjadi nanah
    yang membusuk... nanti menyesal tak sudah!

    benar kata Izham... dia suka Wafiah yang dulu
    yang tegas dan berani! Bukan Wafiah yang terbaru yang suka menangis dan menerima saja..

    kalau twist cerita...saya suka Wafiah dan Izham; berpisah dengan Ilham selepas kejadian itu, Ilham yang merendahkan perasaan wanita dan meletakkan harga seorang isteri di telapak kaki... biar Ilham tahu erti hati seorang isteri/perempuan yang terluka dan makna cinta, kasih yang sebenarnya..

    atau pun mungkin Ilham tahu tentang rasa hati seorang Izham kepada Wafiah; mungkin dia terbaca sms dari Izham sebelum Wafiah..

    tahniah penulis! saya suka baca cerita ini...harap pengakhirannya Wafiah bahagia walaupun bukan dengan Ilham Fikri yang suka memendam rasa dan melampiaskan kemarahan tanpa usul periksa dan menerima penjelasan dari pihak satu lagi...

    Keep on Writing...

    ReplyDelete
  11. ya Allah apa kna dgn si Ilham nie.ska bt prgai btowl la..cuba terus trg dgn fiah tue..msti x jadi mcm nie..kan fiah dah kata tiada lagi maaf kali kedua untk ilham tue.mmg x serik btowl la..

    ReplyDelete
  12. x faham dngn perngai ilham ni.aduuuh

    ReplyDelete
  13. sakit hati dengan Ilham ni.. sudah-sudahlah menyakitkan hati Fiah...

    ReplyDelete
  14. Cite yg best... Jgn salahkan Ilham saje coz Izham tu yg gatal..x boleh terima kenyataan yg Fiah dh jadi akak ipar dia.. Kalau kita dekat tempat Ilham pon pasti cemburu sms kat wife @ husband kita. Kalau terlerai kasih pon hope Wafiah bukan dengan Izham coz kalau kita menyintai seseorg itu kita kena sentiasa doakan kebahagiannya itulh nama cinta yg suci bukan menhancurkan hubungan org yg kita syg..

    ReplyDelete
  15. geram nye..bila difikrkn logik..xperlu kot ade n bgi peluang pada lelaki mcm ilham nie..nk mrh kot xperlu la lempar kain kt muka..mcm hina sgt plak..bek trime je fazlee or mane2 lelaki lain..sekurngye ade la main lempar2 kain mcm tu..ish..emo lak

    ReplyDelete