Friday, July 20, 2012

Untuk Dia [20 - Akhir]


BAB 20

MATA ini terpejam rapat.  Rasa hening dan sepi setelah segalanya selesai.  Selesai menamatkan ijazah sarjana dan selesai sudah acara yang mengangkat aku menjadi sah di sisi Zafrin setelah hampir lima tahun dia menanti aku. 

Jangan ingat kami dinikahkan setelah kali terakhir dia menyarungkan cincin belah rotan itu dulu.  Permintaan dan perhatian dia pada aku sedikit sebanyak membuatkan jiwa dan hati aku terantai kemas akan cinta dan kesetiaannya. 
Bibir aku tersenyum lagi mengingatkan perkara yang telah lama berlalu itu namun masih segar dalam ingatan menjadi sumber kekuatan untuk aku terus melangkah demi ilmu bila dia merestui. 
Abang faham yang Mi tak mampu nak galas beban menjadi seorang isteri dan dalam masa yang sama menjadi pelajar.  Sungguh Mi cakap, Mi dan Kak Long berbeza.  Biarpun daripada darah yang sama tapi kedua-duanya berbeza dan istimewa dengan cara masing-masing.  Sebab tu Allah temukan abang dengan Mi,” beritahu dia padaku petang itu pada dua tahun sudah.
Kan Mi dah ready ni.  Mi datang pinang awak tau,”  balasku kurang berpuas hati. 
Waktu aku nak kahwin dengan dia, dia pulak menolak.  Masa aku nak pergi luar Negara, dia merajuk bagai. 
Abang tahu Mi dah ready tapi abang tahu jugak Mi tak ready sepenuhnya.  Jadi, abang bagi Mi masa lagi.  Habiskan master dulu dan abang akan tunggu lagi.  Tak lama pun.  Alang-alang abang dah tunggu ni.  Abang lanjutkan lagi tempohnya.  Jangan fikir bukan-bukan, ya?  Abang dah bahagia sangat bila Mi datang pinang abang dan sudi pakai cincin tanda ni.  sekurang-kurangnya, abang tahu Mi memang nak hidup dengan abang,” ujarnya bersama senyuman tipis yang nampak sungguh ikhlas kali ini. 
“Tapi, apa kata orang tua kita nanti?”  Ada rasa bimbang dalam lantunan suara aku.
Aku pandang ke belakang seketika melihat ke arah mak dan aunty  yang sedang rancak bersembang.  Ayah dan uncle juga tidak kurang sembangnya.  Hanya Zafrina yang tiada dan juga Anaresa dan Abang Zafran.  Barangkali, melayani anak-anak yang baru menginjak setahun lebih masing-masing waktu itu.
Zafrin juga menjeling sama ke arah mereka.  Sesekali aunty melambai ke arah kami dan aku hanya mempu mengulum senyum.  Rasa tak sedap hati bila Zafrin berkata demikian.  Baru aku teguhkan hati nak kahwin dengan dia, tapi dia macam tak nak pulak. 
“Tak ada apalah.  Abang kenal mama dan abah.  Diorang pun faham keputusan abang ni.  Bak kata Mi dululah… tak semestinya semua orang mampu galas tanggungjawab tu sekaligus.  Tapi, abang bangga bila Mi nak kahwin dengan abang.  Satu hari nanti.  Tunggu Mi habis belajar betul-betul dulu.  Masa tu kita belajar benda lain pulak,” jawab dia optimis.
Benda lain?”  Dahi aku berkerut memandang dia.
“Kita belajar buat anak pulak nanti,” bisik dia dekat dengan telingaku dan aku tanpa sengaja, menepuk pehanya kuat sampaikan Zafrin mengaduh sendiri. 
“Sakit, Mi…” 
“Tahu sakit.  Gatal lagi!”  rungutku menahan geram. 
Zafrin ketawa.  “Itu hakikat.  Dah kahwin nanti kena belajar buat anaklah pulak.  Macam Along tu… sampai dua orang setahun.  Kena menuntut ilmu la nanti,” luah dia lagi. 
Aku mencemik menyembunyikan rasa malu, namun dalam hati bangga juga sebab dia sudi nak angkat aku jadi ibu pada anak-anaknya. 
“Kita tunang dulu, nak?”  tanyaku tiba-tiba. 
Entah mengapa, perkataan itu menjalar dalam minda.  Setidak-tidaknya kami terikat antara satu sama lain biarpun perjalanan kami masih lagi panjang namun rasa sedikit kecewa bila Zafrin menggeleng.
“Kenapa?”  soalku pelik.
“Mi tahu tak dugaan orang bertunang ni kuat.  Jadi, biarlah kita macam ni je.  Cincin kat jari Mi tu anggap jelah cincin tunang.  Sampai masa kita kahwin terus.  Abang tak nak tanggung risiko kita bertekak dan terduga teruk masa bertunang.  Dah ramai kawan-kawan abang macam tu.  Jadi, kita jangan jadi salah sorang dari mereka.  Ada jodoh kita, Allah akan bantu,” pujuk dia bila aku tayang wajah sedih. 
Perlahan-lahan aku angguk.  Benar juga kata dia.  Dugaan orang bertunang ni lain macam.  Pantang tercuit, pasti bertekak dan sudahnya, putus begitu saja sedangkan waktu bercinta, kemain rancak. 
Abang izinkan Mi belajar dulu.  Hanya satu abang minta.  Jaga diri, jaga hati untuk abang.  Hanya abang…,” pintanya penuh beremosi. 
Aku senyum dan angguk memberi jawapan tanpa suara lantas aku lebarkan senyuman kala merasakan ada tangan yang merayap melingkari pinggangku.
“Dah ready untuk syarat abang, sayang?” 
Soalan itu menghalau ingatan lalu.  Aku buka mata dan kala ini, kami berada di biliknya.  Bilik yang pernah dia katakan untuk menjadi kurungan singa sarkas seperti aku. Yang hanya akan beraksi untuk dia. 
“Syarat apa, ya?”  soalku buat-buat lupa. 
“Dua tahun sudah punya syarat setelah sayang buat abang tunggu sayang hampir lima tahun ni,” ujarnya. 
Aku menggeleng manja lantas aku rasakan pelukan Zafrin semakin erat membelit.  Rambut yang sudah panjang dia kucup lama hinggalah aku sendiri menyelak rambut itu membiarkan bibirnya mendarat pada belakang leherku dengan selesa. 
“Sayang main-mainkan abang, ya?”  tanya dia seraya membalikkan tubuhku menghadap dia. 
Tubuh yang masih lagi dibaluti persalinan putih bersih ini sedikit sebanyak membuatkan aku rimas sendiri.  Kenduri menyambu di rumahnya membuatkan aku kelelahan.  Terlalu ramai tetamu  yang perlu kami layan hingga ke malam.  Kala mampu lepaskan diri, Zafrin pula terperangkap dan itupun setelah penat Anaresa membantu. 
“Mana ada?”  Aku memberi dalih dengan suara yang lunak manja. 
Tangan Zafrin yang masih melingkari pinggangku membuatkan tubuh ini semakin rapat padanya.  Hampir dan semakin rapat hinggakan kami melekap sesama sendiri dan kala ini, aku nampak bibir Zafrin bergetar hebat.  Aku nampak resah dalam dadanya. 
Tampannya dia berbaju Melayu dari rona warna yang sama denganku.  Redupnya bening mata itu, mendambakan kasih dan belaian setelah begitu sabar menanti.  Lalu, aku bawa jemariku menyentuh anak rambutnya yang berjuntaian di dahi.  Kemudiannya turun pada kening hitam pekat itu dan seterusnya menuruni hidung mancung miliknya sebelum singgah lama pada bibir yang merah sensual itu. 
“Mi cintakan abang.  Dari pertama kali kita bersua memang cinta ini ada untuk abang.  Biar segarang mana pun abang waktu tu, Mi tak dapat nafikan yang cinta ni adalah cinta pandang pertama.  Jantung ini berdetak buat pertama kalinya kala menatap abang bertahun dulu,” akuiku dengan lunak suara yang berbisik resah. 
Mata Zafrin semakin redup dan tajam memandang aku.  Jemarinya juga sudah ligat menari-nari di sekitar wajah.  Rambut yang lepas bebas, dia kirai lembut dengan jari. 
“Cumanya…”  Kata-kataku terhenti kala menatap mata itu.  Sesak nafas menahan rindu.
“Cumanya?”  Zafrin meminta aku meneruskan kata sedangkan aku hampir tenggelam dalam renungan dia yang kian meresahkan.
“Cumanya, bila kita bertemu cara begitu, bukan Mi tak nak mengaku tapi Mi rasa malu,” jawabku dalam santun.
Dia ketawa halus sebelum menyusul soalan lagi.  “Lepas tu?” 
“Mi rindukan abang.  Rindu sesungguhnya rindu dan setelah sekian lama Mi bertahan dari rindu ni demi cita-cita, akhirnya tiba masa untuk Mi abdikan diri Mi untuk cinta abang.  Sampai masanya Mi buktikan kasih pada abang dan tuntut cinta abang pada Mi selama ni,” tukasku lagi lebih romantik dan menggoda daripada tadi. 
Zafrin mengangguk dan dia menarik tubuhku semakin rapat padanya.  Memeluk aku erat bagaikan tak sudi hendak dilepaskan lagi.
Abang akan buktikan cinta abang dan abang akan tuntut harga untuk kesetiaan abang selama ni.  Mi kena bayar tanpa dengan sepenuh hati kala abang meminta sebab hutang tu wajib dibayar walaupun tak dituntut,” bisik dia berjenaka. 
Aku senyum.  “Kalau Mi tak bayar?”
“Isteri abang baik.  Dia akan ikut kehendak suami dia selagi tak menentang hukum syarak, kan?  Dan hakikat yang memang Mi tahu, melayani hak suami itu besar pahalanya, kan?”  soalnya padaku dan aku mengangguk di bahunya. 
Pelukan terlerai dan kami bersabung pandang lagi.  “Abang nak ucapkan terima kasih sudi setia dengan abang.”
“Mi pun sama…” Aku membalas seraya memeluk pinggangnya.
“Terima kasih sudi faham Mi selama ni,” sambungku dan Zafrin terus jatuhkan bibirnya ke dahiku.  Mengucupku lama.
Kala ini, dapat aku rasakan ada jemari  yang menari pada belakang aku.  Perlahan-lahan, aku rasa zip baju kurung moden yang aku pakai terlurut ke bawah.  Bila aku menahan, Zafrin menghalang.
“Hutang pertama  yang sayang kena bayar…”  Bicaranya semakin perlahan dekat cuping telinga aku dan aku menggeleng menolaknya.
“Sunat suami isteri mandi bersama ni,” ujar dia. 
Aku ketap bibir.   Tak tahu hendak menolak atau mengikut.  Rasa malu menebal dalam diri.  Mata Zafrin aku pandang. 
Ada pilihan?” 
“Kalau tak hari ni, pagi esok?”  jawab dia. 
Aku mengeluh sendiri namun Zafrin tetap melurutkan baju aku ni hinggakan bahu aku sudah terdedah. 
“Sayang pilih.  Tak malam ni, esok pagi pun kena jugak,” tekannya bersama lirikan yang semakin nakal bila dia mula membuka baju Melayunya menampakkan susuk tubuh yang sudah berubah sasa andai hendak dibandingkan dengan satu waktu dulu.
Aku menggeleng kemudiaannya.  “Dua-dua Mi tak nak.”
“Kalau dua-dua Mi tak nak, dua-dua sekali abang paksa.  Mi pilih, paksa ke rela?” ujarnya mencabar aku bersama kening yang terjongket berkali-kali dengan senyuman nakal  yang tak pernah lekang dari bibir itu.
“Mana boleh paksa?”  tanya aku tak puas hati.  Aku buat muka cemberut.
“Habis tu?”
“Mi relalah…,” tukasku bersama gelak tawa bagi menyembunyi rasa segan. 
Mata Zafrin bulat.  Pasti dia tak percaya dengan jawapan aku.  Tapi, itulah yang aku rasa.  Untuk apa aku meminta diri aku dipaksa sedangkan aku relakan segalanya untuk dia.  Dia yang berhak atas diri aku dari hujung rambut hingga hujung kaki.
“Nakal, ya?”  Zafrin mencuit hidung aku.
“Sikitlah…” selaku dan kami sama-sama ketawa. 
Tubuh sasa itu aku raih lagi kali ini lebih erat.  Peluh dan rasa melekit pada tubuh Zafrin langsung tak mampu menghalang aku dari menzahirkan rasa cinta dan rindu buat dia.  Rindu dan cinta yang telah kami jaga sebaik mungkin selama bertahun-tahun ini. 
“Moga Mi mampu jadi isteri sebaik mungkin untuk abang.  Moga Mi mampu jadi ibu yang baik buat anak-anak abang…”
“Anak-anak Mi  jugak nanti,” bisik dia.
Aku angguk dan tanpa sedar, tubuh aku melayang ke udara.  Zafrin sudah ketawa terbahak-bahak bila kakinya mula melangkah ke arah pintu bilik air yang terbuka sedikit. 
“Abang… jangan!”  Aku terjerit sedikit bila dia menolak pintu bilik air itu dengan belakang tubuhnya. 
“Tadi rela…”  ucap dia dan aku tak mampu berkata apa lagi bila Zafrin merapatkan daun pintu membuatkan kami sama-sama terkurung dalam bilik air ini. 
Sungguh terkurung kali ini tapi dengan dia-dia sekali terkurung dan aku sudah tak mampu berbuat apa-apa lagi.. 

**

SOLAT berjemaah pertama aku sebagai seorang isteri pada Zafrin membuatkan air mata aku meleleh tak henti-henti.  Syahdunya alunan ayat suci yang terbit dari bibir suami aku ni memang membuatkan jiwa aku luluh.  Rasa kerdilnya diri di pandangan Allah yang telah banyak mengurniakan nikmat untuk aku.  Berjaya dalam segalanya. 
Biarpun aku jenuh menolak jodoh ini, namun Allah tetap peliharanya untuk aku dan hari ini, saat ini, di hening Subuh ini, aku bersama lelaki yang aku cintai.  Lelaki yang telah takluki aku seluruhnya.
“Ya Allah… permudahkanlah perjalanan rumah tangga kami yang baru kami bina ini setelah bertahun Engkau jaga hubungan kami di bawah lembayung rahmat-Mu.  Rahmatilah, berkatilah.  Moga dia menjadi seorang isteri yang solehah untuk aku, seorang menantu yang baik untuk mama dan abahku, seorang ipar yang ramah untuk adik beradikku dan seorang ibu yang penyayang untuk anak-anakku.  Hanya pada-Mu aku bermohon.  Jadikanlah juga aku seorang suami yang sabar untuknya.  Suami  yang menghargai dan suami  yang tak putus menyayangi.  Aamin Ya Allah.  Aamin…”
Kala Zafrin berpaling hendak bersalaman, aku kesat airmataku lagi mendengar kudusnya doa itu. 
“Kenapa nangis?”  tanya dia bila aku angkat kepala dan jemari ini masih dalam genggamannya.
“Terharu,” jawab aku pendek.
“Sebab?”
“Rasa rugi tak nikah awal-awal dulu.  Kalau tak dah lama boleh rasa nikmat berjemaah dengan abang,” ujar aku pada dia. 
Zafrin tersengih dengan wajah bangga.  “Itulah.  Abang pinang dulu dia tolak.  Mahu makan masa lima tahun kita kawan ha…”
“Eleh… patutnya dua tahun sudah dah nikah tapi abang pulak tolak.  Mi nak kata apa?”  cemikku.
Dia senyum dan menarik kepala aku lantas dia kucup dahi aku lama.  Aku pejam mata rapat-rapat merasai nikmat dan kudusnya kucupan dingin itu. 
“Hari ni terbukti kasih sayang Mi untuk Dia.  Kasih sayang abang pun untuk Dia.  Untuk Dia yang telah mengurniakan cinta dalam hati kita.  Untuk Dia yang menjaga hubungan kita.  Untuk Dia yang telah menetapkan jodoh untuk kita ini.  Untuk Dia yang Esa.  Untuk Allah  yang Agung,” ujarnya bila dia memandang aku.
Aku gariskan senyuman dan mengangguk.  “Indahkan cinta kita bersulamkan rasa kasih pada Dia.  Mohon moga Dia jaganya untuk kita.  Biarpun dulu tu abang pernah cium orang sekali,” sindir aku mengingati waktu lalu.
Zafrin ketawa besar.  “Ingat lagi ke?” 
Aku angguk dan dia menarik aku lagi ke dalam pelukannya.  Terbayang-bayang di mata aku ni betapa hangatnya pelukan dan betapa syahdunya belaian Zafrin malam tadi hinggakan aku terpaksa menyembunyikan wajah aku di dadanya menahan rasa malu yang hadir tiba-tiba.
“Masa tu zaman darah muda.  Pantang tercuit mulalah hot je manjang.  Mi pulak masa tu boleh tahan jugak melawan abang.  Mi ingat abang tak ada rasa apa-apa ke masa pertama kali Mi masuk bilik abang dulu.  Fuh, nak gugur jantung.  Nak-nak lepas kita bertekak bagai tu.  Nak je abang heret Mi naik katil.  Bagi pengajaran sikit jangan terlalu angkuh dengan lelaki tapi iman menbataskan segalanya.  Cium tu terlepas la tu.  Abang kemain bertaubat lepas tu,” jawab dia perlahan.
Aku angguk di dadanya.  “Betullah tu.  Mi dulu banyak buat masalah jugak.  Tak tutup aurat…”
“Sekarang pun sama apa?” 
“Apa yang sama?”  soal aku pelik. 
Langsung tak sama. Sekarang ni tak lepas tubuh aku dari baju kurung apa.  Nak-nak kerja sebagai seorang pensyarah ni  memang membuatkan aku rasa nak pakai baju kurung je manjang.  Hanya sesekali bila bersantai aku kenakan blouse dan jeans tapi masih menutup aurat lagi.
“Malam tadi tu abang nampak semua,” usik dia dan mata aku terbuntang luas. 
Dadanya aku tampar sedikit lalu kami sama-sama tertawa.  Mengada betul Zafrin ni.  Nakal tak habis-habis. 
Aku angkat kepala merenung dia lagi.   Pipinya aku kucup lembut.  Kemudian berlalu ke hidung mancung dia hingga berakhir dengan sebuah kucupan tipis pada bibirnya.
Tiada lagi kata yang mampu aku bahasakan bagi menggambarkan rasa cinta di hati ini untuk dia.  Segalanya telah aku buktikan dengan kasih sayang yang luhur dari hati ini.  Penantiannya berakhir dan mahligai kasih kami bermula. 
Kini, biarlah mata kami berbicara segalanya dan biarlah desah nafas kami membuktikan kasih yang semakin membara.
Kuingin milikimu, biarpun kudrat tidak ditangan aku namun aku tetap berharap kau menjadi yang terakhir untuk diri aku kerana sekali cinta, aku akan tetap cinta.  Di sini, aku abadikan segalanya untuk dia.  Untuk dia.  

**TAMAT**

02.07.2012 - 20.07.2012

Cik Penulis : Alhamdulillah... dah tamat kisah UD ni.. so kita ada 3 mini novel sequel semuanya.  KIM, KSC, UD.  Lepas ni tak ada dah sequel dari kisah2 ini. Hadiah ketiga saya buat pengunjung blog ijo..hehe.. rest sekejap untuk sudahkan manuskrip BNS/STK/SAPK... errr...sila jangan minta SE ek..kehkehkeh.. tahu dah apa yang yu all nak mintak ni.  Nak pejam mata je.  
Akhir kata, salam Syaaban terakhir dan salam Ramadhan.  Moga ramadhan tahun ini memberikan sejuta rahmat buat kita.   Meraih keberkataan pada 10 hari pertama Ramadhan.. Mencari keampunan dalam 10 hari pertengahan Ramadhan dan berusaha mencapai ketaqwaan pada 10 hari terakhir Ramadhan.  InsyaAllah.. Maaf saya pinta daripada semua.
Layan, komen dan maaf atas kekurangan.  Sayang kamu... <3

73 comments:

  1. RM tak nak terbitkan ke sume citer nie??? sye nak smpan buat koleksi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan tapi bukan skrg la..hehe..setel satu per satu dulu.. lagipun kawan sy yg tolong cetak ni nama dia Aziana.. bz sikit..bg masa ke dia dulu..then kami war2 kan ek..thanks sudi folo 3 mini novel ni

      Delete
    2. nak jugak.... suke sgt crite ni...

      Delete
  2. alhamdulillahhh berakhir sudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3 terims rm.....tahniah gk cbb dh byk wt cite yg mnark

      Delete
  3. So sweet..Terima kasih... UD the best!

    ReplyDelete
  4. karehan..hadiah befday saya neh..suka suka suka

    >>k<<

    ReplyDelete
  5. thumbsup kak rehan!!best sgt ok!!huhuhu...=)

    ReplyDelete
  6. Nak SE....muahaha
    <~ walaupun dah tulis jgn mintak SE...kita nak jugak.....

    #Nana Jamil #

    ReplyDelete
  7. tamat sudah .. :)
    thanks rehan !

    ReplyDelete
  8. best.... akhirnya bersatu gak. selamat berpuasa Rehan

    hairiah

    ReplyDelete
  9. rasa macam x puas.... bagi lagi satu bab boleh.... x puas lah... bila dah dibukukan menjadi satu jangan lupa.... kak sue nak order ok....
    dan Selamat berpuasa buat semua umat islam...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah tamat sudah.
    sgt berpuas hati.
    keep it up RM

    ReplyDelete
  11. tq Rehan,utk citer yg memberi teladan dan pengajaran yg baik ini
    salam Ramadhan n d berkati d bulan yg mulia ini

    ReplyDelete
  12. hehehe...bersama jgk la diorg akhirnyer... sgt2 sweet... nk bc blk la sume chapter.. xpuas plak bc ckit2 ni.. anyway, tahniah rehan...Jangan jemu berkarya,k?awk ader peminat yg masih setia menanti karya2 terbaik dr rehan... Gud Luck!!!

    ReplyDelete
  13. Salam my dear sis rehan makhtar...
    Ending yg sangat bagus... Sangat sweet...
    Akak suka sangat.. Super duper suka...
    Pengakhiran yg sangat syahdu...
    Selamat berpuasa... Semoga segala ibadah kita diterima di bulan
    Yang mulia ini...
    Semoga Allah mengurniakan RM dgn lebih banyak idea untuk terus berkarya..
    Akak sentiasa akan menyokong RM...

    ReplyDelete
  14. Salam my dear sis rehan makhtar...
    Ending yg sangat bagus... Sangat sweet...
    Akak suka sangat.. Super duper suka...
    Pengakhiran yg sangat syahdu...
    Selamat berpuasa... Semoga segala ibadah kita diterima di bulan
    Yang mulia ini...
    Semoga Allah mengurniakan RM dgn lebih banyak idea untuk terus berkarya..
    Akak sentiasa akan menyokong RM...

    ReplyDelete
  15. yahooo...terbaikkk sgt3 ending dia..sooo sweet.. teruskan usaha RM ..tahniah :)

    ReplyDelete
  16. so sweet mcm biasa hepi ending. :D

    ReplyDelete
  17. salam...
    REHAN..... sgt manis hoccayy!!! akhirnya kawen jugak stlh 5thn tunggu mi
    mcm biasa sgt berpuas hati bc stp n3 kat blog ijau nie.
    gud job!!
    salam ramadhan buat semua.
    adioss!!
    p/: tergolek ai kat rin :)

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.. akhirnya percintaan Rin dan Mi diakhiri dengan kebahagian... argggg .. giler best... tak tido mlm duk nunggu citer ni...

    -Ika Hatika-

    ReplyDelete
  19. besttt sgt.....
    lastly zafrin ngn haqmi brsama gk...
    sweet ending....
    tahniah cik penulis...

    ReplyDelete
  20. very nice...suke gile cite ni..hehehe
    thanks RM...

    ReplyDelete
  21. RM..terbaikkkkkk...kalau dapat buat 5 mini novel lagi gempak...sbb ada dua lg kisah yg boleh dimini novelkan....akak t ak mintak tp bagi cadangan jerrrr

    ReplyDelete
  22. what a lovely story with sweet couple+happy ending UD awesome the best..well done missy..

    ReplyDelete
  23. terima kasih untuk happy endingnya. terima kasih kerana habiskan juga di blog. harap lepas ni cerita lain yer...

    ReplyDelete
  24. Best RM cite ni, akhirnya dh tamat dn akan menunggu
    cite baru yg lain pula. tk ye RM tidak jemu melayan
    kami yg asyik sgt minta cite cite yg baru. Itulah RM
    siapa suruh buat cite cite best tentulah banyak
    permintaankan? Disini tidak lupa juga salam bulan Ramadhan untuk RM dn kawan-kawan yg lain semuga bulan yg berakah ini kita bersama mengambil kesempatan dibulan
    yg mulia ini mencari keberkatan dari Allah dan memperbanyakkan ibadat untuk mencari keredhaan Allah.

    ReplyDelete
  25. hai rehan..best lah ending epiosd ni..mmg terbaik lah..sayang awak..jgn lupa update STK yer..

    ReplyDelete
  26. hrp2 SE utk UD akan dibuat bila ke3-3 novel ini dibukukan, barulah adil cik RM... hihihih...

    ReplyDelete
  27. YEAY! Tamat sudah. Suka gila dengan tiga tiga mini novel ni. Kak rehan memang the best! LOVEYOU KAK!

    ReplyDelete
  28. thanks sebab sudahkan cerita ni... best sangat! :)

    ReplyDelete
  29. memang puas ati la nding UD dan ending semua mini novel..

    ReplyDelete
  30. terharu n seronok.. best! keep it up!

    ReplyDelete
  31. Rehan...Pendeknya UD hanya 20 jea. Tak puaslah...bolehlah SE please...hehehe

    ReplyDelete
  32. mcm xleh nak terima je rin jadi matang gitu lps dah biasa dgn watak gila2 dia..
    haha.
    tp serius sgt best lah sequel ni semua!

    ReplyDelete
  33. RM, mekaseeh utk UD! SUperb! sila update if dh terbitkan semuanya..confirm nk beli utk koleksi. Salam Ramadhan Al-Mubarak!!

    ReplyDelete
  34. TQ. Saya sentiasa menunggu karya terkini RM. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata bila membaca karya-karya RM. Thumbs up. Saya rasa mcm baca cerita yg ditulis oleh penulis-penulis OTAI. Sekali baca dah tahu siapa orgnya.

    ReplyDelete
  35. akhir nya mereka bersatu..setelah sabar menunggu..
    baca cerita ni wat kita sentiasa beringat yg Allah akan sentiasa kurniakan sesuatu yg lebih baik utk org2 yg bersabar.. ;)
    mesti lepas ni rindu kat zafrin & haqmi ;)
    TQ rehan..salam ramadhan..

    ReplyDelete
  36. jgn la cite detail sgt bab tu. malu i baca. hihi

    ReplyDelete
  37. Nk tau gak dorang ade ank nt camne. SE pelisss.. hehe. Bce bab ni bagai ad rama2 berterbangan dlm hati. :)

    ReplyDelete
  38. Tq, macam tahu2 je kan nak minta SE.. tapi memang bestlah UD,salam ramadhan juga buat RM

    ReplyDelete
  39. oh tidak..tamat da...
    Kak RM sya da miliki TK...
    Thniah kak RM..
    Salam ramdhn jgk :)

    ReplyDelete
  40. Alhamdulillah dah tamat siri novel romantik ni..sambung pulak STK pulak...salam Ramadhan buat semua...

    ReplyDelete
  41. akhirnye~~ happy ending :D
    best sgt cter ni..

    ReplyDelete
  42. habis sudah.... tq rehan. selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  43. Alhamdulillahhh! habis jugak akhirnyaa! fuhh! mau tebal menggunung kalau cetak tiga2 ni! huhu! apa2 pun, suka ayat ending tu! KIM ada, KSC ada, UD pun ada! ^^ tahniah kak rehan! good job for this! muahh pipi kanan dan kiri <3

    selamat berpuasa! :D

    ReplyDelete
  44. thankz a lot sis...
    enjoy sngt2...:)
    salam ramadhan

    ReplyDelete
  45. hhehe.. best2.. kite senyum smpai blakang telinga dah.. hehehhe..

    ReplyDelete
  46. bestnya kak rehan...xsbr tggu novel2 lain lak..kak rehan mmg terbaik la..tq tuk semua sequel ni...selamat menyambut Ramadhan

    ReplyDelete
  47. semua crita awk membuatkan pembca tertunggu2....alangkah bgusnya klau semuanya dicetak...blh dibaca bila2 msa sj..xjemu nak diulang..

    ReplyDelete
  48. dah abis. ari nie dah stat puasa. best kut. gud job penulis. (y)

    ReplyDelete
  49. memang best....tp x puaslah.....UD pnya bab sikit sgt....x smpat nk tngok rin beromantik...kahkah... memang terbaik...suka wtak rin ngn mie

    ReplyDelete
  50. nak gak tengok rin romantik macam along dia..hehhee apapun karya akak memang terbaik..terlerai kasih pn best sgt.dah beli n baca...-Nurul88

    ReplyDelete
  51. Cik Penulis ~~~~~> Salam Ramadhan Al-Mubarak. Pelbagai rasa menyentak rasa dengan 3 sekuel mini novel ni. Tahniah! Para terakhir RM begitu menyentuh hati akak! Sayang kamu!!!

    ReplyDelete
  52. I pun rasa tak perlu detailkan bab begitu. alaskan dengan indah dah cukup. terima kasih. rasa I fikirkan pembaca ni akan ke laut kalau
    baca bab-bab gitu..hahahaha *bohonglah kalau kata I pun tak terkejut dengan babak tu. nnti emsti ada readers lain ckp..jgn baca kan?
    tapi sebab dah baca..so baca je lah..minta maap sempena ramadhn ni ya.

    ReplyDelete
  53. terima kasih semua n maaf sbb UD ni terOPEN sikit last bab ni..sy edit balik nnt ya..terima kasih atas komen membina dan sokongan semua..yg sudi singgah sini jgn serik singgah lg ye..sgt3 hargai masa yg anda semua luangkan utk blog ijo sy ni..

    ReplyDelete
  54. x ler TerOPEN sgt.....ni kira mnja2 gtu....ok jer.... byk lg karya yg lg trlebihOpen...ni kira sipi jer..haha...:)

    ReplyDelete
  55. Rehan wlaupun sudah dberitahu tapi sy ttp nk minta SE UD...kih3

    ReplyDelete
  56. x tau nk ckp pa lagi mmg terbaik wok~!!!!

    ReplyDelete
  57. besttt sgt...
    sweet ending...
    thumbsup kak rehan...

    ReplyDelete
  58. suami yang tak ku hadap biler nak kuaer? xsabar nak baca....

    ReplyDelete
  59. Alhamdlh,k3novel mini ne ndah hbis Ratna bc..the best ketiga2nya....blhlah ye kk RM oder ke sy krn djakarta blom edaar novel ni....blh ye kk hadiahkan ke ratna satu je diantra k3 novel ini...love you slmat raya....sblmnya thanks ye kk REHAN slam syg slalu^_^

    ReplyDelete
  60. hi...saya baru selesai baca semua karya akak...bestlah...saya pun tengah try nak tulis gak...

    sila tulis lagi ek?

    ReplyDelete
  61. Sayang akak jugak <3 Maafla, saya baca marathon. So, susah nak mengomen stiap bab. =) Thanks untuk kisah ini.

    ReplyDelete
  62. tq tuk kamu yg menggarap kisah Mi dan Zafrin dgn acuanyg sesedap secukup rasa.senyumn terukir indah.indahnya cinta saat sglanya halal.

    ReplyDelete
  63. Hari ini sy bc 1 hgga 20 mini novel UD......tsgtlh bestnye...sejak kenal blog ijou nie...dh jatuh cinta....tiap jam mjenguk..pantang ade ms skit....curi2 tinjau blog ni....xde ms pn sy ada2kn jgk....hihihihi. ..tahniah RM...tiap nukilan RM pasti mbuai rasa pbaca....tqvm.

    ReplyDelete
  64. Tersentak baca karya ini dan terkena batang hidung sendiri.rindu yang melaut tunggu si dia habiskan phd sampai saya sendiri fedup dan memilih sambung Master. Bukan untuk killing time saja...tapi turut sama menggapai cita2.
    Harap penyudah yang baik pada kami juga...Amin..

    ReplyDelete
  65. best giler citer nie. rasa mcm nak baca lagi ar plak citer nie....hehehe..............thanks kak rehan...kak rehan mmang terbaik ar.................

    ReplyDelete
  66. best sgt...

    -ika-

    ReplyDelete
  67. Perghhhh...mantop2x...mujur johor cuti hari ini...dptlah habiskan baca ,,,tahniah RM....syukran atas tulisannya...

    ReplyDelete