Tuesday, November 06, 2012

Subhanallah, Aku Mencintainya 6


BAB 6

TUBUH Zayed tegak bila dia sudah mengutip stetoskopnya itu.  Bila aku menolak sesungguh hati pelawaannya untuk minum malam dengan Ziyad di kantin, Zayed pula berkeputusan untuk duduk di dalam biliknya saja. 

Bila aku mahu labuhkan duduk di sisi Ziyad, Zayed menarik lengan bajuku memaksa aku duduk di sisinya berdepan dengan Ziyad yang sedang tersenyum mesra.  Baru saja aku dapat panggilan daripada dia dan dia sudah muncul.  Entah terbang ke ghaib, aku pun tak tahu.
“Kenapa datang masa ni?”  soal Zayed memulakan bicara.
“Hal yang hari tu lah,” tukas Ziyad pula. 
“Yang mana satu?  Kau kan terlalu banyak hal.  Dah lama tak jumpa pun tetap bawak ‘hal’ kau tu datang jumpa aku!”  sinis Zayed.  Aku tahu dia sedang sinis pada sepupunya.  Aku kenal Zayed. 
Ziyad sengih dan mengenyitkan mata padaku.  “Tapi, kalau ‘hal’ itu kita libatkan Doktor Zafrina, aku tak teragak-agak dah…”
Kata-kata Ziyad penuh makna.  Apa kena-mengena dengan aku pulak?  Zayed memandangku seketika sebelum merenung kembali sepupunya dan akulah yang menjadi penonton.  Kepala tertoleh kiri, tertoleh kanan bagaikan menonton perlawanan badminton akhir. 
Jika ya, aku mahu letakkan Ziyad sebagai Lin Dan kerana aku sukakan Lin Dan.  Tidaklah bermakna aku sukakan Ziyad tapi aku nampak kesungguhan Ziyad yang nampak sedang mengoratku.
“So, kau tak payah tolonglah, Zayed.  Aku dah ada calon dah.” Ziyad bersuara yakin lagi sekali. 
Tak semena-mena aku rasa Zayed sedang mendekatkan dirinya padaku.  Dia sedang mengesot padaku hinggalah duduk kami benar-benar rapat lantas Zayed membawa tangannya berlabuh pada belakang kerusi tempat menjadi sandarku.
Aku memandang sisi wajah Zayed yang tenang atau lebih tepat lagi cuba berlagak tenang. 
“Zayed ni kenapa?”  soalku berbisik dan bila aku menjeling Ziyad, dia sedang memandang Zayed dengan begitu tajam tanpa berkelip-kelip dan Zayed pula langsung tidak mengendahkan soalanku.
“Lain kali, kalau kau rasa ada masalah jangan datang jumpa aku la, Yad.  Pening kepala aku, tahu tak?  Kalau kata kena paksa kahwin dan tengah mencari calon pun jangan kata nak pinjam tunang akulah.  Be serious in your life, please!” 
Bicara Zayed membuatkan aku terlopong. Rasa hendak menangis mendengarkan perkataan tunang tu.  Habis tu kenapa ajak aku kahwin?
“Eh tunang?  Setahu aku kau pun dok bujang je.  Bukan ke mama kau pun dok bising tu haa.. sama naik dengan mama aku suruh cari calon bini.  Alang-alang aku dah kenal Zafrina ni…”  Ziyad memandangku.
“… I’ going to propose her.”
And don’t you ever think to propose a woman who belongs to me, Yad.  Stop joking.  Aku dah letih,” putus Zayed menggeleng kepala dengan wajah  yang keruh.
“Berdosa pinang tunang orang!”  sambung Zayed lagi menyudahkan kata-kata.
Oh my god.  Are you serious you both engaged?”  Mata Ziyad membulat. 
Zayed angguk dan aku jatuh rahang.  Terlopong.  Tidak bersuara kerana lidah bagaikan terpaku pada lelangit.
“Ya, kami dah tunang pun,” tekan Zayed lagi lalu dia memandangku penuh makna.
Kan, Rina?”  Keningnya terangkat. 
Tak dapat tidak, aku mengangguk bagaikan dipukau dan Zayed menggariskan senyuman penuh bermakna padaku sebelum kami sama-sama memandang pada Ziyad.
Are you serious, Rina?”  tanya Ziyad padaku pula. 
Tapi, aku sudah mengangguk tak mungkin kali ini aku mahu menggeleng pula.  Pastilah Ziyad berasa pelik. 
“Err…”
“Mana cincin tunang?”  Pangkas Ziyad tak sempat aku berbicara.
“Kami special.  Tak main cincin-cincin ni.  Aku bagi jam aku pada dia.  Tanda aku sangat perlukan dia setiap masa.  Kau ada?”  sindir Zayed dan Ziyad hanya ketawa sambil menggeleng.
“Patutlah tak nampak jam kesayangan kau kat tangan.  Too unique but never mind I trust you this time but please, Yed.  Pujuk mama aku.  Hanya kau saja boleh pujuk dia otherwise, aku grab Rina.  You know me… I’m a man of my words,” tukas Ziyad lalu dia bangkit dan sedia hendak berlalu.
Aku telan liur mendengarkan pengakuan Ziyad.  Terlalu berterus terang.  Tak malu langsung.  Tak ada kias-kias langsung.  Sama juga juga Zayed tapi Zayed mengambil masa terlalu lama untuk berterus-terang.
“Eh… words tak words pun, not her.  Okeylah… aku try cari jalan.  Ada masalah je aku.  Kalau happy je dengan perempuan mana-mana entah,” bebel Zayed seraya bangkit juga mendekat pada Ziyad.
“Sekarang tak akan ada lagi perempuan mana-mana entah tu.  Yang ada hanya seorang perempuan dalam hidup aku.”  Sekali lagi Ziyad menyengitkan matanya padaku dan aku terus mengerutkan dahi. 
Aku yakin Ziyad sedang memaksudkan aku. Tapi, apa lagi yang mahu aku katakan saat ini.  aku mula yakin Zayed benar-benar mahu kami menikah dan rasanya, isthikharahku sudah cukup memberi jawapan.  Tanpa cinta, aku tetap mampu hidup.  Janji ada sayang dan setia.  Benar kata Zayed, cinta itu subjektif. 
“See you again, my angel.  Who knows… lain kali kita jumpa dalam masjid pulak,” ujar Ziyad padaku dan dia terus berlalu namun aku terkesan juga wajah kecewa di sebalik senyuman kasanovanya itu.
Daun pintu perlahan-lahan tertutup rapat.  Aku kaku.  Zayed menjarakkan kedudukan kami dan dia menyeruku.
“Rina…”
Aku dengar tapi tak mampu bersuara.
“Zafrina.” Sekali lagi suara Zayed menyebut namaku dan aku terus memandang dia kali ini. 
Dia senyum dan  mengedipkan matanya sekali.  Mengarahkan aku duduk tapi bila aku kakukan tubuh, dia menarik lengan bajuku membawa aku melabuhkan punggung di depannya.
“Apa cerita sebenarnya ni?  Rina rasa macam patung je tadi,” luahku sedikit tidak berpuas hati.
Zayed senyum.  “Zayed minta maaf.  Masalah biasa kalau Ziyad ada masalah dengan perempuan dan mama dia paksa dia cari calon.  Zayed kena bantu.  Dia memang macam tu.  Kalau ada hal nak minta tolong baru dia datang cari tak kira waktu dan tempat.  Lagipun, dia dah lama tak balik Malaysia.  Berbulan-bulan kot.  Sekali balik dia kata mama dia paksa dia kahwin tahun ni jugak,” beritahu Zayed padaku.
Aku diam terkaku.  Kot ya pun nak cari calon janganlah dok main-mainkan nama aku macam aku ni tak ada mak bapak.
“Kot ya pun…”
“Sebab tu Zayed cakap kami berbeza.  Dia memang macam tu.  he will hunting youSo kalau rasa tak nak kena baham dengan werewolf…”
“Okey.  Rina setuju.”  Aku mencantas.  Kecut bila Zayed gunakan perkataan ‘baham’ itu.  Sungguh aku mula rasa tidak selamat dengan kata-kata Ziyad tadi.
Dalam erti kata yang lain, dia adalah lelaki yang tak kenal putus asa dan aku takut menghadapi lelaki begitu.  Kenapalah lelaki yang aku kenal tak seperti abangku, Zafran dan Zafrin.  Biarpun Abang Zafrin mainkan Kak Haqmi pada mulanya, tapi mereka nampak bahagia saat itu.  Begitu juga Abang Zafran.  Biarpun waktu perkenalan singkat tapi dia tidaklah kasanova seperti Ziyad waktu mengayat Kak Anaresa.
“Setuju?” 
“Ya…” Aku angguk penuh yakin. 
Barangkali sudah sampai waktunya.  Daripada aku terlepas ke mulut serigala jadian seperti Ziyad, lebih baik aku ajar Zayed mencintaiku setelah kami menikah nanti.
“Datang rumah.  Nanti Rina bagitahu mama dan abah tentang hal ni,” beritahu pada Zayed.
Sungguh, dia tak mampu sembunyikan rasa terkejutnya.  Bibirnya mekar dengan senyuman dan dia terus ketawa.
“Bila?”  Bila tawanya reda, dia menyoal.
“Lagi cepat lagi baik dan ini…”  Aku hulurkan kertas preskripsi tu pada dia.
I don’t need this.  All I need is you and your words.”
Nope…” Zayed menggeleng. 
Keep this.  Ini surat cinta pertama kita.  Lepas ni tak akan ada lagi so better Rina simpan sebaik mungkin tapi…”  Zayed menghentikan bicaranya.  Suaranya meleret.
“Tapi apa?” 
“Tapi… kenapa tiba-tiba say yes?  Sebab takutkan Ziyad ke apa?”  tebaknya memulangkan paku buah keras padaku.
Aku berdeham sedikit dan menjegilkan mataku padanya.  Mengada sungguh.  Tapi aku terus tersenyum bila aku temui jawapan yang tepat buat dia.
Nope… this is not about Ziyad.  This is about me myself.  Time is running out and you’re wasting your time so much years already,” jawabku tenang.
Zayed telan liur.  “Macam kenal je ayat.  Perli orang ek?”
“Rina perli Zayed je.  Tak kan nak perli Ziyad pulak,” usikku serius, sekali lagi mengulangi ayat yang pernah dia ucapkan padaku dan wajah Zayed keruh tiba-tiba.
Don’t mention his name.  To be frank, I don’t like it,” ujarnya dan aku terus tersenyum.  Rasa bahagia bila dia ternyata reti cemburu.
Cemburu?  Erm… satu perubahan yang baik dalam diri Doktor Ahmad Zayed ni.  Saat ini, usah dikatakan ucapan cinta.  Bahasa tubuh Zayed lebih banyak berkata-kata dan meluahkan rasa di hati dan satu perlu aku lakukan, aku harus yakini. 
“Cemburu?”  tanyaku bersahaja.
Zayed menggeleng.  “Tak sebab Zayed percayakan Rina tapi nama dia tak best.  Nama Zayed lagi best nak disebut,” cemiknya.
Aku ketawa tipis.  Sempat lagi tu nak kelepet aku.  Tak nak mengaku dia cemburu tapi biarlah, anggotanya sudah berbicara lebih kuat daripada suaranya sendiri.
There’s nothing to do with him.  Only you and me bila isthikharah itu memberat pada Zayed.   Alhamdulillah dan insya-Allah.  Lagipun, jujur Rina akui, hati Rina dah lama jadi milik Zayed, tiada apa lagi yang buatkan Zayed rasa tak senang?” ujarku mahu mengembalikan senyuman pada raut wajahnya.
Yes… I knew it.  I just knew it.”  Dia bersorak gembira dan akulah yang menjadi wanita  yang paling gembira bila akhirnya, aku punyai hatinya. 
Benar kata Zayed, cinta akan tumbuh dengan sendirinya dan aku akan pastikan dia mencintaiku saat lafaz keramat itu dia ucapkan di depan waliku dan saksi serta semua tetamu. 
“Kalau tahu, kenapa sekarang?”  tanyaku pinta kepastian.
“Sebab sekarang inilah waktu yang telah Allah tulis tentang jodoh kita tiba.  Saat seperti inilah yang telah termaktub dalam perjanjian Tuhan dengan hamba-Nya tentang jodoh dan pertemuan,” ujar Zayed romantis dan aku hanya mengetap bibir menahan senyum yang sedang mekar.  

~~> bersambung (pendek ya mmg pendek.. kata mini.. hehehe)

37 comments:

  1. rasa nak masuk dalam cerita.ganti tempat rina boleh?:D

    ReplyDelete
  2. rehan,well done... cant wait to read the cont....

    ReplyDelete
  3. suka.. suka.. suka sgt. rasa bahagia jerk.

    ReplyDelete
  4. ohh gosh....sweet nyer zayed ni...melting again...n again...n again....:)

    ReplyDelete
  5. like always....u r the best Rehan

    ReplyDelete
  6. err.. agak lega dgn n3 ni... sila cmpak ziyad jauh2 ye RM..
    ~MIZZ ACU~

    ReplyDelete
  7. pendek tp mantopp....
    ok jer...

    tp terngiang ayat ziyad.. kita jumpa di masjid????

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la .. terfikir juga ayat ziyad tu ..

      Delete
  8. sukanyaaaa...heeee...nt nama anak dorg buh zenat ea..hehehe

    #nana jamil#

    ReplyDelete
  9. heheee... akhirnya Rina setuju. Takut dgn Ziyad punya pasal. Tapi xpe kan, sekurang-kurangnya Rina dah tahu sejauh mana hati Zayed buat dia.

    Thanks RM for this n3

    ReplyDelete
  10. Zayed ni tahu cemburu juga ya... tapi x nak mengaku... takut saham jatuh lah tu....
    Suka...sangatttt... tapi pendek ja... x puas baca....

    ReplyDelete
  11. best yg amat.. nasib baik ada ziyad klu x msing2 xnak mngaku..

    ReplyDelete
  12. Sian Ziyad....itulah, lambat sangat datangnya. Zayed pun bernasib baik je tu....:-)

    ReplyDelete
  13. wahhhh.........( x boleh nak gmbrkan rasa bhgia ) :)
    next2

    ReplyDelete
  14. Poyo le zayed nih...haha tau takut...
    -ieja-

    ReplyDelete
  15. rm.. nice entry.. but would be much nicer if less grammatical error.. just a sincere comment and hope u would improve in the future entry.. anyway keep up the good work and the ideas flowing and our heart flourishing.. Along

    ReplyDelete
  16. Rehan, bab 7 tak mau mini, nak panjang...boleh?

    Kak Fieza

    ReplyDelete
  17. Nice! Tak sabar nk tunggu next.. Good luck kak Reran :)
    @aira

    ReplyDelete
  18. da nak tmat ke???ni da mmg btul2 mini nih

    >>k<<

    ReplyDelete
  19. alahai.. sweet sesangat... bahagia rasa...

    ReplyDelete
  20. pergh ..ayat zayed mengayat tak boleh bla kan..akak yg dgr ni pun cair ..gilers

    ReplyDelete
  21. nganganganga.. cpt sambung!!!!! sakit dh dada ni..huhu

    ReplyDelete
  22. gud job zayed terus grab dari terlepas n putih mata... tapi rase2 nyer selamat ker dari ganguan werewolf tu..

    ReplyDelete
  23. no no no...i want ziyad.. ziyad ziyad ziyad..ziyad, jgan pduli ap org ckap.. i vote you ok..

    ReplyDelete
  24. wah!!!!! best2 zayed da nk kawen dgn rina... hehhe thanks kak rehan
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  25. rasa nak sangat jump zayed...hehehehe...

    ReplyDelete
  26. he will hunt you.....I'm going to propose to her.....will you please in your life, be serious (sdp wording mcm ni lg)....

    ReplyDelete
  27. suka betul la dgn zayed ni.dia llki yg mmg MAN. ^^

    ReplyDelete