Wednesday, May 08, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 2


BAB 2

KREKK...
Itu bunyi pintu bilik lagi sekali.  Serentak dengan suara orang bertanya soalan yang sama dengan  mama tanya tadi. 
“Arya demam ke?” 
Aku tersentak.  Hilang suara Aryan petang tadi diganti suara papa.  Mama tak kunci pintu.  Balik rumah tubuh dah mula suam-suam tapi semua orang diam.  Tak berkata apa.  Kalau berkata, sungguh aku terbaring dekat ICU. 

Aku keraskan tubuh. Konon dah tidur.  Tapi, aku rasa papa makin mendekati dan dia duduk di birai katil.
Sebelah tangannya menyentuh bahu aku.  “Arya...”  Digoncang sedikit.
Aku tetap kaku.
“Aryana?”  panggil papa masih lembut.
Aku memisat-misatkan mata sedikit dan berpaling perlahan-lahan. 
“Owh papa... kenapa ni?”  soal aku dan aku angkat tubuh bersandar pada kepala katil.
Wajah papa aku jeling sekilas. 
Dia beriak risau.  Dahi dia berkerut dan rambut dia disikat kemas.  Apa kaitan dengan rambut pun aku tak tahu tapi sebab itu je yang mata aku nampak. 
“Arya demam, ya?”  Sekali lagi soalan itu merodok telinga.
Aku angguk.  “Sikit je...”
Seperti juga mama, tangan papa naik menyentuh dahi.  Kemudian kerutan pada dahi dia bertambah lebat.
Berlapis-lapis macam kek lapis Sarawak.
“Sikit apa macam ni?  Banyak ni?” 
Eh, banyak?  Aku senyum menyenget sedikit dalam hati.  Papa timbang atau kira demam aku ni? 
“Sikit je, pa... tak ada apalah.  Nanti Arya tidur eloklah.  Dah telan ubat,” dalih aku bila melihatkan wajah papa kemain serius. 
“Jom ke klinik.  Siap sekarang!” 
Okey, itu arahan papa.  Bukan pujukan.  Aku kelatkan wajah dan merebahkan tubuh kembali.  Tapi, papa menahan.  Dia tolak gebar tebal itu ke kaki.  Mencucuk kulit aku dengan kesejukan penghawa dingin.
“Papa ni... Arya sejuklah.”  AKu mula nak merengus. 
Orang dahlah tak sihat.  Berita  yang Aryan bagi petang tadi terus buat aku collapse.  Papa pulak memaksa. 
“Kita pergi klinik.  Nanti melarat pulak,” katanya lagi.
Tak dapat tidak, aku tegakkan duduk bila papa dah menjerit kuat memanggil anak dia yang sorang lagi.
“Aryan!!!” 
Hampir retak gelas lilin wangi aku ni. 
“Apa?” 
Aryan muncul.  Mengah dan kalut.  Dia raup rambut dia yang jatuh ke dahi dan mendekati kami.
“Kakak demam sungguh ke?”  soal Aryan tak dan papa bersuara.
“Ha’ah... kamu tahu kakak demam?  Tak cakap dekat papa?”  rungut papa pada Aryan.
Aryan pulak sengih.  Dia garu kepala. 
“Kakak demam terkejut ni,” ujar dia.
“Terkejut pasal apa pulak?”  soal papa pelik. 
Aku jegilkan mata pada Aryan.  Memberi amaran dalam diam, you better shut your mouth, Aryan.  Or I’ll kill you! 
Tapi Aryan... dah buka mulut.  Nak-nak mama pun baru muncul di depan pintu siap bertudung dah. 
“Terkejut kenapa?”  Mama pula mengulang soalan papa.
Aku mengeluh.  Habis aku.  Terus masuk ICU. 
“Kan mama pesan suruh Aryan cakap dekat kakak yang papa, mama, nenek dan atuk semua nak kakak kahwin dengan menantu pilihan korang.” 
Lancar.
Tiada tersekat.
Jujur.
Dan polos.
Huh, kata-kata Aryan buat suhu badan aku terus naik.  Menggelegak kepala.  Lelehan lahar dah keluar ikut telinga. 
“Pasal tu ke?”  Papa beralih  pandangan pada aku sepenuhnya.
Dia senyum kemudian tersenyum pada mama pula.
Mama pegang tangan aku.  “Arya demam sebab tu ke?” 
Aku geleng menafikannya dan tiba-tiba rasa sebu.  Rasa nak menangis dan rasa nak meraung kuat-kuat. 
Kelopak mata rasa hangat tiba-tiba. 
“Sungguh ke?”  Sebak aku menyoal mereka.
Mama angguk.  Papa mengiyakan dan airmata aku mengalir laju. 
Terdiam semua orang.
Kaku suasana. 
Bak orang kata, malaikat lalu. 
“Arya tak sudi ke?” 
Aku tidak memberi sebarang reaksi.  Hanya tangan yang bergerak bila mama bantu aku sarungkan cardigan pada tubuh bagi melindungi baju T lengan pendek yang sedia ada.
“Arya kalau tak nak, mama tak paksa.  Kan abang?”  Mama pujuk.
Tapi hati aku, merajuk.
“Arya nak tidur...”  Tiba-tiba aku rebahkan tubuh tapi mama menahan.
“Kita pergi klinik dulu.  Tiba-tiba makin panas pulak ni,” keluh mama.
“Kita pergi sekarang, bang,” ajak mama tak dan-dan.
Papa angguk.  “Aryan, pergi keluarkan kereta,” arah papa dan Aryan berdesup lari ke bawah. 
Airmata aku mengalir lagi.  Kenapa ya rasa sebak?  Padahal mama dah cakap tak paksa.  Habis tu, kenapa aku tetap rasa terbeban?  Ke sebelum ni aku tak pernah bantah apa-apa pun kata-kata mama dan papa termasuklah kata-kata nenek dan atuk.  Hari ni bila hati aku bagai menolak kehendak mereka yang dikatakan suci lagi murni itu, aku rasa tak sedap hati pulak.  Jiwa tak tenang. 
“Arya sakit ke?”  soal papa bila tengok aku dok menangis. 
Teresak-esak you. 
Mama dah hanya diam memerhati aku dan papa berkomunikasi.  Memang begini.  Kalau ada tak  kena dengan aku, mama lebih suka biarkan papa yang cakap dengan aku dan bila Aryan yang tak kena, mesti mama pujuk. 
“Sakit hati!”  tekan aku geram.
Papa sengih.  Gigi putih dia terbias di mata.  Dia jeling mama dan senyum.  Bagai memberi isyarat, mama terus bangkit mendekati almari.  Digeledahnya almari aku tak tahulah cari apa. 
“Sakit hati tu papa dah jumpa ubat, Arya macam tak nak pulak,” seloroh papa.
“Mana ada ubat?  Sebab ‘ubat’ papa itulah Arya sakit ni, tau tak?”  Aku dah mula nak merengus.
Kan aku dah cakap, aku ni perengus sikit orangnya.  Nak kata garang sangat, tak adalah.  Biasa-biasa je.  Tapi kalau ada tak kena, memang aku hangin jugak. 
“Mula-mula tahu memang sakit hati tapi nanti dah kenal-kenal, dah duduk sama, tak adalah sakit hati...”  pujuk papa lagi.
Amboi, senang je dia. 
“Papa suka paksa Arya.  Papa mesti tak faham macam mana Arya rasa bila tiba-tiba papa dan mama ungkitkan hal nak kahwinkan Arya dan itupun calon dah ada.  Siapa tak sakit macam ni?” 
Tersedu-sedu aku bersuara.  Tapi papa... gelak? 
“Gelak pulak?”  tegur aku tapi gelak papa tak reda. 
Kini ditambah pula dengan gelak halus mama yang kembali mendekati aku dengan sehelai tudung di tangan dia.  Huh, cari tudung rupanya. 
“Papa gelak sebab lucu.  Tapi, papa memang nak aturkan untuk Arya kenal-kenal dulu dengan anak kawan papa tu.  Kawan lama.  Kawan mama jugak sebenarnya.  Eh, sebenarnya kawan mama dulu.  Lepas tu baru jadi kawan papa.  Kira kawan kamilah...” 
Papa pun dah jadi macam Aryan. Terbelit lidah. 
“Kalau Arya tak boleh nak get along dengan dia, papa dan mama tak paksa.  Kami tak nak paksa anak-anak untuk terima pasangan yang kami carikan.  Menderita hati.  Bukan papa tak tahu rasa derita tu macam mana.  Kan sayang?”  Papa angkat kening pada mama.
Aku mencemik.  Eleh, apalah yang mama dan papa deritakan tu?  Apalah yang mereka faham tentang derita hati ini bila aku lihat tak pernah sekali pun mereka bergaduh.  Jangan kata bergaduh, menjeling juga tak ada.  Semakin romantis adalah.  Sampai nenek dan atuk pun pelik.  Diorang baru kahwin ke atau masa tu tak berganjak. 
“Papa dengan mama bahagia... mana nak reti perasaan Arya sekarang ni,” keluh aku sambil mengesat sisa airmata di pipi. 
Air wajah mama dan papa berubah. 
“Arya tak akan faham apa  yang mama dan papa pernah lalui untuk kami bahagia macam hari ni.  Untuk kami bina kebahagiaan kami dengan adanya Arya dan Aryan,” ujar papa lemah.
Aku gigit bibir.  Rasa bersalah pulak dah.  Macam ada bau hanyir yang telah dibersihkan tapi mungkin hal lama.  Sungguh, selama aku hidup 27 tahun ni tak ada pulak aku tengok diorang bertelagah.  Nenek dan atuk juga baik.  Pak ngah dan nenek belah mama jugak kemain lembut dan ramah. 
Habis tu, bila bercakaunya?
“Mama dan papa tak lalui jalan kebahagian semudah yang Arya sangka.  Papa banyak berkorban...” 
“Dan  mama Arya banyak terkorban,” sampuk papa.
Okey, sudah bertukar drama haru mama dan papa.  Bukan lagi hal aku yang bakal kahwin tak lama lagi.  Tapi, melihatkan wajah mereka dan aku tanya hati aku sendiri... kenapa aku rasa sedih bila mana mama dan papa tak memaksa, aku dah temui jawapannya.
Sebab aku nak mereka bahagia dengan aku.  Untuk bahagiakan mereka aku kenalah bahagia dan untuk aku bahagia adalah melihat mereka bahagia dan bahagia mereka bila aku terima calon tu dan aku akan bahagia dengan calon tu jika mama dan papa bahagia. 
Terbelit lagi ayat. 
“Papa bahagia kalau Arya kahwin dengan tutt... dalam bracket sebab nama tak tahu lagi tu?” 
Bibir mama dah pecah dengan bunga senyum.  Papa pun.  Dia menggeleng kemudiannya. 
“Apalah Arya ni.  Tak tahu kenalah tanya tapi kalau Arya bahagia untuk terima dia, kami bahagia.  Kan, sayang?” 
Aku pandang mama. “Mama bahagia?”
“Kami bahagia kalau Arya bahagia...” 
Aku angguk akhirnya.  Dan Arya bahagia kalau mama dan papa bahagia.  Tapi, ada keluhan kecil pada hujungnya. 
“Bolehlah kenal-kenal dulu...,” putus aku akhirnya.
Mama senyum.  “Kalau tak boleh jangan paksa diri.  Menderita hati nanti,” pesan  mama.
Aku angguk. 
“Lepas tu?”  soal papa.
“Arg.... apa lagi?”  Rasa nak menangis dah.
Jangan papa cakap nak tunang esok kahwin minggu depan.  Sungguh aku masuk ICU karang. 
“Pergi hospital la.  Demam makin naik ni.  Risau papa,” jawab papa selamba dan dia bangkit membantu aku bangun.
Lemah nak melangkah.  Dahlah tak sihat, mulut dah pandai pulak berjanji nak cuba jayalah... konon...
Entah berjaya tau tidak.  Tapi, hati aku lebih memberat katakan TAK BERJAYA.  Ingat senang nak menyatukan dua hati?  Atau jangan cakap sebab aku ini anak pada kontraktor Berjaya Mohd Mukhlis dan anak penulis terkenal, Anahara juga cucu sulung pada keluarga Tan Sri Mahzan barulah tutt sebab nama tak tahu lagi tu nak dekat aku? 
Ohmai... mohon jauhkan Ya Tuhan...



LETIH telinga dengar Aryan membebel tak sudah-sudah.  Sebabnya, dia tunggu lama dalam kereta tapi kami dok buat drama airmata kat atas.  Mama diam saja.  Sesekali dia mengusap kepala Aryan. 
Aku baru saja keluar daripada bilik rawatan.  Doktor ni dah dekat nak  balik dah kami sekat.  Tapi, kacak pulak pak cik doktor ni aku tengok.  Aku pandang pada dinding reception dia. 
Klinik ZZ.  Ziana Zain?  Zenab Zon?  Atau...
“Terima kasihlah, Yed.  Dah dekat-dekat nak balik ni kami pulak sampai,” ucap papa pada doktor ni. 
Doktor yang aku kira muda sikit daripada papa.  Doktor Yed itu... eh kejap, aku pandang kad bisnes dia Doktor Zayed.  Okey, doktor Zayed itu senyum pada papa sambil berjabat tangan.
“Tak ada apa pun.  Zafrina minta balik awal.  Dah lama tak makan malam.  Kebetulan dia pun cuti hari ni,” jawab Doktor Zayed tenang. 
Dia kerling pada aku dan kemudiannya kening dia naik pada papa.  Okey, bau hanyir terus menyengat hidung. 
“Along ada cakap pasal tu.  Sungguh ke?”  tanya dia pada papa dan mama yang baru saja mendekati mereka. 
Aku jeling sedikit pada mereka.  Buat-buat merenung tajam.
“Ha’ah... tapi macam tak jadi je,” cebik mama. 
Doktor Zayed ketawa. 
“Rina pun ada cakap macam tu jugak dekat along.  Macam tak jadi.  Tapi kami ni ikut jelah.  Mendoakan yang terbaik.  Dah tua-tua ni, bagi anak-anak bahagia la pulak, ya tak?” 
Amboi hai... pandai pulak Doktor Zayed ni berkata-kata. 
“Dan Aryana...”  Tiba-tiba berkalih pula pada aku.
“... kena jaga diri.  Kata papa Arya banyak dok site... dengan cuaca sekarang tak menentu, ada baiknya Arya jaga diri lebih.  Tidur cukup, makan ikut waktu.  Kalau uncle mudah je.  Payah sangat nak jaga diri kalau sorang ni, uncle suruh bagi Arya hidup berdua.  Okey tak macam tu?”  soal dia dengan kening yang naik tinggi. 
Oh, boleh macam tu?  Itu soalan dia.  Nak tak nak aku sengih.  Merengus karang, mama dan papa bising pulak.  Biadap namanya sebab mama dan papa tak pernah ajar aku jadi biadap. 
Aku dengar mama sebut along lah, angah lah, Mi lah, Rina lah. Aku kurang ingat nama tu.   Yang aku ingat nama Uncle Zaf dan Aunty Resa je.  Anak-anak diorang pun dah lama aku tak jumpa lepas aku masuk sekolah asrama penuh dulu. 
“Err... Arya tahu jaga diri sendiri, uncle.”  Sengih kambing.
Tak tahu macam mana sengih kambing aku pun tak tahu sebab tak pernah tengok kambing sengih. 
“Tapi, tak rasa muda sangat ke?  Nak ke budak tu dan...”  Doktor Zayed terhenti bicara. 
Dia mendekatkan bibir dia pada telinga papa.  Dan aku apa lagi, pasang telinga jugak nak dengar apa yang dia bisikkan. 
“... nak ke Aryana dekat calon lagi muda dari Aryan?” 
Hah? 
Apa? 
Tidak!!!
Aku tak salah dengar.  Sungguh aku tak salah pendengaran.  Telinga aku sihat lagi. Memang rasa sedikit berdengung sedikit sebab suhu badan kian meningkat tapi mendengarkan perkataan MUDA?  CALON?  UNTUK AKU? 
Ohmai...
“Mama, Arya nak balik.” 
Tak sempat mama bersuara aku terus bergegas keluar.  Nak ajak Aryan lari luar Negara.  Kalau kata dia tak ada duit nak beli tiket, aku rayu nenek dengan atuk dan guna semua duit simpanan aku untuk beli tiket Air Bus 380 kelas pertama untuk dia.  Biar aku botak, muflis terus. 
“Arya nak pergi mana tu?”  jerit papa tapi aku dan buat tak endah.
Cepat-cepat aku melangkah ke pintu bila aku nampak Aryan sedang elok bersandar pada dinding Porshe Canyenne papa.  Sekarang dah jadi milik Aryan pun.  Seronok nampak dok sedut tin Coke. 
Baru aku tarik pintu, tak sempat buat apa, aku dah jatuh terduduk di atas lantai.  Sakit yang pastinya.  Aku menyeringai dan melangut pandangan memandang susuk tubuh yang aku langgar tadi. 
Lelaki yang pasti.
Tinggi jugak.
Dan wajah sangatlah... errr kacak.  Kena akui itu sebab hakikat depan mata.
“Sakit?”  soal dia sepatah.
Aku diam dan bangkit sendiri. 
Bila aku pandang belakang, mama dan papa masih rancak borak dengan doktor tu.  Langsung tak sedar anak dah tertonggeng depan pintu klinik ni.  Rasa benjol dahi aku.  Bila aku raba, tak rasa apa-apa.  Kira okeylah.
“Tak ada lebam pun, jangan risau.  Masih cantik terletak,” ujar lelaki depan aku ni. 
 “Terima kasih.”  Aku sengih perli dia. 
“Klinik dah tutup,” sambung aku selamba dengan kaki  yang menapak nak keluar. 
“Eh, klinik awak ke ni?”  tanya dia menahan  langkah aku.
Aku lepaskan pemegang pintu dan berpaling pada dia.  Melangut jugaklah dah dia tinggi.  Makan apalah dia ni sampai aku pun dekat dagu dia je.  Kacang panjang ke apa? 
“Ha’ah...”  Lagi selamba aku mengaku ini klinik aku yang punya sedangkan tuan punya klinik tercongok dok sembang depan bilik doktor. 
Dia senyum segaris.  Tipis dan mendatar. 
“Kalau macam tu, boleh rawat saya kejap.  Saya ni  urgent ni, doktor.  Sakit perut tiba-tiba.  Macam keracunan.  Nak ke klinik lain macam tak sempat dah ni.  Saya dah rasa berpinau mata ni,”  pinta dia dengan wajah cuak dan tangan yang menyeka peluh di dahi.
Aku intai mata dia yang nampak pejam celik pejam celik.  Dahi aku berkerut.  Menipu lagi kau, Aryana.  Kan dah kena. 
“Err... maaflah.  Encik datanglah esok pagi.  Saya kena balik ni.  Klinik memang dah tutup pun.  Barang-barang nak rawat orang semua dah steril.  Tak boleh guna lagi...”
“Kalau saya mati kat sini?”  pangkas dia.
Aku mencebir.  “Kalau macam tu, marilah keluar.  Encik mati kat luar.  Jangan depan klinik saya ni.  Jenuh saya nak jawab nanti kalau ada yang bertanya.  Kalau kat luar, di kaki lima tak apa pulak,” jawab aku saja nak kenakan orang.
Perangai entah ikut siapa pun tak tahu?  Papa kot?  Mama mana mungkin.  Mama selembut-lembut manusia pernah aku jumpa.  Senyum je tahu. 
“Uih... kejam sungguh doktor ni?”  sindir dia. 
Tapi, tak jugak dia keluar dari klinik.  Aku pun malas nak fikir lagi.  Jadi, biarlah dia.  Satu perkara aku fikir masa aku sedar aku sedang kenakan dia, lepas ni aku tak jumpa dia dah. 
“Kalau macam tu, saya balik dulu, ya?”  pinta aku.
“Oh I am so sorry about the incidence.  Saya nak cepat.  Pakwe dah tunggu,” sambung aku sambil  menjuih pada Aryan yang nampak makin segak dan kacak.  
Adik aku, kan?  Dah kakaknya cantik, adik dia pun tak kalah la. 
Lelaki ini memandang aku lain macam.  Atas bawah dan bawah ke atas.  Dia juga menapak mendekati pintu kaca tersebut bila aku dah sedia nak menjauh dari depan klinik Doktor Zayed. 
It is okay.  Tak ada apa.  Kebetulan ada di mana-mana,” balas dia sambil menghadiahkan aku sekuntum senyuman.
Kalau you all nak tahu, senyuman bajet buat aku tergoda tapi aku, tidak. 
Thanks...”  Aku angkat tangan dan terus berlari anak menuju ke arah Aryan.  Bila aku tepuk bahu dia tersedak budak Aryan ni dengan Coke. 
Mata aku mencerlung pada Aryan.  Aku tahu Aryan tahu siapa calon aku.  Dia tahu dan kenapa dia tak nak bagitahu aku.
“Aryan tahu, kan?”  Jari telunjuk lurus pada wajah Aryan. 
“Err... tahu apa?” 
“Huh, kura-kura naik sampan!”  Geram dah aku ni. 
Kenapalah semua orang macam ni.  Kalau macam ni lah teruknya, esok aku balik rumah Tok Mak kat kampung mama. 
“Apa pulak Aryan kena?  Yang kakak tu ada pakwe tak mengaku?”  sindir Aryan.
Habis saja ayat dia aku terus kalih ke belakang dan ya, lelaki tadi berdiri tepat di belakang aku. 
“Kakak terjatuh IC ni tadi.”  Dia hulurkan kad pengenalan aku.
Ya, memang boleh jadi jatuh sebab aku terjatuh juga tadi dan IC tu ada dalam poket track bottom.  Jadi, dia dah tahulah umur aku berapa?  Huh... tapi ada aku kisah. 
“Terima kasih, ya dik,” ucap aku dengan senyuman plastik lalu aku tarik lengan Aryan masuk dalam kereta.
Tak sempat nak buka pintu pun, papa dan memanggil.  Aku pegun.  Aryan juga.  Tapi, lelaki ini tidak.  Dia senyum dan melambai pada mama ke?  Atau papa?  Atau Doktor... err...
“Pak su nak siap ke?”  tanya dia. 
Dia berpaling pada aku dan senyum lagi.  Siap angkat kening you.  Aku tahu dah ni... aku bakal malu sendiri. 
“Ha’ah.  Ayie dah lama ke?”  tanya doktor itu.
Jari telunjuk aku naik tapi tersorok sedikit.  Anak buah dia ke?  Padanlah...
“Baru lagi.  Lepas tu kakak ni terjatuh IC dia.  Ayie datang bagi.  Tengok-tengok Pak Su dah keluar.  Tapi, macam mana aunty dengan uncle ada kat sini jugak?  Kau pun Aryan?”  soal lelaki ini pada keluarga aku.
Masing-masing diam seketika.  Bak kata pepatah karut, malaikat lalu.  Aku pandang Aryan.  Dia sengih dan pandang ke lain. 
Aku jenguk pula mama dan papa.  Mereka juga hanya bersalaman dengan doktor itu dan bila mereka mendekati, aku lihat papa paut bahu dia.  Ya dia... dia yang dipanggil Ayie.
“Ayie apa khabar.  Lama dah tak jumpa.  Lepas Ayie pergi oversea dulu terus tak jumpa dah,” ujar papa.
Aku renung mama minta penjelasan.  Siapa ni?  Jangan  katakan...
“Ada je.  Busy sikit.  Ini pun balik sebab papa suruh.  Ada hal katanya,” jawab Ayie.
Aku dah pening.  Kepala aku dah nak pecah. 
“Papa ada cakap apa-apa ke?” 
Ayie senyum dan mengangguk macam dah tahu je apa yang papa aku maksudkan. 
“Macam mana?’  soal mama pula. 
“Ayie terima mana yang baik je, aunty.  Tak kisahlah, kakak ke adik ke...” balas Ayie sambil menjeling pada aku.
“Dan, klinik ni Pak Su saya punya kakak.  Mujur kakak bukan doktor kat sini kalau tak, boleh mati keracunan saya kakak garang sangat,” ujar dia berpaling pada aku.
Wajah aku dah merah.  Mujur hari malam dan lampu pun hidup segan mati tak tahu je nak menyala.  Kalau tak, kalah udang bakar.
Aku mendekati Aryan.  “Muhamad Aryan, don’t tell me...”
Yes, he is,” pangkas Aryan dan aku tiba-tiba pitam. 
Pitam sungguh, tak tipu.  

~~> bersambung

RM : Sekali RM terlupa dah umur budak2 neh... rasa macam puluh2 tahun meninggalkan kita padahal baru setahun eh... apa2 pun enjoys.  mana2 RM tune tu hadam lah eh.. pasal umur tu errr... pejam mata jelah ">____<

26 comments:

  1. wowowowow..ayie anak zafran/anaresa..msti best ni..ada smbungan crite derang ni...best2

    ReplyDelete
  2. hehe..sweet jer..jadi jgk anahara nk berbesan ngan anaresa yer.. gud luck ayie..selamat memikat kakak yer

    ReplyDelete
  3. pitam sungguh.. bau hanyir di mana2...

    ReplyDelete
  4. wahhh..excitinggg...x sabar n tggu next entry..hehe...:D

    ReplyDelete
  5. dach agk lupe ngn citer nie...huhuhu kne bace blk nk tngkap fell...apepe pn RM mmng best n trbaek..:D

    ReplyDelete
  6. ha...akhirnya spekulasi xmenjadi, hehhehe

    ReplyDelete
  7. sambil bace..sambil ngira umur dan teka anak sape..perghhh...poning jap nk igt sume famili member..

    ReplyDelete
  8. hahaha, suka sangat sambungan ni. Tak kisah la beza umur pun, tapi cerita still best and feeling tetap ada.
    Tapi RM, just for sharing
    istilah steril tu sebenarnya dah bersih and bebas kuman so boleh guna untuk rawat ayie,

    ReplyDelete
  9. i loike!!! suka sangat baca novel RM bila buat kesinambungan pasal watak-watak dalam satu novel dengan novel lain. Macam biasa, tak sabar nak tahu next and next and next entryy..... kihkihkih

    ReplyDelete
  10. best 3x.... ayie adik auni dan aina....aryan pn sama umur ngan auni/aina....uiks muda tu..

    ReplyDelete
  11. hahaha...ayie saja cari pasal ya.
    xpelah tang umur tu...
    ikut sunnah...

    ReplyDelete
  12. kak, mudalah sgt ayie tu, klu dh aryan sama umur aina n auni,msti ayie ni lg muda. tp kak, adik auni n aina ni bkn ke nama adha

    ReplyDelete
  13. hihihi... best lh rehan....

    ReplyDelete
  14. kak rehan!apa ni adik2 kakak2 pulak ni...jauh beza umur diaorang kot!..hehe...bt la wtk lelaki lain yg sebaya si arya...patut bt ank anahara and mukhlis ada ank pompuan sorang lg,baru pdn dgn si ayie tu...hehehe..pndai2 sy pulak nk menambah plok cter ni...haha...apa2 pon klau dh yg tu pilihan cik writer,..aci telan jelah and pejam mata yg psl umur tu,mcm kak rehan kata..nanti blh dengar lagu 5 tahun saja tp yg ni tk tau la brape beza umur diaorang..hahaha...nanti bt cter psl aryan dgn ank dara anaresa and zafran pulak ya kak?baru best,..mcm klurga 69...heheh...just kidding kak...

    ReplyDelete
  15. wawaawa... cerita generasi alaf 22.. haha...

    ==>kembali menggila dgn cerita2 kak rehan.. heehe.. =)

    ReplyDelete
  16. Kak rehan,uish jauh sgt jarak umur diorg nih,tp xpe je klau buat muka aryana ni baby face,so walaupun jarak umur 7 thn,aryana still xnampak tua sgt berbanding dgn ayie...Hehe,memendai je sy ni

    ReplyDelete
  17. wow! ni jadi ketagih nak baca ni. hahahaha!

    ReplyDelete
  18. Wow... Rehan..you never fail to impressed me...

    ReplyDelete
  19. yes ... anak along dgn Ana lah ni.... bestttt

    ReplyDelete
  20. Bestnye,tk sbr da ni tgu nvel.he

    ReplyDelete
  21. woah!!! best nie... suma yg second generation punya cter combine jd stu cerita.... hahhaha serious best :)

    ReplyDelete