Saturday, March 31, 2012

Kerana Sekali Cinta [3]

BAB 3

MAMA tak terkata. Di kerling antara aku dan Anaresa silih berganti. Aku pula takut nak bangkit. Dari tadi mengintai dari celah daun pintu.

“Hah, Zafran. Tu Ana dah sampai. Sedang elok pun,” sergah Pak cik Lah kuat. Terkejut aku.

Mama senyum paksa. “Mari sini.” Tangannya menggamit aku bangkit.

Rasa macam berat sungguh nak angkat tubuh sasa aku ni. Sasa la sangat. Tapi, bila abah menepuk bahuku, aku ringankan tulang menghampiri mama.

“Err…Siapa ya?” tanya Anaresa sekali lagi pada mama.

Tapi yang penting senyuman manis dia tu tak lepas dari bibir. Biarpun wajah tu nampak berkerut sana-sini, senyuman tetap lebar dan aku rasa, senyuman manis tu akan padam kejap lagi bila dia nampak aku.

“Err… mama ni mama Zaf,” jawab mama. Hui… nampak sangat mama berkenan. Siap biasakan diri mama lagi.

“Zaf?” Wajah comel tu semakin keruh.

“Err… ni mama saya.” Aku menyampuk tiba-tiba bila sudah ada tepat di sebelah mama dan pastilah di depan Anaresa yang baru masih berdiri tegak di atas anak tangga.

“Awak!” Jari telunjuknya lurus padaku. Mata itu bulat.

“Tak kan nak datang tuntut hutang RM60 tu bawa mama pulak?” soal dia polos.

Mama kerling padaku tajam. “Apa hutang-hutang ni, Along? Kamu perangkap budak ni ke?” gumam mama keras.

Aku sengih dan menggeleng. “Dia salah faham tu, ma,’ jawabku juga berbisik.

“Eh, naik dulu Resa. Kan ada tetamu ni,” arah Mak cik Anisah pulak. Oh, keluarga dia panggil dia Resa rupanya. Aku angguk sendiri.

Cepat-cepat Anaresa buka kasutnya dan menyalami mama. Tunduk hormat mencium tangan mama.

“Maaf, mak cik. Ana ingatkan siapa tadi. Terkejut juga tiba-tiba muncul orang lain dari dalam rumah,” akui dia jujur.

Mama senyum dan menyentuh kepala Anaresa.

“Tak apa. Salah mama kejutkan kamu. Ini Si Zaf punya kerja la ni.” Dah dia jeling pada aku pulak.

Jelingan mama biasa je aku rasa tapi jelingan Anaresa rasanya, memang boleh buat aku terbunuh. Sebab sekarang ni pun, hati ni dah tergores sikit dengan… cinta? Oh indahnya.

Anaresa naik dan bila dia melaluiku, dia kepal penumbuk padaku dengan mulut yang terkumat-kamit sendiri. Jampi aku lah tu. Jampi cinta, memang aku sudi nak terima. Dia duduk sopan dan bersalaman dengan semua tetamu perempuan sebelum beralih mendekat pada ibu dan adik beradiknya yang lain.

“Siapa?”

Aku dengar Anaresa bertanya begitu pada ibunya dan tak tahu pulak apa yang si ibu menjawab.

Aku renung dia lama dan bila aku terpandang kakinya, dia pakai stoking dan itu pun warna merahnya mak ngah. Dia memang stailo lah.

“Hutang apa Anaresa cakap tadi, Along?” tanya mama berbisik.

“Err.. nantilah Along cerita. Mama selesaikan dulu hal Along dengan Ana ni,” jawabku pada mama.

Masa ni, apa lagi. Singgah satu cubitan pada pehaku. Hadiah istimewa daripada mama dan aku tahu, balik je rumah nanti… masih banyak hadiah istimewa menanti. Nak-nak telinga ni yang jadi mangsa.

“Tuan punya badan pun dah ada ni.” Pak cik Lah bersuara memecahkan rasa hening tiba-tiba.

“Emm… itulah. Sedang elok ni alang-alang tanya tuan punya badan jelah terus, ya tak?” sambung abah pulak.

“Anaresa, Zaf sekeluarga datang nak meminang kamu. Sudi?” Memang jenis keluarga gamble betul mereka ni. Pak cik Lah main tanya macam tu je sampai aku tengok wajah Anaresa tu merah padam.

Tak suruh kami main-main kat luar dulu ke? Macam kisah drama dulu-dulu tu. Hal peminangan, yang meminang dan yang dipinang kena main kat luar. Tapi ini tidak.

“Resa?” Anaresa menunjuk ke arah wajahnya sendiri. Ayahnya mengangguk.

“Kenapa Resa? Bukan Kak Aniraha atau Kak Anisara?” tanya dia perlahan.

Wajah dia memang merah padam masa ni. Mama senyum dan aku pun tak tahu kenapa mama senyum.

Nama adik beradik dia memang boleh buat aku terngaga. Payah nak sebut, susah nak ingat. Tapi, memang unik. Dari mana ayah dia dapat nama semua ni?

“Mereka masuk pinang kamu. Kamu yang berhutang dengan Zafran, kan. Bukan Kak Sara, bukan Kak Raha. Tapi Resa,” tekan Pak cik Lah.

Anaresa langsung memandangku. Tapi tak lama bila Pak cik Lah suakan surat cinta aku tu pada dia. Bila Anaresa baca, haruslah dia menjegilkan matanya yang sedia bulat itu. Mata bundar dan tenang tu nampak tajam membunuh. Aku telan liur. Takut!

“Err… bu, macam mana ni?” Dia kalih pada ibunya setelah surat itu dia lipat kasar.

“Resa yang buat keputusan. Ini hidup Resa. Tapi, orang dah sudi, nak jual mahal buat apa?” Perlahan je suara Mak cik Anisah ni.

“Kamu paksa dia ke, Along?” soal mama tiba-tiba.

“Tak adalah, ma. Kalau dia tak setuju, kita balik,” selaku mendatar. Berlagak tenang padahal dalam hati, hai… cinta tak kesampaian lagi.

Mama angguk dan kami terus memandang bibir Anaresa menanti mengungkap kata. Dia berpaling pada kami semua dan memandang kami seorang demi seorang. Bila dia jatuhkan renungannya padaku, aku nampak mata itu digenangi airmata sikit. Aduh, rasa bersalahlah pulak.

Masa ni, rasa macam nak balik terus. Jangan paksa dia lagi. Nampak sangat dia tak bahagia tapi rasanya, telahanku silap.

“Err… kalau kata ayah dan ibu setuju, ikutlah. Resa okey je. Resa masuk dalam dulu,” ucap dia dengan suara yang cukup perlahan lantas dia angkat tubuhny dari simpuh dan berlalu ke dalam bilik di tengah-tengah tu. Bakal bilik aku la tu nanti.

Nak ketawa, nak guling-guling sekarang aci tak. Tapi, bila mama menjeling, aku tekup mulut dan buat muka serius.

“Allahamdulillah,” ucap Pak cik Lah dan abah serentak.

“Dah jodoh budak berdua. Allah permudahkan,” sambung abah pula. Yang lain turut mengaminkan doa tanda syukur.

Mama dan keluarga Anaresa mula berbincang sesuatu. Aku pula beralih ke anak tangga, duduk sendiri di situ dengan bibir yang tak lekang dari senyum. Mudah sungguh dia terima aku. Rasa macam nak cakap dekat mama, tak payah bertunang, terus nikah je. Aku mampu adakan semuanya tapi…

“Tunang dululah kejap. Bagi diorang selesa. Lagipun, Resa kan belajar lagi. Kena tengok jadual dia jugak,” ucap mama memberi cadangan.

“Nikah jelah terus, mamanya. Awak kan dah lama nak bermenantu,” bantah abah.

“Resa tu, boleh ke?”

“InsyaAllah boleh tu, dik. Nanti kakak cakap pada dia. Dah kalau itu hajat pihak lelaki, kami ikutkan je. Mana yang baik,” sampuk Mak cik Anisah pula. Ibu pada Anaresa.

“Boleh ke Along tu, abahnya?” tanya mama pada abah.

La, mama risaukan aku pulak. Aku ingatkan dia risaukan Anaresa yang masih pakai baju kurung dengan sneakers tu? Aku dah tua, nak bentuk bakal isteri umur 20 tahun, haruslah aku boleh. Ucap hatiku yakin. Jangan aku yang dia bentuk sudah.

“Bolehlah. Along tu dah dewasa. Nak tunggu bila lagi. Sampai Anaresa habis belajar, tak bercucu la awak,” ucap abah diselangi tawa yang lain.

Aku apa lagi. Memang sukalah. Yang lama kian pergi, dan yang baru sedang mendiami lantas aku bersyukur. Kan pernah aku cakap, yang tercipta untukku, akan datang menyerah. Menerima persetujuan Anaresa tadi, bagaikan dia sudi menyerah.

Terima kasih buat awak, Anaresa. Tapi, bukan Ana. Malah Resa. Aku suka nama tu. Unik macam orangnya.

“Kalau macam tu, kita dah tetapkan tarikh. Masuk sarung cincin jelah, ya?” pinta mama sopan.

“Emm.. bolehlah tu. Mari kita,” ajak Mak cik Anisah.

Erkk… dah tetap tarikh? Bila? Aku tak dengar pun. Mama ni, memang tak sabar nak bermenantu dan aku juga tak sabar nak terima Anaresa dalam hidup aku. Belajar bercinta semua dan pastinya, lepas nikah. Nak buat tak ada siapa larang. Tu penting dan aku harap, cincin tu muat dengan dia sebab mama ukur jari Zafrina.

***

MATA Anaresa bulat. Aku tahu dia sedang menahan marah. Surat di dalam genggamannya dia renyuk berkali-kali. Tapi, tak pulak dia koyak. Itu yang menyebabkan aku yakin yang dia bersetuju juga.

“Kenapa encik buat saya macam ni?” tanya dia.

Bukan suara je tapi dia siap tentang tiang pangkin tu dengan kasut Nike dia tu. Kuat betul perempuan ni. Wajah putih tu merah padam. Giginya diketap hebat.

“Bukan enciklah. Abang Zafran,” tegurku lembut. Saja hendak mengusik dia. Suka lihat dia marah.

“Eiii… abang apa pulak?” tanya dia geram.

“Dah tunang pun,” selaku.

Dia jegilkan mata. “Bila masa pulak? Kata nak datang tuntut hutang. Tapi ni tuntut orang. Kalau macam ni, memang saya tergadai body tau tak?” marah dia.

Aku ketawa kecil. Dia memang unik. Setiap perbuatannya itu memang mencuit hati. Kata-kata dia juga.

“Tergadai pada yang halal tak apalah,” ucapku lembut.

Bibir ini tetap tersungging dengan senyuman melihat dia yang terus menyepak batang pokok kelapa pula.
Haih, ganas sungguh. Tak padan pakai baju kurung. Bertudung litup ayu lagi. Tapi, kaki tu hidup je manjang.

“Orang nak sekolah lagilah. Siapa nak kahwin dengan encik?” soal dia kasar.

“Saya nak.”

“Saya tak nak.”

“Tapi dah terima cincin,” selaku.

Dia mendengus. “Tu ibu terima. Encik nikah dengan ibu jelah!” tekan dia.

Huh, mulut dia boleh tahan. Ada ke dia nak aku jadi bapak tiri dia? Mana boleh. Tak masuk akal betul pemikiran dia. Aku menggeleng.

“Ibu Resa tu kan bakal ibu saya. Saya nak Resa, bukan nak ibu Resa.”

“Tapi, saya tak nak encik,” bantah dia dengan mata yang semakin bulat.

“Tak nak, tapi pakai cincin kenapa?”

Dia telan liur. Jari manisnya dia pandang dan tiba-tiba je dia tarik cincin tu keluar tapi memang nasib menyebelahiku. Cincin tu tak nak tinggalkan jari manisnya.

“Eiii… cincin ni. Melekat pulak. Potong jelah jari,” rungut dia.

“Eh, jangan potong. Nanti kurang hantaran, nak macam tu?”

Sungguh, aku tak pernah puas nak usik dia. Malah makin seronok pula tengok wajah comel tu berkerut seribu.

“Encik ni, kan… dari hari pertama lagi suka kenakan saya. Ni surat ni…” Dia suakan surat yang ayahnya berikan pada dia.

“… apa yang encik merapu ni?”

“Bukan merapulah. Tu syarat untuk awak bayar hutang saya. Cuba baca elok-elok terma dan syaratnya,” suruhku selamba.

Padahal dalam diri ni, tersangatlah malu bila abah membaca surat itu sekuat hati di tengah-tengah ruang tamu tadi. Apalah abah ni. Mama apa lagi, bulat la mata. Nak-nak bila Zafrina ada sebut pasal surat beberapa hari sudah. Balik ni, pasti kena campak dalam mesin basuh. Mesti mama basuh otak aku cukup-cukup.

“Syarat tak masuk akal!?” cebik dia.

“Tak masuk akal apa? Resa juga cakap nak dibiayai seumur hidup. Jadi itulah syarat dan terma yang terbaik. Nak saya ulang balik apa saya tulis ke?” tanyaku menyindir.

Dia menggeleng. “Geli nak dengar.”

“Dah tu baca tak apa pulak?” tanyaku.

“Tak jugak. Naik berbulu mata saya baca ni!” jawab dia.

“Dah memang ada bulu mata. Haruslah berbulu!” Aku loyar buruk.

Dia hentak kaki dia ke tanah. Aku tengok sneakers dia tu dah kotor. Pelik, kenapa nak turun pun pakai kasut? Pakai jelah selipar.

“Encik ni mesti lawyer, kan? Sebab tadi, keluarga saya tanya dah lama ke kenal, saya jawab tak adalah lama. Lepas tu, bila ayah tanya encik kerja apa, saya jawab encik lawyer. Betul tak?” tanya dia dengan mata yang redup.

Aku ketawa. “Ada rupa lawyer ke?” Jariku aku luruskan pada wajah sendiri.

“Ada. Loyar buruk!” jawab dia panas. Aku apa lagi, ketawa jelah.

“Saya bukan lawyer tapi saya kuli je. Dok tengah-tengah panas tiap-tiap hari. Macam buruk paksa,” jawabku.

Dia merengus. “Memang betullah encik ni, tak betul!” tekan dia.

“Kalau tak betul saya tak datang pinang awak tau?”

“Sebab encik tak betullah encik pinang saya yang encik baru jumpa beberapa hari sudah!” tekan dia tak kalah.
Aku pun, tak kalah jugak.

“Dan awak pun tak betul jugalah kalau macam tu,” tekanku.

“Saya pulak?” Wajah dia keruh.

“Iyalah sebab terima pinangan orang yang awak baru kenal beberapa hari,” jawabku pantas.

“Eii… bencilah. Ada tunang pun macam apa entah! Tak suka… tak suka!!” marah dia dengan wajah yang cemberut lantas dia berlalu hendak ke rumah.

Aku tak mampu nak tahan senyum lagi dah. Aku biarkan saja dia berlalu. Lagipun tak manis. Pak cik Lah dan abah bagi lesen kejap je untuk bersembang sebelum kami pulang ni. Yang pasti, aku dengar dengan jelas dia akui, aku ni tunang dia.

Bila Anaresa dah menjauh, aku pun menapak juga. Dia terus ke pintu dapur rumah kampung itu dan aku terus ke pintu depan hendak menyertai orang tua kami yang sedang duduk minum-minum lagi.

“Hah, Along. Dah siap sembang?” tanya abah.

“Dah, bah,” jawabku.

“Sikit-sikit sudah. Darah manis tu,” usik Pak cik Lah pulak. Aku hanya senyum simpul mengingatkan wajah comel itu marah.

“Semua dah selamat, kami pun nak minta diri dululah, Lah. Nanti, pandai-pandailah budak berdua ni uruskan barang-barang dia sendiri. Kata nak cepat, kita buat cepat. Nak mudah, kita buat mudah, ya tak?” Abah ni memang boleh tahan kalau bercakap.

“Betullah tu. Belajar pun, belajarlah. Pandai-pandailah Zaf tengok-tengokkan dia. Perempuan ni, belajar tinggi-tinggi pun, kat sisi suami jugak nanti. Ke dapur juga.” Hah, Pak cik Lah lagi pandai.

Memang kenalah abah dengan bakal ayah mertua aku ni. Mama bangkit bersalaman dengan Mak cik Anisah dan yang lain. Aku pun sama. Usai bersalam dengan semua, aku turun hendak berlalu ke arah kereta.

Tak tahu kenapa, aku ada rasa hendak berpaling dan sungguh, bila aku kalih mata ini terus tertancap pada wajah ayu itu tanpa tudung di sisi jendela, sedang merenung ke tengah bendang yang menghijau. Rambut itu melambai lembut dielus angin.

Langkah kaki pegun. Ya Allah, cantiknya bakal isteri aku ni. Cantiknya wanita yang telah kau ciptakan untuk menerima kasih dan cinta ini, Ya Tuhan. Bisik hatiku lalu aku cepat-cepat berpaling. Nak simpan segalanya lepas kahwin nanti dan bibir ini tak lepas dari senyuman. Nakal, memang aku nakal! Dan sungguh, Allah makbulkan doaku. Perginya Anahara, berganti Anaresa namun cinta kedua, lebih hebat rupanya. Amin.. Cuma nak fikir, macam mana nak hilangkan panggilan encik dia tu. Emm...

~~> bersambung

27 comments:

  1. Sweettt!!! terbayang zafran duk tersengih2 tak sudah walaupun mama dia duk jeling.

    ReplyDelete
  2. sukalah citenya...pengubat hati selepas KIM...

    ila danish.

    ReplyDelete
  3. Sukalah rehan.. Best sgt citer ni..

    -Ika Hatika-

    ReplyDelete
  4. sweetnya kak RM!!!!
    rasa nak jadik watak Anaresa tu,
    haha nak dapat tunang yang
    sweet macam Zafran yahoo!!! XD

    ReplyDelete
  5. best2....suka sesngt....taniah semua karya akak suka....terukan....

    ReplyDelete
  6. kali ni tak lekang senyum di bibirkan...?

    best, best....

    ReplyDelete
  7. tu dia,memang zafran ni dah tankap cintan maut dengan anaresa.semoga cepat kawin ler dua orang ni.setuju zafran panggil anaresa dengan resa.best nama tu.

    ReplyDelete
  8. salam dik..nampaknya..nasib menyebelahinya kan..ana telah digantikan ngan reesa..satu nama yg indah terukir dibibir zafran..akak harap ia akan menjadi sepasang suami isteri hendaknya.. jarak umur bukan pengukur kebahagian kan..camana ek dia cuba utk memikat tunangannya tu..tak sabar nak menunggu E3 baru ..

    adik ada buat tempahan ke untuk buku adik yg akan keluaq pertengahan april ni..sebab akak ada baca kat P2tu..kalo ada akak nak tempah satu ..with yr signture ..of course..

    ReplyDelete
  9. sweetnya nama... dah tukar panggilan dr ana ke resa ... i likeeee....
    hahaha.. zafran nak kerja keras ni.. mcm mana nak memikat & mengikat resa.
    tapi.. memang sis suka sngtlah watak resa ni Rehan..
    moga KSC lebih hebat lagi..

    ReplyDelete
  10. best sgt2...akhrnya cinta dtg jg...

    ReplyDelete
  11. hahahahahaha...my zafran...notti ye kamu..

    ReplyDelete
  12. sweetnyer citer ni....x sbarnya nk tunggu sambungan

    ReplyDelete
  13. suka-suka sangat.. cik writer cepat sambung lagi

    ReplyDelete
  14. wah sweet gler ar cra dia tunang...mcm terawang2 g2..hahahha..
    anaresa 2 dalam hati ada taman...ckp je x mau tp nk sbnarnya,...hahahha..
    buat cter ni sweet2 tau...kasi kna kencing manis...
    hahahha..
    TQ cik pnulis...
    -miss A-

    ReplyDelete
  15. lawak sgt cik rehan

    ReplyDelete
  16. Aduhaiii..sukalah Zafran dengan Anaresa comel sangattt...gaduh2 manja gitu...Rehan macam biasa la...karya2 u semuanya membuatkan saya teruja...hihihi..cepat2 update ye..tak sabar dah ni...

    ReplyDelete
  17. hahaha...mmgt sgt nakal kedua-duanyer
    cayalah resa bru jumpa 2 kali dia dah berjaya
    wat zafran angau..terbang melayang-layang..hihihi..
    besttttt!! deabak! rehan..
    tqvm.. ;))

    ReplyDelete
  18. hahahaha mmg tak boleh tahan si Zafran ni. Sanggup dia gi jemput Reesa. Haqmi ni mesti kawan perempuan Reesa.

    RM tak sabar nak tahu kisah seterusnya.

    ReplyDelete
  19. hmmm...11 tahun beza umur. tak ada beza sgt sebenarnya sebab saya & hubby pun 11 tahun beza.

    ReplyDelete
  20. sweet sweet..hehe mmg gaya cute.

    ReplyDelete
  21. alo rehan makhtar, maaf, kerana sekali cinta 4 tak bisa dibaca, bisa tukar ke html, karena bentuk file hhttp tidak mendukung firefox saya di rumah, huhu

    ReplyDelete
  22. mmg terbaik ar Zaf.llki maco xprlu tggu lama.sekali terdetik,hati meyakini maka terus masuk pinang.salute arrr.

    ReplyDelete
  23. terbaek lha zafran nie

    ReplyDelete
  24. kEnapa sy tak dapat buka next page?

    ReplyDelete