Friday, July 13, 2012

Untuk Dia [12]


BAB 12

AKU diam memeluk tubuh.  Berat lidah nak bersuara.  Sebenarnya tak tahu nak kata apa bila sekali lagi ditinggalkan oleh Aziana dan Jimmy.  Sememeh je dua orang tu.  Geram aku. 
Sudahnya, sekali lagi aku bersama Zafrin di dalam Alza milik abahnya.  Takdir menolak aku dekat dengan Zafrin biarpun aku cuba menjauh. 

“Err…”  Zafrin mula bersuara dan hati aku sudah rasa hampir melompat keluar. 
“Aku minta maaf,” ujar dia tiba-tiba.  Tidak aku pasti maaf itu untuk apa.
“Maaf untuk?”  Saja aku buat dingin. 
“Untuk segalanya…”
“Tak ada apa nak dimaafkan.  Kita bukan ada apa-apa pun.  Nak kata kawan, tak pernah pulak declare berkawan dengan kau.  Jumpa asyik bertekak je.  Sampai aku pun dah naik mual nak jumpa kau!” 
Dari ekor mata, aku nampak Zafrin sedang menjeling aku tajam.  Nampak tak puas hati dengan ayat aku tadi. 
“Kau tak pernah nampak?”  tanya dia lagi.
“Nampak apa?”
“Apa  yang perlu kau nampak?” 
Aku merengus bila dia tak sudah-sudah bermain tarik tali macam tu.  Menyampah sudah.
“Hmm… malas aku nak nampak.  Tengok yang ada depan mata sudah.  Buat apa yang cari  yang menyorok!”
“Jadi kau tak rasa apa yang sepatutnya kau rasa?”  tanya dia lebih keras sikit.
Aku menggeleng berkali-kali.  “Tak rasa pun tak apa.  Aku tak rugi pun…” selaku mudah.
Dia diam.  Aku juga sama.  Kereta terus meluncur dengan kelajuan yang rasanya baik aku berlari saja.  Ramai yang sudah meninggikan lampu tapi Zafrin tetap cool memandu di lorong paling kiri di atas lebuhraya persekutuan ini.
“Laju sikit boleh tak?”  tegur aku geram.
“Stereng dekat tangan aku, minyak dekat kaki aku… jadi  ikut akulah nak laju ke slow,” bidas dia pula. 
Aku ketap bibir.  “Kau turunkan aku dekat mana-mana KTM jelah.  Aku balik naik KTM.  Mudah!” 
Zafrin menjeling tajam.  “Banyak cantik muka kau nak suruh aku turunkan kat stesen KTM?  Errr… tapi kau memang cantik pun hari ni.”  Dia sengih nakal.
Huh, gila punya orang.  Pening kepala aku.
“Tapi Mi… abang aku kata kau nak fly esok.  Pergi mana?”  Wajahnya nampak cuak bila terbias akan lampu kereta. 
Aku senyum jahat.  Sudah tiba masanya.  “Itulah kau… aku kata nak study abroad kau kata aku kelepet.  Kan betul.  Mujur flight aku esok pagi.  Sempat jugak aku jumpa kau kali terakhir ni.  Lepas ni harap-harap aku dapat bawa balik penyanyi One Direction tu lah.  Memang padan dengan aku sekarang ni,”  ujar aku buat muka teruja. 
Baby you light up my world like nobody else…” Aku mula menyanyikan lagu itu sedikit dan menggumam sendiri. 
Aku tahu, Zafrin sedang memandang aku. 
“Kau suka sangat ke rupa kacak macam tu, Mi?”  soal dia menghentikan lagu yang meniti di bibir aku.
“Dah aku cantik… kenalah cari yang kacak dan yang pasti yang suka akulah,” jawabku mendatar. 
“Kacak, cantik, ayu tu semua penting ke pada kau, Mi?”  Dia terus bertanya.  Lain macam pula Zafrin malam ni.  Tak kan sebab aku berubah sikit ni je jadi macam ni?
“Penting!”  Mudah aku menjawabnya sedangkan aku tak maksudkan itu.
Dia ketap bibir.  Mata itu menjeling aku lagi.  “Kalau macam tu, perempuan ni pandang lelaki tu atas dasar apa?  Kerjaya, harta, rupa dan pangkat?  Macam tu?” 
“Boleh jadi…”  Aku mengangguk sikit. 
Dia merengus.  “Yang kau sampai nak ke luar negara tu kenapa?  Tak cukup pendidikan dalam Malaysia ni dah?” 
Huh, semakin kuat suara dia.  Menakutkan. 
“Ikut suka akulah.  Peluang tak datang berkali-kali, Rin… sekali datang lebih baik kita rebut,” jawabku penuh makna.  Aku tujukan khas buat dia.  Sewaktu aku masih ada di sisi dia ni, baik dia ungkapkan sayang tu.  Aku hilang karang, dia melayang-layang nanti.
“Kenapa?  Kau nak halang aku pergi?” 
Dia diam tidak menjawab. 
“Aku pergi sebab aku perlu pergi, Rin,” sambung kau lagi dengan nada yang agak lirih. 
“Kalau tak pergi?” 
“Kau siapa nak halang aku?”  dugaku berani.
“Maaf… aku bukan sesiapa pada kau, Mi.  Kita tak ada hubungan sebab hati aku dah ada yang punya.  Aku akan pertahankan dia biarpun dunia menentang!”  ujar Zafrin lagi membuatkan aku terus diam. 
Macam ni punya cantik pakai pun, dia tetap tak mampu mengubah hati dia mencintai aku dan akhirnya, aku sedar yang dia bukan untuk aku dan aku bukan untuk dia. 
“Emm… pertahankanlah cinta kau, Rin.  Aku mendoakan yang terbaik,” selaku bersama senyuman yang begitu payah hendak aku ikhlaskan.
Dia senyum juga dan mengangguk.  “Kau memang kena doakan!”  tekan dia dan suasana kembali diam.
Bila aku tiba di rumah malam itu, seperti biasa Zafrin akan menapak keluar juga.  Menghantar aku ke atas.
“Kau memang nak pergi ke, Mi?”  tanya dia bila aku menyapa tombol pintu. 
Aku berpaling dan mengangguk.  “Aku kena, Rin…”
“Pergilah, Mi… aku minta maaf atas apa yang terjadi selama ni,” ucap dia dan terus saja dia berlari menapak ke bawah. 
Aku mengeluh berat.  Kecewa lagi.  Tak ada guna berpakaian cantik macam ni.  Zafrin tetap kaku.  Biarpun begitu, ada satu rasa asing meresap dalam diri.  Rasa yang dibisikkan hati untuk  kekal berpenampilan begini dan aku akan belajar  menjadi seorang wanita.  Itu tekad aku dan haruslah bukan kerana Zafrin tapi kerana Allah. 

**

PANGGILAN akhir penerbangan MAS ke Johor baru bergema.  Aku senyum pada Jimmy.  Aziana juga sudah bersedia hendak menapak ke arah Jimmy.  Pertama kali menaiki bas udara ni memang mengujakan.  Biarpun hanya ke Johor Bahru, aku tetap teruja.  Janji free.
“Tak sabar aku nak blah dari sini, weh…” ujarku pada Aziana.
“Ala… tak sampai sejam pun, Mi.  Tak puas pun rasanya.  Tak rasa apa.  Sedar-sedar dah sampai.  Kalau betul nak puas hati, nak rasa 24 jam dalam penerbangan, kita ke USA nanti.  Further study dan itupun kalau kau sanggup tinggalkan orang-orang tersayanglah,” sinis Aziana. 
Aku cebirkan bibir.  “Mak ayah aku mesti kasi punya.  Menutut ilmu tu… siapa tak suka anak dia pergi belajar jauh-jauh demi kejayaan.”  Aku larikan maksud ayat Aziana tu sedangkan aku tahu siapa yang dia maksudkan.
“Ala… dalam Malaysia ni pun universiti dan taraf pendidikan kita dah hebatlah, Mi,” sampuk Jimmy juga.
Aku ketawa kecil.  “Pertama kali ni keluar ayat bernas dari mulut kau, Jimmy,” usik aku.  Jimmy garu kepala dengan wajah segan.  Eleh, pemalu budak Jimmy ni sekarang. 
“Yang korang semalam tinggalkan aku kenapa?”  Tiba-tiba teringat hal semalam dah.  Dua-dua kelu dan memandang aku dengan riak yang bersalah. 
“Err… Rin minta aku buat macam tu,” pantas Jimmy menjawab. 
Aku kerutkan wajah dan pandang pula Aziana.  “Betul ke?” 
Aziana angguk pantas.  “Betullah tu.  Dia merayu-rayu kot…”
“Emm… lantakkan dia sudah.  Malas aku nak layan.  Pride aku ni nak jaga jugak.  Jangan sebab aku dah berubah macam ni…” 
Aku tilik seluruh tubuh aku seketika.  Biarpun masih setia dengan jeans yang agak lusuh dan juga t-shirt lengan panjang ni tapi kepala sudah bertutup.  Aku pinjam stok selendang belit Anaresa semalam dua helai.  Biarpun herot sana sini, aku gasakkan juga.  Lama-lama cantiklah ni. 
“… dia nak mengaku suka aku pulak sedangkan selama ni dia kemain kata aku spesis tak ada jantina!”  tekan aku geram. 
Jimmy dan Aziana berpandangan sesama sendiri kemudian dua-dua memandang aku. 
“Bagi peluang dekat dia terus terang, Mi…,” rayu Aziana tiba-tiba.
“Emm… malas nak layan.  Sekali aku lantakkan tak apa lagi.  Jangan sampai aku hentak sudah!” 
Aku capai beg galas dan terus saja menarik Aziana menapak untuk masuk ke balai berlepas. 
“Cepatlah wei… tak lalu dah nak duduk kat sini.  Baik aku bawa diri,” ucap aku. 
“La… bukan nak terbang luar negara pun…”
“Haqimah!!!”
Tak sempat kami menapak lebih banyak langkah, nama aku diseru kuat oleh seseorang dan bila aku berpaling wajah itu semakin dekat.  Nampak lelah dan dahinya merenik dengan peluh.
Nafas dia lelah.  Aku tak jadi melangkah.  Mata itu nampak redup dan merayu.  Perlahan-lahan dia menapak ke aku dan Aziana dengan dada yang berombak.  Aku pandang kiri kanan.  Mujur tak ramai  orang sangat. 
“Haqmi,” seru dia lagi lebih perlahan. 
“Err…”  Aku kelu juga.  Aziana sudah menjauh dan duduk bersama Jimmy.
“Kau betul nak pergi ke?” 
Aku angguk bila Zafrin bertanya.  Pelik bila dia tiba-tiba boleh ada di sini pagi ni.  Jangan cakap nak halang penerbangan aku sudah.  Dahlah pertama kali nak merasa naik kapal terbang ni. 
“Jangan pergi, Mi…” suruh dia.
Aku menggeleng.  “Tak boleh.  Aku kena pergi jugak!” 
“Kau kau pergi, memang kau Haqimah yang aku tengok semalam…,” ucapnya dengan nafas yang masih belum teratur.
“… Haqimah yang cantik gila sampaikan aku rasa tak layak untuk aku.  Haqimah yang buat aku hampir meleleh air liur tapi tetap tak mampu nak jentik rasa di hati aku ni.  Haqimah yang gagal buat aku jatuh cinta biarpun bagaikan puteri yang turun dari kayangan,” sambung dia bersama nafas yang sudah agak teratur.
Kening aku hampir bertaut.  Pelik dengan ayat-ayat yang Zafrin ucapkan.  Apa bezanya Haqimah dan Haqmi sedangkan itu adalah aku. 
“Kau kenapa ni, Rin?”  soal aku kepelikan. 
Dia terus menapak dan terus mendekat pada aku.  Nafas dia hela dalam-dalam dan dia hembuskan perlahan. 
“Tapi… kalau kau tak pergi, kau adalah Haqmi yang senget.  Yang kasar, yang tak sopan, yang garang, yang aku panggil singa sarkas yang suka masuk kandang singa lapar.  Kalau kau tak pergi, kau adalah Haqmi yang aku kenal.  Yang cantik dengan cara kau sendiri.  Yang menarik perhatian aku dengan kekalutan dan sikap kau yang keras hati tu.  Haqmi yang berjaya buat aku jatuh suka pada dia dari awal pertemuan lagi,” akui Zafrin tanpa menjawab soalan aku.
Aku kelu.  Dah rasa macam dalam drama dah pulak.  Bezanya dia berbicara separuh berbisik.  Tidak menjerit macam dalam drama Korea je Melayu ke.  Dia nampak cuba bertenang biarpun wajah dia nampak merah padam sudah.  Aku mahu ketawa tapi masih belum sampai masanya. 
“Jangan buat lawak, Rin… aku adalah orang yang sama…”
“Tapi tidak pada aku.  Haqmi dan Haqimah orang berbeza.  Aku suka Haqmi biarpun hakikatnya Haqimah terlalu cantik buat aku,” pangkas dia.
“Jadi… sebab aku cantik dan jadi Haqimah semalam baru kau nak buka mata dan cakap semua ni?  Kau ingat aku nak percaya pengakuan kau ni?”  sinis aku geram. 
“Katalah apa saja Mi tapi yang pasti pada mata aku Haqmi dan Haqimah berbeza dan aku hanya jatuh cinta pada Haqmi dan Haqimah tak mampu buat aku jatuh cinta biarpun dia cantik sangat,” luah dia lagi dan kali ini lebih bersungguh-sungguh.
Aku tercengang sendiri.  Aku  pandang Aziana.  Dia senyum dan mengangguk.  Jimmy juga.  Aduhai… dah macam drama la pulak.  Apa aku nak cakap ni?  Sudah, lidah terpasung pada lelangit la pulak.
“Aku suka kau berubah Mi… memang aku suka tapi biarlah berbaki diri sendiri.  Aku nak terima kau seadanya kau.  Tapi, hari ni bila kau bertudung macam ni, aku sejuk mata memandang.  Cumanya, tak perlulah kau make-up dan tempek bedak dan cat warna-warni kat muka kau tu.  Sampaikan aku tak kenal siapa kau malam tadi.  Aku nanti Haqmi tapi sudahnya Haqimah yang datang.  Aku rindu Haqmi tapi Haqimah yang ada depan mata.  Aku cintakan Haqmi tapi kalau aku perlu terima Haqmi dan Haqimah untuk buat kau tak melangkah, aku terima keduanya,” ucap dia panjang lebar. 
Hampir terduduk aku kala ini mendengarkan kata-kata Zafrin.  Serius dia lain dalam menzahirkan cinta yang sememangnya terbukti untuk aku. 
“Tapi… aku tetap rasa kau memang suka aku lepas aku berubah ni, kan?” 
Dia angguk dan sungguh, aku kecewa sikit. 
“Siapa tak suka bila orang  yang kita sayang berubah ke arah kebaikan tapi bukan sebab perubahan kau yang buatkan aku sayang kau, Mi.  Tapi, sebab kau adalah kau.  Bukan semalam atau hari ni aku jatuh cinta pada kau tapi daripada hari tu lagi.  Kau tahu itu, kan?”
“Aku tak tahu Rin… aku tak pernah tahu yang kau sukakan aku dari dulu lagi.  Yang aku tahu kau datang sekat aku ni dan luah kau suka bila nampak aku macam tu semalam, kan?”  Aku masih tak mahu mengalah.
“Nope…” Dia menggeleng. 
“Kau ada bukti tu…”
“Mana?”  AKu angkat dagu. 
“Kertas yang aku pernah bagi kau tu.  Ternyata kau tak pernah belek, kan?  Entah-entah kau dah buang,” ujar dia agak kecewa.
Sebut pasal kertas tu, aku terus teringatkannya.  Pantas aku selongkar beg galas aku.  Kertas  yang Zafrin pernah berikan aku buka pantas.  Dan sungguh… demi melihatkan bait-bait tinta tangannya, aku terlopong sendiri. 
Lirik lagu One Direction terpampang depan mata.  Perlahan-lahan aku bacanya tanpa lagu. 

You’re turning heads when you walk through the door
Don’t need make up
To cover up
Being the way that you are is enough
Everyone else in the room can see it
Everyone else but you
Baby you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground it aint hard to tell
You don’t know
You don’t know you’re beautiful
If only you saw what I can see
You’ll understand why I want you so desperately
Right now I’m looking at you and I can’t believe
You don’t know
Oh oh
You don’t know you’re beautiful
Oh oh
But that’s what makes you beautiful
So c-come on
You got it wrong
To prove I’m right I put it in a song
I don’t know why
You’re being shy
And turn away when I look into your eyes
Everyone else in the room can see it
Everyone else but you

There’s nothing in my heart but you.  Just you and only you.  I love you, yes I do…

Love you more than you love me,
Zafrin Zaini


Mata aku terasa berair tiba-tiba.  Biar betul budak Zafrin ni.  Betullah kata-kata mamanya, dia berbeza daripada Abang Zafran. 
You’ll understand why I want you so desperately and right now I’m looking at you and I can’t believe you don’t know…” ucap dia penuh emosi. 
“Don’t go.  Jangan pergi, Mi…” sambung dia lagi. 
Aku ketap bibir menahan tawa dan terharu dalam satu masa.  Lambat-lambat aku menggeleng. 
“Aku kena pergi jugak, Rin… kau terlambat mungkin,” duga aku. 
Zafrin meraup wajahnya.  “Aku janji lepas ni aku akan serius.  Aku tak main-main lagi.  Aku janji Mi.  Sesungguhnya janji…”  Dia angkat tangan persis orang bersumpah. 
“Aku tak tahu nak kata apa lagi Mi.  Memang salah aku banyak main tapi ini cara aku.  Aku tak reti nak berkata-kata Mi tapi izinkan aku buktikan.  Tolonglah,” rayu dia lagi.
“Kau nak buktikan macam mana?” 
“Aku akan tapi bukan sekarang,” jawab dia yakin. 
Aku merengus.  “Aku kena pergi jugak.  Jaga diri Rin…” 
Selamba aku berpaling daripada dia dan hendak melangkah.  Bergetar tubuh menahan tawa.  Serius lucu.  Memang selamanya aku bahankan Zafrin nanti. 
“Aku yang patut… yang patut… memberinya segala.  Kerana aku mampu melakukan apa-apa saja… untuk dia… untuk dia… untuk dia.. untuk dia…”
Langkah aku terhenti.  Tawa aku mati.  Zafrin  menyanyi.  Pantas aku berpaling pada dia dengan mata yang bulat tak percaya.  Biar betul mamat ni. 
“Untuk aku?”  tanya aku.
Dia senyum dan angguk.  “Untuk dia yang aku sayang.  Untuk dia yang aku cinta.  Untuk kamu dan hanya kamu,” jawab dia malu-malu.  Dia menggaru kepalanya dan tersengih sumbing.
“Jemput aku balik Isnin ni,” ucap aku tersenyum manis. 
Wajah Zafrin berkerut.  “Nak pergi mana Isnin dah balik?” 
“Dia nak pergi rumah sayalah, Rin.  Kat Johor je.  Isnin kami balik sebab saya nak ambil kereta je,” jawab Aziana yang sedari diam. 
Zafrin tepuk dahi.  “Aduh… apalah Along dengan kak Long ni.  Kelepet aku kering-kering.  Mama pun sama.  Buat penat je aku berkejar ke sini.  Nyanyi bagai.  Adoi…”  Dia mengeluh lagi.
Kami hamburkan tawa.  “Tunggu aku!”  ucap aku.
Zafrin sengih lagi.  Nampak kacak betul.  Kening lebat itu hampir bertaut.  Gigi yang putih bersih itu canti dan menampakkan lagi bibir itu seksi dan sensual. 
“Jaga diri, jaga segalanya untuk orang yang halal untuk kau je,” pesan dia. 
Aku senyum dan terus menapak masuk ke dalam balai perlepasan dengan Aziana dengan hati yang lapang.  

~~> bersambung

61 comments:

  1. :) memang kena kelepet kaw-kaw lah...

    ReplyDelete
  2. senyum sampai bulan baca citer ni.....

    ReplyDelete
  3. hahaha, lawak lar zafrin nih!!pasni tggu kenduri kawen diorg plk.loike 100x

    ReplyDelete
  4. Yaallah sedih ade kelakar ade.. Beshh sgttt rehan

    ReplyDelete
  5. hahahaaaa..... terkena sudahhh si Rin...
    huahuaaaaa... bestttt

    ReplyDelete
  6. hahahahaha x bole blah la ngan n3 ni. skali Zafrin terkena cukup2 padan muka. tu la suka sgt main2kan anak dara org. skali kena bhn br dia tau.

    ReplyDelete
  7. gelak sorg lah baca..tapi memang sweet lahh

    ReplyDelete
  8. hahahahaha,... terkena sudah.. memang ad jgk lelaki yang menzahirkan apa yang dia rase dgn cara zafrin nie kan..i likeeeeeee

    ReplyDelete
  9. pergh..... saya sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt!!!

    ReplyDelete
  10. nk lg nk lg rm.....

    ReplyDelete
  11. aduhai.. gelak sorg2 kt opis ni bc n3 ni...hehehe..sgt kelakar...

    ReplyDelete
  12. Senyum...tak perlu kata apa-apa....:)

    ReplyDelete
  13. ahhhhhhhhhh! jatuh chenta lagiiii! kak annn! suka!suka! love you kak ann! ^^

    ReplyDelete
  14. Akhirnya terluah juga apa yg Haqmi tungu2 dri mulut Zafrin...

    ReplyDelete
  15. owhhh my... ku jatuh chenta dgn zafrin!!

    awesome story rehan!!!

    ReplyDelete
  16. gelak sampai senak perot. kehkeh

    ReplyDelete
  17. hahaha...padan mke rin....kena main kaw2..
    tp,sweet nyeeee,alahai omakkkkkk.....
    hehehehe....
    ~QZ~

    ReplyDelete
  18. kahkahkahkah.. gelak besar akak part zafrin akhirnya terkena tu.. tapi sweet sgt luahan dia..hahaha

    ReplyDelete
  19. waaaaa..besttttt kak rehann..

    ReplyDelete
  20. kecian zafrin kena maen ngn mi,zafran,anaressa,mama dye.. best la mi kena kan zafrin.. hahahaha

    ReplyDelete
  21. lalalala.....rasa nk nyanyi skali ngn zafrin...kahkahkah...kalu lah realiti ada kes mcm ni kt dunia msti bahagia gila pmpuan 2....

    ReplyDelete
  22. Sweeettttttttttt gila! Hahaha suka Zafrin kena kelepet :p padan muka! :D tersenyum sambil loncat loncat atas sofa baca ni, ahhhhhhh!

    ReplyDelete
  23. Hahaaaaa.....jiwa terasa kembali muda......5 star RM

    ReplyDelete
  24. best sngt,,,, x rugi online ptg2,,,hehehehe

    ReplyDelete
  25. ala suwetnyerrrrrrrr....sweet la zafrin ni..siap nynyi lg 2..hehe

    ReplyDelete
  26. lagi2 !!!
    zafrin n haqmi !
    sweets mcm gula2

    ReplyDelete
  27. asyik kena kelepet je la korang nie..tapi kalau x kelepet x jadi pulak... tq rehan

    ReplyDelete
  28. mmang lain la x yela dlu dok sindir2 last siap nyanyi bgai kt c2..

    ReplyDelete
  29. sweeeeeettttttttttt

    ReplyDelete
  30. dah snyum sorang2 tahap nak dah gelak dah ni..
    thumbs up writer!!..:)

    ReplyDelete
  31. haahahaha..kesian zafrin kena kelepet...padan muka dia..

    ReplyDelete
  32. Amek ko zafrin....padan muka. Relly like the story...nak laaaaggggiiiiii.....

    ReplyDelete
  33. hahahah..best2..:)

    ReplyDelete
  34. da bca n3 ni 2 kali dlm masa 2 jam..hakhakhak

    >>k<<

    ReplyDelete
  35. gelak,gelak dan terus gelak.....ha5! cian rin kne kelepet

    ReplyDelete
  36. Adoi Zafrin ni memang tak boleh bla...hahaha XD
    Sungguh lagu Untuk Dia memang best...

    ReplyDelete
  37. hahaha... mmg kene kelepet je si zafrin 2... susah naa nk luahkan perasaannya... tp mmg best.. waiting next n3.. thankz kak RM..

    ReplyDelete
  38. best giler kak..thank you.Nurul88

    ReplyDelete
  39. Aduhai.. Kesian rin kena kelepet...
    Tapi baru tau rasakan...
    Tapi sweet la rin.. Boleh pulak nyanyi kat airport...
    Tahniah rehan... Best sangat.. Akak suka...
    X sabar nak tunggu next n3.. Walaupun hari nie dah dapat 2 n3...
    Hehehehhehe...

    ReplyDelete
  40. akhir terlerai dah rase hati zafrin,pandai rehan mainkn emosi ego zafrin.cinta tu terbit dr mcm2 rase,tp ia ttp realiti dlm kehidupan.cinta tu anugerah ALLAH SAW.layak dpt full star penulisan rehan ne.akak ucap sukses sllu dlm nov akan dtg.yg penting walau p cinta kene kenal HALAL D HARAM.

    ReplyDelete
  41. Bestnya RM x sabau nk tgu nt n3. Agak2 pa jd dgn dia org ye mak bapak dh bkenan tu..... RM cpt sambung....

    ReplyDelete
  42. Dear RM, kelakar bangat scene kat airport..beria ingat org nk g jauh tp g JB je...hehehe. best!! Tima kaseh RM!!

    ReplyDelete
  43. ooo.... kelakarlah entry kali ni. next!

    ReplyDelete
  44. Seriusly very nice story....gelak bergoleh saya baca entry kali ni...

    ReplyDelete
  45. hahahah akhirnya..dia bagi tau juga..so romantikk...

    ReplyDelete
  46. dear writer, sambung cepat,,untuk kami~ untuk kami~ untuk kami~

    ReplyDelete
  47. haha kesian Rin, tpi berbaloi2 la Resa ngan Zaf kelepet dia,.klu x smpai sudah Rin x confess kt Mi ngeh3

    ReplyDelete
  48. senak perut den...
    haha

    ReplyDelete
  49. pdan muka zafrin...kne kelepet besh2 punye..haha...
    best sgt...senyum smpai tlinga bace n3 kali ni...huhu...
    double thumbs up cik penulis....

    ReplyDelete
  50. x dpt bayangkan zafrin menyanyi..
    mesti kepala dia terangguk-angguk..
    walwehh.. lawak sngat..hhahaha

    ReplyDelete
  51. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete