Monday, March 18, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 9


BAB 9

LANGKAH Nine aku ekori.  Agak jauh dari dia tapi susuk tubuh itu masih jelas di depan mata aku.  Dia melilau ke kiri dan kanan, lantas mengenakan cermin mata hitam menampakkan wajah dan gayanya kacak bergaya. 

Topi hitam aku letak di atas kepala.  Bimbang Nine dapat mengecam aku.  Bila dia menapak laju, aku juga sama.  Bila dia mendapatkan teksi di depan hospital, aku memintas dan terus memboloskan diri ke dalam teksi tersebut. 
“Nak ke mana?”  Soalan aku tenang terluncur dari celah bibir.
Dahi Nine berkerut.  Dia memandang padaku tidak percaya.  Tiada suara, hanya pada pemandu teksi tersebut dia berkata-kata. 
“KLIA,” beritahunya sepatah. 
Pemandu teksi tersebut mengangguk dan terus menekan pedal minyak.  Membawa kami meninggalkan kawasan hospital. 
“Macam mana you tahu I lari dari hospital?” 
So, you mengaku you lari?” 
Nine senyum.  “I tak lari sebenarnya.  I nak kena balik Bangkok.  Uncle Ben mungkin dalam bahaya,” jelas dia.
“Dengan membahayakan diri sendiri?”  soal aku lagi.
Nine menggeleng.  “You tu sedang bahayakan diri sendiri, Naina.  Buatnya I terus tumbuk muka you tadi sebab terkejut, macam mana?” 
“Jangan risau... I terlatih nak tangkis serangan,”  jawabku mendatar.
“Tapi, sekalipun you risaukan uncle you, you tak boleh nak tinggalkan Malaysia macam tu je.  You masih di bawah pengawasan doktor dan kami masih belum ambil keterangan you, Encik Nine.  Ini kes berstatus tinggi.  Serangan hendap tak boleh dipandang mudah dekat Negara kita.  Kami nak tahu apa puncanya baru kami boleh leraikan apa yang kusut ni.  Nyawa Tuan Benjamin dalam bahaya semasa dia berada di bawah pengawasan kami.  Itu sangat tak baik.  Perkara ni dah sampai ke pihak atasan dan kami perlukan maklumat daripada you tentang hari kejadian.  Tapi bila you lari macam ni, you buat I rasa yang you ni...”
“I tak ada apa-apa, Naina.”  Dia mencantas sambil menggeleng. 
“I orang awam je.  Uncle I telefon tadi, katanya salah seorang pekerja dia kena serang semasa berurusan dengan bank.  I tak boleh nak biarkan dan you jangan risau, apa yang jadi kat sini, I akan bantu you selesaikan tapi yang sedang berlaku, dah jauh dari tugas you,” tegas Nine dalam suara  yang amat perlahan.
Mengeluh aku dibuatnya dengan kata-kata Nine. 
“Tapi, you masih ada tanggungjawab kat sini, kan?” 
“I tahu... tapi I perlu balik Bangkok hari ni jugak...”
“Sebelum tu, I nak dapatkan keterangan you dulu.  Bagi kerjasama.  You mudahkan kerja I dan I akan mudahkan perjalanan you,” ujarku, mengajak dia berkompromi. 
Nine tidak membalas permintaan aku.  Sebaliknya dia hanya diam.  Sesekali telapak tangannya naik memegang bahu yang luka. 
Telefon bimbit dikeluarkan.  Dia menekan nombor.  Lama dia menanti di talian sebelum dia bersuara.  
“Saya tak dapat balik hari ni, uncle.  Tanggungjawab saya pada polis sini tak selesai lagi.  Harap uncle jaga diri.  Paling cepat, pagi esok saya balik,” ujar Nine jelas kecewa. 
Talian dimatikan.  Dia memandang ke luar bersama telefon yang masih ada di tangan.  Nampak lemah dan tidak bermaya.  Wajah itu nampak pucat tiba-tiba.
“Pak cik hantar kami ke Renaisance Hotel, ya?”  pinta Nine tiba-tiba.
“Tadi KLIA?” 
Nine senyum pada hujung bibir.  Dia menjeling aku sebelum menentang pandangan pemandu teksi tersebut di dalam pantulan cermin pandang belakang.
“Isteri saya tak bagi saya pergi lagi.  Rindu tak lepas lagi katanya,” jawab Nine serius. 
Aku telan liur.  Mata aku jegilkan pada dia. 
“Jangan bergurau benda yang tak sopan didengar, Encik Nine,” tegur aku sedikit keras.
Nine ketawa kecil.  “Cepat sikit, pak cik.  Isteri saya ni dah rindu sangat ni.  Maklumlah kami ni PJJ… pernikahan jarak jauh.  Sekali jumpa, macam-macam perkara nak dibualkan,” tokok Nine lagi membuah tawa pemandu teksi tersebut.
“Pak cik pun pernah muda,” selanya sebelum kembali memandang jalan raya yang agak lengang. 



“SILAKAN duduk.” 
Nine mempelawa aku duduk di Coffee House, Renaisance Hotel Jalan Sultan Ismail.  Dia juga turut sama melabuhkan duduk di sisi kiri aku. 
“Kita buat apa kat sini?”  tanyaku sambil melilau ke kiri dan kanan. 
“Kata nak ambil keterangan I?”  tanya Nine pula dengan kening yang terangkat tinggi.
“Macam tak sesuai kat sini…”
Nine angkat bahu.  “Kita tak ada banyak masa.  I nak cepat.  Malam ni I tidur sini.  Esok pagi I nak fly balik Bangkok.  Sementara I ada kat sini, you boleh tanya apa saja tentang hari kejadian.” 
Lama aku memerhatikan wajah dan tingkah laku Nine.  Nampak sedikit gelisah biarpun dia cuba bertenang.  Peluh kecil merenik pada dahinya biarpun penghawa dingin terpasang.  Sesekali dia menekan bahunya.  Menahan luka yang menyakitkan.
“I tak rasa kita sesuai kat sini.  You tak sihat lagi.  Ada baiknya kita balik hospital…”
“You tahu kan…I paling tak suka doktor, nurse dan hospital…,” cantas Nine.
Aku mengangguk, mengerti.  Dia sudah beberapa kali memberitahu aku tentang itu.  Namun, aku tidak betah hendak melihat dia terus berwajah keruh, menahan sakit.  Sementelah pula, ini adalah urusan rasmi.  Punyai rahsia dan amanah berat di bahuku.  Mana mungkin aku menyoal dia di tempat terbuka begini. 
“Tapi, I nampak you sakit sangat…”
“Sikit je ni.  Tanyalah apa yang you nak tanya,” gesa Nine seperti tidak sabar hendak berlalu pergi.  Nampak seperti orang yang berbeza dengan Nine yang aku kenali sejak semalam.
“Okeylah.”  Aku mengalah jua.
Pen aku keluarkan.  Buku nota kecil juga aku letak di atas telapak tangan.  Mata Nine aku renung.  Nampak, dia sedang bersedia menerima tujahan soalan aku.
“Mula-mula I nak tahu… siapa yang serang you?  Kalau kata you tak tahu, you pasti ada syak sesiapa, kan?” 
Pen menari sedikit. 
“I tak tahu tapi I ada dengar you cakap dengan Amar nama Neo.  Siapa dia?  I dengar you kata pembunuh upahan?  Betul ke?” 
Aku terngadah.  Perbualan aku dan Amar tadi dicuri dengar oleh Nine.  Cuainya kami sebagai anggota keselamatan. 
Tidak dapat tidak, aku jatuhkan kepala. 
“Pada hari kejadian, I dan Amar terima panggilan daripada Tuan Radzi yang mengatakan, Neo, penjenayah yang kami kehendaki tu baru mendarat dekat KLIA.  Yang lebih mengejutkan, dia memburu Tuan Benjamin dan pastilah you dan Encik Naim juga kerana you all berdua adalah yang paling rapat dengan Tuan Benjamin.  Semasa I masuk dalam bilik tu untuk minta izin you nak duduk di dalam, I perhatikan kawasan bilik persidangan… samar-samar je tanpa ada langsir terkuak tapi, setelah I dengar jeritan, I masuk, I nampak langsir terbuka dan Amar terus menuju ke tingkap yang pecah.  You tak rasa salah seorang dalam kumpulan tu adalah mastermind untuk bunuh Tuan Benjamin ke?” 
Panjang lebar aku berbicara pada Nine yang nampak terkebil-kebil memandang aku.  lambat-lambat, dia menggeleng.
“Kumpulan tu semua adalah orang Malaysia, Naina… semuanya kenal dengan Uncle Ben dah lama… mana mungkin.  No way…”
Yes way, Encik Nine… there will always be a way if they want.  Seperti you cakap, Tuan Benjamin disegani kerana kejayaannya.  Pasti ramai cemburu dan I sangat yakin kalau ada yang mengkhianati you dan dia,” potong aku cuba memancing Nine bercerita secara lanjut lagi. 
“Boleh jadi salah seorang itu juga  yang upah Neo,” sambungku perlahan.
Nine nampak sedang memikirkan sesuatu.  Bibir cawan didekatkan ke mulutnya.  Dihirup latte panas itu tenang.  Kemudian, dipicit pangkal hidung mancungnya dengan kerut yang kian terentang pada dahinya. 
“Bila masa perisik UTK nampak Neo dekat KLIA?” 
“Lebih kurang masa kita pergi jemput Encik Naim.  I fikir, boleh jadi dia memang mengekori Encik Naim dari awal lagi.  Besar kemungkinan, Neo memang ada niat nak cederakan Encik Naim memandangkan dia anak pada Tuan Benjamin.  You tak fikir macam tu ke?” 
Kepala Nine terangguk-angguk.  Dia menggeleng sejurus kemudian.  Menafikan andaian yang aku buat. 
“I tak fikir macam tu dan I tak rasa salah seorang daripada kami membelot sesama sendiri,” tegas Nine yakin dengan andaian awal yang aku berikan.
Aku letak pen dan buku nota di atas meja kopi berkaca cerah.  Kaki kiri aku bawa menindih peha kanan. 
“You kena yakin, Encik Nine dan kalau betul you ada syak sesiapa, you boleh bagitahu I.  Pihak kami akan ambil tindakan memandangkan mereka adalah warganera sini dan juga perkara tu berlaku di tempat kami,”  pujuk aku.
Nine memejamkan matanya.  Lama.  dia bersandar pada kerusi.  Memicitkan kepalanya berkali-kali.
I just don’t know, Inspector Naina.  Really… don’t know,” keluh Nine tanpa memandang aku.
Keluhan tipis aku lepaskan.  Jika begini dan ini saja maklumat yang aku dapatkan daripada dia, aku dan Amar perlu bekerja lebih kuat untuk dapatkan maklumat tentang kes ini.  Mencari dalangnya dan menggari Neo untuk dibawa ke muka pengadilan. 
“Kalau macam tu, tak ada apa lagi yang I nak tanya you.  You nampak nak berahsia.  Boleh jadi kerana keselamatan Tuan Benjamin,” ujarku seraya bangkit, membetulkan kemeja yang aku pakai. 
“Kalau betul you risaukan keselamatan Tuan Benjamin, I dan pihak berkuasa boleh jamin keselamatan dia kalau you sudi beri kerjasama penuh pada kami.  Sekarang Tuan Benjamin ada dekat Thai, kami tak berkuasa di sana tapi kami boleh minta kerjasama polis Thai untuk mengesan Neo dan menjaga keselamatan Tuan Benjamin sementera you kat sini.  Lagipun, you masih tak sihat sepenuhnya.  Kalau betul you tak boleh nak bagi kerjasama, I tak paksa.  You boleh rehat.  Apa-apa hal, you boleh call I,” sambungku seraya meletakkan sekeping kad di atas meja kopi, tepat di depan Nine..
“…itu kad I.  Kalau tak nak hubungi I, Amar pun boleh.  Atau Tuan Radzi sendiri.  Apa yang you maklumkan I tadi, biarpun tak banyak… I akan siapkan laporan untuk Tuan Radzi.  Thanks for your cooperation, Encik Nine.  Jaga diri… saya minta diri.” 
Aku menapak selesai berbicara.  Langsung tidak kuberi ruang untuk Nine berbicara.  Tiada guna memaksa saksi bila dia tiada keinginan untuk bersuara.  Jika dia penjenayah, pastilah aku menggunakan kekerasan.  Tapi, dia adalah mangsa.
“Naina, wait…”  Nine menahan langkahku dengan suaranya. 
Serta-merta aku berpaling.  Dia nampak tenang menghirup saki-baki latter di dalam cawannya. 
“Maaf… I tak dapat membantu you banyak.  Tapi, kalau ada maklumat, I akan call you cepat-cepat.  Cumanya… I nak minta tolong sikit, kalau you sudi membantu.”
“Apa-apa saja sebelum arahan menjaga Encik Nine ditarik balik.”
Nine senyum dan menjongketkan kening.  Nampak seperti Nine sebelum ini.  Dengan perlahan-lahan dia bangkit dan menuju ke arahku.
“Kenapa you dingin sangat, Naina?” 
Aku menggeleng.  “Tak…I agak rasa panas dalam ni.”
Nine ketawa kecil. 
“Satu lagi, you pandai berlakon,” ujarnya. 
Kolar jaketnya disentuh sedikit.  Rambutnya disentuh sedikit dan bibir basahnya dilap sekali. 
“Apa pertolongan yang Encik Nine nak?”  Aku menyoal membawa dia berlari daripada kata-katanya tadi.  Mengerti amat dengan apa yang dia maksudkan. 
“I kena balik Bangkok secepat mungkin.  Uncle Ben dalam bahaya.  Tapi, bila you cakap, dia ada ramai orang kat sana… I rasa lega biarpun tetap rasa runsing.  Sebelum I balik, I nak jalan-jalan dekat Kuala Lumpur ni.  Kalau boleh satu Malaysia.  You sudi jadi tour guide I?”  tanya Nine padaku.
Aku ketap bibir.  Jika begini, ini sudah melangkau tugasan aku.  Rasanya tidak sampai ke tahap ini aku diminta menjaga dia. 
“Tanpa arahan Tuan Radzi, saya tak boleh nak setuju.”
Don’t worry…”  Nine mengeluarkan Samsung Note II daripada poket jeansnya dan menayangkan skrin itu padaku. 
Tertera nama Tuan Radzi pada skrin.  Memberi izin akan permintaan Nine untuk aku temani dia sementara dia masih ada di sini.  Menjadi amanah kami.  Amanah aku. 
“Ke mana saja… saya akan jaga keselamatan Encik Nine sementara Encik Nine ada di sini, di bawah amanah kami.”  Aku angguk menyetujui. 
Dia ketawa.  Ketawa dan terus ketawa hinggakan menarik pandangan mata beberapa orang tetamu  yang lain. 
You are really something, Naina… menarik dan mengujakan.  Setiap arahan you memang ikut tanpa rungutan.  Kalau macam tu, I nak minta Tuan Radzi arahkan you nikah dengan I… pasti you jawab ya, kan?  Tanpa bantahan,” kata Nine lagi tanpa ada tanda tawanya hendak berhenti.
Aku kelu lagi dengan wajah yang berkerut mendengarkan usikannya yang sejujurnya, kurasakan bukanlah satu usikan.  Malah ada kesungguhannya.  

~~> bersambung

RM : Guys... 1st of all maaf... cerita ni agak lari dari cara RM nulis sebelum ni.  Jangan risau, gonna back on track immediately.. (ampun ya)... For those yg nak order CBSA n koleksi lain...sila2... the more the merrier... support RM... STK gonna released soon... this coming April.  
Untuk SKP ni... dont guess but hope..tapi persediaan mental perlu... 1 lagi, RM dah tutup utk komen anonymous.. bukan apa, ada spam wo... lepas satu..satu dia serang.  Tapi RM letak open ID je, masih boleh komen lepas masukkan nama.  Andai sudilah..  tak sudi pun tak pa (RM buat muka berharap)  LOL

28 comments:

  1. RM...tak sabarnya nk tahu citer selanjutnya....sape ye neo nie??? rasanya mesti nine tahu something...hmmm suspen lah pulak....

    ReplyDelete
  2. i pon boleh jd tour guide mr nine..best rehan...lagi.lagi

    ReplyDelete
  3. rasa sedih pulak bila baca E3 kali ni..kesian kan si Nine tu..hidupnya berkelana..seorg diri dan hidup nya mmg macam kosong..mungkin kah Naina telah membuka pintu hatinya yg selama ni telah terkunci rapat..dan adakah org upahan yg mengupah untuk mencederakan uncle benjamin akan mengejar diri nine..dan nine akan menjadi mangsa kerakusan manusia yg tidak mengenal dosa dan hanya memikirkan mengenai wang untuk kesenangan..

    ReplyDelete
  4. Sempat lg nine nk amk kesempatan tu (apa punya ayat daa). apa2 pon mmg best la bg pepagi buta yg tak berapa nk hening ni (msh di opis huhu)

    ReplyDelete
  5. Mana pulak off track Rehan.. Masih best gitu... Nak perah idea utk hiburkan kitaorang bukan senang cam Abc... Keep up the good work... Jgn pisahkan naina n nine yea... Nanti akak nyanyi lagi jgn pisahkan dr seberang tu..

    ReplyDelete
  6. alaaaa..to be continue lagiii...heh...emm..OFF your track..no lerrr..sonok jer bace..wat buku publish sendrik RM..xsabar nak tau episod seterusnya..ahaks..cam drama plak..

    ReplyDelete
  7. best sgt ria... hope ontinue next n3... tak sabar...

    ReplyDelete
  8. wo.. RM dah buat kawalan ketat!.. demi keselamatan. mcm nine pulak RM ni...

    ReplyDelete
  9. salam...
    suspen gak cite ni...sapekah neo?
    adakah dia dan nine org yg sama?
    jgnlah...huhu

    ReplyDelete
  10. x abis lg nine ni, bersungguh nak kan naina

    ReplyDelete
  11. Bersungguh betul Nine terhadap Naina.. hopefully Nie bukan Neo!! Pleaseeeeee!

    ReplyDelete
  12. suka nyerrr..bace td time kul 4am..time tu tetiba lupa password gmail..hahaha..

    ReplyDelete
  13. Nine ni bersungguh hendak bersama Naina .... cerita macam ni kena banyak sama-sama berfikir.....
    RM biarlah cerita ni lain dari yang sebelumnya.... ni namanya baru penulis....

    ReplyDelete
  14. Wow! nice tau entry yg RM buat. Next plze utk leraikan persoalan yg blum terjwb. Kmi sntiasa sokong RM. X pernah undur walu stapak pn. Cayyok RM!

    ReplyDelete
  15. good job RM...cita ni lain dr cita biasa u....mesti byk u buat research...but still menarik...

    ReplyDelete
  16. suka nye Nine dh makin nk cba ngorat..hope akak Rehan akan cpt2 sambung...miss u all hehhe

    ReplyDelete
  17. hoyey!!!! Nine nk dating2 plak :D n x sabo nk peluk Budriz.... eh! nk peluk STK.....:D tersyasyul :D
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  18. haha..! first step daah Nine nie..:) good2..

    ReplyDelete
  19. Suka dengan Nine, to the point banget :D

    ReplyDelete
  20. Dapat mcm fefeling Nine gn Neo org yg sama he..huhuhuhu

    ReplyDelete
  21. Rasanya nine tu neo kot.... betul x RM? Nk baca lg

    ReplyDelete