Tuesday, May 21, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 20

BAB 20

KAMI berdua menaiki bas di depan  hotel untuk menuju ke tempat pelancongan di sekitar Bandar Berlin.  Aku memang tak tahu.  Ikut jelah Ayie ni.  Kalau kata duduk tepi tembok, di situlah aku.  Kalau kata dia lepak tepi tasik, kat situ jugaklah aku.  kalau kata dia terjun gaung, itu aku tengok jelah.  Tak kan nak ikut terjun.  Bunuh diri namanya.  
Perjalanan tak adalah lama.  Naik bas depan di Lützowplatz Straße melalui Straße Des 17,  kami akhirnya tiba di destinasi hanya dalam tujuh minit lebih.  Tak jauh pun.  Tapi, kalau jalan kaki boleh bengkok jugak kaki ni dalam jarak hampir tiga kilometer tu. 
“Dah sampai.”  Ayie tarik tangan aku turun daripada bas. 
Aku pandang dia.  “Sini ke?” 
Dia angguk.  “Kita jalan sikit.  Depan tu dah sampai.” 
Kami sama-sama menapak.  Tangan aku dilepaskan dan apa yang aku perasan, lepas malam tadi dia tak mengendeng sangat dah.  Tak ada nak mengada dah atau secara tepatnya dia nampak nak jauhkan diri daripada aku. 
“Tempat apa ni?”  Aku beria-ia belek map Bandar Berlin yang aku dapat daripada lobby hotel tadi tapi Ayie dah suruh aku simpan.
“Ni haa…”  Dia tekan sisi kepala dia. 
“Map ada kat sini.  Biar Ayie jadi tour guide Arya.  Kalau nak tahu kita sekarang kat tempat paling bersejarah di Berlin ni.  Tempat ni nama dia Reichstaq.  Dan depan kita ni adalah Reichstaq Building.” 
Aku pandang bangunan tersergam indah depan aku ni.  Okey, sebuah bangunan yang sangat besar dan mudah aku gambarkan bangunan ni macam bangunan sekolah Gurukul dalam cerita Hindi, tajuk Mohabbatien tu.  Kalau kat Malaysia nampak macam bangunan Sultan Abdul Samad tapi itu di tengah kota tapi ini di tengah padang yang menghijau. 
Sangat menenangkan hati dan pandangan mata kalau kami di musim bunga atau musim panas ni.  Kami masuk melepasi pagar.  Apa yang aku perasankan rumput hijau dia tak berapa hijau sangat.  Boleh jadi sebab musim luruh tapi orang tetap ramai berkunjung. 
“Cantik bangunan dia.  Nampak macam Dataran Merdeka, kan?”  Aku sengih.
Ayie angguk.  “Kalau rindu Malaysia, datang sini rasa lepak dekat dataran,” ujar dia.
Aku senyum.  Kami sama-sama berjalan dan terus berjalan sampai di betul-betul di depan bangunan.  Aku dongakkan kepala.  Menadah wajah ke langit.  Tertera tulisan pada mercu tanda bangunan tersebut. 
“Dem Deutschen Volke.”  Perlahan aku menuturkannya entah betul atau tidak pronouncing aku tu.  Heh…
Aku kerling Ayie.  Dia senyum. 
“Kalau Arya nak tahu, maksud dia To The Germany People.  Lebih kurang macam dedication oleh pengasas dia la.  Ayie tak tahu sangat pasal sejarah German ni.  Yalah, datang sini belajar lain.  Setakat baca-baca flyers tu bolehlah tahu.  Bangunan di dibuka pada 1894 tak silap Ayie dan kalau Arya nak tahu lebih, sila baca ni…”  Ayie layangkan sehelai kertas di depan aku. 
Aku mencemik dan dia sengih.  “Malas nak terangkan.  Baca jelah mudah.  Tapi ni bangunan paling tualah.  Dibina oleh Paul Wallot.  Siapa tu Ayie tak kenallah.  Dikira macam bangunan parlimen pada masa tu.  Ini dah tak dikira kurang sikit originality dia.  Dah diubah ni sebab lama, kan?  Tapi, kayu rasuk, kerangka dia, tiang…” 
Masa ni Ayie dan melilau mata dia ke atas bawah dan kiri kanan bangunan sebelum memandang aku.  Tipikal budak engine kalau melawat bangunan.  Nak-nak civil engine. 
“… masih yang asli ni.  Nak masuk dalam, tengok ada kubah kaca tau…”  Mata Ayie bersinar galak mengajak aku.
Aku menggeleng.  “Nak duduk kejap.  Letih jalan.” 
AKu sengih sambil mengurut betis dan kami terus berlabuh duduk depan bangunan.  Atas rumput je memasang sila.  Rumput yang juga dah nampak menguning seperti warna bangunan.
“Dalam tahun 1980-an kan, dengar kata megastars macam David Bowie, Pink Floyd dan Michael Jackson ada buat konsert di halaman Reichstag ni, tau.  Wow, I wished I was there at that time.”  Dia sengih teruja.
Dia menunjukkan seluruh halaman yang lapang ni.  Ada ke macam tu.  Nampak sangat dia minat muzik oldies. 
“Ya… ya… dah cukuplah tu penerangan Encik Tour Guide.  Ni nak tanya, Ayie minat muzik oldies eh?  Evergreen gitu?”  Aku siku dia sikit.
Dia angguk.  “Macam tu jelah.  Suka dengar muzik tapi ma dengan pa cakap, baik dengar orang mengaji lagi tenang hati.  So, Ayie sekarang ubah lah minat kepada yang lebih baik.  Minat dengan bacaan Syeikh Misyari Rashid Al-Afasi.  Dengar bacaan dia boleh buat Ayie tenang dan kemerduan suara dia menjadikan ayat-ayat suci Al-Quran tu melekap dalam kepala.  Ma dengan pa kata, kalau nak belajar menghafal, dengar alunan yang indah-indah.  Mudah meresap ke jiwa.” 
Aku terkedu. 
Pertama kali ni.
Memang pertama kali dia berbicara tentang hal keindahan agama dengan aku.  Kalau dia begitu mengerti tentang agama, masakan dia boleh buat perkara tak elok?  Atau sekadar belajar tapi tak diamalkan?  Tak menjadi jugak.  Macam pokok rendang tapi tak berbuah. 
Kalau aku cakap dekat Ayie mesti dia akan membalas. 
Aku lempar pandangan ke tengah padang.  Ada beberapa orang kanak-kanak sedang berlari-lari, bermain kejar mengejar dalam cuaca yang agak dingin sedikit. 
“Jangan jadi macam pokok yang rendang tapi tak berbuah...” 
Dia ketawa kecil.  “Kenapa?  Tak ada buah pun tak apa.  Janji rendang dan memberi tempat berteduh pada orang.  Tu kira berbakti jugak tu...”
Huh, kan aku dah cakap.  Dia memang ada je buah fikiran nak menyangkal peribahasa aku tu. 
“Ayie tahu segalanya tentang agama,” ujar aku.
“Tahu tapi masih banyak kena belajar…” 
“Antaranya?” 
“Mencintai mengikut apa  yang telah agama tetapkan,” jawab dia lembut bersama senyuman mengkar. 
Aku ketap bibir.  Apa maksud dia?  Pelbagai soalan muncul dalam kepala aku ni.  Khai lebih-lebih lagi. 
“Apa maksud Ayie dengan bercinta seperti yang telah agama tetapkan?” 
Ayie pandang aku dengan hujung mata sebelum dia kembali melemparkan jauh pandangan dia ke depan.  Lagak macam memikirkan masa depan la tu. 
“Macam kita.  Dah sah, baru belajar bercinta...” Ayie menjawab tenang. 
Aku mengangguk.  Sangat betul kata-kata dia.  Macam kami sekarang tapi kami ni lebih hebat terduga sekarang.  Tinggal nak galas atau nak hempas ke bawah je beban tu.
“Ayie tak reti bercinta?” 
Dia senyum.  “Arya ajarkan boleh?” 
Mata Ayie aku pandang.  Rasa basah sikit kelopak mata aku.  Macam manalah aku nak ajar dia kalau dia sendiri tak mahu menerima ajaran. 
“Sejujurnya, Arya tak pernah bercinta jugak.  Selama hidup dua puluh sembilan tahun ni, hidup Arya ada keluarga je.  Lepas tu kerja.  Yang lain Arya tak pentingkan sangat.  Lebih baik Arya berbakti pada keluarga dan juga akhirat…” 
“Tak rasa sepi?”  giat Ayie.
Aku senyum dan menggeleng.  “Hidup Arya sangat tenang.  Sepi tu biasalah kalau umur dah meningkat.  Tapi sejak daripada dulu pun Arya memang kurang kawan.  Mungkin pa dengan ma hantar Arya sekolah biasa.  Jadinya bila orang tahu Arya ni cucu pada Tan Sri dan pa tu adalah ahli korporat berjaya dengan Malaysia, diorang macam jauhkan diri.  Kalau ada pun, mesti yang jenis nak ambil kesempatan…”
“Macam yang Aryan selalu kena?”  soal Ayie mencantas.
Aku angguk.  Teringat kata-kata Aryan dulu.  Dia dan Ayie rapat.  Bila Ayie ke Jerman pun diorang masih rapat.  Sampai sekarang semakin rapat. 
Aku ketawa kecil dan angguk.  “Kesian kan kami…”
“Same goes to me, Arya,”  balas Ayie lembut. 
Dia melunjurkan kaki dia dan mencondongkan tubuhnya ke belakang setelah dia memastikan tangannya selesa menopang tubuh sendiri. 
“Sebab tu Ayie tak suka perempuan?  Salah satu sebab dia, perempuan ni suka merajuk?  Macam tu?  Lepas tu ada yang suka pandang Ayie sebab harga dan rupa?” 
Topik kali ini dah menjurus ke arah yang lebih serius.
“Itu alasan je, Aryana…” 
Dup… jantung aku luruh lagi sekali ke kaki.  Cepat-cepat aku kutip dan tempek semula ke dalam dada. 
“Maksud Ayie?”  Seboleh-bolehnya aku cuba bertenang. 
Ingat pesan mama, Aryana.  Ingat harapan ma dengan papa mertua kau tu.  Ingat janji kau dan yakin dengan Allah. 
“Arya mesti nak kaitkan ini dengan Khai, kan?” 
Aku tidak memberi reaksi langsung.  Ayie memang dapat baca fikiran aku dengan mudah. 
“Khai tu baik, Arya.  Cuma dia tersesat sikit.  Ayie dah cuba bantu dia tapi tak sangka dia ada hati dekat Ayie.  Sejujurnya Ayie memang tak ada rasa pada dia.  Macam mana ya nak buat dia faham?”  tanya Ayie lebih pada diri dia sendiri.
Heh, manalah aku tahu.  Aku pun tengah kusut masai dah otak ni.
“Yang gambar tu apa penjelasan Ayie?  Apa  yang Ayie beritahu ma dengan pa Ayie tentang gambar tu sampai diorang paksa Ayie kahwin dengan Arya?”  
“Oh no, baby…”  Ayie menggoyangkan jari telunjuk dia di depan aku.
“Paksa tu is a mean word.  Tak sesuai gunakan perkataan paksa tu dalam perkahwinan kita.  Kalaulah Arya ada tablet ke laptop ke, boleh ke cybercafé ke… untuk translate ayat Ayie beberapa hari lepas, pasti Arya tak guna perkataan paksa tu, kan?”  tanya dia. 
Aku kerutkan kening.  “Arya tak bawa gadjet.  Note ni pun macam tak boleh nak roaming internet.  Apa maksud dia?  Kan mudah Ayie cakap jelas dan nyata.”
Ayie sengih lagi. 
Killer grin. 
Dah  lama tak nampak. 
Aku telan liur. 
“Tak thrill la kalau Ayie bagitahu maksud dia.  Arya usaha la sikit nanti.  Ada peluang nanti, pergi google eh.  Berbalik pada Khai tadi dan perkahwinan kita tu dan juga gambar tu.  Itu memang gambar Ayie dengan Khai.  Ada la tu siapa ambik gambar.  Yang Khai ni memang kaki tidur lasak punya.  Sesiapa pun dalam rumah tu kalau terlena sebelah dia memang macam dalam gambar tu lah jadinya.  Cumanya Ayie tak sangka, gambar tu terbang jauh ke Malaysia.  Tepat dalam peti pos rumah keluarga Ayie…,” cerita dia tenang.
Aku yang mendengar pula rasa kalut.  Sampai tahap tu ke ada orang nak pedajal dia.  Tambah pulak ma dengan pa mertua aku tu sangat polos dan baik orangnya.  Mestilah dia fikir bukan-bukan pada anak yang jauh di perantauan. 
“Habis tu yang ayat Ayie berbelit kejap macam orang gay kejap macam tak…”  Aku tekup mulut seketika sebelum bersuara lagi.
“Okey maaf.  Perkataan tu macam kasar sikit.” 
Dia gelak.  “Gay eh?  Kenapa cakap Ayie gay?”
Ayie tarik kaki dia sampai rapat ke dada.  Ditongkatnya siku atas kepala lutut dia dan merenung aku yang dah terkebil-kebil sendiri.
“Bukan eh?”  Soalan itu kedengaran polos daripada bibir aku.
“Sebab gambar tu ke?  It proof nothing.  Nanti kita siasat siapa tangkap gambar tu eh dan kenapa?  Apa tujuan dia...”
Aku angguk laju.  Bila lagi nak jadi Sherlock Holmes. 
“Ayie bukan gay ke?  Dah tu kalau betul bukan, kenapa cakap tak ada rasa pada perempuan?  Dan ayat apa yang Ayie nak cakap pada Arya malam mula-mula kita sampai masa Khai ketuk pintu bilik tu?” 
“Sebelum tu, Ayie nak tanya satu soalan boleh?” 
Huh…. Aku mengeluh.  Siapa tanya siapa dulu ni?  Aku yang tanya dia dulu.  jawablah.  Ini dia pulak nak aku menjawab dulu. 
“Arya tanya Ayie dulu…”  Suara aku dah sedikit keras.
“Melawan… melawan…”  Dia menegur. 
“Melawan suami tak baik.  Berdosa tau.  Kan mama Arya pesan, muda ke tua ingat kedudukan Ayie dalam diri Arya,” pesan dia menokok tambah. 
Huh, tahu pulak apa yang mama aku pesan pada aku.  Entah-entah mama pun belot. 
“Yalah…” 
Ayie sengih.  Eleh, nak kata dia menanglah tu lawan dengan aku. 
“Yang semalam tidur pakai baju strap macam tu je, kenapa?  Dengan seluar macam tu, spaghetti melekap dekat tubuh…  Arya kenapa?”  Bibir Ayie koyak dengan senyuman.
“Eh, kenapa apa pulak?  Memang Arya tidur kat rumah pakai macam tu.”
“Sejak kahwin ni tak ada pun.  Tiap-tiap malam pakai baju lengan panjang je.  Mujur tak pakai tudung je tidur.  Mimpi eh semalam tu?”  usik Ayie.
Aku dah tahu apa yang tersirat dan bersarang dalam kepala Ayie ni.  Dia sengih tak lepas.
“Semalam panas…” 
“Panas tapi tidur berbungkus?” 
Aku diam mengetap bibir.  Kepala ligat mengingatkan peristiwa pagi tadi.  Ayie juga berbungkus.  Padahal tak sejuk mana. 
Aku sengih jugak.
Killer grin aku pulak. 
Ayie aku lihat menelan liur. 
“Yang Ayie tu kenapa tidur berbungkus kemain.  Berbaju panas, berlapis-lapis bagai.  Nak kata demam tak pun…” 
Giliran Ayie pulak menelan liur dan terkebil-kebil. 
“Ayie… Ayie…”
“Salji masuk dalam bilik eh?”  Jari telunjuk aku bergoyang di depan dia.
Ayie pantas mencapainya.  “Ayie gemuruh la.  Memang Ayie ada darah gemuruh.  Nak-nak dengan perempuan…” 
Tubuh aku tegak.  Kata-kata dia hari ni dah tak macam kata-kata dia sebelum ni.  Dah berubah statement budak ni. 
“Eh, Ayie cakap Ayie tak ada rasa dengan perempuan?” 
Dia sengih.  “Dengan perempuan tak halal.  Memang tak ada rasa…”
Aku telan liur.  Aku ini halal.  Boleh jadi Ayie berpakaian macam tu semalam sebab nak elak daripada aku eh?
“Err… maksud Ayie tu Ayie…”
“Dengan depan mata ni ada rasa…”
Serta-merta tubuh aku mengeras dengan sendiri. 
Kaku.
Kejung.
Kejang.
“Err… err…”  Aku kehilangan kata. 
Tak tahu dah nak cakap apa.
“Tak percayalah... Ayie bukan suka Arya pun...,” bantah aku cuba meredakan ketegangan. 
“Try me tonight kalau Arya tak percaya yang Ayie ni bukan gay,” bisik dia lalu dia berlari ke tengah padang dengan mendepangkan tangan siap dengan sound effect. 
“Woo… seronoknya hidup,” jerit Ayie sambil terus berlari macam kapal terbang di tengah padang sana.
Aku tepuk dahi.  Menggeleng kesal.  Baru aku tahu aku kahwin dengan seorang lelaki matang yang memang masih ada sikap keanak-anakan tu. 
Dia terus ketawa dan ketawa.  “Gott sei Dank, ich habe Sie,” laung Ayie hinggakan pengunjung yang lain pun dah memandang dia.
Lama-lama aku pun boleh jadi pekak dan bisu sebab tak faham apa yang dia cakap.  Tak banggakan bahasa ibunda langsung budak Ayie ni

~> bersambung

RM : hehh... translate sendiri la... hehhh.. sesapa tahu sila tulis dekat komen... kita share2.. RM tak mo share..LOL (doakan RM boleh tidur malam neh... hehhh.. kalau tak tido jugak rasanya RM ni dari planet Oblivion.. erkkk..kidding ).. do comment and happy reading.  Selamat menjelalah Berlin eh...

55 comments:

  1. hehehe...1st time jd yg pertama...
    "terima kasih...saya adalah mereka" betul tak akak translate

    ReplyDelete
  2. sangat best... hoho..
    sanggup bukak google traslate semata2 nak traslate.. hehehe

    tahniah cik writer

    ReplyDelete
  3. senyum...sengih .. nak ketawa tapi nanti org sebelah cakap sy gila plak.

    ReplyDelete
  4. hu hu hu... macam berteka-teki je ni si Ayie >,< nak cari tau kat google translate sje kak RM :D :-p hehehehe cepat sambung yee...!! ;)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, saya mempunyai mereka.. betui ka rehan makhtar?

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..ayie mmg normal n dia ada rasa pada arya. Thanks God, I got her..(pakcik google yg translate kan)

    ReplyDelete
  7. alhamdullilah saya mempunyai....
    betul ke cikgu???


    syabas dik RM

    ReplyDelete
  8. ayie nk ckp "Thanks God, I have u" ke?
    alahai tetiba rs ayie sgt sweet...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Maksudnya..Terima kasih Allah, dia milik saya..betul tak RM..

    ReplyDelete
  11. bestnyaaaaa.......

    ReplyDelete
  12. terima kasih Allah.. moga RM boleh tido lena bertemankan bidadari malam...

    ReplyDelete
  13. Tq RM best... hope bangun sok pagi ada n3 terbaru dari RM lagi heheheh...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, Aku memiliki kamu?? translator en. google tak tau la tepat ke tak huhuhu

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah...saya ada dia...

    ReplyDelete
  17. cepat-cepatle aryana google erti bahasa jerman yang ayie cakap tu.....x sabar

    ReplyDelete
  18. Alhamdulilah, saya mempunyai ,nak lagi kak hihihi (imah)

    ReplyDelete
  19. cepat-cepatle aryana google erti bahasa jerman yg ayie cakap tempoh hari dan dijeritkan di padang tu.....

    ReplyDelete
  20. dah cari pacik google...tp masih keliru lah..teka teki sebesar alam sungguh...n3 lg kak tak puas lg nie

    ReplyDelete
  21. TKNAK ESK PAGI, MLM NI JG NAK N3 BR BLH TAK?

    ReplyDelete
  22. isk..isk..suka sgt berteka teki si ayie nih...ckp jer lerr...

    ReplyDelete
  23. Thank God,i have you

    ReplyDelete
  24. thanks god, i have her.. am i right?

    ReplyDelete
  25. Alaaaa.. Ayie tu cakap je! Kenapa semalam x try? hehehe

    ReplyDelete
  26. try je arya...tgk ayie ada bran dak...

    ReplyDelete
  27. Thank God, I have her? Thanks, akak 4 da new en3

    ReplyDelete
  28. Thanks Rehan! Byk betol teka teki c Ayie ni

    ReplyDelete
  29. Kan dah cakap bila Ayie lebih sikit ja Arya dah kejung... tu belum sentuh lagi.... mahu terus beku.... hahaha

    ReplyDelete
  30. Thank god,i have her.btl tk rm? He.akak siap smpan pintasan laman web utk translate bhsa german to english.:-)

    ReplyDelete
  31. Gott sei Dank, ich habe Sie=thank Got, i got u
    kak rehan Sie tu untuk awak(org kehormat) du/dich mungkin lebih sesuai..kalau salah mohon betulkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sie - utk perempuan, inh - lelaki, kalu mr. Google salah saya pun salah

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. sie tu sendiri ada 3 cara penggunaan merujuk pd group yg berbeza..sie dgn huruf s kecil merujuk pd she/they..utk Sie huruf s besar utk awk dlm formal conversation

      Delete
  32. thank god, i have you...

    ReplyDelete
  33. wahh...
    terasa ada di Berlin la..
    sungguh indah..
    hehe good kak rehan!! =)

    ReplyDelete
  34. wowowo...
    bravo Ayie...
    so Arya, jgn curiga lg ya.
    lepas ni sama2 lah korang jd detektif.

    apa ya maksud tu RM?

    " Dear God, I love her" ke?

    ReplyDelete
  35. RM,bestttttttttttttttttttttttttttt,next plzzzzzzzzzz.KH

    ReplyDelete
  36. nk lgi RM. kengkawan dh pun translate mcm2 versi. ok la tu. tpi nape arya kejang lak. smlm berani goda ayie? hihihi

    ReplyDelete
  37. kesian kt arya, blur je xtau apa ayie ckp.yg masa turun bus pn xtau lgi, ni plk yg kt padang tu..nasib dh da yg tolong translate, klu x, terkebil jgk mcm arya..haha..thanz pd yg tolong trnslate n to u sis

    ReplyDelete
  38. alahai..mcm mna Arya nak Google Translate..nak tgkap apa yg Ayie ckp pun susa..kita x pe la blh rjuk...ksian Arya..moh kita bca blog ijo ni, bru blh tahu mksd..jom Arya jom

    ReplyDelete
  39. rasanya si ayie ni baik budaknya..dan keluarga telah menyalah ertikan akan sebuah persahabatan nya dengan khai hanya dengan beberapa keping gambar yg memperlihatkan keintimannya..dan adakah siayie akan melayari malam pertamanya dengan aryan untuk memperlihatkan yg dirinya adalah lelaki yg normal dan apa yg difikirkan oleh mereka mereka adalah silap..

    ReplyDelete
  40. Ayie ada ada rasa...klu tty mlm nt tu ternyata la tak gay kan.....selamat arya.....

    ReplyDelete
  41. ich liebe dich Ayie und Arya

    ReplyDelete
  42. Ich brauche mehr, bitte?

    ReplyDelete
  43. best......nk lg rm.
    kasi gempak......
    marathon 3 n3 terus. hihihih

    ReplyDelete
  44. ich liebe euch Ayie und Arya.Ihr bleibt in meinem Herz

    ReplyDelete
  45. Ich erinnere mich an die schoenste Zeit in Deutschland. Ein wunderbares Land.

    ReplyDelete