Wednesday, July 18, 2012

Suami Tak Kuhadap 24

BAB 24

GIGI Budriz jelas di mataku.  Tersengih saja setelah kereta berhenti tepat di hadapan pagar. 
“Dah sampai,” ujarnya. 
Aku memandang pagar yang tertutup rapat.  Kemudian, wajahnya aku renung lagi bersama kening yang sedikit berkerut. 
“Nak buat apa kat sini?” 
“Rehat…”  Dia turun dari kereta dan melangkah membuka pintu pagar.  Bila pintu itu sudah terkuak, dia kembali memandu keretanya masuk ke porch.

Setelah itu, dia membuka pintu sebelahku dan mempersilakan aku keluar daripada kereta dengan penuh sopan dan gaya.  Tanpa banyak soal, aku keluar juga.  Memandang dia tanpa berkedip.  Bertanya dalam diam tujuan dia kembali ke rumah kami. 
Jam di pergelangan tangan aku pandang.  Perjalanan daripada Petaling Jaya ke SUbang jaya tidaklah jauh cuma tujuannya masih belum mampu aku telah. 
“Kenapa balik masa ni?” 
Dia sengih dan mengerling pada jam di pergelangan tangan kirinya.  Tanpa menjawab soalanku, dia membuka butang lengan kemejanya dan menyinsingnya hingga ke siku.  Kala ini, jelas terbayang di mataku ketampanan sebenar milik Budriz yang diperkatakan sejak dari dulu. 
Berkali-kali aku telan liur menahan perasaan.  Rasa hendak merangkul tubuh sasa itu menujah kehendak di jiwa.  Aku mahu rasa belaian dan kemesraannya.  Mahu disayangi, mahu dicintai. 
“Sayang telan air liur tu kenapa?  Kering tekak, ya?”  soal Budriz sambil berpaling dan melangkah ke pintu. 
Aku tercengang sendiri.  Tak sangka, itu pun dia perasaan.  Tukas hatiku.  Budriz berpaling dan menggamit aku masuk bersamanya bila pintu berwarna coklat cerah itu terkuak lebar. 
“Hari ni, hari pertama saying kerja.  Jangan paksa diri sangat.  Abang tahu sayang tak banyak kerja lagi tapi aunty dah bagi pelepasan, kita balik rehat, ya?”  bisik Budriz sambil merangkul pinggangku dan menolak aku melangkah bersamanya ke ruang tamu. 
Bila dia labuhkan duduk di sofa, aku masih berdiri tekak memerhatikan dia.  Kepalanya disandar pada belakang sofa.  Tali lehernya dirungkai lemah.  Nampak agak penat bagaikan seharian penuh bekerja. 
“Penat sangat ke?”  soalku lembut. 
Dia angguk tanpa membuka matanya yang sedari terpejam.  Waktu ini, aku nampak alis yang lebat dan hitam pekat itu.  Nampak betapa indahnya raut wajah lelaki ini.  Namun, lebih indah hati dan sabarnya melayaniku. 
“Banyak kerja ke?” 
“Sangat.  Projek baru banyak jadi kerja juruukur macam abang ni banyak la.  Tu belum masuk bab payment lagi.  Ini pun client banyak mengada.  Itu nak tukar ini nak tukar.  Jenuh abang revise balik semua benda.  Bila fikir balik, baik abang kerja dengan aunty je,” keluhnya agak perlahan.  Matanya dibuka dan terus memandang aku sambil tersenyum. 
“Duduk sini, yang...”  Dia menepuk sofa di sisinya. 
Aku pantas menggeleng dan berlalu ke dapur.  Aku tahu Budriz agak kecewa kala ini tapi niatku lain.  Aku mahu menjalankan tugas seorang isteri.  Seperti mana arwah ibu pernah lakukan pada ayah.  Biarpun tidak sepenuhnya bersedia, aku mahu bermula sekarang.  Aku mahu rasai bahagia itu.  Aku mahu nikmatinya sementara Allah mengizinkan. 
Gelas dari dalam kabinet aku capai.  Begitu juga dengan milo dan Nescafe serta susu pekat.  Campuran dua perasa ini adalah kegemaran Budriz.  Aku tahu itu.  Dari dulu, sejak dari bangku sekolah inilah minumannya.  Aku yakin ini masih belum berubah lagi. 
Setelah air panas aku tuang ke dalam gelas yang sudah ada serbuk milo dan Nescafe itu, aku tuang pula sedikit susu pekat.  Biarlah manis-manis buah saja.  Setelah itu, beberapa ketul ais aku letak di dalam gelas yang berisi separuh air itu tadi. 
“Syai nak jadi isteri abang sekarang.  Benar dah lama Syai isteri abang tapi izinkan Syai belajar apa itu tanggungjawab seorang isteri.  Abang bantu Syai lupakan semuanya,” gumamku sambil mata menatap air yang nampak pekat itu. 
Berkata-kata bagaikan berbicara dengan Budriz.  Bersuara meluahkan rahsia hati bagaikan jasad dia ada di depanku kini. 
“Syai memang isteri abang.  Syai adalah wanita yang abang cinta dulu, isteri yang abang cinta kini dan bakal ibu yang abang sanjung akan datang ni...” 
Tanpa sedar, Budriz sudah ada di belakangku.  Berbisik syahdu dan penuh keresahan kala lengan itu memeluk pinggangku erat.  Mujur saja tidak terlepas mug di tangan. 
“Abang ni... terkejut orang!”  tegurku. 
Dia ketawa kecil.  “Orang?  Orang mana?”  perlinya. 
Aku ketap bibir.  Aku tahu, keterlanjuran lidahku memanggilnya abang membuatkan dia tersenyum sejak dari tadi.  Biarpun dia tidak akuinya, aku tahu itu kerana aku sendiri mula sedar akan kemesraan yang aku tunjukkan padanya secara tidak sengaja tapi biarlah kekal begitu. 
Tak mudah aku mahu mulakan dan biarlah kekal begitu andai sudah bermula.  Tak sudi hendak tamatkan kerana aku memang mahukan begitu.
“Dia ni, kan...”  Aku ketap bibir.  Menahan malu sebenarnya. 
“Dia pulak?  Tadi abang?” 
Nafas Budriz kian hangat di telinga.  Bila gelas itu sudah bertukar tangan, Budriz meletakkannya di atas kabinet dapur kembali.  Tubuhku diterbalikkan lantas bening mata kami bersabung sesama sendiri.
“Kita usaha sama-sama.  Abang tak baik, Syai tak jahat.  Yang penting rumah tangga kita ni menjadi sebuah rumah tangga yang sakinah.  Yang dirahmati.  Abang nak jadi suami dan Syai haruslah jadi isteri untuk abang,” tekan dia lagi. 
Dari tutur katanya, aku tahu apakah yang dia inginkan dariku.  Aku tahu dari riak wajah dan lenggok tubuhnya dia mendambakan haknya kini.  Aku yakin itu bila renungan Budriz tidak lagi tenang seperti sebelumnya.  Nampak resah kini dan kian tidak ketahuan. 
“Bagi Syai masa?”  pintaku. 
Dia melepaskan lelah sedikit sebelum mengangguk.  “Abang izinkan,” bisiknya dan aku mampu menghela nafas lega. 
“Minum dulu...”  Tangan ini mencapai gelas tadi lalu aku suakan pada dia. 
“Abang tak dahaga,” dalihnya tapi aku terus memaksa. 
“Minumlah sikit.  Penat Syai buat ni,”  rengekku merayu dia.
Budriz angguk dan bila aku suakan bibir gelas itu ke mulutnya, dia turut memegang tanganku yang sedang menggenggam tangkai gelas tersebut. 
Setelah dia menghirup sedikit, matanya bulat.  Wajah penat itu nampak segar bugar.  Bila dia memandangku sekali lagi, aku gariskan senyum dengan kening yang sedikit terjongket.
“Neslo?”  soal dia sepatah dan aku angguk saja. 
“Air yang abang suka, kan?” 
Budriz mengedipkan matanya sekali.  “Mana sayang tahu?”  duga dia.
“Kan dari dulu lagi abang minum air ni.  Kalau pergi kantin tu, air ni je abang order dengan mak cik kantin tu.  Masa tu kami rasa abang berlagak kot... orang lain minum air sirap je.  Mentang-mentang awak tu headboy, mengada je lebih.  Bila datang rumah dulu pun, minta arwah ibu buat air ni jugak!”  jawabku sambil mencemik. 
Wajah Budriz ceria.  Nampak tenang dan bercahaya.  Hilang lelah yang ada di wajahnya bila dia ketawa. 
“Mana Syai tahu?  Syai perhatikan abang ke?” 
“Mana ada... Syai dengar budak-budak ni bercerita je,” jawabku beralasan. 
Benar begitu.  Sesekali memasang telinga akan perbualan teman-teman sekolah dulu tentang dia, sungguh menimbulkan rasa jengkel dalam diri tapi entah mengapa, yang menjengkelkan itulah kian teguh dan kukuh terpahat dalam ingatanku. 
“Oh... jadi budak-budak lain semua rasa abang macho kot masa tu.  Rasanya sayang je rasa abang berlagak, kan?”  tanya Budriz lagi. 
Aku ketawa halus dan mengangguk.  “Memang pun...”
“Orang tak tahu hubungan kita masa tu dan sama juga seperti sekarang.  Orang tak tahu.  Man je tahu.  Itu pun Wawa tak tahu lagi.  Abang nak kita...”  Budriz matikan kata di situ. 
Aku tahu apa yang di maksudkan.  Lambat-lambat, aku mengangguk mengizinkan dia memberitahu siapa saja tentang hubungan kami.  Untuk satu dunia sekalipun aku mahu dia angkat aku sebagai permaisuri hatinya biarpun aku banyak tercela. 
“... abang nak kita hidup macam suami isteri yang lain.  Abang cintakan sayang dan harap sayang boleh balas cinta abang.  Abang tak paksa sayang cinta abang sepenuhnya tapi sikit-sikit.  Yang pasti makin mekar dan tak layu.  Itu je abang mohon,” sambung Budriz sambil menarik tubuhku berada di dalam pelukannya.  Erat dan sangat-sangat erat. 
Aku ukir senyum.  Biarpun nama dan wajah Nurina menari-nari di ruangan mata, aku tetap mampu lebarkan senyum kerana aku yakin, kasih Budriz tak pernah berpaling daripadaku sejak dulu.
‘Terima kasih, Ya Allah...’ Hati ini berbisik sendiri.  Penuh rasa syukur di atas kurniaan yang telah Dia berikan untukku. 

**

MALAMNYA aku hanya nampak Budriz bermalas-malasan di sofa.  Kakinya diletakkan diatas meja kopi dengan tubuh yang bersandar keletihan pada sofa.  Beberapa buah majalah dan surat khabar bersepah sana sini.  Tambahan pula kipas yang terpasang agak kuat lantas menerbangkan helaian surat khabar tersebut. 
Aku mengeluh sedikit.  Rasanya tidak pernah dia begini sebelum ni.  Sudahlah seharian ini dia hanya terlena saja.  Usai Zohor siang tadi, dia terlelap.  Kala aku kejutkannya, dia bangkit malas menunaikan fardhu Asar.  Setelah itu terlelap lagi hinggakan aku selesai menyediakan makan malam lewat petang tadi, barulah aku nampak batang hidungnya di ruang tamu. 
Kala ini, setelah pulang dari masjid, dia juga masih begitu.  Diam dan nampak lelah.  Dari ambang pintu dapur, aku merenung dia setelah pinggan mangkuk semua siap di cuci.  Tangan ini aku lap perlahan.  Mata ini terus meratah setiap inci wajahnya. 
“Sayang buat air sikit,” arahnya agak kuat.
Aku tersentak sedikit.  “Yalah...”  Aku menyahut sedikit sambil berlalu kembali ke dapur. 
Sebuah gelas aku capai dan neslo kegemarannya aku bancuh agak pekat sedikit.  Beberapa ketul ais aku letakkan kerana aku tahu, dia tidak pernah gemarkan air panas.  Sekadar suam-suam saja.
“Air...”  Aku suakan gelas itu padanya. 
Dia memandang aku sekilas dan menjuihkan bibirnya ke meja kopi mengisyaratkan agar aku meletakkan gelas itu di atas meja. 
Tanpa banyak menyoal, aku turutkan saja.  Rautnya itu aku pandang lagi.  Siaran Astro entah berapa kali bertukar.  Tidak tahu mana satukah siaran yang mahu dia fokuskan.  Dari National Geoghraphic bertukar kepada sukan.  Seterusnya berita dan kemudiaannya cerita.  Akhirnya terhenti pada siaran karton.
“Abang kenapa?”  soalku pelik. 
Sungguh aku kehairanan sedangkan siang tadi dia nampak biasa-biasa saja.  Malah romantis dan ceria.
“Abang penatlah sehari dua ni,” jawabnya sambil menurunkan kaki dari meja kopi tersebut.  Gelas besar itu dicapai. 
“Emm... sedap!”  pujinya setelah dia meneguk sedikit air itu. 
Aku gariskan senyuman menerima pujian daripada lelaki yang kugelarkan suami kini.  Lelaki yang aku mahu  hadap seumur hidupku.  Lelaki yang aku mahu hadap hingga aku menghembuskan nafasku yang terakhir dan lelaki yang mahu kuhadap setelah kami dibangkitkan semula di padang mahsyar nanti. 
“Kalau sedap minum sampai habis.  Syai nak ke dapur kejap.  Nanti nak naik tidur dah.  Esok kerja.  Abang pun ada meeting, kan dengan aunty,”  ujarku mengingatkan dia. 
Dia angguk malas.  “Meeting ni buat abang stress sungguh.  Tak ingat kat aunty, abang tak masuk dah meeting ni.  Banyak cerita betul client ni,” rungut dia. 
Aku yang sedari tadi berdiri tegak di depannya terus melabuhkan duduk agak rapat di sisi Budriz.  Dia yang bagaikan mengerti dengan kehendakku, sekadar memberi ruang lalu lengan itu terangkat memegang pada belakang sofa dan bila aku labuhkan duduk di sisinya, seperti yang kuduga, lengan itu jatuh melilit pada bahuku. 
“Tapi... itu punca rezeki untuk abang bagi makan isteri abang ni jadi abang ikhlaskan juga hati nak kerja,” sambung dia dengan bibir yang kembali tersenyum.
Sebentar tadi monyok saja dan kini sudah kembali ceria. 
“Tadi kenapa masam je?”  soalku. 
Dia senyum.  “Mahu tak masa.  Dari petang tadi sayang dok dapur je.  Langsung tak hiraukan abang.  Baik abang tidur dari tengok sayang dok buat kerja lain.  Nak ajak karang, takut sayang marah.  Abang balik dari surau pun sayang masih lagi kat dapur.  Suami mana boleh tahan, sayang?”  Dia menjelaskan kepadaku kedudukan yang sebenarnya hingga membawa pada wajah itu mencuka habis. 
Aku ketawa kecil sambil menekup mulut. 
“Abang tak panggil pun...” 
“Tadi dah panggil,” jawabnya.
“Panggil suruh buat air je...,” tukasku lagi. 
“Nak suruh sayang datang sini, jadi buat alasan nak air jelah.  Lagipun abang memang dahaga.  Panas sungguh malam ni.  Nampaknya kena kuatkan air-condlah malam ni,” ujar dia sambil mengambil gelas itu lagi. 
“Abang ni... boleh tak jangan sepah-sepahkan rumah.  Kan elok je tadi.  Ni surat khabar bersepah sana sini.  Majalah pun sama.   Macam budak-budaklah!”  bebelku tiba-tiba bila sakit mata ini melihatkan rumah yang semak. 
Budriz ketawa.  “Abang saja je.  Nak rasa isteri membebel bila suami sepahkan rumah.  Emm... syok juga sayang bebel ni.  Lain kali bebel manja lagi tau,” pinta dia mengada-ngada.
Aku cemikkan wajah lantas cuba bangkit hendak mengutip majalah dan akhbar yang berselerakan tapi dia menahan. 
“Biarlah.  Nanti abang kemaskan.  Kan abang yang buat sepah.  Sayang jangan buat.  Tadi, dah penat kat dapur tu...,” larangnya.  Bibir gelas itu disuakan padaku dan aku menggeleng menolaknya.
“Oh abang lupa sayang tak boleh dengan kafien.  Nanti pitam.  Jenuh abang nak dukung naik atas nanti,” ucapnya mengusikku.  Dia ketawa kecil sebelum kembali meneguk saki baki air itu.
Aku jegilkan mata.  “Mengata orang!” 
Budriz ramas bahuku sedikit.  “Abang usik je.  Segalanya pasal sayang cair dalam kepala abang ni.  Sayang je jual mahal tak nak ambil tahu hal abang langsung!”  cemiknya. 
Ada nada berjauh hati pada hujung suaranya.  Bibir ini aku ketap sedikit.  Mata redup itu aku renung lagi.  Rambut yang berjuraian ke dahi, aku selak sedikit. 
“Syai minta maaf.  Syai silap menilai semua orang hanya kerana ayah.  Syai salah.  Ampunkan Syai...”  Aku capai jemarinya dan aku kucup lembut. 
Airmataku bergenang kala ini.  Menyedari khilaf diri pada seorang lelaki yang bernama suami.  Kala aku angkat wajahku, ada air jernih yang mula menuruni lekuk pipi.  Sedapa upaya bertahan, namun tewas juga akhirnya.  Namun, aku bangga kerana tewasnya ego ini pada dia yang sepatutnya dan bukan pada lelaki dayus yang menghubungiku siang tadi. 
“Ya Allah... sayang.  Kenapa ni?  Tak nak nangis...”  Budriz menggelen beberapa kali. 
“Abang sayang Syai.  Sayang kerana Allah.  Kerana dari dulu abang rasa sayang adalah amanah Allah pada abang.  Sebab tu kasih di hati abang tak pernah hilang untuk Syai.  Sentiasa ada.  insyaALlah akan kekal dalam hati ni selagi Allah izinkan,” pujuk dia padaku. 
Aku angguk bersama airmata yang semakin lebat.  Sekadar titisan tanpa suara dan bila jemari kasar Budriz singgah di pipiku menyeka airmata ini, aku gariskan senyuman pahit. 
“Terima kasih,” ucapku penuh beremosi. 
Dia angguk dan mengucup dahiku lama.  “Apa saja yang pernah terjadi, biar saja terjadi.  Kita sama-sama silap kesan daripada orang tua kita tapi yakinlah pasti segalanya bersebab.  Allah tak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.  Sayang kena ingat tu,” pesan dia lagi.  Lembut dan mendayu saja.
Rambutku dibelai lembut.  Sekali lagi bibir itu singgah ke dahiku dan bila tangannya merayap pada belakang leherku, aku hanya  mampu menahan perasaan lagi.  Tidak kutahu sama ada dia mengerti atau hanya aku yang mengingini. 
“Ingat tak dulu, abang pernah cakap.  Satu hari nanti abang akan jadi suami yang Syai nak hadap.  Suami yang Syai nak hadap setiap saat dan ketika hingga jasad ni...”  Budriz membawa telapak tangannya menyentuh dadaku. 
“...dimamah tanah dan roh ini kembali pada pencipta.  Itu janji abang dan terima kasih juga sebab sudi kotakan janji abang,” ujarnya kembali mengenang pada perkahwinan kami pada awal waktu yang penuh maki hamun dariku.
Perkahwinan yang bermula dari seribu keperitahan namun  hari ini, Allah gantikan dengan sejuta kemanisan. 
Tidak mampu berkata apa lagi, aku jatuhkan kepala berkali-kali.  Tubuh sasa itu aku sapa ke dalam pelukanku buat pertama kalinya tanpa paksa dan hanya rela semata-mata.  Rela hendak menyerah padanya.  Menjadi milik dia secara mutlak. 
“Syai sayangkan abang.  Dari dulu mungkin Cuma baru sekarang Syai sedar semua ni...”  Aku akui satu hakikat yang aku sendiri baru sedarinya. 
“Toksah cakap sayang.  Abang dapat rasakan.  Dari dulu abang sentiasa dapat rasakan,” sahutnya pula. 
Tangisan berhamburan.  Belaian dan pelukan Budriz juga semakin hangat dan meresahkan.
“Abang dah hilang dahaga bila Syai sudi buatkan air untuk abang setiap kali abang meminta sekarang.  Dahaga abang dah hilang dengan kenikmatan kasih sayang Syai pada abang biarpun sedikit demi sedikit macam ni sebab dari dulu, abang tak suka memaksa Syai.  Tapi, hari ni andai sayang sudi, abang harap sayang boleh hilangkan dahaga abang dengan belaian dan kasih sayang Syai yang ikhlas tanpa sedikitpun paksaan.”  Kata-kata Budriz hangat menyapa peluput telingaku bersama nafas yang kian mendesah. 
Aku menelan liur berkali-kali.  Entah apa lagi yang mampu aku katakan saat ini bila dia meminta haknya.  Aku juga mahu disayangi.  Mahu merasakan nikmat cinta yang telah Allah anugerahkan dengan cara yang tersendiri. 
Bahu sasa Budriz aku tolak perlahan.  Kala mata kami bersabung pandang, aku renung anak mata itu sedalam mungkin.  Mata redup itu terus merayu.  Berombaknya dada itu menggambarkan yang benar-benar mendambakan kehadiranku di dalam dirinya.
Lantas, aku bawa kedua-dua belah telapak tanganku menyentuh pipinya lembut.  Pipi yang pernah menjadi mangsa tamparanku berkali-kali. 
Lupakan segalanya.  Lupakan kebencian nenda, abaikan sinis Nurina, pergilah kisah lalu, luputkan lelaki itu dari mindaku.  Perlahan-lahan, aku angguk menerima kehendaknya. 
Kala aku bangkit, aku tarik tangan Budriz bangkit bersamaku.  Di luar sana, hujan kian merintik ke bumi.  Titisan halus itu berubah menjadi kasar lantas membisukan kata-kata kami.  Ditelan oleh rintik hujan yang merahmati kami. 
Kaki ini menapak perlahan-lahan meniti anak tangga tanpa sepatah pun bicara.  Hanya mata dan tingkah saja yang berbicara.  Kala pintu terkuak, Budriz rapatkan semula.  Bila dia mendekat, aku rapatkan kelopak mataku bertahan dari detak yang kian rancak menghentak dada yang sudah mahu pecah. 
Nafasnya hangat menyapa wajah.  “Abang sayangkan Syai...”  Budriz berbisik lagi.  Dapat aku rasakan bibir itu melekap ke dahiku.
“Tak mungkin abang sia-siakan amanah Allah ini... Syai adalah amanah arwah ibu, amanah ayah dan amanah Allah.  Sayang adalah pemilik hati,” sambung dia lantas bibir itu menjarak dan singgah pula pada pipiku. 
“Sayang adalah isteri abang yang akan abang kongsikan seluruh hidup ini.  Dalam bahagia dan derita, kekallah bersama abang,” bicaranya lagi lalu kali ini, bibir itu melekap rapat ke bibirku. 
“Assalamualaikum cinta abang...,” ucap Budriz kala dia menolak tubuhku lembut. 
Dan aku, menjawab salam itu di dalam hati menerima hadirnya dia berkongsi kasih di dalam sanubari.  

~~> bersambung

Cik Penulis : Terima kasih atas sokongan semua dalam bab2 sebelum ni ya.. tak dan balas tapi sgt2 hargai.. Bab ni daring sikit kot.. pejam mata jelah baca..kehkehkeh.. romantikus bermula..miahaha..sayang kamu semua..

84 comments:

  1. Wahhh, akhirnya.. Syai trima jugak suami yg die x hadap, skrg dh jdik hadap..

    ReplyDelete
  2. Kak Rehan, tahniah atas penghasilan karya-karya yg menarik. Seronok sangat bila Syai dah terima Budriz. Harap-harap mentari yang kian menyinar ini akan berkekalan dan takkan disurami dengan rintikan hujan. Syabas Kak Rehan. Teruskan menghasilkan karya-karya yang menarik. :)

    ReplyDelete
  3. Tq RM for this n3. Seronok membaca dn tak sbar nak tgu yg seterusnya

    ReplyDelete
  4. OMG....Like...Like...Like...

    ReplyDelete
  5. ...Daebak....!!!! Congrat RM.....x sabar nak tggu next chapter....

    ReplyDelete
  6. rehannnnn!!!!! pejam mata mana dpt baca dik oiii...yezza..way to go budriz! sungguh syahdu entri kali ni...

    ReplyDelete
  7. hahaha memang daring but i like,...thumbs up ^-^

    ReplyDelete
  8. awww....
    blushing bace bab romantikus nie kak rehan...
    hehehe
    pape pon, i loike....

    ReplyDelete
  9. huuhuuhu... meremang ai... tp ttp best

    ReplyDelete
  10. hahaha...alhamdulillah.. bagus lah dh bleh terima budriz.. ade smbgn dia lg x?hehehe

    ReplyDelete
  11. Romantik !
    Best :)

    ReplyDelete
  12. Mnyerah dlm rela... akhirnya hjn jd saksi syai dtg mnyerah hihihi.

    ReplyDelete
  13. Bestnya...akhirnya syai terima abg budriz...nak lagi ye...

    ReplyDelete
  14. byg kan yg dingin....huhu
    good job RM...tqvm

    ReplyDelete
  15. terbaek..... kak rehan pasni takmo lerr ada gaduh2 dh syai ngan budriz ye.... romantik gilerrrr....

    ReplyDelete
  16. Auuuwwwww.... Malu2 sendirian sambil membaca... Mcm mengintip pasangan suami-isteri memadu asmara pulak.... Itu episod suka stk...

    Yg tak bestnya pulak, lepas episod suka, mesti ada episod cabaran pulak.... Ini yg jantung dap-dip-dup jadinya....

    Nak entry lagi....

    ReplyDelete
  17. hoho...dh maju..hehe....bgus2..

    ReplyDelete
  18. WE WANT MOREEEE!

    ReplyDelete
  19. aku pun TERHADAP jga akhirnya...ha3..RM2

    ReplyDelete
  20. Aummmmmmm~ HAHAHA! yeay budriz romantic abis lah! Saya pulak yang cair. Syai jgn nakal2 eh. Takmo tinggi kan suara kan suami lg eh. Takmo gaduh2 ngan budriz eh. Nak tengok syai pulak yang romantic. Muahahaha. Nak lagi nak lagi nak lagi.

    ReplyDelete
  21. so so so sweett ok...huhuuhu..nak suami mcm Budriz ni boleh tak????h0h0h0...

    ReplyDelete
  22. oo...nak lg...plz

    ReplyDelete
  23. ngade x suda budriz ni..finally ad juga bahagia tuk syai ngan budriz..n3 ni best la

    ReplyDelete
  24. Segan baca, hahaha. Tp kak Rehan memang the best! :D next kak :) eh UD sekali! ceh, demand.

    ReplyDelete
  25. speechless.... budriz sangat2 diplomasi dlm menuntut haknya dan juga sangat2 terro mencairkan hati isterinya dan juga saya!!melt gila!! huhu... cik rehan nak lagi plz.... UD tu esok2 pn tak pa saya tak kisah heheh... banyak tau hutang STK cik rehan kat kitaorg ; )

    ReplyDelete
  26. ehm, mesra sangat diorang ni, suke, hehe, akhirnya syai dapat terima hakikat, bahwa dunia tak selalunya kelam, ^_^. nice n3 k Rehan,

    muda13

    ReplyDelete
  27. wah!! rse nk jerit.... yes!! akhirnyeee syai relakn jgk semuenye demi budriz.... like entry ni..

    ReplyDelete
  28. budriz romantiknyer..i like beratus kali rehan..sambung sikit ea..suka ngat tengok diorg bahagia..Amin..

    ReplyDelete
  29. wah bestnye ... romantiknya ... pejam2 mata pun bleh sengeh2 manjang ni hahahah tahiah rm... ^_^

    ReplyDelete
  30. Saya dah blushing ^^ Sweet nya Budriz!! Nak budriz lagik! hekhekhek. Lama dah tak sambung cerita ne. Rindu ngan kesabaran budriz. Rindu ngan kedegilan Syai. hikhik

    ReplyDelete
  31. Alhamdulillah... Akhirnya kesayangan akak dah berjaya..
    Lepas nie... Suami yg ku hadap la pulak...
    Wah... Bagus gaya penceritaan cik RM...
    Akak suka... Tahniah... Keep it up...

    ReplyDelete
  32. yesss..dh brbaik dh...
    skanye....sweet sgt... i like...
    thanks RM..hehehe

    ReplyDelete
  33. Besttttttttttt........

    ReplyDelete
  34. kak rehan. trima kasih kak~ n3 ni mmbuatkn sy mngis. akhirnya, syai trima budriz. moga kebahagiaan akn terus mnjdi milik mereka. :)

    ReplyDelete
  35. romantiknya SB...baca smbl tersenyum malu...best lah akak nih...

    ReplyDelete
  36. Now i can see you in each word. STK is an "emotionally heavy" novel. Bila dh sampai bab 24 br ramai yg boleh faham kenapa Syai stern sgt... Keep it up RM!

    ReplyDelete
  37. best kak! next entry ...-lyn_intanazlleyna

    ReplyDelete
  38. bgus2 syai da dpt trima spnuhnya budriz.

    ReplyDelete
  39. Bestnye..jgn lh buat ada org dengki plak..watak2 jht x pyh keluar dh..

    ReplyDelete
  40. Thanks RM.. for the lovely N3.. Ntah naper rasa sebak je.. tak daring tapi touching.. boleh buat airmata menitis.. Love RM..

    ReplyDelete
  41. best2...nak lagi n3...

    ReplyDelete
  42. Daring nyer....:)
    Sukalah syai menghadap budriz lani.

    ReplyDelete
  43. Semoga Syai dapat kebahagian.... kasihan Budriz lama tunggu Syai....

    ReplyDelete
  44. timekasih semua.. baru mampu membalas komen2..sgt2 sy hargai..n thansk sudi singgah blog ijo layan STK... dulu ramai katakan tak nampak RM dalam STK mgkin sbb watak utama ini jahat... utk jangka masa yang lama inilah cabaran yg perlu sy hadap sebagai penulis menggunakan POV1 iaitu AKU... orang hanya tahu satu sisi perasaan saja. yg lain tak tahu tp sy seronok mcm ni..buat jiwa sy hidup..

    terima kasih atas komen2 sebelum ni yg membuatkan sy kembali bernyawa dalam setiap huruf dan ayat STK ini.. maaf atas kekurangan dan layann..hehe..

    ReplyDelete
  45. awat cheq yg berdebor-debor...akekekekeee...

    ReplyDelete
  46. sukanya syai dh terima budrizzz..rehan next n3 plssss:))))

    ReplyDelete
  47. thanks kak rehan, sekali double entry.UD & STK.
    tapi jgn taip kalut2 sgt tau, ada few spelling mistakes.
    mmmuuaaah!

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. ahakkk...
    pejam celik pejam celik je mata..>.<
    hehe...alhamdulillah, syai semakin hidup hatinya..

    ReplyDelete
  50. RM, sweetnyer n3 kali ini. Akhirnya Budriz n Syai bersatu dlm erti kata sebenar. X sia-2 Budriz menanti dgn penuh kesabaran. Sekarang dh jd 'Suami yang Aku hadap" heheheeeee...

    P/S: Bila Nak saksi ada treaser tak? rindu kat Usop n Jelita.

    ReplyDelete
  51. best.tp nak ud jugak..:).cuma harap budriz x kawin dgn nurin RM,, takut cita ni mix KIM plak....

    ReplyDelete
  52. wakakkaa tetttt,,,sensor ckit tp i ok jek hahahaha..
    huhu bila bahagia dtg mjengah pasti derita mendatang..oh tidak!

    ReplyDelete
  53. alhamdulillah..syai dh terima budriz sbg suami...

    ReplyDelete
  54. The Bestlh REHAN...Love U...

    Ida

    ReplyDelete
  55. Terima kasih RM kerana sudi menghilangkan dahaga kerna STK. Memang RM terbaek sebab bila saya membaca segala benci, sakit, gembira dan gerak laku Budriz dan Syai terkesan di hati...tak sabar untuk membaca keseluruhan cerita, semoga dibukukan. Syukur sebab watak Syai dah mula lembut dan Budriz mula gembira, janganlah ada penghalang yang kekal, sikit2 oklah. Tak sanggup rasa, rasa nak larikan aje mereka berdua duduk ke pulau yg jauh yang tiada 'langau' yang mengganggu. - SZ-

    ReplyDelete
  56. best sgt syai dah dpt terima budriz...

    ReplyDelete
  57. kak rehan..nak lagi..nk sambungan dia :)

    ReplyDelete
  58. best...caring betol budriz..nak lg bleh???

    ReplyDelete
  59. sweet sgt budriz ni...hope dpt jumpa lelaki sebaik budriz =)...

    ReplyDelete
  60. tq karehan..romantik sgt la...mujur bca sesorang.malu kalo rumet tgk snyum dpn lappy..

    tapi, ada byap typo la..mgkin kurang dble check kot

    ReplyDelete
  61. terbaik kak rehan..dah lama tunggu cerita ni..hehe. best sgt!

    ReplyDelete
  62. ala ingatkan malam ni blh la layan STK. akak taklah stop lama2.... org ketiga, penghalang kebahagian diaorg sure ada punya lepas ni, tapi hopefully budriz dapat bertahan dan bersabar juga syai tak mudah melatah demi kebahagian korang.. cewwah hehehe

    ReplyDelete
  63. wutt...wutt.. menunggu bab seterusnye..ngeggehehe

    ReplyDelete
  64. giler... giler... giler.... hahaha... best RM... tq...

    Selamat Berpuasa.... syai n budriz pun kena posa sebulan..miahaha... gurau jer...

    ReplyDelete
  65. bestnye.... jalan menuju ke gerbang kebahgiaan menjelma...

    ReplyDelete
  66. bla nk ade nxt epi...?waaa dh xsbr~~~

    ReplyDelete
  67. Cik Penulis ~~~~~> Entah mengapa n3 ni menggamit lagu Ombak Rindu dipeluput telinga dan minda akak. Walau apapun akak mohon, andai terduga lagi jangan buat Syai hitam hati.. cekal dia yang akak nak santap ya? Luv u more!!!

    ReplyDelete
  68. bila nk smbung next bab die???x sbr nye nk tau...hehehe....

    ReplyDelete
  69. wahhhhhhhhh...seronok lak bce novel ni..heee..super duper bezzz cam IAM jgk..heee..thnumb up kak rehan! cpt2 ye utk n3 STK yg bru..kit33 ;)

    ReplyDelete
  70. sukeee sngt2 dgn cte ni..kak rm bila lagi nak smbung bab lain?bila cerita ni nak keluar dekat pasaran?

    ReplyDelete
  71. Haha..ok je xplu tup mata tp kan bleh tak jgn jdikan drma karya tuvjd xbest d romentik jdnyer

    ReplyDelete
  72. Dr 1st n3 smpi yg ni, sgt enjoy bc...prasaan marah, geram, sweet, sedih semua pn ada..cdgn mgkin tmbh kn lg sedikit elemen agama pd budriz...tnjukkan yg dia btul2 niat nk terima, ubah syai melalui agama. All de best utk cite yg ni...

    ReplyDelete
  73. Next. N3 bila RM xsabar nak bace nim.....

    ReplyDelete
  74. Terbaaaeeeekkkkk aarhh!!
    go stk(suami tak kuhadap)

    ReplyDelete
  75. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.com

    ReplyDelete