BAB 14
PELUH
merenik di dahi. Apa yang harus aku
katakan pada mereka tentang Budriz? Terlalu
kejamkan aku hinggakan lelaki itu pergi begitu saja? Terlalu jahatkah aku tanpa menghiraukan
sebuah nyawa? Tiada nilaikah nyawa
mereka padaku? Benarkah hatiku tidak
lagi punyai sedikitpun rasa sayang, kasihan dan belas?
Sesak
dada kala ini. Perlahan-lahan, aku bawa
telapak tanganku mencengkam dada.
Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.
Sakit angkara permintaan sendiri.
Bersikap kejam hinggakan sanggup membunuh.
Semakin
aku pejam mataku rapat-rapat, semakin jelas bayangan Budriz di mataku. Merayu-rayu, merayau-rayau menuntuk nyawa
dariku atas kematiannya.
Peluh
semakin membasahi sekujur tubuhku dan bila aku rasakan ada suara yang menyeruku
dengan begitu mendayu membuatkan sekujur tubuhku kesejukan dan meremang
segalanya.
“Syai…
bangun sayang.”
Suara
itu semakin jelas di peluput telingaku.
Semakin mendayu dan semakin merayu hiba.
Cepat-cepat aku buka mata dan wajah Budriz agak kabur di mataku.
“Kau
ni hantu, kan ?” tanyaku bersama pandangan yang kabur.
Dia
senyum dan mengangguk. “Seluruh hidup
abang cintakan Syai, apatah lagi mati.
Abang juga abang tetap bersama Syai sehingga kita bersatu,” jawab
dia.
Kala
ini, aku hampir mengalirkan airmata.
Rasa bagaikan berada di dalam dunia yang lain. Dunia yang hanya ada aku dan roh Budriz.
“Kenapa
kau tak sudah-sudah nak kacau aku, Budriz?”
tanyaku lemah.
Bila
aku cuba
angkat tubuhku dari pembaringan, tangan kasar itu membantu. Terasa hangatnya sentuhan itu tidak membeku
bagaikan roh. Aku pandang tangannya lama
dan aku capai seketika. Bila aku
lekapkan telapak tangan itu ke pipiku, ternyata hangat.
“Kau
hantu, kan ?” soalku lagi.
Kali
ini, wajah Budriz semakin jelas di
mataku. Dia tersenyum dan terus
tersenyum. Tangannya ditarik dan dia menggapai
sesuatu dari meja sisi katil.
“Makan
sikit,” suruhnya tanpa menjawab soalanku.
Aku
menggeleng menolak suapannya. “Kau hantu
kan ?” tanyaku lagi dan kali ini sedikit keras dan sebak.
Andai
benar dia adalah roh yang menjelma di depanku, aku mahu meraung semahuku. Meraung bukan kerana ketakukan namun kerana
rasa bersalah membuatkan dia benar-benar membunuh diri. Terjun dari beranda rumah.
“Makan
dulu. Nanti dah ada tenaga, dah kuat
boleh tengok abang hantu ke atau masih manusia,” ujarnya.
Aku
menggeleng menolak rezeki lagi kali ini tapi Budriz tetap menyuakan sudu itu ke
mulutku.
“Makan
sikit, sayang. Awak macam ni, tak makan
tak minum… Syai tahu tak yang Syai sedang menzalimi diri sendiri. Pitam bagai.
Abang bukan kata tak boleh nak pitam.
Setakat tubuh Syai ni, abang larat je nak dukung tapi buatnya masa jatuh
tu terhantuk sana sini, kan dah susah. Masuk
hospital lagi parah.” Dia menjeling ke
arahku dengan bebelan yang aku sendiri tidak dapat tangkap.
Aku
tidak dapat tidak, membuka mulut bila dia berkata demikian. Suapan demi suapan aku telan dengan segala
kepayahan. Peritnya tekak hendak menelan
nasi yang masih banyak berbaki di dalam pinggan.
“Ini
je abang reti masak. Lauk sardin
je. Bonda dah tak balik. Abang pun tak reti nak masak apa. Sardin ni pun abang panaskan macam tu
je. Nasi ni, bonda masak pagi tadi. Sayang makanlah, ya. Malam ni kalau sayang kuat, kita makan kat
luar,” beritahu dia.
Aku
menelan baki nasi di dalam mulut tanpa menyungahnya terlebih dahulu. Aku halakan mataku ke arah beranda yang sudah
tertutup rapat pintu dan langsirnya.
Nampak masih terang di luar sana .
“Kau
hantu, kan ?”
“Ya
dan sayang makan dari tangan hantu ni,” jawabnya pantas.
Aku
menggeleng. “Kalau hantu macam mana kau
boleh keluar siang-siang hari?”
“Sebab
abang terlalu rindukan isteri abang ni sampai tak mampu tunggu malam hari
pun. Siang-siang pun abang sanggup
keluar.” Dia menjawab mudah.
Aku
telan liur. Mata ini aku genyeh
berkali-kali tapi tidak lama bila aku dengar Budriz ketawa besar. Dia ketawa mengekek-ngekek sampaikan tergolek
di atas permaidani.
“Budriz!” seruku kuat.
Dia
panggung kepala dan menentang mataku.
“Ya, sayang.” Dia menyahut dalam
tawa.
“Kau
hidup lagi, kan ?” tanyaku buat ke sekian kalinya.
Dia
angguk lalu bangkit dan duduk di birai katil dekat denganku bila tawanya
reda. Pinggan Correl itu dia letak di
meja sisi. Cawan air masak itu dia capai
dan disuakan pada bibirku.
Tidak
menolak kali ini, aku pegang tangannya sama dan meneguk sedikit air bagi menolak
makanan yang terasa tersekat di dalam dada.
“Abang
hidup dan sihat lagi. Sayang tu pitam
lagi. Nak kata abang terjun, abang tak
terjun pun. Abang ada di balik langsir
tu tapi Syai pitam tiba-tiba. Syai
terkejut kot-kot abang betul terjun,
ya?” tanya dia mesra.
Aku
menggeleng. Sungguh aku tidak dapat
menerima gurauan begini. Gurauan tentang
kematian membuatkan aku hampir hilang pedoman.
Hampir saja dia meragut keluar jantungku dari dada.
“Abang
ada iman dalam dada ni, sayang. Bunuh diri
tu dosa besar. Tak pernah sedikit pun
terdetik dalam hati abang akan halt u. Sebab
sayang dan cinta pada Syai, iman abang pernah tercalar sampai perangkap Syai tapi lepas ni kita sama-sama
kukuhkan iman kita. Abang pimpin
Syai. Tak ada makna abang nak terjun
dari tingkat dua ni. Tak ada matinya. Paling tidak, patah sana sini.
Buat apa? Buat kena sakit
je. Nanti Syai pulak kena jaga
abang. Dah terbalik tu. Tapi, kalau betul Syai sudi nak jaga, esok
abang demam,” ucapnya panjang lebar bersama senyuman tipis.
Aku
telan liur berkali-kali. “Kenapa buat
aku macam ni?”
“Abang
buat apa?” Budriz menyoalku
kembali. Cawan di tangannya dia letak di
meja sisi.
“Kenapa
nak main-mainkan aku?”
“Syai
yang tak sudi tengok muka abang. Syai
yang suruh abang mati, kan ?”
“Tapi,
kau tak terjun. Kau tak mati!” tekanku geram.
Bagai
memaknakan perkataan mati itu sedangkan aku sendiri tidak sanggup andai
benar-benar dia terjun tadi.
“Sebab
abang tak ada hak untuk rampas hidup abang sendiri. Nyawa abang di tangan Allah. Nyawa Syai juga. Sama juga dengan kebahagiaan kita. Takdir kita.
Semuanya anugerah Allah. Untuk
apa abang bunuh diri abang hanya kerana isteri abang tak sudi hadap muka
abang? Sedangkan abang dah janji untuk
buat isteri abang nak hadap abang setiap saat satu hari nanti?” Kening lebatnya terangkat tinggi menyoalku.
“Sampai
masa kita akan dijemput pulang, Syai. Tak
perlu nak buat kerja gila tu,” sambung dia lagi penuh yakin membuatkan aku
mampu hela nafas lega sedikit.
Dalam
hati ini, aku tetap bersyukur bila dia mengabaikan saja permintaan gilaku itu
namun hendak memaafkan dan menerima dia adalah tidak mudah. Kakunya hati tidak pernah cair. Hampir juga dijengah hangatnya mentari cinta
Budriz yang kasih sayang Mak Usu serta ayah tapi itu tidak cukup untuk
menghangatkan dinginnya hati dan sejarah hidupku.
“Aku
bersyukur kau bodoh dan tak gila, Budriz tapi aku tetap tak mampu nak terima
apa yang dah berlaku antara kita.
Hubungan ni tak mungkin hidup.
Sekali lagi aku tekan. Aku akan maafkan semua orang dengan syarat…”
“Abang
tak akan lepaskan, Syai…” Budriz
menyampuk pantas sambil mengelus pipiku lembut membawa aku memejamkan mata
serapat-rapatnya.
Bila
aku bawa telapak tanganku ke dada, ada detak yang mula berdenyut lemah. Terlalu lemah dan bila aku buka mata, wajah
Budriz hampir rapat padaku. Dahinya di
bawa menyentuh dahiku sebelum kedua belah telapak tangannya menyapa pipiku
lembut dan mengusapnya hangat.
“Abang
tak nak dengar syarat Syai tu. Abang tak
mampu nak tunaikan kehendak Syai yang satu tu.
Mintalah apa saja, tapi tidak itu.
Apa saja kecuali perpisahan dan segala yang menentang hukum Allah. Abang tak mampu, sayang,” pujuk dia.
Aku
bentak elusannya kasar. Mata Budriz
tetap redup. Ketebalan alisnya itu
benar-benar menampaknya yang dia adalah dari keturunan darah Arab itu.
“Hubungan
ni tak pernah aku nak. Ayah dan bonda
kau merestui tapi tidak hati aku. Tidak
takdir aku. Dan kau sendiri tahu, yang
nenda tak nak kau peristerikan perempuan biasa macam aku ni. Dia dah cakap terang-terang, kau tak boleh
ikut arwah abah kau untuk nikah dengan perempuan biasa. Yang bukan dari keturunan Syed macam Mak Usu
Jalina. Aku tak sesuai untuk kau,
Budriz. Sungguh aku katakan, lepaskan
aku,” ucapku lembut sementara aku masih mampu bertahan dari tembok sabar yang
hampir meruntuh.
Dia
menggeleng kasar. Tanganku dipaut
lagi.
“Siapa
Syai untuk katakan yang abang tak sesuai untuk Syai? Siapa Syai untuk katakan yang abang bukan
Syai dan Syai bukan untuk abang?” tanya
dia semakin tenggelam timbul suaranya.
“Aku
adalah seorang anak yang ditinggalkan oleh ayahnya. Seorang anak yang yatim setelah kematian ibu
dan aku adalah perempuan yang kau calarkan maruah dan airmuka aku pada Faez,
ayah, bonda dan nenda kau, Budriz.
Akulah perempuan tu dan akulah perempuan
yang akan tentukan jalan hidup aku sendiri tanpa lelaki yang bergelar
suami,” jawabku pula dengan suara yang serak.
Kala
ini, aku memandang tubuh Budriz yang sudah berganti pakaiannya. Hanya mengenakan t-shirt pagoda dan kain pelikat saja.
“Syai…
Syai laratkan bangkit solat. Asar dah
nak habis sayang. Abang dah solat tadi
lepas masak untuk Syai,” ujar Budriz lari dari topik asal.
Tangannya
sekali lagi naik ke pipiku. Biarpun aku
menepis dia tetap menyentuh kulitku dan sudahnya aku biarkan saja.
Tanpa
kuduga, Budriz menarik tubuhku sedikit dan memegang rambutku.
“Kau
nak buat apa ni?” tanyaku garang. Menolak tangannya dari terus menyentuk
rambutku yang agak kusut.
Budriz
senyum tidak menjawab. Malah dia
langsung menepis tanganku agak kuat. Getah
di pergelangan tangannya ditarik, lantas dia mengikat rambutku membuatkan aku
menyeringai menahan pedih pada kulit kepala akibat ikatan yang agak ketat.
“Pedihlah!” marahku dan bila aku mahu tarik getah rambut
itu, dia melarang.
“Abang
takut tengok Syai rambut mengerbang macam tu macam hantu. Ikat macam ni kemas sikit. Syai laratkan bangkit nak berwudhuk?” tanya dia sekali lagi.
Lambat-lambat
aku mengangguk.
“Tadi,
Syai pitam tak solat Zohor dah. Tahu
Syai penat tak makan, tak sihat. Solat
Asar dan qada terus solat, sayang. Tak
payah mandi…” Kata-kata Budriz mati di
situ.
Dia
bangkit dan menjauh sedikit bersama dulang makanan yang tidak habis aku
makan.
“Kenapa
pulak?” tanyaku pelik.
Budriz
senyum dengan langkah yang menjauh menapak ke belakang dan terus menapak.
“Tadi
Syai cakap, abanglah lelaki yang telah calarkan maruah Syai, kan ?
Tapi ini abang jawab. Abanglah
lelaki yang akan jaga maruah dan junjung
martabat Syai sebagai seorang wanita, isteri dan bonda nanti. Abanglah lelaki yang akan temani Syai untuk
tentukan untung nasib hidup Syai bersama abang.
Abanglah lelaki yang akan memimpin dan mengimamkan Syai nanti. Abanglah lelaki yang akan beri zuriat pada
Syai. Abanglah lelaki yang akan
selamanya bergelar suami Syai,” ujarnya tenang dan lebih mesra dari
sebelumnya.
Mata
itu dikedipkan sekali. Aku terdiam. Terpasung rasanya lidahku pada lelangit
hendak membentak seperti selalu.
Bagaikan berhadapan dengan Budriz yang pernah aku kenali berbelas tahun
dulu. Budriz yang sentiasa membela dan cuba
menjagaku.
Bila
dia tarik tombol pintu dia berpaling semula.
“Abang
tak nak minta maaf sebab Syai hak abang.
Macam abang cakap, Syai bangkit ke bilik air. Solat Asar dulu. Qada zohor terus dan tak payah mandi sebab
abang dah lap seluruh tubuh Syai. Dari
hujung rambut sampai hujung kaki,” sambung dia lancar.
Aku
bulatkan mata lalu aku pandang tubuhku.
Benar tiada lagi jeans dan blouse yang membaluti tubuhku sebaliknya
sudah berganti dengan sehelai t-shirt
dan kain sarung milik arwah ibu.
Bila
aku pandang wajahnya semula dengan mata
yang merah dan dada yang sesak, Budriz senyum bagaikan tidak mengerti
akan apa yang bermain di mindaku kala ini.
“Kau
jahat, Budriz! Kenapa kau rosakkan aku,
hah? Kenapa kau sentuh aku?” tempikku kuat lalu aku campak sebiji bantal
padanya namun tenagaku terbatas. Tidak
sampai balingan itu padanya.
Dia
ketap bibirnya. “Pandai abang, kan ? Dah tahu Syai nak mengamuk sebab tu abang
jauhkan diri dulu. Bantal letak kepala
tak baik baling sana
sini, sayang. Abang tengok je, tak buat
apa-apa. Tak sampai masa lagi. Pergi solat, abang keluar dulu,” suruhnya
bagai tiada apa-apa yang berlaku.
Serentak
itu, Budriz terus keluar daripada bilik meninggalkan aku yang sedang memaki
hamunnya.
“Kau
memang macam puaka, Budriz!” tempikku
lagi bersama wajah yang terasa kebas dan merah kala memandang tubuhku
sendiri. Aku malu!
**
TELEKUNG
aku lepaskan dari tubuh setelah usai menunaikan fardhu Asar dan kubiarkan saja
tanpa ada niat hendak menyangkutnya seperti biasa. Waktu ini, jam sudah menghampiri ke angka
tujuh. Langit sudah mula bertukar
warna.
Segar
sedikit tubuh setelah rebah pitam terkejut angkara Budriz tadi. Sedangkan aku tidak nampa k susuk tubuh itu di laman, namun sendi
ini terasa lemah. Bagaikan menjadi
pembunuh andai benar Budriz begitu.
Kakiku
maju ke arah pintu luncur yang tertutup rapat.
Kala melalui cermin yang telah digantikan, aku terhenti seketika. Wajah yang pucat dan sembab ini aku renung di
dalam cermin. Rambut yang tidak terurus
angkara ikatan tocang Budriz yang kusut masai membawa sekuntum senyuman tipis
di bibirku.
“Tak
pandai ikat nak ikat jugak. Dah buruk
rupa aku!” bebelku sendiri namun hati ni
langsung tiada rasa hendak meleraikan ikatan itu. Biarlah begitu. Buruk atau tidak rupa ini sudah tidak menjadi
masalah buatku.
Lantas,
aku terus menapak perlahan ke arah pintu luncur dan menolak langsir dan juga
pintu kaca itu. Angin malam kuat
menerobos masuk. Mengelus rambutku agak
kasar dan menggigit seluruh tubuhku membawa hati yang sedia dingin semakin
membeku.
Perbualan
antara ayah, Mak Usu serta pengakuan Budriz hadir lagi berdengung di dalam
minda. Jelingan tajam nenda jelas di
mataku. Pujukan Aunty Sarimah juga
lembut menyapa telinga.
Wajah
arwah ibu dan kisah lalu menerjah juga membawa pergi keikhlasan hati mereka
yang menyapaku seketika cuma. Aku pegang
pagar beranda dan mendongak sedikit. Sudah
lama tidak menikmati waktu sebegini. Tidak
pernah tenang hatiku.
Berjuta
kali aku membasahkan tubuhku dengan wudhuk, bagaikan tidak mahu lekat air suci
itu lalu menghangatkan kembali resah di dalam diri. Aku buka mata bila terasa ada kelibat manusia
di dalam bilik dan bila aku berpaling, Budriz sedang melipat telekung dan
menyakutnya pada penyidai. Kemudiannya dia
gapai tuala lalu masuk ke bilik air.
Aku
kembali merenung langit yang memerah. Mentari
bakal tenggelam dan andai diizinkan, akan muncul lagi hari baru dalam hidupku
esoknya dan aku masih begini. Semakin terperosok
dalam kepada waktu silam. Berundur dan
terus berundur menongkah waktu. Hidup dibebani
duka silam. Menggalas sejarah yang tak akan hilang.
Sekali
lagi, aku pejam mata. Baju T yang agak
lebar itu sedikit jatuh dari bahu. Rasanya
ini bukan bajuku dan sudah pastinya pakaian milik Budriz. Kala mengingati perkara yang dia katakan tadi,
benar aku mahu toreh wajahnya. Aku mahu
pijak hatinya biar hancur tak terkutip namun ada perkara yang menghalang.
Tidak
berkudrat andai mahu terus beradu tenaga dengannya. Andai dulu, aku masih mampu melabuhkan tapak
tanganku pada wajahnya. Tapi, hari ni
segalanya telah berubah. Andai dia mahu
membalas, dia mampu lakukan apa saja padaku dan aku tidak mahu itu.
Perpisahan
ini harus segera dan dengan apa cara sekalipun.
Benar katanya, segalanya telah takdir aturkan namun dia tidak berada di
tempatku. Dia tidak melalui apa yang
telah aku hadap selama ini dan untuk dia, semudah itu dia melontarkan
kata.
Baru
hendak berpaling, tubuhku terasa sejuk tiba-tiba. Budriz kini sedang memelukku erat membiarkan
titisan air dari rambutnya menitis ke atas bahuku. Bila aku menjeling, dia hanya bertuala
saja.
“Lepaslah!” marahku seraya cuba meleraikan
pelukannya.
Budriz
langsung tidak mengendahkan sekalinya dia terus tunduk hinggakan wajahnya rapat
ke bahuku.
“Kau
nak buat apa lagi, hah?”
“Abang
tak buat apa-apa. Abang nak hangatkan hati yang dingin milik isteri abang
je. Salah ke?” Dia berbisik polos.
Aku
terus mengumpulkan seluruh tenaga yang
baru hendak pulih dan membentak dia. Bila
aku berpaling, aku terdiam seketika dan mata ini aku pejam rapat-rapat. Tak mampu rasanya hendak menatap susuk tubuh
lelaki di depanku kini namun aku tegarkan tekad. Bila mata terbuka, aku pandang dia tidak
berkedip.
Budriz
senyum. “Abang tak salah, kan?”
“Tak
salah kau cakap?” Aku mencemik benci.
“Memang
tak salah kau tapi kau salah bila kau mula ganggu hidup aku sampai kita jadi
macam ni!” luahku muak.
“Macam
ni? Macam mana? Apa nama hubungan kita ni?” soal dia lembut. Rambut yang basah itu dia kuak ke
belakang.
“Hubungan
yang tak ada nama ni, aku tak sanggup nak sebut, Budriz!” cemikku.
Dia
senyum lagi dan menapak setapak mendekat padaku. “Hubungan ni ada nama, sayang. Hubungan ni ada nama dan mulia di sisi
Allah. Kenapa Syai payah nak terima?”
“Memang
aku payah nak terima sebab semua ni bukan kehendak aku!” bantahku cepat-cepat.
“Tapi
kita dah sah, kan?” soal dia lagi.
“Hubungan
ni tak membawa apa-apa makna dalam hidup aku, Budriz. Dulu juga sama. Aku tak pernah anggap kau wujud dalam dunia
ni selain untuk menjadi perosak pada aku!”
tekanku kembali kasar.
“Cuba
Syai muhasabah diri. Terima segalanya
dengan hati terbuka. Abang mampu buat
Syai bahagia.” Budriz cuba memujuk dan
menapak lagi mendekat padaku sedangkan aku semakin melangkah ke belakang menuju
ke pintu.
Aku
senyum sinis. “Memang kau mampu. Kau mampu terima segalanya sebab kau tak
pernah lalu apa yang aku lalu. Kau memang
tak tahu apa yang hati aku rasa selama ni.
Kau tak duduk tempat aku, Budriz.
Kau memang tak akan tahu…”
“Jadi
bagi abang tahu. Bagi abang rasa
kesakitan Syai tu?” pinta dia lagi tidak
pernah berputus asa.
“Untuk
apa?” Mata ini aku jegilkan luas.
“Untuk
buat kamu semudahnya ambil kesempatan atas aku?
Macam tu?”
Dia
menggeleng dan mengetap bibirnya. Rambut
itu diramas lagi. Titisan air dari
rambut itu juga menitis juga. Aku nampak
dada bidang yang turun naik menahan nafas atau mungkin amarah yang kian
bergelora.
“Abang
tak pernah ambil kesempatan pada Syai kecuali…”
“Kecuali
kau cium aku semalam?” pangkasku menyindir.
Dia
senyum dengan wajah yang berkerut. “Mujur
abang tak minta lebih, sayang.”
Aku
ketap gigi dengan nafas yang semakin menghembus garang. Mujur saja azan sudah berkumandang membuatkan
aku telan saja kata-kataku sendiri. Andai
tidak, mahu aku campak tubuh Budriz ke bawah.
Pintu
luncur dan pagar yang terbuka sedikit itu aku tolak rakus dan tanpa aku
menoleh, aku tolak sekali lagi pagar besi itu kuat hendak menutupnya. Menyatakan rasa amarah yang sedang aku
tahan.
“Aduh!”
Budriz
mengaduh kuat dan bila aku kalih, dia sedang memegang tangannya. Bila aku lihat ke lantai, ada darah yang
menitis laju. Pagar besi itu dia tolak
dan mata itu redup merayu merenungku.
Aku
telan liur dan tanpa berfikir lagi, hati ini menolak tubuhku melangkah mendekati
dia. Tangannya aku gapai dan mataku
bulat melihatkan darah merah yang mengalir itu.
Aku pandang pula pagar besi itu dan memang tangannya tersepit kala aku
menarik pagar itu tadi.
Mata
Budriz tenang merenungku yang semakin
kalut dan resah bila darah itu semakin membuak.
“Kita
basuh dulu,” ajakku sambil menariknya namun tubuh Budriz kaku.
“Sikit
je. Nanti menitis atas karpet ni. Tempat tidur kita tempat beribadat ni.” Dia menggeleng.
Aku
buntu dan tanpa berfikir panjang lagi, aku tarik tangan Budriz lalu aku tekap
dengan baju yang membaluti tubuhku. Mata
Budriz bulat.
“Syai…”
“Kita
basuh dulu. Pagar tu berkarat. Bahaya!”
tukasku.
Budriz
mengikut langkahku ke bilik air. Berjalan
rapat denganku dengan mata yang tidak pernah lepas sesaat merenung wajah
ini. Bila kami sama-sama ada di depan
sinki, aku siram tangannya dengan air yang mencurah dan membasuh pakaian yang
dibasahi darah ini.
“Kau
kena pergi klinik, Budriz. Berkarat tu
bahaya,” ujarku lagi tapi dia tetap membatu.
“Syai
sayangkan abang, kan?” tanya dia
tiba-tiba.
Aku
mendongakkan wajah mencari matanya. Dekat
dan agak rapat kami kala ini di dalam bilik air yang tidaklah seluas mana. Pakaian basah itu aku perah biarpun kesan darah
itu tetap di situ.
Lambat-lambat,
aku menggeleng. “Hati aku tak pernah
tahu apa itu makna sayang. Yang tinggal hanyalah
rasa perikemanusiaan yang hanya berbaki sikit je lagi, Budriz!” jawabku bagaikan tersedar dari mimpi indah
yang mengerikan.
Tubuhnya
aku tolak hendak berlalu keluar dan bila aku melaluinya, Budriz menahan
bahuku. Wajah kami berpandangan
tajam.
“Hari
ni hanya darah abang yang mengalir. Esok-esok,
darah kita akan bersatu,” tukasnya penuh makna membuatkan pandangan kami
berlaga lama.
~~> bersambung
Cik Penulis : Maaf saya mohon sebab tak sempat nak balas semua komen2 pembaca saya. Pada semua, saya hargai dan ada pendapat dan nasihat berguna saya amik pakai utk buat bab seterusnya.. Saya baca dan terima semua komen dengan hati terbuka. Tahu anda ikhlas memberi dan saya juga ikhlas menerima. Sayang kamu.
Like...Like...Like....Syai ni ego nam mengaku sayang kat Budriz...
ReplyDeletebile syaima nak berlembut...
ReplyDeletehuhuhuuu
best2x tp ada sdikit kesalahan ejaan....stk14 mmg mantap , tak sabar untuk stk15....i will wait until the end of this story :)
ReplyDeleteYay!!!
ReplyDeletesyaima yg egooo . . sampai kemanelah ego kau tu syg eh . . suke budriz..bagi kat saye la budriz tu . .
ReplyDeletealahai... kena tggu lg...
ReplyDeletedah de kemajuan Syai ni keke
ReplyDeletetgu en3 esok plak keke
Lambat nye Syai nak mengaku sayang... RM nak lg N3
ReplyDeleteala..jgn la cepat sngt berbaik2..x seronok la camtu...hehehe...
ReplyDeletebertahun2 Budriz simpan perasaan xkan syai xpernah perasan..maybe bidriz patut biarkan syai sejukkan hatinya sendiri..bawa syai dekati agama agar hati syai lembut utk memaafkan semua org
ReplyDeleteckit jer lg..cair la hati syai tu... kak yaya
ReplyDeleteminta RM kerap hantar n3...tak sabar nak tau kisah selanjutnya.....
ReplyDeletekelakar lar syai nie , tak habis habis tanye budriz tu hantu ke bukan. comel je , hehehee. lepas nie kak rehan ke kasi hati syai lembut sket lar and budriz kene amek langkah yang bule cairkan kebekuan syai. mantoppp , good job kak rehan !
ReplyDelete#Murni Tan
Mmg Syai ni bila dah jatuh hati ngan Budriz harusla jd isteri yang baik...Baru tangan Budriz luka dier dah panik melaut...Syai oh Syai...
ReplyDeleteWahh! Tp Syai ni ego sangat lah :( suka Budriz sekarang, ;)
ReplyDeleteadus penat jantung saya berdegup baca entri ni.
ReplyDeletememang syai dasar hati batu, k.rehan sgt pandai olah ayat.kipidap!
suka...suka..suka...smp bila Syai nak buat Budriz mcm tu kesian plk dah...
ReplyDeletebetul la syai ni dgl..dia sbnarnya xdpt trima mak dia mati mcmtu tanpa ade ayah n dia sorang2 je urus..ptt ayah dia tlg la urus..ms mak dia mati tu SAB xdent kan..bonda dia kan ade..hm rs sdh plak nti dah xleh bc ni kt blog..hehehe cik ann print sndrik la..konpem i bl u..
ReplyDeletesokong2...nk tgu novel kuar lmbt lg...sis print sndri la cpt skit..hehe....pape pn STK tetp terbaik...suka sgt2...nk2 dkt budriz...dh jtuh cnta sesgt dgn dia..waaaaa
Deletesyaima ada point nk marah..benci laki or keraskan hati dia, sebab sy rasa tu mmg patut...tapi bila baca ceta ni hisyyy rasa geram la plak dgn perangai dia tu
Deleteada juga sy fikir...
apa akn jd kalo syai ni amik pendekatan mendiamkan diri...
memberontak dlm kesnyapan
apa pulak tindakan budriz?
syai jgnla keras sgt...
ReplyDeleteBest... ada entry terbaru hari ni.... Dah lembut sikit hati Syai tu... Lama2 sok cair ler sikit demi sikit...
ReplyDeletePhew... Lega baca bhw Budriz tak commit suicide...
biar saya jelah yang kahwin dengan Budriz tu Kak Rehan, haha... :)
ReplyDeleteaduii syai, ego kamu..suda suka sama suami kamu ya!
ReplyDeletebest.....#^_^
ReplyDeleteHati Syai sebenarnya dah ada pada Budriz tapi..... Syai x faham tentang sayang dan bencikan..... SABAR YA BUDRIZ......
ReplyDeletelagi...dan lagi..
ReplyDeletesyg jugak syai sbnrnye kat budriz..
huhu..
terbaik RM..
fuhh! tarik nafas lega. alhamdullillah Budriz xbunuh diri. ada perubhn pd Syai. hihi Budriz slalu ckp yg drh dia dgn Syai akan bersatu. sy tak berapa nk fhm sbenarnya kat situ. yg sy fhm maksud dy akn ad berlku kmlgan n dia dgn Syai tumpah darah? HAHA entah la. sy blur ni :D
ReplyDeleteyg saya faham nanti suatu hari nanti syai akan menerima budriz dan darahnya bersatu dgn syai dengan adanya anak2 mereka nanti.
Deletekerasnya hati wanita bernama nur syaima ni...tapi dengan adanya suami yg penyayang mcm budriz tu harapnya hati yang beku tu akan cair sikit demi sikit.. cuma budriz perlu sabar layan kerenah syai jgn mudah melatah cuba bawa pendekatan ke arah agama agar hati syaima lembut dgn berfikir secara rasional. disebabkan dendam di hatinya dia tutup pintu hatinya untuk menerima cinta dan kasih sayang orang disekelilingnya. mmg mereka banyak membuatnya menderita tapi sampai bila nak hidup sendiri dan biarkan hati mati tanpa kasih sayang sbb hati yang ada kasih sayang akan rasa betapa manisnya hidup tambah2 lagi disamping org tersayang.
ReplyDelete-hanim-
best..wlupn syai ego tp budriz sgtla sweet..syai syg budriz tp x nk ngaku..syg kt RM sbb tlis cte yg best..
ReplyDeleteSyai, ego tu melangit sungguh.
ReplyDeletemmg pns! terbaiklah RM. sya sokong awk. smbung lgi next chapter. buatlah sceen yg akn membuatkan syai x dpt lupakan budriz. mgkin 1 ari budriz x blk ke sbb ada out station tegempar ke. x smpat bgtau ngan syai cz tedesak.
ReplyDeletebsabar sungguh budriz layan syaima nie....
ReplyDeletemoga2 syai akan blembut hati satu hari nnt...
mgkin juga dengan kejadian yg menimpa ke atas budriz akn mbuta mata dan pemikiran syaima....
sakit jantung baca n3 neh...asyik berdegup je
ReplyDelete>>k<<
alaa syaima mahu tapi malu,,taknak mengaku pulak tu,,saje je nak bermanja tapi tak kena tempat.
ReplyDeletehayyo syaima. rasenyeh syaima still confuse kot or ego untuk declare feeling dyeh kat budriz. kasi clue skit ek kat syaima
ReplyDeleteLove you rehan. I follow...
ReplyDeleteLove you rehan. I follow...
ReplyDeletesweet giler budriz... rugi sngt2 syai sbb xbleh trima budrid sebagai suami dia...
ReplyDeletebudriz seorg lelaki yg pnyabar... i like that..best nyer kalau dpt suami mcm ni....
ReplyDeletesyai dah ada sayang la tu kat budriz tapi xmo ngaku lagi...ego punya psal...
ReplyDeletehahaha.. ingtkan btoi2 mninggal dh td..
ReplyDeletesekali pandang, budriz ni mcm usop..hahaha.. berapa bnyak kalilah syai nk tnya budriz ni hantu ke x? adeehh.. sabor jelah
ReplyDeleteBetul tu.... Bila baca pasal Budriz, mmg automatically terus teringat kat Usop Sonto tu.
DeleteBest3x! Sayang Kak Rehan! Mmwaaah!! :D
ReplyDeletebest..nak suami yg mcm Budriz ni boleh x???huuhuhu
ReplyDeletehahaha... kan betol budriz tak bunuh diri.. bagus2 teguh iman.. buatlah budriz demam ke sakit ke.. nanti syai jaga dia.. lama da jadi sayang... ngeee :D good job kak rehan :)
ReplyDeletehehehe...sgt sweet n3 ni.. terbaik la kak rehan!!
ReplyDeletesabarnye Budriz, susah nk dpt zaman skrg lelaki camni...nakkkk lagieee nxt n3
ReplyDeletewaaa......seronok!!
ReplyDeletesyai da jinak sikit dh..nak lagi plz!!!!
awat syai nie ego sgt RM ...
ReplyDeletebudriz nie baek y dy ...
RM nk lagi ... hehe
Tahniah RM penulis yg baik adelah yg menerima teguran dan pendapat pembaca . Seronok sgt bace n3 ini sebetulnye semua n3 RM sgt sgt akak tunggu .
ReplyDeletex sabar nak tunggu sambungan cerita ni...
ReplyDeletesyai nie ego la...bkn dendam lg..
ReplyDeletemmg btul ckp budriz..
syai mmg ada 'pnyakit'...huhu
mujur dah lembut sket Syai ni...takde bentak² sangat dah...bgus²...sian kt Budriz asyik kne je ngn Syai...mujur Budriz saba...hehe
ReplyDeletehaha , bagus bagus . syai ni dah ada kemajuan nak berlembut . kesian budriz , dah lama dah dia suka kan syai tu , takkansyai tak perasan . cumelnya kalau dapat lelaki ygbaik mcm budriz tuuuuuuu . hahahhaha btw RM besttttt ;)
ReplyDeletesyai terlalu ego...selalunya lelaki yg ego...ini p'puan lak. kesian budriz...bilalah syai boleh terima budriz....
ReplyDeletecpt smbung...
ReplyDeletex sbr nk taw apa seterusnya yg akan berlaku
pleasee... cpt smbung
x sabar nk bca
setiap jam sya buka blog nk bca ep 15
cpt update pleazzzzzzzz
best2 kak rehan. syai dah lembut sikit. ahak. tp maybe kak rehan penat sgt kut, byk slh ejaan. hehe. tp sy confuse,.. ==>"tmpt tidur kita tmpt ibadat" tu, mmg ayatnya gitu ke atau kak rehan lupa nak taruk koma? haha. gurau22....
ReplyDeleteHati syai mmg keras,tetapi berjaya di lembutkan oleh budriz,
ReplyDeleteTahniah kak rehan cereta ne meemang best sgt kalau aka sambung jalan cerita ne contohnya lepas syai dah lembutkan hatinya syai akan hadapi lebih besar dugaan bersama budriz mesti lebih best aka rehan...
Budriz kena kerja keras sikit lembutkn hati syai
ReplyDelete