Friday, May 17, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 15

BAB 15

KENAPA boleh jadi macam ni? 
Okey, itu soalan dan kalau aku ada jawapan, aku tak tanya lagi.  Sekarang ni kalau tanya mama dan papa mertua aku pun nescaya mereka pun tak temui jawapan.  Yang pasti, haruslah mama dan papa teramat kecewa dengan Ayie.  Yalah, anak lelaki tunggal dalam keluarga.  Diberi didikan agama yang sempurna dan latar belakang yang berpendidikan tinggi semuanya tapi ini yang terjadi pada Ayie.

Aku yakin mama Resa pasti dah letih menangis bila tatap gambar tu siap dengan nota kat belakangnya.  Kekasih sejati?  Huh.
Aku sendiri pun rasa nak korek mata aku.  Tunggu raya haji, ganti dengan mata lembut.  Sebabnya tak sanggup nak ingat dan ternampak-nampak je gambar Ayie dengan lelaki tu dan aku yakin, itulah Khairulizam.  Putih orangnya.  Nampak sedikit lembut. 
Aku pejam mata rapat-rapat dan memisatnya kuat-kuat.  Biar hilang gambaran aksi mereka tu.  Serius aku geli.  Tapi entah kenapa, jauh disudut aku rasa Ayie ni tak salah.  Bukan sebab aku isteri baru aku pilih untuk sokong dan yakin dengan dia tapi aku memang rasa dia tak salah. 
Cumanya, aku curiga.  Yalah, bukti depan mata.  Siapa tak ragu.  Nak-nak aku tak pernah kenal dia sebelum ni.  Susur galur yang baik tak menjanjikan dia pun akan jadi baik.  Iman tu tak dapat diwarisi.  Boleh jadi Ayie pun macam ni. 
Kalau kata ya, memang aku ada tanggungjawab besar yang telah Allah hantar untuk aku.  Nak meroyan tak tentu hala, tak ada guna lagi.  Aku dan dia dah terikat.  Sah dan kukuh ikatan tu.  Sampai mati kalau Ayie tak terlanjur kata melepaskan aku pergi semata-mata sebab Khai. 
Dahi aku rapat ke meja kopi.  Sejak daripada tadi dengan keluh kesah sendiri.  Datang sini sebenarnya nak hantar kertas serah tugas tu pada Aryan tapi melekat kejap sementara Ayie izinkan ni. 
“Kenapa ni?” 
Aku tidak angkat wajah langsung.  Kenal suara mama.  Tahu dia dah duduk belakang aku di atas sofa. 
“Aryana?”  seru mama.  Tangan dia mendarat pada belakang aku. 
“Malam ni nak berangkat dah, macam ni susah hati?”  soal mama lagi.
Aku masih diam.  Kepala aku sarat dengan pelbagai perkara.  Serius ni.  Nak cerita dekat mama, bagai menjatuhkan maruah Ayie sekeluarga dan paling teruk, mama paksa aku dan Ayie berpisah.  Aku tak mahu itu.  Aku errr… errr… dah sayang kot dekat Ayie ni. 
“Tak payah nak sedih, Arya… Arya ikut suami, kan?  Besar pahala ada di sisi suami waktu susah senang dia.  Kan mama selalu pesan, kat mana lagi tempat seorang isteri kalau bukan di sisi seorang suami…”
Ya, memang itu pesanan mama daripada dulu.  Sejak aku dah capai umur untuk menjadi isteri tapi baru sekarang impian ma dengan pa tercapai. 
Kepala aku angkat dan aku toleh sepenuhnya pada mama di belakang.  Aku sandarkan kepala pada lutut mama dan menarik tangan mama agar memicit kepala aku.  Sakit sungguh. 
“Hai… sampai sakit kepala?  Sakit kepala nak tinggalkan mama dengan papa ke atau sakit kepala dengan karenah Ayie?”  soal mama nakal.
Eleh, mama.  Aku bukan budak untuk berlakon suci untuk tebak apa yang mama cuba sampaikan tu. 
“Mama ni, ke situ pulak.  Suka usik Arya,” keluh aku resah.
Mama ketawa.  “Eh tak betul mama cakap.  Sebuah perkahwinan tu menjanjikan semua tu.  Hubungan yang halal.  Diredhai Allah.  Cumanya, kalau tak boleh nak sesuaikan diri tu, mungkin kena ambik masa sikitlah.  Belajar sabar untuk semua perkara.  Bertindak tu kena ikut akal bukan hati.  Kalau nak menilai pun guna akal.  Payah cari jawapan, tanya Allah.  Insya-Allah adalah tu jawapan daripada Dia,” pesan mama.
Hai… mama macam tahu je aku ada masalah dengan Ayie.  Tapi, pada aku mama agak aku dan Ayie ada masalah lain.  Dia tak tahu anak dan menantu dia ni tengah hadap masalah sebesar alam.  Salah langkah, aku pun terheret sama dalam dosa Ayie. 
“Mama ni cakap atas pengalaman je…,” sela aku menutup resah hati.
Mama angguk.  “Memang pun.  Mama cakap apa yang ma dengan pa lalu.  Mama tak pernah cakap pasal orang lain.  Dugaan tu akan buat Arya kuat dan hidup sendiri berjauhan daripada keluarga nanti lebih lagi buatkan Arya kuat,” ujar mama mengakui itu semua daripada pengalaman dia yang aku sendiri tak pernah tahu.
Nak tanya, itu kenangan dia katanya.  Biarlah dia dan papa saja  yang tahu.  Sesekali nenek dan atuk buka juga cerita tapi macam papa tak selesa nak cerita kisah lama dia dan ma.  Kami sebagai anak-anak, tak dapat tidak, menghormati. 
“Ayie tu memang muda.  Mama tahu Arya tak mudah nak terima.  Nak-nak semua ni sekelip mata.  Mama kenal Ayie tu dan dia budak baik…”
Memang baik tapi ada perasaan terbalik.  Itu hati aku menyambung kata-kata mama.
“Keluarga dia pun ada didikan yang baik.  Semuanya sopan je.  Adik-adik Zaf dan ipar-ipar dia semua sopan dan baik.  Pandai dan menjaga akhlak…”
Itu diorang, ma.  Ini Ayie.  Aku sambung ayat mama lagi tapi dalam hati.
“Kalau kata Ayie tu terbaran dekat Arya, Arya pujuklah dia.  Arya lagi matang daripada dia tapi ingat, hak dan tempat dia sebagai suami tu lebih tinggi daripada Arya, tau.”  Berbuih dah mulut mama menasihati aku. 
Aku angguk.  Semua kata-kata mama betul tapi aku tetap katakan, Ayie tak menurun papa dengan mama dia.  Dia dah jauh tersasar.  Entah sampai mana hubungan diorang, aku memang tak mampu nak tolak daripada memikirkan itu. 
“Doa yang baik-baik jelah untuk kami, ma…,” pinta aku pada mama.
Mematikan kata mama yang sedang mengurut leher dan kepala aku.  Aku pejamkan mata menikmati urutan mama  yang entah bila lagi aku mampu rasa sebab aku dah nak terbang malam ni. 
Teringat pula peristiwa dua malam lepas.  Peristiwa lepas aku tahu yang Ayie tu ada perasaan menongkah arus.  Songsang!  Bercinta dengan kaum sejenis!  Huh…



TIADA suara daripada mulut Ayie.  Hanya pelukan dia saja semakin hangat dan terus hangat.  Aku juga diam.  Malas dah nak bersuara.  Kepala aku dah sangat semak dan kalut untuk memikirkan apakah yang bakal berlaku nanti. 
Tak payah untuk esok atau minggu depan, tapi untuk sesaat setelah ini.  sesaat setelah Ayie lepaskan tubuh aku daripada pelukan dia.  Sesaat setelah kami bertentangan mata dan sesaat setelah kami membuka mulut untuk bersuara. 
“Things will be in the right place soon, Ayie,” pujuk aku perlahan.
Ayie angguk di bahu.  Semakin kemas aku rasakan lengan sasanya melilit bahu aku.
“Arya akan percayakan Ayie, kan?” 
Giliran aku pula mengangguk.  Menjawab pertanyaan Ayie.  Tapi, sampai bila aku mampu pertahankan kepercayaan aku ni, kan?  Sungguh, aku mohon Allah pinjamkan aku secubit sabar dan sikap rasional. 
“Ayie betul ke macam tu?”  soal aku. 
“I’ve been set up.”
Aku tolak bahu Ayie pantas.  Dahi aku berkerut.  Tak percaya.  Kalau betul kena perangkap dalam gambar macam tu, ada yang nak fitnah dan buat khianat pada dia, tak kanlah dia boleh termimpikan Khai tu?
“Ayie bohong eh?” 
Dia ketap bibir.  Mata dia nampak merah.
“Arya pun tak percayakan Ayie…,” keluh dia resah.
Aku gamam dua minit.  Bukan aku tak percaya tapi curiga tu ada di mana-mana.  Memang bahu hanyir semakin menyengat dan terus memonopoli deria bau aku.  Apa nak buat?  Tinggal nak cari je kat mana ikan hanyir tu disembunyikan. 
“Ayie tersilap panggil nama Khai sekali dalam tidur.  Dengan gambar segala, bohong kalau Arya tak curiga.  Arya bukan tak percaya tapi Arya curiga.  Itu mungkin membawa maksud  yang sama tapi tetap perkataan berbeza.  Sungguh ke Ayie tak ada rasa dekat perempuan?” 
Ayie mengangguk.  Aku juga.  Mata aku terkebil-kebil seketika.  Yalah, dah dia mengaku begitu, tak kan aku nak senyum lagi.  Lama-lama senyuman aku jadi sumbing. 
“No wonder Ayie cakap tak pernah ada kawan perempuan.  Musykil bila anak muda macam Ayie tak ada kawan perempuan.  Ini memang puncanya.  Cumanya, Arya nak tahu, Ayie memang nak Arya bantu Ayie ke apa?  Atau Ayie memang tak sudi Arya bantu langsung?”  soal aku jujur.
Lelaki di depan aku ni diam.  Tangan dia menjalar lagi menarik lengan aku agar tubuh kami menjadi lebih rapat. 
“I need some space…”
“How big?”  soal aku cepat.
“Big enough.  For you and me.” 
Kening aku naik.  “Kita lari ke Marikh, nak?”  Aku sengih.
Sajalah nak redakan suasana tegang ni.  tak larat dah nak kerutkan kening dan nak masamkan wajah.  Boleh tua lagi aku dua tiga tahun dalam masa sehari.
“Jauh sangat dan kat sana panas,” balas Ayie tanpa senyuman.
“Jerman sudah…”  tukas dia.
Aku hanya jatuhkan kepala.  Sekali lagi kepala dia aku tarik dan aku benamkan tepat di leher aku.  Saja nak goda Ayie kot-kot terbuka kehendak dia ke arah jalan yang lurus.  Selama ni kemain dia goda aku tapi hakikatnya, dia biarkan macam tu saja.  Rupanya ini kekdahnya. 
Kaki aku terjingkit sedikit bila Ayie menarik pinggang aku. 
“Banyak-banyak solat dan mohon taubat.  Allah mendengar permohonan Ayie dan Arya ada di sisi menemani sampai Ayie betul-betul pulih,” bisik aku dan aku kucup telinga dia lama. 
Memberi rasa hangat pada Ayie.  Itu pun kalau dia nak rasa kehangatan itu atau dia nak kekal dengan kedinginan dia.  Apa yang pasti, kami sama-sama terlena dek kerana keletihan otak memikirkan perkara yang tak terjangka ni.  Aku lebih-lebih lagi.  Langsung tak mampu lelapkan mata. 
“Tadi Arya kata nak tidur dengan Ayie?” 
Ayie menegur masa aku masih duduk mengadap skrin laptop yang gelap gelita di dalam bilik yang hanya ada cahaya yang samar-samar. 
Aku pandang dia.  Wajah dia tak nampak tapi aku senyum juga menerima pertanyaan dia.  Aku yakin, dia juga sedang nak berubah.  Dia pun mesti tak minta jadi macam ni.  tubuh aku angkat dan mendekati katil. 
Perlahan-lahan aku labuhkan duduk di birai katil. 
“Ayie nak Arya tidur dengan Ayie ke?”
Dia angguk.
Aku pun malas nak bersuara lagi dah.  Dah sangat lewat malam.  Aku rebahkan tubuh di sisi dia dengan detak jantung yang semakin kencang biarpun air wajah beriak tenang.
“Katalah apa saja.  Tapi, mata dan hati Ayie tak boleh nak terima perempuan-perempuan gedik di luar sana, but you…” 
Itulah kata-kata Ayie pada aku sebelum dia pejamkan mata dengan memeluk pinggang aku sampai pagi.  Meyakinkan aku yang dia memang tak suka perempuan dan aku pun boleh jadi sebab dah jadi isteri dia.  Kena suka juga biarpun tak cinta. 



“EH, Arya ada kat rumah?  Sorang?” 
Aku tersentak daripada mimpi  yang kurang indah tu.  Hilang wajah Ayie dan kembali dingin tubuh aku saat ini. 
Papa dan Aryan.
“Bila Arya sampai?”  Papa duduk di sisi mama dan memeluk bahu mama erat bila mama pun gapai tangan mama untuk bersalaman.
Aryan tepuk bahu aku dan duduk berlunjur di depan aku.  Gaya letih semacam dan memang aku rasa dia sangat letih kalau ikut papa buat kerja. 
“Pagi tadi.  Nak balik dah kejap lagi.  Papa datang rumah Ayie dulu ke atau ke airport terus?” 
“Kita berkumpul kat sanalah.  Zaf dah call papa tadi.  Dia nak kita gerak sekali.  Adoi, macam manalah papa nak berjauhan daripada Arya ni?”  tanya papa dengan nada yang sedikit lirih.
Kepala aku dikucup lama.  Helaan nafas papa pun dah buat aku tahu dia memang sedih nak berpisah dengan aku. 
“Arya dah jadi hak orang,” sela aku. 
Papa gelak sudahnya.  “Papa lupa, Arya.  Pada papa you are still my little girl.  Ingat senang nak dapat Arya dulu,” tokok papa.
“We gonna miss you, kakak,” sampuk Aryan.
Aku sengih pada dia.  Sengih dalam resah memang nampak serba tak kena.  Aryan dah perasan dengan riak wajah aku sebab kami je bertentangan mata.  Mama dan papa ada di belakang aku. 
Kening Aryan dah berkerut sana-sini.  Aku dah telan liur.  Tak lama lepas ma dengan pa naik atas, Aryan duduk di sisi aku.
“Nah…”  Aku tolak sampul surat warna coklat yang telah Ayie cetak dan siap dijilid tu.  Teballah jugak. 
“Apa ni?” 
“Tugas kakak yang bakal menjadi tugas Aryan.  Senang Aryan nak buat rujukan.  Payment, progress, senarai consultant dan semua pelanggan.  Funder dan macam-macamlah.  Simpan buat rujukan nak tolong papa uruskan Muhara,” pesan aku.
Aryan tarik dan menarik kertas setebal seinci itu dan ditolak masuk semula.  Tak berminat. 
Nanti  kena baca.  Bagi faham.  Sia-sia je nanti kakak sediakan tu untuk Aryan,” tambah aku lagi bila lihat Aryan tak berminat.
Aku pejam mata dan aku letakkan kepala aku pada belakang kerusi.  Selesa. 
“Kakak ada masalah dengan Ayie eh?”  tebak Aryan.
Dah aku katakan, dia memang boleh kesan kalau aku ada tak kena.  Tapi jarang sangatlah aku nak tunjuk muka serba tak kena aku ni.  Cuma memang kali ini memang tak kena. 
“Can I cry?”  tanya aku datar dengan mata yang masih terpejam.
“Tak boleh.  Kena cerita dulu baru boleh nangis!”  tegas Aryan.
Mata aku bulat.  Aku jeling dia.  “Kakak ni jahat ke eh?”
Tiba-tiba terpacul soalan tu.  Yalah, kot-kot memang jahat padanlah muka aku kena kifarah.  Bukan ke orang kata jodoh baik untuk orang baik dan begitu sebaliknya. 
“Apa soalan tu?”  Aryan tunjuk muka tak puas hati.
“Itulah…”  Aku mengeluh tipis dan bangkit lalu rebahkan tubuh di atas sofa.  Lagi selesa.
“Itulah apa?”  gesa Aryan.
“Your brother in-law is gay.”  Laju terluncur ayat tu daripada mulut aku. 
Dengan Aryan tak payah nak selindung.  Selama ni dia adalah penyimpan mohor besar rahsia aku segala.  Aku pun sama.
“Laa… itu je ke?”  balas Aryan bersama tawa.
Tapi, itu pada mulanya.  Dan lepas tu…
“Hah?  Apa kakak cakap?”  Berdentum suara Aryan.
Cepat-cepat aku tekup mulut dia.  Budak ni kalau terkejut tu, over-react sungguh. 
“Suara tu, nak pakai speaker tak?”  sindir aku.
Mata Aryan masih bulat.  “Sungguh ke, kakak?” 
“Bila kakak pernah tipu Aryan?  Aryan je pernah tipu kakak sekali kata tak kenal Ayie!”  bidas aku. 
Tiba-tiba geram pulak ingat hal pertemuan pertama aku dan Ayie di klinik dulu.
“Kakak jangan cakap macam tu.  Fitnah besar tu, kak.  Baik kakak bunuh je Ayie tu,” suruh Aryan kononnya aku ni buat dosa besar memfitnah. 
Aku jegilkan mata.  “Kalau kakak mampu, memang kakak dah pancung dia masa mula-mula kakak dapat tahu dan tengok bukti sekali!”  gumam aku menahan geram.
Aryan terduduk di atas permaidani.  Dia menggaru kepalanya.  Habis kusut rambut.  Dia menggeleng tak percaya.
“I just can’t believe this, kakak…”
“You have to.  Thing is happening now, Aryan.  Dan kakak adalah isteri pada seorang suami yang tak ada rasa pada isteri,” ujar aku tenang.
Aku angkat tubuh dan duduk bersandar tegak.  Apa lagi nak aku katakan.  Buntunya hanya Allah yang tahu.  Rasanya aku perlu lebih tabah dan kuat bila kami di luar Negara nanti. 
Jauh daripada pandangan mata keluarga, Ayie pasti lebih liar dan memberontak kalau aku melarang. 
“Kakak nak buat apa?”
“Buat bodoh sudah…”  Aku sendiri tak tahu nak buat apa, Aryan boleh tanya pulak.
“I am damn serious, kakak…”  Nada suara Aryan dah lain macam.
Aku pandang dia dan sengih.  Pipi dia aku pegang memujuk agar jangan nak marah-marah sangat.
“Aryan, perkara ni ma dengan pa tak tahu, tau.  Aryan kena jaga rahsia ni sampai bila-bila.  Jaga maruah suami kakak dan keluarga dia.  Tentang Ayie tu, tahulah  kakak nak buat dia kembali ke jalan yang benar.  Aryan doa yang baik-baik je eh?”  pinta aku pada Aryan.
Wajah Aryan tegang sikit.  Tak ada senyuman langsung. 
“Kakak cerai jelah dengan dia,” suruh Aryan tiba-tiba.
Gila adik aku ni.  Bergegar tiang Arashy.  Boleh patah riuk lama-lama kalau semua masalah nak diselesaikan terus dengan penceraian. 
“Janganlah… maruah keluarga kita nak kena jaga.  Atuk tu bukan calang-calang orang.  Papa dengan ma pun.  Aryan kena fikir tu jugak.  Lagipun, masih baru.  Kakak yakin Ayie boleh berubah.  Bagi masa, biar kakak bantu dulu.  Boleh jadi kami dijodohkan sebab Allah nak kakak bantu dia, kan?  Who knows?”  Aku cebirkan bibir dan jongket kening.
Positif…
Positif…
Dan terus positif…
“What will happen to you, kakak?”  tanya Aryan risau.
“Nothings terrible.  Trust me.  Ayie will change.  Kakak yakin and you too… kena yakin.”
Aryan angguk.  “Kalau Aryan boleh tumbuk dia sekali…”  Dia mengeluh dan menggeleng.
“Kalau boleh kakak dulu nak tumbuk…”  Aku ketawa halus.
Itu tawa dengan jiwa dan parah jadi tawa aku tu tak berapa nak merdu dah.  

~~> bersambung

RM : Jom melancong ke Jerman dalam bab seterusnya nanti.  

52 comments:

  1. hai,, kecewanya.. tapi still the best kak rehan.. i want some more....

    ReplyDelete
  2. huhu sedihnye cian arya..ish pehal la ayie ni..kak RM bt la watak baru kasi ayie jeles ckit

    ReplyDelete
  3. herm... naper citer dekat Aryan... itu kan rahsia umahtangga. atau mungkin arya dah tak ada sesiapa yg blh dipercayai lagi kan...

    ReplyDelete
  4. ohmai... more more insteresting will happen

    ReplyDelete
  5. cepat!!! pi cari punca bau hanyir tu!!!...

    ReplyDelete
  6. alahaiiiiiii jgn laa ayie gay kata killer grinn....kecewaa nye klu jd aryaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. Oh God..how could this happen to arya...kuatkah dia?how could...how could..so on..so on...huwaaaaa!! ~liyahuma~

    ReplyDelete
  8. rehan confirm ayie gay!!!! apa ni........ kuciwa teramat. pls katakan this is just a misunderstanding ye rehan. akak frust sangat kut.

    ReplyDelete
  9. lagilah hu hu hu hu... kasian kat Arya -_- semoga Ayie boleh berubah ke jalan yang benar yee... cepat sambung kak RM :D :)

    ReplyDelete
  10. cian arya.. huhu.. next..

    ReplyDelete
  11. alaaa arya..jangan la percaya..tak confirm lagi :(

    ReplyDelete
  12. adoiiiiii..... takkan ayie gay kot..... ni mesti misundertanding ni..... yg si ayie ni pun explain btul2 skit..... yg p angguk kepala apa hal, ke mmg btul ni...... sian arya......

    ReplyDelete
  13. ayat ayie x habis...msti dia nk ckp dgn arya dia rasa lain kan?? oh pliz tolong la rasa debar2 ayie...

    ReplyDelete
  14. saya pun dah frust sesangat...tak mungkin..ini tidak mungkin terjadi...

    ReplyDelete
  15. Sambunglh cepat2 rm, dok brape nok sabooooo dh ni

    ReplyDelete
  16. alahai sian nye kt arya br je nk happy...tp ok kut ade konflik ringan cmni..bkin pembace suspen....gud job RM...

    ReplyDelete
  17. Nak melancong ke german dlm bab seterusnya..waiting for your upload rehan hehheh

    ReplyDelete
  18. Sukanya...which part of jerman tu??

    ReplyDelete
  19. apa dah jadi.... arya tabahlah hadapinya....

    ReplyDelete
  20. Yeah.. Arya shouldn't pecah lobang kat aryan.. Budak ni bukan leh pecaya.. Kang dia roger whole family Muhara.. Habis havoc gegak gempita...

    ReplyDelete
  21. rasanya kan ayie kena fitnah kot.
    mungkin si khai tu minat ayie
    tapi ayie tak suka sbb tu la dia fitnah ayie
    gmbr tu kan boleh edit. hehe..
    andaian je nie..
    next entry kak rehan =)

    ReplyDelete
  22. next plz...x sabar nak tunggu ni !!

    ReplyDelete
  23. carilah punca masalah ni...
    Arya kena bagi semangat untuk Ayie .....
    cepat sambung

    ReplyDelete
  24. pada mulanya cter ni biasa2 saje trus bertukar ke luar biasa...huhu sunggu2 best :)

    ReplyDelete
  25. tahan napas tul ngan peel dak ayie nih...nak kate ye..takkan ler kot..nak kate tak..mcm tul je...sighhh..sabar je la arya..

    ReplyDelete
  26. kesian kt arya..
    tabah betul..

    ReplyDelete
  27. ish ish ish kat mana isi plastik isi perut ikan nie terletak...aduhhhhhhhh!!!!!!!!!!

    -sj-

    ReplyDelete
  28. best giler.....tak sabor nak gi german dgn ayie dan arya.

    ReplyDelete
  29. menitis air mata bila baca part ni...

    x tau nak describe sama ada ayie gay @ x . kalau fitnah kenapa smasa tido pun sebut nama khai. maybe dia baru terjebak tp dia sendiri kata xder nafsu tgk perempuan.

    jawapannya hanya penulis ajer yang tau....kena tunggu kesimpulan dari RM

    ReplyDelete
  30. nangis juga akhirnyer huhuhu... RM cepatlah buat n3 baru tak sabar ni ... nak cepat2 g jerman apa plan arya pada ayie...

    ReplyDelete
  31. sian nyer arya...ayie kna buktikan klau btul itu fitnah...

    ReplyDelete
  32. Tolong pulgkn blik prasaan ayie pd prmpuan....please2 rm

    ReplyDelete
  33. rasany konflik Arya ni blh tunjukkan sisi Arya yg mewarisi sikap@sifat sabar & penyayang sprti Anahara....
    bru la nmpk like mother like daughter!!!
    :-)

    ReplyDelete
  34. sambung sis plsss tk sabor nk membace neh..

    ReplyDelete
  35. adeh! sesak nafas jap. but it's happen in real life too so if btl la Ayie tu mr. G, Arya kna goda dia bnyk2 la. bkn senang nk compete dgn Khai. hahaha...

    ReplyDelete
  36. hadoi kak Rehan....jgn la wat cite gini...injuried hati sy baca....dah la cite nine tu hero mati...lau filem dah kena bakar panggung....

    ReplyDelete
  37. bagus jgk citer ni..asik storyline same je..mcm kisah sdara kwan saya kesian...suami ceraikan isteri die disebabkan lelaki lain...
    ~su~

    ReplyDelete
  38. jommmm2 pi jerman...mulakn projek memikat suami, pasti si khai tu jeles dgn arya....xpe RM de jawapannye.

    ReplyDelete
  39. alaaa..jgnlah ayie tu gay..kak rehan buatlah betul dia kena perangkap.just dia blm da perasaan kt perempuan je, blm tiba masa je. sian kt arya klu betul gay..the next is jerman..hehe..what will happen

    ReplyDelete
  40. Aduh sakit jantungku berdebar lebih kencang seperti tentera mau perang jom pe Germany jumpe hitler khai hehehe emo pulak next N3 kak RM ( imah)

    ReplyDelete
  41. sad but dis story give strength to fight 4 better life.=).i guess,itu ler Arya...xsabar nak tgu cmne Arya 'sekolah' kan Ayie n Khai tu...^_^

    ReplyDelete
  42. benda mcm ni memang ada berlaku..klu watak ayie tu betul mr. g n nak berubah byk yang perlu dia hadapi...watak arya kene kuat utk bantu dia...tapi alahai xleh nak imagine klau dok tempat arya..sedihhh..
    tak sabar tggu next n3 sampai dua tiga kali dah check dr tadi...

    ReplyDelete
  43. best n lain dr yg lainm., tp bangga jgk la sbb im the one who guess that ayie is a gay! :) next n3 ada lg tk hr ni?

    ReplyDelete
  44. Apa la yg akn jd kt arya d jerman nti.ksian dij.

    ReplyDelete
  45. Semoga Arya kuat utk hadap karenah Ayie yg sengal...
    Harap2 gambar tu bukan seperti yg difkirkan

    ReplyDelete
  46. Harap2 gmbr tu x btol.ad org nk trap ayie je maybe cuz x puas aty ngn dia.arya please trust ayie...Siti

    ReplyDelete