Tuesday, May 15, 2012

Suami Tak Kuhadap [Prolog]

PROLOG

WAJAH itu aku renung tajam. Bencinya pada dia, hanya Tuhan yang tahu. Aku tahu dia tak sudi menentang padangan matanya namun, aku terus beranikan diri merenung dia. Permintaannya gila. Sama gila dengan kehendak ayah. Sama juga gila dengan Mak Usu hinggakan aku rasa aku berada di tengah-tengah hospital sakit jiwa.

“Kamu dengar tak ni, Syaima?” jerkah ayah membuatkan pandanganku pantas beralih dari seraut wajah tenang itu.

“Syai tetap dengan keputusan Syai, yah,” ujarku tegas tanpa memandang ayah.



Ayah mengeluh. Mak Usu menggeleng. Budriz diam dan senyum tipis dia hadiahkan padaku membuatkan aku hampir mengangkat tubuhku mahu mendekat pada dia andai ayah tidak menahan tubuhku.

Liur aku telan berkali-kali. Mata ini kembali terpaku pada wajah Budriz. Bencinya aku, sakitnya hati sukar hendak aku gambarkan dengan kata betapa bencinya aku pada dia. Setelah segalanya dia rampas, hari ini hidup aku juga dia ingin rampas dariku sendiri dan apa lagi yang tinggal jika tiada apa yang berbaki?

“Duduk, Syaima!” tekan ayah sambil menarik lenganku membuatkan aku kembali terduduk di sisinya.

“Benda sampai jadi macam ni, kamu boleh cakap tak nak kahwin lagi ke, Syai? Berapa kali lagi kamu nak malukan ayah? Berapa tebal lagi kamu nak conteng arang kat muka ayah ni, Syaima?” tanya ayah dengan suara yang semakin lemah.

Dia menggeleng berkali-kali. Kepalanya dipicit, kopiahnya ditanggalkan. Aku diam merenung dua beranak itu silih berganti. Andai dunia ini tiada undang-undang manusia, sudah lama aku robek hati Budriz dan aku telannya mentah-mentah demi menzahirkan rasa benci yang meluap-luap.

“Budriz… kenapa kamu buat adik kamu macam ni?” Suara Mak Usu lembut menyapa telingaku.

Airmatanya tidak sudah-sudah mengalir melihat pada anak lelakinya itu. Aku tahan hati. Bukan di sini aku harus melatah. Bukan di sini tempatnya. Perjalananku baru bermula namun sayang bila Budriz mencantas jalanku membuatkan aku hampir tersungkur.

Namun, hendak tersembam mengalah, itu bukanlah aku. Bukanlah seorang gadis bernama Nur Syaima. Aku perlu kuat. Andai dia tegar merosakkan hidupku, aku juga tidak gentar hendak menjahamkan seluruh hidupnya.

“Riz minta maaf, bu. Tapi, jujur Riz tak sangka semua ni terjadi dan Syai sendiri tak menghalang,” luah Budriz membohongi mereka.

Aku tarik nafas sedalam mungkin. Bertahan dari terus menghamburkan airmata mendengarkan kata-katanya.

“Jaga tutur kata kau, Budriz! Kau sedar tak yang kau sedang fitnah aku?” tanyaku dengan gigi yang aku ketap hebat. Geram sememangnya geram.

“Fitnah apa kalau mata kami sendiri nampak perbuatan kamu berdua, Syai?” soal ayah membentak.

Tersentak aku dibuatnya kala ini. Ayah memang begitu sejak dari dulu. Dia memang hanya nampak kesilapanku. Tak pernah sekali dia memeluk diri ini, mengusap rambutku demi meminta penjelasan.

“Boleh tak sekali je ayah percayakan Syai?” AKu ukir senyum pada ayah dengan airmata yang berlinangan di pipi.

Wajah tua itu aku renung semahuku. Aku tatap dalam-dalam bagi menggambarkan betapa kecewanya aku kala dia melayani sebegini. Terbuang jauh dari hak dan tertewas oleh kasih sayangnya buat Mak Usu dan anak tirinya itu.

“Macam mana ayah nak percayakan kamu, Syai sedangkan mata ayah sendiri nampak apa yang berlaku waktu itu? Macam mana ayah nak percayakan kamu bila sejak dari remaja sampai hari ini kamu tak sudah-sudah nak conteng arang ke wajah ayah?” soal ayah kembali. Dia menggeleng berkali-kali menyatakan rasa kesal yang tak berkesudahan dengan sikapku.

“Kenapa ayah tak pernah nak mengerti perasaan dan hati Syai? Kenapa ayah? Kenapa ayah lebih percayakan mereka dari darah daging ayah sendiri?” Aku terus menyoal biarpun aku tahu, ayah tak mungkin memberikan jawapan yang aku mahu.

Sejak dari dulu, hanya soalan yang bertebaran. Meliar keluar dari celah bibirku tanpa disambut oleh jawapan dari bibir ayah. Diam ayah membawa tawa dari celah bibirku. Tawa yang aku buat-buat. Tawa untuk menutup sakitnya di hati.

Waktu untuk aku sandarkan kepala pada dia juga sudah lama berlalu dan hari ini, aku akan sendiri mencari hala tuju dan matlamatku hanya satu. Syed Ahmad Budriz aku berasa kesal dilahirkan ke dunia ini. Itu janjiku pada diri sendiri.

“Jawablah Syai sekali ini je, yah. Syai mohon. Bertahun soalan ni Syai tanya ayah tapi sudahnya, ayah diam. Atau ayah rasa bersalah sebab melayani Syai dan arwah ibu macam tu dulu?” soalku sinis dengan senyuman yang tersungging di hujung bibir.

Abang bangkit membentak. Pasu bunga yang ada di atas meja kopi ditepisnya kuat lalu jatuh ke marmar lantas pecah berderai namun hati ini telah lama berderai angkara mereka.

“Kamu nak tahu sangat jawapan tu, kan? Nak sangat, kan?” Berdentum suara ayah.

Mak Usu aku lihat mendekat pada dia dan menyapa belakang ayah. Aku pejamkan. Jijik hendak melihat mereka berada rapat bersama. Mesra begitu sedangkan kami tersisih jauh.

“Sabar, bang. Jangan marah Syai macam tu. Sekarang ni, Budriz pun salah,” pujuk Mak Usu pada ayah.

Menggelegak dadaku kala dia mengatakan demikian. Benci bila dia berlagak baik denganku. Jijik bila dia memujuk ayah untukku.

“Mak Usu jangan berlagak baik dengan saya! Saya tak salah! Anak Mak Usu yang salah. Dia tu perosak! Sama macam Mak Usu!” tempikku kuat dan serentak itu aku terduduk di atas permaidani menahan pijar di pipi.

Wajah ayah aku pandang. Pertama kali jemari itu singgah di pipiku kerana Mak Usu dan Budriz membuatkan aku yakin, aku bukan sesiapa pada ayah.

“Kau nak tahu sangat, kan? Nak tahu sangat kenapa, kan?” soal ayah bertempik.

“Sebab kamu memang anak yang tak cukup ajar, Syaima! Silap ayah meninggalkan kamu dengan arwah ibu kamu sampaikan begini sekali sikap kamu! Dingin, keras macam mayat hidup!” sambung ayah melengking.

Airmata ini kian lebat. Hendak ku seka rasanya tidak perlu. Biarlah ianya mengalir kerana aku akan pastikan ini adalah kali pertama dan terakhir. Dengan kudrat yang tersisa, aku angkat tubuhku berdiri tegak memandang ayah dan Mak Usu silih berganti.

“Terima kasih, yah sebab akhirnya ayah bagi juga jawapan pada persoalan Syai selama ni. Hati ni…” AKu lekapkan telapak tanganku ke dada.

“… rasa lega dah.”

Aku pasang langkah hendak berpaling naik ke bilikku namun langkah ini terpaku pula bila suara ayah berdentum sekali lagi.

“Kamu jangan buat-buat lupa dengan aib yang kamu dah buat ni, Syaima!”

Aku hela nafas sekali lagi. “Ayah bunuhlah Syai sekalipun, Syai tak mungkin dengan dia,” ujarku separuh berbisik lalu aku menjeling pada Budriz yang sedang menapak ke arahku.

“Dalam ni ada tanda kasih abang pada Syai.” Syed Ahmad Budriz menyentuh perutku tiba-tiba dan tahulah aku apa yang bermain dalam mindanya kala ini bila ayah jatuh, rebah ke lantai.

~~> bersambung

Cik Penulis : Maaf tajuk kasar..hehe..

35 comments:

  1. cerita air mati jugak ke?

    ReplyDelete
  2. wow mmg syokla bce crta ney........
    xsbr nk 2ngu entri yg sterusnya...........
    nmpk mcm sgt menarik..........

    ReplyDelete
  3. mcm best..xsba

    ReplyDelete
  4. Yeah...akak ada citer baru..looking forward for the new n3..all this while jd SR je...hehehe

    ReplyDelete
  5. ni ada dlm cerpen yg RM compile tu, kan? novel pendek ke nak diterbitkan? kena standby tisu berkotak-kotak ni ... hehe

    ReplyDelete
  6. mcm cerita CINTA YANG KAU BUNUH je..best best.antra CERPEN yang diminati.
    go karehan. ni MINI NOVEL ke NOVEL?

    ReplyDelete
  7. hehe..sama sikit dengan CYKB tu.. tapi lain..tenkiu ek sume.. love u all.. ni tak tau lagi..mini ke novel penuh ke..tgk dulu ek..hehe..yg ada pon tak siap2 lagi..haihh

    ReplyDelete
  8. sye rse mcm pernah bce cite nie...cerpen ase nyer

    ReplyDelete
  9. baru baca prolog dah best ni.next entry kak..go go kak rehan:D

    ReplyDelete
  10. mcm pernah bacalah cite ni....tp best juga teruskan.....

    ReplyDelete
  11. mesti sedih cita nie. Kena siapkan tisu byk2

    ReplyDelete
  12. memang best sume cite kat sini............
    teruskan....

    ReplyDelete
  13. Best.... Tak sabar nak tahu continuation yg selanjutnya... Sambunglah lagi...

    ReplyDelete
  14. wah, best ni. tak sbr nk bca ^^

    ReplyDelete
  15. wow cm biasa xmenghampakan sy..sy sukaaa...intro y mnarik mbuatkan sy smkin teruja nk tau sambungan nya...gaya bahasa pun xterlalu meleret2..cukup sifatnya..mkin lama mkin bgus setelah beberapa krya..teruskan berkarya sehingga nafas terakhir eceh..
    always support u..

    ReplyDelete
  16. intro yg menarik... xsabar nk bce..
    kali nie panjang yer bab ....

    ReplyDelete
  17. starting yg menarik...heheheh
    tajuk no hal..yg pntg kna ngan citer...

    ReplyDelete
  18. wah new story la .. cerita air mata ye sis .. ermmm sukanya ! hehehe

    ReplyDelete
  19. RM, kalau nk wat novel tajuk kena tukar, nanti confuse dgn nvel 'suami yg ku benci'

    ReplyDelete
  20. wah....ada new entry...prolog yang menarik...x sabar nak nantikan next e3.....

    ReplyDelete
  21. rm, ni mesti cerita kahwin rela dlm terpaksa lg. tgk tajuk pun dah tahu. alahai... tp masih mengharap agar ada kelainan dr cerita yg pernah dibaca. dr prolog macam adik beradik tiri. layan dulu....k.ju

    ReplyDelete
  22. Baru start baca ni...permulaan yg mnarik...nak tahu kish sljutnya

    ReplyDelete
  23. baca prolog pun dah best..

    ReplyDelete
  24. alahai... baru baca prolog.. saya dah tersentap...
    ni.. memang citer sapu tangan agaknya..

    ReplyDelete
  25. prolog pun dh meruntn air maTa...
    thumbs up rehan.

    ReplyDelete
  26. best gak cite ni kak RM... WC baru nak bace...

    ReplyDelete
  27. Citer ni mini novel atau Novel akk RM?

    ReplyDelete
  28. agak2 bila la novel suami tak ku hadap ni boleh ada kat pasaran yer..tak sabar nak tunggu...mesti cari n beli...memang best sgt..terbaekk

    ReplyDelete
  29. Ok...menarik ni...kna start follow nmpk nyer

    ReplyDelete
  30. prolog je dah best. nak tgk kat mana ade pengulangan ayat n teruk sangat ke syaima tue

    ReplyDelete